Warna hidup El 3

Akmal menoleh kiri kanan, melihat kalau-kalau ternampak Encik Adam ke. Naya juga. Sebab dia nak mengular ni. Tujuannya satu iaitu nak menuju ke tempat El. Adalah yang dia nak tahu tu.
“Hoi,” Akmal menepuk bahu El. Tapi tak da mananya El nak terkejut.
“Aa!.apahal .Kau ni pun kalau nak tegur tu berilah salam dulu.” Akmal sengih sahaja bila ditegur.
“Sorrylah El!ni aku nak tanya ni. 2 hari kau tak kerja kau ke mana?”
“Apasal kau nak tau. Seboklah kau ni. Pergi balik tempat kau buat kerja. Mengular je tau. Nampak dek Encik Adam baru padan muka kau.” Bual-bual juga kerja-kerja juga.
“Alah, kau ni itupun nak rahsia daripada aku. Kedekut betullah kau ni.” Akmal bengang dengan El.
“Aku balik kampunglah!.” Jawab El pendek.
“Balik kampung? Kenapa?” Akmal menyoal lagi.
“Eh, berapa banyak soallah kau ni. Aku balik kampung pun tak boleh ke?”
“Ada orang pinang kau ke?” Kali ini El terus terberhenti membuat kerja. Ditenungnya muka Akmal.
“Eh , kau ni dah takda benda lain ke nak fikir. Kahwin?” El geleng kepala. Tah apa-apalah Akmal ni.
“Habis, kau tak nak kahwin sampai tua? Ei, kau jangan lupa kau tu tetap perempuan.” Eh si Akmal ni dah lebih ni.
“Aduh, bosanlah kau ni!..pergi balik tempat kau lah.” Akmal ketawa terkekeh. El menolak Akmal. Malas nak layan.
“Akmal, apa awak buat di situ. Pergi balik tempat awak ! ” Akmal terkejut. Jeritan daripada Encik Adam memaksa dia untuk kembali ke tempatnya. Alamak kantul. El hanya tergelak melihat Akmal. Padan muka.

“Tolong! Tolong! Pencuri-pencuri.” Sayup-sayup El terdengar suara orang meminta tolong. Lantas dia mencari daripada mana datangnya suara itu.
“Tolong cik, ada pencuri dia curi beg saya.” Rayu gadis itu yang menjadi mangsa.
“Dia menuju ke mana?”
“Sana.” Gadis itu menunjukkan arah. El tak tunggu lama terus mengejar pencuri itu.
“Hei! Pulangkan beg tangan tu!” Pencuri itu sudah tertangkap. El memang tak bagi muka terus membelasah pencuri itu sehabis boleh. Kebetulan pula dia memang ada belajar teakwando di sekolah dulu, jadi tak susahlah dia untuk menumpaskan pencuri itu.
“Ampunkan saya bang. Saya janji tak buat lagi.” Pencuri itu merayu. Ini semua kumpulan mat gian ni.
“Sekali lagi aku nampak muka kau buat kerja ni, siap kau.” El bagi warning. Pencuri itu mengangguk ketakutan. Gadis yang berbaju kurung itu sudah boleh tersenyum memandang El dari kejauhan.
“Ini begnya.” El menghulurkan beg tangan kulit itu kepada tuannya.
“Terima kasih. Kalau awak tiada tadi tentu beg tangan ni tak dapat diselamatkan.”
“Sama-sama. Lain kali jangan suka jalan sorang-sorang di tempat gelap macam ni. Bahaya.” Pesan El. Gadis itu tersenyum seraya mengangguk. El terpandangkan beg besar di sebelah gadis itu. Pada fikirannya gadis itu mesti bukan orang sini.
“Em!rumah awak di mana? Mari saya tolong hantarkan.” Pelawa El. Enjin motor sudah pun dihidupkan.
“Sebenarnya saya baru sampai di sini petang tadi. Saya mencari kawan saya. Tapi kata orang di situ, dia sudah berpindah ke tempat lain. Jadi sekarang ni saya tak tahu kemana nak pergi. Saya bercadang nak bermalam di rumah tumpangan dahulu sebelum pulang ke kampung saya.” El menghela nafas. Memang dia dah agak dah.
“Beginilah, awak tak payahlah tidur di rumah tumpangan tu. Awak boleh tidur di rumah saya. Saya pun tinggal sendirian.”
“Tapi!!” El. , memandag ke arah gadis itu. Orang nak tolong pun tak nak.
“Saya tahu awak baru kenal saya tapi saya rasa adalah lebih tak selamat jika awak tidur di rumah tumpangan. Maklumlah tempat-tempat macam tu.” Gadis itu masih kelihatan ragu-ragu .
“Saya tak paksa awak. Terserahlah pada awak untuk membuat pilihan.” El lihat gadis itu kelihatan serba-salah.
“Mm!.baiklah. Saya terima cadangan awak.” El senyum

* * * * * *

“Masuklah mari saya tunjukkan bilik awak.” El membawa gadis itu ke bilik sebelah yang sememangnya kosong tiada berpenghuni. Sekali-sekala dia lihat gadis itu memerhatikan sekeliling rumahnya. El perasan.
“Maaflah, sebab bilik ni memang tiada katil. Sebab tidak digunakan. Tapi saya boleh beri awak tilam. Tunggu sebentar ye, saya ambilkan.” Dalam sekelip mata, El sudah hilang daripada pandangan. Tak lama kemudian dia muncul dengan sebuah tilam. Gadis itu hanya memerhatikan dari sudut tepi.
“Nah ini dia, tilam, bantal dan selimut. Awak boleh tidur sekarang.” Selepas menyerahkan barang yang patut, dia terus keluar membiarkan gadis itu sendirian.
Jam baru menunjukkan pukul 11 malam. Biasanya waktu seperti ini El memang belum tidur. Tak boleh tidur sebenarnya. Dia memang tidur lambat. Dah terbiasa. Jadi untuk menghabiskan waktu yang ada dia ke ruang tamu menonton televisyen yang entah apa-apa rancanganya. Takpun baca majalah yang berlambak di atas meja.
“Awak.” El menoleh. Di lihatnya gadis itu berdiri tegak ditepinya. Eh, tak tidur lagi.
“Maafkan saya, kiranya saya mengganggu awak di malam-malam buta ni. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih dan nak minta maaf pada awak. Yelah, kerana saya awak terpaksa bersusah payah. Lepas tu tumpangkan saya lagi tidur di sini.” Gadis itu tunduk. El hanya tersenyum melihat gadis itu yang bert-shirt dan berkain batik. Ayu juga. Hai, kalau dia entah bilalah agaknya nak berpakaian seperti itu. Agak-agaknya tentu semua orang terkejut bila melihat dia berpakaian seperti itu. Ibu lah terutamanya.
“Tak mengapalah!.itukan perkara kecil. Lagipun tak payahlah awak membazir wang tidur di rumah tumpangan tu. Di sini percuma aje.” El lihat gadis itu hanya tersenyum. Mungkin dia rasa lega agaknya mendengar El berkata begitu.
“Terima kasih. Nama saya Zarina. Siapa nama awak?”
“Nama? Oh ye! saya El.”
“El… ” El lihat Zarina mengangguk. Tapi dari riak wajahnya tentu dia pelik dengan namanya. Ah! Biarlah.
“Hah, kalau awak dah mengantuk pergilah tidur, esokkan nak bangun pagi!” El melihat jam di dinding. Jangan ikut dia. Dia memang tidur lambat.
“Baiklah!..selamat malam.”
“Selamat malam.” Balas El. Tanpa menghiraukan gadis itu dia menyambung semula menonton televisyen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: