kau ratu hatiku 13

Majlis hari ahad itu berjalan dengan lancar. Setelah cincin disarungkan, dengan ini sahlah kini Emy menjadi tunangan orang. Cuma tuan punya diri sahaja Emy belum berjumpa. Mungkin selepas pertunangan ini, mereka akan berjumpa, kerana majlis perkahwinan mereka juga akan diadakan dalam masa terdekat.
Emy nampak manis dan ayu berkebaya warna krim lembut. Mak Kiah nampak sungguh gembira pada hari itu. Begitu juga dengan Encik Zamri. Kaum keluarga terdekat dijemput untuk memeriahkan majlis pertunangan itu. Pihak keluarga sebelah lelaki nampak sungguh baik dan mesra, walaupun mereka nampak seperti orang berada.
” Emy?”
” Ya mak.”
” Mak harap kau gembira dengan pertunangan ini. Mak tak nak paksa kau sangat. Cuma mak harap kau tak hampakan mak saja.” Emy mengangguk. Dia bersyukur kerana mempunyai ibubapa yang menyayanginya.
” Mak,Emy tak rasa terpaksa pun. Emy rasa Emy dah laksanakan tanggungjawab Emy sebagai anak. Dan Emy janji yang Emy takkan hampakan mak.” Air mata Mak Kiah mengalir, dia segera memeluk anak manjanya itu.

*************

Tiga minggu telah berlalu. Mak Kiah begitu sibuk menguruskan hal-hal perkahwinannya yang akan berlangsung kurang dari 3 bulan. Cuma yang Emy pelik, tunangnya Wan tidak pula pernah menelefonnya.
Si Wan ni macam tak sudi jer ngan aku. Takkan sekali pun dia tak nak jumpa aku? Sekurang-kurangnya mesti dia nak jumpa aku sekali, tetapi ini tidak. Pelik aku. Kalau aku telefon plak?sure tak manis. Aku pula yang macam beriya-iya nak berjumpa dengan dia. Ni tak bleh jadi ni. Kalau boleh aku pun nak berkenalan dengan dia juga. Yer lah, sebelum menjadi suami isteri nak juga berkenalan dan mengetahui serba sedikit latar belakang diri tunangannya itu. Rupa pun tak kenal. Mak ada berikan gambar. Tapi sehingga ke hari ini aku tak buka lagi. Macam mana? Aku takut nak bukak?Takut indah khabar dari rupa.
” Emy,telefon!” Kedengaran suara Abang Is separuh menjerit dari bawah. Siapa pula yang telefon aku?
” Ya,Emy datang!” Emy menuruni anak tangga.
” Assalamualaikum. Hello! Siapa di sana?”
” W’salam! Cik Zalia ke ni?” Pemanggil dihujung talian mula bersuara.
” Ya saya. Boleh saya tahu siapa bercakap di sana?”
” Saya Wan. Maaflah Zalia kerana tidak sempat menelefon Zalia selepas hari pertunangan kita tempohari.”
” Ooo,Wan.Tak mengapa.” Mesti alasan busy. Ntah-ntah dia ada awek lain kot. Tapi kena paksa tunang ngan aku. Chehh!semua alasan.
” Sebenarnya saya telefon ni, saya nak ajak Zalia keluar esok. Bagaimana?”
” Esok? Nak ke mana?”
” Ke mana ek? Ada cadangan nak berjumpa di mana?”
” Hmmm..macam ni lah. Esok Wan tunggu saya di Chinoz On The Park, KLCC. Okay?”
” Okay! See you there at 3 pm, okay.”
” Okay!! Klik..talian di matikan.
Panjang umur. Baru aku sebut, dia dah telefon. Hmmm..macam ada jodoh jer. Dia nak jumpa aku? Gembirakah aku? Yang tak best tu..dia panggil aku Zalia.hehehehe!!lawak pun ada. Mana ada member aku panggil aku Zalia. Semua member rapat dan keluarga panggil aku Emy. Pelik pulak bunyinya..heheheh!apa-apa jelah.. Zalia pun part of my name too.. Ntahlah..kita tunggu dan lihat.

*****************

Dah jam 3 petang. Tapi mana pula Wan ni? Baru first time jumpa dah buat hal. Kenal pun tak. Macam mana nak buat suami. Hmmmm..ntah laa.biarlah. Aku berkorban pun kerana mak juga. Asalkan mak gembira, aku pun akan gembira.
Emy duduk menanti Wan yang dijanjikan. Ketika dia sedang duduk menanti, tetiba…
“Hai Emy! Awak buat apa di sini?” Alamak?Encik Amir ada plak.
” Tak de apa-apa. Saja minum-minum di sini. Encik Amir plak buat apa di sini? Macam tunggu seseorang saja?”
” A’aa..saya tunggu tunang saya. Dia janji nak datang. Tapi sampai sekarang saya tak nampak dia,” ujar Amir seakan merungut. Hmmm..salah aku juga. Gambar dia yang mama bagi pun aku tak tengok. Macam mana nak kenal rupa dia. Iskkk!!teruk betul aku ni.
” Tak apalah Encik Amir, saya pun dah nak balik ni. And anyway, tahniah di atas pertunangan Encik Amir.” Emy segera bangun.
” Terima kasih,” Amir senyum. Emy..andainya kau tahu, kaulah ratu dihati ku. Tapi bagaimanakan ku luahkan perasaan ini. Kini segalanya dah menjadi bubur, aku pun dah jadi tunangan orang. Dan kurang dari 3 bulan, segalanya akan berakhir. Amir hanya memandang Emy sehingga hilang dari pandangan matanya.
Macam mana aku nak jumpa Wan ni. Alaa..biarlah. Malam ni mesti dia telefon punyalah. Sapa suruh lambat. Bukan aku tak datang pun. Dia yang lambat.

****************

” Haa..macam mana Emy?” Mak Kiah bersuara selepas mereka menikmati makan malam.
” Macam mana apa mak?” Emy berkerut kehairanan. Mana apa plak mak ni.
” Laaa… kau kata tadi petang kau pergi jumpa Wan. Jadi macam mana?”
” Pasal tu ke? Dia tak datang mak. Penat Emy tunggu dia mak.” Emy tiba-tiba mencuka.
” Dia tak datang?”
” A’aa…
” Tapi dia call mak petang tadi, tanya samada Emy dah keluar ke belum. Mak katalah Emy dah lama keluar. Dia tunggu Emy, tapi Emy tak muncul pun… Haa??dia tunggu aku? Habis tu, kenapa aku tak jumpa dia?
” Isskkk!!Emy tiba tempat lebih awal mak..kemudian Emy tunggu hingga setengah jam. Tapi masih tak muncul juga. Lepas tu Emy balik la. Malas nak tunggu. Macam tak sudi je nak jumpa Emy.” Hmmmm… biar betul bebudak ni. Sorang kata cam ni, sorang lagi kata cam ni. Mana boleh jadi lagu ni..
” Emy,ada call!” Abang Is bersuara dari ruang tamu.
” Ya. Sekejap!”
” Haa..pergi cepat. Ntah-ntah si Wan tu telefon Emy kot!”
” Yer la mak.” Mak ni kalau pasal menantu dia, semua dia suruh cepat.
” Hello?”
” Hello Zalia.Mana awak pergi petang tadi? Penat saya tunggu awak. Tapi tak jumpa awak pun?”
” Awak tunggu saya? Saya rasa, saya yang penat tunggu awak. Tapi awak tak muncul. Mana satu yang betul ni? “
“Awak tunggu saya? Tapi..kenapa saya tak jumpa awak?”
” Wan..saya nak tanya sikit pada awak boleh?”
” Hmm..silakan, selagi saya boleh jawab, saya akan jawab.”
” Wan pernah tengok wajah Zalia ke? Kalau pernah sure Wan boleh cam Zalia kan?” Wan sekali lagi diduga.
” Mmmm..macam ni lah. Saya pun rasa, kita berdua tidak mengenali antara satu sama lain. Dan tak pernah melihat wajah masing-masing.”
” Saya pun rasa begitulah. Jadi bagaimana?”
” Saya akan bincang dengan keluarga saya. Nanti saya akan beritahu kemudian, okay.”
“Baiklah.”
” Zalia, saya harap awak tidak terpaksa menerima saya.” Emy terdiam mendengar kata-kata Wan.
” Terpaksa? Tidaklah. Bagi saya, pilihan ibubapa adalah yang terbaik. Dan semua ibubapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Betul tak?” Bijak juga tunang aku ni rupanya.
” Betul. Saya setuju dengan Zalia.Okaylah kalau macam tu. Nanti saya akan telefon awak kemudian. Bye..”
” Bye..”

***************

Tengahari itu..
Ringgg!Ringg!.
” Hello!”
” Emy..mak ni. Petang ni kau balik awal sikit. Keluarga Wan nak makan malam dirumah kita,” kedengaran suara Mak Kiah dihujung talian.
” Petang ni? Emy tak janjilah mak. Kalau Emy dapat balik awal, Emy akan balik la yek,” Emy mengeluh dihujung talian.
” Cubalah Emy. Dan Wan akan datang sekali.” Wan? Adusss!ini ke rancangan dia? Dia tak bagi tahu aku pun. Susah betul la mamat ni.
” Okaylah. Emy akan cuba mak. Okay,bye!”
Talian di matikan.
Tuuutttt!Tuttttt!..
” Emy,masuk pejabat saya sekejap.” Amir bersuara ditalian.
” Baik Encik Amir.” Apa plak dia nak ni? Mesti nak bagi aku tugas berat ni.
Tokk !Tokk!
” Ya Encik Amir.”
” Petang ni, saya nak awak jumpa client kita dari Sarawak tu di Hotel Shangrila.’
” Petang ni?”
“Ya petang ni. Kenapa? Awak ada hal lain ker?” Macam tak der hari lain dia nak bagi aku jumpa client. Time ni la dia nak suruh aku. Muka Emy berkerut.
” Kenapa dengan muka awak ni? Awak tak boleh pergi ke?”
” Boleh. Jam berapa saya mesti berjumpa mereka?” Emy pura-pura berwajah biasa dan seolah-olah tiada apa-apa.
” Jam 3 petang ni.”
” Baiklah. Ada apa-apa lagi Encik Amir?”
” Rasanya tiada.”
” Baiklah. Saya keluar dulu.” Baru Emy hendak melangkah… .
“Emy!maafkan saya, kerana tidak dapat menemani awak petang ni untuk berjumpa client tu,” Amir seakan faham melihat reaksi Emy. Tapi dia terpaksa, kerana janjinya pada mama petang itu untuk pulang awal.
” Tak mengapa Encik Amir. Sudah menjadi tugas saya,” Emy senyum. Aaahh… lega aku tengok si Emy ni senyum. Bisa cair aku dibuatnya. Tapi dia bukan milikku..dan tak mungkin akan jadi milik ku…
Adussss!!apa aku nak cakap dengan mak ni. Sure mak marah aku sebab balik lambat nanti. Aku mesti telefon mak, beritahu hal sebenar sebelum mak marah.

**************

” Macam mana kak Kiah? Dah siap semua persiapannya untuk 3 minggu lagi tu?” Suhaila bersuara.
” Ada la sikit-sikit Su. Kak Kiah dah siapkan semuanya. Cuma adalah tinggal beberapa barang lagi yang belum dibeli.”
” Kalau ada apa-apa, Kak Kiah bagi tahu saja pada Su. Nanti Su boleh belikan.”
” Alaa… tak yah susah-susah Su…
” Iskk!Kak Kiah ni. Janganlah macam tu. Kan Zalia tu pun bakal anak saya juga. Apa salahnya kalau saya belikan barangan hantaran tu.”
” Terima kasih Su.”
” Kak Kiah,Mana Zalia? Lama saya tak tengok menantu saya tu. Rindu pula.”
” Dia belum balik lagi. Katanya tadi mungkin dia lambat sikit. Ada kerja luar ofis katanya.”
” Mari Su, kita sembang di depan.” Suhaila mengikut Mak Kiah.
” Kiah,Mana Emy? Dia tak balik lagi ker?” Encik Zamri mula bertanya kerana dia tidak lagi melihat kelibat Emy.
” Katanya sekejap lagi dia sampai. Kita tunggu sajalah, bang”
Wan yang duduk disamping papanya hanya senyum. Manalah tunang aku ni. Nak jugak tengok wajahnya. Mama kata orangnya cantik dan manis. Gambar yang mama bagi tu aku dah hilangkan pula. Sedang mereka berbual. Kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah.
” Haa,mungkin Emy dah balik tu. Cuba awak tengokkan Kiah,” Mak Kiah segera bangun.
Emy? Zalia? Mana satu nama dia ni? Banyak betul nama dia?
” Assalamualaikum..” Wan tidak memandang ke arah pintu.
” Waalaikummussalam..”
” Maaf, Emy terlambat kerana ada urusan diluar pejabat tadi..” Eh! Macam pernah dengar suara ni. Tapi di mana ya?
Emy bersalaman dengan semua yang ada diruang tamu.
” Emy, nilah anak uncle, Amirul Izzuan. Kamu tentu belum berjumpa lagi kan??
Wan bangun dan memandang ke arah Emy.
What? Amir?
Haaa?Emy?
Sama-sama kaget seketika. Mereka yang berada di ruang tamu berpandangan sesama sendiri setelah melihat mereka berdua kaku.
‘ Encik Amir!”
” Emy!”
” Aiks??… korang berdua dah berkenalan ke selama ni?? Mereka semua berpandangan dan tersenyum-senyum.
” Ayah,Encik Amir ni bos Emy!”
” Wan,kau tak cakap pun yang Emy ni satu office dengan Wan.’
‘ Wan pun tak tahu pasal ni.” Emy dan Amir berpandangan sesama sendiri. Dan turut tersenyum dengan peristiwa yang berlaku ini. Dia sendiri tidak menyangka tunangan yang di tunggu di KLCC, 2 minggu lalu adalah Emy, iaitu Zalia.
” Nama penuh Emy apa?”
” Ya Allah, bebudak ni. Dah bertunang pun masih tak tahu nama masing-masing lagi ker?” Mereka yang berada di ruang tamu ketawa bila mendengar kejadian itu.
” Nur Zalia Emelyn.’
” Jadi..Encik Amir lah yang saya tunggu di KLCC dulu?”
Amir mengangguk. Azlina dan Azila turut tersenyum. Akhirnya, abang mereka mendapat juga seorang bakal isteri yang menjadi idamannya selama ini.
” And from now, no more ENCIK AMIR,okay Zalia?? Emy mengangguk.
” Zalia? Kalau boleh panggil saya Emy,Okay?” Amir mengangguk. Mereka yang lain bersyukur dengan segala yang berlaku. Tidak rugi selama ini mereka menyatukan mereka. Rupanya dalam diam mereka menyimpan sesuatu yang menjadi rahsia semua. Akhirnya keluarga ini menjadi satu. Dan itulah yang selama ini Amir impikan. Untuk bersama Emy, yang selama ini menjadi ratu hatinya dalam diam.
Siapa sangka, mamat sewel yang selama ini aku kutuk tu bakal jadi suami aku?Tiada siapa menyangka. Tak rugi juga aku menyimpan perasaan ku selama ini untuk Emy, kerana akhirnya dia milik ku. Kalau dah jodoh takkan ke mana… ..
Amir,saat inilah yang ku nantikan selama ini.
Emy,you’re queen of my heart..I’ve been waiting for this moment.. And I will always love you…
Amir,I love you too… .
Kita ditakdirkan bersama… … ..

Satu Respons

  1. cite nie best..not bad..saya suke..!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: