Mawar si mawar putih

Aku tak peduli apa kata orang… yang penting aku tak bersalah… betulkah aku tak bersalah? Bukannya salah aku… bukan juga salah Ima… semuanya salah jantan sial tu! Ima menjadi mangsa kerana aku… orang tak tahu dan tak paham… peristiwa pahit tu menghantui diri kami selama bertahun lamanya… dan aku berubah kerana Ima, Ima juga berubah kerana aku…

Aku datang dari keluarga yang porak-peranda… Ima pula adalah anak yatim piatu yang menumpang kasih di rumah makciknya… kami berkawan baik sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Ima seorang gadis yang ceria, peramah, cerdik… aku pula gadis cantik yang aktif, pintar dan periang… kami sering menjadi perhatian ramai pemuda… dan kerana itu juga ia membawa padah…

Ibu dan ayahku sering bertengkar… ayahku tahi judi… ibuku terpaksa bekerja di kelab untuk menyara hidup kami dan menanggung persekolahan kami… berkali-kali ibuku suruh berhenti sekolah tapi aku tak sanggup… aku meminta agar ibu membenarkan aku bersekolah hingga tamat SPM… puas merayu barulah ibu bersetuju. Imalah satu-satunya tempat aku mengadu, dialah yang selalu menemani aku dan menghiburkan aku…

Hari itu… selepas tamat SPM… kami bersama beberapa rakan yang lain keluar meraikan detik perpisahan. Kami bermain sehingga lewat senja… ketika pulang, hari sedang hujan… aku mengajak Ima singgah ke rumahku, bimbang kalau dia berhujan lama-lama nanti demam… ketika itu baru aku sedar yang ibuku telah pun pergi bekerja… sedang aku dan Ima hendak menyalin baju tiba-tiba pintu bilik aku ditendang kuat… terkejut kami! Ayah! Melihat dia dalam keadaan mabuk dan marah, aku risau… risau dia akan membantai aku dan paling aku takut kalau Ima turut menjadi mangsa… tapi sangkaan ku meleset, ayah bertindak lebih dari itu… baju sekolah putih yang basah menampakkan bentuk badan kami menyebabkan ayah bertindak seperti binatang… kami cuba menyelamatkan diri… aku menarik tangan Ima meredah semak…
“Aargh!” Ima ditarik oleh ayahku… aku mencari sesuatu untuk menyelamatkan Ima… aku menarik ayah… ayah lepaskan Ima tapi aku pula ditarik dalam pelukannya, Ima cuba menyelamatkan aku dan ayah menolak aku ke tepi… kepalaku berpinau, tiba-tiba pandanganku kelam, jeritan Ima semakin sayup…

Ketika aku sedar… Ima sedang menangis di sisiku… dari keadaannya aku tahu… dia telah… . aku turut menangis sambil memeluk Ima erat. Demi untuk menyelamatkan aku, Ima menjadi mangsa… dia tak sanggup nak tinggalkan aku dalan keadaan pengsan seorang diri… . dia telah berjuang untuk mempertahankan aku… . kini, aku juga berbuat perkara yang sama! Biarlah apa orang nak kata… aku ni lesbian ke, perempuan murahan ke… mereka tak tahu apa yang telah kami alami…

Sejak kami lari ke KL, hampir 5 tahun… kami bermimpi peristiwa ngeri itu. Ima menjadi fobia… takut… pendiam… pemurung… cuma sejak akhir-akhir je baru dia berani keluar pergi ke kedai sendirian… pergi ke padang sendirian… aku… aku menjadi peneman setia Ima… pergi ke mana pasti aku temankan… bekerja pun di tempat yang sama… walaupun keputusan SPM ima bagus… tapi dia tak dapat meneruskan pelajaran menyebabkan dia hanya menjawat jawatan kecil… aku pula sambil bekerja menyambung pelajaranku dengan cara PJJ kerana bimbang untuk meninggalkan Ima sendirian…

Aku sedar, ramai lelaki tidak berani mendekati aku kerana sikapku. Aku melayan Ima melebihi segalanya… sesungguhnya, pernah aku terfikir… seandainya aku lelaki, tentu aku menikahi Ima tapi sayang… aku adalah perempuan.. dan masih mempunyai naluri seorang perempuan… Aku juga melarang mana-mana lelaki mendekati Ima, aku tak mahu dia menerima sebarang kejutan lagi… semuanya aku lakukan kerana aku sayangkan Ima, kerana aku nak balas budi baiknya, kerana aku nak tebus dosa ayahku… . tapi sampai bila? Aku tak tahu… yang pasti, aku takkan biarkan sesiapa pun menyakitinya… aku sanggup korbankan hidup malah nyawaku sekali pun untuk Ima…

Ima… pengorbanan mu padaku terlalu besar…
Tak mampu ku balasnya walau ku korbankan segalanya…
Hanya Tuhan yang mampu membalas penderitaan mu…
Tapi percayalah… seandainya kau minta nyawaku…
Akan aku berikan tanpa ragu sekali pun…
Sesungguhnya, persahabatan mu melebihi segalanya!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: