kau ratu hatiku 12

“Wan!mama nak kau balik petang Sabtu ni. Ada hal penting yang mama dan papa nak bincangkan.” Puan Sri Suhaila menelefon Amir pagi itu dipejabatnya.
“Baiklah mama, Wan akan balik nanti.”
“Jangan lupa pula. Mama nak kau datang malam tu.Okay.” Talian di matikan.
Sabtu? Mama ni macam tak der hari lain nak jumpa aku. Sabtu aku ada temu janji dengan keluarga Emy. Macam mana ni? Macam mana aku nak bagi tahu Emy?
Tuuuttt!Tuttttt!
“Sufi&tolong panggilkan Emy. Suruh dia ke pejabat saya sekarang ye.”
“Baiklah Encik Amir.”
Tuttttt!tuuttt!
“Emy!Encik Amir minta kau masuk ke pejabat dia sekarang.”
“Baiklah Sufi. Terima kasih.”
Hmmm!apa hal dia nak jumpa aku? Mesti hal pejabat kot. Alaa… .relax laa kan. Buat apa aku nak takut pulak.
Tokk!!tokk!!
“Masuk!”
“Ya, Encik Amir nak jumpa saya?”
“Ahaa..masuk dulu.”
“Berkenaan apa Encik Amir nak jumpa saya?”
“Kot ye pun,jemputlah duduk dulu Emy. Tak roboh lagi pejabat saya ni pun,” Emy tersengih mendengar gurauan Amir.
“Terima kasih.”
“Begini Emy, mengenai hari Sabtu ni..” Suara Amir terhenti setakat itu.Emy menanti..
Harap dia jangan hampakan harapan aku la kali ni.
“Saya minta maaf. Ada hal yang tidak dapat saya elakkan. Jadi saya tidak dapat datang ke rumah Emy pada hari tersebut. Harap Emy dapat maafkan saya.” Wajah Emy pucat. Adussss!!macam mana ni? Siapa pula nak jadi pengganti?
“Kalau boleh arrangekan hari lain, saya akan datang.”
Hari lain? Hari lain tu, mungkin aku dah jadi milik orang.
“Emy? Kenapa awak? Awak marahkan saya ke?” Amir panic melihat Emy tidak bersuara.
“Tak mengapalah Encik Amir. Saya faham Encik Amir ada komitmen lain. Saya juga minta maaf kerana menyusahkan Encik Amir. Saya pun tak patut melibatkan Encik Amir dalam hal keluarga saya. Saya minta maaf.” Amir serba salah.
“Saya yang patut minta maaf Emy. Sebab saya tidak dapat tunaikan janji saya pada Emy. Saya rasa bersalah.”
” Tak mengapa. Okaylah kalau macam tu. Kalau tak der apa-apa lagi. Saya keluar dulu Encik Amir,” Emy bangun dan melangkah keluar dari bilik Amir.
“Emy!!”
Emy memandang.
“Maafkan saya.”
Emy sekadar mengangguk.
Adusss!!macam mana sekarang ni? Takkan aku nak biarkan mak menentukan dengan siapa aku berkahwin. Part ni yang tak best. Apa-apapun biarlah. Mungkin pilihan mak pun tak teruk jugak. Semua ibu bapa rasanya mahukan sesuatu yang terbaik buat anak mereka. Emy senyum sendirian bila mengingatkan itu. Biarlah. Janji mak gembira. Aku pun mesti gembira.

**************

“Mama!!Wan dah balik ni,” Amir memanggil mamanya setelah memberi salam tiada orang yang menjawab.
“Haa!!Wan, mari masuk.” Amir hairan melihat sebuah kereta yang tidak dikenali berada di ruang tamu rumah mereka.
” Ada tetamu ke mama?” Puan Sri Suhaila mengangguk. Segera lenggan Amir ditariknya.
“Aaa..kawan lama papa kamu ada di dalam tu.” Amir mengikut rentak mamanya masuk ke dalam Villa Cempaka Sari.
“Haaa… dah sampai pun anak teruna ni.” Kedengaran suara Tan Sri Azlan memecah gema ruang tamu.
“Mari papa kenalkan kamu pada kawan lama papa masa di overseas dulu.” Amir mengikut papanya. Dia diperkenalkan satu-persatu pada teman-teman papanya semasa di overseas dulu. Amir sekali-sekala saja menyampuk perbualan mereka. Selebihnya dia banyak mendiamkan diri.
” Papa!Wan naik atas nak solat sekejap,” Amir meminta izin. Tan Sri Azlan mengangguk. Amir bingkas bangun dan menuju ke dapur untuk bertemu dengan mamanya.
“Mama!apa hal panggil Wan balik?”
“Nanti mama ceritakan, Wan pergi solat dulu. Lepas tu turun, okay!”
” Baiklah..” Amir mengangguk dan berlalu untuk menunaikan solat Asar.

******************

Pagi itu gempar satu pejabat yang Encik Amir akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini. Dia akan melangsungkan pertunangannya pada minggu hadapan dan perkahwinannya akan diadakan 3 bulan dari tarikh pertunangannya.
Emy seakan terkedu mendengar berita itu. Dalam diam dia menaruh juga harapan pada jejaka itu. Namun baginya Encik Amir sudah pasti tidak mahu dengan gadis sepertinya. Hanya gadis biasa dan tidak seperti bekas tunang Encik Amir yang pernah dijumpainya setahun lalu.
“Emy!jom lunch!” Rina menyapa Emy. Emy masih tidak bergerak.
“Hey Emy! Kau ni angau ke? Aku tengok kau macam orang sasau jer seminggu dua ni. Kenapa? Ada masalah ke?”
” Haa??masalah? Tak derlah. Aku okay jer.”
“Dah tu..aku ajak pergi lunch pun kau tak berganjak.”
“Aku okaylah. Jomlah.” Emy bingkas bangun. Rina hanya mengikut Emy dari belakang.
” Kau dah tahu pasal Encik Amir akan bertunang pada minggu hadapan tu ke?”
“Dah.” Acuh tak acuh saja balasannya.
“Kenapa kau ni? Selalunya kalau gossip macam nie kau paling berminat nak dengar.”
“Biarlah dia bertunang. Kita doakan saja dia bahagia.”
“Hmmm..” Rina hanya mengangguk tanda setuju.
“Oh ya! Ahad ni kau datang umah aku ek..??”
“Kenapa? Kau buat jamuan ker?”
“Lebih dari jamuan laa..” Emy mengerling Rina.
“Kalau bukan, jamuan apa plak?”
“Aku bertunanglah!”
“Haaaa!! Apa? Kau bertunang? Biar benar kau ni Emy! Bercinta tidak, tup tup aku tau kau dah nak bertunang.” Rina terkejut dengan berita baru saja Emy sampaikan tadi.
“Betul aku bertunang. Alaaa… family arrangement la! Pilihan parents aku.”
“Kau dah tengok rupa bakal tunang kau?” Emy menggeleng.
“Habis tu macam mana kau boleh nak bertunang dengannya?” Banyak betul soal minah ni.
“Aku yakin yang pilihan parents aku, kerana semua ibubapa didunia ini mahukan sesuatu yang terbaik buat anaknya.” Ujar Emy bersahaja.
Rina mengangguk. Sedangkan dia sendiri bertunang dengan pilihan keluarganya. Kini dia boleh menerima tunangannya itu.
” Kau jadi datang ke tak nanti?” Emy bersuara setelah melihat Rina diam.
“Datang!!! Siapa kata aku tak datang? Aku mesti datang punyalah. Jangan bimbang okay!” Emy senyum mendengar kata-kata Rina.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: