Nadia Natasya 2

Hello Salmi, Ill be late. But now Im on my way to conference Pan Pasific and please do a favour for me Please print out all the document yang saya save dalam satu disket under Korean Stuff on my table.. You bring it all to Pan Pasific. Ill meet you there!
Kereta Honda Civic 2.0 meluncur laju membelah Jalan Ulu Tebrau ke Pusat Bandaraya Johor Bahru. Dia cepat- cepat ke tingkat 10 yang menempatkan conference room dimana mesyuarat bersama delegasi dari Korea akan diadakan. Nadia mencapai fail yang dihulurkan oleh Salmi dan mereka melangkah masuk ke dalam bilik itu bersama- sama dengan pegawai- pegawai yang mengendalikan projek ini. Janji dimeterai setelah hampir 3 jam perbincangan. Nadia amat berpuas hati dengan kejayaan yang telah diperolehi.

Cik Nadia!
Saya Salmi.
Cik Nadia perlu ke Danga Bay sekarang juga. Tuan Awaludin tengah tunggu cik Nadia ke sana untuk high- tea bisnes dengan pihak Sulawesi Wood Factory.
Pukul berapa mula?
4 petang.
Ermm bagus gak. Saya pun belum makan lagi nie. Ada urgent lagi ke lepas tu?
Malam nie dinner dengan Temasiktronics kat Crown Cristal jam 8. Ini invitation card and tommorow. Cik Nadia perlu ke Equatorial Melaka untuk ceremony Reds Corporation. Petang pulak cik Nadia perlu ke Nilai untuk pembentangan quotation oleh Tough Security. Then free satu hari, next day barulah cik Nadia perlu ke seminar di Concorde KL.
Huh! Saya dengar awak cakap pun letih Salmi. Awak tak letih ke?
Dah kerja saya Cik Nadia. Ada pesanan?
Nasib baik ada free hari tu.. Boleh lah saya tidur puas- puas! Awak siapkan semua fail- fail dan dokumen yang perlu saya bawa untuk kesemua meeting tu. Then I want you send by email thru my PDA my schedule time. Faham aje lah! I taknak jadi macam kes pagi tadi.
Salmi dan Nadia ketawa mengenangkan keadaan yang agak kelam kabut pagi tadi. Overslept punya pasal, dah menyusahkan orang.
Alah.. Cik Nadia drive laju. Sampai pun sharp! Takde nak risau.
Ermm ini JB Salmi. Nanti bila di KL tau lah awak. Masak dok dalam kereta je!
Nadia melangkah ke parking basement dan Salmi masih senyum mendengarkan gurauan Nadia.
Awak datang sekali masa high- tea nie Salmi.
Ish Cik Nadia. Mati saya. Tuan Awaludin tak suka perbincangan dibentangkan depan pekerja. Nanti rahsia bocor katanya.
La.. Kami cuma high- tea Salmi. Lagipun awak yang buat report pasal Sulawesi Wood nie kan? Awak nak takut apa?
Saya tak biasalah Cik Nadia.
Ermm saya taknak paksa awak lah Salmi. Awak balik ke pejabat dan buat apa yang saya pesan. Esok pagi- pagi saya akan ke pejabat untuk ambil semua dokumen tu dan baru ke Melaka. Oh ye! Awak dah book bilik saya di Concorde?
Cik Nadia tak perlu risau. Seminar nie memang disediakan sekali tempat makan dan tidur.
Salmi senyum. Nadia membalas senyum itu. Salmi agak senang dengan pengarah barunya itu. Amat komited terhadap kerjaya sampai makan pun boleh lupa. Umur pun masih muda. 7 tahun lagi muda dari Salmi sendiri! Baginya Nadia amat sopan, tidak sombong walau dia orang berada, malah tidak segan silu meminta maaf andai tersalah langkah. Bukan seperti Tengku Radhiah dulu. Tengku Radhiah hanya tahu menghabiskan duit keluarga dan buat syarikat muflis. Tengku Radhiah sombong dan selalu menengking pekerja bawahan. Kontras betul sifat dua saudara itu.
Sorry uncle. Tight schedule!
Its ok darling. Ok..meet, Pak Borhan. Empunya Sulawesi Wood Factory. Pak nya, ini anak saudara saya, Nadia Natasya namanya.
Assalamualaikum pak Borhan. Panggil saja Nadia ya..
Pak Borhan senyum. Berbudi bahasa betul. Bukan seperti Tengku Radhiah dulu. Berbual dalam bahasa antarabangsa.
Waalaikumsalam. Anaknya ini sudah besar ya Awal?
Dia lah pengubat racun saya pak.
Ini anaknya Norman ya?
Iye pak. Inilah dia.
Betul. Cantik sungguh anak ini. Rugi Norman buangnya Awal. Pak lihat senyumnya., manis sekali.
Nadia senyum malu. Dia bengang bila orang memujinya. Dia paling benci dipuji.
Uncle, pak Borhan nak makan ke?
Kenapa Nadia? Kamu belum makan ke?
Dari pagi uncle.
Kamu dari mana nie?
Pan Pasific. Delegasi dari Korea.
Ohh! Uncle lupalah Nadia. So how?
Wish me luck uncle. We did it!
Im proud of you my dear. Makanlah. Pak mau mangan dulu?
Mangan? Ok aja. Udeh lama pak tak rasa gulai asam pedas orang Johor!
Mereka bertiga ketawa. Setelah habis perbincangan dengan pak Borhan, Nadia terus pulang ke rumah. Dia mula mengemas keperluan yang perlu di bawanya selama seminggu. Kemudian dia bersiap- siap untuk menghadiri dinner di Crown Crystal. Jam 12 barulah dia keluar dari hotel. Selepas mencuci mukanya, dia melangkah ke bilik bacaannya.

Hi nadiaI miss u a lot. Where hav u been?I given my contact noalso u din call me..huh.. Im really missed u..u c, I bought something for u from sabah. I went to pulau sipadan also.next time wen we hav a lot time to spend together..well go there n enjoy.oh ye..next month I perlu ke armsterdam. I perlu buat research tentang sifat wanita yg perahsia mcm u tp menarik..ehehehe..i like ur smile even I couldnt c itc u next..
Byebye

P/s:Im waiting ur call

Nadia senyum. Dia terus- terusan membalas email yang diterimanya. Kesian Iskandar. Iskandar perlu tahu tentang kehadirannya di KL minggu depan. Keesokkan harinya dia kepejabat dan berjumpa dengan Salmi untuk mengambil dokumen- dokumen yang perlu di bawa.
Dah siap semuanya Salmi?
Sudah Cik Nadia. Semuanya saya dah letakkan atas meja cik.
Masuk bilik saya.
Salmi membuntuti Nadia yang melangkah dengan tertib dan kemas ke biliknya. Dia membelek- belek fail yang tersusun di atas meja.
Banyaknya!
Dah memang inilah dokumen yang diperlukan. Dan jangan lupa Cik Nadia memang dah ada banyak meeting.
Ermm awak dah send schedule pada PDA saya?
Saya siapkan dokumen ini dulu. So saya ingat nak send sekejap lagi.
Ermm ok lah. Tapi make sure you hantar. And tolong saya angkat dokumen nie masuk dalam kereta saya. Saya nak bergerak sekarang.
Nadia dan Salmi mengangkat semua dokumen- dokumen dan diletakkan di back seat kereta Nadia.
Uncle dah tau tentang ketiadaan saya seminggu nie?
Saya rasa dia masih belum tau. Tapi saya dah sent email pada dia juga pada PDA dia. I guess dia akan tau bila dia masuk pejabat nanti.
Oklah kalau macam tu.. Saya nak awak take message even 1 call. And berhubung dengan saya thru my PDA. Dont try to call at my handphone.
Baik cik Nadia. Selamat pergi dan balik. Drive carefully.
Ok. Thanx.
Nadia mula memandu keluar meninggalkan bandaraya Johor Bahru dan terus ke Melaka. Dia segera ke Hotel Equatorial Melaka. Majlis perasmian akan bermula pada jam 11 pagi dan berakhir selepas lunch. Dan kemudian perbincangan dengan pihak Tough Security pada jam 3 petang. Meeting dengan pihak Tough Security di Nilai selesai jam 6. Nadia seterusnya memandu terus ke Kuala Lumpur.

Hello.. Hi Rina Aku on the way gi KL nieNak jumpa kau lah nieLepak rumah kau lah.. Tapi esok sehari je aku free Biasalah. Macam kau tak tau aktiviti sekarang aku nie apa. OkMake sure kau kat rumah lah Ada..aku bawak.. Ok..Ill call you back later..Bye
Nadia meneruskan perjalanan. Agak meletihkan bekerja tidak kira masa. Lebih kurang jam 8 dia tiba di rumah sepupunya, Tengku Sabrina. Dia meletakkan kereta di tingkat bawah dan beredar ke lot sepupu nya itu. Dia sudah dimaklumkan oleh ketiadaan Rina dirumah. Dia menggunakan kunci pendua yang diserahkan oleh Rina padanya. Dia merebahkan badan di atas katil selepas meletakkan beg bimbitnya dan beg pakaian. Di pejamkan matanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: