bila cinta dinodai

cinta memang boleh membuat orang yang miskin berasa kaya orang yang sedih jadi gembira. Namun tidak semua kemanisan cinta akan berkekalan. Apabila keindahan cinta telah hancur, kepedihan dan ‘kesakitan’ yang dirasai dapat membuat orang yang gagah menjadi lemah, nereka yang siuman berubah gila.

Inilah yang dirasakan oleh Malik ketika ini. Selama ini Malik merupakan seorang yang amat mengagung-agungkan cinta. Baginya kehebatan cinta dapat mengatasi segalanya. Tetapi ternyata dia silap. Cinta yang disanjungi kini sudah pergi bersama keruntuhan rumah tangga yang tinggal hanyalah kepedihan dan kepahitan yang meninggalkan luka yang entah bila akan sembuh. Malik langsung tidak menyangka cinta yang dibajai dan dipupuk setiap hari akan hancur berkecai. Selama ini dia memikirkan cinta dia dan isteri, Hana akan berkekalan biarpun jasad mereka sudah lama disemadikan. Sayangnya realiti tidak sama dengan mimpi. Buktinya Malik kini bergelar duda setelah rumah tangganya rebah dipukul badai. Biarpun dari mula lagi sudah ada tanda-tanda perkahwinan mereka tidak akan melalui perjalanan yang panjang, namun Malik tidak peduli. Dia yakin segala itu dapat diatasi dengan kekuatan cinta mereka berdua. tetapi takdir menentukan mereka berpisah juga akhirnya. Malik dan Hana berkenalan secara tidak sengaja. Suatu hari kira-kira 10 tahun lalu, Malik yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel kereta membantu membetulkan kereta Hana yang rosak di tepi jalan. Hana yang berasa terhutang budi pada Malik kemudian telah menemuinya di tempat kerja untuk mengucapkan terima kasih.

Itulah awalan perkenalan mereka. KEduanya langsung tidak menyangka perkenalan tersebut akan membawa mereka ke alam percintaan yang penuh ranjau. Maklum saja, Hana bukan sebarangan orang. Dia anak orang kaya. Sedangkan Malik hanya seorang mekanik yang dibesarkan di sebuah perkampungan setinggan di pinggir kota raya Kuala Lumpur.

Orang tua Hana memang siang-siang lagi tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua. Bagi mereka Malik tak lebih dari seorang yang ingin mengambil kesempatan dan hanya menumpang kekayaan mereka. Pelbagai kata nista dihamburkan terhadap Malik dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memisahkan Malik dan Hana. Namun semuanya sia-sia kerana ternyata ikatan cinta keduanya begitu kukuh sehingga mampu untuk merenangi lautan api yang dicipta keluarga Hana.

Tiga tahun pertama perkahwinan Malik berasa amat bahagia biarpun keluarga Hana ternyata masih tidak dapat menerima kehadirannya. kebahagiaan itu semakin memuncak apabila mereka dikurniakan dengan seorang bayi lelaki. Kebahagiaan ini menguatkan semangat Malik untuk menghadapi karenah dan hinaan keluarga mertuanya… …

… Sayang kebahagiaan itu tidak kekal lama. Riak-riak perpecahan mula kelihatan apabila Hana yang bekerja dalam syarikat bapanya diberikan tugas untuk mengendalikan suatu projek besar.

kesibukan menyebabkan keduanya jarang bertemu kerana pagi-pagi lagi Hana sudah keluar dan pulangnya hanya selepas pukul 12 malam. Semua tugas di rumah, termasuk menguruskan anak jatuh ke bahu Malik. Namun demi kasih pada seorang isteri Malik tidak pernah mempersoalkan tentang perkara ini. Baginya tugas tersebut sememangnya dipikul bersama.

Namun Hana tidak menghargai semua itu. Kebebasan yang diperoleh semasa menguruskan projek membuatkan dia terleka dan terlupa tentang tanggungjawabnya sebagai isteri. Dia mula mengambil kesempatan atas kebaikan Malik dan keadaan menjadi semakin parah apabila dia berkenalan dengan Riduan yang sama-sama menguruskan projek besar dahulu.

Hana muka lupa suami, lupa anak dan lupa rumah tangga. Bila Malik menegur dia berang dan mula mengungkit segala kesenangan yang malik nikmati kini. baginya Malik tidak mungkin dapat duduk rumah besar, berbelanja di tempat mahal dan berkereta mewah jika bukan kerena dia.

Keadaan menjadi buruk apabil keluarga mertua yang sememangnya tidak pernah menyukai Malik mengambil kesempatan menyemarakkan api yang sedang menyala. Mereka sudah tidak segan segan lagi menghina dan mengata Malik di depan Hana. Malah mereka juga tidak segan silu untuk memperlakukan Malik seperti babu. Demi anak malik sanggup bersabar dan bertenang. Kerana tidak mahu anak tunggal kehilangan kasih ayah atau ibu, Malik sanggup menelan segala penghinaan. Namun sekuat mana pun dia, kadang-kadang air matanya gugur jua. Pada si anaklah ditumpahkan segala kasih sayang memandangkan isterinya tidak lagi menghargai kasih sayang yang diberikan.

Tahun berganti, perangai Hana masih tidak berubah, malah semakin menjadi-jadi. Hidup Malik bagaikan dalam neraka. Dia berasa tidak betah duduk di rumah kerana di mana-mana sahaja dia bagaikan terpandang wajah keluarga mertua dan isteri kesayangan yang mengejek dirinya.

Namun kesabaran manusia ada batasnya. Ketika anak mereka berusia 10 tahun, Malik berasa dia tidak mungkin mampu untuk terus mempertahankan sebuah perkahwinan yang sudah tidak mempunyai ertinya lagi. Tidak juga untuk seorang anak. Lalu dengan tenang Malik melafazkan talak satu kepada Hana. Dia sudah tidak sanggup hidup dalam kepura-puraan. Biarlah Hana gembira dengan hidupnya. Dan Malik maku memulakan hidup baru. Dia yakin kebahagiaan menantinya di hujung sana. amin

2 Respons

  1. NAPE CITER TERGANTUNG…..NAK SY SAMBUNGKAN KER….TENGGAH BNYK IDEA NI….HEHEHE

  2. a ah la.. nape citer tergantung.. sambung la lagi.. sepatutnya bagi la hana tu menyesal ke.. hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: