Warna hidup El 6

“Mamak air bandung satu!”
“Wokkey…….!” Jerit mamak kedai yang sentiasa sibuk melayani pelanggannya. Perniagaannya pun dari hari ke sehari makin laris.
“Oi, kau ni kenapa El, aku tengok dari hari ke sehari, macam tak bersemangat aje nak kerja. Kalau dah rasa tension tu berhenti ajelah. Lagipun kerja ni tak sesuai untuk kau. Kau kan ada kelulusan tinggi.” El tunduk. Entah lah dia pun tak tau nak cakap apa. Lambat atau cepat dia tetap kena berhenti kerja ni juga. Ayah dah bagi warning.
“Ah, .itu semua tak penting, selagi aku nak kerja aku kerja. Tak da kena mengena dengan kelulusan aku.”
“Yelah, tapi sekarang ni aku tengok kau macam dah tak da mood. Aku yang tengok muka kau ni pun naik tension apa. Cubalah buat muka ceria sikit macam dulu.” El hanya tersenyum sinis. No komen, sebab sekarang ni dia memang tengah tak da mood. Pasal apa lagi, pasal semalamlah.
“Eh, Mal, aku ada masalah sikitlah dengan housemate aku.”
“Housemate? Bila masa kau ada housemate ni. Setahu aku kau tinggal seorang.” El ni memang suka tau buat cerita mengejut.
“Itu dulu. Kalau kau nak tahu yang aku bertumbuk dengan pencuri tu hari sebab dialah. Baru seminggu dia kat sini. Sementara dia belum dapat kerja dengan rumah sewa ni, dia tumpang rumah aku dulu.” El menerangkan. Akmal hanya mengangguk macam burung belatuk.
“So, apa masalahnya?”
“Kelmarin dia tak balik satu hari, secara kebetulan pula aku rendam baju-baju aku. Terus dia mengamuk. Dia ingatkan aku bawa balik perempuan. Tu yang dia marah tu.” Akmal geleng kepala.
“Eh, kenapa pulak dia nak marah?” La, apa ke sengalnya si Akmal ni. Tak faham-faham.
“Sebab, aku rasa dia ingat aku ni lelaki kot.” Akmal gelak. Kuat pulak tu. Sekarang ni El pulak tak faham.
“Oi, apasal kau gelak. Kau ingat aku buat lawak ke?” Orang suruh tolong selesaikan masalah. Dia boleh bantai gelak.
“Adalah sikit. Tapi takkan dia tak perasan yang kau ni perempuan. Kalau dia ingat selama ni kau lelaki, berani plak dia duduk serumah dengan kau eh.” Pening, pening kepala otak dibuatnya.
“Yelah, betul gak kata kau tu. Hai, entahlah.. aku pun tak berapa nak faham dengan budak ni.” Kalau betullah dia ni lelaki takkan dia nak ajak tinggal sama. Gila apa. Kang tak pasal-pasal kena ‘caught wet’.
“Masalah kau ni kelakarlah El. Itulah, aku dah cakap ubah penampilan diri tu tapi kau degil, hah kan dah jadi masalah.” Akmal gelak lagi. Salah sangka yang tak sepatutnya berlaku.
“Eh, aku mintak tolong kau selesaikan masalah akulah bukan bagi ceramah.Buang masa cakap ngan kau ni.” Si Akmal ni orang mintak tolong. Dia bagi ceramah free plak. Hah duduklah kau kat situ. Blah lagi bagus.
“Eh, tunggulah dulu. Air aku belum sampai lagi ni.” Akmal memanggil.
“Ah, lantak kaulah. Aku nak blah dulu. Bosanlah kau ni. Cerita dengan monyet lagi bagus daripada cerita dengan kau.” Malas El nak layan. Tinggallah Akmal seorang di situ.

* * * * * *

Aik, gelap lagi rumah ni. Zarina ni tak balik lagi ke? El geleng kepala. Apa masalah perempuan ni. Takkanlah semata-mata pasal benda-benda dalam besen pun nak mengamuk sampai macam ni. Emosianallah perempuan ni. malas El nak layan. Suka hati dialah nak balik ke tak nak. Orang tengah marah. nanti bila dah sejuk tu baliklah dia. Biasalah benda-benda macam ni.
Sewaktu hendak pergi ke dapur yang sememangnya melalui bilik Zarina El lihat pintu bilik itu terbuka. Eh, selalunya tertutup. Kenapa pula hari ini pintu ni dibiarkan terbuka. Hati El mula rasa tak sedap. Mungkinkah Zarina dah tinggalkan rumah ni. Cepat-cepat lampu di on kan. Ada surat atas tilam. El menghampiri dan membacanya.

Buat El…..

Ina dah ambil keputusan nak tinggalkan rumah ni. Sebab Ina dah dapat rumah sewa baru. Terima kasih di atas kesudian El menumpangkan Ina tinggal di sini. Halalkan makan dan minum Ina sepanjang Ina tinggal di sini. Ina harap tak payahlah El cari Ina lagi. Sebab Ina memang tak nak jumpa El lagi. Sebenarnya Ina kecewa dengan sikap El. Sia-sia saja Ina mencintai El dalam diam. Memang Ina tak nafikan yang Ina dah jatuh hati pada El sejak pertama kali kita berjumpa, di malam El membelasah pencuri tu. Ina terpikat pada keberanian dan perwatakkan El.Tapi sejak peristiwa malam kelmarin, Ina jadi benci pada El. Ina ingat El ni jujur orangnya, tapi rupa-rupanya……El pun sama seperti lelaki lain yang Ina kenali. Dulu Ina sangkakan El lah lelaki yang paling baik yang pernah Ina kenali. Yelah, walaupun kita tinggal sebumbung belum pernah pun El lakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Ina. Kalau lelaki lain agaknya tentu dah lama Ina ni jadi seperti pelepas nafsu mereka. Walaumacammanapun Ina bersyukur kerana El tak seperti mereka dan Ina masih tetap suci….apalagi yang boleh Ina katakan. El dah mengkhianati cinta suci Ina. Ina harap berbahagialah El di sana. Usah lagi dicari Ina di sini, kerana tidak mungkin Ina memaafkan El.

Yang kecewa,
Zarina

Bagai nak pengsan El membacanya, apa yang telah dia lakukan. Kenapa sampai Zarina boleh jatuh cinta pada dia. Masyaallah…..selisih malaikat 44. Harap dijauhkanlah. Padanlah, Zarina marah sangat. Rupa-rupanya Zarina ada hati padanya. Tak sangka secepat itu Zarina boleh jatuh hati padanya. El geleng kepala. Apa yang harus dilakukannya sekarang? Berterus-terang. Ya dia mesti berterus-terang. Kalau tidak selamanya Zarina akan salah sangka padanya. Tapi bagaimana caranya. Zarina pun dia tak tahu di mana berada. Dan kalau dia tahu pun Zarina tetap tak nak jumpanya macammana ye?

* * * * * *

Akmal berlari-lari anak seakan mencari seseorang. Sememangnya dia mencari seseorang. Selepas mendapat panggilan telefon dia terus ke sini. Dataran yang besar ini menjadi sasarannya. Tiba di satu sudut barulah dia terpandangkan seseorang yang memang dia kenalinya. Akmal menggeleng kepala, lantas merapati ke arah susuk tubuh tersebut.
“Oh, penat aku mencari, rupa-rupanya di sini engkau ye. Ada apahal kau nak jumpa aku ni. Alah, tadi siang eksyen, tak nak layan aku konon. Malam ni tau pula nak jumpa aku.” Belum apa-apa lagi Akmal dah perli.
“Eh Mal kau jangan nak perli-perli aku eh, aku tak da masa tau nak cari-cari gaduh ni.” Kurang asam punya Akmal dia perli-perli pula.
“Siapa yang perli kau, aku cakap yang benar.” Ujar Akmal sambil gelak-gelak. Ish, geram aje El. Rasa macam nak debik-debik aje budak sekor ni.
“Ah, lupakan ajelah soal tu, suka hati kaulah nak cakap apa. Yang penting, sekarang ni aku ada masalah dan kau mesti tolong aku.” El serious.
“Masalah lagi. Kau ni tak habis-habis dengan masalahlah.” Akmal geleng kepala.
“Kau mesti tolong aku Mal, dah tak da orang lain lagi yang boleh tolong aku selain kau.”
“Tolong apa ni El?” Soal Akmal.
“Nah, kau baca ni?” El mengeluarkan surat Zarina. Biar Akmal baca sendiri. Sementara tu dia berjalan-jalan sekejab mengambil angin. Lagipun dah lama dia tak keluar malam.
“Habis tu kau nak minta tolong apa dengan aku?” El diam sebentar.
“Begini, aku akan survey tempat kerja dia. Kalau tak salah aku dia ada cakap dia nak kerja di sebuah butik ni. Aku rasa aku tau kat mana, tapi aku nak double confirm dululah. Itupun kalaulah jadi dia kerja kat situ. Nanti kalau dah confirm aku beritahu kau, dan kau kena tolong aku jumpa dia.”
“Aku nak jumpa dia? Kenal pun tidak.” Akmal menyampuk tiba-tiba. Tak sempat El nak habiskan ayat.
“Kaulah jumpa dia….sebab dia tak nak jumpa aku. Kalau dia nak jumpa aku tak payahlah aku suruh kau.” Ish, bengang betullah El dengan Akmal ni.
“Aku nak cakap apa dengan dia?”
“La… sejak bila pulak kau jadi bodoh ni. Cakaplah yang kau kawan aku. Terangkan perkara sebenar, yang dia tu dah salah sangka. Itu aje. Lebih-lebih tu kalau kau nak sambung tu gunalah idea kau. Alah… macamlah selama ni kau tak pernah berbual dengan perempuan. Gabra semacam aku tengok.” El senyum. Senyum perli.
“Ah, jangan nak kutuk-kutuk aku pulak eh, nanti aku tak tolong kau, baru padan muka.” Akmal bengang.
“Yelah-yelah.” El terpaksa mengalah. Akmal ni pun mengugut.
“El.”
“Emmmm…..apa?”
“Zarina ni lawa tak?” El menoleh kearah Akmal. Kalau dah lelaki tu lelaki juga. Gatal !
“Tah….kau tengok sendirilah.” Tak kuasa El nak layan.
“Alah, itu pun nak berahsia dengan aku. Tak pe-tak pe.” Akmal boring. Dia mencebik. El hanya tersengih mana boleh bagitahu, nanti tak tidur malam pulak Akmal malam ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: