kisah benar budak Hilang

Bila terbaca kisah kehilangan Yin di dada-dada akhbar dan berita-berita di tvsaya teringat kisah yang berlaku hari raya puasa tahun 2004 di kampung saya. Hari tu hari raya ketiga, waktu maghrib. Seorang budak lelaki umur 8 thn, berbaju merah dan berseluar merah, berselipar adidas dan berbasikal hijau telah singgah di rumah kami. Budak tu nampak macam anak2 yang terjaga lagak nya. Budak2 kampung saya yg sebaya dgn dia yang ada kt situ waktu tu cakap yang budak itu tak tahu datang dari mana. Rupanya budak tu dah beberapa kali berbasikal keliling kampung saya tanpa arah tujuan. So, diaorang pun bawa kerumah saya kerana abah saya seorang penghulu kampung. Kebetulan rumah kami berniaga kecil-kecilan. Dia ternampak air botol lalu menuding jari ke arah botol tu. Mak saya suruh bagi je air botol tu kt budak tu. Naluri seorang ibu mana boleh tengok anak2 yg dalam keadaan macam tu. Budak tu minum dengan rakus sekali. Dahaga sangat nampak nya. Dia tak boleh bercakap. Bila bertanya dia sengeh je. Saya sendukan nasi dan bagi kt budak tu tp dia tak mahu. Bagi makanan ringan makan pulak! Waktu tu pulak bapa saudara sebelah mak ada datang maklum la hari raya katakan. Tambahan pulak nenek sebelah abah masuk hospital. Saya pulak petang tu baru balik dari jaga nenek kat hospital. Sepupu lak yang jaga dia malam tu. Dah abis minum dia ambik balik basikal dia dan nak pergi dari situ. Budak2 yg ada kt situ tahan dia tak bagi pergi. Nasib dia patuh. Lepas bapa saudara saya balik kami uruskan budak tu pula. Abah sibuk bertanya kawan2 dia kut2 ada budak hilang. Orang kampung pula datang berpusu-pusu ke rumah kami nak tengok budak tu. Jadi macam pesta lak! Kat depan kawasan rumah saya penuh dengan penduduk kampung. Dorang semua cakap budak ni tak penah tengok kat sini. Abah telefon polis dan buat laporan. Polis ada cakap beberapa kes pasal kehilangan budak. Maklum la waktu tu hari raya, banyak orang2 luar yang balik kampung.Mungkin anak2 dorang yang hilang tu. Saya dan adik saya cuba mandikan dia. Kami bawa ke bilik air. Waktu mandi tu dia tak mahu mandi tapi kami berdua paksa dia mandi. Pas mandi suruh dia pakai baju adik saya tapi dia tak mahu nak juga pakai baju dia. Perkataan dia pandai sebut adalah ayah! Ayah! je.. Kami semua kesian kat budak tu. Macam2 andaian orang kampung. Kadang2 nak tergelak lak dengan andaian dorang tu. Dekat pukul 12 mlm baru orang2 kampung balik. Budak tu pun dah letih. Kami sediakan tempat tido dia. Abah teman kan dia tido katruang tamukut2 dia lari lak. Abah dah jatuh kasih dahkatbudak tu. Rumah kami ada banyak bilik, sebelum dia tido sempat lagi dia duk keluar masuk bilik2 yang ada. Hiperaktif betul! Bila dah letih dia baring lak dan goyang2kan kakidia.Abah urut kaki dia baru dia tido. Lenguh kaki barangkali mengayuh basikal siang tadi. Esok nya pagi2 lagi dia dah bangun! Lepas kami semua solat subuh saya siapkan sarapan. Saya suap dia, dua tiga suap je dia makan. Kemudian dia keluar rumah dan ambil basikal dia. Rantai basikal dia tercabut, dia tarik tangan orang2 kat situ suruh betulkan. Nak bercakap tak boleh. Kesian! Kami semua tak tolong dia tak nak bagi dia lari. Abah minta tolong kat jiran sebelah untuk hantar budak tu ke balai polis. Kami suruh dia masuk dalam kereta dia menolak. Puas pujuk suruh dia masuk tapi tak mahu. Bila abah dah masukan basikal dia dalam kereta tu baru la dia masuk dalam kereta tu. Saya tak ikut pergi ke balai polis. Abah dan jiran je yang bawa budak tu ke balai polis. Sampai balai polis, polis dah cakap kat abah yang dorang dah siarkan pasal kehilangan budak tu kat stesen radio. Pihak polis juga ada terima berita dari balai polis lain pasal kehilangan budak tu. Dalam pukul 2 ptg baru abah balik. Kami semua tak sabar nak dengar cerita pasal budak tu dari abah. Abah bercerita panjang lebar pasal budak tu. Kata nya, waktu pengumuman kehilangan budak tu kat radio, bapa saudara budak tu tengah beli rokok kat kedai runcit. Pas dia dengar pasal pengumuman terus pecut motosikal dia balik kerumah beritahu mak ayah budak tu. Duit balance rokok pun tak sempat nak ambik. Dia lak tanpa berlengah terus pergi ke balai polis berkenaan. Mak dan ayah budak tu mengiringi dia dgn kereta. Sampai kat balai polis tu dia terus menerpa ke anak saudara dia. Budak tu abah cakap bila dia nampak bapa saudara dia terus nangis. Mungkin dia kenal orang tu. Bila mak ayah dia sampai lagi la kuat dia nangis. Mak dan ayah budak tu dah lembik menangis semalaman pasal kehilangan anak dorang tu. Puas dorang cari merata tempat. Menurut mereka kat depan rumah dorang ada tali air, dorang ingat budak tu jatuh dalam tali air tu sampai panggil bomba suruh cari dalam tali air tu. Rupa nya budak tu cacat. Dia pekak dan bisu. Dia hanya boleh mendengar untuk bunyi yang pertama sahaja. Contoh nya bila kita panggil nama dia kali pertama dia dengar. Bila panggil kali kedua dia dah tak dengar. Nama dia Mazi. Anak kedua dari 5 adik-beradik. Ayah dia pengetua maktab perguruan dan mak dia pulak seorang guru. Hari raya kedua tu mereka buat rumah terbuka. Semua sibuk melayan tetamu sampai terlupa pasal Mazi. Bapa saudara yang di tugaskan menjaga budak tu pula sibuk layan tetamu. Mereka hanya menyedari kehilangan mazi lewat petang itu setelah Mazi tak kelihatan seharian. Rupa nya Mazi mengambil kesempatan bermain basikal waktu tu dan mengayuh sejauh tu mungkin. Bila dia sudah kehilangan arah dia hanya mengayuh tanpa tujuan. Jauh juga kawasan dia tinggal dengan kampung saya. Hanya perkataan ayah je yang dia pandai sebut kerana bila ayah dia pulang dari kerja perkara pertama yang dia buat ialah cari Mazi dan bawa pulang ke rumah. Budak tu memang hiperaktif! Dorang pernah hantar Mazi ke sekolah tetapi guru tidak sanggup menjaga dia kerana terlalu aktif. Mazi tidak suka makan nasi, dia hanya makan makanan ringan sahaja. Berdekatan dengan rumah dorang ada kedai runcit. Pemilik kedai runcit tu akan bagi apa saja yang Mazi nak. Setiap bulan ayah dia akan bayar harga barangan yang Mazi ambil tu. Mak ayah budak tu ucapkan banyak terima kasih kat abah kerana pulangkan anak dia. Dan abah tidak sangka rupa2 nya Mazi tu anak orang2 berada. Nasib baik dia singgah kat kediaman kami. Kalau la dia melencong ke tempat lain tak tahu la nasib dia macam mana. Selepas 2 – 3 hari kejadian tu, bapa saudara Mazi yang tinggal di Pahang ada datang ke rumah kami. Dia belum lagi balik ke sana dan ada masa kehilangan Mazi. Dia datang nak kenal keluarga kami dan ucapkan banyak2 terima kasih. Menurut dia, abang ipar dia, ayah Mazi teringin nak datang kerumah kami dan nak kenal keluarga kami. Mereka ada datang tetapi saya dah balik ke Penang sambung study dan tak berkesempatan nak kenal keluarga Mazi. Hari raya haji tahun 2005, Mazi ada datang ke rumah kami bersama keluarga dia. Mak dia cakap Mazi sibuk ajak mereka pergi ke rumah kami. Masa tu kami semua tak ada pergi beraya rumah nenek sebelah mak. Yang ada kat rumah waktu tu abah je. Abah cakap Mazi seronok sangat dapat bertandang lagi kerumah kami. Dia macam dah biasa keluar masuk bilik yang ada. Dia tercari-cari kami semua pergi mana. Waktu nak balik tu dia tarik tangan abah masuk kereta mengajak pergi ke rumah dia. Bergenang air mata abah mengenangkan perihal budak tu. Nak sangat dia kalau kami pergi rumah dia pulak. Bila kenang balik kisah tu rasa macam drama tv pulak. Bayangkan kalau dia tidak singgah ke rumah kami apa la nasib dia. Walau pun kejadian tu hanya sehari saja tapi banyak pengajaran yang boleh di kutip. Budak yang cacat tu mampu mengayuh basikal lebih dari 20 km dalam masa satu hari. Dia hanya mengikut kayuhan ke mana saja. Laluan yang dia lalu adalah jalan kampong kerana basikal dia di penuhi selut dan tanah. Semoga menjadi iktibar kepada kita

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: