Nadia Natasya 8

Sayang dah makan ubat?
Dah. Abang dah makan?
Mama buat bubur kacang. Sayang nak makan? Abang ambilkan?
Nadia menggeleng. Hatinya tawar untuk menyayangi sesiapa pun. Tetapi dia menghargai kasih sayang yang dicurahkan oleh Fakrul padanya. Pada malam pertama mereka, barulah Nadia tahu Fakrul mencintainya. Sudah dia terangkan pada Fakrul. Hatinya sudah tertutup, tetapi dia memberikan Fakrul kebebasan kerana Fakrul menjadi suaminya kini.
Fakrul sanggup selamatkan maruah Nadia abah.
Nadia, Zulaikha dan Tengku Awaludin terkejut.
Apa yang Fakrul cakap nie?
Fakrul sanggup kahwin dengan Nadia!
Fakrul waras ke?
Fakrul waras dan Fakrul sanggup terima apa saja risiko. Yang penting maruah Nadia dan keluarga kita selamat!
Tengku Awaludin diam. Zulaikha kaku. Nadia kaget. Fakrul dengan tenang, melamar Nadia dihadapan kedua orang tuanya.
Unclee…
Nadia memandang wajah sugul Tengku Awaludin. Akhirnya Tengku Awaludin dan Zulaikha mengangguk setuju dan Nadia menerima segalanya dengan berserah pada Allah. Majlis berlangsung secara sederhana. Kucupan pertama yang diterima setelah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah diimpikan hidup bersama, membuatkan hatinya terharu. Ciuman pada tangan Fakrul telah di ikrar dalam diam bahawa hidupnya hanya untuk lelaki dihadapannya kini dan anak yang dikandungnya.
Fakrul cintakan Nadia. Dari mula lagi.
Nadia terkejut dengan pernyataan yang diberikan oleh Fakrul ketika mereka duduk di birai katil.
Fakrul tak sanggup meluahkan pada Nadia. Tapi, hanya Nadia seorang yang Fakrul cintakan sejak sekolah menengah. Nadia jangan anggap Fakrul ambil kesempatan atas peluang yang ada. Fakrul cuma nak hidup sebagai seorang suami buat Nadia. Janganlah Nadia pertikaikan kasih sayang Fakrul pada Nadia. Sesungguhnya Fakrul amat bersyukur pada Tuhan kerana menyatukan kita juga walau bukan dengan kehendak kita sendiri.
Nadia tersentuh dengan kata- kata yang jujur dari mulut Fakrul. Malam itu tidurnya sebagai seorang teman. Lelap dalam pelukan seorang suami. Kerana permintaan dari Nadia sendiri, Fakrul suaminya tetapi dia tidak boleh menyentuh Nadia seperti suami yang lain. Nadia masih perlukan ketenangan dan sokongan. Hanya senyuman yang dilemparkan oleh Fakrul apabila Nadia menyatakan hasratnya.
Nadia jangan risau. Fakrul takkan buat tanpa keizinan Nadia. Tetapi Fakrul akan memeluk Nadia sebagai tanda kasih Fakrul pada Nadia.
Nadia senyum. Dia berterima kasih pada Tuhan dengan pertemuan ini. Sedikit demi sedikit kasihnya mekar juga untuk suaminya itu.
Cik Nadia!
Nadia terkejut. Dipandangnya Salmi dihadapannya yang senyum padanya. Nadia malu sendiri.
Alah Cik Nadia nie…saya tahulah baru kahwin, janganlah ingatkan suami je…
Salmi mengusiknya. Nadia hanya tersenyum malu.
Ada apa Salmi?
Dokumen yang saya dah print out dan fail- fail yang cik Nadia perlukan.
Ok thanks. Oh ye Salmi!
Salmi mendiamkan diri apabila Nadia memanggilnya yang sudah bergerak keluar bilik.
Awak tolong clearkan any apointment pada hari khamis. Jam 2.30 petang saya ada apointment dengan Dr. Hamizi.
Ermm saya dah confirm semua date apointment cik Nadia dengan Dr. Hamizi. Dari bulan nie hinggalah cik Nadia bersalin nanti.
Good job Salmi! Pandai awak ye..
Well…
Nadia ketawa gelihati dengan cara Salmi menunjukkan lagaknya. Nadia mengusap perutnya. Sudah bulan kelima kandungannya. Nadia sayangkan kandungan itu walaupun bukan dari permintaannya.
Saya ada berita buruk nak beritahu pada Nadia.
Nadia diam. Agak mendebarkan cara Dr. Hamizi bercakap.
Saya jumpa satu penyakit yang agak serius pada tubuh Nadia.
Apa nya doktor?
Barah hati.
Nadia kaku. Banyak sungguh dugaannya.
Jadi doktor?
Saya sedang kaji tindak tanduk baby dalam kandungan. Dia agak agresif walau ini bulan kelima kandungan. Saya dan doktor pakar lain takut ada implikasi pada tahap kesihatan Nadia jika meneruskan kandungan ini.
Nadia berdebar. Jantungnya berdegup dengan kencang.
Jadi saya nak minta jasa Nadia pilih yang mana satu?
Takkan takde ubat doktor?
Nadia akan makan ubat yang dibekalkan. Tetapi kesannya akan turun pada kandungan. Kami bimbang kandungan Nadia juga terjejas kerana dari pemakanan ubatan kami!
Nadia menarik nafas dalam. Dia sekali- sekali tidak akan menggugurkan kandungan ini.
Tidak doktor. Saya tidak akan gugurkan. Saya sayang kandungan nie doktor!
Bawa bersabar Nadia. Kami akan kaji lagi tahap kesihatan Nadia macam mana.
Doktor mesti pertahankan kandungan saya walau saya tak selamat. Tolonglah doktor!
Nadia berbincang dulu dengan Tengku sebelum buat keputusan.
Doktor jangan beritahu pada sesiapa. Please… Saya taknak susahkan mereka lagi! Biarlah saya dengan keputusan saya.
Doktor Hamizi melepaskan nafas berat. Nadia sentiasa fikirkan perasaan orang lain. Dia terpaksa menghormati kehendak pesakit. Anggukan kepala Dr. Hamizi membuahkan senyuman Nadia. Nadia menonton televisyen ketika Fakrul pulang dari tempat kerja.
Abang dah makan?
Senyap. Tiada reaksi dari soalan Nadia. Fakrul terus menuju ke atas dimana bilik tidur mereka di tempatkan. Nadia mengekori jejak Fakrul.
Nadia dah masak. Kalau abang nak makan, Nadia hidangkan.
Fakrul menyarung tuala dan melangkah masuk ke bilik air. Sedikit sebanyak Nadia terasa hati. Dia menunggu Fakrul keluar dari bilik air dengan duduk di birai katil.
Abang sihat ke?
Fakrul masih lagi membisu. Nadia merapati Fakrul dan memegang lengannya. Tetapi tangan Nadia disentap membuatkan darahnya tersirap.
Kenapa dengan abang? Nadia ada buat salah ke bang?
Mata Nadia di renung tajam oleh Fakrul. Nadia agak gentar melihat wajah suaminya. Nadia memerhati dari jauh Fakrul sedang bersiap- siap dan terus keluar tanpa sebarang kata dari mulutnya. Nadia sedih. Sudah hampir 2 minggu Fakrul berperangai begitu. Petang tadi ketika dia pulang ternampak mesej yang ditinggalkan di pintu peti ais mengatakan bahawa suaminya itu ke Jepun atas urusan pejabat untuk 3 minggu. Nadia merenyukkan kertas kecil itu. Hatinya sendu. Dia memandu kereta ke rumah uncle.
Nadia seorang je? Mana Fakrul?
Nadia diam membisu ketika ditanya auntie Ika. Dia bergerak ke meja makan.
Mama masak apa? Nadia lapar.
Zulaikha hairan dengan sikap Nadia. Wajahnya berlainan. Agak pucat sedikit. Tetapi dia membisu. Dihidang juga makanan yang di masak untuk menantu atau anak saudara tirinya itu.
Uncle mana mama?
Abah lah!
Nadia senyum. Seringkali dia tersasul memanggil uncle dengan abah. Zulaikha senyum gelihati.
Dah biasa dengan uncle lah auntie!
Mama!
Nadia menepuk dahi sendiri. Mereka berdua ketawa.
Abah masih belum balik. Ada dinner di PJ Hilton.
Kenapa mama tak ikut?
Malas lah mama. Lagipun diaorang ada meeting. Mama pergi nanti jadi tunggul je kat sana!
Nadia ketawa. Dia menjamah masakan Zulaikha. Nasi yang masuk ke mulutnya terasa berpasir. Dia tersedak untuk suapan yang kedua. Zulaikha agak panik melihat keadaan Nadia begitu. Di hulurkan gelas yang berisi air suam dan menggosok perlahan belakang badan Nadia.
Lain kali makan tu perlahan.
Tak selesa badan lah mama. Nadia tak mau makan lagi lah!
Zulaikha mengangguk. Ditahan Nadia yang cuba bangun untuk mengemas meja.
Biar mama yang buat. Nadia pergi rehat kat sana. Nanti mama urutkan badan tu sikit!
Nadia mengikut arahan. Dia beredar ke sofa yang diimport dari Itali. Membaringkan diri dan fikirannya pun melayang entah di mana.
Nadia kenapa?
Nadia menggeleng. Cuba mendudukkan dirinya. Kandungan 6 bulan itu sudah bertambah berat. Malah sudah terasa gerakannya. Badannya agak lenguh.
Mama tengok muka Nadia pucat je. Kenapa?
Yeke mama? Biasa je. Perasaan mama je kot!
Mama makan garam dulu dari kamu tau!
Nadia gelak.
Mama makan garam dulu? Gula, cuka dengan herba? Ingatkan mama makan bubur dulu.
Zulaikha menggeleng kepala melayan karenah Nadia. Nadia memang suka mengusik. Dia faham.
Nadia taknak cerita pada mama?
Cerita apa? Puteri Gunung Ledang ataupun Santubong?
Zulaikha senyum. Tangannya mengurut lembut bahu Nadia.
Fakrul kenapa tak ikut sekali Nadia?
Dia ke Jepun mama. 3 minggu.
3 minggu? Baby dah masuk bulan ke tujuh, kesana kemari jugak dia!
Ada kerja kat sana mama.
Yelah kerja. Hari tu kan dia dah janji taknak kerja luar sementara Nadia mengandung nie!
Mungkin penting agaknya dia ke sana.
Nadia nie lembut hati sangat pada dia.
Dia suami Nadia mama. Apa- apa hal pun, dia dah selamatkan maruah keluarga. Nadia tak kisah. Janji dia ingat mana letak keluarga dan diri dia!
Zulaikha menggeleng mendengarkan kata Nadia. Dia kenal sangat dengan Fakrul. Bukan setahun dua dia jaga Fakrul, tetapi dah 30 tahun. Dia tahu Fakrul tak mudah memencilkan diri. Dia tahu berfikir. Malah Fakrul takkan mudah meninggalkan orang yang di sayangi begitu saja. Pasti ada sebab.
Nadia janganlah fikir macam tu sangat. Hidup suami isteri bukan nya untuk sebulan dua. Tapi untuk seumur hidup. Sampai kita mati.
Nadia hanya mendiamkan diri. Dia tidak sanggup menceritakan hal sebenarnya kepada Zulaikha.
Nadia tidur sini ye mama malam nie. Nadia malas nak drive malam- malam macam nie.
Selama Fakrul ke Jepun tu, Nadia duduklah sini. Mama nak tengok sikit Nadia tu!
Tengok sikit je mama? Kedekutnya!
Mama tengok Nadia sikitpun dah memadai. Nanti bila mama tengok Nadia sepenuhnya takut Nadia menyampah pulak.
Nadia gelak mendengarkan bebelan Zulaikha. Dia mengikut langkah kaki Zulaikha ke bilik yang dia duduki sebelum kahwin dulu.
Rehatlah. Esok kamu kerja?
Esok sabtu mama!
Zulaikha menepuk dahi sendiri. Nadia cepat- cepat berlari ke bilik air apabila merasakan sesuatu hendak keluar dari mulutnya. Lega rasanya apabila telah mengeluarkan cecair yang agak pekat itu. Peningnya menjadi- jadi selepas menunaikan solat subuh. Kali kedua masuk ke bilik air dia memuntahkan semua isi perut. Peningnya menjadi- jadi dan akhirnya dia jatuh terkulai di pintu bilik air. Darah merah pekat mengalir di telinga dan hidungnya. Zulaikha menyiapkan hidangan nasi dagang. Makanan kegemaran Nadia. Dia memandang jam di dinding. Sudah pukul 8. Jarang Nadia bangun lewat begini. Dia tidak mensyaki apa- apa. Dia ke dapur untuk membancuh air milo panas untuk Nadia.
Nadia mana ma? Awak kata dia datang malam tadi?
Tak turun lagi abahnya. Taktau lah saya. Bangun lambat agaknya. Maklumlah, penat.
Dia datang seorang je ke?
Betul lah bang. Katanya Fakrul ke Jepun 3 minggu. Muka dia nampak pucatlah bang. Saya risau tengokkan dia tu!
Tengku Awaludin menghirup kopi suam yang dibancuh oleh isterinya itu.
Dia ada mengadu apa- apa?
Takde. Cuma nak rehat je katanya.
Tengku Awaludin menjeling pada jarum jam. 8.45 pagi.
Abang pergi tengok dia lah Ika. Sekejap lagi nak ke kelab. Merajuk pulak dia nanti kalau abang tak tengok dia!
Zulaikha tersenyum. Nadia memang manja dengan suaminya itu. Kalau datang bermalam di rumah dan Tengku Awaludin tiada di rumah waktu itu, kemestian bagi Tengku Awaludin melawat Nadia pada pagi hari esoknya. Jika tidak, jenuh lah nak memujuk Nadia yang seorang itu. Matanya mengekori langkah Tengku Awaludin naik ke bilik.
Nadia! Buka pintu sayang. Uncle datang nie..
Bukan uncle bang… Abah!
Teguran dari Zulaikha membuatkan dia tersenyum sendiri.
Nadia! Buka pintu nie!
Tengku Awaludin memulas tombol pintu kayu yang terukir indah. Tak berkunci. Dia menolaknya perlahan. Gelap. Dia membuka luas pintu bilik dan melangkah masuk. Pintu bilik air terbuka luas dengan cahaya lampu yang masih terpasang. Dilihatnya sedikit. Terkejut bukan kepalang melihat Nadia terbaring dengan berlumuran darah. Dia mencimpung Nadia ke kereta.
Kenapa nie bang? Ya Allah! Nadia!
Kita ke hospital Ika. Tutup pintu!
Mereka ke hospital tempat Dr. Hamizi bertugas. Tengku Awaludin dan Zulaikha resah menanti di luar bilik rawatan. Mereka tak putus- putus berdoa. Hampir 40 minit selepas itu, Dr. Hamizi keluar.
Macam mana Nadia Mizi?
Kau jangan risau. Dia dah stabil. Tekanan darahnya rendah dan keadaannya agak terganggu. Kau nasihatkanlah dia. Selalu teman dia. Aku takut kalau- kalau dia trauma balik. Kandungan dia terjejas nanti. Sekarang aku dah bagi ubat pelali. Biar dia rehat. Tapi biarlah dia tenang dan ada orang temankan dia!
Zulaikha dan Tengku Awaludin menarik nafas lega.
Kandungan dia selamat ke Mizi?
Ika jangan risau. Dia dan kandungan selamat. You all boleh lawat dia.
Dr. Hamizi berlalu. Tengku Awaludin dan Zulaikha masuk ke dalam bilik khas yang menempatkan Nadia. Lengan Nadia disambungkan dengan wayar yang meyalurkan air. Tengku Awaludin merapati Nadia. Tangannya diusap pada ubun- ubun kepala Nadia. Anak saudara atau menantunya itu sajalah tempat dia mencurahkan segala kasih sayang. Hatinya sebak.
Ika jaga dia bang. Ika tak nak tinggalkan dia sendiri lagi.
Tengku Awaludin hanya mengangguk.
Abang nak bincang dengan Mizi. Ika tengok- tengok kan dia ye..
Zulaikha mengangguk perlahan. Dia seorang ibu merasa amat kasihan pada Nadia. Mengapa begitu berat dugaan yang Kau berikan pada diaYa Allah? Budak ini seorang yang berjiwa suci. Air matanya menitis juga. Jemari Nadia digenggam supaya Nadia merasakan akan dorongan yang dia berikan. Tengku Awaludin mencari Dr. Hamizi, kawan lamanya dan juga doktor peribadi keluarganya. Hamizi senyum melihat sahabatnya semasa di Harvard dulu datang menghampiri.
Teruk sangat ke keadaan dia Mizi?
Dia ok. Kau jangan risau sangat. Dia cuma tertekan.
Tertekan? Maksud kau?
Mungkin ada orang yang beri dia tekanan sampai buatkan dia sentiasa fikirkan tentang masalah itu hingga menjadi suatu beban. Dia masih lagi dalam trauma Awal. Kau kena ingat, dia tak boleh tersalah langkah lagi.
Ada orang beri dia tekanan? Tapi siapa? Dia kerja dengan baik dan tak pernah mendapat tekanan dari pejabat Mizi!
Mungkin bukan dari pejabat. Tapi dari rumah? Ada kau fikir?
Dari rumah? Maksud kau?
Orang yang rapat dengan dia. Yang selalu berjumpa dia.
Tengku Awaludin diam. Sabrina? Takkan pulak! Kali terakhir Sabrina datang ke Johor Bahru 2 bulan lepas. Dan Nadia baru berbual di telefon dengan Sabrina sehari sebelum dia ke rumahnya. Suaranya gembira dapat berbual dengan Sabrina. Ika? Hubungan mereka baik saja. Fakrul? Tengku Awaludin menajamkan fikiran. Fakrul ke Jepun 3 minggu atas alasan urusan kerja.
Suami dia?
Mungkin. Dia dah banyak kali trauma dan didera secara mentalnya Awal. Aku takut kalau- kalau nyawanya boleh melayang. Sedangkan dia budak baik.
Aku nak buat apa Mizi?
Kita cuba apa yang mampu setakat nie. Pulihkan semangat dia. Aku takut sesuatu yang terjadi. Kandungan dia agresif. Aku lihat, dia pun kurang selera makan sejak dua menjak nie. Kandungan perlukan zat makanan dari perut ibunya!
Tengku Awaludin memaksa Zulaikha menghubungi Fakrul yang berada di Jepun. Tetapi hampa kerana hampir kesemua hotel di Tokyo telah dihubungi. Tiada nama Fakrul.
Kenapa abang nie?
Mizi kata Nadia mungkin tertekan dengan orang yang rapat dengan dia. Abang syak Fakrul.
Kenapa pulak macam tu? Kan Fakrul sayangkan Nadia!
Ika jangan silap nilai hati orang. Jangan lupa jugak Nadia tu mengandung anak hasil perkosaan. Bukan anak Fakrul!
Zulaikha diam. Mungkin ada benarnya. Sampai betul hati Fakrul. Tidak disangka Fakrul sanggup buat begitu. Dia memandang sayu wajah Nadia. Nadia sejak sedar tidak banyak yang dicakapkan. Bila penting saja baru dia bercakap. Selebihnya hanya gelengan dan anggukan yang diberikan.
Macam mana Nadia uncle?
Uncle tak reti nak bagitau Rina. Uncle risau. Makan sesudu dua. Bercakap pun tidak. Sedangkan dia tengah mengandung. Kami risau Rina!
Uncle sabar ye. Bawak berdoa pada Tuhan. Rina cuba pujuk dia.
Tengku Awaludin juga mati kutu. Puas di carinya Fakrul, anak tirinya itu. Tetapi hampa. Kata 3 minggu. Sudah hampir sebulan tidak ada khabar berita. Dia kecewa dengan sikap Fakrul. Rina menghampiri Nadia.
Kenapa nie sayang? Janganlah makan hati. Nanti anak kau besar nak makan jantung pulak!
Rina cuba membawa senyuman pada Nadia. Tetapi hampa. Nadia hanya mampu memandangnya sepi. Zulaikha memberi laluan pada dua saudara itu berbual. Nadia memeluk erat Rina.
Aku dah tak mampu lagi Rina. Aku dah tak larat!
Kenapa nie Nadia? Apa yang kau tak larat? Tak mampu?
Selepas beberapa ketika, Nadia menangis. Rina cuba mententeramkan jiwa Nadia. Setelah agak lama, Nadia bersuara. Dia menceritakan tentang hubungan dia dan Fakrul yang agak tegang sebelum Fakrul menghilangkan diri. Sedangkan dia tidak tahu apa yang bermain di kepala Fakrul pada masa itu.
Aku takut hidup seorang Rina. Aku dah mula sayangkan dia! Tapi kenapa dia sanggup tinggalkan aku seorang diri? Aku perlukan kata- kata dorongan dari dia Rina.
Rina turut sebak. Dia terkejut dengan kenyataan Nadia tentang Fakrul. Kerana baginya, Fakrul seorang yang mudah dibawa berbincang dan baik budi. Tapi mengapa pula dia meninggalkan Nadia dengan tanda tanya?
Sabar Nadia. Mungkin benar dia ada kerja di Jepun. Dia tak dapat hubungi kau. Doakan dia selamat.
Aku sayangkan dia. Aku tak sanggup kehilangan dia Rina!
Syyhhh Aku percaya dia akan dengar rintihan kau nie. Bersabarlah sayang. Kuatkan semangat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: