kau Miliku

Setelah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Perakaunan di salah sebuah Universiti tempatan, Azam telah mendapat pekerjaan di salah sebuah anak syarikat di Kuala Lumpur. Dia yang telah berkhidmad hampir setahun telah mendapat kepercayaan dari majikan serta kakitangan yang lain hasil usaha tekun yang ditunjuknya.

“Kau balik terus ke hari ni Zam?”, tanya Hamdan, rakan baiknya.

“Balik la beb, habis tu nak pergi mana lagi”, kata Azam sambil menggeleng kepala. Tak habis-habis Hamdan memujuknya untuk keluar berhibur, namun dia tidak berminat untuk turut serta.

“Hello kawan, esok kan kita cuti, jom la ikut kita orang lepak kat Bangsar. Bukan buat apapun, makan dan berborak je”, pujuk Hamdan lagi.

“Kau duduk rumah bujang boleh la, aku tinggal dengan keluarga. Nanti apa pulak kata orang tua aku kalau aku balik lambat”, kata Azam sambil berlalu dari situ, malas untuk mengikut kehendak Hamdan. Setelah mendapat kerja tetap, dia membeli sebuah rumah di Taman Kosas Ampang dan mengambil keluarganya di kampung tinggal bersamanya.

“Mak tau mak tak ada hak untuk masuk campur dalam urusan korang, tapi Azam. kisah tu dah lama berlalu. Kaupun tak tahu kat mana Zalia sekarang, entah-entah dia dah ada keluarga sendiri”, puan Siti menghidang minum petang untuk suami dan anak bujangnya. Mereka menikmati minum petang di laman rumah.

“Dari dulu lagi abah dah cakap, kalau suka, jangan simpan lama. Kau jugak yang bertangguh, nak tunggu habis degree konon. Tengok. kat mana kau nak cari Zalia sekarang”, keluh Encik Alaudin.

Azam menghela nafas panjang, dia tidak mampu untuk melawan kata-kata orang tuanya. Walaupun agak berdesing telinganya, tapi itu semua adalah kebenaran akan kesilapan yang telah dilakukannya. Dia sedar, kedua orang tuanya amat suka dengan cara Zalia yang sopan dan menghormati orang tua.

Masih segar diingatannya bagaimana dia begitu yakin akan hubungannya dengan Zalia. Setelah beberapa kali dia cuba mencuri hati gadis tersebut yang merupakan salah seorang siswi yang manja serta ceria di kampus tersebut akhirnya berjaya ketika mereka sama-sama di semester akhir. Zalia bukanlah seorang gadis yang anggun atau jelita yang menjadi rebutan siswa, tapi kesopanan dan kelembutan gadis tersebut telah menawan hati beberapa siswa sepanjang pengajiannya.

***

“Zalia, kelas petang nanti batal, kita pergi jalan-jalan tepi pantai nak?”, pelawa Azam.

Zalia merenung tepat wajah pemuda yang sedang berdiri di hadapannya, dia kemudiannya melirik jam tangannya yang menunjukkan pukul 4.00 petang.

“Hmm. kenapa ajak Zalia pulak, ajak la Fatin”, kata Zalia sambil berlalu. Azam mengejarnya dan mereka berjalan beriringan.

“Azam lebih selesa berkawan dengan Zalia dari Fatin. Zalia pandai buat orang ketawa, Azam happy dengan Zalia”, dia berterus terang.

“Jangan compare Zalia dengan orang lain, setiap orang ada baik buruknya. Mungkin satu hari nanti kalau Azam nampak keburukan Zalia, Azam akan tinggalkan Zalia macam tu je kan.”. Azam terdiam, kenapa la begitu jauh imaginasi gadis tersebut. Zalia. kenapa kau kunci pintu hati mu untuk lelaki, Azam mengeluh.

Mereka berdua kemudiannya berhenti apabila tiba di tempat letak motor pelajar yang terletak di sebelah perpustakaan.

“Azam hantar Zalia balik kolej erk. tak pernah merasa naik motor dalam kampus ni”, kata Zalia.

Azam terkejut mendengar kata-kata tersebut merenung tepat ke wajah Zalia sambil mengerutkan keningnya. Biar betul minah ni. fikirnya.

“Ee. orang gurau je la”, Zalia tergelak melihat perubahan muka Azam. Mereka berderai ketawa.

“Gurauan ganas la pulak.” kata Azam, mereka ketawa lagi.

“Okey lah Azam, Zalia pulang dulu. Nak suruh kirim salam kat buah hati awak tu ke.?”.

Sekali lagi Azam mengerut dahi.

“Hello. your little princess tu la, siapa lagi kalau bukan Fatin”, Zalia mengingatkan Azam. Dari gaya cerita Fatin, Azam amat menyayangi hubungan mereka. Zalia tumpang gembira mendengarnya.

Azam menghidupkan enjin motor RXZ berwarna merah miliknya dan memandu ke arah Zalia yang sedang berjalan menuju ke kolej siswi.

“Pukul 5.30 nanti Azam tunggu Zalia kat depan post guard, and one more. you?re actually my little princess. No one else but you”, ujar Azam sambil mengenyit mata dan berlalu. Zalia tersenyum sambil menggeleng kepala. Huh. gurauan nakal.

“Lambat balik Zalia, kau pergi mana?”, tanya Fatin yang baru selesai membasuh pakaian.

“Aku ada discussion dengan Azam tadi, pasal assignment agama tu la”, bohong Zalia, dia sedar Fatin agak cemburu keakrabannya dengan Azam.

“Agama ada assignment.?”, Fatin mengerut dahi.

“Er. er. kelas aku dah masuk bab faraid, ustaz bagi assignment pasal pembahagian harta pusaka tu la, next week dia nak sorang bentang”, jelas Zalia, dia taknak Fatin mencurigainya.

“Kau nak pergi mana kejap lagi, macam ada date aje?”, serkap Fatin apabila melihat Zalia seakan mengejar masa.

“Aku nak pergi Tanjung A la, nak jumpa sepupu aku kejap. Oh ye. lupa pulak aku, Azam nak jumpa kau pukul 5.30 ni kat pantai”, kata Zalia. Fatin melihat jam dinding, baru pukul 4.20 petang. Matanya bersinar ceria.

“Thank?s Zalia. I missed him much”, kata Fatin. Zalia tersenyum tawar.

“Hai Zalia, dua hari tak nampak. Cuti ke?”, kata Azam sambil meletakkan buku di sebelah Zalia. Mereka menghadiri mass lecture di Dewan Kuliah B bersama kelas lain. Zalia memberi senyuman kelat. Seakan dipaksa.

“Are you okey dear.?”, Azam risau melihat perubahan Zalia.

“Tak payah la nak ambil berat hal Zalia, I?m okey la”, Zalia selindung dari direnung oleh Azam. Dua hari dia tidak menghadiri kuliah kerana demam.

“Sampai hati Zalia kenakan Azam. I wish to meet you, not Fatin”, keluh Azam tanpa memandang wajah Zalia. Gadis tersebut menjadi serba salah, dia memandang wajah Azam untuk berterus terang tapi. pensyarah mereka sudah berada di depan dan telah bersedia memberi kuliahnya.

“Kita pergi minum kat kafetaria dulu ye”, Azam bersungguh. Zalia menjadi seba salah, dia memandang Yanie yang berada di sebelahnya.

“It?s okey, aku boleh balik dulu”, Yanie tidak mahu mereka serba salah.

“Er. er. jom la join sekali”, ajak Azam.

“It?s okey Azam, Yanie dah janji nak jumpa Bakri petang ni. Korang proceed je la”, senyumnya sambil berlalu meninggalkan Zalia yang masih keliru. Zalia tida pilihan, dia berjalan mengekori langkah Azam menuju ke kafetaria.

“Yanie kata Zalia demam, macam mana sekarang, dah okey ke?”, tanya Azam, setelah mendapat minuman, mereka duduk di hujung sudut.

Zalia tersenyum, kenapa la lelaki tersebut terlalu mengambil berat akan dirinya. Dia takut menjadi punca perbalahan dengan Fatin. Zalia tahu, Fatin amat meminati Azam. Dia tidak mahu berbalah sesama perempuan hanya kerana lelaki. Memalukan beb.

Azam masih teringat kali pertama dia membawa Zalia ke rumah orang tuanya. Masa tu keluarga Azam masih menetap di kampung mereka di Masjid Tanah, Melaka. Gadis tersebut seakan kekok kerana tidak pernah berkunjung ke rumah teman lelaki, akhirnya dapat menyesuaikan diri.

“Dah lama Zalia kenal Azam?”, tanya wanita separuh umur sambil membawa sedulang air minuman ke arahnya.

“Er. tak la lama sangat makcik, kita orang satu kelas sejak dari semester satu lagi”, jawab Zalia sambil membantu ibu Azam menghidang minuman. Azam memerhati tingkah Zalia sambil tersenyum bersama kakaknya.

“Berkawan la elok-elok, korang tu merantau ke negeri orang. Jaga adat negeri kita sendiri”, nasihat wanita itu pula.

“Ha. Zam, tak baik kamu gelakkan Zalia. Kesian dia tau”, tegur ibunya. Zalia hanya tersipu-sipu.

“Azam bukan apa mak, payah sangat nak tackle Zalia kat kampus. Nasib baik tiket bas semuanya dah habis melainkan ke selatan. Kawan-kawan dia semuanya dah balik”, jelas Azam sambil tersenyum.

“Dah tu, mana kau tahu.?”, tanya kakak Azam.

“Azam jumpa dia menangis kat tepi longkang kat kaunter tiket bas tu”, Azam berseloroh lalu tergelak.

“Hish. budak bertuah ni, tak baik tipu tau”, ibu Azam bingkas balas. Zalia tersipu malu, dia geram dengan kata-kata tersebut.

“Zalia, nanti ikut makcik dan pakcik pergi sembahyang Maghrib kat surau ye. Lepas tu boleh kita pergi rumah kakak makcik kat hujung kampung ni”, ajak ibu Azam.

“Mak tak ajak Azam pun. Ala mak. tak payah la ajak Zalia pergi, dia tentu penat. Bawak kak ngah je la pergi”, kata Azam.

“Ish budak ni, jangan kacau la. Jangan kemana-mana tau, malam nanti abang long kau balik sekeluarga. Dari Zalia dok kena buli dengan kau, baik mak bawak dia”, kata ibunya sambil tersenyum.

“Takkan mak dah tak sabar nak kenalkan bakal menantu mak kat sedara mara kita”, sakat Azam sambil berlalu, dia tidak mahu tunggu kerana yakin akan dimarahi.

“Melampau la budak ni, mujur la Zalia boleh sabar dengan perangai Azam tu”.

“Hmm. tak pe la makcik, dia memang suka menyakat, saya dah lali dah”, Zalia tidak mahu ibu Azam berasa segan dengan perangai anaknya itu.

“Jauh termenung, rindu ayam itik kat kampung ke?”, sakat Azam sambil membetulkan kain pelikatnya dan duduk bersama Zalia dia atas tangga.

“Tah la Azam, seminggu cuti. Tapi. tak dapat balik rumah sendiri, siapa tak terasa kan”, kata Zalia.

“Kan Azam ada kat sini, nak rindu apa lagi”, dia cuba buat lawak supaya Zalia tidak bersedih.

“Azam memang suka Zalia bermasam muka dengan Fatin ye. Come on la, kesian dia. She need your attention actually”, keluh Zalia. Kalau la Fatin tahu Zalia berkunjung ke rumah Azam, tentu perang besar.

“Tapi Azam perlukan perhatian Zalia, tolong la. nak saya guna bahasa apa lagi ni. Azam hanya cintakan Zalia, bukan Fatin. Sejak Azam jumpa Zalia di minggu orientasi masa semester satu lagi tau. Ke Zalia memang tak sudi terima cinta Azam, pasal tu selalu bagi alasan”, duga Azam. Bakri pernah memberitahunya yang Zalia turut menyayangi Azam tapi takut bergaduh dengan Fatin, dia sanggup memendam perasaannya itu. Itu semua Zalia ceritakan pada sahabat baiknya Yanie. Yanie adalah teman wanita Bakri sejak mereka di semester satu lagi.

“Jangan buat Zalia serba salah, Azam terima la Fatin seadanya, bagi la kasih sayang kat dia. Dah lama Fatin tak dapat kasih sayang, mak ayah dia pun dah berpisah sejak dia kecil lagi”, kata Zalia.

“That?s not our problem la Zalia, hati Azam hanya untuk Zalia. Kalau ditakdirkan Zalia tolak cinta Azam sekalipun Azam takkan terima Fatin”, Azam tegas.

“Zalia tak sihat ke?”, tanya ibu Azam kerika mereka sama-sama menyediakan makan tengahari.

“Er. er. tak la makcik, alhamdulillah, Zalia okey je”, Zalia terkejut, agaknya tingkahnya diperhatikan. Dia mengaku kebelakangan ni dia banyak termenung.

“Kalau Zalia nak balik ke rumah orang tua Zalia, makcik boleh suruh Azam hantarkan”, cadang wanita tersebut, Zalia menjadi serba salah.

“Ish. jangan cakap macam tu makcik, Zalia taknak menyusahkan sesiapapun. Tak pe la Zalia bercuti kat sini kali ni. Dapat jugak merasa suasana kampung yang aman dan segar ni. Lagipun Melaka dan Ipoh kan jauh, kesian Azam nak kena drive sampai ke Ipoh”, Zalia sedar, agak sukar mendapat tiket bas dimasa cuti sekolah. Dia akur dengan nasibnya kali ini.

“Bagusla kalau macam tu, tenang makcik dengar, makcik risau jugak, mana tau. Zalia tak selesa duduk kat sini”, jelas wanita itu.

“Zalia minta maaf kalau Zalia dah buat makcik risau. tak terniat pun. Zalia seronok dengan keluarga makcik, ceria je”. Zalia mendapatkan tempat di sebelah ibu Azam.

***

“Thank?s Laila, rajin awak ye”, ucap Azam, Laila telah menyediakan minum pagi untuknya.

“Ala, bukan apa, kebetulan Laila buat air. Apa salahnya kalau buatkan untuk Azam sekali kan”, kata Laila yang telah lama menaruh hati pada Azam. Namun dia dapat rasakan bahawa ada wanita lain yang telah bertakhta d hati pemuda tersebut. Walaubagaimanapun, Laila tetap berusaha selagi dia belum berjumpa wanita tersebut.

“Boleh Laila tanya sikit.?”.

“Apa dia, tanya la”, kata Azam sambil tersenyum. Lagu Dilemma berkumandang di radio, satu ketika dulu lagu tersebut amat diminati oleh Zalia dan mereka sering menyanyikan lagu tersebut bersama.

“Dengan siapa awak bergambar tu?”, Laila menunjuk ke arah sekeping gambar yang diletakkan kemas di dalam frame yang cantik berwarna biru navy. Azam tersenyum, gambar tersebut diambil ketika menghadiri jamuan ?Malam Pra Graduan? sebelum mereka menghadapi peperiksaan akhir diperingkat diploma dulu. Itulah satu-satunya gambar yang berjaya diambil bersama gadis tersebut.

“Teman satu kampus saya dulu, kenapa?”, tanya Azam.

“Someone special.?”, duga Laila lagi, dia berasa amat cemburu melihat Azam mengusap gambar tersebut. Siapalah gadis bertuah yang berjaya mengunci hati Azam untuk menerima kehadiran cintanya.

“My little princess, the one and only I have”, jelas Azam sambil cuba mengimbau kembali zaman tersebut.

***

“Why me.? Zalia tak secantik Fatin . Kenapa Azam tak terima cinta Fatin?”, Zalia bingung.

“Please Zalia, pernah ke Azam cakap yang Azam suka kat Fatin tu. Azam anggap dia tu tak lebih dari seorang kawan biasa je tau. Azam tak pernah sikitpun menyimpan hati pada dia. Setiap janji temu kita orang, Fatin yang rancang. Boleh tak tolong faham perasaan Azam sekarang ni”.

“Siapa pulak nak faham perasaan Zalia sekarang ni. Tiga minggu lepas Fatin bertengkar dengan Aliah pasal Azam. Fatin mengamuk kat hostel sebab dapat tahu yang Aliah menaruh hati kat Azam. Cukup seminggu lepas tu dia mengamuk kat Zalia pulak sebab tuduh Zalia rampas Azam dari dia. Tah macam mana dia boleh tahu Zalia balik bercuti ke kampung Azam. Zalia bingung tau tak”, katanya dengan sebak. Namun begitu Zalia tidak menceritakan bagaimana Fatin dapat tahu Aliah menaruh hati pada Azam. Fatin ternampak Aliah mencium gambar Azam yang diselitkan dicelah buku nota. Bagai orang kena rasuk, Fatin mencampakkan segala kain baju Aliah ke luar pintu. Zalia tidak mampu untuk berkata apa-apa, dia panik. Dia mendapatkan bantuan Yanie untuk menenangkan keadaan.

“Zalia.”, ucap Azam perlahan.

“Hmm.”, jawabnya.

“Azam mintak maaf kerana Zalia terpaksa tanggung semua ni. Boleh tak kali ni kita jangan fikir hal orang lain. Kita fikir hal kita je. Azam betul-betul sayang Zalia, can you take me as your prince charming.?”, kata Azam serius. Zalia tersenyum, Azam mengerut dahi, pelik. Kenapa senyum.?”.

“Awak ni macam dah terdesak je, padahal ramai je awek lain yang lebih cantik yang gigit jari pasal tak berjaya tawan hati awak. Kenapa awak cari saya pulak”, kata Zalia.

“Sebab. Azam nak bagi peluang kat Zalia la, tak sanggup tengok Zalia plak yang gigit jari”, usiknya nakal. Namun jauh di sudut hati, nama Zalia telah kemas terpahat.

***

Zalia mengenakan kemeja T lengan panjang Esprit berwarna kuning air dan jeans Levis hitam, dia dah janji untuk bertemu Azam di tepi pantai depan pintu masuk utama kampus mereka. Melihat Azam sedang bercekak pinggang menanti, dia berlari-lari anak mendapatkan pemuda tersebut. Tentu Azam dah lama sampai.

“Am I late. sorry buat Azam tunggu lama”, ujar Zalia, mereka berjalan beriringan di tepi pantai. Azam tersenyum.

“Lain kali tak payah la lari, kalau jatuh tadi macam mana.? Azam buat tak tahu je”, sakat Azam. Zalia mencebik.

“Tak pe, Zalia boleh buat-buat pengsan. Nanti ramai la yang tolong angkat”, balasnya sambil tersenyum.

“Jom kita duduk kat tepi pokok tu, penat la jalan lama-lama”, ajak Azam, Zalia menurut.

“Hmm. kenapa ajak Zalia keluar.?”, tanya Zalia.

“Amboi. sejak bila pulak saya tak boleh keluar dengan awak.”, Azam mengerut dahi memandang tepat ke wajah gadis idamannya. Kau sungguh cantik Zalia, mujur aku tak perlu bersaing dengan mana-mana lelaki kat kampus ni.

“He. he. jangan la serius sangat. Eh, awak kenal tak Fakhrul budak course Banking?”, tanya Zalia setelah mereka lama diam.

“Kenal sangat, kenapa pulak?”, tanya Azam.

“Hmm. tah la, hari tu saya dapat surat dari dia. Fakhrul ajak saya keluar, tapi saya tak kenal siapa dia tu”, ujar Zalia.

“Habis tu, macam mana sekarang ni?”, Hish. ada jugak yang kacau daun, budak sebelah bilik pulak tu, tak boleh jadi ni.

“Aliah tolong cover line, Aliah bagitau kat dia yang Zalia dah bertunang. Lagipun Zalia malas la nak berkenalan dengan stranger, tinggi risiko beb”, ujarnya. Azam tersenyum puas hati.

“Zalia tau tak, Azam tak pernah keluar berdua dengan perempuan macam ni tau”.

“Hmm. nak mengayat tu agak-agak la beb, yang Azam selalu bertenet dengan Fatin tu apa pulak, dia bukan perempuan ke”, gurau Zalia.

“Bukan tu maksud Azam, kalau dengan dia, kita orang berdiri tepi jalan atau tepi pokok je. Cakap pun hal berkaitan pe;ajaran je. Dengan Zalia lain, Azam rasa happy dan tak sabar je tunggu masa tu”, jelas Azam, dia memang sebenarnya merindui saat bersama Zalia. Ketika dalam kelas, mereka terpaksa berlagak biasa untuk menjaga maruah diri. Lagipun dalam kelas adalah masa untuk bersama teman-teman lain.

***

Azam dan Hamdan memilih untuk minum petang bersama di sebuah café dalam KLCC.

“Aku tak tau la kenapa susah sangat nak ajak kau keluar petang. Kalah orang yang ada anak isteri je kau ni tau”, sindir Hamdan. Azam cuma tersenyum.

“Pandai la kau, kau banyak duit lain la, boleh ke sana sini enjoy. Aku ni lain, adik-adik masih ramai yang belajar. Kalau bukan aku yang tolong, siapa lagi. Even ayah aku mampu, tapi aku anak sulung. Sendiri mau ingat la”, kata Azam. Hamdan kagum dengan sikap tanggungjawab sahabatnya. Selama dia mengenali pemuda tersebut, dia senang untuk berbual dan berkongsi masalah bersama pemuda tersebut. Walaupun Azam dikurniakan dengan wajah yang tampan, dia tidak pernah menjadikannya sebagai aset untuk mempermainkan hati wanita, malah dia tidak pernah cuba mengambil kesempatan terhadap kaum yang lemah itu.

“Bila kau nak kahwin ha.?”, tanya Hamdan, Azam tidak pernah rapat dengan mana-mana wanita.

“Hmm. siapa la yang nak kat aku Hamdan, nothing interesting about me la. Pakai kereta buruk plak tu, awek pun takut nak dekat”, Azam merendah diri.

“Kau tu yang rabun, ikan depan matapun tak nampak. Kau tak perasan ke Laila sebenarnya ada hati kat kau”, tegas Hamdan.

“Pandai la kau bergurau, dia tu seksi sangat la Hamdan, takut aku”, Azam sedar akan reaksi wanita tersebut padanya. Namun dia tidak berminat untuk menganggap lebih dari seorang kawan.

“I?m serious man, Laila cantik what, apa lagi yang kau cari”, Hamdan pernah cuba untuk menawan hati gadis tersebut tetapi gagal kerana Laila lebih berminat pada Azam.

“Entah la Hamdan, buat masa ni aku belum berfikir untuk bercinta lagi. Baik aku tumpukan pada kerja dan tanggungjawab aku pada keluarga dulu”, jelas Azam.

“Aku tau siapa yang kau tunggu, gambar gadis yang ada kat meja kau tu kan.”, duga Hamdan, gambar tersebut seakan familiar baginya. Azam cuma tersenyum.

“Kawan satu kampus aku, Zalia Kamarulzaman. Akupun tak tau kat mana dia sekarang. Dah lebih empat tahun hubungan kita orang terputus. Entah la Hamdan, aku yang silap. Agaknya dia dah kahwin kot sekarang ni”. Jelas Azam tanpa dipinta.

***

Sempena sambutan minggu seni budaya, ramai pelajar yang mengambil bahagian dalam persembahan yang di adakan di Dewan Sri Sura. Zalia, Fatin dan teman baiknya Yanie tak ketinggalan untuk pergi menonton persembahan tersebut.

“Cepat la, korang ni lambat betul la kalau bersiap”, kata Yanie yang telah lama berdiri di muka pintu. Dia mengenakan kemeja T berlengan panjang serta jeans Pepsi. Zalia pula sedang duduk di atas katil sambil menunggu Fatin. Zalia turut mengenakan pakaian ringkas, kemeja T lengan panjang berwarna merah berjenama Guess dan jeans Esprit berwarna putih.

“What a coincident, sama la pulak kaler baju dan seluar kita ni”, kata Zalia.

“Tu la namanya sehati sejiwa”, balas Yanie sambil tersenyum, memang mereka kerap berpakaian sama secara kebetulan.

“Kenapa kau pakai blaus dan slack, bukannya majlis formal pun.?”, tanya Yanie pada Fatin.

“Kita budak accounting, kena la jaga imej tak kira majlis apa kita attend. Lagipun aku nak jumpa Azam lepas ni”, kata Fatin. Yanie dan Zalia saling berpandangan dan mereka menggeleng kepala sambil tersenyum.

Berbagai persembahan yang diadakan pada malam itu termasuk nyanyian, persembahan lawak, silap mata dan pentomin. Persembahan akhir ialah nyanyian dari pelajar semester akhir jurusan Perakaunan. Zalia terpaku mendengar suara Azam yang merdu, menyanyi bersama-sama temannya sambil bermain gitar. Dia tak sangka Azam berbakat dalam nyanyian. Dua buah lagu yang dipersembahakan, sebuah lagu ciptaan mereka sendiri dan sebuah lagu bertajuk ?So Much In Love?.

“Lagu tu tentu untuk aku”, kata Fatin sambil tersenyum gembira. Yanie mencuit peha Zalia.

“I don?t think so la, lagu tu for sure untuk kau. Aku dah dengar dia orang selalu nyanyi dalam kelas. Dia sendiri yang bagitau kat Bakri, lagu tu specially dedicated to you”, bisik Yanie yang kurang senang dengan sikap Fatin yang perasan. Yanie dan Zalia menuntut di dalam kelas yang sama.

“Hai Azam. sedap suara Azam nyanyi tadi”, puji Fatin, mereka berbual di luar pintu dewan. Walaupun telah habis persembahan, pelajar lain masih ramai mengunjungi gerai yang dibuka di luar dewan. Azam hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Tumpuannya cuma pada Zalia yang tunduk membisu. Yanie pula sedang berbual mesra dengan Bakri.

“Weh. penat aku nyanyi tadi, kau tak nak kata apa-apa ke Zalia”, kata Bakri sambil tersenyum melihat Zalia.

“Hmm. nak kata apa erk. aku suka lirik lagu tu, tak sangka korang kreatif. Ingatkan pandai main figure dan tekan kalkulator je”, gurau Zalia.

“Lagu tu sebenarnya untuk kau Zalia, mujur kau hayati lirik lagu tu”, sambung Bakri. Zalia terasa malu. Fatin berasa cemburu, dia dapat merasakan lagu tersebut dicipta oleh Azam. Ditambah pula dengan reaksi Azam yang asyik memandang Zalia sejak dari tadi.

“Fatin ingatkan Azam yang cipta lagu tu untuk Fatin tadi.”, ujar Fatin manja, dia cuba mencuri perhatian pemuda tersebut.

“Er. er. mana ada, apasal pulak Azam nak cipta lagu tu untuk Fatin”, balas Azam.

“Eh. aku dah ngantuk la, jom kita balik. Esok pagi aku ada kelas”, ajak Yanie apabila dia dapat merasakan sesuatu yang tak kena pada perbualan tersebut.

“No.!! aku tak puas hati. Habis tu Azam ciptakan lagu tu untuk Zalia la ye.!!”, Fatin mula meninggikan suara.

“Dah la Fatin, jom kita balik. Perkara kecik je tu”, pujuk Zalia.

“Kenapa kau main serkap jarang tak tentu pasal ni Fatin”, Bakri tak suka dengan sikap Fatin.

“Dah la Bakri, tak guna kau cover line. Memang lagu tu Azam cipta khas untuk Zalia, kenapa nak marah pulak. Fatin bukan kekasih Azam, kita tak pernah declare pun. Selama ni Fatin yang kata antara kita cuma teman baik. Kenapa kat asrama lain pulak cerita Fatin.?”, Azam tak puas hati, dia nekad. Apa nak jadi, jadi la.

“Dah la tu, tak manis la orang tengok kita macam ni. Jom kita balik”, Zalia menarik tangan Fatin. Namun gadis tersebut menepis tangannya. Zalia dan Yanie menjadi panik.

“Yang kau takut semacam ni apasal. Oo. jadi puas la hati kau sekarang ye bila dah dapat Azam. Kenapa Azam buat Fatin macam ni, sampai hati Azam”, Fatin menangis sambil memukul bahu Azam.

“Azam dah lamar Zalia depan orang tua Azam, mana mungkin Azam mungkir janji untuk memperisterikan Zalia”, Azam berterus terang. Zalia sebak kerana dituduh begitu berlari sambil menangis menuju ke asrama. Fatin menangis tersedu-sedu kerana malu. Selama ini dia cuba menawan hati Azam namun gagal. Azam selalu bertanyakan tentang Zalia apabila mereka bersama.Dia amat cemburukan Zalia kerana gadis tersebut berjaya menawan hati pemuda yang dipujanya selama ini.

***

Hamdan datang kerja awal pagi sambil bersiul gembira. Dia terus menuju ke meja Azam.

“Happy semacam je kau ni, dah dapat cinta sejati ke”, sindir Azam, Hamdan terkenal dengan sikap playboy dan sering mempermainkan hati perempuan. Ini kerana setelah gagal dengan cinta pertamanya sejak menuntut ditingkatan enam atas, Hamdan bertekad untuk tidak mahu bercinta dan akan terus permainkan wanita sehingga dia berasa puas.

“Berasap siot telinga aku. Kau jangan la sindir aku macam tu. Aku ada sesuatu untuk kau. Tapi. dengan satu syarat, kau kena ikut aku keluar lepas habis kerja ni”, Hamdan tersenyum Azam mengerut dahi memandang sahabatnya.

“Come on la, today is Saturday la, kau nak buat apa balik awal. Hari ni je aku mintak kat kau”, kata Hamdan sambil berlalu.

“Merajuk la pulak budak ni. Weh. buruk tau lelaki merajuk. Ye la, aku ikut kau”, kata Azam sambil tersenyum, what ever la beb. takde perkara yang lebih bermakna buatnya melainkan bertemu Zalia, gadis pujaannya.

***

“Ke. kenapa selama ni kau tak cakap yang kau kenal Zalia”, Azam hampir tak percaya dengan apa yang dilihatnya kini. Gambar Zalia bersama keluarga Hamdan di satu majlis perkahwinan.

“Kakak dia kahwin dengan sepupu aku. Akupun baru tahu minggu lepas nama penuh Zalia, selama ni aku panggil dia Lia je”, jelas Hamdan. Dia dapat merasakan temannya amat gembira dikala ini.

“Kenapa la selama ni kau sorokkan dia, sengsara aku beb”, ujar Azam, seakan tidak sabar untuk bertemu dengan cinta hatinya.

“Kau taknak tanya ke, Zalia kau tu dah kawen ke belum?”, usik Hamdan. Lama Azam terdiam. Soalan tersebut amat ditakutinya.

“kau agak.?” tanya Azam.

“Hehehehe. apa la kau ni, tanya la sendiri. Aku dah tunjuk jalan pun dah kira cukup bagus tau. Kalau bukan kerana kau kawan baik aku, dah lama aku tackle Zalia tu”, ujar Hamdan sambil tersenyum.

***

“Kenapa Azam pandang Zalia macam ni, macam nak makan orang je”, tegur Zalia walaupun telah hampir setengah jam mereka bertemu.

“Zalia masih tak berubah walaupun dah lama kita tak jumpa ye”, Azam terkelu. Dia telah jumpa apa yang dicarinya selama ini.

“Apa yang perlu diubah pulak, cuma Azam tu aje yang berubah. Janji lain, tapi lain pulak yang jadinya”, keluh Zalia. Setelah dia betul-betul bersedia menerima kehadiran Azam, pemuda tersebut tiba-tiba menyepi dan kini muncul kembali setelah hampir lima tahun.

“Ibu, Saufi nak bola”, tiba-tiba seorang kanak-kanak kecil berumur tiga tahun berlari ke arah Zalia dan merengek manja.

“Dah bangun pun anak ibu ni. Meh sini, salam uncle Azam”, Zalia merangkul anak kecil itu dan menyuruhnya bersalam dengan Azam. Walaupun agak tercengang, Azam menerima salam kanak-kanak tersebut dengan mesra.

“Kenapa Zalia senyum tengok Azam?”.

“Tentu Azam ingat tu anak Zalia kan.?”, Zalia tersenyum lagi.

“Habis tu, anak siapa.?”, Azam keliru. Kalau dah panggil ibu tu bukan dituju kepada ibu kandung ke. Zalia tersenyum lagi, mungkin sayang Azam padanya masih menebal, begitu juga sayang Zalia pada Azam. Dia tidak mahu pemuda tersebut bermain teka teki. Cukup la tempoh lima tahun mereka saling merindui.

“Saufi tu anak Bakri dan Yanie la, saja je diaorang hantar ke sini. Lagipun Zalia ambil cuti rehat tiga hari”, jelas Zalia, muka Azam kembali bercahaya.

“Bila dia orang kawen ha, tak tau pun?”, Azam hairan.

“Macam mana nak tau kalau melarikan diri dari kawan-kawan, kalau Azam pulangkan hati Zalia sebelum menghilangkan diri dulu. mungkin Zalia pun dah berkeluarga”, sakat Zalia.

“Zalia pun tak kahwin lagi.?”, Azam ingin kepastian. Zalia menggeleng kepala.

“Kenapa.?”, Azam menyakat.

“Tah la, ada orang dah bawa lari hati Zalia. Dah la dia janji nak pinang Zalia. Lepas tu, hilang macam tu je”, kata Zalia sambil tersenyum melayan perangai Azam.

“Sape tu erk.”.

“Tah la, orang gila agaknya”. Katanya sambil tergelak kecil.

“Azam memang dah hampir gila cari Zalia tau. Promise me sayang, jangan tinggal Azam lagi”, Azam mengusap jemari lembut Zalia.

“Hmm. then I have to wait until several years again”, sindir Zalia sambil tersenyum.

“No, kalau boleh. petang ni juga kita kahwin. Azam dah tak sabar tunggu saat menjadi suami kepada someone yang Azam sayang. Mana boleh tengok Zalia peluk orang lain depan Azam, jeles tau.”, kata Azam, Zalia mengerut dahi.

“Hei. dengan budak tiga tahun pun nak cemburu ke, teruk betul la Azam ni”, Zalia memukul bahu Azam, berderai ketawa.

11 Respons

  1. wahhh!!
    sker sgt cerpen nie..
    sweett!!!

  2. eee..suker nye!! b cpt la masuk pinag ayg! nak tawennn

  3. bestnye…ade ke lagi lelaki macam azam?? bhagianye zalia….

  4. tau takpe.ada lagi ke laki macam azam 2 skrg ni.

  5. ble laa aku nk dpt laki mcm azam 2….bhgie nyer….

  6. awarded story

  7. first citer nmpk biasa je tp dh dkt nk tgh2 citer itu rasa mcm x sabar nk th ending…last2 happy ending jgk…

  8. sweet sgt..

  9. b…honey nk kawenn…cpt la msk meminang…huhuhu…jelesnye kt zalia..uhuks!

  10. bestnyer cerita ni……

  11. besa je cite nih……..pesal si fatin 2 pasan sgt?sedar2 r cket

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: