Seindah pelangi

Aku serba salah, kulihat wajah ibu begitu mengharapkan persetujuan dariku, wajah lelaki di samping ibu juga begitu ikhlas… . ku mengalih wajah kepada kedua adik-beradik yang hampir sebaya denganku, gadis itu kelihatan ceria tapi pemuda itu kelihatan sugul, ia membuatkan aku serba salah! Ah, takkanlah kerana satu wajah sugul aku mahu lenyapkan tiga wajah ceria yang lain… takkanlah kerana satu hati terluka aku mahu lukakan tiga hati yang lain… oh Tuhan, apa yang harus aku lakukan… sesungguhnya aku amat menyayangi ibuku… akhirnya dengan hati yang berat aku mengangguk perlahan… . ibu tersenyum senang, pakcik Zakrul mengangguk gembira, Azlin tertawa riang tapi… . Azhar tertunduk sedih… Dia merenungku tajam membuatkan aku tertunduk. Tak berani aku nak bertentang mata dengan pemuda itu… aku bimbang… aku bimbang aku tak dapat mengawal perasaanku lagi… .
“Kenapa? Kenapa Rin? Kalau Rin tak setuju, tentu papa Har dan ibu Rin tak boleh nak kata apa… ” terus Azhar menghamburku dengan perasaan marah apabila kami bertemu selepas peristiwa itu.
“Kerana dia ibu Rin… dan Rin tak mahu melukakan hatinya kerana Rin terlalu menyayanginya… ” perlahan air mataku mengalir. Mengingatkan ibu, hatiku sebak…
“Bagaimana dengan kita? Sanggup Rin nak tinggalkan Har macam tu je… ”
“Har… Rin takkan tinggalkan Har. Kita akan hidup bersama… cuma sebagai adik-beradik,bukan sebagai pasangan… ”
“Rin tak cintakan Har?” renungannya itu membuatkan aku cair… mujur imanku masih kuat, aku menepisnya dan mengalih pandanganku…
“Rin cintakan Har… tapi, sejak Rin tahu tentang percintaan ibu Rin dengan papa Har… terus Rin mengubah cinta terhadap kekasih kepada cinta terhadap abang… ”
“Sebegitu mudah? Dengan mudah Rin lafazkan sayang dan cinta, dan sebegitu mudah juga Rin melenyapkannya?” aku menangis mendengar kata-kata Azhar… kejam sungguh kata-katanya itu.
“Har… sesungguhnya bukan mudah untuk Rin berbuat begitu tapi demi ibu… walau sesukar mana pun tetap akan Rin korbankan segalanya. Har tahu kan… kasih sayang Rin pada ibu melebihi segalanya… ..”
“Sehingga Rin sanggup korbankan cinta kita juga?” Azhar memintas kata-kataku.
“Har… jangan katakan cinta kita, kalau nak Rin korbankan nyawa Rin demi ibu sekali pun Rin sanggup… ” Azhar terdiam, kelu…
“Rin telah hidup bersama ibu sepanjang hidup Rin… . sedangkan Rin mengenali Har tak sampai setengah dari hidup Rin… mengapa Rin harus kecewakan ibu… hanya untuk insan yang belum pasti akan memberikan kebahagiaan kepada Rin? Dulu, Har boleh bahagia tanpa Rin… kenapa sekarang tak boleh? Jangan pentingkan diri Har… ” Azhar mengeluh…
“Har tak tahu nak cakap apa lagi. Walaupun Har kecewa dengan tindakan Rin dan papa tapi… Har tetap akan mendoakan semua bahagia… biarlah Har pergi membawa hati yang luka… .” Aku hanya mampu melihat Azhar berlalu…
Azhar… kenapa kau nak bawa kelukaan yang sikit dan menderita seumur hidup tetapi mengenepikan kebahagiaan yang telah berada di depan mata… . Oh Tuhan, bukakanlah pintu hatinya, semoga dia mengerti yang cinta kami bagaikan pelangi… muncul hanya kerana titisan-titisan hujan… . indah untuk dilihat tapi mustahil untuk dimiliki… .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: