bukan kehendakku

“Assalammualaikum…… assalammualaikum….. ada orang kat rumah ni tak ?” Tanyaku nyaring.
“Waalaikummussalam. Eh, Ana lama tak jumpa. Jemputlah masuk.” Jawab Lisa dengan nada nyaring. Sememangnya dia mempunyai suara yang agak kuat berbandingku..
“Ni apa cerita kau ni. Dah 5 tahun tak jumpa. Apa khabar ?” Soal Lisa.
“Well, macam tu jugak. Takde perubahan sangat cuma dinaikkan pangkat jer. Tu pun cuma jadi manager jer.”
“Eh oklah tu, dulu kan kau assistant manager ajer. Kira oklah. Orang kerja kat Jepun lah katakan. Mana tahu satu hari nanti kahwin dengan Yutaka Takenouchi. Paling kurang pun dengan Hideaki Takizawa.”
“Eleh, macam lah dia punya kerja tak bagus. Eh, kawan, kan kau kerja kat syarikat ‘cik abang’ awak tu. Lawyer lagi tu!” Kataku mengejek. Sememangnya aku tidak kenal dengan teman lelaki Lisa. Aku gambarnya pun aku belum pernah lihat. Cuma nama sahaja yang aku tahu. Itupun dari bibir mak Lisa ketika aku melawatnya sewaktu aku pulang ke Malaysia 2 tahun lalu. Waktu itu Lisa sedang pergi bercuti bersama dengan rombongan syarikatnya ke Australia.
“Aku dah tak kerja kat situ lagi. Aku letak jawatan.” Jawab Lisa selamba.
“Letak jawatan!!! Kau jangan main-main Lisa. Janganlah kau nak kelentong aku.” Terkejut beruk aku dibuat Lisa.
“Eh, kau ni, kau tengok muka aku ni ada main-main ker?” Tanya Lisa tegas.
“Aku tahu Lisa, tapi aku terkejut habis. Dah bagus dah kerja kau kat situ. Letak jawatan pulak. What is the problem, Lisa?”
“Astarghfirullahalazim. Lupa pulak aku. Kau ni dah lama kat dalam rumah aku tapi belum lagi aku hidangkan air. Kau ni kira langkah kanan tau tak? Aku baru je masak bubur kacang tadi. Kejap ye, aku pergi ambik.” Lisa berdalih.
Aku tahu soalan itu mungkin agak sensitif baginya
“Ha, ni dia bubur kacang special aku. Tak cuba rugi tau!” Lisa memberi kepadaku semangkuk bubur kacang yang masih panas.
Memang sedap. Sudah lama aku tidak merasa masakan Lisa semenjak aku pindah ke Jepun dulu. “Kau ni Lisa, beruntunglah siapa dapat kau. Dahlah pandai masak, pandai menjahit, pandai kemas rumah dan cantik pulak tu. Senanglah hidup suami kau nanti.” Aku menyindir Lisa.
“Siapalah nak dengan aku ni Ana. Aku dah tua dah ni. Dah layak digelar andartu pun.” Jawab Lisa dalam nada merajuk.
“Echeh, baru 25 dah kata diri tu andartu. Aku ni dah nak masuk 26 tapi tetap evergreen sebab aku tak pernah cakap aku andartu. Lepas berpisah dengan Azman. Aku dah gembira. Ikut macam akulah Lisa. Happy Go Lucky sentiasa.” Kata-kataku mula membuahkan hasil. Terbitlah senyuman dari bibir Lisa yang sememangnya cantik itu memandangkan dia gadis berketurunan Punjabi dan Melayu. Dengan ketinggian 5 kaki 7 inci, hati lelaki mana yang tidak terpikat. Teringat aku sewaktu di universiti dahulu, dia menjadi model sambilan memandangkan wang perbelanjaan untuk pelajarannya cuma bergantung dengan duit biasiswa yang kecil yang cuma mampu untuk membayar yuran asrama dan yuran sekolah. Itu tidak termasuk lagi buku-buku. Nasib aku baik memandangkan papa dan mamaku mampu untuk menampung perbelanjaanku. Aku cuma perlu belajar.
“Oklah, kita sambung cerita balik. Ni yang kau ni pergi letak jawatan apahal? Kalau ada apa-apa storylah sikit kat aku.Kalau aku dapat bantu aku bantu. Kalau tak dapat, at least hilanglah sikit beban kau kat bahu tu.” Kataku memujuk Lisa.
“Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita aku, Ana. Cerita ni dah 3 tahun berlalu tapi macam baru semalam I’ve been betrayed, Ana.” Air mata Lisa sudah mula bergenang.
“Alahai, sini Lisa. Takpelah Lisa. Learn from your mistakes.” Kataku sambil memeluk Lisa.Aku cuma doakan Lisa tidak menjadi sepertiku walaupun dalam benakku, aku masih tertanya-tanya…………………
*** “Amir, aku ni, Ana. Ingat lagi tak?” Aku memulakan percakapan.
“Ana ?? Bukankah kau sekarang kat Jepun?” tanya Amir kehairanan.
“Alah, aku ambik cutilah. Takkanlah nak jumpa dengan keluarga aku dan kawan-kawan aku kat sini pun tak boleh.” Kataku merajuk.
“Eh, yelah. Orang dah jauhlah katakan. Ni macam mana boleh tau nombor telefon aku ni?” Tanya Amir lagi.
“Well, kan dalam buku telefon ada. Takkan tu pun susah. Ni millenniumlah. Kau ni masih sesat kat zaman Hitler ker?” Kataku berseloroh. Sememangnya Amir tetap Amir yang dulu. Tidak berapa mengetahui dunia luar.
“Oklah. Aku surrender. Asalkan yang tengah bercakap dengan aku ni Nur Syazliana Natasha yang sebenar. Bukan Nur Syazliana Natasha The II.” Katanya membalas selorohku.
“Aik, Kau ingat aku ni hantu ker? Oh, kalau nak pastikan yang aku ni hantu ke tidak, jenguk ke bawah dari tingkap kau.” Aku mengarahkan Amir.
“Ha ? Ana ?? Betul ke ni?” Kata Amir terkejut beruk. Lantas itu, dia terus berlari ke bawah. Maka bertemulah kami di lobby syarikat itu. Matanya terus menyapa mataku. Pandangan anak matanya yang hazel mengalahkan mataku. Sesungguhnya, dia masih tampan seperti dahulu. Dengan matanya hazel, kulit hitam manis dan ketinggian 6 kaki 5 inci sudah cukup untuk menggetar jiwaku suatu ketika dahulu. Dengan senyumannya yang pernah menggoyahkan imanku.Tetapi, ada seseorang yang telah dahulu mencuri hatiku sebelum dia.
“Hai Amir.” Kataku tanpa ku sedari.
“Hai, Ana. “ Dan pandangan mataku dan dia akhirnya terlepas jua. “Makin manislah kau Ana dari dulu. Kali ni aku memang respect kat engkau. Macam mana engkau boleh berubah macam ni sekali?” tanyanya melulu.
“Alah, biasalah, Kat Jepun tu kan banyak teknologi. Takkanlah aku nak kekalkan identiti aku yang dulu.” Aku akui semua itu. Aku memang berubah. Dahulu, aku pendek dan kini aku agak tinggi. Dahulu aku agak gelap dan kini aku lebih cerah berbanding dahulu dan kini aku lebih slim dari dahulu. Mungkin disebabkan hidupku di sana yang agak sibuk dan tiap-tiap hari aku berjalan kaki ke tempat kerja. Sememangnya begitulah kehidupanku di Jepun. Bukan bermakna aku tidak mempunyai kereta, tetapi aku lebih selesa berjalan kaki. “Ha, ni nak belanja aku makan tak ni? Aku on ajer.” Kataku menguji Amir. Aku tahu dia masih bekerja.
“Eh, betul ker ni? Oklah..aku belanja makan tempat favourite kau. Mana lagi kalau bukan Pizza Hut, Nak tak ?” Katanya beria-ia.
“Aik, kan ni time kerja. Kerjalah dulu, nanti aku tunggu kau. Ok?” Kataku cuba mengelak. Aku takut dia akan dihukum oleh majikannya.
“Alah, bukan selalu aku dapat jumpa kau. Kiranya, kalau ponteng kerja sekali tu, bolehlah. Takkan kena buang punya. Rilekslah, Ana. Bukan aku selalu ponteng kerja pun. Lagipun kerja aku tak banyak.” Jelasnya panjang lebar.
“Oklah, aku tak kisah. Asal kau safe dan aku tak kena marah dengan kau nanti kalau kau kena buang kerja.” Kataku semacam mengejek.
“I don’t care. Kalau kena buang, carik kerja baru, apa susah?” Katanya sambil lewa.
“Yelah, perut aku dah berkeroncong dah ni mintak diisi.” Kataku manja. Sememangnya aku seorang yang manja.
“Kau ni, Tak berubah. Kuat makan. Kalau pizza large tu aku bagi kau makan sorang, gerenti licin.” Katanya menyindir. Aku dah lali dengan kata-kata itu kerana suatu ketika dulu sindiran itulah yang menjadi halwa telingaku.” Jomlah!” Ajak Amir.
** “Ana, abang nak ajak Ana dinner malam esok. Nak tak? Malam ni Azman tak dapat, penat sangatlah.” Sememangnya aku tahu kerja sebagai pengurus artis memang memenatkan lebih-lebih lagi artis tersebut sedang meningkat naik..
“Ana ok ajer. Tapi, jangan macam dulu tau Man, Ana yang tunggu sampai 1 jam. Kalau kali ni lewat 5 minit, Ana lari.” Kataku merajuk.
“Alah, sorrylah Ana. Janganlah marah. Alah sayang busyuk abang sorang. Abang betul-betul mintak maaf. Kali nie abang janji takkan lewat. Kalau abang lewat, abang sumpah abang akan mati disam…..”
“Janganlah cakap macam tu. Oklah, Ana percaya. Ana tak nak abang bersumpah macam tu lagi lain kali tau!” Kataku memintas percakapan Azman.”
“Oklah, tapi Ana mesti percayakan abang ok?!”
“ Oklah, Ana tetap percayakan abang.” Kataku memujuk Azman. Aku tahu Azman seorang yang agak manja denganku lagipun aku suka memanjakannya. Di corong radio, kedengaran lagu ‘My Valentine’ nyanyian Martina McBride. Dan aku dan Azman hanyut di dalam lamunan lagu itu…. dan kami….
If there were no words No way to speak I would still hear you
If there were no tears No way to feel inside I’d still feel for you
And even if the sun refuse to shine Even if romance ran out of rhyme You would still have my heart Until the end of time You’re all I need My love, my valentine
All of my life I have been waiting for All you give to me You’ve opened my eyes And showed me how to love unselfishly
I’ve dreamed of this a thousand times before In my dreams I couldn’t love you more I will give you my heart Until the end of time You’re all I need My love, my valentine
*** “Hei, welcome to my party. Thanks for coming. Hope you will enjoy yourself at my party.” Kataku melayan seorang tetamu jemputanku khas dari Jepun.
“Hai, Ana!” Kedengaran suara Lisa dari jauh.
“Lisa !!” Kataku separuh menjerit bagai kami terlalu lama tidak berjumpa.
“Nah ni hadiah untuk kau! Dah tua dah kau ni rupanya. Yelah, dah masuk 26 tahun dah. Aku nak tengok antara kita berdua siapa dulu yang akan kahwin.” Kata Lisa nakal.
“Sekali tengok, nanti, kau dulu yang naik pelamin. Akulah yang duduk sorang-sorang.” Kataku membalas kata-kata Lisa.
“Eh, Lisa. Jemputlah duduk.” Kata mamaku yang tiba-tiba muncul sambil mempelawa Lisa duduk.
“Terima kasih mak cik. Eh, Ana, tengok sapa datang tu! “ Kata Lisa sambil menunjuk ke arah seseorang.
Aku kurang jelas rupanya, tetapi aku pasti itu adalah Amir dari ketinggiannya. “Amir ker Lisa?” Lisa mengangguk.
“Amir!! Ingat dah lupakan birthday party aku tadi. Siapalah aku nak jemput kau.” Kataku olok-olok merajuk.
“Eh, sorrylah Ana. Aku lambat. Ada hal tadi. Kena tahan dengan bos aku tadi, kerja belum siap lagi.” Katanya jujur.
“Aku tahulah, sajer je nak kenakan kau tadi. Siapalah nak lepaskan tender RM 20 juta. Kalau aku, sanggup aku tak tidur untuk dapatkan tender tu.” Kataku memberi reaksi.
“Hei, Amir, aku bukan invisible sampai kau tak nampak aku. Bila dah jumpa Ana, bukan main gembira lagi kau sampai aku yang berdiri tepi ni pun tak nampak.” Kata Lisa menyindir Amir.
“Eh, alah Lisa, kau tu kecik sangat. Siapa suruh tak tinggi tinggi.” Amir menyindir Lisa.
“Macamlah kau tu tinggi sangat. Ana yang lebih rendah dari aku pun kau nampak. Nampak sangat kau tu…..” Kata-kata Lisa mati di situ setelah Amir semacam memberi isyarat.
“Eh, korang dua nie tak ubah macam budak kecik. Dahlah, malulah orang tengok. Makanlah lagi. Nie Amir, tak de present untuk aku ker?” Sengaja aku meminta hadiah daripada Amir.
“Ya Allah, lupa lah pulak aku present kau. Macam mana nie?” Menggelabah Amir dibuatku.
“Takperlah, makan jerlah. Siapalah aku nak terima present dari kau.” Kataku sambil berpaling ke belakang.
“Alah, oklah, nie present dari aku. Manalah aku nak lupa best friend aku sorang ni.” Segera aku berpaling semula ke arah Amir. Aku terkejut melihat dia sedang melutut sambil memegang sebentuk cincin. “Sudikan Ana menjadi permaisuri hatiku yang sekian lama kekosongan ini ?”
Aku masih terpaku. Kelu lidahku untuk berkata-kata.Semua tetamu memandang ke arah aku dan Amir. Aku gelisah. Apa yang harus aku lakukan ?
*** “Lisa, tolonglah aku Lisa. Aku bingung ni. Sebelum aku balik Jepun, aku teringin sangat nak mintak maaf dengan dia.” Aku merayu kepada Lisa.
“Tulah kau Ana, nie kali kedua kau reject dia. Apa yang kurang kat dia? Cukup syarat Ana. Nak kata tak kuat agama, setahu aku sembahyang tak pernah tinggal. Clubbing? Huh.. jauh sekali. Kau nak lelaki yang macam mana lagi Ana ?”
Aku bagai seorang budak kecil yang dimarahi oleh maknya. “Bukan masalah tu Lisa. He’s too perfect for me, Lisa.” Kataku walaupun masih bingung. Aku tidak tahu di mana lagi aku harus mencari Amir. Sejak dari peristiwa malam itu, tiada lagi kelibatnya di hadapan mataku. Aku cuba menghubunginya di pejabat . Yang hanya kedengaran di hujung telefon, hanyalah suara setiausahanya mengatakan dia bercuti. Aku tahu dia kecewa dengan tindakanku. Maafkan aku Amir, aku mempunyai sebab yang munasabah untuk menolak dirimu. Walaupun ini kali kedua, hatiku tetap pada Azman walaupun dia telah curang.
“Oklah, aku tahu kau eager sangat nak jumpa dia. Dia sekarang ada dekat Pantai Cahaya Bulan. Dia tinggal dekat chalet kat situ. Nombor chalet dia 126. Pergilah pujuk hati dia. Aku dah ikhtiar tapi dia masih macam tu jugak.”
Lega hatiku. Akhirnya, aku tahu di mana dia membawa diri. “Terima kasihlah Lisa. Aku takkan lupa jasa kau tu.” Kataku sambil bergegas masuk ke dalam kereta Lotus Eliseku.
“Kau nak pergi mana Ana?” Tanya Lisa.
“Aku nak pergi pujuk hati dia. Aku tahu aku bersalah and I want to explain all the reasons why I did that.” Aku memberitahu Lisa sambil start kereta.
“I wish you can do that. Good luck Ana. And, please tell me if something happens.” Kata Lisa.
“I’ll do that, bye Lisa” Kataku ringkas, Bunyi deruan enjin keretaku membelah keheningan senja itu. Aku mesti beritahu hal sebenar dengan Amir. Mesti!
“Boleh saya bantu cik ?” tanya receptionist di situ kepadaku.
“Ya, boleh saya tahu di mana bilik bernombor 126?” Tanyaku.
“Oh, cik jalan terus, lepas tu belok kanan. Bilik itu ada di sebelah kiri cik. Bilik itu menghadap pantai.” Jelas receptionist itu.
“Ok, terima kasih encik.” Jawabku tanpa memandang ke arah pekerja itu. Aku bergegas mencari bilik itu. Setelah lebih kurang 5 minit aku mencari, akhir ketemu jua. Hatiku agak berdebar untuk saat ini walaupun aku telah menduga apa yang akan dikatakan oleh Amir. Dengan lafaz Bismillah, aku mengetuk pintu bilik itu. Tidak lama aku menunggu, akhirnya pintu itu terbuka.
“Ana !!!?” Dari riak wajah Amir, ternyata dia terkejut.
“Ya, Aku Amir. Boleh aku bercakap dengan kau sekejap?” Tanyaku walaupun sebenarnya aku agak gementar.
“Bo… boleh.. kita pergi ke kafeteria kat lobby. Bo.. boleh tak ” Memang sah Amir resah, gelisah dan agak gementar.
“Ok..” kataku sambil memimpin tangannya. Setibanya kami di kafeteria, aku cuma memesan jus tembikai dan dia memesan air kelapa. Dalam fikiranku, aku sedang merencana apa yang ingin aku katakan kepada Amir. Adakah aku sudah cukup tabah untuk memeberitahunya semua itu ? Ya Allah, tolonglah hambaMu yang kerdil ini. Sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa untuk membantuku. Hanya kepadamu tempat aku memohon tauhid dan hidayah. Amin……….
“Siapa yang beritahu Ana Amir ada kat sini?” tanya Amir.
“Lisa. Jangan marahkan dia . Ana yang merayu kat dia suruh beritahu Ana.” Aku jujur memberitahu Amir. “Amir, Ana datang ni nak mintak maaf banyak-banyak kat Amir sebab Ana dah mengecewakan Amir. Tapi, tu bukan kehendak Ana, Amir. Itu bukan kehendak Ana. Ana cuma….”
“Cuma apa Ana. Terseksa batin Amir, Ana.. terseksa. Selepas Ana pergi ke Jepun dengan Azman. Amir dah cuba ubati luka dulu Ana. Selepas Lisa beritahu Amir yang Ana dah berpisah dengan Azman, Amir rasa luka itu pasti akan terubat kembali..tapi….. lain yang terjadi. Ana nak cumakan apa lagi !!??” Suara Amir yang agak tinggi itu membuatkan pengunjung kafe itu memerhatikan kami. Walaupun perasaan malu itu terbit, tapi hal ini perlu diselesaikan hari ini sebelum terlambat.
“Ana yang bersalah. Ana tahu. Tapi, tu bukan kehendak Ana. Ana terpaksa menolak Amir sebab Ana rasa Ana tak layak dengan Amir. Amir terlalu baik tapi Ana terlalu jahat untuk Amir. Ana tak layak Amir. Ana tak layak!” Jelasku panjang lebar. Aku ingin dia tahu.
“Apa salah Ana sampai Ana rasa Ana tak layak di sisi Amir. Amir tak kisah siapa Ana dan apa kisah silam Ana. Cuba pandang mata Amir Ana. Pandang wajah Amir.” Kata Amir menahan sebak.
Nasib ku agak baik, pelayan yang membawa pesanan kami akhirnya tiba sambil meletakkan pesanan kami di atas meja dan berlalu pergi. Aku yang menahan esak tangisku cuba mengangkatkan kepalaku untuk memandang wajah Amir. Aku lihat wajahnya penuh dengan kedukaan dan agak tidak terurus. Sambil memnadang tepat ke matanya, aku berkata perlahan,” Maafkan Ana, Amir. Ana sudah terlanjur bersama Azman. Ana bukan lagi dara Amir. Ana dah tak suci lagi.” Kaca di mataku yang sudah retak akhirnya berkecai juga. Aku menitiskan air mata di hadapan Amir.
“Ana!! Betul ke apa yang Ana cakapkan ini ? Jangan bermain dengan perkataan tu Ana. Amir takut. Takut… Ana.” Kata Amir terketar-ketar.
“Benar Amir, Ana tak tipu. Itulah sebabnya Ana merasa diri Ana tidak layak untuk Amir.” Air mataku yang tumpah akhirnya dapat ku bendung. Aku dapat menahan esak tangisku daripada berlanjutan. Perbualan kami terhenti seketika. Kelu kidah tidak terkata. Apa lagi yang kau mahu Amir? Aku sudah jelaskannya. “Sudah tidak apa-apa lagi yang inginku katakan Amir. Selamat tinggal Amir.” Ucapku lalu meninggalkan Amir termanggu.
“Ana, tunggu Ana. Amir nak cakap sesuatu.” Amir mengejarku dari belakang.
“Cakap apa lagi Amir, semuanya Ana dah jelaskan.” Kataku tanpa menoleh. Aku terus berjalan ke pintu luar. Tanpa ku sedari tiba-tiba sebuah kereta yang sedang meluncur laju melanggarku.
“Ana !!!!!!!!!!” Amir berlari mendapatkanku. Aku yang masih dalam keadaan separuh sedar samar-samar melihat Amir. “Ana, sedar Ana. Jangan takutkan Amir.” Amir yang sedang memangku kepalaku membantuku. Darah yang mengalir keluar dari kepalaku dibaluti Amir dengan cebisan kain dari bajunya. “Ana, bertahanlah…….” Riak wajah Amir yang cemas membuatkan aku yang sedang berhadapan dengan sakaratulmaut ini masih sempat tersenyum. “Ana, mengucap Ana. Ingat Allah. Semoga Allah menolong Ana.” Amir yang sedang menggendongku cuba membantu…. tapi………..
“Doktor, bagaimana keadaan Cik Ana sekarang ?” Amir yang kelihatan gelisah itu berdebar-debar untuk mengetahui apa keputusannya.
“Alhamdulillah, dia berada di tahap yang selamat sekarang tapi…..” Kata-kata doktor itu mati di situ.
“Tapi apa doktor !!!!!! ??” Amir yang bergembira dengan berita itu agak terkejut dengan perkataan tapi yang keluar dari mulut doktor.
“Lebih baik kita berbincang di dalam bilik saya.” Kata doktor itu sambil memepelawa Amir ke biliknya.
“Apa yang ingin doktor bincangkan?” tanya Amir tergesa-gesa.
“Saya harap Encik Amir tabah mendengarnya. Cik Ana menghidap AIDS.”
“Ha !!!!!? Ya Allah, adakah ini cubaaan bagi hambaMu?” Amir terduduk mendengar berita itu.
“Saya berharap agar Encik Amir bersabar dan tabah dengan dugaan ini. Semoga Allah membantu hambaNya.” Doktor itu sedaya-upaya untuk menenangkan Amir. Amir mula kelihatan tenang dan redha dengan apa yang berlaku.
“Sampai bila agaknya jangka hayat Cik Ana, doktor?” Amir kelihatan bergetar untuk bertanyakan soalan itu.
“Pada bila-bila masa sahaja.” Amir kelihatan pucat. Tidak terkata-kata. Gelisah. Resah bertandang lagi. Ya Allah, mengapa begitu banyak dugaanMu terhadapku ? Ampunkanlah dosa Ana Ya Allah. Hanya kepadaMu aku menggantung harapan…. Amin…
“Doktor boleh saya berjumpa dengannya sekarang ?” Amir meminta keizinan.
“Boleh tapi kalau boleh jagalah emosinya. Tenangkanlah dirinya.” Kata doktor memberi nasihat
“Terima kasih doktor.” Amir berkata sambil berlalu pergi.
Pintu bilik bernombor 1688 itu dibuka. Sekujur tubuh di hadapan Amir kini terbaring kaku. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini. “Ha, Amir. Marilah sini.” Panggil Ana terketar-ketar. Air mata Amir tidak dapat dibendung lagi. “Jangan menangis…” Pintaku.
“Ana, Amir minta maaf. Amirlah punca Ana terbaring di sini.” Kata Amir sambil memegang tanganku. Air matanya mengalir di tapak tanganku.
“Bukan salah Amir, Ana tetap akan mati suatu hari nanti kan ?” Kataku sambil tersenyum.
“Ana, jangan cakap macam tu Ana.” Suara Amir yang disertai dengan sedu-sedannya amat memilukan hatiku.
“Ana menghidap AIDS.” Kataku perlahan di telinga Amir.
“Amir dah tahu, Ana.” Kata Amir.
Tanpa diduga, kelihatan Lisa dan parents ku muncul di muka pintu. Mama terus meluru ke arahku dan menciumku. Manakala papa pula berdiri di sebelah mama. Kelihatan mama, papa dan Lisa menangis. Aku juga turut menangis. Amir yang sedang duduk memegang tanganku erat bagai tidak ingin dilepaskannya.
“Mama, papa, Lisa… ja….. ngan…. me.. nangis…..” kataku dalam keadaan sedu-sedan. Aku merasa diriku semakin lemah. “Amir, Ana rasa dah tiba masanya Ana pergi.” Esak tangis mama semakin menjadi. “Mama, papa. Lisa.. Ana.. haa… rap.. ja.. ngan.. dita.. ngi.. si.. pemergian.. Ana. Amir, tolong jaga mama ngan papa Ana baik-baik.” Aku terasa semakin lemah. Malaikat maut dalam perjalanan ingin menjemputku ke atas.
“Mengucap Ana….” Kata Amir sebak.
“Asyha…du…allah…hi..la….ha.ill..allah.” Itulah kalimah terakhir yang keluar dari mulutku.
“Ana!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bangun Ana.. bangun…… jangan tinggalkan mama dan papa keseorangan.” Mama pengsan sejurus selepas itu…………..
“Amir, ni ada surat terakhir dari arwah Ana. Dia pesan kat Lisa suruh bagi kat Amir kalau dia dah tiada.” Lisa memberi Amir sekeping surat .
“Terima kasih, Lisa.” Balas Amir sambil tersenyum tawar. Jari jemari Amir ligat membuka sampul surat itu. Kelihatan sehelai kertas berwarna biru di dalamnya dan sebentuk cincin. Perlahan-lahan Amir membacanya di dalam hati……
Assalammualaikum Amir,
Mungkin semasa Amir membaca surat ini, Ana sudah tiada. Maafkan Ana kerana selama ini Ana banyak menyusahkan Amir. Mama dan Papa Ana dah lama tahu Ana sakit termasuk Lisa. Maaf sekali lagi kerana tidak memberitahu Amir awal. Ana takut Amir tak dapat terima kenyataan. Semuanya berpunca dari Azman. Dia adalah pembawa virus HIV. Ana mengetahui semua ini semasa Ana berada di Jepun ketika Ana membuat pemeriksaan doktor selepas Ana terlanjur. Itulah sebabnya Ana ke sini. Ana bercadang ingin kembali ke Jepun untuk menguruskan hal perletakan jawatan Ana dan semua harta Ana di sana sebelum Ana dapat mati dengan aman di sini, Malaysia . Ana tak tahu Ana masih sempat untuk ke sana atau tidak. Wallahualam Ana cuma berharap agar Amir dapat mencari perempuan lain yang layak untuk Amir. Ana bukan calon yang sesuai. Sekurang-kurangnya Amir masih ada Lisa. Azman kini berada di London untuk mencari penawar bagi AIDS. Baguslah, sekurang-kurangnya Azman berikhtiar… .
Ingat tak, sejak kita berada di U lagi, kita berkawan baik. Ana. Amir dan Lisa. Kita tak pernah peduli apa orang nak cakap. Selepas Ana bercinta dengan Azman, Amir menjauh hati tetapi Amir tak menunjukkannya. Ana dapat rasakannya. Apabila Amir cuba melamar Ana buat kali pertama setelah Ana bergaduh dengan Azman, Ana amat terkejut lalu menolaknya tanpa berfikir. Sejak itu hubungan kita retak begitu sahaja. Ana mengetahui ini semua daripada Lisa. Selepas Ana berhijrah ke Jepun bersama Azman. Amir mula berubah. Amir bertukar menjadi seorang kaki perempuan. Ana dapat tahu dari Farid, teman rapat Amir di pejabat. Tapi selepas Ana balik, Ana tahu Amir sudah berubah menjadi Amir semula. Amir yang Ana pernah kenal. Ana berharap agar Amir tidak berubah menjadi Amir The II selepas Ana pergi. Ana minta Amir halalkan segala makan minum Ana bersama Amir dan barang-barang Amir yang Ana pinjam. Ana minta halalkan. Setakat ini sahaja warkah ini. Mungkin ini adalah warkah pertama atau warkah terakhir dari Ana. Sambutlah salam sayang dari Ana sebelum Ana pergi….

Yang pernah dicintaimu,
Nursyazliana Natasha

Gugurlah sebutir demi sebutir air mata lelaki yang bernama Mohd Syafiq Amiruddin………………. Semoga Ana ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ……… Amin……..

2 Respons

  1. kehidupan ini mmg payah untuk diduga

  2. macam mana ‘aku’ masih hidup dan boleh menulis cerpen ni ha?
    aku agak pelik la?????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: