Fiona latifa

Cinta itu adalah jiwa, di antara cinta yang sejati danga jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara darjat dan bangsa, di antara kaya dan miskin, mulia dan papa.
Hamka (Di bawah lindungan Kaabah)

Mata birunya membuat aku termangu. Tambahan lagi dengan wajahnya nan putih serta rambut perangnya membuat hampir semua jejaka memandang ke arahnya. Semilir meniup-niup rambutnya. Sungguh ayu. Siapakah gerangan gadis itu? Hatiku berdetik.

“Zahid!!! Kau usha siapa tu?”
Terdengar jeritan garau dari belakangku. Aku lantas menoleh.
“Azman, kau rupanya,” sahutku.
“Asyik sungguh ya kau!!! Budak tu memang popular dekat fakulti ni. Fiona namanya,” .
“Fiona “.
“Ya, Fiona Lafifa,”.

Lega. Kini, persoalan yang ligat bermain dimindaku terjawab. Aku merupakan pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal dan Azman pula pelajar di fakulti sains komputer. Aku dan Azman merupakan sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Kini, aku dan dia bersama-sama menuntut di Universiti Teknologi Mara. Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menuntut di sini. Langkah seterusnya belum aku ketahui.

Wajah Fiona masih terbayang-bayang difikiranku. Atmaku gundah. Aku tidak puas hati selagi tidak mengenali Fiona, gadis berdarah kacukan British Cina yang berjaya mencuri hatiku.

* * * * *

Aku mengayuh basikalku sederas mungkin, kalau tidak pasti aku akan terlewat ke kuliah. Semua ini gara-gara sebuah jam loceng yang tidak berfungsi.

“Bbbaammm!!!”
Terasa diriku seperti malayang ke udara. Seluruh tubuh terasa sengal dan sakit. Darah merah mengalir deras daripada tangan dan kakiku. Aku cuba membangkitkan diri, namun aku tidak mempunyai kudrat. Lemah. Dan akhirnya, seluruh duniaku menjadi gelita. Aku tidak sedarkan diri.
Eh, di mana aku? Mana basikal aku? Mengapa aku terbaring? Aku sepatutnya berada dalam kuliah! Di mana aku
“Encik, encik, encik sudah sedarkah Encik tak apa-apa ke “
“Di… di… di mana saya “
“Encik di hospital. Encik terlibat dalam kemalangan,” kata jururawat.
“Kemalangan ” aku terkesima.
“Ya. Saudari ini yang menghantar encik ke mari,”.
Aku menoleh. SubahanAllah.
“Fiona!!!”
“Ma… afkan saya. Saya tak sengaja,”. Suaranya sungguh lembut.
Lidahku kelu. Sungguhku tak sankga Fiona kini begitu hampir denganku.
Aku hanya memberi senyuman kepada Fiona. Nubari melonjak-lonjak keriangan. Fiona membalas senyumanku. Senyuman daripada seorang bidadari dunia.

Aku sudah mampu untuk ke kuliah kembali. Walaupun masih terasa sakitnya, tetapi aku rasa sungguh bertuah, jika tidak kerana kemalangan itu, sudah pasti Fiona takkan mengenali aku.
Sejak dari kejadian itu, hubungan aku dan Fiona menjadi lebih intim. Aku sering ke perpustakaan bersama walaupun kami berlainan jurusan.

Hidupku kian bahagia. Fiona umpama nur yang menerangi hidupku. Tapi sayang sekali, Fiona bukan seorang muslim. Mamaku tidak suka aku begitu rapat denganya. Alasan mama, dia bukan muslim, nanti takut aku terjerumus ke dalam gejala sosial. Sudah berbuih mulut aku menerangkan kepada mama, Fiona bukan gadis yang begitu. Namun habuannya tetap sama. Papa juga menyebelahi mama. Aku buntu. Otakku tidak dapat memproses penyelesaian.

* * * * *
Setelah hampir enam bulan aku mengenali Fiona, hatiku mula tertarik kepadanya. Fiona juga sudah mula berjinak-jinak dengan islam. Aku sering menjadi panduan kepada segala masalah yang timbul. Aku bukanlah arif sungguh tentang agama, sekadar mengingati apa yang diajar di sekolah agama dahulu.

Minat Fiona terhadap dunia Islam kian ketara. Fiona sudah pandai memberi salam. Namun, aku tidak menjawabnya. Haram hukumnya dan Fiona faham akan situasi ini. Setiap kali aku berada di sisi Fiona, aku berasa sungguh tenang. Setiap malam aku sering memohom kepada Ilahi, agar Fiona diberikan hidayah.

“Mama, Zahid nak bincang sesuatu dengan mama boleh?”
“Hurmmm, apa dia “
“Zahid… Zahid… Zahid dah jatuh hati dekat Fiona, mama!”
“Ya Allah!!! Apa dah jadi dengan kau Zahid Kan masih ramai perempuan muslim di luar sana! Kenapa Fiona juga kau pilih ” tanya mama.
“Tapi Fiona lain mama. Zahid janji Zahid akan mendidik Fiona menjadi seorang muslimah yang sejati,”.
“Kau fikir senang Zahid “.
“Mama, tolonglah percayakan Zahid. Zahid dah besar mama. Zahid tahu apa yang Zahid buat,” balasku kepada mama.
Aku segera melangkahkan kakiku keluar rumah. Amarahku menyala. Kenapa mama dan papa tak pernah memahami aku

Aku mencari Azman di fakulti. Ada hal mustahak harus aku bincang bersamanya. Hampa. Azman tiada di fakulti. Aku mengayuh basikalku menuju ke sebuah tasik berdekatan dengan tempat aku menuntut.
Indah. Tangan-tangan angin mengusik-usik pipiku. Lembut. Hilang segala masalah.

Kenapa susah untuk mama dan papa nak memahami aku? Fiona adalah gadis pertama membuat atmaku bergelora. Aku percaya, Fiona pasti akan menjadi seorang muslimah sejati. Tetapi ada benar juga kata mama, masih ramai lagi muslimah di luar sana. Tetapi mengapa aku memilih Fiona? Teringat aku pada satu ungkapan, cinta ialah naluri, kerana itu kita tidak tahu mengapa kita mencintai sesorang.

* * * * *

Aku cuba menjauhkan diri daripada Fiona. Walaupun terasa berat untuk melepaskannya, demi menjadi anak yang soleh, aku terpaksa. Kini, Fiona sudah aku tinggalkan. Namun sesekali, wajah Fiona terpapar dilayar mindaku. Tak dapat aku katakan, betapa cinta dan rindu aku padanya. Namun, keredhaan mama, papa dan Allah lebih utama.

Azman mengatakan aku sungguh kejam berlaku demikian. Dia tak mengerti situasi aku. Hubungan aku dan Azman menjadi goyah. Azman menanggap aku penipu. Aku akur dengan tuduhan itu. Tiada daya untuk aku menafikannya.

Mama telah memperkenalkan aku dengan Marlisa. Seorang gadis melayu yang elok paras rupanya. Marlisa merupakan anak seorang jutawan. Dia juga merupakan pelajar jurusan quran sunnah di Universiti Islam Antarabangsa. Namun, walau jelita mana atau sekaya mana Marlisa, aku tetap tidak dapat menerimanya. Di taman nubariku ini, tiada sekelumit bunga cinta pun yang berputik.

Aku cuba juga menerima Marlisa, walaupun egitu sukar untuk aku melupakan Fiona. Memang aku tidak dapat nafikan, Marlisa adalah gadis jelita. Lesung pipitnya sahaja sudah mampu mengiurkan lelaki yang memandang. Tambah lagi dengan pipinya yang gebu serta kulitnya yang putih. Memang jelita. Cukup segala sifat. Tapi, aku masih tidak dapat menerimanya dalam hidup ini.

“Lisa, maafkan Zahid. Zahid tak dapat nak layan Lisa seperti Zahid layan Fiona,”.
“Takpa. Lisa faham. Lisa juga mengalami nasib yang sama. Apakan daya, pilihan kelarga,”.
Mujurlah Marlisa memahami isi kamar hatiku ini. Cinta itu memang buta. Dan aku sendiri masih mencari erti sebenar sebuah cinta. Walau lautan api aku renangi, jawapan itu tetap tiada. Cinta perlu dihayati dan diharungi.

Tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum aku digelar mahasiswa. Sungguh singkat perjalanan masaku rasakan. Aku dan Marlisa hanya menjadi sahabat biasa. Mama dan papa sudah tidak mendesakku memperisterikannya. Semua ini kerana, Marlisa bakal melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Aku kini keseorangan. Tiada bunga yang mekar di dalam hati ini.

Fiona entah hilang ke mana. Sudah lama aku tak mendengar khabar darinya. Azman pula cuba mengelakkan diri daripada bersua dengan aku.
Ah! Bosannya hidup tanpa Fiona. Di manakah kau Fiona Aku benar-benar rindu padamu!!!

* * * * *

Sempena ulang tahun kelahiran aku, papa menghadiakan aku sebuah kereta. Aku sungguh teruja dengan pemberian ayah ini. Setiap hari akanku pandu kereta itu untuk ke kuliah.

Cuaca hari ini sepeti biasa. Cuma sedikit panas. Mungkin disebabkan penipisan ozon. Ini semua angakara manusia. Pendingin hawa segeraku kuatkan. Terasa kedinginan menyerbu seluruh tubuh. Keselesaan terasa.
Tiba-tiba, anak mataku terlihat kelibat seorang gadis yang aku kenali. Fiona!
Kini gadis kacukan British Cina itu anggun mengenakan tudung. Masya-Allah, Fiona! Kau sudah memeluk islam, hatiku berkata.
Aku segera memberhentikan kereta lantas keluar. Aku segera menjerit namanya.

“Fiona!!! Fiona!!!”
Fiona tidak menghiraukan jeritan aku. Dia mempercepatkan langkahnya.
“Fiona, tunggu aku. Beri aku peluang untuk menceritakan situasi aku,” jeritku lagi.
Namun usaha aku itu hampa. Fiona terus berjalan tanpa henti. Aku berhenti menjerit dan biarkan Fiona berlalu begitu sahaja. Pintu kereta dibuka dan aku segera masuk ke dalam. Tubuhku disandarkan ke kerusi.
Fikiran diserang kecelaruan. Ketidak puas hatian timbul. Aku perlu menceritakan situasi aku kepadamu Fiona.

Enjin dihidupkan dan kakiku menekan pedal. Kereta berlari laju pergi dari situ. Tiada hala tuju. Aku membawa keretaku ke tasik berdekatan. Aku begitu tertekan. Aku kehilangan fokus ketika memandu.

“Skkrrriiiittt… “
Aku menekan brek sekuat hati. Aku menoleh ke belakang. Ya Allah! Segera aku keluar dari kereta dan berlari kebelakang. Sekujur tubuh tidak bermaya terbaring di atas jalan raya. Darah merah membasahi tar-tar hitam. Aku kaku. Kakiku mula menggigil. Ketakutan menyelubungi urat-uratku.

Aku langkahkan kakiku setapak demi setapak. Sehingga ke tubuh itu. Aku melihat wajahnya. Ya Allah!!! Fiona Lafifa! Hati dihentam badai. Apa aku dah buat? Sejuta persoalan menyerang fikiranku. Segera aku merangkul tubuh Fiona dan mengangkatnya. Fiona dibawa ke hospital berdekatan.

Setibanya di hospital, Fiona dikejarkan ke wad kecemasan. Aku tidak dibenarkan masuk ke bilik pembedahan. Di luar, aku menanti dengan penuh kegelisahan. Kekesalan mula menempel di jiwaku. Aku tidak harus tinggalkan kau wahai Fiona. Semua ini berpunca dariku.

Tiba-tiba, pintu bilik pembedahan dibuka. Seorang lelaki berbaju putih keluar.
“Doktor, bagaimana dengan keadaan dia “
Diam, tiada sebarang jawapan. Seketika, doktor itu menggelengkan kepalanya.
“Kami sudah cuba sedaya upaya. Namun, sudah ketentuan Ilahi,”.
Kata-kata doktor itu sudah dapat aku gambarkan. Kaki kian lemah. Aku jatuh melutut. Kehibaan menerkam nadi-nadiku. Romaku memacak. Raungan aku memecahkan sunyi. Manik-manik jernih meluncuri cerun pipi. Kini, tiada lagi Fiona Lafifa di dalam hidupku. Aku kehilangan nur. Kehilangan permata nubariku.

“Fionaaaaaa!!! Aku cintakan kau!!! Kembalilah kau wahai Fionaaa!!!”
Namun jeritan itu tiada bersahut dan akhirnya hilang dicelah-celah molekul udara.

Dari mana semut melata,
Dari batu turun ke titi,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.

3 Respons

  1. why a luv story alwayz about h’some and b’tiful couple?

  2. sbb handsome nan cantik 2 satu perkara yang subjektif.

  3. mane ade non-bumi kt itm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: