Warna hidup El 11

Masuk ..pintu tu tak berkunci. Dari celah pintu kelihatan Kak Milah sedang tersenyum kepadanya. Serentak dengan itu hilang segala lamunannya sebentar tadi.
Ah… Kak Milah. Ada apa ni?
Dato panggil, dia nak jumpa dengan adik. Ada menunggu di laman bawah. Kak Milah menjelaskan maksud kedatangannya.
Em..baiklah Kak Milah sekejab lagi adik turun. Itu janji El. Memang pun tidak lama setelah itu dia muncul di laman. Mendekati ayahnya yang sedang minum petang bersama dengan ibunya.
Ada apa ayah panggil adik ni? Soal El..tentu ada sebab mengapa ayahnya memanggil dia.
Dato Aziz tersenyum.
Begini sejak adik balik ke sini selalu benar ayah tengok adik termenung. Kenapa? El serba-salah, nak jawab ke.
Em tak da apa-apa lah ayah.. Saja adik nak menenangkan fikiran.. Jawab El berbohong. Sebenarnya tidak terniat pun di hati untuk membohongi ayahnya, cuma yang ini dirasakan tidak perlu untuk ayahnya mengetahui.
Kalau macam tu baguslah ayah bukannya apa tak ingin nak tengok muka anak ayah muram selalu..tak sedap pula rasa hati melihatnya. El hanya tersenyum..
Adik tak da apa-apa usahlah ayah risaukan tentang adik. Dato Aziz mengangguk. Sebenarnya ada tujuan lain lagi mengapa dia hendak berjumpa dengan El.
Em adik. El menoleh ke arah Dato Aziz.
Ye, ada apa ayah? Rasanya macam ada sesuatu yang ingin ayahnya sampaikan.
Sebenarnya ayah ni nak tanya adik sikit.
Nak tanya? Apa dia ayah? Soal El. Apalah pelik betul ayahnya ni. Nak tanya pun macam kena minta izin dulu.
Adik tentu tahu kenapa ayah suruh adik balik ke sini kan? El mengangguk. Alah tahu sangat. Pasal kerja . Ayahnya mana suka dia buat kerja despatch tu.
Jadi, ayah nak tahu bila adik nak cari kerja baru ni. Em, dah El agak. Mesti pasal kerja punya. Hai, nampaknya ayah dah tak senang tengok dua duduk goyang kaki kat rumah agaknya.
Tak tau lagilah ayah. Pendek saja jawapan daripada El. Entahlah dia sendiri tak tahu bila dia akan mula cari kerja.
Ayah rasa adik tak payahlah nak cari kerja yang jauh-jauh yang macam lelaki lagi. Ayah boleh bagi adik kerja di syarikat ayah. Ayah ni pun dah tua. Dah tak larat nak buat kerja banyak seorang diri. Jadi ayah suka sangatlah kalau adik dapat bantu ayah. Ringan juga beban ayah. El diam. Entahlah tak tau nak cakap apa. Dia pun memang belum ada perancangan lagi. Mengenai cadangan ayahnya ni memang daripada dulu lagi ayahnya mengharapkan dia. Cuma dia saja yang degil.
Tengoklah ayah nanti adik fikirkanlah.
Sementara di dapur Datin Aina sedang rancak berbual dengan pembantu rumahnya Kak Milah. Macam-macam topik yang dibualkan termasuklah tentang El.
Aku ni bukannya apa Milah. Aku risau tengok adik tu. Jantinanya perempuan, tapi sikap macam lelaki dah macam abangnya Edry. Rasanya dah teringin sangat nak tengok rupanya macam perempuan. Hai, entah bilalah. Mengeluh sampai Datin Aina.
Sabarlah Datin, saya rasa tak lama lagi berubahlah dia tu. Saya dah nampak perubahannya sedikit. Memang Milah dah dapat rasakan perubahan El. Yelah kalau dulu usah kata nak buat kerja di dapur. Nak jenguk dapur pun payah. Tapi sekarang boleh dikatakan selalu juga El menolongnya di dapur. Cuma dia aje yang tak membenarkan sangat El tolong dia buat kerja. Yelah El tu kan majikannya juga. Lagipun dia dah diberi gaji untuk melakukan semua kerja-kerja di rumah ni.
Aku harap pun begitulah juga. Ni ayahnya tengah pujuk dia untuk kerja di syarikat ayahnya. Sekurang-kurangnya terkawal juga sikap lelaki dia tu. Siapa pun kawan-kawannya tahulah juga. Untungnya kalau terjadi apa-apa tahulah nak cari siapa kan. Kalau kat tempat dia dulu tu, manalah tahu siapa kawan-kawannya. Kalau Edry tu aku tak risau sangat. Risau juga Datin Aina pada anaknya yang seorang ni.
Alah, Datin..adik tu tak kanlah nak kawan dengan budak yang tak senonoh. Dia tu nampak jer keras Datin, tapi hatinya lembut. Dia masih boleh bezakan mana yang baik mana yang buruk. Lagipun sepanjang dia kerja di sana tu, tak dengarlah kita cerita yang tak elok.
Ish! Kau ni Milah kalau bercakap asyik nak menyebelahkan adik saja.
Bukan begitu Datin, tapi kalau kat rumah ni kan dengan siapa lagi dia suka berbual. Jadinya apa-apa hal saya taulah. Datin Aina geleng kepala. Memang pun dia jarang berbual dengan El, bukannya apa kalau berbual tu sekejab aje baiknya lepas tu mulalah nak bertekak. Ada saja yang tak kena.
Em..dahlah aku nak ke depan sana nak tengok pokok-pokok bunga tu. Apa khabar agaknya hari ini. Datin Aina dah berlalu. Kak Milah hanya tersenyum sahaja melihatnya. Majikannya tu memang tak habis dengan hobinya tu. Minat sungguh pada pokok bunga. Dah berpasu-pasu dijaganya. Eh! Menjadi pulak tu.
Adik angkat telefon tu adik! Kebetulan El turun ke bawah terdengar pula bunyi telefon. Edry yang sedang membaca surat khabar di ruang tamu hanya mampu melihatnya saja. Ternampak El, tu yang dia suruh angkatkan tu. Alah El tak kisah lagipun dah memang dia lalu kat situ. Kalau dia ada tempat lain tadi memang dia tak tolong angkat. Yelah bukannya apa. Angkat-angkat nanti asyik kawan abangnya saja. Perempuan pulak tu.
Ya hello!
El..kau ke tu? El terdiam sekejab. Eh! Cam kenal je suara.
Haikal ye?
Ye, akulah. Kau apa khabar?
Baik! Aa..ada apahal telefon memalam ni? Ma-ai kasarnya bunyi.
Kau ni macam tak suka aje aku telefon kau. Tak suka? El senyum.
Alah, kau ni emosional sangatlah. Cakap macam tu pun boleh dipersoalkan.
Bukan emosionallah tapi sentimental.. Jawab Haikal sambil tergelak.
Kau apa khabar? Soal El.
Aik! Dah berjela soalan baru nak tanya khabar aku? teruklah kau ni.
Eh..kira okaylah tu aku nak tanya khabar kau. Daripada aku tak tanya langsung. Banyak songehlah pulak Haikal ni.
Yelah-yelah. Kau ni kalau tak garang-garang dengan aku tak boleh ke.
Mana ada garang. Kau ni sentimental betullah. El geleng kepala.
Biasalah tu. Buat pengetahuan kau aku kat sini o.kay. Semuanya okay. Kau camana? Dah berubah ke belum?
Berubah apanya? El buat-buat tak tahu.
Dah jadi perempuan ke belum?
Em..kau ni tak habis-habislah Haikal.
Aku ni bukannya apa El. Tapi aku serius ni. Aku ingin sangat nak tengok kau macam perempuan. Kau kan perempuan El.
Laa..aku ingatkan yang dulu tu dah selesai, rupanya tak selesai lagi yer. Haikal, Haikal.
Nak selesai apanya, kalau kau masih tak berubah. Tentang permintaan aku tu pulak macamana?
Permintaan? Aah..nantilah aku fikirkan.
Fikir lagi tak pelah kau fikirlah habis-habis. Em, kau dah kerja ke belum ni?
Belum lagi. Jawab El pendek.
Alah, kau kerja ajelah dengan ayah kau. Tentu ayah kau suka. Dia pun memang memerlukan pembantu kan.
Eh, mana kau tau ayah aku nak pembantu?
Er .aku, aku cuma agak jer. Hah! Gelabah Haikal. Sebenarnya segala perkembangan El dan keluarganya dia tahu. Yelah sebabnya dia rajin menghubungi ayah El. Alah lagipun mereka kan bussiness partner.
Itu pun aku tak tahu lagi, tengoklah dulu. Memang belum ada keputusan pun.
Oh oklah El, aku pun nak masuk tidurlah. Ngantuk pulak mata ni. Nanti lain kali aku call kau lagi yer.
Em..kau kalau terserempak dengan Akmal tu jangan lupa sampaikan salam aku yer. Tah apa ceritalah dia tu sekarang agaknya.
Insyaallah. Okay El. Jaga diri baik-baik dan jangan lupa permintaan aku tu. Em..sempat lagi mengingatkan tu. El boring jer.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: