Kumilikmu 14

Ketukan dipintu, kedengaran. Memang aku nantikan. Faizal tersenyum memandangku, seolah tidak terkesan dengan air mukaku yang aku rasa dah kelat semacam. Aku cuba kawal perasaanku, kerana aku tahu aku tak boleh marah lelaki ini seperti budak-budak. Aku harus profesional. Harus bertindak sebagai lelaki yang matang.

“Kau tak keluar ari ni Qel?”Masih tidak menyedari ‘mood’ku. Aku senyap. Memerhatikan Faizal yang sedang membetulkan duduknya.

“Hai… tadi macam ada hal penting… senyap pulak kenapa. Anyway… Serina sekarang makin mengancam aku tengok… kalau aku jadi kau….”

“Dah lama makan dia?” Potongku. Faizal ketawa besar.

“Kau ingat aku jenis macam tu, pantang nampak perempuan terus nak baham. Sori, itu bukan sikap aku ok!”Aku mencebik.

“Aku tahu…. kau tak macam tu…. hai.. kau ni macam nak marah aje…… aku gurau la….”Dia tersengih memanjang.

“Aku tak kisah kau nak makan sapa pun…. itu hak kau… tapi aku nak ingatkan… jangan buat yang bukan-bukan pada Ain. Aku serius.” Aku renung wajah lelaki itu sungguh-sungguh.

Giliran Faizal terdiam.

“Kau fikir aku sejahat itu?”

“Aku cuma nak ingatkan..”Balasku lagi.”Ain gadis kampung yang tak tahu apa-apa. Dia tak kenal kau “

“Itu sebab aku nak lebih rapat dengan dia. Aku nak dia kenal aku betul-betul.”

“Untuk apa?” Faizal angkat kening. Agak sangsi dengan soalan aku mungkin.

“Qel….. aku nak terus terang dengan kau…. aku memang sukakan Ain tu.

Aku rasa tak salah kalau aku approach dia…”

“Aku tak benarkan…..”Aku mendengus.

“Kenapa?

“Dia sepupu aku..”

“Sepupu kau.. then, apa masalahnya. Semata-mata dia sepupu kau, kau keberatan kalau aku approch?” Wajah Faizal berubah. Aku tarik nafas panjang. Kalau boleh aku tak mahu bertekak dengan lelaki ini hanya kerana seorang perempuan. Sesuatu yang aku tak suka sejak dulu.

“Aku cuma nak bagitahu , Ain tak sesuai untuk kau…”

“Atau aku yang tak sesuai untuk Ain?”Matanya membesar. Aku menggeleng.

“Hubungan ini takkan berjaya Jai…”Balasku perlahan.

“Nampaknya kau begitu yakin…”Dia tersengih.

“Aku tak nak kau terlalu mengharap…’

“Haiqel, “Dia menegakkan badan. “Aku hormat kau sebagai kawan aku,dan sebagai sepupu Ain. Tapi dalam soal perasaan, aku harus ikut hati aku.Kalau kau fikir aku ni tak berapa bagus untuk Ain, aku sanggup ubah.Aku tahu kau anggap aku seperti seorang playboy yang punya perempuan keliling pinggang,
bukan?” Sedikit tersinggung mungkin, dia mengeluh.

“Bukan sebab tu….. aku tak pandang rendah pada kau….”

“Wait.. wait,… atas sebab ni ker kau panggil aku?”Aku diam.

“Kau marah aku keluar makan dengan Ain tadi?” Aku diam lagi.

“Kau ni macam budak-budak la Haiqel….”Dia ketawa nipis. Darahku panas tiba-tiba.

“Tak kiralah budak-budak ke, bapak budak ke… aku nak bagitahu…… Ain is belonged to someone! ” Suaraku meninggi. Aku lihat wajah Faizal berubah. Dia pandang aku lama.

“Maksud kau?”

“Ok, frankly aku cakap, Ain dah …. bertunang.. maksud aku… dia akan berkahwin tak lama lagi. “Otak aku dah tak boleh nak bagi alasan yang logik lagi. Aku rasa alasan yang sebegini saja yang dapat menghalang lelaki ini.

“Bertunang? Ain tak pernah cakap pun!”Sedikit terkejut.

“Itu hak dia nak bagitahu atau tak. Tapi sebagai sepupu, aku ada tanggungjawab untuk jaga dia. Since dia sekarang pun tinggal dengan aku. So, it’s up to you nak percaya atau tidak.”Faizal termenung seketika. Dia menarik nafas panjang.

“Ok lah…. whatever! Tapi, selagi dia belum berkahwin, aku rasa aku masih ada peluang. Isn’t true?”Dia tersengih. Kurang ajar! Mamat ni memang tak makan saman.

Faizal bangun dari kerusi. Bersedia untuk beredar. Sambil membetulkan tali lehernya dia memandangku.

“Thanks for your advice, Qel. Kau sepupu yang bertanggungjawab. Aku respect. Tapi, as you know, prinsip aku.. best man win !”Dia ketawa sebelum berpaling.

Aku ketawa sama, sekadar menyedapkan hati. Dalam hati aku menyumpah seranah. Lelaki ini memang tak boleh dibagi muka.Dengan kawan sendiri pun dia nak berkeras. Mahu saja aku katakan yang Ain itu isteriku. Mahu terlopong mulut dia nanti. Tapi aku tak mahu hebohkan dulu. Aku tak mahu semua orang tahu selagi Serina tidak tahu. Aku tahu ia akan menjadi lebih sukar nanti. Aku tak sanggup hadapi.

****************************************
Sudah hampir satu jam berlalu. Aku masih di atas kerusi. Sambil menghadap skrin komputer. Sesekali jam di dinding ku kerling sekilas. Tersenyum seketika. Biarlah. Biarlah dia menunggu. Aku tahu dia masih ada di bawah. Mungkin sudah jenuh menantiku. Kalau dia sudah bosan menunggu, pasti dia akan naik ke bilikku. Lalu meminta aku segera pulang. Dan aku takkan mengendahkan. Biar dia marah. Biar dia tahu bagaimana sakitnya hati dipermainkan. Sakitnya hati tidak diendahkan.

Aku tahu, dalam hal ini aku perlu berbuat sesuatu untuk menyedarkan. Kalau dengan Faizal tak jalan. Dengan Ain juga aku perlu berpendirian. Aku tak mahu dia terus-terusan dipermainkan. Kalau bukan Faizal yang mempermainkan Ain, mungkin aku yang dipermain Ain. Perjanjian dulu rasanya tidak relevan lagi. Jangan masuk campur hal masing-masing. Ah….. persetan dengan semua itu!

Aku melihat jam sekali lagi. Rasanya sudah cukup masanya. Aku menutup komputer. Mematikan suis aircond. Di luar, semua staff sudah tidak kelihatan. Lampu juga sudah dipadamkan. Hari ini hari Jumaat, patutlah tak ada sesiapa yang OT. Masing-masing pulang awal kerana esok hari Sabtu. Aku buru-buru keluar. Sampai di reception, suasana sudah suram. Tipah juga sudah pulang. Aku membuka pintu. Oleh kerana aku orang terakhir, jadi akulah yang mengunci pintu. Dato Rustam sudah 2 hari ke Penang. Mungkin esok baru pulang. Aku menuju ke keretaku. Mencari-cari kelibat Ain. Aku sengaja biarkan dia menungguku, tapi kelibatnya tidak kelihatan. Kemana dia pergi. Tak tunggu akukah?

Aku nak lihat dia marah. Aku nak tengok dia tarik muka. Aku akan buat-buat bodoh, dah aku pasti dia akan sakit hati dengan pelakuanku. Biar dia tahu bagaimana perasaanku tengahari tadi. Aku nak sakit hatiku ini terbalas. Aku masuk ke dalam kereta tetapi menyedari ada sesuatu yang terselit di celah wiper. Sekeping kertas putih. Aku keluar kembali dan mengambil cebisan kertas tersebut. “Qel ot? Ain tak dapat tunggu. Ain balik dulu.” Ah…. geramnya aku! Balik-balik aku yang sakit hati!

*************************
“Kenapa tak tunggu Qel tadi?” Tanyaku sebaik masuk ke dalam rumah.

Ain sedang bersandar di sofa. Sepertinya sedang keletihan juga. Nampaknya dia juga baru sampai ke rumah. Ain tidak segera menjawab. Dan dia tidak memandangku langsung. Hanya dadanya yang kelihatan turun naik laju, seperti orang yang benar-benar kepenatan.

“Kenapa tak tunggu Qel?”Sekali lagi aku bertanya. Kali ini agak kuat.

Ain berpaling padaku.

“Qel ot bukan?”Tanyanya perlahan.

“Hari ni ari Jumaat, siapa yang nak ot!”Balasku tegas. Ain terdiam seketika.

“Ain ingat Qel ot…..”

“Kenapa tak tanya dulu?”Ain mendongak, menatap wajahku.

“Ain tunggu….. tapi lama sangat…. Ain terus balik…”

“Kenapa tak tanya dulu?”

“Ain minta maaf……” Lirihnya. Dia kembali menunduk, memainkan jemarinya. Aku campak briefcase aku atas sofa. Melonggarkan tali leher lantas menghempaskan badan ke sofa, betul-betul di hadapan Ain.

“Ain ingat nak tumpang Suzy…. tapi Suzy dah balik dulu….”

“Habis tu, Ain tumpang siapa, Faizal?”Ain sedikit terkejut. Dipandangnya aku tanpa berkelip.

“Atau Iskandar?”

“Qel!” Ain terjerit kecil. Wajahnya mencemik, dan aku lihat rona merah pada wajah itu.

“Ain tumpang siapa?” Ain menggeleng. Dia berusaha untuk bangun. Kelihatan susah benar.

“Ain naik atas dulu….”Dia mencapai tas tangannya. Cepat-cepat aku tarik tangannya, dan dia sedikit terkejut.

“Qel…. jangan buat macam ni….”

“Kenapa? Ain tak suka Qel pegang tangan Ain macam ni. Kalau Faizal pegang tak apa?”

“Ya Allah Qel….” Ain tersedu. Air mata sudah merembes. Di kesatnya dengan hujung tudung.

“Kenapa Qel cakap macam ni?” Dia pandang aku.

“Qel tak boleh cakap macam ni kah?… Qel suami Ain, Qel berhak untuk ambik tahu…”Genggaman semakin kejap. Aku lihat dia seperti mengeliat. Mungkin kesakitan.

“Ain tahu….. Qel berhak buat apa saja. Tapi bukan di sini, Ain tak mahu mak nampak…” Dia pandang ke arah dapur. Aku tahu mak ada didapur. Aku dengar bunyi pinggan berlaga di sana.

“Ain tak mahu rahsia Ain bocor?”

“Rahsia apa?” Dia kaget memandangku.

“Rahsia Ain ada hubungan dengan lelaki lain……”

“Haiqel!” Dia terjerit halus. Direntapnya tangannya pantas. Terlepas genggamanku.

“Kenapa Qel tuduh Ain macam ni?”

“Qel tak tuduh, Qel nampak depan mata…”Aku tersengih tawar.

“Qel tuduh Ain ada hubungan dengan lelaki lain, tapi bagaimana dengan Haiqel… apa hubungan Qel dengan Serina, bukan pasangan kekasih?” Dia menentang mataku.

“Hubungan Qel dan Serina, dah lama berlaku. Sebelum kita kahwin lagi. Tapi Ain dengan Faizal….”

“Jadi itu adil namanya?” Aku tarik lengan Ain supaya menghadapku. Terdorong dia sedikit ke depan.

“Jadi Ain fikir dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain, itu baru adil? Macam tu?” Ain menggeleng. Dia menghela nafas.

“Ain tak ada hubungan dengan sesiapa. Baik Faizal mahupun Iskandar. Tak ada!”

“Bohong!”

“Qel….. Ain tak sangka Qel macam ni!” Ain berpaling, terus melangkah meninggalkan, separuh berlari. Aku mencapai briefcase, dan sama menaiki tangga. Masuk ke bilik aku lihat Ain sudah sudah terbaring atas katil, bertelangkup atas bantal. Menyedari aku berdiri di belakangnya, segera dia bangun, sambil menyeka
pipi.

“Kalau Qel sangsi dengan hubungan Ain dan Faizal, kenapa Qel tak berterus terang saja dengan mereka semua tentang hubungan kita. Biar mereka tahu, jadi tak ada sesiapa pun yang akan menggangu Ain…”Ain merenungku sungguh-sungguh. Aku menarik nafas dalam-dalam. Sesuatu yangsukar untuk aku jawab.

“Kalau Qel tak nak, biar Ain saja yang beritahu….”

“Jangan!” Aku melangkah ke arahnya.

“Kenapa Qel tak nak? Qel takut Serina tahu, bukan?”Aku diam.

Kata-katanya itu mengena batang hidungku.

“Qel tak nak dia tinggalkan Qel, begitu?”

“Ain!” Suaraku meninggi.

“Jangan kaitkan Serina dalam hal ni…” Ain bangun, berdiri betul-betul di hadapanku.

“Habis, kalau bukan sebab dia, kenapa Qel tak mahu berterus terang. Qel malu nak mengaku yang Ain ini isteri Qel? Sebab Ain cuma gadis kampung, belajar pun tak tinggi…. bukan anak mat saleh..”

“Cukup Ain, cukup!” Tanganku sudah naik separas bahu. Ain sedikit terkejut. Dipandangnya aku dengan riak tidak percaya.

“Qel nak tampar Ain?” Dia mendorongkan wajahnya.

“Kalau itu yang boleh membayar kesilapan Ain tadi, Qel tamparlah!” Dia pejamkan matanya seolah bersedia menerima apa-apa kemungkinan.

Aku tarik nafasku dalam-dalam. Perasaanku kembali menurun. Wajah bersih itu, mana mungkin aku daratkan tangan kasar ini di wajah itu. Wajah itu bukan untuk dikasari. Bukan. Aku gigit bibir sampai sakit. Perlahan-lahan tangan diturunkan. Aku menunduk. Tak tahu kenapa perasaan aku mudah benar menjadi panas tadi. Aku tak suka dia membalas kata-kata aku tadi, yang sedikit sebanyak mendedahkan keadaan terdesakku yang sebenar. Aku mengeluh saat Ain membuka matanya. Dadanya berombak laju dan terdengar helaan nafasnya.

Aku segera berpaling. Masuk ke dalam bilik air lalu membasuh mukaku dengan air sejuk. Menatap wajahku dicermin seketika. Bagaimana wajahku tadi? Nampak garangkah? atau tak berperasaankah? Kejamkah aku bertanya soalan-soalan seperti itu. Adakah aku sengaja menuduh dia. Aku hanya menegakkan kenyataan, yang aku lihat dengan mata aku sendiri. Jadi salahkah aku bersifat ingin tahu sebegitu?Aku keluar kembali, dan kulihat Ain masih di situ, tercatuk dibirai katil. Wajahnya muram dan dia tidak memandangku.

“Mulai hari ini, Qel tak nak tengok Ain keluar dengan Faizal lagi. Even pergi makan sekalipun. Ramai lagi kawan perempuan kat ofis tu yang boleh diajak teman. Jangan layan jantan tuh!” Ain diam tak bersuara.

Aku puashati. Sejurus aku segera keluar, turun ke dapur mendapatkan mak. Orang tua itu sedang menyiang ikan di sinki. Dia menoleh sebentar kepadaku.

“Kenapa balik lambat Qel? Biarkan Ain balik naik bas sorang-sorang. Nasib baik sampai tadi…..” Mak berhenti menyiang ikan.

“Ain naik bas tadi?” Aku mendekati mak. Sedikit terkejut.

“Dia kata kau ot….. jadi dia balik dulu….. nasib baik tak sesat.

“Aku pandang mak tanpa berkelip. Fikiranku tiba-tiba kosong.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: