Warna hidup El 13

Tahniah Akmal, tahniah Zarinaselamat pengantin baru!
Terima kasih.
Hai, Elcantiknya Ina tengok El hari ini. Berbaju kurung berselendang lagi.
Itu sebab abang pesan. Kalau tidak maunya dia datang dengan berbaju melayu dan berkain samping. Selamba saja Akmal. Sifat menyakatnya masih tak berubah biarpun sudah berkahwin.
Sudahlah..kau ni tak habis-habis nak kenakan aku.
Kalau daripada dulu El pakai macam ni, kan bagus.
E,em..sekurang-kurangnya tak dalah orang yang membawa hati yang larasebab tersalah sangka.
Abang ni.. Malu Zarina.
Alahkau ni Malkalau tak sebab tu pun tentu sampai sekarang ni kau masih tak kenal dengan Zarina ni. Sampuk Haikal pula.
Aah..lah Mal. Betul cakap Haikal tu. El, mengiyakan. Akmal hanya mampu tersengih sambil melihat mesra ke arah Zarina yang kini telah sah menjadi isterinya.
Eh..kejab-kejab. Ketiga-tiga mereka memandang ke arah Akmal.
Kenapa? Soal Haikal.
Kauorang ni aku tengok macam padan ajelah. Bagai pinang dibelah dua.
Em..mulalah tu..kita kenakan dia..dia nak kenakan kita balik Haikal.
Tahmemang Akmal ni. Haikal mengiyakan pula kata El.
Alahkauorang tak payah nak sembunyi daripada akulah. Aku tau apa yang berlaku antara korang. Akmal dah perasan dah. Biasalah detektif pro. Takda gaji punya. El dan Haikal tersipu-sipu, pecah sudah rahsia.
So nak tunggu apa lagi Ujar Zarina pula. El senyum.
Em..sebenarnya esok malam aku dah nak berangkat.
Berangkat ke mana?
Brunei dan Indonesiasahut El..
Korang nak honeymoon kat sana ke? Soal Akmal sambil tersenyum mengena.
Urusan kerjalah. El menerangkan. Ada pula honeymoon. Kahwin pun belum. Jawapan pun tak beri lagi. Merepek betullah Akmal ni.
Alah..dua-dua pun apalah salahnya. Entahlah, rasa seronok pulak bila dapat tahu tentang El dan Haikal ni. Cam tak percaya pun ada jugak.
Betullah cakap El tuaku ke sana atas sebab kerja. Hal-hal lain lepas balik nantilah. Hal-hal lain konon. Hal apalah tu.
Emhal apa tu? Jangan lupa beritahu kitaorang di sini.
Tunggu sajalah. Kalau jadikan aku tengah tunggu greenlight ni. El buat-buat tak dengar dia dengan selamba bermain dengan hujung selendangnya dan ketika dia mengangkat muka ketiga-tiga mereka sedang melihat dia.
Eh, kenapa pulak tengok aku ni?

Ye.. Interkom berbunyi pula. Hilang dah semua lamunan El.
Cik Ellyada call dari Datin.
Tolong sambungkan ye. Sebentar kemudian telefon berdering.
Hallo… ibu ke tu?
Adik, tak keluar lagi ke?
Keluar? Nak ke mana?
Ehkan Haikal balik hari initak jemput dia di airport ke? Oh my God ! Elmemang tak ingat langsung kalau ibunya tak ingatkan. Jam di pergelangan tangan di lihatnya sekali imbas. Dah lambat ni.
Lupalah bukaylah..adik keluar dulu ye
Ai..nasib baik ibu ingatkanem..hati-hati memandu tu. Jangan bawa laju-laju macam naik motor.
Yelah bu..adik tahu. A..nanti adik call semulalah kalau ada apa-apa hal. El..perlu bertolak sekarang takut terlambat pula sampai nanti.
Haikal melihat ke kiri dan kanan. Mencari kelibat El sebenarnya. Sesekali jam ditangan diliriknya. Dah lima belas minit juga dia menunggu. Kalau di K.L tentu mak dan ayahnya yang menyambut, tapi sebab di Johor ni El lah yang kena sambut. Saja dia nak turun di sini. Nanti dapat jumpa El. Kalau di K.L tak kan El nak datang sana. Em..rindunya pada Elmacamana dia sekarang. Tentu makin cantik agaknya. Maklumlah dah kerja di ofis. Dah jadi second bos. Tentulah bergayakan. Haikal melihat bungkusan hadiah di tangannya. Em..hadiah ni khas untuk El. Memanglah El tak minta dia untuk membelikannya, tapi saja dia nak berikannya untuk El. Sebagai tanda kenang-kenangan. Tak taulah kalau El tak suka.
El keresahan. Aduh, traffic jam lah pula. Tentu Haikal menunggu lama ni. Sedang resah menanti itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
El, kau di mana ni?
Aku sedang memandu ni..Haikal kau dah tunggu lama ke? Sorrylah traffic jam. Kau tunggu ye nanti aku sampai.
Kalau macam tu tak payah ambil aku di airportlah aku naik cab sajalah kita jumpa di Hotel Pan Pacific.
Kenapa pulaktak pelah kau tunggu sajalah aku on the way ni.
Kan jalan tu sesakkau U-turn sajalah. Kita jumpa di lobi kay. Bye. Ish, El tak dapat nak cakap apa-apa dah. Geram pula dia dengan Haikal. Tak pasal-pasal dia kena U-Turn. Tunggu sajalah di airport apalah salahnya. Dah bosan menunggulah tu. Apa-apapun ini semua salah dia juga. Tu lah berangan lagi sampai terlupa flight Haikal. Tentu mamat tu dah bosan menunggu.
Kalau tadi dia keresahan kerana terlambat sampai airport, kini dia keresahan menanti Haikal pula. Dia dah check nama Haikal di kaunter taditapi rupanya Haikal tak check in nama lagi. Ingatkan dia yang terlambat sampai, rupanya Haikal lagi lambat sampai. Kenapa macam tu pula ye, sepatutnya Haikallah yang sampai dulu. Bukan dia. Yelah, apa tidaknya nak U-Turn pun mengambil masa tadi. Tak pelah El menanti lagi. Sementara menanti tu masih sempat lagi dia berfikir..kalau berjumpa dengan Haikal kali ini dia dah sedia dengan jawapan. Em, mesti Haikal suka mendengarnya. Kesian juga pada Haikal. Lama sangat dia menunggu jawapan daripadanya. Berbulan-bulannasib baik tak sampai bertahun. Tentu Haikal banyak sabar aje dengan karenah dia. Sebenarnya kalau dia nak beritahu jawapan dalam telefon tempohari boleh sesangat, masa Haikal call dari Indonesia..tapi saja dia nak kenakan Haikal..biar mamat tu tunggu lama sikit. Alah, lagipun dia juga yang cakap..lepas balik nanti baru beritahu jawapan. Cakap depan-depankan lagi romantik. Cewah! Eh, mana ni? Lambatnya Haikal ni. Takkanlah sesat kot. Mana bolehdriver teksi mestilah tau jalan. Em..jangan-jangan jalan jam lagi tak? Tak kanlah tadi masa dia nak ke sini O.kay jeem..apakata call si Haikal. Tah-tah dia saja nak buat dia tertunggu-tunggu, maklumlah kes balas dendamlah ni. Manalah tau kan.Em..dapat pun.
Hello!
HelloHaikal Kenapa line tak clear pulak ni? Apa yang bising-bising tu.
HelloHaikal, kau di mana ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: