Adik Rindu Ma

Hari ni 26 Jun 2007, genap 6 tahun Ma meninggalkan adik, abang dan ayah. Genap 6 tahun Ma pergi mengadap Yang Maha Kuasa. Rindu adik pada Ma hanya Tuhan saja yang tahu. Bila dah tak tahan sangat rindu pada Ma, adik buka balik album gambar-gambar lama. Adik duduk sorang-sorang kat dalam bilik, lepas tu adik menangis puas-puas.

Teringat masa adik kecil dulu. Adik ni nakal yang amat sangat. Degil pun ya. Apa yang adik nak, adik akan pastikan adik akan dapat. Sampai sanggup bergaduh dengan abang. Lepas tu siap ngadu kat Ma yang abang buat. Nak ngadu kat ayah, takut ayah marah lagi, kalau ngadu kat Ma, balik-balik Ma Cuma cubit kat peha sikit aja.

Adik ingat lagi tahun 1991, adik kena masuk hospital, buat operation appendix, Ma tunggu adik siang malam kat hospital. Ma tidur kat atas kerusi yang disediakan hospital walaupun ayah ada bawak toto. Ma kata, takut dia lena sangat tidur, nanti susah kalau adik nak apa-apa.

Tahun 1992, lagi sekali adik masuk hospital, Kali ni masa kawan-kawan adik sibuk ambil peperiksaan SRP. Adik ambik peperiksaan SRP dengan bertemankan Ma kat hospital. Walaupun adik tak dapat ambik kertas sejarah masa SRP tu, adik lulus dengan cemerlang jugak. Adik dapat 14 Argegat. Ma kata adik cerdik, adik senyum aja.

Tahun 1994, waktu adik ambik peperiksaan percubaan SPM, adik di kejutkan dengan berita kematian arwah Tok Ki. Adik menangis sampai pengsan-pengsan. Adik memang rapat dengan arwah Tok Ki. Ma lah yang pujuk adik, suruh adik bersabar. Kata Ma, setiap yang bernyawa akan mati. Adik tahu, tapi adik sedih sangat sampai adik jawab peperiksaan percubaan SPM ala kadar aja. Bila result keluar, adik dapat keputusan yang teramatlah teruknya. Sampai cikgu kat sekolah kata, adik bakal mencatatkan sejarah kat sekolah sebab adik akan menyebabkan sekolah tak dapat 100% keputusan pelajar yang lulus.

Adik buat bodoh, malas nak fakir pasal belajar, hinggalah satu hari Ma duduk dengan adik. Ma tepuk-tepuk belakang adik, usap kepala adik sambil cakap ngan adik yang adik kena belajar sungguh-sungguh sebab adik merupakan cucu harapan arwah Tok Ki untuk ke menara gading. Ma kata, kalau adik berjaya masuk universiti, adik berjaya menyempurnakan amanat terakhir arwah Tok Ki.

Last-last minit nak SPM, adik baru pulun belajar. Lepas tu adik tawakkal. Sambil tunggu result SPM keluar, Ma suruh adik belajar kelas computer. Adik ikut aja walaupun adik malas sebenarnya. Akhir tahun 1994, bulan puasa, adik ingat lagi seminggu nak raya, lagi dua minggu result SPM nak keluar, adik nak pergi beli borang UPU, Ma minta tolong abang hantarkan adik ke Bandar dengan motorsikal. Adik kata, adik tak mahu, adik nak naik bas aja.

Lepas beli borang UPU, adik jalan-jalan kat Bandar. Jumpa dengan abang. Dia dah nak balik rumah masa tu, dia ajak adik balik sekali. Adik masa tu walaupun rasa tak sedap hati,sebab dah tengah hari, panas, adik naik jugak motorsikal dengan abang. Entah macam mana, motorsikal yang abang bawak dilanggar dari belakang. Abang ngan adik kemalangan betul-betul kat depan hospital. Abang patah kaki, adik pulak terseliuh bahu dengan luka. Borang UPU yang adik beli habis berterabur atas jalan, kena pijak dengan orang. Tahun tu, Ma temankan abang raya kat hospital. Dalam tu adik susah hati sebab borang UPU adik ada kesan tapak kaki, nak beli borang lain, dah habis di jual. Ma kata, kalau ada rezeki adik nak masuk universiti, insya-allah, adik akan dapat. Sejuk hati adik dengar kata-kata Ma.

Lepas dua minggu raya (lebih kurang rasanya) result SPM keluar. Adik masa tu ingat kalau dapat Gred 3 ka 2 ka dah bagus dah, kurang-kurang adik boleh masuk tingkatan 6, Ayah yang pergi ambil result SPM adik.Dari jauh bila ayah balik, adik boleh nampak ayah senyum. Ayah, kata ayah dapat ucapan tahniah dari pengetua sebab pengetua sendiri terkejut. Adik antara pelajar yang mencatat keputusan cemerlang. Adik dapat gred satu dengan 10 Argegat. Alhamdulillah.

Sementara tunggu keputusan masuk u, adik daftarkan diri masuk tingkatan 6. Tak lama lepas tu, sorang sorang kawan-kawan adik dapat surat tawaran ke univeristi. Adik jugak yang tak dapat lagi. Adik dah rasa sedih dah. Ma pujuk adik, kalau kali ni tak bejaya, adik boleh cuba masa STPM nanti. Adik senyap aja. Ma tahu adik sedih sebab kawan baik adik pun dah dapat surat tawaran masa tuh. Dia dapat gi UUM. Adik pujuk hati adik sendiri, tak apalah, adik ambik STPM ajalah.

Lagi 10 hari budak-budak yang dapat tawaran ke univeristi nak lapor diri, adik tetap gi sekolah walaupun masa tu, dah tak ramai budak-budak kat dalam kelas tingakatan 6 rendah tu. Tengah hari adik balik dari sekolah, adik tengak Ma dengan abang tunggu adik kat depan pintu. Adik pun rasa pelik, pasal apa abang tak gi keje? Adik buka aja kasut, Ma kata ada surat untuk adik kat atas meja. Adik cepat-cepat ambik dan buka surat tu. Baca aja surat tu, adik menjerit sekuat-kuat hati. Alhamdullilah, adik dapat masuk U. Akhirnya adik dapat masuk U.

Hari pendaftaran di kolej, adik tgk Ma sayu aja, Adik pun rasa sedih. Masa Ma dengan ayah dengan abang nak balik, Ma peluk adik erat-erat. Ma pesan, belajar sungguh-sungguh, jangan main-main. Malam tu adik tidur dengan air mata meleleh-leleh, adik rasa rindu sangat kat Ma.

Bila dah lama-lama kat U, adik dah pandai bawak diri. Rindu kat Ma, ayah dan abang, adik dah pandai kawal, adik dah tak nangis lagi dah. Kat U adik ada ramai kawan. Seronok. Selang sehari adik telefon Ma. Dengar suara Ma, terubat rindu hati adik.Lepas habis matrikuslai, adik dapat tawaran buat Ijazah Sains Komputer. Adik minta Ma belikan computer sebab masa tu kawan-kawan semua dah ada computer. Tak sampai seminggu, Ma masukkan duit, suruh adik beli computer. Ma tak pernah hampakan permintaan adik, walau susah macam mana pun.

Tahun kedua, adik duduk menyewa dengan kawan-kawan kat luar kampus. Masa tu adik dah pandai keluar-keluar dengan kawan lelaki ni. Adik cakap dengan Ma, Ma nasihatkan adik, jaga diri baik-baik. Adik ni perempuan, tengah belajar lagi. Ma tak mahu adik menyesal nanti. Adik cakap dengan Ma adik tahu, insya-allah adik tahu jaga diri.

Adik memang tahu Ma ada kencing manis, tapi adik tak sangka pula sebab kencing manis tu, mata Ma makin lama makin kabur. Cuti semester kedua , tahun dua, adik ingat lagi. Bila adik balik rumah, adik tengok Ma jalan meraba-raba, sedangkan masa cuti semester pertama, adik tengok Ma jalan ok aja.. Adik menangis, adik tanya Ma, kenapa selama ni Ma bohong pada adik. Ma kata, Ma tak mahu adik susah hati, tak mahu pelajaran adik terganggu. Ma jumpa doktor, doktor sah kan mata Ma sebelah kiri dah buta, mata Ma yang sebelah kanan dah semakin kabur. Ya-allah hebat sungguh dugaanmu.

Tapi Ma tetap tabah, walaupun mata Ma dah tak nampak, Ma masih buat kerja-keja rumah, Masih memasak untuk ayah walaupuan ayah melarang. Tiap kali adik telefon Ma dari kampus, Ma akan nasihatkan adik. Masa tu adik dah “rapat” dengan seseorang. Kira-kira macam dah bercinta sakan lah. Adik cakap dengan Ma. Ma kata Ma tak kisah tapi jangan sampai perlajaran adik terbengkalai. Adik cakap adik tahu.

Masuk tahun ketiga, adik cakap dengan Ma, adik nak bertunang. Ma senyap aja. Membantah pun tidak, mengiyakan pun tidak. Adik merayu-rayu pada Ma, adik nak bertunang jugak. Akhirnya Ma kata, kalau adik dah pikir masak-masak Ma suruh adik cakap dengan pihak lelaki masuk meminang. 22 September 1999, adik sah bertunang dengan lelaki pilihan adik. Masa adik bertunang tu, mata Ma dah dua-dua belah tak nampak.

Adik rasa baru sahaja adik masuk U, alih-alih adik dah pun masuk semester terakhir, tahun terakhir. Kesibukkan membuat projek tahun akhir, adik tak balik masa cuti semester. Ma kata dia faham. Bulan 7 tahun 2000, adik grad dengan kelulusan yang membanggakan jugak walaupun tak dapat list decan ataupun dapat fisrt class honors. Masa tu adik cakap dengan Ma, adik nak kahwin dulu, baru nak cari kerja. Lagipun tuning adik dah berkerja masa tu. Dia tua lima tahun dari adik, adik rasa dia mampu menyara adik walaupun adik tak berkerja.Mak-mak sedara dengan bapak-bapak sedara semua membantah, Dia orang semua marah adik. Baru aja habis belajar dah nak kahwin, kurang-kurang kerjalah dulu bagi duit kat Ma dengan Ayah, kata mereka. Tapi adik ni kan jenis degil, adik kata, adik tak kira, adik nak kawen jugak. Bila Ma bersetuju, makcik-makcik ngan pakcik-pakcik tak boleh nak kata apa.

2 September 2000, adik selamat di ijabkabulkan dengan lelaki pilihan adik. Kenduri adik di buat besar-besaran. Sementelah, adik anak perempuan bongsu dan anak Ma dengan ayah yang terakhir. Bila dah kawen adik duduk dengan suami adik. Tapi adik telefon Ma boleh di katakana tiap-tiap hari. Macam-macam adik cerita dengan Ma.

Lepas dua bulan kawen, adik di sahkan mengandung. Bila adik cakap dengan Ma, dia lah orang yang paling gembira. Ma kata adik bunting pelamin, adik senyum aja. Masa tu ada juga adik dapat tawaram kerja, tapi adik tolak sebab adik mabuk teruk. Ma kata tak apalah, jaga kandungan tu dulu. Lepas bersalin nanti boleh cari kerja.

Bila dah masuk tujuh bulan, Ma buat kenduri doa selamat untuk adik. Perut adik masa tu tak besar sangat. Adik tanya Ma, Ma nak cucu apa? Ma kata dia tak kisah, cucu perempuan ka cucu lelaki ka, yang penting cucu dia selamat dah sihat bila di lahirkan. Masuk sembilan bulan usia kandungan Adik, Adik cakap dengan Ma, Adik nak bersalin kat Kuala Lumpur aja, tak mahu bersalin kat kampung. Adik nak berpantang kat Kuala Lumpur Adik suruh Ma dengan Ayah datang. Adik kata, Ma dengan Ayah dating seminggu pun tak apa. Ma kata, ok dia datang walaupun masa tu Ma baru ja baik dari demam.

19 Jun 2001, Ma dengan Ayah sampai rumah Adik di Kuala Lumpur. Biasa kalau Ma datang, nak naik tangga rumah adik, kena berpimpin, tapi kali ni Ma naik sorang-sorang aja. Ayah pun terkejut. Ma kata tetiba dia rasa sihat.

20 Jun 2001, adik masa nasik dengan lauk kegemaran Ma, tapi bila tiba waktu nak makan, Ma tak nak makan. Puas adik pujuk Ma suruh makan, tapi dia tetap tak mahu makan. Adik nak suap dia tak nak. Adik bergurau dengan Ma, kata kat dia, biasanya orang yang tak mahu makan ni, ajal dia dah dekat. Ma gelak. Dia kata, kalau dah memang ajal dia, dia redha. Terkedu adik dengar jawapan Ma

21 Jun 2001, Ma tak nak makan lagi. Puas adik pujuk sampai hilang kesabaran adik. Adik cakap, kalau Ma tak nak makan sudah, adik dah tak mahu masak lagi untuk Ma, lepas tu adik masuk bilik, nangis sorang-sorang. Bila adik keluar dari bilik, adik dengar tangisan Ma sedang mengadu pada ayah, ajak ayah balik kampong sebab dia kata adik dah tak sayang dia lagi. Hancur luluh adik dengar kata-kata Ma masa tu. Adik masuk bilik, adik peluk Ma erat-erat, adik kata maafkan adik, adik tak ada niat nak buat hati Ma terluka. Ma peluk adik balik, dia kata dia tahu adik tak ada niat, tapi dia kata dia sendiri pun tak tahu kenapa hati dia macam sayu jer. Malam tu Ma cakap dengan adik, dia nak makan agar-agar. Adik kata pagi besok adik buat. Malam tu tak di sangka-sangka kaki Ma tetiba kejang. Ayah urut-urut kaki Ma, Adik dah nangis-nangis suruh Ayah bawak Ma gi klinik. Tapi ayah kata tak apa, Ma dia biasa kena kejang macam tu, kalau di urut-urut nanti kaki Ma ok. Sampai ke subuh adik dengan ayah tak tidur. Hati adik rasa berdebar aja.

22 Jun 2001. Pagi-pagi adik dah bangun. Lepas suami adik gi kerja, adik mengemas rumah. Tetiba adik rasa perut adik sakit, memulas-mulas. Tapi sakit tu datang kejap-kejap aja. Adik suruh ayah gi kedai, beli agar-agar, tapi ayah kata petang sket ayah gi, buat besok aja agar-agar tu sebab malam nanti abg nak datang. Besok Ma boleh makan agar-agar tu dengan abg sekali. Ma angguk saja. Ma baring kat depan TV. Tetiba dia kata dia macam boleh nampak cahaya putih. Dia kata dia macam boleh nampak bayang-bayang adik. Adik peluk Ma, adik menangis.

22 Jun 2001, 11.30 pagi. Perut adik dah makin sakit, tetiba adik rasa kain adik macam basah aja. Ishkk tak kan adik terbuang air kecik kat dlm kain kot. Adik cakap dengan ayah. Ayah suruh adik telefon suami adik. Pukul 1230, adik di masukkan ke HUKM. Adik dah nak bersalin. Adik ingat lagi, masa adik nak turun dari rumah nak gi hospital, Ma menangis mendudu-dudu, sampai ayah kena tenangkan Ma. Ma kata takut dia tak sempat nak tengok adik nanti. Ayah kata, adik bersalin, duduk hospital bukan lama. Dua hari dah keluar.

22 Jun 2001, 945 malam. Adik selamat melahirkan seorang puteri. Ya-Allah Ya Tuhan, hanya dia yang tahu betapa gembira hati adik masa tu. Hilang segala kesakitan yang adik tanggung selama sakit nak bersalin.

23 Jun 2001, pagi-pagi lagi suami adik dah datang. Dia kata abg dah sampai dengan isteri dia. Adik tanya, kenapa ayah tak datang tengok adik, tengok cucu dia? Suami adik kata ayah temankan Ma kat rumah. Adik senyap aja.

23 Jun 2001, petang, Abang datang tengok adik. Bila dia tengok muka anak sedara dia, dia kata dagu anak sedara dia macam dagu Ma, Adik angguk. Memang dagu anak Adik macam dagu Ma. Sepatutnya adikd ah boleh kelluar hospital, tapi di sebabkan anak adik ada kuning, adik di tahan lagi di ward. Tapi kan adik tengok abang masa tu macam susah hati aja. Abang ada cakap, Pak Long dengan Mak Long ada datang KL. Petang nanti sampai. Pak De pun akan datang dari Seremban. Adik hairan kenapa Pak Long, Mak Long, Pak De datang. Tak kan sebab nak tengok cucu saudara baru kot. Adik tanya abang, abang tak jawab pun.

24 Jun 2001, subuh, anak adik tetiba menangis tak henti-henti. Puas adik pujuk. Bagi susu dia tak nak, Adik dukung dia pun dia tak berhenti menangis. Adik dah susah hati dah. Elok-elok bila orang azan, dia senyap sendiri. Adik sambung tidur, bila adik rasa ada orang kejutkan . Eh terkejut adik, Pak Mat! Pak Mat pun datang. Bertambah hairan adik. Pak Mat kata, dia datang sebab tak sabar nak tengok cucu saudara baru dia. Dalam hati adik, adik mula rasa yang bukan-bukan. Ayah masih jugak tak datang tengok cucu dia. Kenapa ya?

25 Jun 2001, subuh. Lagi sekali anak adik menangis tak henti-henti. Waktu adik bangun nak dukung dia, adik nampak abang datang. Dia pakai seluar pendek aja. Eh apa abang buat kat hospital subuh-subuh macam nih. Adik tanya abang, abang kata dia tidur kat hospital. Lagi lah hairan adik. Buat apa abang tidur kat hospital. Abang kata nanti Pak De datang, nak jumpa adik.

Tengah hari, 25 Jun 2001, Pak De datang datang dengan suami adik. Dari jauh adik boleh nampak mata Pak De merah. Pak De kata dia ada benda nak cakap dengan adik, minta adik banyak-banyak bersabar. Adik angguk. Pak De kata, Ma sekarang kat hospital. Ma koma. Dia koma malam masa malam adik melahirkan anak adik. Ya-Allah, terasa macam nak pecah dada adik. Pak De kata, doktor kata harapan ma untuk sembuh Cuma 50/50 sahaja. Ya-Allah, adik menangis, tapi air mata adik gugur di dalam hati. Adik nak gi tgk Ma (Ma berada di bawah jagaan ICU di tingkat 6, HUKM), tapi Pak De kata Ayah tak kasi adik tgk sebab adik masih lemah lagi. Ye lah adik baru aja bersalin 4 hari.

Malam tu sikit pun adik tak boleh tidur. Kejap-kejap suami adik datang tgk adik, lepas tu Pak Mat, Pak De, Pak Long, Abang. Pak De cerita kat adik, sebenarnya dah dua kali dengupan jantung Ma terhenti, tapi doktor berjaya mengembalikan denyutan nadinya. Adik tanya bila? Pak De kata subuh. Hmmmm baru adik perasan..agaknya sebab tu lah anak adik menangis tak henti-henti. Dia tahu apa yang terjadi kat nenek dia.

26 Jun 2001. Pagi. Akhirnya ayah datang jugak tgk adik dengan cucu dia. Mata ayah merah. Adik tak pasti , mata ayah merah sebab dia tak cukup tidur (ayah sentiasa berada di sisi Ma kat ICU) ataupun sebab dia sedih dan juga gembira (sebab dapat cucu). Ayah usap kepala adik. Ayah kata Ma dah tak ada harapan. Ma dah nazak.Ayah nak adik gi jumpa Ma. Tapi ayah pesan kat adik, jgn sesekali menangis bila tgk Ma nanti. Adik angguk.

26 Jun 2001. Pukul 11 pagi. Adik tinggalkan anak adik di bawah jagaan Nurse. Adik nak bawak dia gi ke ICU ward, tapi doktor tak benarkan. Adik di tolak atas kerusi roda oleh suami adik. Dada adik berdebar-debar.

Adik masuk bilik ICU di mana Ma di tempatkan. Ma terbaring kaku. Wayar berselirat. Cuma monitor dengupan jantung yang menunjukkan Ma masih bernyawa. Adik peluk Ma, adik cium pipi Ma. Adik usap tangan Ma. Adik cakap dengan Ma, dia dapat cucu perempuan. Dagu dia sama macam dagu Ma. Lepas tu adik minta ampun dengan Ma. Minta Ma ampunkan segala dosa adik selama ni. Minta Ma halalkan air susu Ma yang Adik minum semasa adik kecil dulu. Adik dapat tgk ada air mata yang mengalir dari mata Ma. Adik ajar Ma mengucap. Adik peluk Ma lagi. Hanya tuhan yg tahu perasaan adik pada Masa tu. Sebelum adik keluar ( ayah suruh adik keluar) adik peluk lagi Ma erat-erat. Adik cakap dengan Ma, adik sayang Ma, Ma lah ibu terbaik untuk Adik.

26 Jun 2001. 11.45 pagi. Adik kat bilik doktor, bawa baby jumpa doktor nak tgk kuning dia dah ok ka belum. Dari jauh adik nampak, Mak Cik dengan suami adik dtg. Adik nampak ada air mata yang mengalir dari mata suami adik. Ya-Allah , tabahkan hati adik. Adik peluk baby erat-erat. Makcik dtg, dia peluk adik, dia cakap Ma dah tak ada. Lepas aja adik keluar dai bilik ICU tadi, dengupan jantung Ma terus jatuh. Doktor sahkan Ma meninggal pada pukul 11.35 pagi. Tapi kan masa tu setitik pun air mata adik tak tumpah. Adik pandang aja baby adik. Tuhan sayangkan arwah Ma. Dalam usia 50 tahun, dia pergi meninggalkan orang-orang yg dia sayang.

Pukul 3, ayah datang dengan Pak De, nak bawak adik ke bilik mayat.Adik tinggalkan baby dengan makcik, adik ikut ayah dengan Pak De. Kat bilik mayat, adik tgk jenazah arwah Ma terbaring kaku. Adik cium dahi arwah Ma, masih terasa hangat. Ayah kata jenazah arwah Ma akan di mandikan dan di kafankan di HUKM, lepas tu baru bawak balik ke kampong. Sebelum troli jenazah di tolak ke bilik mandi mayat, adik cium dahi dan pipi arwah Ma sekali lagi. Mayat arwah nampak berseri-seri. Muka arwah tersenyum. Adik dapatkan baby dari Mak Cik. Masa tu lah adik menangis semahu-mahunya. Ma dah tak ada. Masa tu adik terasa kehilangan. Jiwa adik terasa kosong. Makcik tenangkan adik.

Pukul 4.30 petang. Ayah datang kata kereta jenzah dah bersedia utk bertolak balik ke kg. Adik angguk. Ayah suruh adik byk2 bersabar. Adik angguk. Ayah cium dahi adik. Masa tu, pertama kali dalam hidup adik, adik nampak ayah menangis. Adik pun menangis sama. Ya-Allah, tabahkanlah hati ini.

Pukul 1245pagi, 27 Jun 2001. Pak Mat telefon. Kata Pak Mat semuanya dah selesai. Jenazah telah selamat dikebumikan. Walaupun jenazah telah di sembahyangkan di HUKM, bila sampai kat kampong, org kampong minta izin nak sembahyangkan sekali lagi. Jenazah selamat di kebumikan leabih kurang pukul 11.45 malam. Ya-Allah , Ya Tuhanku, kau tempatkan lah roh arwah ibukan di kalangan mereka-meraka yang soleh. Amin

Hari ini, 26 Jun 2007, seperti tahun-tahun yg sudah, air mata adik tumpah lagi. Adik rindu kat arwah Ma. Cuma gambar arwah Ma sahaja yg dapat mengurangkan rasa rindu di hati adik ini. Hujung bulan ni adik nak balik kg, nak buat kenduri tahlil untuk arwah Ma. Ma adik sayang Ma. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Ma.

Al Fatihan utk Arwah Zainun Binti Ali. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: