Nadia Natasya 5

Just tell me apa program saya hari ni Salmi.
Pihak Tough Security nak bentangkan usul baru memandangkan kerap sangat berlakunya kecurian di tempat kerja.
Macam mana dengan kes kat port hari tu? Ada pihak atasan yang turun siasat tak?
Laporan tu belum diterima cik Nadia.
Belum diterima? Kes tu dah masuk 3 bulan! Saya mintak sampai akhir bulan lepas. Apa yang diaorang buat nie?
Salmi hanya mendiamkan diri. Sudah hampir 2 tahun Nadia bekerja disitu. Segala sifat dan tabiat Nadia dia tahu. Nadia melangkah masuk ke dalam bilik. Salmi membuntuti tetapi berhenti separuh jalan apabila terpandang bayang seseorang duduk di dalam biliknya.
Siapa tu? Bila masa dia datang?
Saya tak tau Cik Nadia. Katanya dia abang pada Cik Nadia.
Kenapa tak suruh dia tunggu saya kat luar?
I asked him to do so. Tapi dia degil. Katanya biar dia duduk di dalam. Tak kira lama mana pun.
Gila!
Salmi terkejut. Nadia memarahi abangnya sendiri?
Salmi, awak call pihak Tough Security. Sambungkan saya pada Tuan Zakri. Now!
Nadia melangkah masuk. Dia tak rasa itu abangnya. Melihatkan pandangan belakang, dia macam mengenalinya. Tetapi ingatannya agak kabur. Dia membuka pintu perlahan. Serentak itu dia menjerit. Hampir jatuh beg bimbitnya.
Buat apa kau datang sini?
Aku nak jumpa kau pun tak boleh?
Tak!
Kenapa kau sombong sangat sekarang nie?
Apa kau peduli? Baik kau keluar dari sini sebelum aku halau kau keluar!
Itu amaran atau arahan?
Nadia mendengus geram. Buat apa dia kemari? Nak susahkan orang! Nadia mengangkat telefon yang disambungkan. Dia berbual dengan pembantu kanan pengarah urusan Tough Security. Setelah agak lama membincangkan tentang masalah yang timbul, Nadia menamatkan perbualan apabila kata sepakat di capai. Amri masih lagi merenung dirinya.
Kau nak apa lagi nie?
Kau makin cantik sekarang.
Kalau itu yang kau nak cakapkan, seribu kali pun, aku tetap tak percaya. Lebih baik kau keluar!
Amri bangun menghampiri Nadia. Nadia mencapai gunting yang berada di mejanya. Amri senyum kerana berjaya membuatkan Nadia takut padanya. Dia mencuit sedikit dagu Nadia.
Keluar kau setan!
Amri ketawa. Dia keluar dengan senyuman kemenangan. Nadia berdiri kaku.
Salmi bawakan saya panadol please..
Dia memicit- micit kepalanya yang agak pening itu. Dia mengetuk pintu bilik yang berkayu jati itu. Tengku Awaludin senyum.
Kenapa nie sayang? Macam letih je?
Takde apa uncle. Nadia ingat Nadia nak pergi bercuti lah uncle.
Nadia nak kemana?
Tak tau lagi. Mungkin dengan Rina.
Tengku Awaludin perasan bahawa Nadia seperti tidak bermaya.
Nadia ada masalah ke?
Nadia hanya membisu. Dia sekadar menggeleng kepala.
Nadia sakit?
Geleng.
Nadia.. Kenapa nie sayang? Cerita pada uncle.
Takde apa uncle. Mungkin Nadia dah terlalu banyak sangat kerja sampai lupa waktu rehat dan makan.
Ermm cukup ke seminggu? Nak tambah lagi?
Nadia diam membisu. Lukisan yang berasaskan cat air melakarkan sebuah keluarga nelayan sedang membantu si ayah turun ke laut, direnungnya. Damai sungguh rasanya.
Nadia…
Alangkah indah hidup Nadia andai dia punyai kehidupan yang begitu.
Nadia!
Tetapi sudah nasib dia tiada berteman.
Nadia!
Nadia terkejut. Direnungnya wajah tua yang masih segak itu. Senyuman diukirkan.
Kenapa nie?
Geleng.
Nadia betul- betul ada masalah ye?
Takde ape lah uncle. Janganlah risau.
Uncle luluskan cuti. Nadia pergi lah mana- mana pun. PDA jangan bawa.
Thanks uncle. Nadia keluar dulu.
Nadia!
Saya uncle.
Cukup cuti seminggu nie?
Nanti Nadia bagitau pada uncle ye.
Tengku Awaludin hanya menggeleng kepala. Kenapa dengan Nadia? Apa agaknya yang difikirkan? Dia memandang pada lukisan yang tergantung di belakangnya. Direnungnya dalam. Ya Allah! Nadia ingatkan keluarganya. Tengku Awaludin mencapai telefon.
Rina.. Uncle Awal nie… Uncle tengok Nadia tu macam ada masalah. Rina tau apa masalah dia?….. Dia dah apply cuti. Rina bawa dia pergi mana- mana…. Uncle memang risaukan dia Rina, kamupun tau kenapa….. Baiklah..
Tengku Awaludin menyerahkan briefcase pada isterinya. Zulaikha menghulurkan secawan kopi kegemaran Tengku Awaludin. Tengku Awaludin menghirup sekali.
Kenapa bang?
Tengku Awaludin membiarkan jari- jemari halus Zulaikha mengurut lembut bahunya.
Abang tengok Nadia tu macam ada masalah. Tapi entahlah Ika. Abang tak reti nak tafsir hati dia.
Kenapa bang? Macam besar sangat masalahnya?
Abang nak terangkan pada Ika susah sangat rasanya.
Ceritalah apa yang abang nampak.
Tengku Awaludin mengeluh berat. Dia memejamkan mata. Wajah lembut tetapi kelihatan gusar itu terbayang dimatanya.
Nadia mohon cuti seminggu. Tetapi pandangan matanya sayu aje. Pulak tu dia renung lukisan keluarga nelayan di bilik abang tadi. Bila ditanya tiada yang dijawabnya. Abang risau lah Ika.
Zulaikha terkejut. Nadia rindukan suasana berkeluarga. Dia teringat renungan yang sukar ditafsir yang Nadia lemparkan ketika dia mendukung anak jiran sebelah rumah dengan kasih sayang. Benarkah andaiannya itu? Nadia dahagakan kasih sayang.
Bang..
Tengku Awaludin hanya diam membisu.
Bang.. Apa kata kita suruh Nadia kahwin?
Tengku Awaludin membuka matanya. Kahwin?
Maksud Ika?
Ika juga sayangkan Nadia macam abang sayang dia. Tapi kita bukan ibu bapa nya bang. Dia dahagakan kasih sayang. So, kita suruh dia kahwin cepat. Agar dia dapat kasih sayang dari seorang suami pula!
Tengku Awaludin berkerut dahi. Benarkah cara ini berkesan?
Ish awak nie! Jangan sembarangan. Kahwin sampai ke mati. Bukan untuk sebulan dua!
Ika bukan bermaksud macam tu. Kita suruhlah dia kahwin dengan pilihan dia sendiri. Baru lah kekal. Nadia tu bukan tak cantik. Pasti dia ada teman lelaki.
Abang taknak lah masuk campur dalam hal hidup dia. Dia dah cukup tenang sekarang. Biarlah dia fikirkan apa yang patut.
Zulaikha diam. Memang benar Nadia sudah besar dan tahu pertimbangkan hidupnya. Tiba- tiba mereka terdengar bunyi kereta mengaum dengan nyaring. Mereka berdua bergegas ke garaj kereta dihadapan rumah. Zulaikha dan Tengku Awaludin terkejut melihat Amri keluar dari kereta Evolution 7 yang berwarna merah garang.
Mama abah..
Amri bersalaman dengan mereka dan melangkah masuk. Tengku Awaludin hanya diam membisu. Dia segera naik ke bilik dan berehat. Zulaikha hanya mengekori langkah suaminya dengan ekor mata. Dia faham kenapa Tengku Awaludin bersikap begitu.
Kenapa pulak kamu ingatkan rumah nie Amri?
Mama nie.. Amri balik nak jenguk mama dan abah pun salah!
Baik kamu tak payah menjenguk kami kalau kau lebih suka hidup kat luar tu! Dah hampir 8 tahun baru kamu balik jenguk mama dan abah? Anak jenis apa kamu nie Amri?
Mama macam nie lah. Bila Amri balik je, mama bising. Abang Rul tu tak pernah pulak mama marahkan?
Kamu jangan nak bandingkan kasih sayang ,mama Amri! Mama marah kamu macam nie ada sebab. Kamu selalu susahkan kami.
Amri berlari ke biliknya. Dia benci setiap kali pulang ke rumah, Zulaikha akan memarahinya. Sedangkan Fakrul tidak pernah sekali dia dengar mama marah. Dia pulang kerana Nadia. Dia geram melihat tubuh montok Nadia. Tubuh yang pernah dijamahnya dulu. Ingin sekali dia jejaki Nadia. Tetapi hampa. Hanya mengetahui tempat kerja Nadia. Tapi dia sedia maklum bahawa Nadia selalu pulang ke rumah ini pada hari ahad. Dia sabarkan penantian.
Auntie sihat?
Sihat. Kamu?
Saya macam nie lah auntie. Nak rasa gulai lemak auntie boleh tak?
Zulaikha senyum. Mungkin ada rahmatnya. Dia melihat kemesraan antara suaminya dan Nadia ketika mereka berada di laman luar. Nadia ketawa mengisi ruang.
Mama!
Oh pocot kau!
Fakrul ketawa besar melihat Zulaikha melatah.
Kamu nie Rul. Suka buat mama terkejut!
Ermm sorry lah mama. Mama masak apa?
Gulai lemak ayam.
Wow.. Sedapnya mama.
Fakrul terlihat Nadia dan Tengku Awaludin duduk berbual.
Patutlah… Nadia ada kat sini.
Alah kamu nie Rul. Macam tak biasa pulak!
Mana Amri ma?
Dia tak pernah punch card kat mama!
Jawapan spontan yang keluar dari bibir Zulaikha membuahkan tawa Fakrul. Tiba- tiba Nadia muncul.
Amboi ketawa! Mengalahkan orang menang judi!
Nadia bila sampai?
Baru je duduk…
Bukan duduk…Tidur tu baring!
Nadia menarik muka masam. Fakrul mencubit hidung Nadia.
Nadia memang suka tidur mama. Aktiviti masa lapang!
Nadia mendengus geram. Dia mencubit lengan Fakrul.
Kamu berdua nie amcam budak kecil pulak! Kahwinkan kamu berdua baru tau!
Nadia terkedu. Fakrul juga terkejut sama. Zulaikha senyum.
Ermm tau pulak diam. Ingatkan dah tak reti dok diam tadi!
Auntie sengaja nak kenakan kami ye?
Dah kamu bising sangat.
Nadia dan Fakrul ketawa. Nadia menolong Zulaikha memasak di dapur. Malam menjelang dan mereka makan malam bersama- sama. Ketika mereka sedang bergembira makan bersama, pintu besar di ruang bawah kedengaran seperti dibuka. Tidak lama kemudian muncul Amri. Nadia kaget. Gelas yang dipegangnya hampir terlucut dari tangan. Amri senyum apabila melihat wajah yang dirinduinya. Nadia sudah berpeluh menahan getaran. Tengku Awaludin tidak memandang pada Amri walau sedikit.
Kamu dah makan Amri?
Err.. Belum mama. Mama masak apa?
Masak lemak. Kamu nak makan marilah.
Amri melangkah ke meja makan dengan selamba. Walau dia tahu ayah tirinya tak suka padanya. Tengku Awaludin meminta diri. Selepas mencuci tangan dia beredar ke ruang tamu. Nadia juga mengundur diri. Bukan apa, tak selesa apabila bertentang mata dengan orang yang dibencinya.
Kau dari mana nie Am?
Dari bengkel kawan bang.
Buat apa di bengkel sepanjang hari?
Modified kereta.
Fakrul menggeleng. Perangai adiknya itu terasa semakin lama semakin teruk. Malam itu Nadia kepanasan. Walau bilik yang di khas kan untuknya itu dipasang air-cond, tetapi kepanasan di hatinya yang membuatkan dia tak senang duduk. Nadia berkira- kira andai mahu pulang ke rumahnya pada waktu itu juga. Dia betul- betul kebingungan. Dia ke dapur untuk mengambil sedikit air minuman. Dia menjerit apabila ada tangan kasar memeluk pinggangnya dan menutup mulutnya. Kenangan hampir 8 tahun lalu berputar diminda. Nadia panik. Amri cuba menjamah bibirnya. Gelas yang dipegang Nadia terlepas. Kedengaran pintu bilik dibuka. Amri melepaskan pelukannya. Nadia pucat. Fakrul muncul dipintu dapur.
Apa yang kau dua orang buat kat sini?
Nadia dan Amri diam membisu. Fakrul memandang wajah Nadia. Pucat sungguh hingga peluh mengalir di dahi. Fakrul ingin bertanyakan sesuatu tetapi Nadia terus berlari meninggalkan dia dan Amri. Amri juga ingin beredar tetapi ditahan Fakrul.
Apa yang Am buat pada Nadia?
Takde apa.
Am jangan tipu abang. Kalau takde apa, takkan Nadia pucat betul!
Abang nak Am cakap ye?
Fakrul diam. Tetapi dia tahu ada sesuatu yang berlaku antara Nadia dan Amri. Sedangkan dari kecil lagi Nadia sememangnya rapat dengan Amri dari dia sendiri. Setelah Nadia menjangkau tingkatan lima, serta- merta sikap Nadia berubah. Jarang sudah mahu balik ke rumah ini dan berpindah pula ke rumah mama dan daddy nya di Ulu Tebrau. Semakin lama dirasakan Nadia sudah tawar hati untuk bergurau senda bersama mereka sekeluarga. Hanya abahnya yang di layan oleh Nadia. Ingin ditanya pada Nadia sendiri, tetapi dia tidak tahu hendak mulakan dari mana. Akhirnya dia biar saja perkara itu berlalu ditelan masa.
Am tahu abang ada hati pada Nadia!
Fakrul terkejut.
Kenyataan apa yang kau cuba sebut Am? Kau nak cari gaduh ke?
Saya tahu abang memang dah lama pendam perasaan pada Nadia. Saya hidup dengan abang 27 tahun bang! 27 tahun saya faham segala sifat abang!
Apa kena dengan kau nie Am?
Abang cuma boleh pendam perasaan bila tengok Nadia dengan seorang lelaki di KL kan?
Fakrul terkejut. Mana dia tahu semua nie?
Am jangan nak memandai- mandai. Nadia tu kan sepupu kita.
Sepupu tiri bang!
Ye sepupu tiri. Am pernah ambil kisah sikap Am yang malukan mama pada abah?
Amri diam. Fakrul berlalu ke biliknya. Hampir- hampir rahsianya bocor. Dia memang sayang Nadia. Dia ingin Nadia menjadi suri hatinya. Tetapi apabila mengenangkan Nadia adalah sepupu tirinya dan mama nya berhutang budi pada Tengku Awaludin membuatkan dia patah semangat untuk meluahkan hasratnya. Tambahan lagi setelah dia melihat Nadia berdua- duaan dengan seorang jejaka yang amat dikenalinya sering bersama ketika Nadia ke Kuala Lumpur. Hubungan mereka nampak mesra dan serta- merta mematikan terus hasratnya. Tetapi bagaimana Amri tahu Fakrul ke Kuala Lumpur semata- mata ingin mengejar Nadia?
Abang nak buat apa?
Abang nak tunjuk pada Nadia yang abang sayangkan Nadia.
Nadia diam membisu. Dia hanya mengikut kata Amri yang menutup matanya dan membawanya ke suatu tempat yang tidak diketahuinya. Masa itu hubungan mereka bagai abang dan adik. Amat rapat seperti isi dan kuku.
Eeeiii cantiknya bang!
Abang beli khas untuk Nadia di Holland.
Nadia terpegun melihat bilik tidurnya penuh dengan bunga kegemarannya, bunga tulip. Di katil, meja, almari, komputer, telefon, mahupun lantai bilik atau siling, semuanya penuh dengan bunga tulip dan ros. Spontan dia melompat keriangan dan memeluk Amri. Kemudian dia cuba baring di atas katilnya yang tilam penuh dengan kelopak mawar. Tanpa disedarinya Amri mengunci pintu bilik dan melangkah penuh nafsu pada Nadia. Amri baring di sebelah Nadia.
Terima kasih bang. Cantik!
Semuanya abang buat sebab abang sayang Nadia.
Nadia senyum. Amri mencium pipi Nadia. Dia terkejut dengan tindakan Amri.
Tanda sayang abang pada Nadia.
Nadia diam membisu. Dadanya berdebar. Dia ingin bangun tetapi dihalang Amri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: