Cintaku Untukmu 10

Jaja menyalami tangan dan mencium tangan kedua mertuanya yang sudah dianggap bagaikan ibu bapa sendiri. Mama memeluk dan memcium kedua belah pipi Jaja. Rindu benar dia pada menantu perempuan sulungnya itu. Jaja masuk bersama kedua mertuanya ke dalam rumah. Sudah nasibnya, Zulhuzaimy dan Maya sedang bermain dengan anak mereka, Zariff. Zulhuzamy dirapatinya. Tangan dihulurkan pada suaminya itu. Walaupun jelingan benci daripada Maya mencuakkan hatinya namun dia tidak mahu menjadi isteri yang tidak tahu hormatkan suami sendiri. Zulhuzaimy juga teragak-agak untuk menyambut huluran tangan Jaja. Sebak hati Zulhuzamy apabila Jaja mencium tangannya. Terasa benar hatinya. Maya merentap tangan suaminya daripada ciuman Jaja dan menolak tubuh wanita malang itu. Jaja terdorong ke belakang. Mama menyambut Jaja daripada melayah ke jatuh. Jaja menoleh ke arah mama dan melemparkan satu senyuman hambar. Zulhuzaimy tersentak dengan tingkah Maya yang makin hari makin buruk itu. Walaupun dirasakan perbuatan itu keterlaluan, mulutnya bagaikan terkunci rapat. Tapi dia tidak tahu kenapa dia masih mampu bertahan. Abang, mama, papa saya naik dulu. Papa mengangguk tapi Zulhuzaimy masih terpaku. Ekor mata Zulhuzaimy terus melirik ke arah Jaja dan juga mama. Mama menemani Jaja naik ke atas bilik. Bahu menantunya dipeluk kemas. Mama betul-betul rindukan Ja. Ja duduk lama sikit ya kat sini. Mama cuba memujuk Jaja walaupun dia tahu yang Jaja terguris dengan tingkah Maya yang buruk sebentar tadi. Saya cuti tiga hari.Ingatkan nak balik kampung tapi rindu pula pada mama ngan papa, itu yang saya ke sini. Luah Jaja ikhlas. Sini kan kampung Jaja juga. Pujuk mama lagi. Ma walaupun mama dengan papa baik sangat dengan saya tapi saya rasa saya tak layak untuk terima kasih sayang tu. Saya hanya seorang isteri yang tak diperlukan oleh anak mama… dan saya juga seorang isteri yang tidak diperlukan oleh seorang suami. Pedih hati mama mendengar kata-kata Jaja. Kenapa Jaja kata macam tu Walau macamanapun dia layan Jaja, mama dengan papa dah anggap Jaja macam anak sendiri tau bukannya macam menantu. Jaja memeluk erat mama. Ma Ja rindu la kat ma. Luah Jaja yang masih memeluk mama. Erat. Jaja pergi mandi tukar baju lepas tu kita masak sama-sama ya. Jaja menganggukkan kepalanya. Jaja mencapai tuala yang dihulurkan mama padanya. Mama terus berada di birai katil. Dikeluarkan baju-baju Jaja dan dilipat untuk di masukkan ke dalam almari. Dress labuh tanpa lengan yang berwarna biru laut dikeluarkan dari almari untuk di pakai Jaja selepas mandi nanti. Dia sememangnya amat maklum dengan jenis-jenis pakaian kegemaran menantunya itu. Mama mengeluh panjang mengenang nasib wanita muda itu mama mengeluh panjang kerana anaknya adalah punca kepada segala yang terjadi. Alangkah indahnya hidup kalian andaikata perempuan gatal tu tak hadir. keluh mama lagi. Sedar tidak sedar hampir setengah jam mama bermenung di birai katil itu. Jaja menghampiri mama yang masih terleka. Sengaja tidak dikejutkan orang tua itu dari lamunannya. Jaja menyarungkan dress labuh itu ke tubuhnya yang tinggi lampai. Mama tersentak dek air rambut Jaja yang panjang itu terpercik apabila di sikat. La dah sudah rupanya anak mama. Jaja tersenyum mendengar kata mama. Shall we Jaja menghulurkan tangannya pada mama. Tangan yang dihulur bersambut. Kita nak masak apa ma mereka berdua berpimpinan tangan menuruni tangga. Kasih yang mama pamerkan pada Jaja amat dicemburui Maya kerana sepanjang dia hidup bersama Zulhuzaimy, mama dan papa langsung tidak pernah menerimanya dengan mesra dan mama juga tidak pernah melayannya begitu. Sudahlah begitu, mama langsung tidak pernah bertanya khabarnya sewaktu dia dalam pantang hari itu. Maya mengetap bibirnya menahan amarah yang bersarang dalam hatinya. Maya benar-benar bencikan Jaja. Dia bukan sahaja benci melihat Jaja, mendengar namanya sekalipun Maya tidak sudi. Hati wanita Jaja tersentak apabila melihat Maya yang tiba-tiba berada di atas ribaan suaminya tanpa silu di hadapan dirinya, mama dan juga papa. Ternyata Maya seakan mahu mencari kemarahannya… cemburunya. Walau setabah manapun dirinya situasi ini tetap mengundang cemburu padanya. Wanita mana yang tega melihat perlakuan begitu di hadapan mata walaupun ianya antara suami dengan madunya sendiri. Namun dia tahu dia harus bijak mengawal emosi. Dia tidak mahu satu dunia tahu perasaan cemburunya itu walaupun sememangnya dia berhak untuk rasa cemburu. Jaja membuntuti mama ke dapur dan tanpa disedari lirikan mata Zulhuzaimy juga mengiringinya ke dapur. Entah kenapa Zulhuzaimy merasakan degupan jantungnya tiba-tiba menjadi kencang. Kelembutan dan keayuan Jaja terserlah dalam dress labuh tanpa lengan itu. Dress yang di hadiahkan olehnya suatu tika dahulu. Kita nak masak apa,ma Jaja terus mengambil dan memakaikan apron bercorak karton Minnie Mouse dan Mickey Mouse dan berlatarbelakangkan warna biru muda itu ke tubuhnya. Hm Ja nak makan apa soal mama kembali sambil mengenakan apron dari corak dan warna yang sama ke tubuhnya. Apa kata hari ini kita goreng ikan terubuk yang Jaja beli tu mak. Kita boh cabai kat dalam perut dia lepas tu goreng. Abang suka makan tu kan mak Lagi kita buat sup sayur campur dengan cendawan butang, sambal tumis petai sebab Jaja tahu mak suka makan sambal tumis petai kan Mesti dengan ikan bilis tau. Pintas mama. Itu mesti. Ja tau ma tak suka sambal petai dengan udang kan dua beranak itu ketawa riang. Untuk papa Jaja nak masak sotong sumbat berkuah dan untuk cuci mulut Jaja nak buat pudding kastad. Macamana mama, okay tak cadangan Jaja. Hm… Ja tak tau Maya suka makan apa. Mama menganggukkan kepalanya tapi sebak benar-benar menyerbu dada mama. Ingatannya pada semua buatkan hati tuanya terharu. Dalam saat-saat macam ni kau masih ingat dan mau masak masakan kegemaran suami sendiri dan mengeluh kerana tak tahu makanan kegemaran madu yang menyakitkan hati itu. Kalau mama… muka dia pun mama tak hingin nak pandang. Buat sakit hati dengan mata saja. Mengada-ngada. mama menyembunyikan sebak dan benci di lipatan hatinya dengan beredar ke sinki. Jaja mengambil ikan terubuk yang masih berada di dalam plastic untuk disiang. Ja kalau mama tanya sikit Ja jangan marah ma ya Teringin benar hati tuanya untuk tahu perasaan menantunya itu pada anaknya kini. Tanyalah, ma.Ma ni macam tak biasa pulak ngan Ja. Jaja ketawa riang. Riangnya seolah langsung tiada duka yang bertandang. Ja masih sayangkan Zul Mama mendengar keluhan berat yang dilepaskan oleh Jaja. Tiba-tiba sahaja mama rasa bersalah. Ma walau apapun yang dia buat pada Ja dia tetap suami Ja. Cuma Ja tak tahu sampai bila kami akan jadi begini. Selagi ada jodoh antara kami selagi itu Ja akan melayan dia sebagai seorang isteri walaupun Ja tak ubah bagaikan kain buruk yang langsung tiada harganya sebab dia masih suami Ja. Lembut sekali jawapan Jaja. Walaupun bermadu Jaja menganggukkan kepalanya. Ma bermadu memang pahit bagi kita ma. Malah kalau boleh Ja tak mau laluinya walau dalam mimpi sekalipun. Tapi ianya dah pun berlaku. Tapi bagi Ja kalau abang sanggup berlaku adil tak ada salahnya Cuma Jaja membiarkannya ayatnya tergantung kerana dia tahu yang mama dapat menangkap maksud hatinya. Mama tidak mahu melukakan hati Jaja yang telah sedia terluka itu. Mereka terus memasak dengan kecohnya. Ma kalau Ja nak buat bubur nasi untuk anak abang boleh Mama memeluk erat Jaja apabila mendengar soalan itu. ************************************************************* Jaja membantu mama menghidangkan makanan tengahari mereka hari ini. Sejak dari mula dia sampai ke rumah itu sehinggalah dia selesai masak langsung tidak kelihatan Maya berenggang daripada Zulhuzaimy apatah lagi untuk menjenguk ke dapur. Mungkin dia takut aku goda laki dia kot. Tapi tu laki dia ka laki aku Jaja tersenyum sendiri. Mama hairan melihat Jaja yang tersenyum sendiri. Ja dah sudah teguran mama itu mematikan lamunan Jaja. Pantas saja Jaja menganggukkan kepalanya dan mama beredar memanggil seisi rumah untuk makan tengahari. Wah sedapnya anak papa masak. Jaja tersenyum lebar mendengar pujian papa. Zulhuzaimy menyorongkan kerusi buat Maya yang duduk di sisinya manakala Jaja duduk bertentangan dengannya.Mama yang berada disebelah Jaja perasaan perubahan wajah Jaja apabila melihat layanan anaknya pada madunya itu. Cepat-cepat mama menghulurkan air suam pada Jaja kerana dia sudah terlalu arif dengan tabiat menantunya yang gemar meneguk air suam sebelum menjamah makanan berat. Sedapnya mama masak hari ni. Puji Zulhuzaimy. Jaja menjeling kepada mama minta agar tidak dibocorkan siapa yang memasaknya. Sebab dia tidak mahu suasana makan tengahari yang tenang itu menjadi berantakan dan juga kecoh. Walaupun dia kurang mengenali Maya namun dia tahu yang wanita seperti Maya sanggup melakukan apa saja untuk menunjukkan yang dia tidak kalah. Hanya kerana itu Jaja tidak mahu mengambil risiko itu. Mama seperti mengerti maksud jelingan Jaja itu mendiamkan diri. Mama rasa kalau Jaja yang masak lagi sedap kan saja mama mencabar Maya. Jaja menjeling lagi kepada mama. Mama buat endah tidak endah sahaja dengan jelingan Jaja itu. Maya menghempaskan gelas minuman yang berada di hadapannya dan berlalu meninggalkan nasi yang baru separuh di jamahnya itu. Zulhuzaimy hanya mampu mengeluh melihat perangai isterinya yang tidak pernah berubah-ubah walaupun sudah punya anak satu. Hendak menegur di rasakan berat tapi tidak ditegur begitulah ragamnya. Biarlah dia. Tak makan dia juga yang lapar. Dah lapat nanti tahulah dia cari makan. Papa mendamaikan suasana. Zulhuzaimy tahu masakan tengahari itu adalah air tangan Jaja. Dia juga faham maksud mama tadi. Dia mahu Jaja tahu yang dia masih sukakan masakan Jaja sebagaimana dia menyukai Jaja namun dia tidak mampu untuk berterus-terang. Zulhuzaimy hanya mampu mengeluh di dalam hati sahaja.

Bab 31

Selepas makan malam Jaja dan seluruh ahli keluarga ke ruang rehat untuk menonton televisyen bersama ahli keluarga yang lain. Jaja duduk rapat dengan mama. Maya melihat dengan penuh cemburu. Dia benci melihat madunya itu terlalu dimanjakan oleh kedua mertuanya kerana selama dia bergelar menantu dia langsung tidak diendahkan. Mama menarik Jaja untuk tidur di atas ribaannya. Rambut Jaja yang lurus dan separas pinggang itu diusapnya lembut. Maya yang tidak mahu kalah bangun dan duduk di sebelah Zulhuzaimy dan menarik tangan Zulhuzaimy untuk merangkulnya dari sisi. Zulhuzaimy tersentak dengan perangai Maya yang semakin mahu menunjuk-nunjuk kemesraan mereka. Jaja perasan reaksi suaminya yang kelihatan tidak selesa itu tapi Jaja malas mahu campur urusan rumah tangga mereka biarlah. Jaja mengalihkan pandangannya ke arah televisyen yang menayangkan kisah sepasang suami isteri tua yang terpisah dan masing-masing tinggal bersama dengan salah seorang anak dalam telefilem Bertemu di Jabal Ramah . Kisah kehidupan yang dipaparkan di astro ria tu amat menyayat hati Jaja. Kisah cinta yang utuh walaupun berpuluh tahun terpisah. Air mata Jaja mengalir turun. Sedang asyik melayan perasaan tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Mama mengambil telefon bimbit yang berada di sisinya dan dihulurkan pada Jaja. Sempat juga mata tuanya menangkap nama yang tertera di skrin. Jaja bangun dari pembaringannya dan menuju naik ke atas biliknya sambil berlari-lari anak. Jim tutur mama perlahan. Telatah Jaja itu mengingatkan Zulhuzaimy pada pertemuannya dengan Jaja beberapa bulan yang lalu. Kemesraan Jaja dengan lelaki-lelaki itu amat jelas kelihatan dan kegembiraan yang terpancar di wajah Jaja amat dicemburuinya. Hai,darling. Jaja ketawa besar mendengar panggilan Jimmy itu. Yes,honey Jaja membalas kata-kata Jimmy dengan gurauan. Mereka ketawa bersama. Awak kat mana ni tanya Jimmy setelah tawa mereka reda. Kat rumah my parents in law. Melawat diorang, dah lama tak jenguk sini. Jawab Jaja dengan jujur. Jaja sihat Jimmy bertanya riang. Sihat bertambah sihat bila Jimmy yang call. Usik Jaja lagi. Walaupun pada Jaja ianya sekadar usikan, namun bagi Jimmy kata-kata itu benar-benar meninggalkan kesan di hatinya. Dirinya terasa terawang-awang seketika. Awak macamana,sihat Jaja panggil Jimmy tanpa menghiraukan soalan Jaja itu tadi. Ya jawab Jaja lembut. Minggu depan saya ada mini konsert. Awak mesti perform baik-baik tau. Ucap Jaja pada Jimmy. Tapi tak apalah Jimmy membatalkan untuk meluahkan hasrat hatinya. Jim any problem Jaja gusar dengan kelakuan Jimmy. Tak ada apa-apa. Suara Jimmy kembali ceria. Tapi Jaja tahu itu keceriaan yang dibuat-buat. Dia kenal Jimmy. Dia tahu hati Jimmy. Jimmy tidak pandai berpura-pura walaupun dia bekas seorang pelakon yang hebat. Jim Ja kenal Jim. Please tell me what actually happen. Pujuk Jaja pada Jimmy. I wish you are there while the concert. Perlahan sekali suara Jimmy. Takut kalau Jaja menganggap diri dan permintaannya sudah keterlaluan. Jaja tersenyum sendiri. Taiwan tanya Jaja dengan lembut. No in Singapore. Cepat sekali Jimmy memotong. For you, I ll be there. Jaja memberi kata putus. Kedengaran suara Jimmy menjerit riang. Betul ni Jimmy meminta kepastian. Tell me when you re here. Jawapan Jaja itu menyakinkan Jimmy. Jaja akan hadir. Jimmy meloncat riang. Miss you much,Ja. Jelas terdengar kegembiraan dalam suara Jimmy. Me too. Jaja semakin berani. Jim got to go. Nanti my parents in law will suspect something about us. Saya tak mau macam tu. Okey saya faham.Just take care and call me if there s anything. Pesan Jimmy pada Jaja. Pesanan yang tidak pernah lekang dari bibir Jimmy setiap kali mahu berpisah. Jaja menamatkan perbualan mereka selepas memberi kata putus untuk menghadirkan diri ke konsert Gentle minggu hadapan. Jaja memperbetulkan pakaian dan rambutnya. Perlahan-lahan dia turun untuk menyertai keluarga mertuanya semula. Sebaik sahaja turun dari atas, terus dia ke dapur untuk menyediakan minum malam. Mama yang melihat Jaja ke dapur turut mebuntuti menantunya itu. Ja nak buat apa tu Jaja tersentak dengan soalan mama. Ma terkejut Ja. Jaja mengurut dadanya.Kus… lemah semangat. Mama tersenyum. Tak ada apa.Cuma nak buat minuman saja lepas tu nak angkat puding kastad siang tadi. Jaja yang selesai membancuh air horlick panas menatang dulang ke ruang rehat. Mama membantu menantunya mengangkat puding kastad yang sudah siap dipotong Jaja sebentar tadi. Jaja mengagihkan minuman kepada semua. Jaja perasan lirikan mata Maya padanya menggambarkan kebencian yang tiada terucap. Jaja sendiri tidak tahu kenapa harus Maya membenci dirinya sedangkan sepatutnya dialah yang membenci Maya. Tapi dia tiada rasa benci pada Maya mahupun suaminya sendiri. Abang, Maya, air. Panggil Jaja dengan lembut. Letak situlah.Tahulah aku nak ambik kasi laki aku minum. Balas Maya dengan biadapnya. Zulhuzaimy menikus. Diam seribu bahasa. Mama menarik Jaja dan mengambil air yang masih di tatang Jaja. Jaja benar-benar merasa terhina diperlakukan begitu. Namun Jaja tahu dia harus bijak mengawal emosinya. Ja panggil mama lembut. I m okay,ma. Saya letak sini,jemputlah ye. Jaja cuba menjernihkan suasana yang sudah kelihatan tegang. Mata mama menyorot tajam ke arah Maya namun wanita itu langsung tiada perasaan.Benarlah kata Nana tentang kakaknya itu. Ja dah habis final paper kan papa memecah kesunyian. Jaja menganggukkan kepalanya. Mama bagitau papa yang Jaja kata ada cuti tiga hari je. Jaja nak pegi mana papa bertanya lembut. Actually mama papa, paper memang dah habih. Tapi Ja still ada dua presentation. After presentation Ja ingat nak balik kampong. Dah lama tak jumpak mak ayah. Dah rindu benar Ja kat depa. Kami kan mak bapak Ja jugak. Sama kan Lagipun bukan kah dalam Islam ada menyatakan mak bapak mertua sama tarafnya dengan mak bapak sendiri. Ucap papa sambil membidas Maya. Jaja tersenyum sambil mengangguk. Maya menjeling tajam. Pedih sekali sindiran papa. Ja tahu tu tapi, tentu lainkan ma dengan orang yang membesarkan kita dan bersama kita sejak dari dilahirkan Ja tak bezakan kasih sayang pada mama dan papa dengan mak dan ayah Cuma perasaan yang terwujud tidak dapat membendungkan kasih seorang anak pada ibu yang mengandung dan melahirkan dan pada seorang ayah yang sentiasa bersama anak ini yang berkali-kali gagal dalam kehidupan. Bukan niat Ja nak lukakan hati mama dan papa. Cuma Ja nak semua orang tahu siapa di hati Ja. Luah Jaja tanpa selindung. Mama paham. Mama dulu lagi la. Dengan mertua cukup takut. Yelah kan, banyak orang katakan yang mertua nih lorat. Leceh. Tapi bagi mama dengan papa kami tak mau jadi macam tu pada anak menantu kami. Kami nak anak menantu kami anggap kami boleh di bawak bergaul dan berbual dengan kami macam kawan-kawan. Bila macam tu kemesraan kita takkan terbatas. Luah papa. You know something papa,both of you re the greatest parents in law in the world. No one can beat you. You treat me as well. Love you two so much. Love you mama papa. Jaja memeluk mama dan papa serentak. Gelagat mereka menarik perhatian Zulhuzaimy dan menajamkan lagi jelingan Maya. Mungkin inilah yang dikatakan takdir. Aku kekurangan kasih dari seorang lelaki bergelar suami tapi aku dilimpahi dengan kasih sayang keluarga dan juga teman-teman. Aku perlu bersyukur dan akutahu aku tak boleh tamak untuk miliki semuanya. Aku cuma harapkan yang aku akan punya kesudahan yang baik dengan abang Zul. Jangan lah ada benci di antara kami nanti. Hanya itu harapan ku… hanya itu doaku… Jaja berdoa sendirian.

Jimmy merenung jauh ke laut Hsiao Liuciu. Sengaja dia bersendirian di pulau yang letaknya 20 kilometer dari arah barat daya Kaohsiung yang terletak di selatan Taiwan . Dirasakannya yang pulau itu amat sesuai untuknya yang ingin berehat dan menenangkan fikiran. Airnya yang jernih amat memukau sang pencinta alam. Pada mulanya dia ingin saja berkhemah di pinggir pantai itu sambil menikmati suasana malam yang kelihatan bercahaya dari pantulan air laut. Sungguh indah ciptaan Tuhan untuk pulau itu di waktu malam.Tapi apabila difikirkan masak-masak yang kedatangannya kali ini adalah sendirian, Jimmy mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Liuchiu. Jimmy mendapat bilik yang menghadap ke kuil Shuihsien sementara sebelah lagi ke arah pelabuhan. Satu pemandangan yang cukup indah. Dia juga sudah terikutkan tabiat Jaja yang gemar menyendiri dan merenung pantai apabila hati berasa gundah. Kini dia mengakui yang sememangnya kedamaian yang di cari apabila menatap keindahan ciptaan Tuhan itu. Jimmy juga tahu yang Jaja memang gemar ke situ apabila punya kesempatan selain daripada Green Island, Lutao. Jaja suka benar menyelam ke dasar laut yang amat jernih itu sambil menikmati keindahan batu karang yang boleh ditemui lebih kurang 100 meter dari pantai. Alangkah bahagianya jika kita bersama berdua di sini. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini,Jaja. Love to see you. Miss u much,Jaja. *********************************************************** Jim, pernah tak kau bayangkan apa sudahnya hubungan kau dengan Jaja Jimmy merenung lembut ke arah Adam. Namun pandangannya penuh dengan tanda tanya. Apa yang dimaksudkan oleh Adam Diet Coke yang berada di sisinya diteguk perlahan. Menikmati. Would you think something Kami semua tak mau kau kecewa. Patah hati. Cukuplah sekali kau kecewa. Hans menghangatkan suasana. Namun niat hatinya ikhlas. Jimmy kelihatan termenung sendiri. Soalan Hans yang hangat langsung tidak mengganggu-gugat lamunannya. Fikiran Jimmy terawang-awang dalam dunianya sendiri. Daniel menepuk lembut bahu Jimmy. Kelihatan Jimmy sedikit tersentak. Jimmy mengangkat mukanya dan memandang ketiga-tiga sahabat baiknya itu. Dia mengukir senyum aneh. Tidak dapat dipastikan maksud senyumannya itu. Sudah semestinya aku mengharapkan kesudahan yang baik antara kami. Cuma aku tak boleh paksa dia mintak cerai dari suami dia. Aku tak mau dia nampak aku ni macam desperate sangat. Jimmy meluahkan rasa yang terbuku di hatinya. Katakan apa rancangan kau. Kami akan bantu selagi kami terdaya. Yang penting bagi kami, kau bahagia. Kata-kata Daniel itu disambut dengan anggukan oleh teman-temannya yang berdua itu. Kalian benar-benar relakan aku bersama dia Jimmy pohon kepastian daripada teman-temannya. Kau dan Jaja sama-sama berhak untuk bahagia. Kalian sama-sama dah banyak menderita hanya kerana cinta. Perlahan sekali nada suara Adam. Sayu juga hatinya mendengarkan kata-kata yang terlahir dari mulut Adam itu. Kami bukannya buta,Jim. Di mata Jaja jelas terpancar kegembiraan dan kebahagiaan bila bersama kau dan kami. Rasanya hanya kau yang mampu berikan kebahagiaan pada dirinya. Hans menyokong kata-kata Adam dengan penuh emosi. Jim, kalau kau cintakan Jaja pasti kau juga nampak sinar cinta di matanya. Bagaimana dia menerima layanan kau dan macamana dia melayan kau… orang bodoh sekalipun boleh rasakan dan nampak cinta yang wujud antara kamu berdua. Hans memotong kata-kata Adam. Jimmy tunduk merenung rumput. Dia mengakui yang dia amat mencintai Jaja namun dia harus akur status Jaja kini. Dia tidak mahu dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Jaja yang telah lama tersungkur menyembah bumi. Dia tidak mahu reputasinya jatuh. Apa yang dia mahu,biarlah hubungan yang terjalin akan mendapat restu semua orang dan yang terpenting sekali ahli keluarganya. Mummy perkataan yang keluar Jimmy itu menarik perhatian semua. Semua mata memandang Jimmy. Mummy boleh terimakah kalau aku bersama dengan Jaja Gentle mula garu-garu kepala yang tidak gatal. Jimmy satu-satunya anak lelaki yang di harapkan menjadi penyambung keturunan mereka. Kakak-kakaknya semua sudah berkahwin dan mempunyai anak sendiri cuma Jimmy yang masih membujang walaupun umur sudah melangkaui usia 30an. Jimmy harapan keluarga. Mereka berempat tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan ibu Jimmy jika Jimmy teruskan juga hajatnya untuk bersama Jaja. Gentle membisu. Otak masing-masing ligat mencari akal. Walau apapun guys, aku tak boleh berpatah balik. Aku dah terlalu jauh dan aku tak mungkin akan berpatah balik daripada perjalanan dan misi aku sekarang. Gentle bingung. Apa maksud kau Hans tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Jimmy. Jimmy tahu yang ibunya sudah mula mengesyaki sesuatu. Dia tidak lagi menjamah masakan ibunya dan juga minuman keras yang selama ini sering menjadi temannya apabila bermasalah dengan Liu Mei. Dia cukup berhati-hati dengan pemakanannya. Kau kan anak kesayangan, kalau kena cara kau memujuknya mesti boleh punya. Mak mana yang tak sayang anak. Mak mana yang nak anak hidup merana. Daniel memberi semangat pada Jimmy. Jimmy menganggukkan kepalanya tanda setuju. Aku dapat rasakan yang Jaja sendiri dah tak tahan dengan kemelut yang dia hadapi sekarang ini. Jimmy menarik nafas panjang. Kalau kau tengok dia waktu konsert kat Singapore hari tu, kalian akan nampak kesuraman matanya dan kesedihan yang dia pendamkan. Aku rasa kalau aku pun, mungkin aku tak sekuat dia. Aku cuma harapkan dia akan berpisah dengan husband dia dan menjadi milikku. Milikku yang sah dan abadi untuk selamanya. Aku berjanji akan membahagiakan dia selagi aku bernyawa demi cinta aku padanya. Dan aku tak mungkin akan jatuh cinta lagi pada seorang wanita selain daripada dirinya. Itu janji aku. Gentle berpelukan memberikan semangat buat Jaja. Jaja memasukkan semua barang-barangnya ke dalam beg besar dan buku-bukunya ke dalam kotak. Gambar-gambarnya bersama Zulhuzaimy juga dimasukkan ke dalam kotak. Peperiksaan untuk semester akhirnya juga sudah berakhir. Dia yakin dia akan berjaya dan lulus dengan cemerlang. Selepas ini, dia akan berfikir dengan semasak-masak untuk kisah hidupnya yang kini sedang tergantung. Dia mahu memulakan hidup yang baru cuma caranya saja yang belum pasti. Abang Zul kisah cinta kita telah abang kuburkan. Ja terima dengan rela hati segalanya. Cuma izinkan Ja pilih jalan hidup Ja sendiri. Jaja mencongak apalagi yang perlu diselesaikannya. Esok dia akan ke rumah mama dan papa mungkin untuk dua tiga hari. Kemudian dia akan kembali ke sini semula. Menanti untuk menamatkan segala kisahnya bersama Zulhuzaimy.

Hei perempuan gatal, jangan kau ingat mama papa sayang kat kau, kau boleh menggatal dengan suami aku. Jaja yang sedang khusyuk membaca novel yang baru dibelinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mama tadi terpinga-pinga dengan sergahan daripada Maya. Jaja memandang Maya dengan penuh tanda tanya. Meminta kepastian yang sebenarnya. Siapa yang rampas siapa apa yang Maya tiba-tiba menyinga Let me tell you something, Zul is mine. Maya berlalu pergi dan Jaja bagaikan terpukau, langsung tidak mampu untuk membalas kembali kata-kata Maya. Jaja meletakkan novel Pergilah Sepi itu di atas meja. Dia melempar Pandangan jauh menembusi segala yang ada di hadapannya. Akukah yang bersalah Berdosakah aku untuk memiliki cinta dan kasih suami sendiri tanya Jaja kepada dirinya sendiri. Bingung dengan amaran Maya. Jaja memeluk erat kedua belah lututnya yang dirapatkan ke dada. Air mata yang ditahan selama ini menitis jua. Dia tidak tahu kenapa dia terlalu hiba. Cuma yang dia tahu dia rasa terlalu terhina. Kehadiran dia ke situ bagaikan Tidak berharga langsung di mata suaminya dan madunya itu. Hanya mama papa dan ipar-iparnya sahaja yang menerima baik kehadirannya ke dalam keluarga itu. Aku tak pernah mintak untuk hidup bersama hang,Zulhuzaimy. Aku juga tak pernah bermimpi untuk mengenalimu begini. Awat hang muncui dan musnahkan hidup aku sesuka hati hang Apa salah aku, Zul Apa salah aku Air matanya sudah membasahi bahagian lutut dress labuh tanpa lengan warna krim yang dipakai Jaja kini. Jaja menyembam mukanya ke lutut. Badannya terhinggut-hinggut menahan tangisnya daripada kedengaran. Jaja menahan sedunya kerana pintu bilik yang terbuka akan menyebabkan ahli keluarga yang lain akan mendengar tangisannya. Dia tidak mahu pertelingkahannya dengan Maya tadi sampai ke pengetahuan mama dan papa. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan Maya yang sudah sedia keruh dengan keluarga mentuanya itu. Abang tak suka tengok sayang menangis macam ni. Jan memeluk Jaja. Tapi Ja takut. Ja tak boleh hidup tanpa abang. Jaja menanggalkan cermin matanya. Jan mengesat air mata yang mengalir di pipi dan pelupuk mata Jaja. Kan ke dah tenggelam mata tu bila menangis. Kan dah tak lawa. Usik Jan. Jaja cuba tersenyum namun tidak berdaya. Jan selalu mengusik matanya tenggelam hanya kerana cermin mata yang dipakainya. Jan tidak suka Jaja memakai cermin mata. Dia lebih gemar melihat Jaja memakai kanta lekap. Dia suka melihat sinaran mata Jaja yang galak. Kecantikan mata pujaannya itu tenggelam dek memakai cermin mata. Ja,tengok ni. Tengok abang,sayang. Jan memegang dagu Jaja dan membawanya memandang wajahnya. Jaja cuba melarikan wajahnya namun Jan lebih pantas. Jaja terpaksa mengalah. Direnungnya dalam-dalam mata lelaki yang berada di hadapannya. Abang tau,susah untuk Ja terima hakikat ni. Tapi Ja kena terima. Ini takdir kita. Jaja menggelengkan kepalanya. Dia tidak sanggup. Dia tidak rela menempuhi hari itu. Ja tak mau. Ja nak hidup dan mati Ja dengan abang. Abang, kita dah janji nak sehidup semati bukan sa-hidup sa-mati. Abang jangan buat Ja macam ni. Apa ertinya hidup Ja lagi kalau Ja takdak abang lagi. Jaja menundukkan mukanya. Engkar tidak mahu lagi memandang wajah Jan. Ja masih terlalu awal untuk kita meramal tentang penyakit ini. Doktor sendiripun tak pasti apa yang abang hidapi. Cuma doakan umur abang masih panjang, untuk abang menemani dan membahagiakan permaisuri hati abang dengan lebih lama. Jan menahan air mata dan sebak di hati. Dia tidak mahu mengalirkan air matanya di hadapan gadis yang amat dicintaninya itu. Dia tahu jika dia mengalirkan air mata, Jaja pasti tahu yang dia merahsiakan sesuatu daripadanya. Doktor mengesyakinya menghidapi barah di dalam perut. Cuma ianya masih diperingkat kajian. Walaupun begitu menurut doktor Izham yang merawatnya, daya ketahanan badannya amat lemah kerana dia tidak dapat menerima makanan yang masuk. Setiap makanan yang ditelannya pasti akan dimuntahkan kembali. Hanya kerana itu mungkin dia tidak akan dapat bertahan dengan lebih lama. Itulah yang amat dirisaukannya. Dia akur dan pasrah jika hayatnya hanya sampai sini Tapi dia risaukan Jaja. Gadis yang selama ini sanggup berkongsi segala suka dan duka kehidupan ini bersamanya. Dia juga tahu bahawa dialah cinta pertama Jaja dan Jaja jugalah cinta pertamanya. Memang dia tahu tidak semua cinta bersatu, tapi dia ingin pergi dalam Keadaan yang tenang. Dia tidak mahu melukakan satu-satunya insan yang amat Mencintai dirinya. Rambut lurus Jaja di usapnya lembut. Tenang sekali rasanya Membelai rambut gadis itu. Masih terasa sedu Jaja dek badannya yang masih terhinggut-hinggut menahan sedu. Jan menarik Jaja ke dalam pelukannya. Dipeluknya Jaja seerat-eratnya seakan itulah pelukan terakhirnya buat gadis itu dan sememangnya itulah pelukan yang terakhir daripada Jan. Bertahun-tahun menyulam cinta, dia tidak pernah mengizinkan air mata gadis itu jatuh kerananya. Kerana tangisan Jaja bagaikan belati tajam yang merobek dan melukakan hatinya. Dan kini gadisnya menangisi nasib malangnya. Bagaimana dia hendak menggembirakan semula hati Jaja sedangkan dia sendiri bingung. Segalanya terlalu mendadak, dia ditemui pengsan di dalam biliknya apabila Jaja mengunjungi rumahnya kerana dia tidak dapat dihubungi selama dua jam. Jaja memang kerap menghubungi dari mula mereka berkenalan. Kalau dalam masa Sejam mereka tidak berhubung melalui sms ataupun panggilan telefon pasti ada Yang tidak kena. Hanya kerana sms Jaja tidak berbalas dan panggilan telefonnya tidak berjawab Jaja menjejakinya di rumah apabila dia tidak hadir ke tempat kerja. Sejak dia dimasukkan ke wad, Jaja tidak pernah berenggang dengannya. Jaja memohon cuti tidak bergaji untuk menjaganya. Mulanya Jaja bertekad untuk berhenti kerja tapi setelah dipujuk oleh majikan dan teman-teman Jaja akur untuk mengambil cuti tidak bergaji. Jaja memang seorang gadis yang menjadi idamannya. Satu-satunya insan tempat dia menumpang kasih selepas ibunya. Keluarga Jaja menerimanya bagaikan anak sendiri selepas dia kehilangan kasih seorang ayah hampir lapan belas tahun yang lalu. Ya Tuhan berilah hambamu ini kekuatan. Aku ingin mengembirakan hatinya Seperti dulu sebelum aku pergi. Aku tahu aku akan pergi jua. Sesungguhnya aku tak mampu lagi untuk menanggung kesakitan ini. Perutku panas seakan ada bara api di dalamnya. Dadaku sakit seakan mahu pecah. Siapalah aku tanpa kasihmu,Tuhan tapi aku juga ingin meninggalkannya tanpa sebarang kepedihan. Aku hanya tidak mahu melukakannya. Permudahkan lah jalanku ! Jaja merenung ke dalam anak mata Jan. Kesayuan mata Jan amat berbekas dihatinya. Tentu perit kenyataan yang terpaksa abang hadapi. Sedangkan Ja tak mampu buat apa-apa untuk melegakan kesakitan abang. Ja takut kehilangan abang. Ja takut Ja tak mampu hadapi kehidupan selepas ini tanpa abang. Ja cintakan abang… hanya abang dalam hati Ja dan hanya abang yang tersemadi di lubuk hati Ja. Sebab bagi Ja tak mungkin akan ada lelaki lain yang mampu untuk mencintai Ja Sebagaimana abang cintakan Ja. Jaja memanggung kepalanya. Dikesatnya air matanya. Jaja memandang ke Sekeliling bilik. Bagai terasa belaian Jan mengusap kepalanya sebentar tadi. Mimpikah aku Jaja memandang lagi ke sekelilingnya. Dia kembali tunduk. Loket bersegi empat itu dibuka, direnungnya gambar Jan yang diabadikan di dalam loket itu. Tiada siapa yang mengetahui tentang gambar yang disimpannya itu.Jaja membiarkan telefon bimbitnya terus bergetar.Sengaja dia tidak mengaktifkan melodi telefon bimbitnya. Kurang terganggu tanpa melodi.Hilang segala semangat dan moodnya.Dia tahu siapa yang menghubunginya.Hanya satu temannya, Jimmy. Kenapa mesti aku lalui semua ini Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya. Apa maksudmu Hang menerimanya tanpa berfikir panjang. Tanpa diselidik asa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: