Kumilikmu 1

Aku tak tahu nak cakap apa. Bila mak mati-mati suruh aku temankan dia balik kampung, aku seboleh-bolehnya tak mahu ikut. Hancus! Habislah rancangan aku hujung minggu ini. Agghhhh¡Ä..!!!!! Muncung lagilah Serena nanti. Tak dapat aku bayangkan mulut comelnya itu membebel macam bertih jagung.

Semalam, Serena telefon aku lagi. Merengek, hendak jumpa. Rindu sangat, katanya. Aku? Rindu juga. Tapi aku tak kisah sangat, kalau seminggu tak jumpa dia. Memang dua tiga minggu ini, aku sibuk sikit. Mak? Ah ah ah bila aku dapat cuti, Mak cepat-cepat ajak aku balik kampung. Serena macamana? Apa aku nak kelentong. Gadis bermata bundar itu bukan boleh dimungkiri janjinya. Mulalah dia buat perangai. Manjanya melebih-lebih.

Memang aku sayang nenek. Sayang sangat. Tapi, untuk tinggal 2-3 hari di kampung itu,, aku tak sanggup. Nyamuk banyak beb! Rasa macam si Tanggang pulak aku. Dulu, kampung nenek itulah tempat aku menghabiskan masa setiap kali cuti sekolah. Sekarang ini, lupa daratan pulak. Mana tidaknya, 5 tahun aku tinggal di asrama kemudian sambung pula 4 tahun di UK¡.menghabiskan pengajianku di Nottingham Trent University.Sesekali balik kampung, pening kepala aku tengok lembu-lembu atuk dalam kandang. Gemuk-gemuk.. tapi bau pehh!!!!. Betullah kata Mak, aku dah jadi Mat Saleh celup. ( Iye ke? )

” Kau nie, kalau mak ajak balik kampung, kemain lagi liatnya.kalau pasal berjalan.melancong.nombor satu.!” Mak membebel satu pagi. Aku yang baru bangun tido waktu itu terpisat-pisat. Sekejap-kejap mengangguk, sekejap-sekejap menguap.

” Mak ni bukannya apa.mak dah tak larat nak drive jauh-jauh ni .. Kalau ada kau, takdelah letih sgt.” Tambah Mak lagi sambil tangannya ligat mencuci pinggan mangkuk.

Aku hanya tersenyum. Mengangguk-angguk lagi. Apa yang aku anggukkan aku sendiri tak tahu. Rasanya dah banyak kali jugak Mak membangkitkan hal tersebut.

Paling aku ingat, peristiwa setahun yang lepas. Mak bukan main naik angin lagi bila aku tak mahu balik beraya di kampung. Giler! Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh buat keputusan macam tu. Orang lain mati-mati beli tiket nak balik kampung. Sanggup bersesak-sesak kat Puduraya untuk dapatkan tiket. Harga melambung ke tahap yang tak logik pun masih ada yang sanggup nak beli. Tapi aku? He.. he.. he.. Masa tu aku dah rancang nak melancong ke Phuket. Tak jauh.Tapi ajakan Serena tak terdaya untuk aku tolak. Ah gadis manis itu.terlalu manis!

” Nenek kau tu dah mula bising. Setahun sekali baru dapat jumpa. Dia tu dah tua,kalau tak kita yang jenguk .siapa lagi. Pak Long kau tu, memang la ada, tapi dia pun bukan selalu dapat jengok. Sibuk dengan

lembu-lembunya. Namanya anak kesayangan, nak jengok orang tua seminggu sekali pun payah.”

Ah mak.dah mula nak kait-kaitkan orang lain pulak..Aku diam, menghirup kopi O panas. Wajah Pak Long serta merta terbayang di fikiran. Tak berapa jelas. Diganti pula dengan seraut wajah lain. Cukup jelas. Ain?

Anak Pak Long yang seorang itu sudah lama tidak ku temui. Paling akhir sebelum aku berangkat ke UK dahulu. 4 tahun yang lalu.. ” Anak Pak Long yang sulung tu, dah kahwin ke belum, mak? ” Tanya ku

tiba-tiba mak menoleh, merenungku

” Kau nie .. lain yang mak tanya lain yang kau jawab” Aku tersengih.

” Budak tu dah setahun bertunang, tengah tunggu hari je nak langsungnya.” Mak menghampiri aku. Menuang kopi O panas ke dalam cawan. Lalu menghirupnya perlahan. Aku pandang wajah mak. Sudah ada garis-garis tua di situ.

Sudah nak kawin rupanya Ain Fathihah. Bagaimana rupa dia? Bertambah cantik ke? Rambutnya yang ikal panjang itu, masih ikal lagi ke? Ah.mungkin masih panjang, dan wajahnya tetap cantik, bertambah cantik. Bukankah aku orang yang paling suka melihat wajahnya dulu?

Tapi itu dulu, suatu ketika dulu yang amat panjang. Kini, segala-galanya telah berubah.

Ain Fathihah tidak pernah lagi aku temui. 4 tahun di perantauan , aku tidak pernah langsung pulang. Bukan tidak mahu. Tetapi wang pinjaman aku waktu itu cukup-cukup untuk menghabiskan pengajianku. Sayang amat rasanya untuk aku korbankan. Biarlah perasaan ini saja yg menanggung bebanan. Tidak sanggup lagi rasanya aku untuk menyusahkan emak. Wang yang emak kirimkan aku pulangkan semula. Bukan tidak menghargai, tetapi aku tahu emak lebih-lebih lagi memerlukan. Sementelah, wang peninggalan arwah ayah
pun sudah semakin berkurang.

” Sejak balik tahun lepas, jarang benar kau pulang ke kampung. Payah nak jengok muka. Pak Long ko tu ada juga tanya2 kan kau “

” Pak Long tanyakan saya, tanya apa mak? “

” Iyer la… . dia tanyakan kau… … kenapa lama tak datang… emm.. dah ada calun ke belum … ” Mak menjeling. ” He. he. he… .” Aku rasa nak tergelak ” Kenapa..dia nak jodohkan Qel dengan anak dia ke?”

” Ish… . kau ni Qel… .. dengarnyer Pak Long kau… … “

Aku ketawa lagi

” Allah mak… .. Pak Long tu kan ramai anak perempuan… . si Ain tu yang sulung kan… … tak silap Qel bawah si Ain tu ada 3-4 orang lagi… ..

” Anak Pak Long kau tu semuanya perempuan… . yang bawah Ain tu baru lepas SPM… … cantik jugak tu… .”

” He.. he… mak ni… . siap promote lagi tu”Aku ketawa. Mata dipejamkan dan serta merta terbayangkan Serena. Gadis itu… . mana mungkin aku lupakan dia.

Deringan telefon mengganggu. Aku pandang sekilas. Siapa. Serena lagi? Aku cuba membayangkan satu persatu kata yang akan dilontarkan nanti.

” Assalamualaikum,Qel ! “

” Wa’alaikumussalam.. ha, mak… .. ada apa mak? ” Aku menarik nafas lega.

” Malam ni kita balik kampung !”

” Ha?”

” Mak dah bagitahu Pak Long kau tadi. Nenek kau pun tengah tunggu tu. Petang nanti balik cepat sikit.”

” Mak… … . alamak mak… .”

” Ha, kenapa pulak… .. tak nak? Kau jangan buat perangai Qel… .. bulan lepas mak balik sorang-sorang je. Kau tak nak jugak. Bulan nie kau kena ikut mak. “

Aku ketap bibir. Serena… .. alamak… apa aku nak kelentong. Kejap lagi gadis manis itu akan muncul… dengan beg besarnya… .. dengan liuk lenggoknya… .

” Qel… . balik cepat tau.. mak tengah berkemas ni… .”Talian putus. Aku termangu. Hampir-hampir tidak tersedar ketukan di pintu yang sayup-sayup menerjah pendengaranku. Dengan malas aku pandang pintu yang sedikit terkuak. Wajah manis putih melepak terjengol dengan seulas senyuman.

” Hi Qel… ” Serena menguntum senyum.

Wajah dan tubuhnya terserlah kini. Dandanan yang rapi dengan solekan yang tipis. Satu yang aku suka mengenai gadis ini. Pakaiannnya jarang yang terlalu seksi. Tidak terlalu terdedah. Walaupun gadis tionghua ini seorang yang bebas, tetapi dia amat faham dengan permintaanku yang satu itu. Don?t be too sexy okey! Selalu aku mengingatkannya tiap kali dia merengek baju atau blouse yang tergantung dibutik2 mahal. Bukan aku terlalu berkira. Tetapi mataku cukup tidak berkenan dengan blouse pendek bertali-tali yang aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyebutnya. Untuk malam2 indahku bersama seorang wanita bergelar isteri, mungkin okey. Tetapi untuk dibawa berjalan2 dengan aku disampingnya… … aku mungkin tidak akan pernah berkata ‘ya’.

Aku memandang Serena sambil menarik nafas. Kali ini dia benar-benar memenuhi citarasaku. Seluar labuh paras keting dengan blouse tanpa lengan yang aku sendiri tahu amat digemarinya.

” How?”

” Cantik… … good!” Serena tergelak kecil

” I tahu I memang cantik… .”Tawanya terus kedengaran. ” I Tanya plan kita petang nie, macamana okey tak… .” Kali ini aku menarik nafas lagi, lebih dalam. Dadaku sedikit sesak. Perlahan-lahan aku menggeleng.

“Apa yang you geleng tu… ..”

“Kensel!”

” Come on honey… jangan main-main ye… “

” Seriously!” Serena terdiam. Ada tanda-tanda perubahan pada riak wajahnya.

” But, why?..”

Aku bangkit… . mendekatinya. Wajahnya yg mendung itu kurenung dalam-dalam. Sebenarnya aku sendiri tidak tahu adakah caraku ini akan berkesan untuk memujuk hati gadis kecil itu. Aku rasa, aku cukup lembap dalam bab-bab memujuk ini.

” Reen, Qel kena balik kampung petang ni jugak, ada family problem. My mum dah tunggu kat rumah tu… ” Aku melembutkan suara… dan dengan jemari bergetar, aku elus rambutnya yang jatuh di dahi. Serena mengerutkan muka. Matanya seakan-akan berapi memandangku.

” You told me last time, but you dah janji tak mahu balik kpg, bukan?… . You nak proceed dengan plan kita..”

” Yup… . tapi kali ni, I tak boleh elak… .”

” You nie!.. selalu sangat ikutkan mak you tu”

” Of course Serene, she’s my mum… . I kena dahulukan dia dlm semua hal.”

” Then I macamana… .” Serena menepis tanganku. Dia berpaling.

” Honey, please understand me okey… . I pergi tak lama.. petang Ahad I jumpa you” Serena menoleh sekilas, menggeleng-geleng kepala. Pandangannya jatuh ke bawah. Sedih benar gadis ini.

” Petang Ahad kita jumpa, okey… . nanti I drive laju2… . setengah jam je I dah sampai..” Serena mencebik. Tapi sungguh… .. walau dia mencebik begitu… .. wajahnya tetap manis pada pandanganku… ah.. mak… . kenapalah aku terperangkap dalam situasi begini. Serena berpaling, mengambil tas tangannya tanpa memandangku.

” Well, it’s up to you Haiqel, I nak balik ” Tombol dipulas, tetapi terhenti sebentar” U tak nak hantar I ker?

“Ha?… .” Nafasku sesak semula ” U datang tadi naik apa?” “Huh!” Pintu dihempas. Meninggalkan gegaran yang agak kuat.Terkebil-kebil mataku memandang. Aduh… . terasa kering tekakku menyusunkata-kata tadi. Aku menyelak tirai, memandang ke bawah. Langkah Serena laju, tetapi teratur. Dan untuk kali terakhir, aku melihat sekali lagi pintu keretanya dihempas kuat.

Emak tersenyum memandangku. Dan bila melihat senyuman emak, aku pun tersengih-sengih. Entah apa yang lucu, aku sendiri tak tahu. Sebentar kemudian, Pak Long muncul dengan ketayap di kepala. Dia baru selesai solat, dan kesan air sembahyang jelas terlihat di wajahnya. Sejuk.

” Ha, Qel… .. datang jugak kau ye… ” Pak Long menepuk bahuku. Cepat-cepat ku sambut tangannya.

” Apa khabar Pak Long?” Tangannya yang dingin itu kukucup.

” Sihat… . Pak Long macam dulu jugak… . kau je ni dah lain benar… .hampir tak kenal Pak Long tadi… .” Dia duduk di hadapanku selepas bersalam dengan mak. Aku tersengih-sengih. Sejak sampai pagi tadi, aku rasa dah macam kerang busuk, asyik tersengih-sengih memanjang.

” Liat Abg Long… … nak ajak ke mari… ada aja alasannya tu ” Emak bersuara.

” Iyer la… .. dah lama duduk kat negeri omputih tu… .. susah nak sesuaikan diri… “

” Eh.. takdelah Pak Long… . takdelah macam tu… ” Aku teragak-agak.

“Baru dapat keja Pak Long… .. susah nak ambik cuti… ” Iyer ke alasan aku ni?

Pak Long ketawa.. mengangguk-angguk kepala. Dia menjengokkan kepala bila tiba-tiba seorang gadis berbaju kebaya keluar dari balik pintu. Dengan tangan yang menatang dulang, gadis itu melangkah sopan menghampiri kami. Seketika pandangan bertemu. Aku gigit bibir. Siapa? Ingatan kusamar-samar

‘” Ha Ain, tak keja ke ari nie?” Mak memecah keheningan. Gadis itu tersenyum.

” Kerja, Mak Ngah… . tapi hari Sabtu keja setengah hari je… ni pun baru balik kerja” Satu persatu cawan di atur atas meja. Jemarinya yang putih melepak… . seolah-olah mengganggu pandanganku. Bila cawan diletakkan di depanku, tiba-tiba renunganku tertangkap oleh matanya. Dan tiba-tiba debaran dadaku semakin terasa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: