Warna hidup El 10

El termenung sendirian di biliknya. Peristiwa kelmarin masih tebayang-bayang di wajahnya dan perbualan di antara ayah dan ibunya masih terngiang-ngiang di telinganya.
Bang .saya berkenanlah dengan Haikal tu. Teringin pulak rasanya nak bermenantukan dia.
Apalah awak ni. Jangan mengharap terlalu tinggi. Dia tu kan masih muda. Ada masa depan yang cerah pula. Entah-entah dia dah ada pilihan sendiri. Dato Aziz hanya tersenyum sambil menggeleng kepala.
Saya tak adalah mengharap terlalu tinggi, cuma kalau boleh saya teringin juga. Lagipula dia tu anak kawan baik kita.
Ye Haikal tu memang nampak baik orangnya. Kalaulah adik tu tak perangai macam sekarang, teringin juga abang nak jodohkan mereka. Tapi, em ..entahlah. Tengokkan perangainya tu tak taulah abang kita ni dapat atau tidak menantu lelaki lagi. Inilah yang dirunsingkan oleh Dato’ Aziz sekarang.
Aah .abang tak kanlah kita nak biarkan adik macam tu. Saya tak setuju. Kita mesti ubah dia balik semula biar macammana cara sekalipun. Marah sungguh nampaknya Datin Aina. Dia memang berharap sangat El berubah.
Abang harap begitulah. Marilah kita sama-sama berdoa biar tuhan gerakkan hatinya tu.
Pada mulanya memang dia berasa geram kerana ibu dan ayahnya membincangkan soal Haikal, tapi di akhir ayat, hati El tersentuh mendengar kata-kata ayahnya. Tidak disangka ayah dan ibunya terlalu mengharapkan perubahan dirinya. Tapi dia? Em El mengeluh sendirian.

Akmal hanya memerhatikan daripada jauh. Pada pandangan matanya dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada El. Kenapa ye? Sejak balik daripada bercuti ni, El lebih senang bersendirian. Gurau serta tawanya sudah tidak seperti dulu lagi. Semuanya kelihatan hambar. Kadangkala tu cepat naik angin tak tentu pasal sampai member2 sekerja yang lain pun tak berani nak gurau lagi dengan dia. Nak ditanya kenapa, dia lihat El sendiri macam tak berminat nak berbual. Nanti buat habis air liur aje. Dari segi prestasi kerja pun dia lihat El macam nak tak nak aje datang kerja. Minggu ni aje dah dekat 3 kali dia datang lambat. Sampai naik bergaduh dengan bosnya tu. Hai entahlah tak tau dia nak salahkan siapa sebenarnya. El? En. Adam? Berita terbaru yang dia dengar El nak berhenti kerja. Itu Akmal tak kisah ..sebab rasanya memang patut pun El berhenti kerja ni. Yelah, El ada kelulusan tinggi. Buat apa nak bersusah payah jadi despatch. Dengan kelulusan macam El tu pangkatnya boleh sama dengan En. Adam tu. Lagipun kerja yang dia buat ni, memang tak sesuai untuk diri El, sepatutnya. Lainlah kalau macam dia ni. Setakat SPM aje. Sambung degree pun tak habis. Biasalah kantul paper.
Kau nak berhenti kerja ke? El hanya mendiamkan diri. Dia perasan sangat dengan keadaan dirinya ni. Dah banyak berubah dah. Sampai kekadang tu dia perasan Akmal sendiri takut nak tegur dia.
Dah tak da jalan lain Mal . Kalau tak sekarang aku berhenti akan datang pun aku kena juga. Kau taukan ayah aku pun dah bagi warning. El menjawab perlahan. Wajahnya kelihatan muram aje. Akmal angguk. Dia faham situasi El.
Tak pelah aku rasa kau pun patut behenti kerja ni. Carilah kerja yang betul-betul sesuai dengan diri kau. El sekadar tersenyum. Entahlah dia pun tak tau lepas ni dia nak kerja ke tidak. Tapi yang pastinya dia tak akan duduk sahaja di rumah. Rimas.
Aku dah hantar surat resign tu last week. Jadi lusa aku dah tak kerja lagi dah.
Habis tu kau balik kampunglah? El angguk. Yelah, buat apa nak stay sini. Memang itupun yang parents nya mahukan.
Alah..nanti sekali sekala aku datanglah sini jumpa kau, Zarina member-member kita yang lain. Bukannya jauh sangat pun. Tak pun aku callah kauorang. Kay. Sedih juga sebenarnya ni. Yelah, dia dengan Akmal memang rapat sejak daripada sekolah rendah lagi sampailah sekarang ni. Dah macam adik-beradik pulak.
Haikal tau kau nak berhenti kerja? Teberhenti sekejab El minum. Nama mamat tu lagi.
Tak kau ajelah beritahu dia. Akmal angguk. Insyaallah. Selain El, Haikallah kawan rapatnya. Entah dia sendiri pun tak tahu macamana boleh terkawan rapat dengan Haikal, padahal mereka baru aje kenal. Mungkin kerana serasi.
Oklah El nak on dutylah. Ada banyak lagi kiriman yang belum dihantar ni. Jumpa kau nanti kay bye.
Bye. Selepas aje Akmal pergi El pula mengikut jejak langkah Akmal.

Sudah dua hari El menjadi tauke anggur .yelah sejak dia berhenti kerja dua hari yang lepas ini bermakna dah dua hari jugalah dia ke sini . saja nak cari ketenangan. Tempatnya takdalah jauh sangat dari bandaraya lebih kurang 20 kilometer aje daripada tempat tinggal El dan tempatnya pun bukanlah cantik sangat keliling tu semak-samun lagi tapi sesuailah untuk insan-insan yang sukakan kedamaian. Sementara belum balik kampung ni, jalan-jalanlah mana yang patut. Tengoklah… sehari dua lagi baliklah. Duduk kat sini lama-lama pun apa yang dia boleh buat sakitkan mata dan telinga aje .Dengan jalan rayanya yang sentiasa sibuk dengan gelagat para penduduknya lagi yang asyik tergesa-gesa . Em.. lebih baik kampung kurang sikit pencemarannya.
Eh Mat, apa kau dapat tu?
Adalah sikit ni ekonomi gawatlah katakan
Alah tapi takkanlah 20ringgit aje dapat mana cukup beb..
Ei kau ingat senang ke nak dapatkan 20 ringgit ni .cukup seksa… .itupun nasib baik aku tak kena tangkap tadi..nyaris-nyaris kau tau.
Em..itu silap kau tak berhati-hati. Lainkali kalau nak buat kerja tu tunggulah line clear… ini di tengah orang sibuk kau cari nahas lah tu..
Eh, kau ni banyka bunyilah pulak. Sekali aku hayun kang ..
Dah-dah cukup sekarang mari kita kumpulkan apa yang ada..duit yang kita dapat dibahagi 3..barang-barang ni nanti kita jual pada Ah Seng aku pun dah tak da fulus ni. Ujar sorang lagi. Tak ditegur nanti ada pula yang lebam biji mata.
Cantiklah tu aku pun nak guna duit ni..bekalan yang ada tu dah habis..kata Lamat hari tu barang yang kita nak ni baru sampai..lambat-lambat kang habis pula nanti.
Oh, ini kerja kauorang ye..mencuri! Orang lain susah-susah cari duit kauorang senang-senang aje mencuri!
Ei lu sapa? Nak marah-marah kitaorang ah?
Tah! Ingat dah bagus sangat..ini kitaorang punya pasallah.. Ish..dah lebih mamat-mamat gian ni..ni yang buat El geram ni..
Ei lebih baik kauorang blah daripada tempat ni..dan pulangkan barang-barang tu kalau tidak aku report polis nanti.
Ya alamak! Banyak songeh pula lu ni..kang gua debik kang..baru tau.. Ish..lagi menggugat kesabaran El ni..nak debik-debik pulak..ingat dia takut..
Ei..jangan cakap banyaklah aku cakap blah-blahlah! Tak takut kena lokap ke?
Eleh umur baru setahun jagung dah pandai nak sound-sound gua .nah ambik kau
Aduh sakitnya perutnya El..mamat gian ni dah lebih..apalagi serang balaslah 3 lawan 1..jangan tak tau buat permulaan memang El dapat bertahan .teruk juga mamat gian tu kena., tapi kalau lelaki tu memanglah lelaki kuat..payah juga El dibuatnya..
Oh..melawan ye . Marah salah sorang daripada mamat gian tu. Badannya lah yang paling besar dalam ramai-ramai.Mesti dia chief dalam kumpulan ni.
Apa! Kauorang ingat aku takut.. sorry lah.. El masih tak mahu mengalah..
Eh..kalau tak silap gua..lu lah yang belasah gua masa tu kan? Em..El melihat tepat pada mamat gian yang berkata tu..entahlah dia kurang pasti pulak rupa mamat gian yang pernah dia belasah tempoh hari..tapi kalau inilah dia mamat gian yang dia belasah tu..nampaknya mamat gian ni belum insaf lagi..masih mencuri lagi tu.
Kalau macam tu apalagi. Bedallah. Sampuk mamat gian lagi satu memberi perangsang..El mengesat peluh di dahi .terlupa sebentar yang dia adalah perempuan..yang dia tahu untuk menumpaskan lawannya ini.
Aduh El terjerat..tersilap langkah..duaorang daripada mereka berjaya memegangnya .meronta-ronta El dibuatnya untuk melepaskan diri. Hatinya berkata .dirinya kini dalam bahaya. Salah seorang daripada mamat gian yang mengatakan dirinya dibelasah El..mendekati El..dia sedang tersenyum, menyampah meluat El melihatnya. Ingat dah lawa sangat senyum dia tu.
Sekarang gua nak belasah lu apa lu nak buat ? Heh! El mencebik geram
Dush dush ! Ah, .rasa nak terkencing El dibuatnya. Sakitnya perut tidak terperi. Rasa nak putus usus.
Amacam sedap tak? Kini mamat gian tu mencekak pulak t-shirtnya..El hanya mendiamkan diri. Sakit beb. Sesekali terdengar dia mengerang. Tiba-tiba mamat gian tu seakan terperanjat. Segera t-shirtnya El dilepaskannya.
Rupa-rupanya lu ni perempuan El sendiri terkejut mendengarnya alamak identitinya dah terbongkar.
So what? Lepaskan aku kauorang tak maluke belasah perempuan..! Jerit El … hatinya dah panas ni. Seketika kemudian El lihat mamat gian tu ketawa. Ketawa besar. Kalaulah tangannya ni tak dipegang. Tentu dah berbekas pipi mamat tu ditamparnya.
Ok..Ok..Ok gua takan belasah perempuan tapi . Mamat gian tu ketawa lagi. Hati El mula rasa tak senang habislah dia kali ini.
Lepaskan aku lah ! El meronta-ronta lagi hilang rasa sakitnya seketika rasanya dia dah tahu apa maksud mamat gian tu pastinya perkara yang paling ditakuti bagi seorang gadis yang belum bersuami..
Jangan dekat aku cakap kau sentuh aku siaplah kau ! El semakin meradang. Nampaknya dia semakin agresif apa yang dia tahu dia harus lari dari situ sekarang
Lu nak report kan? Hah..lepas ni lu boleh report Ish ni dah melebih ni alternatif ! El perlu mencari alternatif untuk lari dari situ .tiba-tiba matanya terpandang pada sesuatu
Aduh ! Mamat gian itu mengerang kesakitan.Apa tidaknya El tendang di situ Inilah masanya El mengumpul tenaga yang ada untuk melepaskan diri dan akhirnya dia berjaya.
Jangan lepaskan dia lari..! Jerit salah seorang daripada mamat gian tu yang lain mengejar El.
Ke mana lu nak pergi hah? Dapat pula tu..
Lepas..lepas. Em El meronta-meronta untuk melepaskan diri daripada mamat gian tu tak rela kehormatan dirinya dicabuli..oleh mamat gian pula tu.
Hoi! Lepaskan dia.. Kedengaran suatu suara diikuti dengan tendangan dan tumbukkan .sejurus itu kedengaran mamat-mamat gian itu mengerang kesakitan.
El menoleh
HAIKAL ?

* * * * * *

El bangun perlahan. Terasa segala tulang sendinya sakit..jalan pun dah tak betul. Melihatkan itu Haikal segera mendapatkan El. Memapah El menuju ke motornya yang terletak tidak jauh dari situ. El sekadar menuruti.
Sakit? Soal Haikal. Dia cuba menyentuh pipi El yang kelihatan lebam. Namun El menepis.
Ye lah..janganlah pegang. Nasib baik tak patah tulang pipinya. Kalau tidak dah cacat. Haikal hanya mendengus.
Macammana boleh jadi macam ni.. Kalau aku tak da tadi macammana?
Aku cuma nak bagi amaran pada diaorang supaya tinggalkan tabiat tak senonoh tu. Mencuri tu kan satu jenayah. Haikal geleng kepala..
Kalau ye pun..nak bagi amaran pun tengoklah tempat..mereka tu bertiga kau tu seorang..lagipula di tempat macam ni kalau apa-apa hal berlaku, siapa nak tolong.
Yelah..aku mengaku aku silap..terima kasihlah sebab tolong aku tadi.
Ah..tak mengapa..lagipun memang itu dah kewajipan aku. Ingat El kau tu perempuan takkan sama dengan lelaki kalaulah sempat tadi..boncit kau nanti. Aduh..lemah telinga El mendengar..ceramah pulak dah..mamat seorang ni. Namun dia tak berani nak menjawab..bab tu amat sensetif.
Haikal..merenung ke arah El..yang masih lagi tertunduk semakin dalam renungannya semakin dalam kasih sayang yang dapat dia rasakan pada El .entahlah dia pun tak tahu mengapa..pada hal sedikit pun El tak beri kata putus lagi. Kalau dah bagi tu lainlah cerita.
Macammana kau tahu aku ada di sini?
Aku jumpa Akmal… dia yang beritahu aku. Sejak balik dari JB hari tu aku terasa rindu pulak pada kau..rindu ingin bertemu.. El hanya tersenyum kambing.
Aku dah berhenti kerja Tuturnya tenang.
Aku tahu Akmal juga yang bagi tahu sebab tu aku ambil keputusan untuk bertemu dengan kau hari ini..takut hari lain sibuk, nanti tak dapat jumpa kau bila kau dah balik Johor.
Aku sekadar mengikut kata ayah. Dia yang ingin sangat aku berhenti kerja ni dan kerja di sana..
Em..El macamana dengan permintaan aku tu..sudah ke kau memikirkannya? El tunduk
Maaf Haikal aku belum memikirkannya lagi berilah aku masa..
Baiklah ambillah seberapa banyak masa yang kau mahu aku izinkan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: