Cintaku Untukmu 12

Tapi diakan baru saja bercerai.

Jimmy mundar mandir sendirian di dalam bilik itu. rintih Jimmy sendirian.

Mahukah keluarganya terima kau kalau dia sudi terima kau sekalipun

Jimmyjangan lupa satu perkara.Bangsa kau lain, kau baru memeluk Islam dan yang paling utamakewarganegaraan kau.Kau Taiwanese.

Good luck,Jimmy Jimmy resah sendiri.

Segalanya serba tidak kena.Duduk salah,berdiri salah,baring salahsemuanya serba tidak kena.Bila terkenangkan Jaja,Jimmy rasa seolah-olah mahu menangis kerana kasihnya yang terlalu dalam buat wanita itu.Perceraian Jaja dengan Zulhuzaimy yang diumumkan baru-baru ini seakan memberi peluang padanya dan juga memberinya ruang untuk bernafas lega kerana tiada lagi bayangan lelaki itu yang membelenggu Jaja. Tapi mahukah Jaja padanya. Sedangkan Jaja telah meniti pengalaman yang cukup pahit hidup bersama seorang artis.Sudikah Jaja menerimanya yang masih setahun jagung dalam Islam dan yang paling menakutkannyadia bukan warganegara itu.Apabila teringatkan itu semua,Jimmy kian resah. Jimmy sendiri tidak faham kenapa dan mengapa hatinya Bagaikan terkunci rapat pada Jaja sedangkan Jaja tidak secantik mana kalau hendak dibandingkan dengan teman wanita yang ditinggalkan semata- mata kerana mahu mengejar Jaja masih isteri Zulhuzaimy ketika itu. Bagaimana kecohnya dunia hiburan di negara asalnya apabila dia mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Liu Mei yang juga seorang artis di Taiwan.

Selama ini mereka sentiasa digambarkan sebagai pasangan yang cukup ideal bahkan mereka juga sudah bertahun-tahun tinggal serumah. Walaupun ibunya kurang bersetuju sewaktu dia memilih Liu Mei kerana sikapnya yang gemar berpoya-poya, ibunya tetap mendiamkan diri kerana tidak mahu melukakan hatinya. Jimmy sendiri tidak faham situasi yang dihadapinya.Cintanya pada Jaja cukup dalam sehingga dia menghabiskan 50% daripada masanya bersama Jaja. Berulang alik dari Taiwan ke Malaysia bagaikan berulang antara Kuala Lumpur dengan Kedah. Sedangkan Jaja tidak pernah menyatakan perasaannya pada Jimmy. Cuma Jimmy dapat rasakan yang Jaja juga punya rasa yang sama padanya dengan layanan Jaja dan kemesraan yang terjalin antara selama ini antara mereka. Dia jadi tempat Jaja menumpang kasih,menjadi pendorong Jaja, memberi semangat dan bersamanya di kala susah senang. Di Negara kelahirannya telah tercetus gossip-gossip tentangnya yang gilakan seorang gadis Malaysia.Cuma di Malaysia segalanya masih dapat ditutup walaupun sudah ada khabar-khabar angin yang bertiup. Jimmy memejamkan matanya.Hanya wajah Jaja yang sayu itu terbayang dalam ruang fikirannya.Dia tahu keluarganya akan menentang keras hajatnya untuk memeluk Islam dan memperisterikan Jaja.Tapi demi kasih dan kekaguman pada kekuatan semangat Jaja, Jimmy nekad meneruskan kata hatinya.Syahadah juga sudah dilafazkan. Jimmy bertekad untuk membawa Jaja pulang ke Taiwan apabila segalanya sudah reda dan Jaja sudah memberi jawapan yang pasti untuk menemaninya hingga ke akhir hayat.

Kau yakin dengan pilihan kau Jimmy tersenyum mendengar soalan Hans.

Kau dah fikir habis-habis Jimmy mengangguk. Hans mundar mandir di hadapan Jimmy, Adam dan Daniel.

Aku dah buat keputusan. Aku nak lamar dia dan aku dah fikir masak-masak perkara ni. Cuma aku tak pasti apa penerimaan dia. Akui Jimmy pada semua.

Jim, kalau niat hati kau ikhlas aku yakin dia akan nampak kejujuran dan kesungguhan kau pada dia. Lagipun bukan baru sebulan dua kita berkenalan dengan dia. Dah bertahun-tahun. Daniel memberi perangsang.

Dia wanita yang baik, jangan sekali-kali kau lukakan hati dia. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau kena sanggup hadapi apa saja dugaan yang datang.Tegas Adam.

Apa maksud kau Dugaan apa Jimmy bingung dengan amaran Adam. Fikirannya sekarang benar-benar buntu.

Kau jangan lupa asal usul dia. Apa anutan dia dan apa anutan kau. Lagi satu kau kena fikirkan juga penerimaan keluarga kau pada dia dan juga apa penerimaan keluarga dia pada kau. Dia dah alami keperitan hidup dengan artis so kami takut dia dan keluarga dia akan melabel semua artis adalah sama. Jimmy terdiam mendengar kata-kata Adam.

Jimmy mengakui kebenaran kata-kata Adam. Pasti akan banyak dugaan dan tohmahanyang akan ditempuhi mereka.

Kami bukan nak melemahkan semangat kau. Kami tau kau betul-betul cintakan dia dan kami memang berharap kau akan bersama dengan dia. Cuma kami nak ingatkan kau yang laluan kau tidak semudah yang kau fikirkan. Dua negara yang berlainan budaya akan bersaudara. Fikirkanlah Jim. Hans memujuk lembut.

Jaja wanita yang baik. Bukan mudah nak jumpak wanita sebaik dia so jangan sia-siakan dia. Cukuplah sekali hatinya terluka. Daniel memberi perangsang buat Jimmy.

Jimmy tersenyum lega dengan sokongan teman-temannya itu. Kalian kawan aku selamanya. Mereka berempat berpelukan.

**********************************************************************

Hai Jaja ketawa mendengar suara yang amat dirinduinya itu.

Heikenapa ni Awak sihat tanya Jimmy lembut.

Untuk awak saya akan sentiasa sihat. Balas Jaja manja. Terbuai hati Jimmy mendengar gurauan Jaja itu.

Jasaya nak ke sana minggu depan. Awak tunggu saya, ya Jaja mengukir senyum sendiri.

Awak tak sibuk Jaja mengorek cerita.

Actually kami akan ada kat sana lebih kurang sebulan. Kami ada promosi plus mini konsert di Malaysia dengan Brunei. Promotion apa semua kat sana so lebih kurang sebulan la jugak. Miss me sempat lagi Jimmy mengusik Jaja.

Sempat ke awak nak jumpak saya Jaja menduga Jimmy.

Lebih daripada sempat. Saya sampai awal seminggu. Takkan tak sempat lagi.Jaja ketawa besar mendengar kata-kata Jimmy.

Awak nak apa soal Jimmy

Apa yang apa Jaja bingung.

Ya lah, ole-ole dari Taipei. Terang Jimmy.

Nak awak. Jaja memutuskan taliannya.

Muka merah merona. Terasa panas mukanya.Malu. Jimmy tersenyum puas. Dia tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan dan perceraian Jaja lebih tiga bulan lalu memang telah dinantikannya bertahun-tahun. Dia memang mengharapkan perceraian Jaja. Dia mahu menyunting Jaja untuk menjadi permaisuri hatinya. Ingin di belai dan dijaga hati itu dengan penuh cinta dan kasih sayang. Jimmy tidak sabar menantikan saat untuk melamar Jaja. Jimmy sudah bersedia dengan kejutan buat Jaja. Satu kejutan yang langsung tidak disangka olej Jaja.

Bab 41

Jaja menangis. Terharu hatinya apabila Jimmy datang sebagai Juhaizril Yang bin Abdullah dan hadir bersama keluarga angkatnya untuk meminangnya.Selama ini memang Jimmy amat mengambil berat tentang dirinya tetapi langsung tidak disangkanya Jimmy akan melamarnya untuk di jadikan suri hidupnya.Hati wanitanya cukup tersentuh apabila mengetahui yang Jimmy telah setahun lebih memeluk Islam. Dia tidak menyangka cinta Jimmy padanya setulus itu.Walaupun hatinya masih takut untuk berkahwin lagi,lamaran Jimmy yang di bawa Haji Imran benar-benar mencuit hati wanitanya. Bertahun-tahun Jimmy bersamanya sebagai seorang sahabat yang cukup setia. Sebahagian masanya dihabiskan dengan menemani Jaja.Tawaran berlakon telah ditolaknya 100% kerana Jaja pernah berkata padanya apabila Jimmy bertanyakan pada Jaja lakonannya dalam satu drama bersiri yang ditayangkan di Malaysia sewaktu usia hubungan mereka mencecah 2 tahun.

Awak memang berbakat tapi saya tak suka tengok awak berpeluk dan bercium dengan siapa sahaja.lancar sahaja mulut Jaja menuturkannya.

Tiba-tiba Jaja terdiam apabila teringat yang Jimmy bukan beragama Islam dan bukannya orang melayu yang amat menitik beratkan semua itu.Jaja rasa bersalah apabila melihat Jimmy mendiamkan diri.

Awak marah tengok saya macam tutiba-tiba Jimmy bertanya. Sebenarnya Jimmy ingin bertanya sama ada Jaja cemburu ataupun tidak bukannya marah.

Itu hak awak.Saya hanya luahkan apa yang saya rasa.Memang di sini pun ada adegan yang macam itu tapintahlah saya tak mau komen la awak.

Awak tak suka saya berlakon atau awak tak suka pelakon Jimmy menjerat Jaja.

Cuma Jimmy sendiri tidak pasti sama ada pertanyaannya itu berbaur cemburu atau pun apa. Tapi baginya tidak salah dia bertanya kerana suami Jaja juga seorang pelakon. Jaja membiarkan pertanyaan Jimmy sepi.Jimmy tersenyum nakal.Dia tahu sebenarnya dalam hati Jaja juga telah tumbuh rasa cinta padanya Cuma statusnya langsung tidak membenarkan dirinya untuk mengakuinya.Ringan rasa sahaja mulut Jimmy untuk menyuruh Jaja memohon cerai daripada suaminya yang tidak bertanggungjawab itu tapi dia tidak mahu semuanya nampak terlalu terang dan dia takut kegelojohannya itu akan mengundang rasa benci atau tidak selesa Jaja padanya.Dia benar-benar takut kalau Jaja menghindarkan diri darinya. Dia mahu segalanya berjalan dengan sempurna. Sengaja dia kembali ke Malaysia seminggu lebih awal. Hajatnya itu telah di sampaikan oleh Jimmy kepada keluarga angkatnya. Bapa angkatnya, Haji Imran menerima baik hasrat Jimmy. Dia tahu Jimmy amat mencintai Jaja walaupun dia sendiri pernah berhasrat untuk menjadikan Jimmy sebagai menantunya kerana berkenankan keperibadian Jimmy walaupun baru setahun jagung mengenalinya. Memang masih banyak yang perlu dipelajarinya tapi kesungguhannya mendalami ajaran agama Islam benar-benar menyakinkan Haji Imran akan keperibadian Jimmy. Haji Imran sekeluarga yang kebetulan mengenali ibu bapa Jaja bersetuju meminangkan Jaja untuk Jimmy. Mereka telah pergi merisik dua hari yang lalu sebelum membawa bersama tujuh dulang hantaran daripada sebelah lelaki dan dimaklumkan pihak Jaja akan membalas sembilan dulang. Jimmy menghantar sebentuk cincin emas putih bertakhta berlian dan seutas rantai tangan yang juga daripada emas putih sebagai lambang cintanya yang bakal mengikat Jaja menjadi permaisuri hatinya. Jaja pun tidak tahu kenapa dia tidak membantah apabila mak dan ayah memberitahunya tentang risikan Haji Imran tentang anak lelaki walaupun dia tidak mengenali siapa yang dikatakan anak lelaki Haji Imran kerana dia memiliki tiga laki anak lelaki yang masih bujang. Apa yang diharapkan olehnya biarlah anak lelaki Haji Imran itu menuruti keperibadian bapa mereka yang terkenal sebagai imam di kairah itu. Dia tidak mahu melihat foto yang ditinggalkan Haji Imran. Dia tidak mahu mengenali siapa bakal tunangnya. Biarlah ibu bapanya yang menentukan siapa yang bakal menemani hidupnya selepas ini. Dia pasrah selepas bertahun-tahun bergelar isteri kepada pilihan hatinya sendiri. Jaja memeluk erat mak dan ayah selepas cincin di sarungkan ke jari manisnya dan rantai tangan di pakaikan ke pergelangan tangan kanannya. Hajah Sakinah memeluk bakal menantu angkatnya sebelum menyuakan foto Jimmy di dalam sampul berwarna biru muda pada Jaja kerana dia di beritahu Jaja hanya akan melihat wajah tunangnya hanya selepas cincin di sarungkan.

Moga berbahagia selamanya,nak. Kata Hajah Sakinah semasa

Jaja mencium tangannya. Terketar-ketar tangan Jaja membuka sampul biru muda itu. Gambar lelaki itu dikeluarkan.

Jimmy Jaja mendongak memandang Hajah Sakinah dengan seribu tanda tanya.

Itu anak angkat kami. Katanya dia amat cintakan Jaja. Balas Hajah Sakinah apabila Jaja melihatnya tanpa berkelip.

Mengalir air mata gembira di pipi Jaja. Dia benar-benar terharu dengan lamaran yang di bawa Jimmy. Hajah Sakinah turut terharu melihat linangan air mata kegembiraan itu. Dia tumpang bahagia melihat Jaja gembira begitu kerana dia sendiri mengetahui derita yang telah dilalui Jaja selama bergelar isteri kepada Zulhuzaimy. Bukan salah Jaja dan bukan juga salah Zulhuzaimy perkahwinan mereka terlerai, cuma jodoh mereka tidak panjang. Itulah yang selalu dikatakan Jaja pada ibunya. Terkejut juga Hajah Sakinah dan Haji Imran apabila Jimmy meluahkan hasrat hatinya. Takut juga mereka untuk datang merisik. Maklumlah Jaja baru saja habis edah. Bimbang mulut orang sekeliling yang akan mengata. Namun Hajah Sakinah akur apabila Haji Imran berjanji pada Jimmy akan menyampaikan hasrat hati anak angkatnya itu pada keluarga Jaja. Setelah majlis merisik, keluarga Jaja menerima lamaran yang di bawa dan Jaja menyerahkan bulat-bulat kepada orang tuanya. Katanya dia tidak mahu tersilap langkah lagi. Dan dia juga tidak mahu tahu siapa bakal tunangnya. Baik kata ibu bapanya baiklah katanya.Betapa pengalaman mendewasakan Jaja.

Tapi sanggupkah Jaja menerima seseorang yang bukan sewarganegara itulah yang sering membelenggu fikiran Hajah Sakinah.

Namun dia mempercayai Jimmy akan bertanggungjawab atas apa saja yang berlaku. Dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Jimmy daripadanya dan Haji Imran tentang Jaja. Kenapa dia beria-ia mahu memiliki Jaja sedangkan mereka sepatutnya tidak mengenali antara satu sama lain kerana setiap kali Jimmy mengikut Haji Imran bertandang ke rumah Jaja, Jaja tidak pernah ada di rumah.

Mak mak memeluk Jaja erat.

Betoikah apa yang Jaja buat ni soal Jaja yang masih di dalam pelukan mak.

Mak tau, Jimmy yang berada dalam hati Jaja selepas Jan. Jimmy yang sentiasa menemani Jaja melalui liku-liku hidup berumah tangga sebelum ini. Mak tahu semuanya. Jimmy dah cerita dengan mak lepaih kita jumpak dia masa konvo hari tu. Tapi dia mintak mak dengan ayah rahsiakan. Dia sayangkan Jaja. Teramat sayang katanya. Dia sanggup buat apa saja demi Jaja. Jaja tunduk mendengar kata mak. Hatinya sebak.

Namun dia bersyukur kerana mak sentiasa merestui pilihannya.

Jamak rasa dia lah pilihan yang terbaik selepas arwah Jan. Mak tau tak dak sapa yang boleh menggantikan Jan. Tapi, sekurang-kurangya masih ada yang benar-benar cintakan Ja. Sinar bahagia masih ada, Ja.Jaja mengangguk.

Mak,ayah dan semua hanya mendoakan kebahagiaan,Ja. Kami tau apa kerjanya dan kami juga tau asai-usui dia. Tapi kami tau itu tidak pernah jadi kudis dalam hubungan Ja dengan dia selama ni kan Kami yakin Ja dah betoi-betoi kenai dengan dia.

Maktak dak apa yang lebih membahagiakan Ja selain daripada restu dan kasih sayang keluarga semua. Mak mengusap lembut rambut Jaja yang lurus itu.

Bab 42

Saya nak bawa awak balik ke Taiwan. Jaja tersentak mendengar kata-kata Jimmy.

Bila Buat apa pantas Jaja bertanya kembali.

Secepat mungkin. Saya nak bawa awak minta restu daripada parents saya pulak.Kalau boleh saya nak langsungkan perkahwinan kita secepat yang mungkin. Tenang sekali kedengaran kata-kata Jimmy dipendengaran Jaja.

Apa penerimaan parents awak dengan pertunangan kita berdebar-debar rasa hati Jaja.

Terlupa benar dia mahu bertanyakan tentang penerimaan keluarga Jimmy sebelum ini.

Jasincerely saya cakap. Mereka tak pernah tahu tentang pertunangan kita dan mereka juga tak tahu yang saya dah lama peluk Islam. Jaja menunduk.

Debaran makin kuat.

Awak yakin yang family awak takkan menghalang hasrat hati awak Jaja sengaja menduga hati Jimmy. Sekali saya melangkah Jasaya takkan berpatah balik. Saya cintakan awak dan hanya awak. Saya akan terus bersama awak tak kira apa jua halangan dan dugaan yang akan merentasi kita. Ikrar Jimmy pada Jaja.

Jangan terlalu mudah berjanji, Jimmy. Ianya melibatkan orang-orang yang melahirkan dan membesarkan awak. Awak kena ingat tu. Saya tak mau kerana saya keluarga awak akan berpecah belah dan awak jadi anak derhaka. Jimmy tersenyum kelat kerana dia dapat rasakan yang keluarganya akan menentang hanya kerana dia anak lelaki tunggal walaupun dia bukannya anak-anak lagi.

Yang penting kita berusaha. Tapi, Jasaya akan tetap menemani awak sepanjang hayat saya. Ikrar Jimmy pada Jaja.

Macamana dengan konsert awak Jimmy tahu Jaja akan mengikutnya ke Taiwan.

Saya ada gap seminggu sebelum training untuk konsert, so awak ikut saya balik Taiwan dalam jangkamasa tu macamana Jaja menganggukkan kepalanya. Dia tahu mahu ataupun tidak dia tetap terpaksa akur.

Thanks,Ja. Jimmy menjerit kegembiraan kerana Jaja sudi mengikutnya pulang keTaiwan.

Jaja tidak tahu kenapa dia rasa terlalu berdebar-debar untuk mengikut Jimmy keTaiwan. Serba tidak kena Jaja dibuatnya. Mereka ke Taiwan dengan menaiki Malaysia Airlines (MAS) dan bertolak dari Lapangan Terbang Bayan Lepas tepat pukul 7.05pagi dan mereka bertukar kapal terbang di Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan ke Taipei dan berlepas pukul 9.30pagi. Jimmy menggenggam erat jari jemari Jaja sepanjang perjalanan.Jaja kelihatan sedikit bimbang. Bimbang akan penerimaan keluarga Jimmy padanya.

Mak dan ayah juga risau untuk melepaskan Jaja mengikut Jimmy pulang ke Taiwan.Kalau tidak kerana jaminan yang diberikan Jimmy dan keluarga Haji Imran ditambah pula pengalaman Jaja berada di pulau itu, ayah pasti takkan membenarkan Jaja mengikut Jimmy pulang ke Taiwan. Sejuk sekali jari Jaja dalam genggaman Jimmy.

Takut tanya Jimmy. Jaja mengangguk perlahan.

Tiada gunanya berahsia apa yang dirasakannya saat itu. Jimmy juga risau sebenarnya namun dia tidak mahu Jaja tahu. Dia takut Jaja akan lebih bimbang. Hans, Daniel dan Adam yang berangkat awal sehari berjanji akan menjemput mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei Chiang Kai-Shek. Mereka seterusnya membawa Jaja ke Evergreen Laurel Hotel Taipei yang terletak kira-kira 35 minit dari lapangan terbang. Hotel ini juga agak berhampiran dengan beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti Sun Yat-sen Memorial Hall, Chiang Kai Shek Memorial Hall, National Palace Museum,Yangminshan National Park and Kuil Lungshan . Terpegun Jaja apabila di bawa kesitu.

Mahal sangat la kat sini. Luah Jaja sambil memegang erat tangan Jimmy apabila di bawa masuk ke perkarangan hotel. Takut. Itulah apa yang di rasai Jaja sekarang.

Tak mahallah. Saya tak kisah janji awak selesa. Jimmy mencuit hidung Jaja.

Tak mahal awak kata Saya tau bilik ni harga satu malam pun dah USD 244. tak mahal ke Jimmy tersengih. Tidak disangka Jaja tahu tentang itu.

Mana awak tahu

Awak jangan lupa saya pernah menetap di sini. Pertikaian kecil mereka terhenti dengan tawa Hans.Mereka berpandangan.

Dah la tu. Jaja just rehat. Sebenarnya kami nak Jaja dapat sepenuh keselesaan.Bukannya apa, itu saja. Lagipun Jajakan tetamu istimewa kami. Tentulah kami nakpastikan Jaja dapat layanan yang terbaik. Jaja terdiam dan seketika kemudian dia mengukir senyum buat mereka berempat.

Im sorry. Jaja memohon maaf pada semua terutama Jimmy.

Jimmy tersenyum lembut pada Jaja. Dia mengerti Jaja dalam keadaan yang agak tegang sekarang. Mereka meninggalkan Jaja untuk melepaskan penatnya dan menenangkan fikiriannya sendiri. Jaja segera mandi dan merehatkan badannya. Sudahnya Jaja tertidur.Nyenyak sekali. Hans memandu Jimmy kembali ke rumahnya sebelum ke rumah keluarganya. Jimmy kelihatan tegang. Adam yang berada di sebelah mengusap-usap paha Jimmy. Memberi Jimmy semangat. Semangat untuk berhadapan dengan keluarganya sendiri. Jimmy memandang Adam. Adam menghadiahkan senyum buat Jimmy.

Calm down. Kalau kau sendiri gelabah,macamana kau nak yakinkan Jaja nanti Daniel turut memberikan kata-kata perangsang buat Jimmy. Jimmy mengangguk.

Aku kena kuat. Bukankah selama ini aku dah cukup yakin untuk beritahu keluarga aku tentang keputusan yang aku dah ambil Jimmy cuba meningkatkan semangatnya sendiri.

Ingat Jimmy, Jaja bergantung pada kau sekarang. Jangan kau hampakan dia.Kalau kau hampakan dia, kau sama saja macam bekas suaminya yang lalu.

Aku akan tetap bersama dia walau apa sekalipun.

Bila kau nak bawa Jaja semuka dengan keluarga kau Hans yang sedang memandu pula bertanya.

Hmesok pagi la kot. Hari ni aku nak bagi dia tenang dan rehat dulu. Selesai aje masalah ni aku nak bawak dia pergi jalan-jalan dua hari lepas tu kita balik ke Malaysia semula la. Prepare untuk konsert tu. Jawab Jimmy dengan yakin.

*************************************************************

Jaja mengenakan jubah seluar gaya seorang ahli korporat berwarna kuning air dan bertudung putih. Nampak sopan walaupun dia bakal bertemu bakal mertua yang bukan Islam. Jaja tetap risaukan penerimaan mereka. Wajahnya di coles dengan mekap nipis sekadar menyerikan wajahnya sahaja. Wangian Carolina Harera 212 di semburkan ke badan. Semerbak bau bilik itu dengan kelembutan wangian semburan kegemarannya. Sebaik sahaja bersiap dia mendail nombor telefon bimbit Jimmy menggunakan telefon bimbit yang di berikan Hans semalam buat kegunaannya di Taiwan. Namun sedang dia mendail, telefon itu berbunyikan lagu terbaru mereka. Jimmy menghubunginya terlebih dahulu.

Hai,sayang. Dah siap ceria sekali suara Jimmy.

Assalamualaikumsaya dah siap. Tengah dail, nak call awak. Balas Jaja.

Opsswaalaikumsalam. Sorry. Jaja tertawa kecil dengan telatah Jimmy.

Awak kat mana ni Jaja bertanya risau.

Hati kembali berdebar-debar. Saat untuk bertemu bakal mertuanya makin hamper dan Jaja makin gelisah.

Kat luar bilik ni. Buka la pintu kalau awak tak buka macamana saya nak masukJimmy mengusik Jaja.

Segera Jaja membukakan pintu buat Jimmy. Jimmy kelihatan segak walaupun simple dengan kemeja T sendat berwarna putih dan dipadankan dengan jeans putih. Nampak bersih dan suci. Jaja kelihatan tidak selesa apabila Jimmy bersamanya di dalam bilik hotel itu.

Rileks. Sini tak dak pencegah maksiat and I wont do anything on you. Jaja menjeling rapat Jimmy tanda tidak sukakan gurauan sebegitu.

Lagipun dia juga takut terpengaruh bukan kerana dia tidak percayakan Jimmy, tapi kerana iman masing-masing hanya setebal kulit bawangdia bimbangkan sesuatu yang buruk.

Jom terus Jaja menarik tangan Jimmy sedang enak bersandar di sofa. Jimmy tersenyum dan menurut langkah Jimmy.

Terpegun Jaja melihat BMW Z4 yang dipandu Jimmy. Jimmy membukakan pintu kepada Jaja tetapi Jaja seakan teragak-agak untuk masuk ke dalam ruang tempat duduk.Seakan tidak layak untuk masuk ke dalam kereta mewah sebegitu.

Awak nak saya dukung awak masuk ke soalan Jimmy menyentakkan Jaja.

Jaja rasa bagaikan mimpi dapat duduk di dalam BMW Z4 yang memang menjadi idamannya. Kereta sport berwarna silver tua dengan 225 kuasa kuda itu meluncur laju menuju ke kediaman Yang. Jaja masih tidak mempercayai sesuatu yang menjadi kegilaannya dan dia bagaikan bermimpi di siang hari berada dalam kereta mewah itu. Jaja kelu. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Siapa Jimmy Takkan pendapatnya dengan menyanyi dan berlakon sebelum ini mampu untuk membuatkan hidupnya semewah ini kerana dia juga membeli rumah dan kereta buat kegunaannya di sana. Jaja bingung. Jimmy membiarkan Jaja terus berteka-teki. Jimmy membelok masuk ke kawasan perumahan tempat keluarganya menetap. Sekali lagi Jaja terpegun melihat banglo-banglo yang tersergam indah. Sememangnya Jaja tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan itu. Jaja makin bimbang akan penerimaan keluarga Jimmy padanya.Kini dia bukan sahaja bimbangkan perbezaan agama dan kubudayaan mereka tetapi dia juga kini bimbangkan perbezaan status antara mereka.

“Mummy… ” Jimmy memeluk dan mencium pipi wanita di hadapannya. Wanita yang dipanggil mummy itu membalas pelukan dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan kanan Jimmy. Pelukan pada Jimmy bersilih ganti dengan dua orang wanita muda dan juga dua lelaki muda yang lain.

Mungkin itulah kakak-kakak dan abang-abang iparnya. teka Jaja sendiri. “Daddy mana” kedengaran Jimmy bertanya pada wanita yang di panggilnya mummy itu.

“Daddy ada kat office.Why don’t you call Kalau tak boleh mummy suruh driver ambil kat airport. Tapi Jim kan bagitau mummy, youll in Malaysia in next two weeks” mummy menyoal Jimmy.

Jimmy tersengih kambing. Mummy melirik ke arah Jaja dan Jaja tidak selesa dengan lirikan tajam itu.

Actually mummy, I have something to tell you and I want you meet someone who really mean to me. Mata mummy terus tertancap pada Jaja.

Jaja direnungnya tajam sehingga membuatkannya bertambah tidak selesa untuk duduk.

Mummy, perkenalkan ini tunang saya, Jaja! Jaja menghulurkan tangan mahu bersalam dengan ibu Jimmy, Puan Alice Yang.

Alice Yang mengalihkan pandangannya daripada Jaja dan huluran tangannya juga tidak bersambut. Seakan jijik melihat Jaja. Jaja terasa namun di diamkannya.Segera mummy menarik Jimmy beredar ke satu ruang berhampiran dengan ruang tamu itu. Jaja tahu dia akan ditolak mentah-mentah oleh wanita yang elegan itu. Jaja terima dengan rela hati kerana sememangnya itu sudah dijangkakan apabila melihat keadaan keluarga Jimmy yang sebenar. Kenyataannya tetap pahit untuk ditelan. Walau apapun yang pasti mereka tidak setaraf. Bulat hati Jaja.

Tunang Are you out of your mind Dia bangsa apa Agama apa dia Mana kau pungut dia Jaja masih cuba menahan sabar dengan hinaan ibu Jimmy. Dia rasa dia sudah bersedia kerana Hans sudah memaklumkan tentang perangai ibu Jimmy yang amat menyayangi anaknya itu dan dia juga amat faham kedudukan Jimmy sebagai anak lelaki tunggal. Saya cintakan dia mummy. Kami akan kahwin bulan depan dan kami datang ni pun semata-mata nak minta restu mummy dan daddy. Jimmy tidak gentar walaupun terang-terangan mummy menolak wanita pilihannya kerana itu sudah diduganya. Apa yang dia dah buat sampai kau tergila-gilakan sangat kat dia Perempuan macam tu hanya nakkan harta keluarga kita saja. Sanggup buat apa saja asalkan kemahuan dia tercapai. Alice Yang menentang keras. Mummy, berilah saya peluang untuk menjelaskan tentang hubungan kami. Saya cintakan dia dengan sepenuh hati dan kami bukannya Bukan apa Kau nak bela perempuan murahan tu. Jangan kau ingat dia layak untuk jadi menantu aku. Kau satu-satunya anak lelaki harapan keluarga nijangan kau hancurkan keluarga ni dengan kahwini perempuan murahan yang tiada harga diri macam tu sebaik sahaja mendengar penghinaan sebegitu Jaja terus berlalu pergi. Mungkin Jimmy tidak sedar yang Jaja dapat mendengar perbualan mereka walaupun terlindung dengan dinding. Alice Yang juga mungkin tidak tahu yang Jaja mampu memahami setiap patah perkataan yang dituturkannya.

Mummydia bukan macam tu. Saya kenal dia. Dia baik mummy. Dah lama kami bercinta. Terang Jimmy.

Sebab tu lah kau tinggalkan Liu Mei. Mesti sebab betina jalang tu. Mummy ingat semua gosip yang kau jalinkan hubungan sulit dengan perempuan di Malaysia tu sekadar gosip rupanya kenyataan. Mummy malu. Mana mummy nak letak muka mummydepan keluarga kita dan kawan-kawan mummy

Suara mummy yang makin meninggi itu mengingatkan Jimmy pada Jaja yang sendirian di ruang tamu. Jimmy tiba-tiba terfikir tidak mustahil Jaja terdengar perbualan ataupun perbalahannya dengan mummy itu. Jimmy berlari keluar bilik dan terus ke ruang tamu. Kosong. Jaja sudah pergi meninggalkannya. Jimmy terduduk. Jaja pergi sendiri tanpa salam.

Jaja. Jimmy bagaikan hilang akal melihat Jaja tiada ditempat yang ditinggalkannya sebentar tadi.

Jaja,kalau apa-apa jadi pada awak saya takkan maafkan diri saya.Selama-lamanya. Saya sakiti awak. Saya sakiti awak. Jimmy merintih.

Mummy yang membuntuti Jimmy keluar dari bilik bingung dengan apa yang dilihatnya. Kenapa anaknya jadi begitu Ke mana perempuan itu menghilangKenapa dia menghilang Segalanya menjadi persoalan di benak mummy walaupun diamterasa lega kerana tidak lagi melihat kelibat Jaja.

Baguslah dia dah pergi. Kalau tak, sakit mata aku. desis hati mummy.

Puaslah hati mummy. Mummy dah sakitkan hati dia! Sekali mummy sakitkan hati dia seribu kali saya yang terhiris mummy.Kalau apa-apa jadi pada dia, saya bersumpah yang saya takkan balik sini lagi. Jimmy mula melangkah mahu meninggalkan rumah itu. Mummy memaut Jimmy sambil memanggil anak-anak dan menantu- menantunya yang berada di halaman rumah. Kakak-kakak dan abang-abang ipar Jimmy bergegas mendapatkan mummy apabila diteriak. Bingung mereka melihat mummy menangis sambil memeluk Jimmy yang sedang meronta untuk melepaskan diri.Vincent dan Ken menolong ibu mertua mereka memegang Jimmy walaupun mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku. Mereka cuma nampak wanita yang hadir bersama jimmy keluar secara tergesa-gesa namun mereka tidak mahu ambil pusing.

Mummy tak faham. Suara mummy kembali lembut apabila melihat Jimmy yang seakanhilang kawalan. Jimmy tidak pernah bertindak begini walaupun dulu dia pernah menghalang hubungan cinta Jimmy dan Liu Mei. Jimmy sentiasa tenang berbeza dengan Jimmy sekarang.

Mummy tak tau betapa deritanya dia, betapa sukarnya saya untuk mendapatkan cinta dia. Betapa seksanya saya nak yakinkan dia tentang cinta saya pada dia.Tiga tahun lebih mummy. Tiga tahun lebih. Tapi dalam masa beberapa minit sahaja mummy dah hancurkan segala-galanya. Jimmy terduduk di lantai dan menangis bagaikan anak-anak kecil. Mummy bertambah tidak faham apa sebenarnya yang telah berlaku antara Jimmy dengan Jaja. Jimmy mendail nombor telefon bimbit Hans apabila dilepaskan Vincent dan Ken setelah dia kelihatan kembali tenang.

Hans terpinga-pinga Hans mendengar suara Jimmy yang seakan menangis. Dia turut dilanda kebimbangan.

Jimwhat happen to Jaja pasti ada yang tidak kena antaranya dengan Jaja. Jimmy takkan menangis kalau tiada apa-apa. Berpisah dengan Liu Mei dahulupun dia tidak menangis,sekadar mengurungkan diri di dalam bilik. Mencari kekuatan katanya. Itupun cuma sehari dua. Lepas itu dia akan kembali ceria. Tapi sekarang Jimmy menangis.

Dia dah lari. Dia dah dengar apa yang mummy aku kata pada dia. Mummy hina dia,Hans. Aku tau dia pasti terluka. Aku takut Hans. Aku takut ada apa-apa yang jadi dekat dia. Mummy terpegun mendengar kata-kata Jimmy pada Hans.Aku cari dia. Kau jangan bimbang. Adam dan Daniel akan pergi dekat kau. Nanti ada apa- apa aku call kau. Hans memutuskan talian.

Dia tahu dia harus bergerakpantas. Jaja mungkin kembali ke Malaysia ataupun membawa diri ke mana saja dipelusuk Taiwan itu. Jimmy tunduk merenung lantai. Lemah longlai dirasakan kakinya apabila melihatkan kelibat Jaja yang ghaib begitu saja.

Dia dengar mummy bertanya lembut kepada Jimmy apabila mendengar perbualan Jimmy dengan Hans sebentar tadi.

She can understand every single words from you,mummy. She must be hurt. Really hurt. Perlahan sekali suara Jimmy.

Siapa dia mummy kelihatan tertarik untuk mengetahui siapakah gadis itu.

Shes so special to me. Walaupun dia bukan seagama dengan kita. I love her with my every breath. I cant stop loving her even for one second. I want to marry her. I wish to. Luah Jimmy pada mummy. Apa agama dia Dia muslim teragak-agak mummy untuk bertanya melihatkan pemakaian Jaja yang dilihat tadi. Apa jua anutan dia, saya tetap akan kahwini dia. Tegas Jimmy. How dare you to convert your religion. Bangkang mummy. Dah terlambat, mummy. Saya dah pun convert. Im muslim. Mummy bagaikan mahu pengsan mendengar pengakuan Jimmy itu. Satu-satunya harapan untuk meneruskan keturunan nama Yang telah menghancurkan harapannya. Mummy merasakan kepalanya seolah-olah di hempas dengan batu besar. You hurt me. Mummy menangis. Saya tau saya akan lukakan mummy. Tapi dah lebih setahun mummy saya convert. I love her very much. Kami datang untuk pohon restu daripada mummy dan daddy.Kami tahu susah untuk mummy dan daddy terima kenyataan ni. Tapi saya dah tekad akan teruskan juga hasrat hati saya. Saya dah temui ketenangan dan kebahagiaan yang saya cari-cari selama ini. Mummy benar-benar kecewa dengan Jimmy. Hancur benar rasa hatinya dengan keputusan yang telah di ambil oleh Jimmy. Dia rasa dirinya telah dibelakang hanya kerana seorang perempuan yang tidak diketahui asal- usulnya. Mungkin susah untuk mummy terima tapi bukan daddy. Dadddy yang muncul tiba-tiba membuatkan mummy mendongak mendapatkan kepastian. Dah hilang akal ke orang tua ni Desis hati mummy. Adam, Hans dan Daniel dah ceritakan segala-galanya pada daddy sewaktu Jimmy melamar Jaja hari tu. Daddy akui mulanya daddy pun susah juga nak terima hakikat ini. Tapi bila daddy renung dan fikir balik dalam-dalam, daddy rela asalkan anak daddy bahagia. Daddy restu hajat kamu berdua. Daddy memandang mummy yang masih kebingungan. Hairan benar mummy dengan kelakuan daddy kerana sebelum ini daddy amat mengambil berat tentang status pergaulan anak-anak mereka dan juga keturunan mereka. Entah apa yang telah disogokkan oleh Adam, Hans dan Daniel pada orang tua itu sehingga pemikirannya telah berubah hingga begitu sekali. Bila Adam dan Daniel bagitau daddy yang kamu nak bawa dia balik ke sini daddy suka sangat sebab daddy akan jumpa bakal menantu yang ditunggu-tunggu selama ini. Daddy yang atur segala persiapan di sini. Daddy yang tempahkan hotel tu.Daddy faham perasaan Jimmy dan dia. Daddy tak mau minta banyak daripada kamu berdua, cuma daddy ada satu permintaan. Daddy menarik nafas panjang. Jimmy faham kini kenapa daddy terlalu tenang menerima berita itu. Apa daddy, Jim sanggup tunaikan apa saja permintaan daddy asalkan daddy restui perkahwinan dan juga anutan kami berdua. Takut juga Jimmy kalau-kalau daddy menyuruhnya menukar agamanya dan juga Jaja. Mintak-minta dijauhkan dari perkara buruk itu. Doa Jimmy di dalam hati. Jangan tinggalkan Taiwan dan nama keluarga kita, Yang sebagaimana Jim tinggalkan agama nenek moyang kita. Walau apapun nama Jim sekarang, daddy mahu nama Yang kekal di hadapan ataupun sebagai nama kedua. Kalau itu Jim boleh penuhi, daddy akan restui Jim. Jimmy memeluk daddy erat. Your name still with me. Saya akan pujuk dia untuk menetap di sini. Lagipun tentu tak susah untuk dia biasakan diri untuk kembali ke Taiwan. Adam dan Daniel yang hanya menjadi pemerhati sejak dari tadi menganggukkan kepala. JimJaja. Kita kena cari Jaja. Jimmy meleraikan pelukannya dan meninggalkan mummy dan daddy yang ingin bertanya tentang maksud kata-kata Jimmy tadi.

Bab 43

Hans melabuhkan punggungnya di sisi Jaja.Jaja yang asyik merenung pantai dan melayan perasaan langsung tidak menyedari kehadiran Hans itu.Hans meneliti wajah manis Jaja yang bertudung putih itu.Jaja tidak secantik Liu Mei mahupun gadis-gadis yang menggilai Jimmy tapi dia kelihatan cukup menarik dengan matanya yang sentiasa kelihatan sayu dan wajahnya yang manis. Patutlah Jimmy separuh nyawa gilakan kau. Dengan hanya merenung pantai dan melayan perasaan di tepian pantai takkan menyelesaikan masalah kita,Jaja! suara Hans memecah kesunyian dan sekaligus mengejutkan Jaja yang hanyut di bawa perasaan. Jaja menoleh memandang Hans yang berada di sisinya.Hans tersengih sedangkan Jaja telah lama berlinangan dengan air mata.Linangan mata Jaja memang mengejutkan Hans tapi cuba dikawal dengan sebaik mungkin. Jaja ada masalahHans cuba membuat Jaja bercerita walaupun dia telah mengetahui segalanya. Jaja menyembamkan mukanya ke lutut sedangkan tubuhnya terus terhinggut-hinggut akibat esak yang panjang.Hans serba salah apabila melihat Jaja yang berterusan begitu. Akhirnya mereka berdua terus diam melayan perasan masing-masing.Sengaja Hans membiarkan Jaja begitu,untuk memberi kekuatan pada Jaja untuk berterus-terang. Jaja perlu meluahkan apa yang terbuku di hatinya untuk melepaskan beban yang bersarang di lubuk hatinya. Walaupun pernah hatiku dilukai oleh suami sendiri,kematian tunang yang amat aku cintai namun ianya tak sepedih kelukaan kali ini.Sedangkan kali ini aku belum kehilangannya, aku sudah rasa terlalu pedihterlalu perit kesakitan kali ini.Sedangkan kali ini aku cuma ditentang keluarganya, aku cuma dihina.Aku tak tahu kenapa dan mengapa aku rasa teramat sakit.Sakit yang teramat-amat! Hans mendengar suara Jaja yang di sebalik wajah yang masih menyembam itu. Hans menarik Jaja ke dalam pelukannya dan Jaja terus menangis tanpa henti. Hans faham kesakitan Jaja. Ibu Jimmy memang dikenalinya sebagai seorang yang lepas cakap dan amat mementingkan pergaulan anak-anaknya. Taraf kehidupan adalah aspek utama dalam kehidupan ibu Jimmy sehari-hari. Namun dia adalah seorang ibu yang cukup penyayang, dia amat akrab dengan anak-anaknya. Aku yakin bukan kekayaan dan budaya yang menjadi alasan.Tapi kejarakkan yang akan terjadi bila kau dan Jimmy berkahwin nanti.Aku tahu,aku kenal sangat dengan ibu Jimmy. Jimmy terlalu rapat dengan ibunya.Ibunya takkan menghalang kebahagiaan anaknya sendiri.Cuma mungkin ibu dia susah nak terima kenyataan yang dia akan ke Malaysia dan menetap di sana selamanya.Ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anak kesayangannya Jaja masih terus menangis. Penghinaan ibu Jimmy masih terngiang-ngiang di telinganya. Terlalu berat untuk dia terima penghinaan sebegitu. Jaja,cinta Jimmy pada kau rasanya tak perlu dipersoalkan lagi.Kesanggupannya berkorban apa saja selama tiga tahun ini ternyata tak perlu dipertikaikan lagi.Dia benar- benar cintakan Ja.Jaja masih dalam pelukan Hans.Suasana pantai yang damai langsung tidak menyedarkan Jaja siapa yang memeluknya.Dirasakannya bagaikan dalam pelukan seorang abang yang amat menyayangi dan memahami kesakitan hatinya saat itu. Itu Jaja tau.Aku tau betapa tulusnya Jimmy mencintai aku.Tapi aku sendiri tak tau kenapa aku tak mampu nak menanggung keperitan kali ini.Aku tak mau menjadi punca keruntuhan dan kehancuran sebuah hubungan apatah lagi hubungan antara ibu dan anak. Aku tak mau Jimmy jadi anak derhaka.luah Jaja bersungguh-sungguh. Kau betul-betul cintakan JimmyHans mengumpan. Jimmy mendengar perbualan mereka dan Hans yang menyedari kehadiran Jimmy berpura-pura tidak mengetahui setelah mendapat isyarat daripada Jimmy. Jaja membisu,hanya esaknya yang kedengaran. Jaja cintakan Jimmy Kenapa kau tanya macam tu Sebab selama ini Jimmy selalu berkata yang Jaja tidak cintakan dia.Dia dan Jaja hanya sebagai sahabat yang paling akrab.Dia memberanikan diri untuk melamarmu selepas kau bercerai.Dia sanggup korban segala-galanya demimu,Jaja.Masanya,cintanya dan segala yang menjadi miliknya asalkan kau bersamanya walaupun hanya sebagai seorang teman. Jaja meleraikan pelukannya pada Hans. Bohonglah kalau Jaja katakan Jaja tak jatuh cinta padanya.Hati wanita mana yang tak tertarik,tak terpaut bila ada orang lain yang sanggup korbankan segala-galanya sedangkan suami sendiri hilang entah ke mana.Bohonglah kalau aku katakan yang aku tidak jatuh cinta padanya sedangkan setiap saat dan ketika dia bersama akususah dan senangsuka dan duka. Dia mengambil alih tangunggjawab menjaga kebajikan ku yang sepatutnya terbeban di bahu suamiku selepas dia melafazkan akad nikah. Jaja menarik nafas panjang dan melepaskan satu keluhan yang cukup berat dipendengaran. Tapi sebagai seorang isteri,walaupun aku sudah lama tidak diakui sebagai seorang isteri,aku tetap tidak berhak untuk mencintai lelaki lain walaupun aku dicincang lumat.Itu maruah seorang wanita,Hans.Tapi kesabaran aku juga punya hadnya. Dan dalam masa yang sama aku juga tak boleh tolak rasa cinta aku pada Jimmy yang makin hari makin mekar. Cuma aku tak berani menyatakannya.Aku tak punya kekuatan. Hans memeluk bahu Jaja sambil mengusap-usap bahunya.Jaja rasa tenang bersama Hans. Jimmy yang mendengar perbualan mereka itu,terduduk sedangkan hatinya mengucap syukur yang tidak terhingga pada yang Esa kerana telah membukakan ruang di hati Jaja untuk menerima cintanya. Yakinlah,selagi cinta kalian suciTuhan akan menyatukan cinta kalian.Hans memberi perangsang pada Jaja untuk mempertahankan cintanya. Saya akan terus mencintai awak selagi saya bernafas,Jaja.Saya cintakan awak. Sepenuh hati saya.Jaja menoleh dan bagaikan ada kuasa magnet yang menarik,Jaja berlari ke dalam pelukan Jimmy yang berada di belakangnya.Jaja menangis semahu- mahunya dalam pelukan Jimmy dan Jimmy makin mengeratkan pelukannya seolah-olah tidak mahu melepaskan Jaja lagi. Terasa kebahagiaan sudah pun menjadi miliknya walaupun ibunya menentang hubungan cinta antara mereka. Mari sayang, kita balik.Kita semuka dengan semua mereka.Saya tak sanggup lagi terus begini.Jangan biarkan mereka menjadi penghalang kebahagiaan kita. Jimmy masih memeluk erat Jaja. Hans,Daniel dan Adam tumpang bahagia melihat Jimmy dan Jaja.Walaupun Jimmy kini bukan lagi Jimmy yang dulu.Mereka merestui cinta antara Jimmy dan Jaja walaupun mereka tahu kumpulan mereka akan sumbing jika Jimmy mengahwini Jaja dan berhijrah terus ke Malaysia.Tapi tepi persahabatan yang terjalin dari zaman kanak- kanak itu lebih berharga daripada populariti kumpulan mereka.

Bab 44

Nana menyelak majalah Galaxie yang terbaru.Nana memang amat meminati majalah itu kerana padat dengan informasi terbaru,foto-foto artis kesayangannya dan tambahan pula kali ini kumpulan Gentle daripada Taiwan pula yang menghiasi muka hadapan majalah itu.Sudah lama dia meminati kumpulan itu,semenjak dia berada di UiTM mengambil Ijazah Kejuruteraan Elektrik,tiga tahun yang lalu. Gambar yang diambilnya bersama Gentle diperbesarkan dan di gantung di dinding biliknya.Mengambil subjek bahasa mandarin memberi peluang padanya untuk memahami sedikit sebanyak lagu yang di bawakan oleh Gentle. Nana menyelak satu-persatu halaman dalam majalah Galaxie itu.Bait demi bait dibacanya tanpa meninggalkan satu artikel pun.Sehelai demi sehelai diselaknya hinggalah ke muka surat 6 yang memaparkan kisah kumpulan Gentle yang makin popular di Malaysia kini. Empat pemuda kacak yang menjadi kegilaan remaja Malaysia dewasa ini. Banyak kisah yang dipaparkan terutama kisah konsert mereka yang baru berlangsung baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil.Sambutan untuk konsert itu amat memberangsangkan tambahan pula Gentle mengadakan parti besar-besaran menyambut ulangtahun penubuhan kumpulan mereka yang ke sepuluh malam itu.Bertambah gamatlah konsert malam itu walaupun konsert itu telah ditunda dan diadakan lewat dua bulan daripada perancangan. Nana tersenyum melihat seorang demi seorang wajah ahli kumpulan Gentle yang memang terkenal kerana kekacakkan mereka selain daripada lagu mereka yang sentiasa menjadi pilihan. Nana amat meminati Adam dan Jimmy. Apa yang menariknya tentang ahli kumpulan ini, keempat-empat mereka berjaya dalam pelajaran tapi berlainan bidang. Gentle terus menjadi idola remaja Asia amnya. Masih diingatinya kedatangan kumpulan itu bersama-sama krew dari Taiwan ke UiTM Shah Alam kerana penggambaran sebuah drama bersiri kerjasama antara Malaysia dengan Taiwan. Kedatangan mereka itu membuka peluang padanya untuk bergambar kenangan dengan ahli kumpulan itu. Ternyata mereka amat mesra dan ramah.Nana memang terbuai dengan layanan mereka yang langsung tidak sombong.Boleh jadi syok sendiri apabila berbual dengan mereka. Nana tersengih sendiri mengingati peristiwa manis itu. Terpegun Nana apabila membaca dan melihat foto Jimmy bersama seorang wanita yang tidak jelas wajahnya.Tapi bayangan wanita itu terasa amat dikenalinya. Nana membaca dengan penuh perhatian tentang hubungan wanita misteri itu dengan Jimmy. Rasa seperti ku kenal wanita ini,tapi siapa ya Nana meneruskan pembacaannya. Kebelakangan ini,banyak khabar angin telah melanda industri muzik Taiwan mengenai hubungan Jimmy Yang dengan seorang wanita daripada Malaysia yang mana Jimmy sanggup meninggalkan teman wanitanya yang juga seorang aktres di Taiwan, Zhou Liu Mei beberapa tahun yang lalu. Namun Jimmy mahupun kumpulan Gentle tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perkara ini menyebabkan khabar angin ini tidak begitu kencang. Tapi pada malam konsert ulangtahun Gentle yang kesepuluh yang lalu yang lalu, wartawan kami telah berpeluang mengandidkan foto Jimmy dengan teman wanitanya itu dari sisi.Sungguhpun wajah wanita tidak jelas kelihatan tetapi hubungan mereka kelihatan sungguh mesra.Apa yang menarik perhatian semua yang berada malam itu dan para peminat,wanita itu adalah seseorang yang bertudung rapi,pastinya seorang wanita yang beragama Islam. Foto yang disiarkan ini adalah antara foto yang paling jelas kelihatan. Berdasarkan foto-foto ini, Jimmy telah pun kami temui di bilik hotelnya sebelum berangkat pulang ke Taiwan malam berikutnya untuk pengesahan dan juga pengakuan tentang hubungannya dengan wanita misteri itu.Ikutilah wawancara kami dengan beliau.

Wartawan : Hai,

Gentle. Gentle : Hai.

Wartawan : Sebenarnya malam ini,saya mewakili semua peminat ingin bertanyakan beberapa soalan pada Jimmy dan juga Gentle.

Gentle mengangguk dan mengizinkan temuramah diteruskan walaupun tiada temujanji untuk temubual itu kerana sebagai artis mereka perlu menghargai wartawan kerana wartawanlah yang banyak berjasa dalam memberikan populariti pada seseorang artis. Tambahan pula mereka berada di negara luar. Nama negara mereka di bawa bersama dengan adab sopan mereka.

Wartawan ada malam semalam ini,kelihatan ada seorang wanita di sisi Jimmy. Siapakah wanita itu

Jimmy : ( Tersenyum ).The one I love most.

Adam : The one and only.

Wartawan : Seorang yang berbangsa melayu Beragama Islam Jimmy menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyum.

Wartawan : Macamana Jimmy boleh berkenalan dan menjalinkan hubungan cinta dengannya sedangkan Jimmy seorang warganegara Taiwan yang memang menetap dan bekerjaya di sana manakala dia pula saya rasa seorang warganegara Malaysia ataupun Singapura.

Jimmy : Tak salahkanKami kenal sewaktu kami,kumpulan Gentle terlibat dalam penggambaran drama bersiri kerjasama Malaysia dan Taiwan tiga tahun lepas. Wartawan menganggukkan tanda faham walaupun di hatinya terselit sedikit kemusykilan. Hans : Cinta pandang pertama tu. Usik Hans sambil ketawa besar.Muka Jimmy kelihatan merona merah.

Wartawan : Tak wujudkah masalah komunikasi dalam hubungan ini

Jimmy menggelengkan kepalanya.

Wartawan : Maksud Jimmy Jimmy : Dia mampu bercakap dalam bahasa hokkien dan mandarin sebaik dan sefasih saya. Wartawan itu tersentak.

Wartawan : Siapakah dia

Jimmy : Biarlah dia menjadi rahsia kami.Tapi saya nak ambil kesempatan kat sini untuk menyatakan yang saya amat cintakan dia dan saya tidak pernah mencintai sesiapapun sebagaimana saya mencintai dia.

Wartawan : Lebih daripada cinta Jimmy pada Liu Mei

Jimmy : Kalau nak bandingkan antara cinta saya pada Liu Mei dan dia, saya rasa hanya 1/10 cinta saya pada Liu Mei so balance 9/10 adalah milik dia. Jimmy tidak malu untuk mengakui betapa dia mencintai Jaja kerana sememangnya dia amat mencintai Jaja.

Wartawan : Macamana dengan pertemuan Sedangkan Jimmy di Taiwan dan dia di Malaysia

Jimmy : Saya sentiasa berada di Malaysia bila Gentle tidak terikat dengan rakaman, show, promosi ataupun kegiatan-kegiatan lain.

Daniel : Selalunya kami juga turut serta ke sini kalau Jimmy ke sini.Tapi selalunya untuk bercuti la.

Wartawan : Maksudnya,demi dia Jimmy sanggup menghabiskan masa dan wang berulang-alik antara Taiwan dengan Malaysia Adam : Bukan Jimmy saja,tapi kami semua.Kami semua akan berada di sini bila tidak terikat dengan sebarang aktiviti seni. Jimmy menganggukkan kepalanya sambil tersenyum apabila melihat wajah wartawan yang bingung dan seolah-olah tidak percaya..

Wartawan : Adakah kerana dia Jimmy memutuskan hubungan dengan Zhou Liu Mei dulu Jimmy menganggukkan kepalanya. J

immy : Tapi jangan salah sangka walaupun saya dah putuskan hubungan dengan Liu Mei 3 tahun dulu,hubungan yang terjalin sejak tiga tahun lepas hanyalah sebagai teman karib sahaja.Kami hanya menjalinkan hubungan yang lebih erat dua bulan yang lalu sahaja.

Wartawan : Apakah Gentle merestui hubungan cinta ini

Adam : Bagi kami,asalkan Jimmy bahagia kami juga tumpang bahagia lagipun dah lama Jimmy mencintainya Cuma baru dua bulan nih mereka bercinta.

Wartawan : Macamana dengan perkahwinanPernahkah terlinats di fikiran Jimmy

Jimmy : Saya akan mengahwininya.Saya pasti akan mengahwininya.

Wartawan : Tahukah Jimmy untuk mengahwini seseorang yang berugama Islam, Jimmy mesti meukar agama Jimmy. Sanggupkah Jimmy melakukan pengorbanan sebesar itu Wartawan itu cuba menjerat Jimmy dengan soalan maut. Jimmy berbual-bual seketika dengan ahli kumpulan Gentle dalam bahasa mandarin. Mereka semua mengangguk tanda menyetujui sesuatu.

Jimmy : Mulanya saya ingatkan saya nak buat kejutan. Tapi dah ditanya saya jawablah. Sebenarnya saya dah setahun lebih memeluk Islam dan kami dah bertunang secara rasmi dua bulan yang lalu. Saya dah bawa dia bertemu dengan ibubapa saya di Taiwan untuk memohon restu mereka. So kami akan melangsungkan perkahwinan kami dalam jangkamasa yang terdekat.

Wartawan itu terpaku dengan pengakuan Jimmy dalam bahasa Melayu walaupun sedikit pelat. Nana bagaikan terpukau membaca temuramah antara wartawan Galaxie dengan Jimmy dan Gentle itu.

Sanggupkah Jimmy convert into Islam

Tapi,kenapa aku rasa perempuan tu macam Jaja saja Tapi dalam banyak perempuan kenapa Jaja yang aku sangka Sedangkan aku tak pernah nampak Jaja intim pun dengan diorang waktu shooting dulu.

Nana rasa tidak sedap hati.

Tak mungkin Jaja. Tapi Jaja kan ke dah bercerai dengan abang ipar kauDia free sekarang.Kalau dia bercinta dengan Jimmy pun tak ada siapa nak kacau!

Bangkang akal Nana.

Tapi Jaja tak pernah berminat dengan mana-mana lelaki sebelum ini.Jaja kan ke selalu maintain.

Dia juga manusia.Itupun tiga tahun dia bertahan dengan abang ipar kau yang dah hilang akal diperbodohkan mak dan kakak kau.

Jaja,walau dengan siapapun kau berkahwin lain aku doakan agar kau bahagia selamanya dan nasib malang takkan menimpa kau lagi.Aku sayangkan kau,Jaja.

***********************************************************

Zulhuzaimy juga membaca artikel yang hampir sama di internet cuma mereka yang memaparkannya lebih berani mendedahkan siapakah perempuan itu.Menitis air mata Zulhuzaimy apabila mengetahui wanitanya telah menjadi milik insan lain.Namun dia terpaksa akur pada Qada dan Qadar Ilahi yang menentukan Jaja sebagai bekas isterinya sahaja walaupun cintanya pada Jaja bagaikan tidak bertepi. Zulhuzaimy juga akur bahawa dialah punca kepada perpecahannya dengan Jaja. Dia sendiri juga tidak tahu apakah puncanya sedangkan dia begitu mencintai Jaja.Foto Jaja berpegangan tangan dengan Jimmy benar-benar menyentuh perasaannya.Dia dapat melihat kasih sayang dan kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka.Foto-foto candid yang lebih daripada 15 keping itu benar-benar menyesakkan dadanya.Naluri cemburunya membuak-buak walaupun Jaja bukan lagi isterinya. Dia terkenangkan saat indahnya bersama Jaja dan yang paling menyentuh perasaannya apabila melihat Jaja makan bersuapan dan berada dalam pelukan Jimmy. Jauh di sudut hatinya,dia takut Jaja kecewa lagi.Dia tak sanggup melihat Jaja kecewa lagi walaupun dia adalah orang yang pernah mengecewakan Jaja. Dari kemesraan yang terpamer,Zulhuzaimy tahu Jaja benar-benar mencintai Jimmy. Zulhuzaimy tidak pernah melihat sinar mata Jaja sebegitu bercahaya sewaktu bersamanya dahulu. Jaja kehilangan keceriaannya selepas mendapat tahu dia bernikah lain. Dia tahu dia terlalu melukakan.Dia juga tahu dia terlalu mendera sedangkan dia sendiri tidak tahu apakah puncanya Zulhuzaimy benar-benar rasa tertekan.Tertekan dengan perbuatannya sendiri. Tidak sanggup rasanya menerima kenyataan yang dia akan kehilangan Jaja buat selama-lamanya. Jaja tidak mungkin akan memaafkan dirinya selepas segala yang telah berlaku sebagaimana dia juga tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.

Bab 45

Nana gelisah menunggu Jaja yang berada di dapur menyediakan air minuman buatnya. Duduk salah,berdiri pun rasa salah.Serba tidak kena Nana dibuat Jaja.Apa yang pasti, Nana mahukan penjelasan Jaja tentang hubungannya dengan Jimmy.Nana berdiri di pintu rumah. Memandang kosong ke luar rumah. Jaja berjalan berhati-hati sambil menatang dulang berisi jug yang berisi minuman kegemarannya dengan Nana,jus belimbing dan sedikit kek pandan yang dibuatnya malam semalam atas permintaan Jimmy buat bekalannya balik ke Taiwan.Jimmy balik ke Taiwan untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka yang hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi dan Jimmy juga berjanji akan balik dua minggu sebelum majlis di rumah Jaja bersama-sama ahli keluarganya. Nana,minum.Nana yang sedang mengelamun di pintu rumah tersentak dengan teguran Jaja dari arah belakang. Nana tersenyum hambar memandang Jaja.Dia melangkah dan melabuhkan punggung berhadapan dengan Jaja. Dah lama kita tak jumpak.Kau apa khabarsapa Jaja lembut. Kau tetap macam kita mula-mula kenal dulu. Aku baik.Cuma aku rindu la kat kau.Dah lama kita tak jumpa.Jaja tersenyum memandang Nana. Mereka rancak berbual,mengenang kisah semasa masih menuntut.Akhirnya terbuka cerita sewaktu Gentle mengadakan pengambaran drama di UiTM sewaktu mereka disemester 1 Ijazah.Nana mengambil kesempatan untuk mengorek rahsia yang tersimpul selama ini. Jaja,aku nak tanya kau sikit bolehJaja sedikit hairan sebab Nana tidak pernah meminta izinnya untuk bertanya. Tanyalah Nana.Kau kan ke kawan baik aku.Kau tak pernah hilang hak kau sebagai kawan baik aku walaupun kita tak bersama lagi. kata-kata Jaja itu menghilangkan debar di hati Nana. Apa yang kau nak tanya,Nana Jaja pula yang menanya Nana. Ja… aku minta maaf sebab aku tak mampu tolong apa-apa tentang hubungan kau dengan abang Zul. Aku betul-betul tak mampu Ja. Aku mintak maaf. Jaja merenung lembut ke arah Nana. Its okay. Dah memang macam tu jodoh antara kami. Aku redha. Tapi aku tak rasa kau dating jumpa aku semata-mata sebab tu. Jaja meneka maksud kehadiran Nana. Akuaku cuma nakkan kepastian daripada kau. Nana menarik nafas, mencari kekuatan kerana takut menyinggung perasaan Jaja dan juga takut tekaannya silap. Tentang apa Nana Nana tunduk membisu.Jaja tersenyum melihat Nana yang seolah-olah berperang dengan perasaan sendiri. Jaja,aku nampak gambar dalam Galaxie hari tu.Aku rasa bayangan perempuan tu adalah kau.perlahan sekali suara Nana yang memang terkenal dengan mulut laser berapinya. Jaja tersenyum. Aku tau.Benda ni akan terbongkar juga walaupun gambar tu tak jelas.Orang yang rapat dengan aku pasti akan kenal siapa dia perempuan bersama Jimmy malam tu. Jadi betullah kau sekali lagi Nana terperanjat mendengar pengakuan Jaja.Jaja tersenyum melihat reaksi Nana yang betul-betul terperanjat itu. Jimmy tunangan aku,Nana. Nana rasakan jantungnya seolah-olah berhenti berdegup. Aku tak faham,Jaja.Kau tak pernah ceritakan hubungan kau dengan Jimmy. Tuptupkau cakap Jimmy tunang kau.Apa semua niAku tak faham. Nana perlukan penjelasan yang pasti dari mulut Jaja. Kau pun tahu kan,Nana macamana kehidupan aku sepanjang pengajianKau tahukan bagaimana keadaan rumah tangga aku Apa kena mengena dengan semua tu Nana tidak sabar. Aku berkenalan dengan Jimmy dalam minggu ketiga mereka di UiTM.Dia datang menegur aku di library UiTM.Aku memang terkejut dengan semua itu. Tapi aku terima baik salam perkenalan yang dia hulurkan sebab aku nampak dia ikhlas dengan aku. Sejak dari itu,dia selalu menghubungi aku.Kami menjadi sahabat karib hanya dalam masa beberapa hari saja.Aku rasa betul-betul dihargai bila bersama dengan dia.Dia cukup hormatkan aku sebagai seorang sahabat.Dia tahu kedudukan aku sebagai seorang isteri. Tapi takdir Allah menentukan aku akan diuji dalam rumah tangga aku yang mula retak. Aku keguguran selepas dua minggu aku mengenali Jimmy.Pihak hospital cuba menghubungi abang Zul tapi negatif. Langsung tiada jawapan.Mama dan papa abang Zul juga cuba hubungi dia dan dia hanya dapat dihubungi selepas tiga hari aku di hospital. Apa perasaan kau bila suami yang baru empat bulan menikahi kau sedang berbulan madu dengan isteri barunya di Tioman Semenjak dia menikah lain dia langsung dia tidak menjengukkan mukanya ke depan aku.Aku amat perlukan semangat ketika itu. Apa yang terbayang di fikiran aku waktu itu hanyalah, bukti cinta aku dan abang Zul dah berkecai seperti hilangnya cinta abang Zul pada aku.Mulai saat itulah Jimmy sentiasa berada di sisi aku,menemani aku dan memberi perangsang untuk aku yang jauh daripada keluarga, ditinggal suami.Dia sanggup berulang-alik dari Taiwan ke Malaysia semata-mata mahu menjaga aku.Aku hargai persahabatan yang dia dan Gentle berikan. Adam, Hans dan Daniel juga sentiasa call aku dan berikan perangsang pada aku. Bertahun-tahun aku hidup macam ni.Akhirnya aku ambil keputusan untuk mintak cerai daripada abang Zul. Sebaik sahaja habis edah,Jimmy masuk meminang aku.Dua hari selepas bertunang aku ikut dia balik ke Taiwan, memohon restu ibu bapa dia. Mulanya parents dia menentang hubungan kami tapi akhirnya mereka merestui hubungan kami cuma mereka mahukan aku menetap diTaiwan bersama-sama Jimmy. Itulah syarat yang mereka kenakan pada aku danJimmy. Aku bersetuju sebab aku memang nak mulakan hidup baru yang jauh daripadakepahitan masa silam. Jaja kelihatan tenang bercerita tapi kebahagiaan jelasterpancar di wajahnya melalui anak matanya yang kelihatan bercahaya dan bersemangat apabila bercerita tentang hubungannya dengan Jimmy itu. Kau yakin Jimmy benar-benar cintakan kau Jaja mengangguk sambil tersenyum. Dia cukup menghormati aku selama kami bersahabat baik.Dia cukup baik pada aku dan bagi aku tiga tahun bersama dia aku tak perlu mencurigai kasihnya pada aku.Aku dapat rasakan hanya dia yang mampu mencintai aku sebagaimana arwah tunang aku mencintai aku.Aku tak ragu,Nana.Dialah pilihan aku.Doakan aku bahagia, nana. Nana tunduk membisu.Jaja mengambil tempat di sisi Nana. Doakan kebahagiaan aku,Nana. Ulang Jaja lagi. Nana mengangkat kepalanya dan membuahkan senyuman pada Jaja. Aku pasti akan doakan kebahagiaan kau,Jaja.Aku sayangkan kau. Dan aku pasti takkan maafkan dia kalau dia melukakan sebagaimana abang Zul. Jaja tersenyum mendengar kata-kata Nana.Dia tahu Nana mengambil berat tentang dirinya. Tapibila dia peluk Islam tiba-tiba Nana teringatkan yang Jimmy adalah penganut Kristian Katholik. Selepas setahun dia mengenali aku.Tapi aku cuma tahu sewaktu dia masuk meminang aku hari tu. Terasa lapang dada Nana mendengar pengakuan Jaja tentang pengislaman Jimmy kerana kini dia rasa yakin yang Jaja takkan dipermainkan lagi. Apa nama Islam dia Juhaizril Yang bin Abdullah. JuhaizrilJuhaiza.Korang memang padan. Jajaaku sayangkan kau.Nana memeluk Jaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: