Cintaku Untukmu 2

Zulhuzaimy tersenyum lega sebaik saja penggambarannya selesai.Sebaik sahaja selesai penggambaran drama bersiri terbarunya di Alor Setar tadi dia terus mengambil feri ke Langkawi. Dia tahu gadisnya pasti ada di chalet itu.

Setiap tahun&genap tarikh 10 Februari gadisnya akan berada di sana seolah-olah meraikan sesuatu. Valentine `s Day barangkali.Tapi kalau menyambut Valentine `s Day,masakan setiap tahun berseorangan dan semua orang tahu Valentine `s Day di sambut pada 14 Februari bukannya 10 Februari? Selama ini dia sentiasa di buru gadis-gadis dari seluruh pelusuk negara, Brunei dan Singapura.Dia sentiasa menjadi pujaan gadis-gadis yang gilakan lakonannya dan wajahnya yang manis dan tenang itu sentiasa mencuit hati para peminatnya dari golongan gadis.

Tapi semenjak tiga tahun lalu&dia langsung tidak menghiraukan mana-mana satupun gadis yang mengejarnya malah kini dia yang mula mengejar gadis pujaannya. Siapa dia?Hanya dia yang tahu. Sebaik sahaja feri Champur Tiga berlabuh Shah terus ke kaunter untuk menyewa kereta buat kemudahannya di pulau bebas cukai itu.Pantas kereta Proton Wira berwarna hitam itu meluncur ke destinasinya,AB Motel.

Gadis ku & aku rindu padamu! Seru hatinya!

Tiga tahun dia cuba hampiri gadis itu tapi hampa.Dia yakin pada cintanya kali ini, walaupun dia tidak ubah seperti mengejar bayang-bayang.Dia bosan bercinta dengan orang terkenal&dia bosan dengan hidup dalam dunia glamour&!Dia inginkan kehidupan yang normal, bersama orang yang dia cintai&orang yang tak kenal erti glemer `.Bukan dia menghina atau menyisih orang glemer ` mahupun orang seni sedangkan dia juga dari kalangan itu.

Zulhuzaimy tekad kali ini dia mesti menyapa gadis itu.Sekurang-kurangnya dapat dijadikan kenalan&sebelum dia meluahkan rasa hatinya yang telah tiga tahun terpendam.Inilah kali pertama dia jadi sasau kerana seorang gadis setelah kecewa lebih lima tahun lalu.Dua tahun dia kecewa.

Entah kenapa dia jatuh cinta pandang pertama dengan gadis itu.Dia yakin gadis itu sendiri.Dia ingat lagi kali pertama dia terpandangkan kesayuan wajah dan mata gadis itu.Seolah-olah tersimpan seribu cerita duka dalam hidupnya.Matanya asyik merenung pantai.Setia bersama pantai.Seolah-olah masa tidak pernah bergerak.Kaku menghadap pantai.Tiada apa yang mengganggu ketenangannya bersama pantai. Semenjak dia melihat gadis itu&saban hari dia hanya di pantai seolah-olah menunggu sesuatu pulang.Dari pemilik chalet dia tahu gadis itu berada di situ saban tahun.Sekurang-kurangnya setahun sekali.Tapi pada tarikh 10 Februari dia pasti akan hadir di chalet itu.Chalet itu seolah-olah telah ter `booking ` untuknya kerana dia tidak mahu chalet lain kecuali chalet RC-23.

Sejak tiga tahun lalu dia menjadi pengunjung setia Pulang Lagenda itu untuk setiap tahun hanya kerana gadis itu. Setengah jam memandu Zulhuzaimy sampai ke AB Motel.Nasibnya baik kali ini.Dia dapat chalet yang betul-betul bersebelahan dengan chalet gadisnya itu.Dia ternampak gadisnya memasuki chalet itu.

Dia berlalu tanpa memandang ke arah Zulhuzaimy dahulu. Seolah-olah Zulhuzaimy tidak pernah wujud di situ. Zulhuzaimy hairan dengan gadisnya itu.Dia seolah-olah hidup dalam dunia yang terasing daripada orang.Dunia yang kosong tanpa penghuni lain selain dari dirinya.Dan dia juga ingin menyertai dunia kosong gadisnya itu.Tapi bagaimana?Dia sendiri tidak tahu caranya walaupun hatinya sudah cukup memberontak dengan anganan gilanya itu.

Gadisku&aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini dan aku dapat rasakan kaulah gadis yang aku cari dan kau lah yang terbaik buat diriku walau pun kita tak pernah berkenalan.

Tahukah kau,gadisku.Setiap saat ku dambakan kehadiranmu.

[ Dia mungkin milik orang, Zul. ] akalnya cuba mewaraskan hatinya& menyedapkan hati sendiri yang sebenarnya.

Tak mungkin dia milik orang,dah dua tahun aku tengok dia sendiri.Bukannya aku tak tanya tauke chalet tu.Dia sentiasa sendiri.Dah lima tahun dia macam tu.Datang pada tarikh yang sama, sewa chalet yang sama dan aku dapat rasakan dia sebenarnya sedang kehilangan.

Zulhuzaimy cuba menenangkan hatinya sendiri. Telah ditanamkantekad di dalam hatinya.Walau apa yang terjadi, gadis itu pasti akan di sapanya.Kalau gadis bukan milik sesiapa, gadis itu akan disuntingnya dengan apa cara sekalipun.

[ Kau seperti orang gila. ]

Ya,aku gila.Aku gilakan dia. hati dan akalnya terus berperang.

[ Macamana kalau dia perempuan yang telah rosak dan bawa diri kerana kecewa?]

Aku tak kisah siapa pun dia.Kalau benar dia begitu, aku sedia membimbing dia asalkan dia sudah bertaubat dan menyesal.

[ Bercakap memang mudah,Zul. ]

Aku tekad.Aku takkan berganjak lagi! hati Zulhuzaimy memang sudah tetap untuk melamar gadis misterinya itu. *****************************************************

Hari ini selepas sahaja selesai subuh, Zulhuzaimy sengaja berjogging di tepian pantai untuk mengambil angin sambil-sambil mencari gadis misterinya itu. Zulhuzaimy seakan berputus asa kerana langsung tidak kelihatan gadisnya itu. Zulhuzaimy melangkah longlai untuk kembali ke chaletnya dan mencari sarapan pagi.

Tiba-tiba matanya tertangkap pada sebatang tubuh yang sedang berjogging dan datang dari arah bertentangannya dan menuju ke bawah pokok tempat biasa dia berlabuh. Selepas melakukan beberapa senaman ringan,gadisnya melabuhkan punggung di atas pepasir pantai yang halus di bawah redup pohon itu. Hampir lima belas minit Zulhuzaimy terpaku melihat setiap gerakan gadisnya.

[ Aku mesti ambil peluang ini. ]

Kau yakin? akalnya cuba menduga.

[ 100% yakin. ]

Good=”Good” luck,=”luck,” Zul

[ Uiks&sokong la pulak. ]pintas hatinya.

Kitakan ke satu! balas akalnya.

Zulhuzaimy melangkah menghampiri gadisnya itu. Perlahan-lahan gadis itu dihampiri.Langkah Zulhuzaimy langsung tidak sedarinya.

Assalamualaikum& sapa Zulhuzaimy sopan. Gadis itu masih hanyut dalam dunianya.

Assalamualaikum& Zulhuzaimy menguatkan sedikit suaranya dengan tujuan mengejutkan gadisnya daripada khayalan.

Ah&Ha&waalaikumsalam& jawabnya sedikit gopoh.

Terkejut barangkali. Dia mengukir senyum buat Zulhuzaimy. Zulhuzaimy dapat rasakan kehambaran pada senyuman itu. Senyuman yang seolah-olah terpaksa kerana menghormati orang.

Saya Zulhuzaimy & Zulhuzaimy menghulurkan salam perkenalan.Berbahasa walaupun terasa diri mungkin sudah dikenali.

Jaja jawabnya ringkas.

Boleh saya duduk.? pinta Zulhuzaimy cuba berbahasa lagi.

Silakan&lagipun pantai nih bukan saya yang punya. jawab Jaja bersahaja. Zulhuzaimy hanya tersenyum.

Boleh tahan jugak desis Zulhuzaimy sendiri.

Sendirian merenung pantai? mula Zulhuzaimy.

Seorang saja? Jaja tak menghiraukan soalan Zulhuzaimy dan menyoal Zulhuzaimy kembali.

Jaja kenal saya?

Tahu dunia jugak ingatkan dah khayal sampai tak ingat dunia lagi.

Masakan saya tak kenal dengan awak.Seorang pelakon dan penggiat teater yang terkenal. Jawab Jaja selamba.

Saya sendirian,seperti awak jugak. balas Zulhuzaimy.

Pelik. balas Jaja sepatah.

Tak ada apa yang pelik cuma saya ingin bercuti dan ingin bersendirian&sambil mencari ilham juga ketenangan barangkali. Jawab Zulhuzaimy ringkas tapi punya persoalan Cuma Jaja malas hendak mengunkit apa persoalan yang Zulhu.

Masing-masing melayan perasaan. Zulhuzaimy puas kerana dengan perkenalan ini dia punya alasan untuk terus mengenali gadisnya.

Satu Respons

  1. Muzri, tumpang tanya.. novel cintaku untukmu ni siapa penulisnya? dah tentu penulis katakan cerita ni rekaan semata-mata tapi terlampau banyak persamaan dgn yg hidup.. terutamanya zulhuzaimy dlm cerita amat serupa dgn artis senama dari segi latar belakang dan mungkin sikapnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: