Nadia Natasya 1

Nadia memerhati sekeliling. Vas kristal dari Butik Ombak menjadi penghuni di atas meja jati asli yang berbentuk bulat dan terletak di sudut kiri bilik. Kemudian sofa 2 duduk dan kerusi kayu yang berwarna biru terletak elok di ruang tengah bilik. Di sebelah kanannya terdapat 2 almari kayu juga yang menempatkan begitu banyak fail- fail sulit. Di sebelah sudut kanan atau sebelah kanan mejanya, terdapat satu rak yang telah diletakkan satu set audio sistem lengkap dengan pemain DVD dan televisyen 21 inci. Di mejanya pula terdapat dua komputer dan 2 telefon. Vas yang diletakkan bunga ros hidup berada di antara kedua- dua telefon itu. Nadia memerhati laptop yang berada di tengah- tengah meja. Kemudian memandang sekilas pada dekstop yang agak canggih dengan perisian yang terkini dan monitor LCD skrin 17 inci. Nadia mengeluh. Sudah tertulis takdirnya untuk menjadi sebahagian dalam keluarga Tengku Norman, anak saudara kepada Sultan Pahang dan berkahwin pula dengan Tengku Mariana yang bukan calang- calang orang, cucu kepada Yang DiPertua Negeri Sembilan yang juga berkaitan dengan Sultan Brunei..
Mama dan daddy nya menetap di UK selepas adik nya yang bongsu melanjutkan pelajaran di Harvard, London. Hidupnya dari kecil penuh dengan kemewahan tetapi kurang dengan perhatian dari mama dan daddy nya. Mereka sentiasa sibuk dengan kehidupan mereka sebagai orang korporat dan politik. Kakak dan abangnya, selepas berkahwin mereka juga menetap di luar negara. Hanya tinggal dia seorang yang berada di tanah air. Pintu diketuk. Muncul seorang gadis yang agak cantik rupa paras, yang mengenakan kebaya pendek berwarna hijau pucuk pisang dan kainnya terbelah agak tinggi di belakang. Dia senyum.
Cik Nadia. Tuan Awaludin meminta saya menyerahkan fail ini untuk rujukan Cik Nadia. Dan dia minta Cik Nadia ke biliknya sekarang.
Nadia segera bangun dan melangkah keluar dari biliknya. Dia memasuki bilik yang dimaksudkan dan melihat Tuan Awaludin atau Tengku Awaludin berbual di telefon. Lelaki yang berada di depannya ini adalah pakciknya, abang kepada daddy nya. Dia lebih senang dengan uncle nya ini dari duduk berbual dengan daddy nya. Uncle nya tiada anak dengan ketiga- tiga isterinya. Hanya anak tiri sahaja yang berada di bawah tanggungjawabnya. Nadia lebih senang meluahkan perasaan dengan lelaki ini dari daddy nya. Uncle dia lah yang mengajaknya menguruskan syarikat ini bersama- samanya. Tengku Awaludin senyum seraya tangannya meletakkan gagang telefon.
Nadia dah masuk bilik Nadia?
Dah uncle. Thanks coz uncle beri Nadia bilik tu. Its so nice uncle. Luxury personal room pulak rasanya!
Mereka berdua ketawa.
Nadia selesa?
Ermm masih dalam pertimbangan.
Nadia nie memang suka mengusik. Uncle nak ajar Nadia manage this company.
Nadia diam. Dia memandang wajah lembut Tengku Awaludin. Dia sebenarnya bukanlah seorang yang bijak pandai ketika di sekolahnya. Malah dia hanya belajar setakat SPM dan terus bekerja di salon kecantikan untuk menyara hidup. Mungkin disebabkan itu mama dan daddy nya kurang memberi perhatian padanya. Tetapi tidak pada Tengku Awaludin. Dia memahami tingkahlaku anak saudaranya ini. Ditatangnya Nadia sebagai anak. Dicurahkan kasih sayang yang melimpah ruah padanya sehingga dia kadang- kadang lupa bahawa Nadia Natasya berbintikan Tengku Norman. Dan bukan Tengku Awaludin.
Nadia, uncle beri jawatan Admin Executive dulu. Uncle beri Nadia tempoh 2 bulan untuk belajar bagaimana nak manage dan melakukan admin work pada syarikat nie. So scope kerja Nadia, uncle akan terangkan sedikit. Nadia akan belajar membuat dokumen, cara menyimpan dokumen, menyerahkan tugas kepada staf, mengendalikan meeting dan juga mengumpul maklumat perjalanan syarikat.
2 bulan uncle? Larat ke Nadia?
Uncle tau Nadia berkemampuan. Uncle tau jugak Nadia nie sebenarnya berwibawa. Cuma Nadia malas nak attend lecturer and tutor class.
Nadia tersengih malu. Sejak dari hari itu, Nadia mula belajar tentang alam pekerjaan yang sebenarnya dan mengenali dunia korporat. Dan benar yang di teka oleh Tengku Awaludin bahawa Nadia memang berkemampuan. Pada bulan kedua Nadia diletakkan di bahagian Public Relation. Nadia mempelajari bagaimana mahu mengendalikan pembekal, pelanggan dan juga cara berkomunikasi. Segalanya pantas berlalu. Dalam masa 6 bulan, Nadia sudah berada di takhta pengurusan. Nadia diberikan amanah oleh Tengku Awaludin untuk memegang jawatan Pengarah Urusan syarikat milik penuh Tengku Awaludin. Nadia mengeluh. Melepaskan nafas yang berat dan mencapai gelas yang berisi dengan air sejuk untuk menghilangkan perasaan bersalahnya. Yahoo Mail kedengaran di pendengarannya. Ditolehnya ke dekstop yang berada disebelah kanannya. Emel dari kawan chatingnya.

Hi nadiasmlm I ke Kuching, n I bought 4 u something. I duno either u like it o not. Juz keep it till u setuju nak jumpa i. Ermm wat r u doing now?bz?its ok my dearur life is more beter than other gurls outside. Ramai org yg impikan sit at urs now tau! Ingat utk balas jasa..lupakan yg lain..eheheeI miss u a lot. Kenangan masa I kat Kuching, I jatuh longkang kat pasar besar masa jln2 kat sana. Tension tul. Bengang je..pulak tu ada aweq yg tgk.iskk mau je nak sorok dlm beg plastik yg tergantung kat pasar tu..huh..take care ye nadia.i nak cari mkn dulu. Laparlah!

P/s: plss lah bg phone no u. u xpenah nak contact i.i nak dgr sgt sore u tu

Nadia senyum meleret. Lupa sebentar pada masalahnya. Dia membawa cursor ke reply msg dan mula menaip. Telefon yang berwarna biru gelap itu bernyala menandakan ada panggilan.
Hello!.. Yes speaking. Anything?. I see.. I cant simply make decision for him because actually he is with his family. His having a family vacationI dun think you can get him.. I try my best to talk with him and Ill let you know as soon as possibleok..thanks..byebye.
Nadia menekan interkom yang terletak disebelah sudut kiri meja. Tidak lama kemudian pambantunya datang.
Salmi dah kerja disini berapa lama?
Almost 5 years.
Before, Tengku Radhiah yang pegang jawatan nie kan?
Salmi hanya mengangguk.
So Salmi kenal tak one guy dari shipping company kat Lumut?
Err Yang mana satu?
Chinese guy Manager and always talk with her?
Salmi seperti mengingat sesuatu.
You mean Desmond?
Nadia mengangguk.
Kenapa Cik Nadia?
Kita ada special rate untuk dia ke dalam tender?
Saya tak berani nak cakap Cik Nadia. Ini rahsia syarikat.
Salmi, saya masih pucuk dalam bidang nie. Especially this company. Please tell me if something wrong or anything?
Salmi kelihatan serba- salah.
Saya akan bertanggungjawab.
Desmond and Tengku Radhiah ada hubungan sulit dan kebanyakan tender bulat- bulat diserahkan kepada dia. Malah Tengku Radhiah pernah memasukkan sejumlah duit ke dalam akaun syarikat Desmond untuk sebab yang dirahsiakan.
Jadi sebab itu Tengku Radhiah dipecat dari jawatannya dan dikenakan hukuman oleh mahkamah tinggi?
Salmi hanya mengangguk. Nadia mengerut dahi. Tengku Radhiah adalah adik bongsu kepada daddy dan uncle nya. Tak sangka keluarga sendiri boleh buat perbuatan yang keji.
Berapa jumlah kerugian yang ditanggung oleh pihak kita selepas kes itu?
Kira- kira 3 juta dollar Amerika.
Nadia ternganga. Banyak betul. 3 juta dollar Amerika bersamaan 10 juta ringgit Malaysia! Beraninya auntie Radhiah nya itu.
So Desmond macam mana?
Desmond hanya dipenjarakan dan dia bekerja kambali dengan syarikat itu selepas keluar dari penjara. Kenapa Cik Nadia?
Tadi ada orang call yang katakan pasal perjanjian yang dibuat Desmond dengan syarikat nie. Uncle ada batalkan semua perjanjian yang dibuat dengan syarikat dia tak?
Setahu saya semuanya Tuan Awaludin dah batalkan. Malah kita dah bayar pampasan perjanjian pada dia selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan.
Takpelah Salmi. Awak boleh pergi. Saya akan buat rujukan pada uncle bila uncle dah balik ke sini semula.
Salmi mengangguk dan melangkah keluar. Ketika di pintu Salmi berpaling.
Oh ye Cik Nadia. You ada seminar di Concorde next week.
Seminar apa?
Improve your management.
Berapa lama?
3 hari. Concorde KL. So Cik Nadia nak pergi by flight or..
Im driving Salmi. Thanks.

Nadia mencampakkan beg tangannya ke atas katil. Dia merebahkan badannya. Rumah yang dihuninya amat sunyi. Dia mengeluh berat. Rumah itu adalah pemberian mama dan daddy nya kepadanya. Rumah itu adalah hasil pertama yang diraih oleh perniagaan mama dan daddy. Rumah itu juga yang menjadi cagaran ketika syarikat mereka dilanda masalah kewangan. Dia melangkah ke bilik air. Selepas membasahkan badan, dia ke ruang tengah di tingkat 2. Selepas habis dinner bersama satu syarikat perkapalan dari Boston, dia terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan proposal yang akan dibentangkan untuk satu projek lebuhraya kerajaan Holland. Jam yang menunjukkan pukul 2 pagi tidak dihiraunya. Malah tekun menaip di depan komputer dan mengemas mejanya. Televisyen yang tidak menarik minatnya segera ditutup. Dia bergerak ke bilik tidurnya. Dia sedar pada jam 10 pagi keesokkannya. Segera dia bersiap kerana dia tahu dia perlu hadir ke mesyuarat perbincangan tentang satu tender yang diluluskan oleh syarikat hardware dari Korea untuk menyalurkan barang- barang mereka ke Malaysia.

Satu Respons

  1. i thought harvard is in d states..it isnt in london..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: