Nadia Natasya 4

Nadia ketawa. Minuman yang dihidangkan oleh auntie Zulaikha dihirupnya seteguk dua. Auntie Zulaikha biasanya tidak menemani uncle dan dia ketika berbual. Kerana dia faham akan sikap Tengku Awaludin yang tidak gemar perbualan antara dia dan anak saudaranya itu didengari oleh orang lain. Auntie Zulaikha juga amat menyayangi Nadia yang sudah di anggap sebagai anak sendiri. Tambahan lagi dia hanya mempunyai dua orang anak lelaki dengan suami yang terdahulu.
Nadia.. Uncle nak tanya something boleh
Alah uncle nie. Itupun nak mintak izin dari Nadia. Tanya jer lah!
Ermm Nadia ada orang yang punya tak
Nadia diam. Dia memandang wajah tua uncle Awal.

Uncle nie nak sakat Nadia lah tu.
Nadia nie kan, uncle bagi makan cili baru tau. Soalan kita tak dijawabnya, dah nak kenakan orang lain.
Eh uncle nie merajuk ke
Nadia ketawa geli hati. Telatah uncle amat menggembirakan hatinya.
Ala.. Uncle nie dah tau bertanya pula.
Nadia ada yang punya lah ye
Yelah.
Kenapa tak kenalkan pada uncle
Lah uncle nie. Nak kenal kan buat apa. Uncle dah kenalpun.
Wajah Tengku Awaludin berubah. Dahinya berkerut. Nadia dengan muka selamba meneruskan bacaannya.
Uncle tak dapat cari lah Nadia. Siapa dia
Nadia membaca buku dengan kusyuk. Dia tidak dengar apa yang dikatakan oleh Tengku Awaludin. Tengku Awaludin terpaksa menampar lembut lengan Nadia. Nadia melatah yang teramat. Tengku Awaludin ketawa besar. Jarang benar dia mengusik anak saudaranya ini sekarang. Sekali- sekala mengusiknya boleh juga buat awet muda. Zulaikha yakni isteri ketiganya juga tersenyum senang bila dia ketawa begitu. Zulaikha yang ketika itu membuat kek span hanya menggeleng kepala mendengar ketawa suaminya.
Mama!
Kuss semangat! Janganlah kejutkan mama macam tu. Dari mana kamu nie Fakrul
Rul dari gym lah mama. Abah ketawa kuat- kuat tu ada tetamu ke mama
Biasalah.
Nadia
Anak saudara dia Rul. Bukannya orang lain. Sepupu kamu jugak!
Errmm.. Rul naik dulu lah mama. Amri ada balik mama
Faham aje lah dengan adik kamu tu. Bukannya ada negara. Elok- elok abah bagi rumah kat KL, pergi berhijrah ke Jepun. Balikpun jarang. Khabar berita pun takde.
Nanti Rul cari Amri balik jumpa mama ye.
Tak payah nak harapkan dia balik. Kamu tu patut bawa balik bakal menantu mama! Bukan sibuk dengan syarikat kesihatan kamu tu.
Rul naik dulu mama!
Zulaikha menggeleng kepala. Dua- dua anak bujangnya amat berlainan sikap. Yang sulung, Fakrul Hakimi amat pendiam tetapi lembut dan sopan. Anak bongsunya pula, Amri Hisyam sangat sombong malah suka membazir duit. Sudah hampir 6 tahun mereka tidak bertemu muka kerana sikap Amri yang suka tinggal diluar negara. Setelah berkahwin dengan Tengku Awaludin, dia amat bersyukur kerana nasib dia dan anaknya terbela. Dia juga inginkan anak bersama Tengku, sebagai tanda penghargaan dirinya pada Tengku. Tetapi apakan daya, tahap kesihatan Tengku berada dibawah kawalan doktor sehingga tidak digalakkan memperolehi anak. Walau dia masih muda ketika itu, kehadiran Nadia amatlah menggembirakan hatinya kerana dilihatnya Tengku amat mengasihi Nadia. Dia amat hairan pada mulanya kerana Nadia Natasya tidak diletak Tengku, pada pangkalnya. Sedangkan mereka berdarah DiRaja. Permulaannya, dia pernah menanyakan pada suaminya itu. Tetapi jawapan yang diterima amat mengecewakan.
Abang taknak Ika tanya apa saja tentang asal- usul Nadia. Cukup saja layan dia macam anak Ika sendiri. Abang tak mahu lihat hidup dia terumbang- ambing. Abang kasihi dia melebihi kasih sayang abang pada Ika.
Sejak dari hari itu, dia mendidik Nadia bagai anaknya sendiri. Nadia mudah rapat dengan orang walau dalam tempoh yang singkat. Telatah Nadia yang lincah dan nakal amat mencuit hatinya. Dia pernah berkongsi hidup seperti anak perempuan dan ibu dulu. Tetapi entah dimana silapnya, ketika Nadia berada di tingkatan lima, hubungan mereka menjadi renggang. Dicuba mencari mana silap dan salah, tetapi hampa. Nadia tetap diam membisu tetapi jika suaminya duduk berbual dengannya, serta- merta tingkah laku Nadia berubah. Akhirnya dia diam membisu. Hanya dalam setahun ini sajalah Nadia cuba menghampirinya seperti dulu walau terasa seperti ada penghalang yang menjadi jurang yang jauh untuk mereka bersama.
Ika Ika!
Nadia senyum. Dia mencubit lembut pinggang auntie Ika. Terkejut bukan kepalang auntie nya itu. Ika senyum malu bila melihatkan suami dan Nadia ketawa besar.
Kenapa nie
Uncle dari tadi panggil auntie tau. Jauhnya auntie melamun. Entah dah sampai planet mana agaknya!
Kamu nie Nadia.
Nadia masih ketawa terkenangkan wajah auntie Ika.
Ika ok ke Abang panggil banyak kali, Ika ingat siapa
Ish abang nie. Nak ikut anak awak lah tu! Mengusik saya.
Zulaikha senyum malu. Mereka ketawa riang. Nadia pulang ke rumah selepas jarum jam melepasi pukul 1 pagi. Dia selesa jika bergurau bersama uncle Awal. Tetapi dia sudah jarang bermesra bersama dengan auntie Zulaikha. Semuanya gara- gara Amri. Dia memejamkan mata rapat- rapat agar tidak terlalu memikirkan tentang kejadian yang telah menggariskan sebuah kenangan hitam dalam hidupnya.
Cik Nadia. Tuan Awaludin minta cik Nadia hadir ke mesyuarat lembaga pengarah nanti.
Pukul berapa
2 petang. Conference room 6.
Awak tau apa sebab
Taktau Cik Nadia. Penting agaknya untuk pengetahuan cik Nadia.
Baiklah. Awak boleh pergi. Errr Salmi!
Saya cik Nadia.
Awak boleh tolong saya bawakan panadol
Baik cik Nadia.
Kepala Nadia terasa seperti berpusing- pusing sejak pagi lagi. Mujurlah hari ini dia tidak kemana. Maklumlah, selepas ke sana ke mari, segala kerjanya agak berkurangan. Salmi masuk membawa panadol yang diminta.
Cik Nadia ok
Ermm pening sikit Salmi.
Nak saya panggilkan doktor
Tak payahlah. Saya try makan panadol je. Lagipun sikit je.
Oklah kalau macam tu.
Nanti awak ingatkan saya tentang board meeting tu ye.
Baik cik Nadia. Apa- apa hal nanti panggil lah saya. Saya keluar dulu.
Nadia hanya menganggukkan kepala. Selepas menelan panadol 2 biji dia pejamkan mata sekejap. Tetapi bayangan itu semakin menghantui dirinya. Telefon berdering. Dia terkejut.
Hello Nadia sini.. Mana kau tau ini pejabat aku Kau jangan ganggu aku lagi boleh tak Aku tak ingin dengar suara kau pun!. Dengar sini, kalau dulu aku tak berani hadapkan perkara nie ke pihak berkuasa, sekarang kalau kau ugut aku lagi aku takkan ragu- ragu report pada polis!
Nadia menghempaskan gagang telefon. Dia melepaskan keluhan berat. Laptopnya bernyala. Satu dokumen sulit diterima. Dia membuka fail tersebut dan menghantar kepada Salmi. Dia meninggalkan message supaya dokumen yang baru diterima itu dicetak keluar dan diberi padanya secepat yang boleh. Dia menyemak dokumen yang perlukan pemerhatiannya dan menyambung kembali kerjanya. Ketika dia melangkah masuk ke dalam bilik yang agak besar dan memuatkan 10 orang pemegang saham terbesar, semua berpaling padanya. Dia menguntumkan senyuman untuk menghilangkan debaran di dada. Uncle berucap dan memulakan mesyuarat. Di suatu ketika jantungnya hampir luruh mendengar pengumuman yang dibuat uncle Awal tentang perlantikan dirinya sebagai salah seorang lembaga pengarah serta pemegang saham sebanyak 45% dari syarikat itu yang pada asalnya dimiliki oleh uncle Awal.
Kenapa uncle beri hampir kesemuanya saham uncle pada Nadia
Nadia kan anak uncle. Kenapa Nadia nak marah- marah nie
Nadia tak marah uncle. Tapi tak elok lah pandangan orang. Nadia nie cuma anak saudara uncle je. Tapi dapat saham terbesar dari uncle.
Kenapa Nadia suka memperbesarkan hal dengan kata- kata orang lain
Nadia diam. Tengku Awaludin tau bahawa Nadia memang suka memikirkan tentang perasaan orang lain dari dirinya sendiri. Dia memang sengaja memberi Nadia kesemuanya saham yang ada pada Nadia. Kerana pada siapa lagi Nadia akan mengadu nasib selepas ketiadaan dirinya. Nadia hendak bergantung harapan pada siapa Semuanya kerana fikirkan tentang masa depan Nadia yang mendorong dia membuat keputusan itu. Kerana dia percaya Nadia berkebolehan mengambil alih syarikatnya. Anak- anak tirinya semua sudah diberikan modal untuk membuka perniagaan sendiri dan kesemua mereka hidup senang sekarang. Isteri pertama dan keduanya sudah meninggal dunia. Manakala untuk Zulaikha dia sudah membuka sebuah dana untuk masa depannya. Hanya Nadia yang tiada. Syarikat itu pula adalah syarikat milik penuh dia. Takkan dia ingin melihat Nadia hidup merempat. Hidup dia takkan lama. Dia perlu bertindak dengan cepat. Kerana kasih sayang yang menggunung pada Nadia, dia sanggup berbuat apa saja. Nak harapkan Tengku Mokhtar dan isterinya menanggung Nadia Jangan mimpilah. Dia kenal sangat dengan sikap Tengku Mokhtar. Hatinya tidak pernah inginkan Nadia sebagai anak.
Uncle! Kita cakap dengan dia, dia dah terbang ke Dubai pulak!
Tengku Awaludin ketawa kecil melihat muncung Nadia.
Uncle sayang Nadia. Nadia nak bergantung pada siapa kalau uncle pergi dulu Nadia nak mengadu pada siapa Ini rezeki Nadia. Anggap takdir Tuhan.
Nadia diam. Dia memeluk uncle nya dengan tangisan.
Uncle sayang Nadia macam anak uncle sendiri. Jaga lah syarikat nie baik- baik.
Uncle masih berkuasa disini. Janganlah pergi dulu. Nadia masih bermanja dengan uncle.
Tengku Awaludin. Nadia nie manja sangat! Dia mengusapkan kepala Nadia dengan kelembutan. Wajah yang ayu itu mengingatkan dia pada ibu Nadia yang meninggal dunia setelah melahirkan Nadia.
Nadia sayang uncle tak
Eeii uncle nie teruk betul!
Kenapa pulak
Uncle selalu tanya soalan yang bukan- bukan. Dah tentu Nadia sayang pada uncle. Uncle macam ayah Nadia. Sekurang- kurangnya Nadia masih dapat merasa kasih sayang seorang ayah.
Tengku Awaludin memeluk erat anak saudaranya itu. Sebak hatinya mengenangkan asal- usul Nadia yang pasti Nadia akan mengetahuinya bila- bila masa. Nadia dilihatnya tertidur di sofa. Dia menggamit tangan Zulaikha ke biliknya. Zulaikha terpinga- pinga dengan tingkah laku suaminya.
Abang nak cerita sesuatu pada Ika. Tapi abang nak Ika simpan rahsia ke akhir hayat Ika. Kata orang, biar pecah diperut tapi jangan pecah dimulut!
Zulaikha terkedu mendengar amaran dari Tengku Awaludin. Dia hanya membiarkan segala cerita keluar dari mulut suaminya itu. Dia terkejut. Malah tidak disangka perkara seperti itu akan berlaku dalam keluarga yang mementingkan adat.
Ingat Ika. Abang terpaksa cerita pada Ika. Abang taknak apa- apa akan berlaku diluar anggaran kita. Simpan rahsia tu dan Ika cuba lah buat seperti Ika tidak tahu apa- apa. Tapi percayalah, abang memang sayangkan Nadia melebihi kasih sayang abang pada Ika dan anak- anak.
Zulaikha diam seribu- bahasa. Fahamlah dirinya mengapa Nadia Natasya tidak diberi hak Tengku pada pangkal namanya. Ya Allah! Besar sungguh hidup yang Kau berikan pada manusia ini.
Uncle..
Tengku Awaludin diam. Nadia masih lagi menyeru nama uncle. Dia menangis teresak- esak apabila datang seorang lelaki mengangkat uncle nya pergi jauh darinya. Dia menangis apabila semua orang mentertawakannya. Dia sudah tiada sesiapa lagi didunia ini. Dia menangis. Dia cuba mengejar bayang uncle tetapi hampa.
Uncle!
Nadia mengurut dada. Dia memerhati sekeliling. Mimpikah dia Mengapa mimpinya amat menakutkan
Nadia! Kenapa
Nadia memandang wajah auntie Ika. Zulaikha hairan melihat gelagat Nadia. Seperti orang kebingungan. Dia terkejar- kejar ke ruang rehat itu apabila mendengarkan jeritan Nadia. Bila ditanya, Nadia seperti orang bingung. Dia menyentuh lembut tangan Nadia.
Uncle
Kenapa sayang Kenapa uncle
Uncle Uncle mana auntie
Uncle kamu sembahyang. Ada di atas. Mungkin berehat agaknya sekarang.
Nadia melepaskan nafas lega. Tetapi debaran di dada masih lagi kencang. Zulaikha mengusap perlahan ubun kepala Nadia. Nadia bangun dan berlari ke bilik uncle nya. Dia mencari bayang uncle nya.
Uncle! Uncle!
Nadia melaung memanggil Tengku Awaludin. Muncul Tengku Awaludin dengan rambut yang masih basah. Nadia berlari mendakap Tengku Awaludin. Dia terpinga- pinga dengan kelakuan Nadia. Zulaikha muncul.
Kenapa nie sayang
Nadia masih tenggelam di dada Tengku Awaludin. Dia mengusap kepala Nadia lembut. Nadia melepaskan pelukannya. Kemudian dia tersenyum malu mengenangkan kelakuannya sebentar tadi.
Sorry uncle. Nadia rindu kat uncle!
Tengku Awaludin dan Zulaikha tertawa mendengarkan jawapan spontan Nadia.
Kenapa nie Nadia Ada masalah ke
Nadia menggelengkan kepala sambil senyum. Malu!
Uncle nak sembahyang nie. Kamu tunggu uncle di laman. Auntie Ika kamu buat seri muka ari nie.
Nadia memandang wajah auntie Ika. Auntie Ika senyum. Nadia berlalu ke dapur.
Nadia nak makan dulu boleh tak auntie
Makan lah Nadia. Auntie letak dalam fridge.
Nadia membuka peti ais dan mengeluarkan pinggan yang terisi rapi dengan kuih kegemarannya, kuih seri muka. Sedang dia asyik menyuap kuih ke dalam mulut, bahunya ditepuk. Dia hampir tercekik.
Makan seorang diri. Diam- diam pulak tu! Rul pun nak makan juga.
Nadia senyum. Dia menghulurkan pinggan pada Fakrul tetapi belum sempat di capai oleh fakrul, Nadia melarikan pinggan itu keluar. Fakrul mengejar Nadia yang berlari ke laman rumah.
Kenapa berlari ni Nadia
Sengaja nak sakat abang Fakrul.
Tengku Awaludin dan Zulaikha terkejut dengan ayat yang meluncur dari mulut Nadia. Abang Fakrul Sejak bila Nadia sudah membahasakan Fakrul sebagai abang Mereka berpandangan sesama sendiri. Nadia duduk bersama- sama dengan uncle dan auntie nya dengan ketawa yang masih berbaki.
Penatlah abang kejar Nadia!
Nadia ketawa riang. Mulutnya masih berisi dengan kuih kegemarannya itu.
Nadia sihat ke nie
Nadia terpinga- pinga dengan soalan yang di ajukan oleh Tengku Awaludin. Zulaikha menyiku lengan suaminya.
Nadia nak lagi ke
Err
Banyaknya makan Badan macam tu juga.
Belum sempat Nadia menjawab soalan auntie Ika, Fakrul sudah memotong. Nadia mencubit lengan Fakrul. Suasana itu masih lagi janggal buat Tengku Awaludin dan Zulaikha. Bukan Nadia tidak pernah berkelakuan begitu, tetapi sudah hampir 6 tahun Nadia hanya mendiamkan diri dan tiba- tiba pada hari ini Nadia kembali dengan gelak tawanya.
Cik Nadia!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: