Warna hidup El 7

Semenjak keluar dari rumah El, Zarina menetap di rumah sewa Suria. Lebih senang, sebab mereka bekerja di satu tempat. Segala yang berlaku antara dia dan El diceritakan pada Suria. Nampaknya gadis itu turut marah dengan El malah, dia siap berjanji lagi kalau dia jumpa El siap manusia itu dikerjakannya.
Akmal mencari-cari apa yang dicarinya. Sebenarnya nervouse juga ni. Maklumlah nak jumpa perempuan. Tak kenal pula tu. Macam kerang busuk pula dia jadinya. Tak pelah tolong kawan punya pasal dia sanggup. Lagipun kalau tak dia yang tolong El siapa lagikan.
“Ye bang nak cari apa?” Akmal senyum. Control macho control.
“Aaa…..sebenarnya saya bukannya nak beli apa-apa tapi nak tumpang tanya sikitlah.” Amboi, lembutnya suara.
“Nak tanya apa?”
“Nak tanya ada tak pekerja kat sini nama dia Zarina?” Suria memandang Akmal atas bawah. Naik gerun pulak Akmal dibuatnya. Tadi muka senyum, ini dah masam pula.
“Kalau ada kenapa?” Akmal senyum campur lega. Betullah cakap El tu. Nasib baik tak salah kedai.
“Saya kawan dia nak jumpa dengan dia.”
“Hah, jangan-jangan awak ni tak, El. Berani awak datang sini nak jumpa dengan dia ye!” Suria tiba-tiba melenting. Alamak Akmal terkejut, apa dah jadi dengan perempuan ni tiba-tiba aje melenting.
“Apa yang awak nak daripada dia ah? Nak sakitkan hati dia lagi!” Suria terus melenting. Akmal pula semakin pening.
“Hallo… kak long. Awak ni dah salah orang. Saya bukan El tapi Akmal.” Ujar Akmal tak puas hati.
“A.. Akmal ke El ke, sama saja.. kamu semuanya lelaki.” Suria menyerang lagi. Ish…..Akmal geram. Ni ada juga yang kena debik ni nanti. Sementara Zarina yang berada di dalam terkejut. Itu apa pula yang bising-bising di luar tu. Nasib baik Puan Kartina tiada, kalau tidak tentu haru jadinya.
“Keluar-keluar saya tak nak nampak lagi muka awak di sini?” Suria menghalau Akmal keluar.
“Saya tak nak selagi saya tak jumpa Zarina!” Akmal berdegil.
“Ada apa hal kecoh-kecoh ni Suria? Siapa pemuda ni?” Sampai-sampai aje Zarina menyoal.
“Biar saya terangkan cik. Saya datang sini nak jumpa dengan Zarina, tiba-tiba aje kak long ni ni melenting marah saya.” Suria getap bibir. Alah macam bagus pemuda ni.
“Awak siapa, ada apahal nak jumpa dengan Zarina?” Soal Zarina.
“Saya Akmal. Saya kawan kepada kawan Zarina. Saya ada hal mustahak sangat nak jumpa dia.” Akmal menerangkan. Cik kak ni o.kay sikit.
“Hal apa yang mustahak tu?”
“Adalah halnya. Pasal housemate dia yang dulu.”
“Maksud awak El? Soal Zarina lagi.
“Ye…betul! Mana awak tau. Eh, awak ke Zarina?”
“Ye saya Zarina. Emm… minta maaflah cik Akmal. Saya tak berminat lagi nak tahu apa-apa pasal El.”
“Eh…..mana boleh macam ni cik Zarina. Cik Zarina kena dengar dulu penjelasan daripada saya….baru boleh buat keputusan.” Akmal tetap tak nak mengalah. Di kala itu Suria sudahpun berlalu melayani pelanggan yang datang berkunjung.
“Kan saya dah kata saya tak nak dengar. Awak tak faham ke?”
“Kalau macam tu sampai bila-bilalah Cik Zarina akan salah sangka. Salah sangka yang tak benar boleh mendatangkan dosa tau.” Balas Akmal.
“Kenapa pula awak cakap macam tu?” Akmal senyum. Emm…..umpannya dah mengena.
“Hah, kalau nak tau. Mari kita jumpa di luar. Susah nak cerita di sini.” Zarina diam seketika.
“Baiklah saya setuju. Tapi tunggu masa lunch nanti.”
“O.kay set….” Akmal o.kay aje.

* * * * * *

“Begitulah ceritanya. Dia tahu kalau dia yang datang tentu cik Zarina tak mau jumpa dengannya, sebab tu lah dia suruh saya yang jumpa dengan cik Zarina.” Akmal berharap sangat selepas ni kerjanya telah selesai. Jadi tak payahlah dia datang butik tempat Zarina tu kerja dua tiga kali untuk meyakinkan Zarina yang dia sebenarnya telah tersalah sangka.
“Saya tak tahu, sebab dia pun tak pernah beritahu saya tentang dirinya. Walaupun kami duduk serumah, sebenarnya kami jarang bersama kecuali malam. Itu pun kalau saya tak mengantuk.” Akmal angguk. Bagus sekarang semuanya dah jelas. Jadi kira selesailah.
“Jadi sekarang ni tak perlulah lagi awak membenci El.” Zarina hanya tersenyum mendengar kata-kata Akmal. Sebenarnya dia tengah malu sangat sekarang ni. Yelah, marah pada benda yang tak sepatutnya. Jatuh cinta pada perempuan pula.
“Tak lah. Saya pula yang sepatutnya minta maaf. Marah tak tentu pasal.” Ujarnya malu-malu. Akmal hanya tersenyum. Baru dia perasan sekarang yang Zarina ni cantik juga. Bila dia tersenyum tu nampak ayu aje.
“Kalau macam tu bolehlah awak tinggal semula dengan El. Tak perlulah lari lagi.”
“Oh, maafkan saya. Yang tu saya tak berani nak cakap. Sebab saya memang nak pindah rumah kawan saya sebenarnya. Sekarang ni pun saya tinggal dengan dia.” Oo… Akmal mengangguk. Tak pelah hal kecil tu.
“O.kaylah nanti saya sampaikan pada dia. Dia pun tak ambil hati saya rasa.” Zarina senyum. Baguslah kalau macam tu.
“Em… nanti tolong sampaikan salam saya dan katakan saya minta maaf pada dia ye.”
“Yelah…” Akmal angguk lagi.
“Aa.. En. Akmal…”
“Panggil saja saya Akmal. Tak biasalah ber Encik, encik ni janggal pula rasanya.” Zarina senyum lagi. Alamak bengangnya.
“Akmal saya tak tahulah bila lagi saya nak jumpa dia tapi nasihat saya pada El, suruhlah dia berubah jadi perempuan. Jangan lagi mengelirukan mata kasar orang. Takut ada orang lain pula tertipu macam saya.” Akmal senyum. Senyum ada makna tu.
“Kalau dia terima. Sebab saya pun dah banyak kali nasihatkan dia, tapi tak jalan. Dia tu keras kepala sedikit.” Akmal geleng kepala.
“Tak pelah itu hak dia. Kita tak boleh nak paksakan.” Zarina mengalah.
“Ya betul…..”
“Walaumacammanapun saya akan sampaikan jugalah nasihat awak.”
“Terima kasih Akmal.”
“Sama-sama kasih.” Jawab Akmal sambil tergelak nakal. Zarina tertunduk malu.

“Hah, macammana?” Memang dia nanti-nanti kehadiran Akmal. Nak tahu cerita selanjutnya.
“Semuanya settled. Dia kirim salam dan minta maaf pada kau.” El tersenyum gembira. Selamat. Selesai juga salah satu daripada masalahnya.
“Lagi? Tak kan itu saja. Dia tak nak tinggal rumah aku lagi ke?”
“Oh, yang tu dia minta maaf. Sebab dia dah tinggal rumah kawan dia.”
“Ye ke.” Muka El jadi muram seketika.
“Tak pelah. At least dia tak merempat.” El kembali senyum. Alah dia dah biasa tinggal seorang ni.
“Tapi ada lagi pesanan dia.”
“Apa dia?” Soal El.
“Dia suruh kau berubah, jadi perempuan. Dia kata jangan mengelirukan mata kasar orang.” El tersenyum. Pesanan yang bermakna tu.
“Apa-apa pun, thanks Mal.” Akmal mengangguk. Ceh, bangga gitu.
“Assalamualaikum!” Tanpa dilawa Haikal sudah pun duduk di bangku yang kosong.
“Eh, bila kau balik?” Soal Akmal. Katanya out station.
“Baru balik lah ni. Belum sampai rumah lagi. Rindulah kat kau orang. 3 hari tak jumpa.” Wek… macam nak termuntah El dengar. Rindu konon. Macamlah selama ni dia orang selalu jumpa.
“Rindu kat kita orang ke atau rindu kat awek kau yang ada di sini?” Duga Akmal, dengan nada mengusik. Haikal hanya tersengih kerang busuk. Sementara El hanya menggeleng kepala.
“Entahlah agak nya kot.” Jawab Haikal dalam ketawa. Dia sempat memandang pada El. Namun El hanya berlagak selamba.
“Hai, malangnya nasib awek yang dapat pakwe macam kau ni.”
“Kenapa pula?” Soal Haikal tak faham dengan kata-kata El.
“Yelah, bukannya nak jumpa dia dulu. Jumpa kita orang dulu.” Selamba aje El berkata. Tak senyum pun. Haikal tersengih lagi.
“No komen.. em, o.kaylah aku penatlah. Nak balik rumah. Kalau ada masa free nanti aku call lah eh.” Haikal dah nak beredar. Baik El mahupun Akmal tidak menghalang. Sebab dia orang pun dah nak naik duty ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: