Cintaku Untukmu 8

Hai Mi. sapa Jaja sambil melabuhkan punggungnya di sisi Hilmi yang sedang asyik melakarkan sesuatu di atas buku lukisan yang selalu di usungnya ke mana sahaja.

Suasana Taman Tasik Shah Alam petang itu tenang sekali. Tidak ramai pasangan mahupun keluarga yang sedang bersiar-siar. Masih awal barangkalitelahan Jaja apabila melihat jam tangannya sekilas.

Baru pukul 4.30 petang.

Hai jawab Hilmi kembali. Sepatah. Hilmi masih tekun dengan lakarannya, langsung tidak menoleh kea rah Jaja yang berada di sebelahnya.

Namun Jaja tidak berkecil hati kerana faham sangat dia dengan perangai Hilmi. Kalau dia sedang melakarkan sesuatu, bom jatuh pun dia tidak sedar. Khusyuk dan asyik dengan lakarannya. Hilmi akan memmberikan sepenuh konsentrasi pada lakarannya.

Apabila di tanya, ringkas sahaja jawapannya.

Setiap lakaran mahupun lukisan perlukan penghayatan dan penumpuan yang sepenuhnya. Barulah lukisan itu seakan hidup.

Jaja meninjau lakaran Hilmi. Terpaku Jaja melihat lakaran itu.

Mikau lukis aku tersekat-sekat perkataan yang keluar dari mulut Jaja.

Terkejut benar dia apabila melihat lakaran itu. Jarang sekali Hilmi melakarkan wajah seseorang, selalunya Hilmi akan melakarkan gambar pemandangan ataupun landskap. Bagi Hilmi gambar pemandangan lebih mendamaikan dan meredupkan hati yang sedang panas.

Cantik kan tanya Hilmi kembali selepas hampir 15 minit soal Jaja tadi. Jaja hanya mampu mendiamkan diri.

Untuk apa kau lukis muka aku tanya Jaja kembali tanpa menjawab pertanyaan Hilmi.

Serba salah dia mahu menjawab. Kalau diakui cantik terasa macam puji sendiri pula tapi lukisan Hilmi memang cantik.

Sekadar menghargai keindahan ciptaan Illahi. Jawapan bersahaja Hilmi itu membuatkan Jaja tidak senang duduk.

Nah untuk kau. Lakaran wajahnya itu bertukar tangan. Jaja merenung lakaran itu. Cantik sekali.

For my sis, Hilmi. Jaja membawa nota yang ditulis kecil di bahagian bawah lakaran daripada pensel itu.

Thanks, Hilmi. Hilmi membalas ucapan terima kasih Jaja dengan senyuman yang paling manis.

Weikau call aku mai sini nak buat apa tanya Jaja kembali kepada Hilmi.

Sajaaku lapar la. Nak makan seorang tak best. Teman kan aku makan terbeliak biji mata Jaja mendengar permintaan Hilmi.

Sejurus kemudian Jaja menggelengkan kepalanya. Pening kepala Jaja di buat dek Hilmi.

Jom. Meloncat Hilmi mendengar jawapan Jaja.

Sayang kau. Apasal kau tak jadi kakak aku Kalau kau jadi kakak aku kan best bodek Hilmi.

Jom la. Hilmi bingkas bangun dan menarik Jaja juga bangun. Mereka berjalan bersaing menuju ke arah kompleks PKNS yang berada di seberang jalan itu.

Kau nak makan apa tanya Hilmi pada Jaja.

Aku ni ngap je apa yg aku tolak yang tak logik dengan yang haram. Itu aje. Balas Jaja selamba.

Kita pekena nasi ayam McD nak tanya Hilmi.

Hmokay tapi aku nak porridge tau bukan nasi ayam. Demand Jaja pada Hilmi.

Apa-apa sajalah janji kau temankan aku. Balas Hilmi.

Hmaku nak sundei strawberry sekali. Lagi sekali Jaja mengusik Hilmi.

Jaja mengambil tempat di meja yang paling jauh disudut ruang makan. Sengaja dia memilih tempat sebegitu. Aman sikit nak makan. Hilmi kembali dengan bubur nasi, nasi ayam untuk dirinya, sundei strawberry untuk Jaja, sundei coklat untuknya, dua air berkarbonat, kentang goreng dan burger McChicken dan Big Mac. Ternganga Jaja melihatkan pesanan yang bawa Hilmi.

Kau order ni berapa orang yang nak telan Tanya Jaja.

Sapa lagi Kita dua saja lah. Bersahaja Hilmi membalas Jaja.

Jaja menggeleng-gelengkan kepala melihat makanan yang banyak itu.

Sapa nak makan burger tu tanya Jaja pada Hilmi.

Big Mac aku punya. Mc Chicken kau punya. Selamba saja jawab Hilmi.

Sekali lagi mulut Jaja ternganga.

Kalau tak habis kau bawak la balik. Makan bila lapar. Dah tutup mulut tu karang masuk lalat tak ke naya. Aku jugak nak kena bawak kau pegi hospital. Jaja memekup mulutnya dengan tangan.

Hilmi ketawa melihat Jaja yang tersipu malu apabila ditegur begitu.

Dah jom makan. Hilmi makan dengan seleranya begitu juga dengan Jaja maklumlah semenjak bangun pagi tadi dia langsung tidak bersarapan.

Itulah makanan pertama yang masuk ke mulutnya hari ini. Seronok hati Jaja bersama Hilmi. Lapang rasanya apabila Hilmi menganggapnya sebagai kakak.

Ja, wish you to be my sis. Jaja mengukir senyuman manis buat Hilmi.

Seketika kemudian di anggukkan kepalanya.

Thanks, Ja. Hilmi memegang tangan Jaja tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripadanya.

Hilmi sedar yang dia takkan mampu untuk bersama Jaja sebagai pasangan kekasih walaupun dia memang amat menyukai Jaja. Sebab itulah dipujuk-pujuk hatinya agar menganggap Jaja sebagai seorang teman dan juga sebagai seorang kakak. Hasilnya, perasaan yang lahir pada Jaja adalah sebagai teman dan juga saudara. Dia cuma mahukan satu hubungan yang punya nama dengan Jaja.

Bab 22

Jaja melunjurkan kakinya, diurut kedua-dua belah kaki itu perlahan-lahan. Lenguh benar rasa kakinya. Lama juga dia tidak keluar berjogging. Bila sekali sekala berjogging beginilah jadinya.

Jogging ni kan elok untuk kesihatan. Sibuk macamanapun sekali sekala kena jugak jogging. Leter Jan apabila Jaja memberi pelbagai alasan untuk tidak berjogging bersama.

Dahjom lari. Jan menarik tangan Jaja untuk berlari bersama-samanya.

Hari ini hari Sabtu, ramailah orang yang berjogging dan bersiar-siar di Taman Jubli Perak itu. Jaja menurut larian Jan dengan malasnya. Namun dia tahu apa yang Jan buat adalah demi kebaikannya juga. Selepas hampir setengah jam berlari sambil bersiar-siar mereka melepaskan lelah di atas replika jambatan yang berada di tengah-tengah taman itu.

Sayangkan,abang. Tengok ikan pun dah tak dak. Rungut Jaja.

Kolam ikan yang direntangi jambatan replica daripada kayu itu dahulu memang cantik di tambah lagi dengan ikan-ikan yang berwarna-warni. Tapi kini, air dah dikeringkan dan dipenuhi dengan sampah sarap. Cacat kecantikan milik Taman Jubli Perak yang menjadi tempat permainannya ketika masih anak-anak dahulu.

Nak buat macamana Dah pengunjung tak prihatin. Dalam kolam ni pun depa nak buang sampah. Balas Jan sambil melemparkan pandang ke dalam kolam ikan yang suatu tika dulu dupenuhi dengan pelbagai jenis ikan.

Jaja tiba-tiba tersedar dari lamunannya. Diraup mukanya berulang kali. Kenangan cintanya tidak pernah mati. Jaja menekan punat di kawalan jauh menukar siaran ke astro ria. Rindu benar dia pada wajah itu, Zulhuzaimy muncul sebagai tetamu dalam siri Muzik@Ria. Jaja mengalihkan siaran ke siaran 15, AXN. Siri cerita CSI lebih menarik hatinya daripada menonton suaminya sendiri.

Bukan dia membenci, bukannya dia tidak rindu namun dia takut dia akan kembali lemah dan kecewa. Dia takut dia tidak mampu bangun lagi andai tewas dengan hatinya saat ini. Isteri mana yang tidak rindukan suami sendiri. Isteri mana yang tidak ada sekelumit cinta buat suami sendiri. Bohonglah kalau dia katakan yang dia tidak rindu ataupun cintakan Zulhuzaimy.

Jaja memejamkan matanya. Mencari kembali semangatnya yang tergugat sebentar tadi. Kalau berada di rumah mertuanya dia boleh tabah, mungkin sebab mertuanya ada di sisi memberinya semangat di saat dia lemah.

Jaja melepaskan keluhan berat.

Wahai suamikutidakkah di hatimu adanya ruang untuk insan yang bergelar isteri ini Tidakkah di hatimu terdetik rindu buat wanita ini sebagaimana wanita ini merindui dirimu Suamiku sayangaku berdoa agar kita masih punya ruang untuk memperbaiki hubungan ini sebelum terlambat.

Jaja memunggah turun barang-barang yang di bawa baliknya masuk ke dalam bilik. Mak menghampiri Jaja yang sedang mengemaskan barang-barangnya masuk ke dalam almari pakaian.Jaja tetap seperti dahulu.Mak merasakan seolah-olah Jaja masih anak gadisnya sewaktu masih belum pernah bekerja dahulu.Cuma Jaja kelihatan makin susut.Lain benar daripada Jaja sewaktu menuntut di peringkat diploma dahulu. Mak merapati Jaja.Jaja menoleh dan tersenyum memandang mak.Mata mak mula berkaca.

Mak panggil Jaja lembut.

Mak sedih tengok Jaja macam ni.Mak ingatkan bila Jaja dah bersuami,Jaja akan kembali bahagia macam dulu. Jaja melurutkan badannya dan tidur di atas ribaan ibu yang amat disayanginya itu.

Jaja tak apa-apa,mak. Ja bahagia dengan hidup Ja la ni. Ja tau punca abang Zul berpaling daripada Ja. Ja redha,mak. Ja Cuma mampu berdoa agar abang Zul kembali pada Ja macam dulu. Tapi kalau dah takdir yang jodoh kami sampai sini… Ja pasrah. Jaja cuba menyakinkan ibunya yang terima segala suratan hidupnya walaupun pahit walaupun berat.

Dia mahu mak tahu yang anaknya ini masih kuat dan masih mampu mengharungi liku-liku kehidupan. Mak tersenyum hambar. Jaja tahu senyuman itu pura-pura semata.

Makdah nasib anak mak macam ni.Tak ada apa yang nak kita kesalkan. Jodoh pertemuan… ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita sebagai hambanya harus redha dengan segala ujian yang diturunkan. Jaja tabahkan hati sendiri.

Jaja rasa mahu ketawa mendengar katanya sendiri, sedangkan pemergian Jan pun belum habis diratapinya lagi. Demi tidak mahu melukakan hati seorang ibu, Jaja tahu yang dia harus berbohong.

Mak mengusap dan membelai rambut Jaja perlahan-lahan.Jaja yang keletihan selepas memandu dari Shah Alam tertidur di atas ribaan mak.Air mata mak bagaikan tidak tertahan lagi.Badan mak berhinggut dek tangisannya.

Apalah malangnya nasibmu,nak.Dapat yang tulus dan ikhlas mencintaimu sepenuh hatiajal pula yang memisahkan kalian.Mak tak sanggup Jaja menderita lagi. Cukuplah sudah kisah lalu. Ayah merapati mak yang masih membelai rambut Jaja yang tidur di atas ribaannya itu.

Sudahlah tu,Zah. Sayu juga hati ayah melihat susutnya badan Jaja dan linangan air mata di pipi isterinya itu.

Macamana saya nak sudah,bangKalau nasib anak kita terus-menerus malang macam ni. Tangis mak kian hebat.

Ayah menarik mak kepadanya. Mak membenamkan wajahnya ke dada ayah. Ayah membelai rambut mak… lembut.

Zah, jangan lupainikan qada dan qadar dari Ilahi.Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya,Zah.Jangan lupa itu. Mungkin hari ni dia menderita, siapa tahu esok lusa kebahagiaan yang hakiki sedang menanti dia Apa yang perlu dia buat hanyalah tabahkan hati dan yakin pada qada dan qadar Illahi. Mak bagaikan tersedar selepas mendengar kata-kata ayah.

Ayah membantu mak membaringkan Jaja di atas katil.Mereka keluar dari bilik itu dan membiarkan Jaja berehat.

***********************************************************

Assalamualaikum laung Jaja dari luar.

Tok Jaja menerpa ke arah wanita tua yang berusia tujuh puluh empat tahun itu. Dipeluk dan diciumnya bertalu-talu pipi tua itu.

Allahuakbarcucu tok. Tok menangis melihat cucu yang amat dirinduinya berada di depan mata.

Tok, tok jangan la teriak. Ja dah mai ni. Ja rindu sangat kat tok. Jaja menyapu linangan air mata yang mengalir di pipi tua tok.

Tok rindu sangat kat Ja. Patut la hari ni tok terasa nak masak sambai kari ikan ubi. Balas tok.

Okaytapi hari nitok kena suapkan Ja makan. Ja bawak favourite tok. Cuba teka apa dia Jaja membawakan bekas makanan yang masih bertutup itu hidung tok.

Ja bawak masak lemak jantung pisang tanya tok. Mestila. Kan tok suka makan masak lemak jantung pisang, siap dengan sambai belacan lagi Ja buat kat tok. Tok mencium pipi kanan Jaja.

Mak Su dengan Mak Chaq mana tanya Jaja apabila melihat rumah dua tingkat itu sunyi sepi dan lengang.

Tak tau la depa pi mana. Pak anjang dengan mak anjang hang balik kampung sana. Tu yang senyap sunyi ni. Balas tok.

Depa tak dak Ja tak kisah. Janji tok ada dengan Ja. Jaja memeluk erat tok yang berada di sisinya.

Jom, mak kita pi dapoq. Dah lewat tengah hari dah ni. Mak mengajak tok dan Jaja ke dapur.

Mak tahu tok pasti belum makan tengah hari lagi kerana dia selalu merungut tidak selera menjamah makanan sendirian. Apabila makan malam tok memang selalu makan dengan berselera kerana semua anak-anak yang tinggal bersama dengannya ada dan mereka akan menikmati hidangan makan malam bersama. Jaja berjalan bergandingan dengan tok. Mak tersenyum melihat Jaja yang keriangan. Jaja tidak pernah berubah. Manjanya dengan tok tetap macam dulu, seperti masih anak-anak adik lelakinya, Azmin yang dipanggil Jaja sebagai Pak Anjang. Jaja makan bersuapan dengan tok. Mereka sama-sama berselera makan. Rindu benar tok untuk makan bersuapan dengan Jaja begini. Walaupun Jaja bukannya cucu sulung mahu bongsu, namun Jaja adalah cucu yang terakrab sekali dengannya ataupun kata orang utara yang paling rapit.

Dulu sewaktu Jaja meratapi pemergian Jan, tok lah yang akan menyuap makan Jaja kerana kalau tidak Jaja pasti tidak mahu menjamah walaupun sedikit makanan. Hari ini Jaja menemani tok seharian. Mereka ke kebun bersama,makan minum dan segala-galanya di lakukan bersama. Seakan mengutip semua memori silam menjadi satu. Jaja sememangnya amat merindui tok. Kali terakhir dia bersama tok hari raya yang lalu itupun sebentar Cuma. Maklumlah hari raya semuanya mahu bersama dengan tok lagi pula dia tidak melepaskan peluang menjengok keluarga Jan yang juga amat merinduinya. Kata mereka, hanya dialah yang dapat meredakan rindu mereka kepada allahyarham Jan.

Kunjungan ke kampung kali ini mendengarkannya kepada kata-kata orang kampung padanya. Sememangnya orang kampungnya tidak pernah berubah umpat-mengumpat tetap menjadi agenda pertama dalam hidup mereka. Kembalinya dia ke kampung kali kedua ini yang juga tanpa suami menjadikannya pilihan untuk umpatan. Tambahan pula suaminya yang bergelar artis buatkannya bertambah di keji. Kononnya dia tidak mengukur baju di badan sendiri. Tergila-gilakan artis dan akhirnya kini ditinggalkan. Namun begitu Jaja memekakkan sahaja telinganya.

Buat apa nak hirau apa orang kata, Ja. Bukannya depa tau susah senang kita. Bukannya depa yang bagi kita makan. Itulah jawapan yang selalu di berikan oleh tok apabila Jaja mengadukan umpat keji orang padanya.

Setiap kali mendengarkan kata tok, Jaja akan kembali sejuk dan redha menerima umpat keji orang sekeliling.

Jakalau kita kuat dan kita yakin yang kita tak bersalahabaikan saja umpat keji orang. Yang penting kita tahu siapa kita dan keluarga kita juga tahu. Semangat kita takkan hilang selagi adanya keluarga untuk menyayangi kita selain daripada Allah S.W.T.Banyakkan bertawakal dan berserah kepada-Nya. Jangan gopoh mengambil hati atas apa yang di katakan orang. Orang bila dah penat depa bercakapdiamlah. Lama mana sangat depa nak bercakap. Biaq pi lah. Nasihat tok lagi.

Jaja merebahkan badannya dan tidur di atas ribaan tok. Dia bahagia kerana dia tahu dia masih punya kasih saying seluruh ahli keluarga termasuk mertuanya walaupun bukannya daripada suaminya sendiri. Jaja kembali yakin untuk meneruskan hidup yang penuh ranjau berduri ini.

Bab 24

Hari ini Jaja di sini lagi.Satu-satunya tempat yang mejadi kegemarannya sejak dulu lagi dan satu-satunya tempat dia mencari ketenangan selepas letih dengan hari-hari biasa. Pantai Chenang menerima kunjungan Jaja lagi dengan keadaan yang sama cuma kisahnya kini sudah berbeza.

Jaja melabuhkan punggungnya di atas bangku simen di bawah pohon yang agak rimbun menghala ke pantai. Terasa damai hatinya di sapa kenyamanan bayu laut. Jaja memejamkan matanya. Menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan dengan caranya tersendiri.

Betapa tenangnya fikirannya. Betapa nikmatnya melapangkan fikiran saat memejamkan mata begitu. Fikirannya kosong… sekosong-kosongnya. Merenung laut luas yang terbentang membantu Jaja untuk berfikir dan merenung kesilapan sendiri. Sesungguhnya bersendirian kadang kala mampu untuk mewaraskan kembali pemikiran manusia yang mungkin sudah terpesong.

Namun kadang kala kesunyian juga membuatkan manusia semakin di runtun pilu dan semakin merindui yang tiada.

Duhai pantaiselama ini kaulah tempat aku melepaskan segala yang terbuku di dada ini. Aku bahagia di sini. Alunan ombak menghempas pantaimu bagaikan satu irama yang cukup merdu dan merantaiku daripada berganjak dari sini. Betapa damai dan asyiknya aku di sini. Sendirian menyaksikan sinar indah mentari yang timbul dan tenggelam buatkan ku tak ingin berlalu dari tepian mu.

Bertahun-tahun kau bersama ku. Segala kisah suka dan duka ku kongsikan bersama dengan mu. Kini aku kembali lagi. Dan kini kau menyaksikan sekali lagi aku rebah kerana cinta.sebuah lagi kisah cinta aku berkubur. Apa salah aku Apa dosa aku Apakah aku tak punya hak untuk bercinta dan dicintai macam orang lain

Ya Allahapakah ini hukuman yang harus aku terima kerana mengkhianati cinta aku dan abang Tapi aku tak pernah pinta perkahwinan ni. Aku tak pernah minta mahupun bermimpi yang dia akan menikahi aku dan aku bergelar suri dalam hidupnya. Aku tak pernah minta semua tu bahkan aku tak pernah kenal siapa dia sebelum ini. Tapi kenapa kau biarkan dia muncul dan rampas segala kebahagiaan yang masih bersisa

Jaja merintih sayu. Air matanya berjujuran membasahi pipinya. Angin pantai menyapu lembut wajahnya. Jaja makin hiba mengenangkan nasibnya.

Duhai hatitabahlah. Bukan kali pertama kau merana akibat cinta. Bukan kali pertama.

Jaja mencari semangat dan kekuatan. Dia tenang di situ. Penat sudah dia duduk di bawah pohon itu.Jaja bangun dan melangkah ke arah pantai. Seluar jeans putih yang di pakainya sudah dibasahi air laut ombak yang menghempas pantai.

Jaja berjalan menyusuri pantai kenangan itu dengan hati yang longlai. Berjalan seperti dulu-dulu. Segalanya masih serupa cuma kisahnya saja yang berbeza. Masih jelas diingatannya, di pantai inilah Zulhuzaimy melamarnya, di pantai inilah Zulhuzaimy berjanji untuk membahagiakannya selagi adanya hayat. Tapi segalanya hampa belaka.

Sukar untuk dipercayainyaperkahwinan yang baru berusia setahun lebih itu hanya menanti masa untuk rebah ke bumi. Betapa singkatnya usia hubungan mereka. Alunan muzik Aladin dendangan kumpulan Spider itu menarik perhatiannya. Deringan dan getaran telefon bimbit Free I yang tergantung di lehernya itu di sambutnya.

HaiJa. Suara riang Jimmy serasa seakan menerbangkan gelora hati Jaja saat itu.

Jaja tak mampu membalas sapaan daripada Jimmy saat itu. Hatinya terlalu sebak apabila mengenangkan Jimmy yang amat mengambil berat dirinya melebihi suaminya sendiri. Jimmy sentiasa mendahuluinya melebihi diri sendiri dalam segala hal. Jaja pilu mengenangkannya.

Are you ok Jimmy yang berada di seberang talian mula gelisah apabila terdengar esakan halus di corong telefon.

Jajaplease jangan buat saya macam ni. Rayu Jimmy pada Jaja.

Nada suara Jimmy yang lembut itu makin memilukan hati Jaja. Betapa lelaki itu sentiasa berlembut dengannya. Jimmy tidak menyakiti apatah mengasari dirinya dan juga hatinya.

Jimmy hati Jimmy kian kalut mendengar suara Jaja yang terang-terang menunjukkan gadisnya itu berdepan dengan konflik dalam diri lagi.

Sendirian membuat Jaja lebih terdedah kepada konflik yang sememangnya semakin lama semakin besar itu. Jaja perlukan seseorang untuk berada di sisinya, memberikannya semangat dan juga daya juang untuk meenmpuhi segala kesukaran dan dugaan yang mendatang.

Jaja kat mana Kat rumah ke Jimmy yang baru sampai di hotel Blue Wave itu terasa makin berdebar.Jimmy benar-benar gelabah mendengar tangis Jaja yang meruntun hati lelakinya. Serasa ingin saja dia terbang mendapatkan bunga idamannya yang berada di jambangan larangan itu.

Jatell me.Jaja kat mana ni. Jimmy terus mendesak Jaja.

Tapi hanya sedu Jaja yang kedengaran. Hampir lima minit keadaan berterusan begitu. Talian terputus. Jimmy makin rawan dengan keadaan Jaja yang tidak diketahui berada di mana.

Berkali-kali Jimmy cuba untuk menghubungi Jaja lagi.Tapi dia terus hampa. Jaja mematikan telefon bimbitnya. Jimmy makin buntu. Sudahnya rumah Jaja di jejakinya. Jimmy terjelepuk di pintu pagar rumah Jaja. Pintu pagar berwarna biru itu di mangga. Jimmy hampa lagi. Jaja tiada. Air mata Jimmy mula bergenang di pelupuk matanya.

Jajake mana awak menghilang Ke mana awak membawa diri Awak masih ada saya. Saya ingin menemani dan bersama awaksusah dan senang awak biar kita bersama harunginya. Jajajangan buat saya macam ni.Izinkan saya untuk berada di sisi mu,sayang. Biarpun ada jurang di antara kitatapi takkan ada jurang untuk memisahkan cinta saya pada awak. Izinkan saya Jajaizinkan saya!

Jimmy bergerak masuk ke dalam kereta. Telefon bimbit Jimmy berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Pantas Jimmy menyambar telefon bimbit yang telah di campakkan ke kerusi sebelah sebentar tadi.

Jimmymaaf saya sebab selalu menyusahkan awak.Tapi percayalah saya tak apa-apa cuma terlalu beremosi tadi. Terlupa nak bagitau awak yang sekarang saya tengah cuti semester. Saya balik kampungrumah mak saya di Kedah dan sekarang saya sedang bercuti di Pulau Langkawi. Jangan risaukan saya. Saya ok. Miss u much, Jimmy. Jimmy tersenyum lega mendapat mesej daripada Jaja itu.

Pantas Jimmy kembali ke bilik hotelnya dan meminta reception di hotel itu menempah penerbangannya ke Langkawi seawal mungkin keesokan harinya. Walaupun kerisauan, malam itu Jimmy tidur nyenyak kerana tahu di mana Jaja saat ini.

Jaja masih di persisir pantai. Matanya masih belum lepas dari laut yang membiru. Rindu benar dia pada laut Pantai Chenang yang menyimpan terlalu banyak kisah suka dan dukanya selama ini. Gitar kesayangannya dipetik perlahan. Irama lagu Truly Madly Deeply dendangan Savage Garden, lagu kegemarannya bersama Jan. Sudah lama gitar itu tidak dipetiknya sedangkan sewaktu di Taiwan dahulu itulah sahabat karibnya dan lagu itulah yang selalu di mainkannya ketika sendirian dan merindui Jan. Jaja hanyut dengan irama lembut lagu yang dipetiknya. Sapaan bayu malam amat menyegarkannya membuatkan mata Jaja juga makin segar. Lewat tiga pagi barulah Jaja beransur masuk mencari kamar untuk beradu melepaskan lelah setelah seharian di tepian pantai. Terus badannya direbahkan ke katil. Dek kerana keletihan terus matanya terlelap tanpa menyalin pakaiannya.

Jaja laungan yang berulangkali itu mengejutkan Jaja dari tidurnya yang lena.

Jaja mengesat matanya. Terkejut dia dengan laungan yang memanggil namanya itu. Jaja terpaku mendengar suara yang amat dikenalinya itu. Tapi mustahil dia Jaja berlari masuk ke dalam bilik air membasahi mukanya dan mencapai tudung yang dilemparkan ke atas kusyen di sebelah pintu sebelum pintu kamarnya di buka. Sempat juga dia melirik ke jam tangan yang berada di pinggir katil.

Alamakdah pukul 11 pagi Terbang subuh aku. bebel Jaja pada dirinya sendiri akan kelalaiannya itu.

Haihoney Ternganga mulut Jaja melihat susuk tubuh yang berada di muka pintunya.

What a surprise. Jaja memang gembira.

Mahu saja dipeluknya lelaki itu. Air mata Jaja mengalir laju. Betapa gembiranya dia dengan kehadiran Jimmy. Walaupun baru beberapa bulan berpisah, Jaja amat rindukan Jimmy dan sahabat-sahabatnya. Persahabatan mereka memberikannya satu macam semangat dan ketabahan. Dia rasa kuat apabila dikelilingi mereka mahupun bersama salah seorang daripada Gentle.

Heijangan macam ni.pujuk Jimmy lembut.

Saya tak sangka awak kat sini. Saya betul-betul terkejut ! terang Jaja ikhlas.

Saya tak mau awak sedih sebab itu saya datang. I miss you. Jaja mengangguk kepalanya.

Hmawak tunggu sekejap yasaya nak mandi.Baru bangun.Gigi pun belum gosok lagi. Jimmy ketawa besar mendengar pengakuan Jaja.

Buruk laku sempat Jimmy mengutuk dan mengenakan Jaja apabila Jaja berlalu masuk ke dalam chaletnya kembali.

Jimmy menghalakan langkahnya ke arah pantai. Dilabuhkan punggungnya di sebuah kerusi batu yang berada di bawah pohon berhampiran pondok Jaja, kerusi yang selalu di duduki Jaja. Matanya merenung laut lepas. Mencari di mana dirinya kini. Jimmy merasakan yang dia kini kehilangan dirinya sendiri.

Jajakatakan pada saya bagaimana caranya untuk saya menggembirakan awak dan katakan bagaimana caranya untuk membahagiakan awak. Saya ingin sekali menjadi satu-satunya lelaki dalam hidup awak. Walaupun saya tahu itu tidak mungkin terjadi.

Jaja menghampiri satu-satunya lelaki yang mengembalikan ingatannya pada satu-satunya lelaki yang amat dicintainyaJan. Jaja melabuhkan punggungnya di sisi Jimmy. Jimmy yang menyedari kehadiran Jaja pantas menyapu air mata yang mengalir di pipinya.

Awak menangis Jaja kalut melihat Jimmy berkeadaan begitu sedangkan Jimmy yang dikenalinya adalah seorang yang periang walaupun sedikit pendiam.

Pantas Jimmy mengelengkan kepalanya mendengar pertanyaan Jaja. Jimmy mengukirkan senyum manis buat Jaja.

Saya nampak air mata awak. Awak menangis. Saya susahkan awak Jimmy meletakkan jarinya ke mulut Jaja.

Dia tak sanggup mendengar Jaja menyalahkan dirinya sedangkan dia sendiri yang datang mencari Jaja.

Saya tak tau macamana nak gembirakan awak. Saya sedih pasal saya tak mampu buat awak kembali riang.Saya rindukan awak yang mula saya kenali. Tawa awak, gurauan awak… saya rindukan semua tu. Ikhlas sekali pengakuan Jimmy pada Jaja.

Jaja tunduk mendengar kata-kata Jimmy. Terasa dirinya bersalah kerana gagal menggembirakan hati seorang teman.

Macamana awak tahu saya ada kat sini Jaja menukar topik perbualan kerana dia juga tak mahu kegembiraan mereka bersama tercalar hanya kerana ketidakstabilan emosi mereka berdua.

Dulukan awak pernah ceritakan kat saya yang awak selalu ke sini bila awak bercuti di Pulau Langkawi. Saya ada catat nombor chalet yang awak selalu tinggal ni. Bila awak bagitau saya awak Langkawi, terus saya suruh receptionist hotel book flight ticket and chalet ni. Sampai airport terus saya ambil teksi and straight to here. Finding you. Jujur pengakuan Jimmy.

Awak datang straight dari Taipei Ternganga mulut Jaja melihat kesungguhan hati teman yang dikenalinya hampir dua tahun yang lalu.

Waktu saya call awak semalam saya dah ada kat Shah Alam. Saya ingatkan awak ada kat rumah. Nak buat surprise la konon-kononnya tapi rupanya saya yang kena surprise. Sampai hati awak cuti pun tak bagitau saya. Jaja ketawa mendengar kata-kata Jimmy.

Saya suka tengok awak ketawa macam sekarang. Jaja tersenyum mendengar kata-kata Jimmy. Jimmy pandai mengambil hatinya.

Saya bahagia berada bersama awak. Saya rasa tenang dan selamat di sisi awak. Jimmy terasa jantungnya berdegup dengan pantas mendengar kata-kata yang berupa pengakuan yang lahir dari mulut mungil Jaja itu.

Adakah ruang untukku dihatimu

Bab 25

Saya yakinkan diri saya khabarkan pada semua orang yang saya kuat… saya tabah… saya cekal untuk hadapi semua dugaan yang datang. Tapi hakikatnya saya bukan saja tipu semua orang tapi saya tipu diri saya sendiri. Saya tak kuat sebenarnya Jimmy. Saya tak kuat. Saya Cuma tak mau orang tahu kelemahan saya. Biar bernanah di dalam… saya tak mau orang terbau busuknya. Jaja terus merenung pantai.

Saya tahu awak kuat. Cuma saya yang terlalu risaukan awak. Jimmy tertawakan dirinya sendiri. Psikologi… untuk mengembalikan dan memulihkan semangat Jaja.

Saya tak tahu apa hubungan yang terjalin antara kitatapi terus-terang saya katakan yang saya senang sekali bersama kamu. Saya juga rasa bahagia berada di sisi awak. Luah Jimmy pada Jaja.

Saya juga. Persahabatan awak sentiasa menemani saya. Persahabatan awak sentiasa memberikan saya semangat. Walaupun awak jauh… awak tetap di hati saya. Jaja mengakuinya juga walaupun berat.

Dia takut untuk meluahkan apa yang tersirat di hatinya hanya kerana dia sedar statusnya kini. Dia tidak mahu dikatakan isteri yang lupa daratan dan derhaka pada suami sendiri.

Kenapa awak selalu ke sini Jimmy mengorek kisah yang terpendam selama ini dilubuk hati Jaja.

Dia mahu berkongsi segala suka dan duka kehidupan Jaja bukan saja untuk sekarang dan masa depan bahkan masa silam kerana dia tahu masa silamlah yang membuatkan Jaja seolah-olah terkurung dalam dunianya sendiri. Jaja mengukir senyum yang sukar hendak dimengertikan. Jimmy kaget melihat senyuman Jaja yang begitu. Jaja memejamkan matamenarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan.

Franklysaya rasa bahagia dan tenang di sini.Alunan bunyi ombak menghempaskan pantai bagaikan alunan muzik yang mendamaikan dan sapaan bayu pantai ke muka amat melekakan. Saya asyiksaya tenang dan bahagia di sini. Luah Jaja pada Jimmy.

Tentu seronokkan kalau punya rumah di sini. Sampuk Jimmy tiba-tiba.

Jimmy juga sebenarnya sudah jatuh cinta dengan keindahan alam di sini. Jaja menganggukkan kepalanya.

Apa yang membawa awak ke sini soal Jaja pada Jimmy. Jimmy mengerutkan dahinya.

Maksud awak Jimmy kurang faham soalan Jaja. Jaja ketawa kecil melihat Jimmy mengerutkan dahinya begitu. Suasana sunyi seketika. Hanya deru ombak yang kedengaran. Jaja menoleh ke arah Jimmy yang asyik merenung ke arah laut.

Adakah tangis saya yang heret awak ke sini Jaja menundukkan wajahnya kerana di rasakan mukanya panas apabila bertanyakan soalan itu. Jimmy tersenyum.

Kalau saya berdayasaya sanggup buat apa saja asalkan dapat menggembirakan hati awak. Saya tak sanggup dengar apatah lagi lihat awak menangis. Hati saya bagai tersayat-sayat dengan pisau tajam bila awak menangis kepedihan. Jaja terpana mendengar pengakuan Jimmy itu.

Mungkin saya melampautapi Jimmy tidak mampu menghabiskan kata-katanya.

Jaja juga takut untuk terus bertanya kerana dia rasa pasti dengan rasa hati Jimmy.

Sesetengah perkara tak perlukan kata-kata untuk menzahirkan apa yang dirasakan oleh hati. Cukuplah sekadar pengertian bersama. Masih terngiang-ngiang kata-kata Jan suatu ketika dahulu.

Jan memang seorang perahsia namun kaya dengan kasih sayang. Jaja rindukan kasih sayang Jan padanya.

Tentu awak punya banyak kenangan di sini kan Jimmy cuba mengorek rahsia hati Jaja sambil mengelakkan soalan Jaja sebentar tadi. Jaja tersenyum.

Di sinilah terhimpunnya berbagai kenangan manis dalam hidup saya. Di sinilah cinta saya dengan bekas tunangnya saya bercambah dan di sinilah juga tempat saya di lamar suami saya. Beritahu Jaja dengan ikhlas. Baginya tiada apa yang perlu disembunyikan daripada lelaki itu.Bukan niat dia untuk menagih simpati tapi dia rasa senang bercerita dengan lelaki itu.

Awak pernah bertunang Jaja menganggukkan kepalanya mendengar soalan Jimmy.

Jaja tahu Jimmy pasti bingung mendengarkan katanya sebentar tadi.

Maksud awak, tunang dan suami awak adalah dua orang yang berbeza Jaja mengangguk lagi.

Jimmy mengerutkan dahinya. Tidak faham barangkali.

Sebelum saya berkahwin dengan suami saya,saya punya seorang teman dan kekasih yang amat mencintai diri saya dan saya juga mencintainya dengan sepenuh hati saya. Bertahun-tahun bercinta tapi takdir tuhan menentukan yang tiada jodoh antara kami. Saya kehilangannya. Permulaan kehilangannya saya seakan tidak mahu hidup lagi. Hidup saya kosongsekosong-kosongnya. Saya hilang arah. Segala kenangan cinta bagaikan membunuh saya dalam diam. Saya benar-benar menderita. Berkat doa ahli keluarga dan teman-teman yang rapat saya kembali bekerja selepas enam bulan berkabung. Sebaik sahaja saya kembali bertugas saya dengar ada kekosongan kakaitangan Malaysia di Taiwan, saya mohon untuk mengisi kekosongan dan rezeki saya murah. Saya di terima ke Taiwan. So saya bawa diri ke Taiwan sambil cuba nak bina hidup baru. Empat tahun saya di sana dan saya kembali ke sini setelah saya yakin saya mampu melalui dan hidup di temani kisah lalu. Saya mula dapat terima pemergian dia. Dan di sinilah saya berkenalan dengan suami saya. Mungkin ianya juga silap saya. Saya gopoh menerima lamarannya. Dia melamar saya selepas dua hari kami berkenalan. Dua bulan lepas itu kami melangsungkan perkahwinan. Tiga bulan pertama kami cukup bahagia malayari bahtera rumah tangga sehinggalah hari itu, hari di mana bahtera kami

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: