Warna hidup El 2

“Ya Dato’. Baik. Pasti kita akan bertemu nanti. O.kay. Assalamualaikum, bye.” Telefon diletakkan. Dato’ Aziz mengemas fail-fail yang ada di atas meja dan membuka briefcasenya. Siap berkemas dia mencapai briefcasenya itu dan terus keluar. Pekerja-pekerja yang lain sudah lama pulang ke rumah dan seperti kebiasaannya Dato’ Azizlah yang balik paling lewat. Setiausahanya baru sahaja pulang 10 minit yang lalu. Tiba di bawah sudah ada kereta yang menanti. Abang Sudin yang merupakan driver dan pekerja setia Dato’ Aziz sudah sedia menantinya dengan senyuman.

* * * * * *

“Ada apahal ibu panggil adik balik ni?” Datin Aina hanya mampu menggeleng kepala sahaja melihat karenah anak bongsunya itu. Sejak dari kecil lagi nak menjaga anak bongsunya ini memang payah. Degilnya ma-ai??
“Kalau ye pun duduklah dulu. Takan sampai-sampai sahaja terus nak menyoal. Kenapa, dah tak suka lagi nak balik ke rumah ni?” Ujar Datin Aina sinis mengenakan anak bongsunya itu.
Kereta Mercedes berwarna putih itu sudah pun mamasuki perkarangan rumah banglo dua tingkat itu. Dato’ Aziz terpandangkan sebuah motor TRZ Kuning Gold itu, pastinya anak bongsunya itu sudah pulang. Dato’ Aziz tersenyum sendiri.
“Ha, itupun ayah dah balik. Tanya lah dia kenapa. Dia yang suruh ibu call, supaya adik balik.” El pergi mendapatkan ayahnya mencium tangan tanda salam.
“Apa khabar ayah?”
“Baik, bila adik sampai?”
“Lebih kurang 20 minit yang lepas.” Jawab El pendek.
“Kenapa ayah suruh adik balik.” El tak tunggu lama terus menyoal. Dato’ Aziz buat wajah selamba. Membiarkan soalan El tergantung begitu sahaja. El yang tak putus asa menyoal kembali.
“Sejak bila pulak kalau nak suruh balik mesti bersebab. Inikan rumah adik juga.” El getap bibir. Geram pula rasanya. Kalau setakat sebab ini tak payah balik pun tak pe. Ingat dia senang ke nak dapat cuti kerja. Selagi tak merayu dengan Encik Adam, jangan haraplah. Bila dah sampai sini , itu jawapan yang ayah bagi. Ei?sabar-sabar. Ketika El baru hendak membuka mulut sekali lagi Dato’ Aziz mula bersuara.
“Dah-dah. Pergi naik atas mandi, sembahyang. Lepas tu kita boleh makan sama-sama. Lepas makan baru kita bual panjang.” El kehilangan kata-kata. Itu semua merupakan perintah dari ayahnya. Sekali dibantah pasti akan menimbulkan kemarahan pada ayahnya. Bukannya El tak kenal ayahnya itu yang sememangnya tegas.
Seperti yang dijanjikan oleh ayahnya, semuanya berjalan lancar. Selesai makan El terus ke ruang tamu. Kerja mengemas dan memcuci pinggan di dapur diserahkan bulat-bulat pada ibu dan kak Milah. Sejak dari dulu lagi kerja-kerja itu semua El tak pernah buat. Apatah lagi bila sudah ada pembantu, em harapanlah nak buat semua kerja-kerja tu. Kalau sorang-sorang tu lain ceritalah. Tak buat nanti siapa nak buatkan. Kesimpulannya memang dia malas.
“Kenapa adik tak tolong ibu dan kak Milah di dapur. Pergi tolong. Awak tu perempuan dah besar kena biasa-biasakan dengan kerja-kerja tu semua. Jangan nak duduk goyang kaki di sini.” Arah Dato’ Aziz apabila melihat El goyang kaki membaca majalah di hadapannya. El tercengang. Tak pernah-pernah ayahnya berkata begitu selama ni, tapi hari ini.Tiba di dapur segala kerja telah pun selesai. Jadi ibunya menyuruh dia duduk sahaja di ruang tamu. Bosan pula El dibuatnya. Yang sorang suruh ke dapur yang sorang suruh ke ruang tamu.
Dato’ Aziz hanya memerhatikan sahaja dari jauh lagak anak bongsunya itu. Silap dia ke? Dia tidak tahu. Tapi yang pastinya El tak seperti anak?anak orang lain dan tak seperti anaknya yang sulung Eza, yang kini sibuk menguruskan syarikat kraftangan bersama suaminya. El nama sahaja perempuan tapi lebih kepada sikap lelaki, malah El lebih keras kepala daripada abangnya Edry. Tengok sahajalah gayanya itu, dari segi perwatakan dan sampailah cara dia berpakaian. Tak ubah macam lelaki. Jika dahulu mungkin juga Dato’ Aziz tak pernah mengambil tahu mengenai hal ini, namun sejak akhir-akhir ini dia risau juga melihat perangai El itu. Boleh dikatakan semua kerja-kerja orang perempuan El tak minat. Jarang sekali dia lihat El buat kerja rumah di rumah ini.
“Adik, cubalah ubah sikap tu. Adik kan orang perempuan jadilah macam orang perempuan, janganlah jadi macam orang lelaki.” Tegur Dato’ Aziz malam itu.
“Cuba-cuba tolong ibu dengan kak Milah tu. Tak payahlah nak buat kerja orang lelaki. Berhenti sahajalah kerja despatch tu, tak sesuailah. Lagipun adikkan ada kelulusan tinggi, cari sahajalah kerja lain..” El tersenyum sinis.
“Tapi yah, adik rasa adik serasi dengan kerja tu. Kalau ayah nak suruh adik berhenti kerja semata-mata untuk tolong ibu dengan kak Milah buat kerja-kerja rumah ni. Emm?.adik tak nak. Ayah kan tahu manalah adik pandai buat kerja tu semua. Leceh aje. Menyusahkan.” Jawab El tanpa memandang ke arah ayahnya.
“Amboi, sedapnya cakap! Habis esok nanti kalau adik kahwin siapa yang nak buat kerja ni semua. Suami adik!” Datin Aina pula menyampuk. Memang sejak dari dulu lagi dia selalu marah kalau El malas nak buat kerja rumah. Mentang-mentanglah ada Milah, semua kerja rumah diserahkan bulat-bulat pada kak Milahnya.
El diam mukanya mencebik bila diingatkan hal kahwin. Pelik dia tengok parentsnya ni. Kenapa pula tiba-tiba nak mempersoalkan tentang dirinya. Dahulu tak kisah pun. Bila sekarang ni dia dah serasi macam ni baru sibuk nak suruh dia ubah diri dia jadi macam perempuan. Lembik, lemah?lembut?ah, rimaslah.
Sebenarnya El masa kecil dulu taklah macam ni. Kalau setakat rambut pendek tu adalah, tapi dia masih macam perempuan. Dia berubah pun gara-gara abangnya, Edry lah. Edry masa kecil dulu suka sangat menyakat kakaknya Eza. Eza pula tu memang jenis lembik, cemeng. Hah, apalagi meraunglah. Pernah satu hari tu, masa Edry dan Eza bergaduh dia dengar Edry cakap, “Alah, perempuan semuanya lembik senang kena usik tak pandai melawan.” Hah mendengarkan itulah watak El yang macam perempuan tu bertukar jadi agresif. Dia mahu membuktikan pada abangnya yang tak semua perempuan tu lembik dan tak pandai melawan, kalau dengan Eza bolehlah, tapi dengan dia jangan main-main. Last-last Edry boring dengan dia. Sikapnya itu terbawa-bawa sampai ke alam persekolahan. Lebih-lebih lagi dia tinggal di asrama yang memang tak asing dengan bab-bab ragging ni. Lagilah dia tak nak mengalah. Kawan yang paling rapat dengan dia tu lah Akmal. Sekepala dan sependapat. Cuma satu bab aje yang dia tak sebulu dengan Akmal ni. Iaitu kalau Akmal cerita pasal perempuan. Macammana cara nak tackle, tentang usik-usik perempuan ni memang dia tak join beb. Sungguh pun dia agresif macam lelaki tapi dia tak suka kalau orang lelaki mengusik perempuan. Ataupun mengutuk-ngutuk perempuan. Memang dia pantang habis Itu bab sensetif, sebab hakikatnya dia adalah perempuan. Kalau bab-bab cinta ni, lagi dia tak layan. Dulu masa sekolah, ada jugalah budak-budak perempuan yang feeling kat dia. Apa ? ingat dia lesbian ke ! Memanglah penampilannnya macam lelaki..tapi itu tidaklah bermakna yang dia ni dah jadi lelaki 100%. Dari segi nalurinya dia masih perempuan. Yang lelaki plak ada jugalah suruh dia ubah penampilan diri supaya jadi perempuan hakiki. Ah! Boleh jalan.
“Itu ayah tak nak tau, ayah bagi adik masa 3 bulan untuk cari kerja lain. Kalau dalam masa tu adik masih tak mahu berhenti kerja tu, no alasan. Ayah nak adik kerja, dan tinggal di sini.”
“Tapi yah??” El memotong kata-kata ayahnya. Namun bila melihatkan jelingan tajam daripada ayahnya dia tak jadi nak membantah . Dia tak puas hati.
“Tak da tapi-tapi. Ini perintah ayah. Ingat kalau ayah cakap ayah buat??” El tarik muka masam. Perasaannya yang mudah memberontak itu bermain-main dijiwanya.
“Lagi satu, tujuan ayah panggil adik balik ni, sebab esok malam di sini akan di adakan majlis sedikit. Ayah nak jemput semua kawan-kawan ayah untuk meraikan kepulangan abang kamu yang tamat belajar dari luar negeri dan sempena kejayaan syarikat ayah dalam mendapatkan satu tender penting. Abang kamu akan tiba di sini esok pagi begitu juga dengan kakak kamu Eza. Ayah dah bercadang nak kenalkan anak-anak ayah pada kawan-kawan ayah. Jadi ayah mahu lihat esok adik mesti tampil sebagai seorang perempuan dan bukannya sebagai lelaki. Faham!.”
“Ah, tak mahulah ayah.” El membantah. Aduh? lagi satu bala.
“Ini perintah ayah.” Lagi sekali El getap bibir.

El usik sana usik sini rambutnya. Dah dekat 20 minit dia duduk di hadapan cermin ni. Kakaknya Eza sibuk mendandankan rambutnya. Tah apa-apa style lah tu. Mentang-mentanglah pernah belajar jadi hairdresser, kepala El pula yang jadi bahan eksperimennya.
“Apa ni kak? Rimaslah tak payahlah pakai ni semua.” Berkerut seribu dahi El dibuatnya.
“Sabarlah sekejab. Rambut awak tu dahlah pendek kalau tak pakai benda-benda ni tak kenalah dengan baju tu.” Em?..El cebik bibir. Entah rambut palsu sapalah yang dia pakai ni. Dah macam watak Laila Isabella pulak rasanya.
“Hah, kan dah siap. Tengok sikit adik kakak ni. Cantik pun. Macam tuan puteri. Kalau macam ni barulah ramai pakwe yang terpikat. Sememangnya El merupakan gadis yang cantik, berkulit putih, tinggi lampai dan sekali pandang macam gadis cina kerana matanya yang seakan sepet dan bening itu. Namun kecantikkannya itu tertutup dek sikapnya yang seperti lelaki itu. Kalaulah dia bersifat perempuan tak mustahil dia tergolong di dalam gadis cantik di antara yang tercantik. Betul-betul mewarisi kecantikkan ibunya masa muda-muda dulu.
El, melihat dirinya. Cantik ke ni? Macam opera cina je dia tengok. Dia lebih senang dengan penampilannya dirinya yang biasa. Simple.
“Hah, ingat?..bila dah pakai macam ni, jalan pun kena sopan-santun juga ye.” Sempat lagi kakaknya mengingatkan. El sekadar mencebik. Protokol lagi.
Sementara di tingkat bawah, tetamu sudah mula memenuhi ruang. Rumah banglo dua tingkat itu kelihatan ceria dan meriah. Datin Aina dan Dato’ Aziz sibuk melayani tetamu masing-masing. Tidak ketinggalan juga Edry, yang sememangnya mempunyai ramai teman.
“Mana?..anak you yang perempuan, tak nampak pun?”
“Ada di atas tu bersiap, biasalah perempuan kan.” Dato’ Aziz tergelak kecil bersama Dato’ Salam. Sebenarnya Dato’ Aziz berdebar juga untuk melihat penampilan anak bongsunya. Apa-apa pun semua urusan telah diserahkan kepada anaknya yang sulung, Eza.
“Ah, hati-hati jalan tu?jangan sampai terjatuh sewaktu nak turun tangga, akak tau kain tu memang sempit sikit. Tapi kalau pandai mengawalnya tentu tak jadi masalah.” El rasa kekok, terkial-kial dia berjalan. Ni semua ayah punya pasal. Dia betul-betul rasa dirinya tak ubah macam badut. Hello ! This is not me.
“You ambil course apa di sana?”
“Apalagi Bussiness and Managementlah.” Ujar Edry. Bukan kerana nak menerajui sama dalam syarikat ayahnya, tapi dia pun memang bercita-cita tinggi nak uruskan syarikat sendiri. Nak jadi usahawan yang berjayalah katakan.
“You kerja di mana.”
“I cuma tolong ayah I di syarikatnya. Belum ada modal yang cukup nak buka syarikat sendiri.” Edry mengangguk. Baru pertama kali dia berkenalan dengan pemuda itu. Dia melayannya pun di sebabkan dia rasa pemuda itu lebih kurang sebaya dengannya.
“Ayah I kata you ada 3 orang adik-beradik, mana yang lainnya?” Teringin juga Haikal nak bertemu dengan anak-anak Dato’ Aziz. Dengarnya ada anak perempuan.
“Memang betul. I anak yang tengah. Atas I perempuan, bawah I perempuan juga. Tapi dia tu lain sedikit. Nama saja perempuan, tapi sifatnya lebih kepada lelaki.” Ujar Edry sambil ketawa serta merta dia teringatkan EL. Sebenarnya dia rindu juga pada adiknya itu. Dah lama tak bertekak dan bergurau senda. Maklumlah berada jauh diperantauan.
“You mean, macam tomboy?” Soal Haikal inginkan kepastian.
“A..lebih kuranglah tu. Tapi tak taulah kalau dia dah berubah sekarang ni. Maklumlah dah besar, takkan nak begitu selamanya kan. Hakikatnya dia tetap seorang perempuan.” Haikal hanya mampu tersengih. He hope so?..manalah tau ada peluangkan. Dia pun masih solo lagi ni. Masih mencari .
“Ayah?”Dato’ Aziz dan Dato’ Salam serentak menoleh. Di hadapan mereka kelihatan dua wanita anggun dan seorang lelaki macho. Dato’ Aziz tersenyum. Gembira melihat penampilan diri anak bongsunya. Macam tak percaya je itu adalah El.
“Hah, dah sampai pun.” Dato’ Aziz menoleh kiri kanan kini mencari Edry pula. Seketika kemudian dia terjumpa membuat isyarat agar anak lelaki tunggalnya itu ke mari.
“Come I kenalkan U dengan parents dan adik beradik I” Ajak Edry. Haikal mengikut dari belakang.
“Ya Ayah?..” Sapa Edry. Sebaik sahaja tiba. Sementara Haikal berdiri di sebelah ayahnya Dato’ Salam.
“Em?kenalkan Dato’ ini anak perempuan I yang sulung Eza Natasha dan suaminya Azizul Muin.”
“Apa khabar uncle.” Ucap Eza dan Azizul serentak.
“Baik?” Balas Dato’ Salam.
“Ini pula anak lelaki tunggal I Edryzal.”
“Oh, ini yang baru balik dari belajar tu kan. Congratulation.”
“Thank you uncle?..” Mereka berjabat salam. Kini tiba giliran El pula. El semakin berdebar-debar. Apatah lagi terpandangkan pemuda yang bersama abangnya tadi. Rasa macam kenal. Bukan macam kenal lagi, memang dah kenal pun. Itulah Haikal. Lelaki yang pernah dimarahinya baru-baru ini. Haikal pun dia lihat, macam nak menelan dia hidup-hidup. Membuatkan El tertunduk. Rimas!
“Yang akhir sekali kenalkan puteri I yang bongsu yang nakal, Elly Nazirah.” El mengukir sedikit senyuman dan berjabat salam seperti lazimnya sebagai tanda hormat.
“Cantik. Macam bintang filem.” Dato’ Salam memberi komen.
“Ah, itu bukan bidang dia. Lagipun dia tak minat tu semua. Tak minat glamour katanya.” Potong Dato’ Aziz.
“Em?.baguslah. I pun tak galakkan.” Wek?macam nak termuntah El mendengarnya. Jadi bintang filem! Oh, Please..
“O.kay kenalkan pula anak tunggal I yang hensom ni, memang suka low frofile , macam anak you juga lah?..Muhd. Haikal.” Sewaktu hendak berjabat salam dengan El, mata mereka bertentangan. Haikal dapat merasakan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik pandangan itu. Namun begitu dia cuba berlagak selamba. Begitu juga El. Kalau boleh dia tak mahu berada lama di situ. Bagai ada sesuatu yang tak kena. Haikal seperti sudah dapat meneka siapa dirinya dan kalau boleh dia tak mahu identitinya terbongkar di situ. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah macammana Haikal boleh berada di sini.
El?.memerhatikan sekeliling. Bosannya dia berada di majlis ini. Kalau lah tak kerana ayah tentu dia tidak berada di sini. Di majlis ini.
Haikal hanya memerhatikan dari jauh, dia rasa dia seperti kenal dengan Elly Nazirah. Dalam kesamaran tekaannya itu, dia telah menemui sesuatu yang cukup untuk menguatkan lagi tekaannya. Motorsikal. Ye motorsikal itu yang amat dikenalinya dan takkan pernah lupa begitu juga dengan no. platnya. Namun belum tiba masanya untuk dia mencungkil segalanya. Cukuplah sekadar bermain tarik tali.
“Kenapa bersendirian di sini?” Tiba -tiba ada satu suara menerjah di pendengarannya. El menoleh seketika. La, dia ni. Apasal dia ada kat sini.
“Saja. Lagipun bersendirian itukan kedamaian.” Haikal tersenyum. Inilah sedang main tarik tali .
“Bukannya bersendirian untuk mengelakkan diri.” Sinis kata-katanya. El cukup terasa.
“Terpulang kepada individu.” El takkan mahu mengalah. Sungguh pun terpaksa berpura-pura.
“Kita pernah bertemu ke sebelum ni?” El tergelak kecil. Cuba menutup gundah si hati. Entah kenapa tiba-tiba di berasa begitu.
“Rasanya tidak.” Tak mengaku lagi tu. Ah,mana mungkin dia akan mengaku. Dia tak suka sungguh orang tahu akan indentitinya. Hanya Akmal yang dia percayai.
“O..yeke. Kalam macam tu saya dah salah orang agaknya atau mungkin pelanduk dua serupa.” Jawapan yang penuh simbolik.
“Mm?baguslah kalau begitu. Maaf kan saya, nak ke dalam sebentar. So please help yourself.” Tak kuasa El nak tunggu lama di situ. Biarlah Haikal bermain dengan telahannya sendiri. Belum masanya untuk dia tahu hal yang sebenarnya dan tidak perlu tahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: