Warna hidup El 1

Masak betullah. Hari-hari kerja melambak. Kalau kerja melambak pekerja pun melambak takpe, ini pekerja boleh dikira. Rungut El. Tangan dan mulut sama – sama bergerak .
Hey, El! Apalagi yang kau menceceh sorang-sorang ni. Kalau ada problem beritahulah kitaorang. Tegur Akmal, yang juga merupakan salah seorang pekerja di situ. Kebetulan dia lalu di situ dan terdengar El membebel sendirian. Itu yang dia pergi menyiasat tu.
Tak dalah. Tapi aku jaki jipang betullah dengan bos kita tu. Kalau dah tau kerja ni melambak, carilah pekerja ramai-ramai sedikit. Ini tidak, kedekut lagi tangkai jering. Apa dia ingat kita ni robot ke, tak tau nak penat? Akmal tersengih. Baru inilah pertama kali dia mendengar El merungut pasal kerja. Selalunya dia lihat El ni cool aje kalau orang complaint sana-sini.
Sudahlah El, habis kita nak buat macammana. Dia tu boss, kita ni kan pekerja. Mana ada kuasa. Dapat makan gaji pun dah kira bagus. Kalau kau penat meh aku tolong. Akmal cuba memujuk El sekaligus menolong apa yang patut, El menurut sahaja. Orang dah nak tolong tu terima sajelah.
Tepat waktu rehat barulah semua kerja-kerja mengasing surat dan kiriman itu selesai. Kerja mereka bukan setakat itu sahaja, lepas rehat nanti kerja yang kedua pula menanti. Iaitu surat-surat dan kiriman yang sudah siap diasingkan akan dihantar pula mengikut alamatnya. Setengah daripadanya tadi sudah dibawa oleh pekerja yang lain.
Thanks Mal, kalau kau tak tolong tadi rasanya tak rehat aku hari ini.
Alah perkara kecil je tu. Lagipun kalau aku tak tolong kau siapa lagi. Kan kita dah berkawan sejak dari dulu lagi. Tolong-menolong tu adatlah. Hari ni aku tolong kau, esok kau pulak tolong aku. Akmal mula mengeluarkan hujahnya. Akmal kalau bercakap memang nombor satu. Kalau orang tak kenal lama dia memang dah lama tertipu.
Yelah tu. Jadi oleh kerana kau dah tolong aku. Apakata lunch ni aku belanja kau. Tawar El.
Hah, elok benarlah tu. Boleh juga save duit aku. Dia pun memang tengah nak kumpul duit ni. Bukannya apa untuk kegunaan masa depan. Heh-heh-heh.
Kalau gitu jom. Tak baik buang masa. Masa itu kan emas.

* * * * * *

Tin, tin, tin, tin! Eh apasal pula kereta depan ni tak jalan-jalan. Tak nampak ke lampu tu dah hijau. El tak puas hati. Hon motor terus dibunyikan namun masih tiada reaksi. Hon kenderaan di belakang juga turut menjerit. Tambah menggamatkan lagi suasana. Masing-masing tak puas hati. El bercadang untuk bersemuka dengan pemandu kereta tersebut. Apalagi nak marahlah. Mengganggu ketenteraman awam betul. Sewaktu dia melewati ke tepi kereta tersebut, tiba-tiba pintu kereta tersebut dibuka. Apalagi, kelam-kabutlah El mengelak kalau tidak accident juga dia di situ.
Hoi, buta ke! Tak nampak ke orang lalu kat sebelah ni. Kalau tak tau undang-undang jalan raya jangan bawa kereta. Ini memang dah marah habis ni. Peduli apa El. Kalau dia geram dia main sound aje. Terguris ke tak terguris ke itu orang tu punya pasal. Dahlah kereta berhenti di lampu hijau. Ini buka pintu kereta sesuka hati aje. Apa ingat nyawa orang ni free ke.
Sorry, sorry,sorry !. Ingatkan dah tak da kenderaan tadi. Nampak sangat muka serba-salah si pemandu. El ketap bibir.
Tu lah lain kali tengok betul-betul. Ada mata tu gunakanlah sepenuhnya. Nasib baik aku sempat elak tadi. Kalau tidak ranap pintu kereta kau ni tau tak. El masih tak habis-habis lagi membebel. Hati tengah panas kata orang.
Saya mengaku saya yang salah. tapi awak tak da apa-apa kan. Ujar pemuda itu lagi memohon maaf. El diam. Nasib baik orang tu mengaku salah, kalau tidak kena lagi ni.
Hei, apasal kereta kau tak jalan. Kau ingat nak parking kereta suka-suka aje eh?
Tak dalah macam tu. Kereta saya ni enjinnya mati tiba-tiba aje. Macammana nak jalan. Ujar pemuda itu yang masih boleh dikategorikan dalam usia 20-han muda lagi. Kalau tengok orangnya boleh tahan bergaya juga.
Lain kali tu sebelum pandu check dulu. Kau ni pandu aje pandai..hal-hal macam ni pun tak boleh nak buat. Harap kereta je lawa. El lihat pemuda itu hanya tersenyum memandangnya.
Eh, apasal kau ni senyum-senyum. Kau ingat aku suka eh? soal El apabila melihat pemuda itu tersenyum memandangnya. Bengang pulak El dibuatnya. Kereta yang memintas mereka dengan selambanya menjadi penonton. El pun dah tak kuasa nak berada di situ lama-lama. Ada banyak lagi surat dan kiriman yang belum dihantar.
Eh .tak kan nak biarkan saya macam ni. Dah tau masalah saya, tolonglah tumpangkan saya ke workshop kereta. El baru sahaja nak start enjin motor tapi tak jadi. Kalau tengok daripada muka pemuda itu memang ada rupa mengharap. Actuallynya dia masih on duty lagi ni, tapi bila dah tengok muka pemuda tu macam tu tak sampai hati pula . Akhirnya terpaksalah El bersetuju.
Thanks Ok. Hah, ini kad saya kalau senang nanti contactlah saya, boleh saya belanja makan. Pemuda itu menghulurkan kadnya El sekadar menerimanya. Muhd. Haikal bin Dato’ Salam. Pengurus Keewangan dan Pentadbiran. El sempat membacanya sekali imbas sebelum memasukkannya dalam kocek jaketnya.
Jangan lupa tau. Pemuda itu mengingatkan. El sekadar tersenyum. Yelah, aku aku free. Sebelum berlalu jam di tangan diliriknya.
Alamak dah lambat ni. Cepat-cepat dia berlalu meninggalkan workshop itu. Ada tak sempat hantar surat nanti.

Terkocoh-kacah El bangun daripada tempat tidurnya. Tak sangka pula hari ini dia boleh terlajak bangun tidur. Ini semua gara-gara jam locengnya tak berbunyi. Sedar-sedar sahaja matahari dah meninggi. Subuh pun kira subuh gajahlah. Dalam perjalanan ke tempat kerja bermacam-macam alasan yang telah direka untuk menyelamatkan diri. Kelajuan motor pun tak usahlah dibicarakan. Kalau motor tu boleh terbang agaknya dah lama dia terbang. Semuanya ni semata-mata nak sampai cepat ke tempat kerja.
Hussin, mana El? Tanya Encik Adam, sewaktu melawat pekerja-pekerjanya. Mukanya yang memang sentiasa bengis tu akan kelihatan lebih bengis lagi kalau dia sedang marah.
Tak pasti pula saya encik. Selalunya kalau time-time macam ni dia dah sampai. Jawab Hussin takut campur gerun. Dia memang penakut. Apa-apa semuanya takut mengalahkan perempuan.
Tak tau. Kawan sekerja sendiri pun tak tau .! Encik Adam mula mengherdik. Akmal yang berada tidak jauh dari situ sekadar mencebik sahaja. Tak da kerja lain, mengamuk saja tahunya. Mentang-mentanglah dia bos.
Selamat pagi Encik Adam. Ucap El dengan tercungap-cungap akibat berlari. Entah daripada mana munculnya seorang pun tak perasan. Tahu-tahu dah terjongol sahaja di depan mata. Encik Adam yang tadinya mengarah pada Hussin kini beralih perhatian pada El. Masam saja mukanya. Gerun juga El dibuatnya.
Selamat pagi. Awak tau dah pukul berapa sekarang ni? Semua yang ada di situ senyap. Memberi kesempatan pada suara Encik Adam yang tak sedap itu kedengaran.
Tak tau Encik. Eh tau Encik ! Hah, kan ! tersasul-sasul dibuatnya.
Habis tu, awak nak saya potong gaji awak sebab lewat datang kerja! El hanya buat dengar tak dengar. Dalam hati sebakul sumpah-seranah diberikan pada Encik Adam.
Hah! Kenapa senyap? Eh, dia ni kang kalau aku menjawab kang kata pekerja tak berdisiplin. Omel di hati El.
Encik Adam saya bukannya sengaja nak datang lambat. Tayar motor pancit tiba-tiba. Tah sapa punya kerja agaknya pergi buang paku tengah-tengah jalan. Jadi terpaksalah saya sorong motosikal tu pergi workshop sampai dua batu, dah sampai sana nakl kena tukar tayar lagi, lepas tu nak kena ..
Cukup-cukup-cukup saya dah tau, kali ini saya maafkan awak. Tapi kalau lain kali kalau awak buat lagi tak da NO REASON, potong gaji. Faham! El tersengih. Selamat satu perkara.
Faham encik. Terima kasih encik. Hem, Encik Adam mengangguk. Tak lama kemudian keadaan kembali seperti biasa. Semuanya membuat kerja masing-masing termasuklah El. Akmal sempat kenyit mata pada El. El gelak kecil. Kedua-duanya gelihati mengenangkan kebodohan Encik Adam yang kena tipu hidup-hidup.

* * * * * *

Eh. Betul ke tayar motor kau pancit? Aku tengok elok aje tadi. Tak de rupa tayar tukar pun? Soal Akmal. Saja nak tanya. Walaupun 100% dia dah tahu jawapannya.
Kau ni dah berapa kenal aku Mal ? Itu semua alasan je. Pancit tipu, untuk melepaskan diri. Jawab El sambil tergelak.
Aku dah agak dah. Kau mesti tipu orang tua tu punya. Taktik kau ni hanya aku yang tau. Akmal geleng kepala.
Biasalah, nak hidup. Sebenarnya aku sendiri pun tak tau macammana aku boleh bagi alasan tu. Idea spontan kau tau tak. Rasanya tadi aku reka idea lain. Tapi bila orang tua tu sergah aku cam gitu tadi hah, tu yang terkeluar citer tayar pancit ni. Kah, kah, kah Encik Adam kau kena tipu ngan aku.
Eh .dahlah, kita ni asyik ketawakan Encik Adam aje ..kau tak nak bayar ke makanan ni? Soal El pada Akmal.
Eh, mestilah nak bayar, apa kau ingat aku ader share ke ngan mamak tu? El, menoleh kiri-kanan mencari mamak nan satu ni.
Manalah taukan . Akmal tersengih. Sengaja nak kenakan El.
Wak lu . kan dah kena sebijik.
Ah, dik kira semua ni dik. Mamak tak da anak mamak pun jadilah.
$9.40 bang. RM 50 dihulurkan.
Alamak duit kecik tak der ker? Soal anak mamak tu. .
Sorrylah dik .itulah yang paling kecil. Akmal geleng kepala.
Tak pelah saya bayarkan semuanya. Berapa ? Tiba-tiba kedengaran satu suara dari arah tepi mereka.
$9.40 bang.
Nah. El dan Akmal hanya berpandangan. La, sapa plak yang baik hati nak bayarkan ni.
Ai, tak cam saya lagi ke ? Pemuda itu menujukan pertanyaannya pada El. El buat muka seposen. Rasanya macam pernah dilihat. Tapi di mana ye?
Kereta rosak . Pemuda itu menyambung kembali ..oh, kali ini barulah El teringat. Siapa nama budak ni. Dia lupa. Kad pula tertinggal di rumah.
Ah ..ye baru aku ingat ..
Haikal . Pemuda itu memberitahu namanya kerana dia tahu El tentu tak ingat namanya.
Em . El sekadar tersenyum.
Hah! Macammana dengan kereta kau hari tu dah o.kay? El bertanya sekadar berbasa -basi
Semuanya o.kay. Thanks kerana tumpangkan saya tempohari. Balas Haikal.
No Problem! er kenalkan ni, Akmal. El memperkenalkan Akmal kepada Haikal. Mereka berjabat tangan.
El. Kini giliran El pula mengenalkan dirinya. Haikal kerut dahi, El ? rasa macam pelik sikit nama itu.
El tu nama pendek dia, kalau nama panjang dia El .
O.kaylah.. Haikal kitaorang sebenarnya dah lambat ni. Lain kali sahajalah kita berbual anyway thanks ah sebab bayarkan makanan tadi. Next time kitaorang bayarkan untuk kau plak. Akmal tersengih. Oh potong cakap aku. Pandai!
Tak payahlah . Memang niat nak bayarkan pun. Haikal menolak.
O.kaylah see you . Sempat El dan Akmal mengangkat tangan pada Haikal sebelum berlalu. Haikal hanya memerhatikan sehinggalah kelibat mereka berdua hilang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: