Warna hidup El 4

“Zarina! Zarina !”
“Saya di dapur ni.” Kedengaran suara dari arah dapur. El menuju ke dapur. Alahai, apalah pula dibuat oleh cek mek sorang ni. Ma-ai, dah siap buat sarapan lagi. Tentu awal perempuan ni bangun.
“Makanlah. Nanti awak lapar pula.” Zarina sudah siap menghidang. Tersengih sahaja El. Sepanjang dia tinggal di sini belum pernah sekali pun dia sarapan masak sendiri. Semuanya beli. Ekspress. Ini bau mee goreng benar-benar menusuk hidungnya membuatkan dia jadi lapar tiba-tiba. Tanpa bertangguh lagi dia terus duduk.
“Eh!.makanlah sekali.” Pelawanya. Zarina mengangguk.
“Zarina awak nak balik tak? Saya boleh tolong hantarkan.” El lirik jam di tangan. Kalau hantar pun sempat lagi ni.
“Em!..tapi saya belum siap lagi. Makanan atas meja ni pun belum berkemas.”
“Alah, tutup sahaja dengan tudung saji. Balik nanti saya kemas sendirilah.” Zarina tersenyum.
“Tak pelah El, awak pergilah kerja. Nanti kalau saya nak keluar. Saya kunci rumah awak sekali. Kuncinya saya letak dalam pasu bunga kat luar tu.” El, berfikir sejenak. Boleh juga cadangan tu. Tapi boleh percaya ke ni.
“Awak boleh percayakan saya sebagaimana saya percayakan awak.” Ujar Zarina yang seakan tau apa yang tersirat dalam minda El. Selesai makan!..
“Em!.awak tunggu sini sekejab saya pergi ambil kunci.” El menghilang seketika.
“Ini dia. Buatlah seperti yang awak cakap tu. Saya nak pergi kerja sekarang. Ingat letak tu jangan terlalu sembunyi sangat. Nanti saya cari tak jumpa ada saya tidur di luar malam ni.” Ish, jangan cari pasal.
“Yelah!..” balas Zarina sambil tersenyum. Mungkin lucu dengan kata-kata El tadi.

* * * * * *

“Kak, ni ada surat untuk syarikat ni. Sila tandatangan di sini.” El menunjukkan arahnya.
“O.kay!.cantik.” sebenarnya dia tak nak lama-lama di sini. Takut kalau terjumpa dengan Haikal. Maklumlah inikan syarikat dia. Kalau boleh dia tak nak jumpa Haikal lagi. Nanti mesti kecoh.
“Hah, Lin selepas siap kerja tu sila masuk ke bilik saya sekejab.” Arah Haikal. Kebetulan dia lalu di situ. Baru habis meeting sebenarnya. Haikal bagai terperasan. Macam kenal aje style budak ni!!
Alamak, El mula gelabah. Haikal!
“Hei, El?” Hah, habis dah tertangkap. Baru bercadang nak larikan diri. Kantul juga.
“Ada surat untuk aku ke?” El menoleh.
“Heh!..ada. Aku dah beri pada staff kau yang cantik tu.” Berlakon-berlakon.
“Baguslah. Busy ke kau sekarang ni?” Peh!..perkembangan terbaru ni. Dulu berawak saya, kini dah beraku engkau.
“Biasalah!..” Jawab El acuh tak acuh.
“Kalau ada masa aku ingat nak join kau lunch esok boleh?” El berfikir.
“Kau tak kisah ke join kitaorang makan di gerai ni?” Yelah mana tahu kena starndard ke.
“Ah!.tak dalah. Low profile.” El sekadar tersenyum sinis. Kurang asam kenakan dia. Haikal dah tersengih.
“Kalau kau nak join kena awal sikitlah cam aritu.” Lambat kau makanlah sorang-sorang.
“O.kay!..jumpa nanti.”
“Bye!..” Tak boleh tunggu lama-lama di situ. Banyak lagi kerja kena buat ni.

* * * * * *

Rumah teres dua bilik itu kelihatan terang sewaktu El tiba di rumahnya. Pintu pagar pun tak berkunci. Pelik Zarina ni tak kunci pintu pagar ke tadi sewaktu keluar rumah. Seperti yang dirancangkan El mencari kunci di dalam pasu bunga tapi tak jumpa. Tiba-tiba dia seakan mendengar bunyi suara dari dalam rumahnya. Hati El berdebar-debar. Siapa pula yang berada dalam rumahnya ni. Tombol pintu rumah dipulas.
“Ah, awak dah balik? Maafkan saya kerana menonton televisyen tanpa kebenaran awak. Saya bosan tak tahu nak buat apa.” Ujar Zarina dan berdiri di tepi kerusi macam orang bersalah.
“Eh, awak tak balik lagi?” El hairan.
“Belum!tiket bas dah habis. Awak marah ke?”
“Tak dalah. Apasal pula nak marah. Kan awak kata tiket dah habis. Nak buat macammana. Tak pelah malam ni awak stay ajelah di sini. Saya letihlah. Saya masuk dalam dululah.” Zarina diam tak membantah. Sebenarnya ada sesuatu yang dia ingin sampaikan pada El.
“Tok,tok,tok!!.” El berjalan menuju ke pintu. Sebaik sahaja tombol dipulas terjongol Zarina di hadapannya.
“Ada apa Zarina?” Ingatkan baru nak tidur tadi.
“Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya sampaikan pada awak.”?
“Cakaplah apa dia?”
“Em!.boleh tak buat masa ni saya tinggal di sini sementara saya dapat kerja dan rumah sewa?” El diam. Pulak dah. Tapi tak kisahlah sekurang-kurangnya ada juga dia kawan berbual.
“Sebenarnya tujuan Ina datang sini pun memang sebab nak cari kerja. Dulu masa Ina di kampung, ramai kawan Ina berhijrah ke bandar. Mereka kata di sini banyak kerja. Jadi Ina pun nak cuba nasib di sini.”
“Kerja tu memanglah banyak. Tapi kalau silap memilih kerja, buruk padahnya.”
“Apa maksud El?” Zarina kurang faham.
“Yelah, dekat sini memang banyak peluang pekerjaan, yang halal yang tak halal. Kalau nak gaji besar pulak banyaklah syaratnya, sijil, pengalaman, rupa!!em kalau awak ada semua tu ada harapanlah.”
“Oh,begitu.” Zarina angguk dan kini baru dia faham. Rupanya taklah sesenang mana nak cari kerja di sini.
“Gaji tak berapa besar pun tak pelah janji cukup untuk menyara keluarga saya di kampung. Daripada tak ada tu.”
“Suka hati awaklah. Keputusan memang terletak di tangan awak. Saya memang tak kisah. Kalau awak sudi apa salahnya.” Memang pun El tak kisah.
“Betul ni? Awak tak marah?” El geleng kepala. Alah, kalau nak tinggal terus pun dia tak heran.
“Sewanya pula macammana?” yelah!.takan nak duduk free je kan. Em esok kalau dah dapat rumah, dia keluarlah..tapi kalau El tak kisah dia nak juga duduk lama kat situ.
“Sewa? Tak payahlah!awak pun belum kerja lagikan. Takpe duduk sajalah di sini. Percuma saje.” Pulak dah!Zarina terdiam. Dalam hatinya memuji kebaikkan El.
“Em..kalau macam tu terima kasih. Selamat malam.”
“Sama-sama dan selamat malam.” Zarina gembira.hajatnya untuk dapat kerja di bandar hampir tercapai. Masalah tempat tinggal sudah tidak timbul lagi. Buat masa sekarang ni dia hanya perlu mencari Suria untuk mencapai cita-citanya.

Mee bandung sama air bandung. Memanglah makanan kegemaran Akmal. Sebab itulah dia berselera sekali makan tengahari tu. Hingga langsung tak hirau orang kiri kanan.
“Hei, apasal tak makan, dietke?” Tegur Akmal apabila melihat El hanya minum ABC sahaja.
“Kenyanglah!.”
“Kenyang, apa saja yang kau makan.” Akmal geleng kepala. Sewaktu dia hendak minum airnya dia terpandangkan tangan El yang berplaster.
“Wei, apasal dengan tangan kau tu? Bertampal lagi. Kau jatuh motor ke?” El melihat tangannya. Jatuh motor apa. Ini semua gara-gara bertumbuk dengan pencuri kelmarin. Tak pasal-pasal lebam. Ingatkan tak da apa-apa. Rupa-rupanya pagi semalam dia tengok dah lebam.
“Tak dalah. Ini pasal aku bertumbuk dengan pencuri kelmarin.” Jawab El selamba. Tapi tidak Akmal. Bagai nak tersembur air yang diminumnya.
“Kau bertumbuk? Peh!..dasyat kau ni. Tomboy habis.” Akmal geleng kepala. Walaumacammana pun dia memang tak nafikan kalau El memang betul-betul bertumbuk sebab dia dah pernah nampak, masa zaman persekolahan dulu. Lagipula El memang ada belajar teakwando.
“Suka hati kaulah nak cakap apa Akmal.” Malas El nak bagi komen.
“Kau bila nak berubah jadi perempuan El? Aku teringin benar nak tengok kau jadi perempuan. Rambut panjang, lemah lembut, sopan santun, pakai baju kurung bukan uniform sekolah tau. Tu lain. Agaknya mesti lawa kan. Silap-silap aku pun boleh terpikat. Sebab aku rasa kau ni lawa sebenarnya.” Hah! El hanya tergelak mendengar kata-kata Akmal. Apalah mamat ni buat lawak betul. El geleng kepala sahaja.
“Kau ni berangan aje lah Akmal. Simpan ajelah angan-angan kau tu.”
“Tak salahkan berangan benda yang nyata. Aku rasa kau ni boleh berubah sebenarnya, cuma kau aje yang tak mahukan. Dah tiba masanya untuk kau berubah El. Tak kanlah selamanya kau nak begini.”
“Akmal, Akmal. Kau nak jadi macam parents aku juga. Bila aku balik kampung aje cerita pasal topik ni. Ah, benganglah aku.” El mula bosan. Tah sejak bila si Akmal ni jadi penceramah percuma ni.
“Tapi ini kenyataan El. Kau tak boleh nak merubah kejadian kau. Walaumacammanapun gaya dan penampilan kau, kau tetap seorang perempuan.”
“Eh, malaslah aku nak dengar celoteh kau. Blah lagi bagus. O.kaylah, aku chow dulu beb!”
“Hei. El!” Haikal menegur. Kebetulan dia baru sampai, tapi El nak ke mana pula tu. Kata nak lunch sama-sama.
“Hah, kau. Baru sampai. Aku nak blahlah. Boringlah dengar si mamat tu membebel. Eh, lain kali ajelah kita makan sama-sama. O.kay aku pergi dulu.” Tak sempat Haikal nak cakap lagi. El sudahpun jauh berlalu.
“Eh, apasal dengan dia tu?”
“Bosan dengar aku beri nasihat.” Akmal gelak kecil.
“Kau nasihatkan dia apa?”
“Ah!..aku suruh dia ubah cara dia. Aku tak tahulah kalau kau perasan atau tidak, El tu bukannya lelaki macam kita. Dia tu tomboy sebenarnya.” Akmal memecahkan rahsia El. Ah, biarkan. Haikal tersenyum. Sah tekaannya. Sebenarnya dia dah lama perasan cuma buat-buat tak perasan sahaja.
“Apa katanya bila dengar kau beri nasihat?”
“Dia marah aku balik. Dia kata aku macam parents dia. Membebel perkara yang sama. Aku bukannya apa, aku cuma nak sedarkan dia saja. Walaupun dia berlagak macam orang lelaki dia tetap perempuan. Lagipun aku kenal dia dah lama teringin juga aku nak tengok dia jadi perempuan.” Haikal no komen, baginya dia ada cara tersendiri untuk mengubah El. Tengok sajalah.

* * * * * *

El termenung sendirian di bilik tidurnya. Entah kenapa dari siang tadi dia asyik terfikir tentang kata-kata Akmal Walaupun dia cuba untuk menangkisnya namun kata-kata Akmal itu tetap terngiang-ngiang di telinganya. Kenapa baru sekarang ini ramai sangat yang mempersoalkan tentang penampilan dirinya. Dulu tak da pula komen apa-apa. Sudah bertahun-tahun dia hidup dengan cara begini dan dah sebati pun dengan jiwa raganya. Tiba-tiba sahaja baru-baru ni mereka suruh dia ubah penampilan dirinya. Apa mereka ingat senang ke.Ah, tak pandailah dia. Nanti macam pondan pula. Kekok sebenarnya siksa sungguh. Tapi kadang-kadang tu terfikir juga dia sampai bila nak jadi macam ni. Rasanya macam abnormal pula. Betul juga kata-kata Akmal. Walaumacammanapun gayanya!.dia tetap juga seorang perempuan. Perempuan yang pasangannya adalah lelaki. Tapi kalau macam dia ni siapa pasangannya. Nak kata perempuan pun tidak, nak kata lelaki pun tidak. El garu kepala yang tidak gatal. Hai..pening-pening kepala otaknya. Dia lihat jam di tepi katil, pukul 2 pagi. Masa untuk tidur. Esok kerja, kena bangun pagi. Ah!!pedulikan saja soal ni. Lain kali boleh fikir. Yang penting sekarang tidur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: