Warna hidup El 5

Kah! Kah! Kah! Kah! Entah apa sajalah yang dibualkan oleh mamat dua orang tu. Malas El nak campur. Sejak dua tiga menjak ni dia lihat Akmal semakin rapat dengan Haikal. Siapa punya kawan sebenarnya ni. Ah, biarlah. Mereka tu kan dari kaum sejenis. Tentu banyak persamaannya. Bukan macam dia. Sebenarnya dia sendiri untuk beberapa minggu kebelakangan ni tak da mood sangat. Mungkin tension kot dengan kerja, dan yang paling utamanya problem terbaru yang menyentuh tentang pribadinya. Reput kepala otak kalau tak ye-ye memikirkannya. Akmal dengan Haikal lagi yang selalu sangat menyindirnya. Kadang-kadang tu panas juga telinga mendengarnya. Tapi dia masih boleh cool…..inilah sikapnya yang baik sekali. Tak mudah melenting.
Fullamak !!cunnya makwe tu.
Mana? tu? Bolehlah tahan. Tapi taste aku bukannya macam tu. Jawab Haikal. El hanya mendiamkan diri sahaja, hal-hal macam ni lagi dia tak campur.
Hei, member….apasal kau senyap aje. Tak syoklah macam ni. Tegur Akmal. Saja gatal-gatal, sungguhpun dia tau sebenarnya El memang tiada mood kebelakangan ni. Lihat di tempat kerja aje dah tau.
Alah, kalau nak berbual tu tak payahlah nak tunggu aku. Berbual ajelah. Jawab El selamba. Akmal jungkit bahu. Sementara Haikal pula mencebik. No komen.
Ah, lupakanlah pasal tu. Aku nak tau ni. Tentang taste kau. Perempuan yang macammana kau idamkan? Soal Akmal. Dia nak tahu juga. Yelah setiap orang kan lain-lain kehendaknya.
Aku? Kalau aku. Cantik-cantik sangat aku tak nak. Nanti orang kebas pula. Yelah cantik sangat. Aku suka yang sederhana je, yang redup mata aku memandang. Kedua, dia tak meterialistik, suka aku bukan sebab harta, tapi sebab dia memang betul-betul sayang kat aku, memahami diri aku dan juga keluarga aku. Tapi ada yang lebih penting lagi iaitu, dia mestilah bersikap seperti seorang gadis dan bukannya macam lelaki.
Oh, tomboy-tomboy ni tak mainlah. Soal Akmal. Saja nak pancing reaksi dari El.
Tak mainlah. Panas aje telinga. El mendengarnya. Ini dah lebih ni. Dah kira menghina ni. Jalan terbaik blah!
Eh..El, tak kan dah nak blah kot.
Aku ada hal sikitlah. Apa-apa kau cari aku kat office. Haikal diam. Rasa macam serba-salah pula. Agak-agak hati El terguris tak. Ah, dia kan macam lelaki hati mesti keras. Tapi tak boleh lupa, walaumacammanapun dia tetap seorang perempuan, yang biasanya sensetif.
Nampaknya dia marah kat kita. Akmal tersengih. Sebenarnya dia pun rasa bersalah juga.
Ah, kalau dia marah apa susah minta maaflah. Dia mesti terima punya. El bukannya seorang pedendam. Dia tu cool orangnya. Haikal angguk.
Tak pelah kalau kau jumpa dia cakap aku minta maaflah. Tadi tu gurau aje.
O.kaylah. nanti aku sampaikan. Nak jumpa dia lah rasa tak sedap pula. Sudah tiba masanya untuk berpisah.
O.kay see you later. Mereka sempat berjabat sebelum berpisah. Maka setakat itu sahajalah pertemuan mereka.

* * * * * *

Lebih kurang pukul 8 malam, barulah El sampai ke rumahnya. Cuaca pun dah gelaplah. Seperti biasa sorong motor dan letak di tempat yang sesuai. Tapi rasanya malam ni macam ada kelainan sikitlah. Apasal gelap saja rumahnya ni. Tak kan tak da elektrik kot. Ni rumah kiri-kanan ni ada. Em…..jangan-jangan Zarina belum balik lagi tak. Dah pukul berapa ni, tak balik lagi. Walaumacammanapun El mencari juga kunci rumah di pasu bunga. Memang itulah tempatnya, kalau tiada orang di rumah. Hah! Ni dia. Sah budak Zarina ni belum balik. Pergi ke mana dia ni tak balik-balik lagi. Jangan-jangan dia dah keluar daripada rumah ni kot. Tempat pertama El tuju ialah bilik Zarina, hanya nak memastikan yang kain baju Zarina ada ke tidak. Eh, ada pula. Em….El geleng kepala. Ah, biarlah mungkin sekejab lagi balik lah tu agaknya. Sekarang ni lebih baik dia mandi. Bau dah tak menyenangkan ni. Selesai mandi, sembahyang dah mengemas rumah tu ala-kadar, El duduk berehatdi ruang tamu. Buat apalagi tengok televisyenlah. Matanya belum nak tidur lagi. Awal lagi ni. Di kala itu dia terkenang dengan gelagat Akmal tadi. Hah! Tau pun cuak. Minta maaf lagi. Tulah bercakap tu tengoklah kiri kanan, kalau nak bergurau pun biarlah berpada-pada. Ini tidak main sedap mulut aje cakap. Si Haikal tu pun satu. Mentang-mentanglah dah tau rahsia dia, hah! Mulalah tu nak cungkil-cungkil. Ingat dia tak tau ke. Tau sangat. Lepas tu minta maaf. Pandai pula tu nasib baik dia ni bukan jenis orang yang ambil hati sangat kalau tidak taulah nasib diaorang tu.
Ngantuknya mata ni. Dah berapa kali dia menguap. Pukul berapa sekarang ni. Pukul 12. Eh, mana pula si Zarina tak balik-balik lagi ni. Kalau ye pun tak balik telefonlah.

Dum ! El terjaga daripada tidurnya. Laaa !!rupa-rupanya sampai pagi dia tertidur di sofa ni. Televisyen yang terbuka semalaman di offkan. Zarina dah balik. Tu dengar bunyi bising-bising di dapur. El lirik jam di dinding. Alamak, lambat lagi. Mampus aku. Cepat-cepat El bersiap. Tak sampai berapa minit dia dah siap nak pergi kerja. Ekspress, biasa. Sebelum keluar dia menuju ke dapur. Nak tegur Zarina.
Hai, kenapa tak balik semalam? Zarina diam. Mukanya masam. Namun El tak perasan lagi tu.
Kalau tak balik lain kali call lah. Ini buat orang risau aja. Zarina diam lagi.
O.kay lah Ina, saya pergi dulu. Pun tiada reaksi daripada Zarina. El masih boleh berdiam. Tapi dalam perjalanan ke tempat kerja pelik juga dia memikirkannya.

* * * * * *

Zarina cepat-cepat masuk ke biliknya apabila mendengar El pulang. Bunyi motor aje dah tau. Kalau boleh dia tak nak bertentang mata dengan El. Hatinya sakit mengenangkan perbuatan El. Baru satu hari dia tak pulang ke rumah dah buat perangai. Agaknya selama ni macammanalah perangainya. Kalau tengok muka nampak macam baik. Tapi sebenarnya !!..
El gembira hari ni Zarina pulang seperti biasa. Tak payahlah lagi dia bersusah hati menanti Zarina pulang. Agaknya semalam mungkin dia ada hal. Tu sebablah dia tak balik rumah. Tanpa berfikir lain, seperti biasa El menjalankan rutin sehariannya. Keadaan dah kembali seperti biasa apa yang nak dirisaukan.
Ah.. Ina marilah tengok televisyen ni sama-sama. Ajak El. Selalunya kalau malam tak da apa-apa kerja mereka akan menonton televisyen bersama-sama. Namun Zarina yang baru keluar dari dapur buat muka selamba sahaja seolah tiada apa-apa yang berlaku. Sedikit pun tidak menoleh ke arah El, apatah lagi senyum. Mukanya pula masam sahaja. El rasa tak sedap hati !!..kenapa dengan Zarina ni. Daripada pagi tadi buat perangai. Macamlah dia ni cakap dengan tunggul. Ada masalah ke perempuan ni. Baru tak balik satu hari dah berubah perangai. Pelik.
Zarina puas hati. Padan muka. Itu balasannya untuk orang yang suka berpura-pura. Biar dia rasakan. Biar dia tertanya-tanya. Kalau El nak tau, akan dia beritahu nanti. Buat masa sekarang ni dia tak bersedia untuk berbaik dengan El.
El berfikir-fikir nak pergi ke bilik Zarina atau tidak. Dia nak tau sangat apa yang dah terjadi dengan Zarina tu. Kalau ada problem pun tak kanlah sampai dengan housemate sendiri pun nak bermasam muka. Ini tak boleh jadi ni. Apa guna duduk satu rumah kalau tak nak bertegur sapa. El mesti pergi. Mesti.
Tok! Tok! Tok!….Zarina! Zarina! Masih tiada reaksi. Pintu masih tertutup. El ketuk lagi.
Zarina bukalah pintu ni. Saya nak cakap ni.
Jangan ganggu sayalah. Saya tak nak tengok muka awak lagi! Pulak dah. El pening kepala. Kedengaran suara dari dalam. Apa salah dia?
Tapi kenapa? Saya cuma nak tahu aje kalau awak ada masalah! Main jerit-jerit. Sorang di dalam sorang di luar.
Saya tak da masalah tapi awak tu yang bermasalah. Hah! El garu kepala yang tak gatal. Dia bermasalah? Eei..tak faham.
Apa awak cakap ni saya tak fahamlah. Zarina bukalah pintu ni. Saya bermasalah tapi kenapa pula? El mengetuk pintu lagi. Seketika kemudian barulah pintu itu terbuka. El senyum. Tapi tidak Zarina, mukanya masam mencuka.
Hah, bukak pun. Apa kena dengan awak ni? Tiba-tiba aje nak mengamuk. Apa yang saya dah buat, kenapa pula saya yang awak kata bermasalah?
Tanya diri awak sendiri apa yang awak dah buat semalam semasa saya tiada di rumah? Buat apa? El geleng kepala. Tengok t.v tunggu Zarina pulang. Itu sajalah. Apalagi yang dia buat.
Saya tak buat apa-apa. Tunggu awak balik, tengok t.v. Itu saja. Apalagi yang saya buat. Ish, budak Zarina ni pun cubalah jangan buat orang pening kepala.
Bohong! Bentak Zarina.
Bohong? Eh, boleh tak awak cakap terus-terang apa sebenarnya yang dah berlaku ni? Ish, tak sanggup rasanya bermain teka-teki ni.
Perempuan mana yang awak bawa balik semalam. Mentang-mentanglah saya tak balik, awak bawa balik perempuan dalam rumah ni. Padanlah awak suka tinggal seorang. Senang nak buat projek sendiri. Tak da siapa yang tahu. Hipokrit! Lagilah El pening. Perempuan mana pula yang dia bawa balik semalam. Dialah perempuan. Mana ada perempuan lain lagi dalam rumah ni semalam.
Siapa yang buat cerita ni. Perempuan mana yang awak maksudkan. Saya seorang saja semalam dalam rumah ni sebelum awak balik pagi tadi. Kalau bawa balik perempuan lain pun apa salahnya. Sama-sama perempuan. Berdosa ke?
Habis, kalau tak da perempuan lain dalam rumah ni semalam, tu benda-benda dalam besen kat bilik air tu siapa punya? Besen? Oh, baru El teringat. Baju-baju yang di rendam. Tiba-tiba dia rasa gelihati. Zarina ni dah salah sangka rupanya. Tentu Zarina sangka dia ni lelaki tulen. Dia dah agak dah.
Hah, kenapa senyum. Tak nak mengaku lagi. Saya benci awak! Dum! Tak sempat El nak kata apa. Zarina dah menutup pintu. Kuat pula tu. Marah lagi dia ni. Emosianal betullah.
Zarina dengarlah dulu cakap saya. Awak tak boleh nak tuduh sembarangan. Berdosa tau.
Ah, saya tak nak dengar apa-apa lagi daripada awak!
Tapi Zarina.
Pergi! Saya cakap pergi. Jangan ganggu saya! Mmmm… El jungkit bahu. Lantaklah. Orang nak terus-terang tak nak dengar. Lepas tu salah sangka. Hai, entahlah El geleng kepala.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: