Kumilikmu 5

” Cepat Qel balik ari nie?” Mak terjengol depan pintu waktu aku membuka kasut.
“Qel ada dinner malam ni, mak!” Wajah mak berkerut. Aku menyambut tangan Mak lalu mengucupnya.
“Kenapa tak telefon awal2. Ain dah siap masak dah tu… ” Mak mengekori aku yang terus merebahkan tubuh ke sofa.
“Iye ke?” Balasku acuh tak acuh.”Mak masak apa ari ni?”
“Mak tak masak… .Ain yang siapkan semua… ketam masak lemak cili padi… Qel kan suka… “
Emm… .aku telan liur. Sedap tuh! Macam tahu-tahu pula aku suka benar dengan masakan itu. Mesti Mak yang cerita. Tapi tidak juga. Mungkin Ain masih ingat kenangan yang satu itu. Tiap kali nenek masak ketam, tiap kali itulah Ain menjadi mangsaku. Kalau ketam tinggal 2 ekor… setengah akan ku bagikan kepadanya… yang selebihnya masuk ke pingganku. Kalau nasib Ain kurang baik sikit, aku akan simpan selebihnya di dalam gerobok nenek. Ku tutup rapat-rapat dengan suratkhabar. Bila makan malam, aku akan keluarkan kembali ketam-ketam ku itu. Dan Ain akan terkebil2 memandang aku makan ketam sorang-sorang. Mana Qel dapat? Selalu dia tanya begitu. Dan aku hanya tersengih-sengih sambil bersungguh2 memecahkan sepit ketam. Kalau Ain merengek-rengek, baru la ku bahagikan. Itupun setelah nenek mula meninggikan
suara.

” Makan pun nak berebut… “Selalu nenek memarahi aku begitu. Tapi esok-esok, nenek akan masak lagi.Dan hari ini Ain masakkan untuk aku pula. Adakah bila memakannya, dia akan kembali mengingati semua itu?

Mak meninggalkan aku, meneruskan kerjanya di dapur. Mataku melingas. Mencari kelibat seseorang. Rasanya sejak balik ke KL semalam, tidak banyak perkara yang aku bualkan. Cuma mak saja yang rajin bercerita. Dan Ain kulihat amat mesra dengan Mak. Dan aku tahu, hati mak juga cukup gembira bermenantukan gadis itu. Aku? Entah la… aku sendiri tidak tahu perasaanku saat ini. Bagaimana aku harus memperlakukan diriku. Mesra? dingin? atau tegas? atau entah apa-apa…
Kadang-kadang aku fikir biarlah aku menjadi bisu saja. Tak payah la aku susah-susah menyusun ayat. Dan dia juga tidak akan fikir yang bukan2 kiranya aku langsung tidak berbicara dengannya. Rasanya selepas 4 tahun kebisuan bertamu, ketaranya semakin terserlah setelah terjadinya ikatan ini. Ikatan yang aku sendiri tidak pernah membayangkan!

Aku terdengar suara Mak berbual dengan seseorang. Mungkin dengan Ain (siapa lagi?). Cepat-cepat aku menapak ke tangga, mendakinya satu persatu.
Sempat juga mengerling sekilas ke arah dapur, kalau2 ada kelibatnya. Em..apa la yang aku nak tengok sangat ni … Aku menggeleng.

Pukul 8.15, selepas sembahyang Isyak, aku mencapai kunci kereta. Mak sedang menanti, di tepi pintu, seperti biasa tiap kali aku ingin ke mana-mana. Wajahnya tenang, senyum terukir dan dia memandangku tunak.
” Qel tak makan langsung?”Tegurnya. Aku menggeleng, menyedari seseorang sedang hampir kepadaku. Aku menoleh. Ain, yang cantik… rambut ikal..tapi pakaiannya..masih seperti itu… .kain batik..t-shirt labuh…

” Mak dah makan?… Mak makan dgn Ain je la ye… Qel tak tahu balik pukul berapa..”Balasku perlahan.” Tak payah la tunggu.”
Mak mencubit lenganku, berbisik perlahan di hujung telingaku. “
Kenapa tak bawak Ain sekali?”:
“Issh… mak nie..mana boleh?”
“Kenapa tak boleh… ajak aje la..”Aku menggeleng.
“Tak boleh mak… .Qel dah janji dengan kawan… “
“Dengan siapa… .”Mak tak puas hati.
“Dengan… er… Faizal… .budak opis Qel tu..”Aku menguatkan suara.
Aku melihat jam. Mungkin Serena sedang menungguku. Mungkin dia berdandan rapi, seperti selalu. Dan dia akan menjadi perhatian… setiap mata… termasuk aku.
” Jangan balik malam sangat Qel… “Mak mengingatkan. Aku angguk. Tak tahu sama ada mak melihat atau tidak anggukanku itu. Aku menjeling Ain. Dia tidak memandangku. Dan langsung tidak bersuara. Hanya jemarinya saja yg bergerak2 memintal hujung baju. Jarinya yang putih itu.

Aku menghidupkan enjin kereta. Seketika, mataku bagai ditarik untuk melihat Ain. Pandangan bertemu. Renungan yang redup, serta merta aku resah. Entah apa-apa saja perasaan ku saat itu.

Malam itu malam yang indah. Walaupun tidak seindah malam2 sebelumnya.( malam-malam sebelum aku hilang status bujang ) tetapi aku sedaya yang boleh melupakan apa yang aku alami beberapa hari yang lalu.
Walau untuk sekejap waktu. Kalau ditakdirkan aku hilang ingatan untuk satu malam itu, pun aku rela. Biar aku tidak pernah ingat mimpi ngeri itu.
Menjadi seorang suami, memiliki seorang isteri yang terang-terang tidak pernah mencintai aku. Dia tidak mencintai aku. Aku tahu. Tetapi kenapa dia
ditakdirkan untukku??

“Qel… ..” Suara lembut di hujung telinga.
“You ni… senyap..jer..

“Serena menghulurkangelas.”You tak suka I
pakai macam ni ker..”
“No, no.. I suka… you cantik!”Aku tersenyum memandangnya. Susuk tubuhnya yang langsing itu amat sesuai dengan dress labuh hitam yang agak sendat. Aku membayangkan andai Ain berpakaian begitu. Akan jatuh hatikah aku? Jatuh hati… atau… jatuh nafsu?..Emm..rasanya tidak..aku bukan jenis
begitu.

“Qel… .., you tak nak makan … dari tadi asyik minum aje… tak lapar ke?:” Kembali aku memandang Serena. Pautan di lenganku terasa kejap.

” You tak lapar ke, honey… .” Suaranya semakin lembut. Issh… .anak dara nie! Jangan la terlalu menggoda. Aku bukannya kuat iman sangat.
“Okey, Qel temankan you… ” Aku menarik tangannya.
“You tak makan sekali?”
” Makan… .I makan sikit2″
” You on diet ke, honey… .” Serena mencapai piring kecil.
” A’ha… .I kena diet… perut I dah boroi… “
” Boroi?”
” A’ha… boroi..”
“Boroi tu apa?”
“Boroi tu… .macam perut..ha… tu..mcm perut Latiff.”Aku memuncungkan bibir ke arah Latif yang rancak melayan tetamu. Serena ketawa.
” Hei..you kan sporty… mana ada boroi… .I tengok okey je..”

” I kena maintain… takut dah kawin nanti I jadi macam Latif
tu… “Aku menepuk2 perut.
“You dah nak kawin ke… .dah ada plan?”Aku termenung seketika.Wajah Serena kurenung dalam-dalam. Satu keluhan ku lepaskan.
“Emm… ..just forget about it!”Aku akhirnya bersuara. Serena memandangku lama.
“Why Qel… seems like you dont want to talk about it further… “
Aku geleng kepala.
“I just wanna to know it. Is there any plans… or..is there someone behind… “Aku terus tarik tangan Serena.
“You nak makan apa… biar I ambilkan..”Balasku sambil memasukkan beberapa potong kuih ke atas piring.
“Answer me, please..”Serena menarikku agar berpaling kepadanya.
“Serena… I rasa I tak mahu discuss tentang hal ni, I’m not ready yet… .at all.”Bisikku lembut di hujung telinganya. Serena senyum.
“Really?… but..I’m ready… “
Mataku membesar.”Jangan nak bergurau la..”
“Qel… .I cakap serius… I tunggu you. Do you love me, dont you?”Bibirnya menguntum senyum. Aku terpana.
“I tak suruh you tenung I… ..I minta you jawab… “Matanya bercahaya.Aku menarik nafas. Terasa sesak tiba-tiba.
“You tahu kan perasaan I pada you… .”Akhirnya aku bersuara.Serena menggeleng.
“But you didnt say it before. Never!”
“Iye ke?” AKu pura-pura terkejut. Serena ketawa kecil.
“I rasa, tak perlu I ucapkan… .”
” Tapi I nak dengar… I suka kalau you cakap… “
” I akan cakap satu hari nanti… “
“Bila… “
Aku kertap bibir. “Emm… bila I lamar you nanti… “Mata Serena membulat. Senyum tak putus2 terukir di bibir mulusnya. Aku hanya mampu
memandang. Adakah kata2 akhirku itu benar2 lahir dari hati, atau sekadar untuk mengambil hatinya?. Yang aku tahu, aku tidak mampu untuk menghampakan Serena.Dan yang lebih penting, aku tidak mahu dia terus-terusan membicarakan hal sedemikian.

Serena hanya mengambil beberapa potong kuih dah buah tembikai sebelum menarikku duduk di satu sudut. Aku dapat rasakan anak matanya tidak lepas2 dari memandang wajahku.
” You pandang I macam nak makan… “Aku menegurnya.Sebenarnya aku resah juga diperhatikan begitu.
” Actually… … I rindu sangat kat you… “Dia bersuara perlahan.
” He..he… “Aku tersengih.
” I’ll go to Paris next week… “Sambungnya.Aku mengerutkan dahi.
“Buat apa?”Wajah Serena menjadi muram.Dia membiarkan pertanyaanku
berlalu.
“You nak menetap kat sana ke?”Suaraku bergetar.
“Tak… … I nak jumpa daddy..I nak inform dia tentang kita..”
“Ha… .”Aku telan air liur. “Tentang kita… .maksud you?”
“Tentang kita… .i kenal you… you kenal i… .i sayang you … .you
sayang i… that’s enough. Daddy faham… “
“Then?”
“Then… it’s up to you. I percaya daddy boleh terima… “

Aaggghhh… … .! Mampus… Apa yang gadis ini akan lakukan. Cerita pasal aku pada bapa dia. Kemudian bapa dia akan paksa aku kahwin dengan anaknya. Gila.
” Daddy tak kisah I kawan dengan sesiapa. Cuma my mom je curios sikit. Tapi I tak cerita lagi tentang you pada mummy.. ” Bagus! Tak payah la cerita.Tak perlu. Belum masanya.Otakku dah cukup tepu dah ni.
” Kalau you nak ikut sekali pun tak kisah… kita honeymoon sekali”
Honeymoon?..Gila! Belum nikah dah nak berbulan madu. Cukuplah sekali ke Phuket dahulu. Aku tak sanggup menahan sesak nafas sepanjang masa bila berhadapan dengan gadis keletah itu. Silap2 aku lemas.
” You nak ikut, tak?” Serena menyenggol lenganku.
” Emm… tak la… I tak ada cuti… lagipun projek company I tengah pending sekarang. I kena follow up… “Balas ku, menyusun ayat sebaik mungkin.” By the way, … bila you pergi?”
” Kan I cakap tadi next week… ..flight on Saturday night. You hantar I okey!”
Aku angguk beberapa kali.
” You tak balik kampung lagi, ker?” Ish, macam perli je bunyinya. Teringat kampung, teringat Ain. Aku kerling jam tangan. Baru pukul 10.20.
Mesti Ain belum tidur. Agaknya dia tunggu aku. Tapi rasanya tidak. Mungkin dia sudah tidur dulu. Mungkin baginya tak perlu menunggu seorang suami
seperti aku.

“I tak kisah you nak balik kampung. Tapi you bukannya nak bawa I sekali. I teringin tau… “Bibir mongel Serena terus bersuara.Sudu yang dipegangnya menari-nari di atas kuih, tetapi tak juga disuakan ke mulut.
“I bukan tak nak ajak, tapi… .I tak sure la you tu… boleh ke stay kat kampung I tu”
“Kenapa, … .kampung you tu teruk sangat ke?”Serena menoleh ke arahku.
“Tak la teruk… ..tapi kalau setakat macam you, I rasa… jangankan sehari dua, kalau dapat lepak kat sana 2-3 jam pun dah cukup baik… .. “
“Emm… .” Serena mengeluh.
“Then, kalau macam tu… you bawaklah I jumpa mother you… “
Opps! Aku cepat2 letak kembali gelas minuman. Hampir-hampir tersedak. Bibirku membuahkan senyum. Tak pernah pulak terfikir dalam kepalaku untuk membawa Serena menemui Mak. Aku rasa belum sampai ke tahap
itu. Walaupun satu hari nanti mungkin.Sementelah, dengan mak pun aku belum pernah bercerita tentang Serena. Terbeliak agaknya Mak kalau aku bawa balik
Serena.Anak omputih sesat mana kau bawak ni Qel… … Aku rasa itulah ayat pertama yang akan keluar dari mulut Mak. Susah aku nak percaya Mak akan
terima Serena dengan senang hati.

“Bila?”
“Bila apa nya?”
“Bila nak bawa I jumpa mother you?”Aku telan liur. Tanganku sedari tadi menguis-nguis rambut yang jatuh di dahi. Apa aku nak jawab ni. Takkan aku nak kata ‘ya’ kemudian bawa dia jumpa mak,sekaligusAin.

Gerenti perang dunia ke tiga akan meletus. Takkan aku nak jadi negara berkecuali pula.

“I ikut cakap you. You nak I pakai baju kurung, I boleh pakai”Serena senyum penuh yakin. Aku senyum juga, sambil menggaru kepala yang tak gatal.
“Biar I pikir dulu… ..I rasa sekarang bukan masa yang sesuai… tiba masanya I akan bawayou… .okey! “Aku genggam jemarinya.Serena diam, mungkin agak kecewa. Tapi seketika kemudian bibirnya mengukir senyum, penuh makna.

Lewat 12 malam, aku menghantar Serena pulang. Dari jauh, ku perhatikan saja langkah gadis itu satu persatu. Sekejap2 dia menoleh ke arahku, tersenyum manis sambil mengangkat tangan. Ku perhatikan hingga
tubuhnya hilang dari pandangan barulah aku beredar.

Sepanjang jalan aku resah memikirkan. Apa kesudahan? Adakah aku telah memberi harapan. Dan adakah Serena sendiri benar-benar mengharapkan?
Suatu masa dulu aku seakan pasti dialah yang akan kudampingi seumur hidup. Kerana waktu itu aku tidak pernah memandang wanita lain selain dia. Dan kerana aku bukanlah jenis yang semudah itu. Walaupun sememangnya aku belum pernah melafazkan apa-apa kata azimat setakat ini, tapi hari ini aku seolah telah memberi harapan. Sedangkan harapan aku sendiri kini tidak berapa pasti. Teruskan hidup yang lalu? atau mulakan hidup yang kini?

Ain Fathihah! Kenapa tiba-tiba wujud gadis itu dalam hidupku? Wujud dah terus hampir dalam diriku. Kenapa tiba-tiba aku jadi miliknya? Bagai mimpi. Ya… .aku rasa hidupku kini bagai mimpi. Kenapa mimpiku seburuk ini?
Bagaimana aku harus hidup dengan gadis yang mungkin tidak pernah dan tak akan mencintai aku. Ahh… .bodohnya aku sekarang… .tak tahu nak berfikir
bagaimana.

Ain Fathihah, adakah dia nanar seperti aku. Tiba-tiba menjadi suri seorang lelaki yang tidak pernah dia bayangkan. Meranakah dia dengan suratan ini? Atau, dia masih kukuh ingatan pada lelaki yang telah menconteng arang itu. Ahhh..kenapa aku tidak pernah mengenali lelaki itu. Lelaki yang telah melontar aku ke mimpi ngeri ini. Kurang ajar!… kalaulah kutemui dia…

Waktu keretaku memasuki perkarangan rumah teres dua tingkat, yang halamannya kini dipenuhi pokok2 bunga hasil kerajinan mak, aku menyedari lampu di kamarku yang kini diduduki Ain masih terang benderang. Aku kerut dahi. Takkan belum tidur lagi. Tunggu aku? Tak logik… ..tak logik…

Setelah mengunci pintu, aku menaiki anak tangga dalam samar-samar cahaya. Suasana sunyi sepi. Emak, semestinya sudah lena dibuai mimpi. Ain?
Semakin biliknya kuhampiri, semakin dadaku berdegup kencang. Entah kenapa, tidak seperti hari-hari semalam. Kalau tak kerana fikirkan emak, dah lama
aku tidur atas sofa di bawah. Tapi kerana tidak mahu emak berprasangka yang bukan-bukan, kugagahkan juga kakiku. Perlahan-lahan tombol ku pulas.
Bunyinya tidaklah terlalu kuat. Kalau Ain telah tidur, aku pasti dia tidak akan tersedar.

Masuk ke bilik, serta merta mataku terarah ke sesusuk tubuh yang terbaring atas katil. Keadaannya agak tidak berkemas. 2-3 keping majalah tertangkup atas dadanya. Turun naik mengikut helaan nafasnya. Mungkin Ain tertidur waktu sedang membacanya. Kerana itu lampu pun lupa dipadamkan. Aku renung wajahnya yang tenang. Matanya tertutup rapat. Alis matanya lentik
sedikit. Hidungnya… ..ya… hidung itu yang selalu ku tarik dulu. Bibirnya, walau kelihatan terletak, tapi masih membayang senyum. Dia sungguh manis, aku akui itu. Tapi kenapa wajah semanis ini harus ditinggal kekasih. Diabaikan. Aku sungguh tidak faham lelaki yang bagaimana kekasihnya dulu. Memiliki sebutir intan, kemudian dibuang. Dan kini intan itu telah menjadi milikku, walau mungkin pada zahirnya saja

Aku tarik nafas dalam-dalam.Kuhampiri gadis itu. Wajahnya ku renung lebih dekat lagi. Baru kali ini aku dapat melihatnya dengan penuh perhatian. Rambut ikal yang selalu ku elus dulu menutupi sebahagian pipi. Aneh! Aku dapat rasakan betapa aku suka melihat wajahnya. Seperti dulu-dulu.

Tanganku bergetar… .ketika ku sentuh… .suis lampu di tepi katil. Aku tahan nafas agar Ain tidak sedar akan gerak tubuhku. Lampu bertukar
menjadi samar. Dan wajahnya tampak semakin terserlah dalam cahaya samar itu. Aku berpaling, perlu beredar semula sebelum nafasku menjadi semakin sesak.
Hati aku ni bukan kuat sangat. Silap-silap… .

Aku mengeluarkan kunci, membuka pintu bilik kecil. Bilik belajarku yang sudah lama tidak digunakan. Bilik kecil itu lebih kepada mini library. Komputer aku, buku-buku sekolah aku semua kulonggokkan di situ. Tidaklah terlalu besar, tetapi cukuplah untuk memuatkan seorang lelaki seperti aku. Sejak pulang dari kampung beberapa hari yang lepas, di sinilah tempat aku menyambung mimpi. Mimpi-mimpi yang tidak indah lagi.

Aku merebah badan di atas comforter yang telah kubentang sejak beberapa hari yang lepas.Kerana bilik kecil itu akan kukunci setiap hari, jadi aku tidak perlu bimbang untuk mengemasnya. Aku percaya emak tidak akan tergerak hati untuk menjengok bilik ini. Biarlah aku bersempit begini dari harus menghadap Ain. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Adakala hati aku keras, adakala sebaliknya. Setiap kali memandangnya, ada sesuatu yang meruntun jiwaku.Entah perasaan apa. Seolah terimbau segala kenangan yang
pernah dilalui satu masa dulu. Ia bertimpa-timpa hingga membangkit satu naluri yang amat halus. Ngilu.

Ahhh… ..aku pejamkan mata, cuba mengosongkan fikiran. Mata tidak mengantuk, tapi perut aku pula yang berkeriut. Mula-mula sekali. Dua kali, aku mula berkalih. Eemm… perut aku kosong agaknya. Di rumah Latif tadi aku hanya menjamah kuih. Tak sangka lapar pula sekarang. Ah..tak boleh jadi nie. Aku bingkas. Nampak gaya kena cari ketam ni… hatiku berbisik.

Aku keluar semula. Terpandang Ain yang tidur pulas. Agaknya letih benar dia menggulai ketam petang tadi. Sampai tidurnya kulihat tidak berkalih langsung. Majalah masih di dadanya. Aku cepat-cepat beredar ke
dapur. Rasa nak meleleh air liur teringatkan ketam lemak cili padi. Macamana boleh lapar sangat ni?… Entah ada lagi ke tak ketam lemak tu. Kot-kot Ain dah sembunyikan dalam gerobok. He..he… aku tersengih sendiri. Kau ingat sekarang zaman budak2 ke Haiqel?..Aku menggeleng gelihati. Aku angkat tudung saji. Tak ada. Ish… .mana pulak ni. Takkan dah
habis pulak. Tu la… .tadi jual mahal. Mak ajak makan pun tak nak. Sekarang, rasakan. Aku buka pula periuk atas dapur. Emm… semerbak wangi. Aku tersengih. Ingat jugak Ain kat aku. Aku memasukkan ketam ke dalam pinggan, lalu mencedok nasi yang sudah sejuk. Perlahan2 kerusi ku tarik, biar tidak terdengar bunyi langsung. Kalau la mak tahu, mahu tak terkejut orang tua tu. Sedap. Memang sedap air tangan Ain. Betul ke Ain yang masak. Kut-kut mak yang iya-iyacanang..Ah… tak kisah la tu. Yang penting perut aku kenyang. Aku mencapai jag air lalu menuang ke dalam gelas. Waktu aku suakan gelas itu ke mulut, tiba-tiba pandanganku menjadi sirna. Aku terasa dunia
menjadi terang benderang.

“Astagfirullah!” Gelas di tangan hampir-hampir terlepas.Aku terbangun serta merta.
” Kau buat apa nie Qel? ” Aku tersengih campur terkejut. Aku pandang emak yang sedang bercekak pinggang. Wajah emak lebih-lebih lagi terkejut.
” Duduk dalam dapur gelap-gelap ni buat apa?”
” Emm… .makan!”
” Ya Allah budak ni… buat terkejut orang aje… mak ingat tikus mondok mana la yang sesat tadi..
” Ala… mak ni… “
” Yang kau pepagi buta geledah periuk ni, kenapa?… dah kebulur sangat?”Mak membuka pintu peti sejuk. Mengambil air lalu di tuang ke dalam
cawan.
” Balik pukul berapa tadi?” Suara mak mengendur.
” Pukul 1 mak, lapar pulak… “Aku tersengih lagi. Menguis sisa nasi dalam pinggan. Terbantut selera aku disergah mak.
” Kata pergi dinner, abis tu malam-malam cari nasi ni, lapar lagi
ker?” Emak menarik kerusi, duduk di hadapanku.
” Emm… .makan sikit je tadi mak,… ..tak selera… “Balasku perlahan.
” Makan ketam selera… … ?”Mak senyum. Aku tersengih sama. Rasa malu menyelinap. Nasib baik mak, kalau Ain… ..mahu aku menyorok dalam cabinet dapur tadi.
” Mak tak tidur lagi ke?”Aku bangun ke arah sinki. Membasuh tangan bersih-bersih. Kalau tak kerana mak, habis aku pulun ketam-ketam tadi.
” Mak dah lama tidur tadi, malam ni panas sangat, tekak ni kering”Mak bangun. “Dah la mak nak tidur… jangan lupa tutup lampu… ..
“Mak jangan kecoh-kecoh eh… .” Aku membuntuti emak.
Mak tak menjawab.Meninggalkan aku terkebil-kebil seorang.
Hai… malangnya nasib aku. Kalau la Ain yang bangun tadi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: