Cintaku Untukmu 11

Seakan mahu luruh jantung Zulhuzaimy pagi ini.Surat daripada peguam yang mewakili Jaja benar-benar menyesakkan nafasnya.Tangannya terketar-ketar untuk mengoyak sampul surat itu.Sambil memegang surat yang dikirimkan itu ,bagaikan tayangan semula dia terimbas pertemuan terakhirnya dengan Jaja minggu lalu,sebaik sahaja dia pulang dari penggambaran di Langkawi.Seorang isteri yang amat setia dan bijak itu akhirnya menyerah kalah setelah tiga tahun berjuang.

Akulah yang bersalah.

“Abang,Jaja mintak daripada abang?secara baik,ceraikan Jaja.” Zulhuzaimy terkejut.

Langsung tidak disangkanya bahawa pertemuan kali itu akan tercetus persoalan itu. Dia tidak pernah terniat untuk menceraikan Jaja.Sebab dia rasakan dia teramat cintakan Jaja. Jaja amat istimewa padanya.Cintanya pada Jaja lain,tidak seperti cintanya pada Maya.Zulhuzaimy cuba mengawal sebak di dada.

“Kenapa itu yang Jaja mintak?” Zulhuzaimy masih cuba untuk berdiplomasi.

“Abang,untuk apa lagi kita bergelar suami isteri kalau selama tiga tahun lebih usia perkahwinan kita?kita hanya bersama sebagai sepasang suami isteri hanya untuk empat bulan dan perkahwinan kita hanya pada nama.” Zulhuzaimy terdiam.

Dapat dirasakannya yang kali ini Jaja cukup tekad. Dia juga merasakan yang penyesalannya juga sudah terlambat. Dia benar-benar bingung saat ini.

“Lagipun abang dah ada dia.Abang tak perlukan Jaja lagi.Selama tiga tahun abang boleh survive tanpa Jaja,bahkan abang cukup bahagia dengan Maya.Jadi Jaja rasa tak dak masalah buat abang untuk abang ceraikan Jaja.Tak macam tu ka, abang.” Jaja menyindir Zulhuzaimy secara terbuka.

“Itu urusan abang.Jaja tak perlu campur tangan.” Zulhuzaimy rasakan keegoaannya sebagai seorang suami tercabar bila Jaja persoalankan hubungannya dengan Maya.

“Jaja tahu itu urusan abang dan Jaja juga tak hingin nak campur tangan. .Tapi Jaja punya hak sebagai seorang wanita dan seorang isteri,Jaja nak hak Jaja.Selama nih Jaja diam sebab Jaja nak tengok apa abang sedaq ataupun dak yang abang ada dua orang isteri.Jaja tak larang abang nak nikah lebih asaikan abang boleh berlaku adil. Seorang nakhoda mengendalikan dua buah kapal selalu kecundang. Salah satu kapal pasti karam. Macam tu jugak dengan abang.Nikah saja pandai?tapi?” Jaja membiarkan ayatnya terus bergantung.

Jaja terus berlalu?tanpa menyudahkan ayatnya.Di dalam hatinya dia juga cuba mengawal perasaan sedihnya.Dia tidak mahu Zulhuzaimy tahu yang dia masih menyayangi dirinya. Walaupun hatinya terluka, sisa kasih tetap ada buat Zulhuzaimy. Seorang lelaki yang bergelar suami.Zulhuzaimy termangu melihat Jaja berlalu pergi.Hati Zulhuzaimy bagaikan kaca terhempas ke batu. Hancur berderai. Mungkin beginilah yang dirasakan Jaja selama bertahun-tahun.

Sesal kemudian tak dak gunanya,Zul.

Hatinya dah tertutup buat kau,Zul!

Saat itu air mata Zulhuzaimy mengalir.Mengalir dan terus mengalir bagaikan empangan pecah. Zulhuzaimy bingung. Kata-kata surat peguam yang meminta dia untuk hadir perbicaraan tuntutan cerai minggu depan benar-benar menyesakkan dadanya. Dalam kepayahan Zulhuzaimy membuka surat kedua,daripada jabatan Agama Islam. Mereka memintanya dan Jaja hadir untuk sesi kaunseling.Selesai membaca surat kedua itu, Zulhuzaimy terduduk.

************************************************************

Esok aku dan abang akan menjalani sesi kaunseling,walau sebaik manapun kaunseling yang akan diberikan, bagi aku segala jalan damai telah pun tertutup rapat sebagaimana tertutupnya pintu hati aku padanya.Walaupun aku masih bergelar seorang isteri dan aku masih menyayanginya,namun aku telah lama kehilangan hak sebagai seorang isteri.Aku tak ingin humbankan diri aku ke dalam lembah derita tu lagi. Aku mahu bebas?bebas menikmati hidup yang indah ini. Wahai diari, aku yakin dan tekad dengan keputusan aku kali ini.Biarlah semua orang nak kutuk aku apa saja aku terima dengan rela kerana aku sendiri yang meminta untuk bergelar janda. Aku redha demi masa depan aku.Aku punya pelajaran dan aku juga punya pengalaman. Aku boleh hidup berdikari tanpa nafkah dan belanja daripada dia, aku takkan kebulur.Lagipun simpanan aku masa kerja dulu cukup untuk menyara hidup aku sementara aku nak cari kerja. Abang?restuilah tindakan Jaja. Jaja tak mintak dia cintakan Jaja sebagaimana abang mencintai Ja. Jaja cuma mintak secebis kasih yang dikongsi bersama madu, itupun tak mampu dia berikan abang. Perlukah Jaja berkorban lagi? Kalaupun perlu, Jaja tak rasa Jaja masih sanggup berkorban. Jaja dah hampir gila dek melawan naluri insan biasa abang. Jaja juga tahu rasa rindu… sunyi… ! Abang?doakan Jaja bertemu seseorang yang mampu untuk membahagiakan dan mencintai Jaja walaupun hanya separuh daripada cinta abang. Jaja juga insan biasa yang punya rasa ingin dicintai dan mencintai. Jaja rindukan abang. Jaja cintakan abang. Abang?Jaja menutup lembaran diarinya yang dihiasi dengan pena berwarna merah itu. Merah?lambang hati yang terluka. Pada diari itulah dia meluahkan perasaan seolah-olah sedang berbicara sama dengan Jan.

Ketukan di pintu rumahnya menyentakkan lamuanan Jaja. Jaja melihat jam di dinding.

9.45 malam? Sapa yang ketuk rumah aku malam-malam buta ni.

Jaja ragu-ragu.Diintainya tetamu melalui ruang kecil di pintunya. Zaman sekarang ini bukannya boleh percaya. Satu susuk yang amat dikenalinya. Pintu dibukanya perlahan. Lelaki itu melangkah masuk tanpa dijemput. Jaja menyalami dan mencium Zulhuzaimy sebagai tanda hormat. Zulhuzaimy menggenggam erat tangan isterinya itu sedangkan Jaja berusaha untuk melepaskan diri.

” I think we need to talk.” Zulhuzaimy masih menggenggam erat tangan Jaja.

” Dah tak dak apa yang kita nak bincangkan.” Ucap Jaja keras. Sakit kerana tangannya di genggam dengan erat oleh Zulhuzaimy. Zulhuzaimy tidak menghiraukan kerutan di wajah Jaja menahan kesakitan akibat genggamannya.

” Please Ja. Jangan buat abang macam ni.” Rayu Zulhuzaimy.

” Ja buat abang? Ja buat apa?” sinis sekali soalan Jaja.

Sakit hatinya diperlakukan sebegitu rupa. Zulhuzaimy merenung tepat ke dalam mata Jaja. Genggaman tangannya di perkemaskan.

” Lepas la abang. Sakit?” keras sekali suara Jaja dek kerana tidak tertahan lagi menanggung kesakitan itu.Zulhuzaimy melepaskan tangan Jaja yang digenggamnya erat itu seakan baru menyedari isterinya kesakitan.

” Ja?kita masih boleh berbincang.” Pujuk Zulhuzaimy.

” Nak bincang apa lagi abang? Antara kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi.” Sinis sekali ucapan Jaja walaupun nadanya lembut.

“Ja jangan lupa yang Ja masih isteri abang.” Zulhuzaimy seakan mengugut. Keras nada suaranya. Jaja ketawa besar. Hairan Zulhuzaimy melihat Jaja.

” Isteri pada nama saja abang. Lelakikah abang bila isteri bertahun tak diberi nafkah? Bertahun tidak dijengok? sihatkah?makankah?rindukah?bencikah?? Isterikah namanya tu? Jaja abang buat macam tunggul kayu.” Zulhuzaimy tunduk mendengar bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibir mungil Jaja.

” Abang ada tanggungan kat sana, Ja. Abang ada anak dengan dia, kita tak ada anak.” Zulhuzaimy memberi alasan.

” Fikirlah sebelum cakap bang. Orang lain mampu beristeri empat?semua isteri ada anak?boleh pun jengok isteri lain. Abang bukan tak mampu tapi abang dayus.” Bisa kata Jaja membuatkan Zulhuzaimy hilang pedoman dan menampar pipi isterinya itu.

“Atau Jaja yang ada jantan lain?” jerkah Zulhuzaimy.Jaja mengusap pipinya yang pedih. Perit rasanya di tampar. Mengelegak benar rasa hatinya saat ini.

” Jangan menuding jari menuduh orang lain,bang kalau silap sendiri yang terang-terang terbentang. Jangan tegakkan benang yang basah bang.” Bidas Jaja.

“Katakan saja Jaja dah jemu dengan abang.Jaja dah ada jantan lain. Jaja curang.” Jaja ketawa besar mendengar kata-kata Zulhuzaimy itu.

“Kenapa Jaja ketawa macam tu.” Naik seram Zulhuzaimy melihat Jaja ketawa besar begitu.

” Memang Ja dah jemu dengan abang. Ja dah benci dengan abang.” Jerit Jaja pada Zulhuzaimy. Nasib baiklah kiri kanan rumahnya tidak berpenghuni kerana hujung minggu begini mereka balik ke kampung.

“Mengaku saja yang Ja curang. Nusyuz.” Tuduh Zulhuzaimy lagi.

“Siapa yang curang, bang? Siapa yang ada orang lain? Abang katakan yang kita tak dak anak. Sapa puncanya? Jaja atau abang? Bertahun abang tak jejak ke rumah ni?bertahun abang tak sentuh Jaja?jangankan nak sentuh?nak tegoq Ja pun abang tak lalu inikan nak sentuh. Jaja tak mandul. Buktinya Jaja pernah mengandung walaupun keguguran. Tapi abang tak pernah nak ambil tahu semua tu. Jaja kat sini sakit macam nak mati… abang sedap-sedap dok berpoya-poya dengan betina tu kat sana. Abang ingat Ja ni apa? Hamba abdi abang? Ataupun perempuan simpanan abang?” Ejek Jaja pada Zulhuzaimy.

“Ja hina abang.” Kelihatan badan Zulhuzaimy menggigil menahan marah. Matanya merah.

“Ja tak hina abang.Tapi itu kenyataan. Abang tak boleh nafikan. Abang lelaki dayus?tunduk pada bini muda. Abang tak layak jadi laki.” Bentak Jaja dan sememangnya Jaja benar-benar mengundang amarah Zulhuzaimy.

Zulhuzaimy menerkam Jaja yang berhadapan dengannya. Jaja terdorong dan jatuh di atas sofa. Jaja cuba melepaskan dirinya tapi cengkaman Zulhuzaimy amat kuat. Zulhuzaimy seakan cuba membuktikan kejantanannya pada Jaja. Sakit hatinya bila berulangkali Jaja melafazkan perkataan dayus padanya. Bagaikan singa lapar dia menerpa Jaja.

“Lepaslah..” jerit Jaja dan meronta untuk melepaskan dirinya namun hampa. Cengkaman Zulhuzaimy terlalu kuat.

“Abang takkan lepaskan Ja. Abang bukan dayus. Bukan?” jerit Zulhuzaimy pada Jaja. Jaja mula menangis melihat Zulhuzaimy yang sudah kehilangan pertimbangan. Wajah Zulhuzaimy saat ini amat menakutkan.

“Ja benci abang. Ja benci.” Ronta Jaja pada Zulhuzaimy sedangkan Zulhuzaimy terus mencumbui Jaja dengan buas dan rakus.Hampir setengah jam Jaja digomol dengan rakus dan kasar, Zulhuzaimy melepaskan lelahnya dan tersandar di sofa. Jaja melihat Zulhuzaimy dengan pandangan yang amat membencikan. Jaja menangis teresak-esak. Jijik benar rasa hatinya.

” Berambos?” perlahan sekali suara Jaja.

” Ja?maafkan abang.” Zulhuzaimy seakan menyesali perbuatannya. Dia didorong oleh rasa marah dan tercabar. Segala yang terjadi terlalu pantas.

“Pi mati kau. Aku benci kau.” Nada suara Jaja mula meninggi. “Ja?jangan macam ni sayang.” Zulhuzaimy cuba memeluk Jaja. “Pergi?aku tak mau tengok muka kau lagi. Aku benci kau. Aku benci?kau jantan tak guna?” jerit Jaja.

Zulhuzaimy yang cuba memeluknya turut ditendangnya dengan sekuat hati sehinggakan suaminya jatuh ke lantai. Jaja benar-benar tidak boleh menerima hakikat bahawa dia dirogol suami sendiri. Jaja berlari masuk ke biliknya dan menguncinya dari dalam.

“Ja?beri abang peluang sayang. Kita bina hidup baru.” Zulhuzaimy memujuk Jaja dari luar bilik.

“Ja?abang janji abang akan adil pada Ja. Abang takkan sia-siakan hidup Ja lagi. Abang janji.” Walau sejuta janji yang dilafazkan namun hati Jaja sudah tertutup rapat buat Zulhuzaimy.

Jaja masuk ke bilik air. Sengaja dia membuka air paip dengan kuat. Jaja merendamkan badannya ke dalam tab mandi dan membiarkan air dari pili atas tab mandi terbuka menghujani dirinya. Jaja benar-benat tertekan dengan perlakuan Zulhuzaimy sebentar tadi. Bagai terkunci terus hatinya untuk menerima Zulhuzaimy kembali bertakhta di hatinya. Air matanya terus mengalir mencurah. Jaja meraung sepuas hatinya sesakit badannya sakit lagi hatinya saat itu. Zulhuzaimy yang berada di luar tidak dapat menangkap bunyi raungan Jaja yang di tenggelami dek bunyi air yang mencurah-curah. Zulhuzaimy duduk tersandar di pintu bilik Jaja.

Ja?bukan niat abang nak menambah kelukaan Ja. Tapi abang benar-benar rasa tercabar bila Ja ungkit dan katakan abang macam tu. Abang juga punya perasaan macam Ja. Abang cintakan Ja sebagaimana Ja cintakan abang cuma abang tak faham kenapa cinta kita berkesudahan macam ni. Yang penting?apa yang dah berlaku dengan hati abang? Ja?berilah abang peluang sekali lagi. Tolonglah sayang, demi cinta kita. Demi cinta kita.

Pagi ini Zulhuzaimy segak berbaju kemeja lengan panjang berwarna biru laut dan dikenakan dengan seluar jeans putih.Bagaikan berjanji,Jaja juga mengenakan kebaya labuh dan longgar daripada kain sutera daripada warna yang sama.Terserlah kelembutan dan keayuan Jaja apabila berpakaian begitu. Sebaik sahaja bersua dan rasa hormatkan Zulhuzaimy yang masih tersisa, Jaja tetap bersalaman dan mencium tangan Zulhuzaimy seperti selalu walaupun sakit hatinya dengan kelakuan Zulhuzaimy semalam masih bersisa. Gumam Zulhuzaimy sendirian walaupun kelakuannya semalam masih menghantui.Mereka melangkah masuk bersama.Kaunselor yang melihat kebingungan melihat keserasian mereka.Segalanya seolah-olah tak pernah adanya perselisihan antara mereka.Mengapa harus mereka bercerai?

“Assalamualaikum.”Suara Zulhuzaimy pada kaunselor,Encik Muzahir sambil menguhulurkan tangan.Bersalaman. “Waalaikumsalam.Silakan duduk Encik Zulhuzaimy,Puan Juhaiza.”Muzahir mempersilakan tamunya, hormat.

Manusia?begitulah resminya.

Sebab itulah mereka ke mari?

“Hm?boleh kita mulakan sekarang?” Soalannya dijawab dengan anggukan sahaja oleh mereka berdua.

“Terus-terang saya katakan yang saya melihat keserasian kalian berdua. Justeru itu? saya tak faham kenapa puan pohon perceraian daripada suami puan.”Jaja tersenyum sinis.

“Maaf,abang.Izinkan Jaja.” Jaja memandang Zulhuzaimy.Memohon izin membuka pekung di dada. Zulhuzaimy mengangguk lemah. Tidak menyangka Jaja akan meminta izinnya untuk memulakan bicara.

Apa yang boleh kau kata?

“Bagi saya, Zulhuzaimy adalah lelaki yang cukup baik.Dari segi wang ringgit? saya tak pernah kurang bahkan berlebih-lebih. Lebih kurang tiga tahun terikat dengan gelaran suami dan isteri banyak mengajar saya akan erti kehidupan.Tapi bagi saya? gelaran itu tak langsung membawa makna dalam hidup saya.Kami hanya bersama hanya untuk lebih kurang 3 bulan sahaja. Selebihnya saya hidup seperti orang bujang dan hubungan kami bagaikan orang asing.Saya akui bahawa saya yang menuntut untuk kami berdua untuk tidak tinggal sebumbung.Mungkin inilah yang menjadi punca keretakkan dan juga kemusnahan rumahtangga kami berdua. Sejak daripada itu kami berdua langsung tidak mengunjungi antara satu sama lain. Kami hanya bersua sekali-sekala. Itupun hanyalah kalau kami berdua terserempak di rumah ibu mertua saya.

” Muzahir memerhati mereka berdua. Zulhuzaimy hanya membatu?langsung tidak meyanggah kata-kata isterinya itu.Jaja menarik nafas?untuk meyambung kembali ceritanya. “Sebagai seorang isteri?saya inginkan seorang teman yang mampu bersama saya? susah mahupun senang?tawa dan tangis saya?ada orang disisi.Itu saja pinta saya buat seorang lelaki yang bergelar suami.” Jaja mengakhirkan katanya.

“Encik?macamana?Ada apa yang Encik nak bantah kata-kata Puan Juhaiza?” Muzahir beralih pula pada sang suami.

“Saya amat cintakan isteri saya.Saya tahu yang bertahun saya abaikan dia. Tapi saya sendiri bingung dengan keadaan hati dan perasaan saya.Saya tak boleh bersama dia. Bila jauh saya rindu tapi bila dekat?perasaan yang wujud hanya sebagai teman biasa dan kadang kala timbul rasa benci yang amat sangat padanya.Saya juga jadi benci bila dia disayangi atau bila mana dia rasa gembira.”

“Sejak bila Encik berasa begitu?” “Selepas bulan kedua kami tinggal berasingan.Mulai dari bulan itulah kami tak pernah bersama lagi.Dan isteri saya juga meminta saya melepaskannya kerana saya sendiri sudah ada wanita lain.” Zulhuzaimy berterus-terang. Muzahir menarik nafas panjang.Mengeluh.

“Maksud Encik,Encik dah bernikah lagi?” Zulhuzaimy mengangguk.

“Bila?”Tanya Muzahir. “Lebih kurang dua bulan selepas kami tidak sebumbung.”

Mungkin dia ada alasannya.Mungkin isterinya mengabaikannya?

Dilhatnya wajah Jaja yang putih?bersih?

Itulah resmi alam.Kaya wang ringgit tak boleh dijadikan ukuran untuk membeli sebuah cinta. Wang dan harta bergudang belum tentu dapat menjamin rumahtangga yang bahagia.

“Takkanlah hanya itu jalan penyelesaian yang ada?”Muzahir masih cuba memancing kasih yang tersisa dalam hati masing-masing.Manalah tahu?rumahtangga mereka masih boleh diselamatkan.Jaja menggelengkan kepalanya. Zulhuzaimy tunduk merenung lantai.

“Saya tetap dengan keputusan saya.Biarlah dia bahagia bersama insan itu. Itu pilihannya. Lagipun dah lama hubungan kami ini mati.Biarlah ia terus berkubur dan segalanya biarlah abadi sebagai kenangan.” Tegas sekali Jaja membuat keputusan. Muzahir mengeluh lagi.Sedih bila mengenangkan perceraian yang akan berlaku di hadapan matanya.Sedih kerana gagal menyelamatkan sebuah rumahtangga.

“Ada apa-apa tuntutan yang puan nak buat pada suami puan?Harta sepencarian dan nafkah misalnya?”Muzahir tewas dan kehilangan bicara bila berhadapan dengan Jaja. Kata-kata Jaja sentiasa menghilangkan bisa kata-katanya.Jaja menggeleng lagi.

“Saya tak mau apa-apa.Saya jugak bersedia memulangkan rumah,kereta dan juga harta yang pernah suami saya berikan pada saya. Cuma?” Jaja berpaling ke arah Zulhuzaimy.

“Abang?”Jaja memanggil dengan lembut. “Saya dengan penuh rendah diri, saya mintak abang ceraikan saya dengan hati yang tenang. Tanpa rasa dendam.Dan terimalah bahawa jodoh kita hanya sampai sini.” Muzahir hanya mampu menjadi pemerhati.Jaja menyalami Zulhuzaimy.

“Abang?saya mintak abang halalkan makan minum saya dan apa jua yang telah abang berikan pada saya yang mana saya tak mampu kembalikan pada abang.Dan? saya nak abang tahu?yang saya memang cintakan abang dan cinta itu muncul sebaik sahaja abang melafazkan akad nikah dulu.Cuma jodoh kita tak panjang. Saya juga maafkan perbuatan abang semalam walaupun ia amat melukakan hati saya. ” Jaja menyeka air matanya.

Muzahir juga terharu melihat mereka.

“Dan abang?saya nak abang ingat satu perkara?kebahagiaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit.Kasih sayang,kesetiaan dan keikhlasan adalah tunjang sebuah rumahtangga. Terima kasih kerana abang pernah membahagiakan dan mencintai saya walaupun sekejap cuma.” Jaja mencium tangan Zulhuzaimy. Kelihatan air mata Zulhuzaimy mengalir laju dipipinya selaju air mata Jaja.

“Selama ini?abang sedar yang abang bukanlah seorang suami yang baik. Abang amat bertuah kerana memiliki Jaja.Cuma abang saja yang tak pandai menghargai apa yang abang miliki. Jaja?segala harta yang selama ini atas nama Jaja?tetap selamanya milik Jaja. Itu hak Jaja.Maafkan abang kerana keterlanjuran abang.Jaja memang seorang isteri yang baik. Jaja tak pernah memberontak?Jaja terima abang seadanya?tanpa merungut sepatah pun. Moga hidup Jaja selepas ini akan lebih bersinar gemilang.Abang halalkan segalanya dan abang juga mintak daripada Jaja halalkan segalanya.Dan lagi satu abang harapa hubungan Jaja dengan mama papa takkan terputus.Jaja bagaikan anak mereka sendiri.Mereka terlalu menyayangi Jaja. Maafkan abang, Jaja. Maafkan abang.” Zulhuzaimy mengucup dahi isterinya buat kali terakhir.

Tak semua cinta kekal abadi hingga ke akhir hayat.

Berita perceraian Zulhuzaimy dan Jaja menjadi berita yang cukup hangat dan sensasi dalam dunia hiburan tanahair.Entah daripada mereka mendapat khabar langsung tidak Jaja ketahui.Jaja menyelak helaian demi helaian majalah hiburan terkenal. Tiba-tiba matanya terpaku pada tajuk yang diberi. “Salah siapa.Cinta yang terpadu terlerai sudah?” Matanya terpaku kerana wajahnya yang terpapar.Foto perkahwinnannya dengan Zulhuzaimy yang dihiasi frame hati yang terbelah?menyebabkan hati wanitanya tersentak seketika. Tidak?hang amik keputusan nih demi masa depan hang.Hang bukannya muda lagi. Hatinya terasa sebak kerana dia juga pernah mencintai lelaki yang pernah menjadi suaminya itu walaupun lelaki itu terlalu melukakan hati wanitanya. Jaja mengumpulkan kekuatan untuk membaca temuramah antara wartawan hiburan itu dengan Zulhuzaimy.

************************************************************

Naida,antara wartawan hiburan yang tidak pernah putus dengan cerita- cerita kontroversi terutama kisah-kisah artis-artis yang popular,dari cerita peribadi kepada cerita-cerita sensasi yang lain.Hari ini,Naida berjaya mendapatkan Zulhuzaimy;seorang pelakon, penggiat teater dan juga seorang kompser yang berbakat dan disegani kerana imejnya yang bersih.

“Selamat pagi.” Zulhuzaimy hanya tersenyum sambil mengangguk mendengar ucap selamat daripada Naida.

“Pagi ini,saya mewakili penerbitan untuk majalah hiburan kami,datang untuk mendapatkan kepastian dan cerita yang sebenarnya daripada Zul tentang kisah perceraian Zul yang hangat diperkatakan sekarang.So saya harap Zul faham dan dapat memberikan kerjasama yang baik dan penjelasan yang saya inginkan.” Naida berbasa basi.

“Saya cuba.”jawab Zulhuzaimy tidak bersemangat.Tiada lagi senyuman manis yang sentiasa terukir dibibirnya yang menampakkan lesung pipit di sebelah kiri wajahnya.

“Hm?macam yang semua dah sedia maklum?kami mendapat tahu yang Zul dah pun menceraikan isteri Zul,Jaja seminggu yang lalu. Rasanya semua peminat mahu tahu apakah punca terlerainya ikatan perkahwinan yang baru berusia tiga tahun lebih ini? Hm?ataupun ada apa yang Zul ingin katakan pada bekas isteri Zul?” Naida memulakan langkahnya untuk mengorek rahsia yang tersimpan selama ini.

Zulhuzaimy tunduk.Air mata mula bergenang di pelupuk matanya.

Inilah peluang kau, Zul.Peluang kau untuk meluahkan apa yang kau rasa dan nyatakan betapa kau sentiasa mencintainya!

Tapi kau harus katakan.Ataupun kau akan kehilangan dia buat selama-lamanya. Kau sanggup? ugut akalnya.

“Semua peminat menyalahkan dia.Kononnya dia tidak memberi kebahagiaan pada saya, kononnya dia mencurangi saya.Kalau yapun dia curang, kalau yapun dia tidak memberi kebahagiaan pada saya bukan dia yang harus dipersalahkan dalam hal ni tapi saya sendiri. Kalau sekali orang menuding jari pada dia,orang itu patut tuding jari berpuluh kali pada saya.” Zulhuzaimy menarik nafas panjang.Dia perlukan kekuatan untuk menegakkan kebenaran walaupun kebenaran yang hendak ditegakkannya adalah terlalu pahit. Dia tahu cerita ini mungkin akan mencemarkan imejnya yang bersih selama ini. Tapi dia tidak takut, dia cuma mahu semua peminat mengetahui kebenarannya.

“Apa maksud Zul?Saya tak faham dan saya rasa pembaca juga takkan faham. Kalau dia curang dan tidak membahagiakan Zul kenapa Zul yang harus dipersalahkan?” Naida cuba mengorek lagi rahsia yang tersimpan.

“Semuanya salah saya.Sejak tiga tahun yang lalu? kami tidak lagi tinggal bersama. Saya sendiri tak tau kenapa saya jadi macam nih sedangkan bagi saya?dialah wanita idaman yang selama ini saya puja dan kasihi sepenuh hati saya.Bertahun saya mencintainya? bertahun saya mengintai kasihnya dalam diam.Bila dia menjadi milik saya yang sah?saya rasakan hidup saya bagaikan terawang- awang.Betapa bertuahnya saya sebagai seorang lelaki kerana memiliki seorang isteri sebaik dia.Tapi bila kami mula tidak sebumbung?perlahan-lahan saya mula berpaling dan yang saya sendiri betul-betul hairan,saya tak pernah menyedari yang saya mengabaikan dia.Saya tak tau kenapa mata hati saya tertutup untuk melihat kebaikan, kesetiaan dan keikhlasannya sebagai seorang isteri.Saya biarkan dia terumbang ambing tanpa hala tuju?tanpa teman?tanpa tempat berpaut.Sedangkan sayalah satu- satunya insan yang bertanggungjawab untuk membahagiakannya.Ketika dia berada di hospital kerana keguguran?saya langsung tak menjenguknya.Saya asyik dengan dunia saya. Bahkan pada waktu dia menderita itu saya sedang asyik berbulan madu dengan isteri kedua saya. Betapa kejamnya saya.Kemuncak kesabarannya bila saya tak menghadiri konvokesyennya yang lalu.Gelaran pelajar terbaik yang dimilikinya tak dapat dikongsi bersama seorang suami. Itulah kemuncak kesabarannya semenjak itu dia tekad takkan berpaling ataupun menanti kasih saya yang telah hilang tanpa sebab.” Zulhuzaimy mengesat air mata yang mengalir laju dipipinya.

Naida terkejut mendengar berita Zulhuzaimy yang telahpun berkahwin lain dan juga apabila melihat air mata yang menitis dipipi lelaki itu.Keredupan matanya yang selama ini sentiasa bersinar galak seolah-olah memberitahu Naida betapa Jaja amat penting dalam hidup Zulhuzaimy.Tapi Naida tidak faham,kalau Zulhuzaimy benar-benar mencintai Jaja, apa perlunya dia berkahwin lain?

“Zul dah pun menikah sorang lagi?Bila tu?” Zulhuzaimy mendongak mencari wajah Naida.

“Empat bulan selepas perkahwinan saya dan Jaja iaitu bulan kedua kami mula tak tinggal sebumbung sebab Jaja melanjutkan pengajiannya ke peringkat Ijazah di UiTM.” Naida terperanjat mendengar pengakuan Zulhuzaimy.

“Semua orang tak menyangka tindakan saya.Saya sendiri pun tak tau macamana saya boleh lakukannya.Ketika dia keguguran dan berada di hospital?saya bukan saja tak pernah melawatnya bahkan saya boleh ke Pulan Tioman untuk honey- moon.Saya sendiri tak percaya yang saya sekejam itu.

“Naida ternganga. “Apakah Jaja tau perkahwinan kedua Zul?”Zulhuzaimy mengangguk.

“Dia tau.Selama tiga tahun dia menyaksikan saya bermesra dengan wanita lain didepannya tanpa berkata sepatah pun.Dia cukup penyabar.Saya?saya?” Zulhuzaimy tak mampu untuk menghabiskan kata-katanya.

“Zul kata yang Zul tak tinggal sebumbung dengan dia lagi,macamana dia boleh melihat kemesraan Zul dengan isteri kedua?”

“Sebagai seorang menantu yang baik,dia tetap ke rumah ibu bapa saya di Klang. Boleh dikatakan yang dia ke sana dua minggu sekali.Dia menantu kesayangan ibu. Jadi? kami bersua jika kebetulan saya dan isteri kedua saya juga ke sana.” Naida kehilangan kata-kata.Tidak disangkanya, Zulhuzaimy yang kelihatan lembut? sopan dan cukup menghargai wanita boleh bertindak sebegitu kejam.Sebagai seorang wanita, Naida merasakan yang Jaja menanggung penderitaan jiwa yang cukup hebat. Demi bahan dan juga kerjaya,Naida teruskan jua temuramah dengan Zulhuzaimy. Walaupun jiwa Naida sendiri memberontak kerana naluri kewanitaan yang ada padanya memihak pada Jaja 200%.Dia mula simpati pada Jaja.Simpati yang teramat sangat.

“Akhir kata,apa yang ingin Zul katakan pada Jaja?” Zulhuzaimy menarik nafas panjang.Dan melepaskan satu keluhan yang cukup berat.

“Jaja,abang tahu yang abang cukup banyak melukakan Jaja.Tapi Jaja, abang nak Jaja tau yang sebenarnya abang amat cintakan Jaja.Abang sendiri pun tak tau macamana abang tergamak melakukan semua ini pada Jaja.Jaja?orang akan berkata?cakap memang senang tapi hati yang terluka siapa yang nak mengubatnya? Dan luka di hati bukannya macam luka dipermukaan yang boleh dibubuh plaster. Abang tahu kelukaan Jaja.Abang sedar kekejaman abang selepas abang lafazkan talak pada Jaja hari tu. Tapi apa daya abang ,Jaja?Jaja?kalau ada ruang di hati Jaja, abang ingin kembali, kembali untuk menebus segala dosa abang pada Jaja selama ini. Tapi jika tiada ruang lagi di hati mu,sayang?abang doakan Jaja agar bahagia dengan pilihan Jaja.Maafkan abang, Jaja.Abang janjikan Jaja sejuta kebahagiaan tapi abang berikan Jaja berjuta kedukaan. Maafkan abang.Maafkan abang.Abang cuma nak Jaja tahu? abang sayangkan Jaja.Abang cintakan Jaja.” Zulhuzaimy menahan sedunya.

Hilang malunya di hadapan Naida. Naida meminta diri sebaik sahaja tamat sesi temuramah.Tidak tergamak dia nak menambah pertanyaan tentang hubungan Jaja dengan Jimmy Yang penyanyi kumpulan Gentle yang popular di Malaysia yang berasal dari Taiwan.Segalanya tinggal tanda tanya. Untuk mencari Jaja?dia langsung tidak dapat dikesan.Naida pula yang mula bingung.Hubungan Jaja dengan Jimmy Yang dah mula heboh dikatakan diTaiwan. Tapi di negara sendiri cerita begitu masih kabur.Sekabur pencariannya?mencari Jaja.

Jaja hanya mampu membaca saja luahan hati Zulhuzaimy buatnya.Tapi untuk kembali? adalah sesuatu yang tidak mungkin.Baginya semua itu adalah mustahil. Cukup sudah kelukaan yang ditanggungnya selama ini.Dihatinya mula terukir satu nama. Dirasakannya?cintanya buat lelaki itu seperti cintanya buat allahyarham tunangnya,Jan. Bertahun bersama?susah dan senang buat Jaja mula cintakan lelaki itu dalam diam. Memang dia tahu Jimmy juga amat cintakannya.Tapi sebagai seorang wanita yang baru mengalami pengalaman pahit hidup bersama seorang lelaki yang bergelar suami? buatkannya takut.Takut peristiwa sebegitu berulang tambahan pula Jimmy bukan rakyat Malaysia. Lamunan Jaja tersentak dengan deringan telefon bimbitnya.Jaja tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefon itu. Lama betul mereka tidak berhubungan. Mas, teman serumahnya sewaktu bekerja dahulu. “Assalamualaikum?hai mimpi apa gamaknya hang hari ni?” riang Jaja menyapa Mas. “Waalaikumsalam. Tak dak apa. Actually kami kat sini nak sampaikan simpati kami semua. Kami dah baca cerita hang ngan Zul dalam magazine semalam. Hang macamana la?” Mas menyampaikan salam simpati daripada teman-teman. “Aku okay. Benda dah nak jadi?nak buat lagu mana. Biaq pi la kat dia. Weih? hang tak kerja ka hari ni?” Jaja melihat jam di dinding apabila teringatkan hari ini hari Rabu. “Aku tengah kerja la ni. Aku kat kilang ni? Apala hang. Aku nak makan apa kalau tak kerja?aku pun macam hang la jugak tak dak sapa nak sara.” Balas Mas. Mereka berdua menyewa sebuah rumah yang dekat dengan kilang tempat mereka bekerja. Selepas dia berkahwin, Mas terus mendiami rumah itu sendirian sampai sekarang. Apabila ditanya bila dia mahu menamatkan zaman bujangnya, Mas hanya akan tersenyum tanpa sebarang jawapan. “Tu la yang aku musykil tu. Abih tu orang tua tak marah ka hang telepon aku nih?” tanya Jaja pada Mas kerana mengikut prosedur di kilang mereka, telefon bimbit tidak dibenarkan untuk semua pekerja hanya orang-orang tertentu dan pegawai sahaja yang dibenarkan menggunakan telefon bimbit itupun untuk alasan kerja bukannya peribadi. “Aku tepon ni pun pasai ada orang suruh pas tu aku boleh claim ma. Jangan main-main.” Beritahu Mas bersungguh-sungguh. “Ada orang suruh telepon aku? Sapa la yang ingat kat aku lagi?” perlahan sekali kedengaran suara Jaja. Macam merajuk sahaja bunyinya. “Semua orang ingat kat hang,Jaja. Hang saja yang bawak diri. Langsung tak call kami macam hang pi Taiwan dulu.” Pujuk Mas. “Sapa yang suruh hang call aku Mas?” Jaja teringatkan kata-kata Mas sebentar tadi. “Sapa lagi. Big boss kita la. Nah hang cakap dengan dia.” Telefon bimbit Mas terus bertukar-tangan. “Hai,Jaja.” Kedengaran suara Faizal dihujung talian. Jaja terkedu mendengar suara bekas ketuanya itu, seorang duda beranak satu. “Are you still there,Jaja?” sapa Faizal apabila Jaja mendiamkan diri. “Yes, Faizal. How are you? Dah lama tak call.” Jaja cuba berlagak ramah. “Saya sihat. Ja macamana? Actually kami semua kat sini dah sepakat nak mintak Ja balik kerja sini. Kami masih perlukan Ja. Susah nak cari orang yang berbakat macam awak.” Faizal berterus – terang dengan Jaja yang sememangnya mereka amat perlukan khidmat Jaja seperti dulu. “Betoi ka ni?” tanya Jaja kembali untuk mendapatkan kepastian. Gembira rasa hatinya mendengar tawaran itu. “You’re always welcome to home.” Tergelak Jaja mendengar Faizal membahasakan kilang sebagai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: