Warna hidup El 8

“Kring! Kring! Kring!” El baru keluar daripada bilik air tatkala telefon di ruang tamunya berdering.
“Siapa pulak lah telefon petang-petang ni.” Sebelum mengangkat gagang sempat lagi tu mengomel.
“Hallo……”
“Hallo…El, akulah.” Siapa ni? Tiba-tiba aje ‘akulah.’
“Siapa kau?”
“Aku lah Haikal. Tak kan tak cam kot.” Em…Haikal cakaplah. Ini ‘akulah’, manalah dia tahu.
“Hah, ada apa hal telefon aku ni?” Keras aje suara.
“El, malam ni kau free tak?”
“Apasal?” Jawab tidak, soal pula.
“Aku ingat nak jumpa kau malam ni boleh tak?” El diam sekejab. Boleh tak?
“Em….pukul berapa?”
“Pukul 8.30 malam…tempat biasa.”
“O.kaylah…jumpa kau di sana.”
“O.kay bye.” El meletakkan gagang telefonnya. Apahal si Haikal ni nak jumpa dia ye. Sebenarnya mereka jarang jumpa berdua ni. Selalunya dengan Haikal. Ada hal penting ke? Ah… malaslah nak fikir. Yang penting 8.30 malam tempat biasa.

* * * * * *

El masih lagi bersandar di motor kesayangannya tu. Oo…sayang o…dah banyak jasa motor ni dengan dia. Dengan motor inilah dia ke mana-mana. Walaupun ayah melarang keras dia menunggang motor, namun dia tetap berdegil. Bukannya dia tak pandai pandu kereta tapi dia lebih suka bawa motor. Lebih ringkas. Kereta ni lecehlah. Nak cilok-cilok pun susah.
“Oi! Ke hulu ke hilir, ke hulu kehilir… eh penatlah aku tengok. Kau tak boleh berdiri setempat ke?” Rimas pulak El tengok Haikal ni. Cubalah bersandar dekat keretanya tu. Macam yang dia buat. Haikal berhenti berjalan. Dia tersengih memandang El. Sebenarnya tengah susun ayat ni. Apa nak cakap nanti.
“Eh… kau tak kisah ke jumpa aku malam-malam ni?” Ayat pertama yang keluar satelah lama mendiamkan diri. El tersenyum. Dia geleng kepala. Tah apa-apalah si Haikal ni. Ada ke soalan tu yang dia tanya. Tanyalah soalan lain.
“Kau ni dah kehabisan soalan ke? Tanya aku soalan macam ni. Ei…kalau aku kisah, tak jumpa kita di sini tau malam ni. Lagi pun macam tak biasa.”
“Eh, kau tak kisah eh. Tak pe lah. Kira tak jadi masalahlah eh.” El memandang Haikal. Apa kena dengan mamat ni. Macam tak betul aje. Tersengih-sengih. Macam pondan pulak. Tersipu-sipu mengalahkan perempuan.
“Oi! Apahal sebenarnya kau nak jumpa aku ni. Aku tak da masa tau nak tengok kau tersipu-sipu ni.” Ayat perli nampak. Terasa Haikal. Saat itu juga dia mula serious.
“Tak da, macam ni El, aku… aku sebenarnya ada hal nak cakap dengan kau ni.”
“Hal apa? Cakap aje lah.” Semakin pelik El tengok perangai budak Haikal ni. Macam ada sesuatu aje.
“Macam ni, aku nak minta tolong kau. Boleh tak?”
“La… dah kau tak cakap macam mana aku nak tau boleh ke tidak.” Ish, apa sebenarnya yang si Haikal ni nak?
“Aku dah jatuh hatilah.” Em… El senyum. Baguslah tu.
“Dengan awek yang kau maksudkan tempohari tu, yang sampai kau tergesa-gesa balik sini?” Alah… kan Haikal pernah mentioned. Haikal senyum.
“Sebenarnya dia tak tau pun yang aku ni suka kat dia. Aku aje yang syok sendiri.” Jawab Haikal sambil tersengih. Mengaku memang dia yang syok sendiri. Tah taulah kenapa sampai jadi macam tu. Pertama kali dia lihat, rasa dah jatuh cinta.
“So, tunggu apa lagi terus-teranglah. Nanti kau juga yang melepas.”
“Memanglah aku nak terus-terang dengan dia tapi aku takut dia tak terimalah. Dia ni lain sikit. Silap-silap dia ketawakan aku, tak pun dia tuduh aku ni gila.” Nampak sangat ke kronikkan di wajahnya.
“Tak kanlah dia nak cakap macam tu pulak. Tak da sebabnya.”
“Aku harap pun begitu jugalah.” Haikal berharap.
“Eh, El macam mana kalau dia reject aku. Kau rasa aku o.kay tak ah? Ada daya tarikkan tak?” El tengok Haikal atas bawah. Bukannya apa…saja je. Haikal pun apalagi. Mula berposing –posing macam model iklan. Heh, Perasan!
“Entah! Aku pun tak tau. Tapi kalau kena reject tu nasib kaulah.” El gelak. Padan muka Haikal, saja dia nak menyakat Tapi dalam hatinya berkata, Haikal tu o.kay apa. Saja tak nak cakap. Berubah muka Haikal serta-merta.
“Apa-apa pun cuba dulu. Jangan mudah mengalah.” Kalau dah suka, apa lagi terus-teranglah. Terima tak terima itu, belakang cerita.
“O.kaylah….aku ikut nasihat kau.”
“So, sekarang ni pertolongan apa yang kau nak daripada aku? Nak suruh aku tolong cakapkan dengan dia?” Boleh….no problem.
“Ah… tak pe aku boleh cakap sendiri.”
“Habis tu apa yang kau nak minta tolong daripada aku?”
“Tak ada ape-apelah.” El geleng kepala. Pelik Haikal ni. Tadi nak minta tolong. Sekarang tak payah pulak.
“Aku dah boleh baliklah ni?”
“Apasal kau dah nak balik ke?” Awal lagi ni.
“Kau memerlukan khidmat aku lagi ke?”
“Boringlah, kat rumah. Apa kata kau teman aku makan. Lapar pulak perut aku tiba-tiba.”
“Kau belanja?” Kalau Haikal nak belanja, bagus juga.
“Mestilah, kan aku yang ajak kau.”
“Aku nak makan apa ye?” Orang nak belanja ,mesti demand
“Apa yang kau nak El, kau mintak sajelah aku belanja.” El, Tersenyum penuh makna. Itu sudah bagus. So mereka pun tak tunggu lama lagi terus menuju ke destanasi seterusnya.

Minum petang…..itulah rutin harian. Sepatutnya. Tapi kalau sibuk. Miss juga. Haikal duduk di bangku halaman rumah bersama ayah dan ibunya. Landskap rumah ni dialah yang designnya. Sebenarnya mereka jarang dapat bersama. Maklumlah masing-masing sibuk. Haikal sendiri sibuk sekarang ni, sejak mendapat projek baru. Makin bertambahlah kerja. Dia pun dah lama tak jumpa El dan Akmal. Kali terakhir jumpa mereka berdua, dua minggu lepas. Itupun sekadar terserempak saja dengan mereka. Tak sempat pun berbual mesra.
“Em….macam mana dengan projek kita yang baru tu. Bagus ke lokasi yang dicadangkan?”Soal Dato’ Salam. Sampai ke rumah soal kerja dipersoalkan.
“Semuanya o.kay ayah. Mengikut kajian yang diaorang telah dilakukan, tempat tu memang sesuai dan strategik untuk dijadikan pusat pelancongan.” Dato’ Salam mengangguk. Bagus. Haikal ini memang boleh diharap. Tak sia-sia dia menghantar anaknya belajar tinggi-tinggi.
“Kalau macam tu….teruskanlah kerja-kerja tu. Ayah cuma nak tahu perkembangannya saja.”
“Ayah jangan risau. Haikal akan berusaha seboleh yang mungkin.” Itulah janjinya pada ayahnya dan juga dirinya.
“Bussiness tu bussiness juga. Tapi apa yang dihidangkan ni makanlah. Tu air tu. Tak minum dah sejuk dah.” Datin Saadah menggeleng kepala. Em dua beranak ni kalau dah cerita pasal kerja memang khusyuk…..tak ingat semua benda lain.
“Em… sedap kuih ni. Nanti bolehlah ibu buat lagi.” Puji Haikal. Dia memang menyanjung tinggi sikap ibunya. Sungguh pun aktif berpesatuan, berkelab dan sebagainya namun masih punya waktu untuk bersama keluarga. Contohnya kuih inilah. Dia tahu bukan Kak Pah yang buat ni.
“Kalau nak makan lagi, cepat-cepat kahwin. Nanti isteri kamu boleh masakkan selalu.” Haikal hanya tergelak mendengar usikkan daripada ibunya itu. Yelah, orang tua. Memang begitulah hasrat mereka, bila anak dah besar, teringin nak bermenantu lepas tu cucu pula. Mentelaah lagi Haikal ini seorang sajalah anak mereka lagilah mengharap.
“Nantilah bu, kalau ada jodoh kahwinlah Hai.”
“Ibu dengan ayah bukannya apa. Sebenarnya ibu ni teringin nak merasa anak perempuan. Kalau kamu tu kahwin. Dapatlah juga kami merasa.” Sambung Datin Saadah lagi. Yelah…memang hasratnya yang satu itu belum tercapai lagi. Sudah ditakdirkan selepas melahirkan Haikal beliau di sahkan tidak boleh mengandung lagi kerana ada masalah di rahimnya, takut memudaratkan nyawa jika mengandung lagi.
“Insyaallah ibu, ayah…..Haikal akan cuba.”
“Kamu dah ada calon ke?” Haikal hanya tersenyum. Entahlah susah nak cakap. Tengok sajelah.
“Kalau jadi nanti, akan Hai bawa jumpa ibu dan ayah.” Datin Saadah dan Dato’ Salam hanya tersenyum. Sebenarnya mereka tak kisah siapa pun yang Haikal pilih. Sesiapa pun calon Haikal mereka terima.
“Em… ayah, hujung minggu ni Haikal nak ke JB. Nak tengok cawangan kita di sana. Sekali-sekala tu kena jengah juga. Tak boleh nak harapkan mereka semuanya.”
“Yelah… kalau terjumpa dengan Dato’ Aziz , sampaikan salam ayah padanya.
“Ibu juga. Sampaikan salam ibu pada Datin Aina ye. Dah lama tak jumpa, apa khabar mereka agaknya.”
“Insyaallah ayah, ibu. Hai pun memang nak jumpa mereka ni. Nantilah Hai sampaikan.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: