Bisikan cinta

Episod Cinta..

“Assalamualaikum!!” tabir pintu dikuak. Suara itu amat dikenalinya. “Dah balik ??” Sapanya sambil pandangannya masih tidak mahu dilepaskan dari skrin komputer.

“Eeeiii….. bestnya…” Aina sedikit tersentak. Pandangannya dialihkan ke arah Shira teman sebiliknya itu. “Oiii.. gila ke?? Kut ye pun.. relax le dulu..”

Shira melemparkan senyuman yang paling manis. “See… Shafiq kasi aku teddy ni..” Teddy bear yang hampir separuh saiznya dirangkulnya kemas dalam pelukan.

“What?? Teddy ni?? Are you serious?” Aina bagaikan tidak percaya. Gila ke apa budak Shafiq ni. Dulu dia yang beria kata tak nak kasi hadiah mahal-mahal kat girlfriend dia. Ni tak leh jadi ni.

“Of course la Aina. Takkan aku nak tipu kau pulak. Shafiq yang kasi.”

Aina hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dah kemaruklah tu. Shira masih tersengih-sengih bak kerang busuk. Aina mengalihkan pandangannya semula ke skrin. Assignmentnya mesti disiapkan terlebih dahulu. Deadline pun tak lama lagi aje. Tiba-tiba bahunya terasa diraih dalam pelukan.

“Thanx!!” Ungkapan itu dibisikkan ke telinganya.

“Kenapa??” Aina bingung. Untuk apa ucapan itu dilafazkan.

“Sebab kau kenalkan aku dengan Shafiq. Kalau tak, aku tak akan bahagia macam hari ni. Aina .. you’re the best..”

Aina hanya mampu tersenyum. Shira lantas mencapai tuala yang setia tersidai di ampaian dan sambil menyanyi-nyanyi kecil langkahnya diatur ke shower room. Pandangannya masih di arahkan ke skrin. Jemari yang tadi lincah menekan-nekan keyboard kini terhenti seketika. Patutkah aku menerima ucapan itu?? Soalnya sendiri. Perkenalan Shira dengan Shafiq dimulakan olehnya. Dia yang memulakan episod cinta itu. Semuanya hanya dengan satu tujuan. Mengalihkan perhatian Shafiq dari dirinya. Kini jiwanya resah tidak keruan. Bukankah dulu aku yang bersungguh nak kan si Shafiq tu lupakan aku. Atas dasar persahabatanlah konon. Apa dah jadi ni?? Setiap kali nama Shafiq meniti di bibir Shira aku jadi tak tentu arah. Cemburukah aku?

Keliru..

Shafiqi Farhan. Nama itu sudah tidak asing lagi buatku. Lelaki itu sudah hampir sedekad kukenali. Pertemuan kami bermula sejak di bangku sekolah lagi. Lelaki itu memang menarik. Anak tunggal seorang ahli korporat dan mempunyai latar belakang yang cukup hebat. Namun hatiku tidak pernah tertarik dengannya. Jiwaku seolah-olah memberontak untuk menjalinkan sebarang perhubungan yang lebih dari seorang sahabat. Lantas itu tidak pernah kami membicarakan soal cinta. Cuma sejak akhir-akhir ini sikapnya begitu berbeza. Layanan yang diberikan begitu asing bagiku. Shafiq sudah pandai berjinak-jinak membuka bicara soal cinta, kekasih, kehidupan di masa depan dan soal-soal yang cukup membuatkan aku tersentuh. Malah setiap kali outing dengannya pasti dia akan memimpin tanganku ke tempat-tempat yang biasanya dikunjungi oleh pasangan kekasih. Diriku mula merasakan kelainannya. Jatuh cintakah dia padaku? Mustahil.. aku amat mengenalinya.. bukan mudah untuknya memberikan cinta. Sepanjang perkenalan kami, tidak pernah lagi dia menimbulkan minatnya untuk berbicara tentang perempuan apatah lagi soal cinta. Dia sudah bertemu dengan gadis idamannya barangkali. Lantas, suatu petang aku menawarkan diriku untuk membantunya menyuarakan isi hatinya kepada si gadis pujaan.

“Shafiq , aku tanya sikit boleh??” Aku membuka bicara.

“Emm .. tanyalah.” Pandangannya dialihkan kearahku sambil minuman di hadapannya dihirup penuh nikmat.

“Errr.. taklah. Sejak kebelakangan ni aku tengok kau lain macam aje. Dah jatuh cinta ye??”

Tersedak dia mendengarnya. Wajah ku direnungnya penuh makna. Renungannya ku balas dengan renungan. “Kalau ye.. kenapa?? Cemburu??” balasnya selamba.

“Ha!! Pleaseeee…. Silap orang la. Tapi …betul ke?” Aku masih tidak mahu mengalah.

Dia mengangguk perlahan. Wajah ku ditenungnya lagi. Seolah-olah mengharapkan sesuatu. “So.. who is that lucky girl??” soalku bertalu-talu. Rasa ingin tahu semakin menyelubungi diri. Rasa berdebar-debar pun ada.

“What if I say that it was you.”

Suasana yang tadinya ceria berubah menjadi sunyi-sepi. Kala itu ku rasakan bagai bumbung bangunan itu terhempap di atas kepalaku. Segalanya berlaku seperti yang ku jangka. “Emmm.. emm.. janganlah main-main Fique. Aku tak sukalah cam ni.”

Aku bagaikan kehilangan kata-kata. Sedangkan dia, dia tenang sambil bola matanya tidak sudah-sudah merenung ke arah ku. Aku malu sendiri. Lantas cuba mencipta alasan untuk melarikan diri. “Err..oklah! Aku ada class lepas ni. Eh.. bukan class.. err.. ada meeting ngan club. So..” Tanganku lincah mencapai beg sandang dan aku berlalu meninggalkannya sendirian.

“Aina!! Aina!!”

Aku tidak menoleh. Langkah terus ku atur laju menuju ke perhentian teksi. Aku harus segera pulang. Semenjak tragedi itu, bagaikan tercipta dinding pemisah antara kami. Aku sering melarikan diri setiap kali kelibatnya melintasi ruang pandang.

“Aina, sejak kebelakangan ni aku tengok kau dengan Shafiq macam tak ngam aje. Kenapa?? Gaduh ke?” Shira menyuarakan kegusarannya. Mungkin dia juga telah dapat menghidu keretakan hubungan kami. Aku hanya mengeluh panjang. “Dah lama aku tak nampak dia. Emm.. rindu pulak rasanya..”

Bulat mataku mendengar bicara Shira. Ini peluang baik. Bolehlah aku kenenkan Shira ngan Shafiq. Sekurang-kurangnya aku masih boleh dapat meneruskan persahabatanku dengan Shafiq. Fikirku sendiri. Lantas Shira dan Shafiq ku satukan. Mulanya Shafiq ku lihat agak keberatan. Tapi Shira bijak memainkan peranannya. Ditambah pulak dengan bantuan dan pengalamanku tentang Shafiq. Terguris juga perasaan ku setiap kali kami keluar bersama. Shafiq seolah-olah sengaja menyisihkan aku. Shira pulak begitu manja. Kadangkala terasa seperti dia telah merampas kedudukanku di mata Shafiq. Tapi semua itu ku buang ke tepi. Aku gembira jika mereka bahagia. Bukankah itu tujuan asalku. Tapi kini segalanya berubah. Aku jadi tidak keruan. Sehari tidak mendengar suaranya aku jadi rindu. Aku bingung, keliru, jatuh cintakah aku padanya?? Atau cuma cemburu bila Shafiq berbaik dengan orang lain selain aku. Yelah kan , hampir sepuluh tahun dia ku kenali. Belum pernah lagi ada yang lebih istimewa seistimewa diriku dimatanya. Ah.. gila !! Malas aku memikirkannya. Biarlah semuanya berlalu mengikut suratan takdir yang telah tertulis.

Kedua..

Kring…. “ Ah.. shut up!!” Jam loceng yang menjerit di tekan-tekan berulang kali bagaikan musuh yang mesti dihapuskan. Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi.

“Oh my god!!!” Aina tergopoh-gapah mencapai tuala menuju ke bilik mandi. Mana taknya kuliah akan bermula hanya dalam masa tiga puluh minit saja lagi. Setelah bersiap ala kadar dia bergegas turun untuk memulakan perjalanan ke fakulti yang terletak hampir setengah kilometer dari kolej kediamannya. Shira masih lena diulit mimpi-mimpi indah. Ah!! Biarlah dia tidur.. dia bukan ada class pun pagi ni. Sayu hatinya melihat teddy bear pemberian Shafiq berada kemas dalam pelukan. Ah.. tak pelah.. Nanti kalau aku dapat si Tengku tu nanti lebih besar dari tu pun aku boleh dapat. Shafiq tu apa class.. Ngomelnya sendiri. Nak sedapkan hati aje sebenarnya.
Tiba-tiba sebuah kereta Proton Saga Aeroback berhenti di sisi jalan.

“Hai Aina! Nak gi class ke?”

Suara itu amat ku kenali..dan juga amat ku rindui. Aku menoleh. Sah.. Shafiq. Dia hanya tersenyum memandang ke arahku. Aku angguk perlahan.

“Unfortunately class dah dibatalkan,” bicaranya selamba.

“What??!!” Aina merengus perlahan. “Macam nak tercabut lutut aku ni jalan laju-laju tau tak. Sesenang aje kau cakap class dah dibatalkan.”

“La.. bukannya salah aku. Dah lecturer tu yang nak cancel class. Mana nak tau…”

Betul gak cakap mamat ni. Eh.. sejak bila pulak dia ni bawak kereta ni. Apsal aku tak tahu pun. “Ei.. Fique sejak bila pulak kau pakai kereta ni ha??”

Shafiq hanya membalas dengan senyuman. “Sejak kau tolak cinta aku.”

Kala itu aku rasakan muka aku dah macam udang kena bakar. Malu giler… Shafiq pulak buat muka selamba. Ei.. ada yang nak kena ni. Yang dia pi ungkit-ungkit lagi tu apahal. Bukan ke dia dah bahagia sekarang ni. Tu minah yang dok peluk teddy kat bilik tu nak campak kat mana.

“Ha.. tu yang terkebil-kebil lagi tu apasal. Naik la!!”

Aina hanya menurut. Sit belt dipasang dan kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan kolej.

“Kita nak gi mana ni Fique?” Bagaikan baru tersedar dari mimpi Aina tiba-tiba bersuara.

“Jalan-jalanlah. Kenapa ? Dah tak suka jalan-jalan ngan aku lagi ke? Lagipun apa salah nya aku nak bawa puteri impian aku jalan-jalan ye tak?” Shafiq makin galak mengusik.

Aku rasa makin cuak dengan sikapnya. Kenapa dia ni? Betul ke tak?? Soal ku sendiri. Takut pun ada. Segan pun ada. Tisu di tangan hampir hancur akibat dipintal-pintal. Kereta yang dipandu mula memasuki kawasan lebuhraya. Aku jadi makin tidak keruan. La.. nak ke mana pulak ni?? Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Mulut ku bagaikan terkunci untuk berbicara sedang Shafiq bernyanyi-nyanyi kecil mengikuti rentak lagu kegemaran ku ‘ Dua ‘ nyanyian kumpulan KRU. Dalam keresahan yang semakin menggigit aku akhirnya terlena. Mana tak nya aku bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal, dah lah tadi tidurku diganggu bunyi jam loceng yang membingitkan telinga. Lantak kau lah Shafiq.. nak bawa aku ke hujung dunia sekalipun.

Aku cinta padamu..

Kereta yang kunaiki telah berhenti. Dia adalah insan pertama yang kulihat sebaik sahaja aku tersedar dari lenaku. Aku sendiri tidak pasti sudah berapa lama dia memerhatikanku. Aku menggosok-gosok mata ku perlahan. Jam di pergelangan tangan ku kerling seketika. 12.00 tengahari. Patutlah perutku dah mula berkeroncong. Tapi kenapa redup aje? Dia hanya tersenyum melihat gelagatku. Apa senyum-senyum! Aku memandang sekeliling. Aku menggosok-gosok mata ku sekali lagi. Sah. Aku sudah berada di bumi kesayanganku. Tempat tumpah darahku. Tapi kenapa dia bawa aku ke mari. Gila. Mujurlah esok aku takde class. Kalau tak naya aje.

“Fique apsal kau bawa aku balik kampung ni?”

Diam. Pintu kereta di buka dan dia melangkah lesu menuju ke tebing sungai. Wajahnya bagaikan menanggung bebanan masalah yang maha berat. Aku termangu seketika. Semenjak bercinta ni sikapnya begitu sukar untuk ku tafsirkan. Dia bagaikan orang lain. Bukan Shafiq yang dulu. Aku melangkah malas mengekori langkahnya. Dia melabuhkan punggungnya di situ. Aku hanya menurut.

“Kau ingat lagi tak pulau tu?” soalnya tiba-tiba memecah keheningan suasana sambil hujung jari telunjuknya menuding ke arah pulau yang di maksudkan.

Aku mengangguk laju. “Suatu masa dulu.. kau pernah bawa aku ke pulau tu kan. Aku ingat lagi masa sampan kita dah macam nak terbalik, aku menjerit macam orang gila. Kau pulak dah pucat lesi macam mayat. Masa tu aku menyesal betul ikut idea gila kau nak bersampan ke pulau tu. Nak tengok keindahan alam lah konon. Nasib baik tak arwah. Dah la aku ni tak pandai berenang.” Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil otak ku ligat berputar mengimbau kenangan silam kira-kira lapan tahun yang lalu. Waktu itu aku baru berusia dua belas tahun.

Shafiq tertawa mendengar celotehku. Aku turut ketawa. Namun seketika kemudian suasana kembali sepi bila pandangan kami bertaut. Aku melemparkan pandangan ke tengah sungai. Aku kelu. Tak mungkin. Mustahil. Dia kekasih teman baikku sendiri. Aku cuba menepis perasaan yang menguasai diriku kala itu. Tiba-tiba kurasakan jemariku digenggam erat. Aku menoleh. Sekali lagi pandangan kami bertaut. Aku semakin berdebar-debar. Bermimpikah aku??

“Aina, aku rindukan kau!!” Akhirnya Shafiq bersuara. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya. Aku terharu. Ingin saja ku rangkul tubuhnya dalam pelukan. Biar dia tahu betapa aku jua turut merinduinya. “Aku cintakan kau. Perasaan ni bukan sesuatu yang baru buat aku. Sejak hari kita ke pulau tu aku dah mula menyintai kau. Aku..”

Aku tidak mampu lagi mendengar bicaranya meskipun itulah yang aku nanti-nantikan. Aku bingkas bangun dan mula mengorak langkah meninggalkannya sendirian tapi dia lantas menarik tanganku dan tubuh kecilku dirangkulnya erat. “Jangan tinggalkan aku lagi Aina. Aku tak mampu hidup tanpa kau.” Ada nada sendu dalam bicaranya. Aku menolak tubuhnya lembut. Wajahnya ku renung dalam-dalam sambil cuba mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara.

“Tapi… Shira cintakan kau. Ini tak adil untuk dia Fique. Yang dia tahu kau dan aku just best friend. Aku tak sanggup nak lukakan hati kawan baik aku sendiri. Lagipun kan kau pun dah beria-ia sangat dengan dia. Siap kasi teddy lagi kan. Dengan aku pun kau tak pernah kasi hadiah mahal-mahal cam tu.” Dalam marah-marah pun sempat lagi aku menyuarakan ketidakpuashatian aku dengan layanan mesranya pada Shira.

“Aku buat semua tu semata-mata nak kau sedar yang kau jugak ada perasaan yang sama pada aku. Kau ingat aku bersungguh-sungguh cintakan Shira. Aina…. takkan ada perempuan lain yang dapat gantikan tempat kau dalam hati aku ni.” jelasnya bersungguh-sungguh.

Aku bingung , keliru. Apa yang patut aku lakukan. Macamana kalau Shira tahu. Boleh ke dia terima kenyataan ni. Aku cintakan Shafiq tapi dalam masa yang sama aku turut sayangkan Shira. Aku tak mahu kehilangan kedua-duanya. Ya Allah.. apa yang harus aku lakukan. “Aku keliru Fique. Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang ni. Shira…”

“Aina.. Stop thinking about her okay. Now is just you and me. Dan sekarang aku nak kau bagi tau aku ..seikhlas-ikhlasnya.. kau cintakan aku atau tak??”

Wajahnya ku renung sayu. Aku mengangguk perlahan dan merelakan diriku terus hanyut dalam pelukannya.

Serba-salah..

“Kau pergi mana?? Sehari suntuk aku cari kau. Tengah malam baru balik.” Shira memulakan bicara sebaik sahaja aku melangkah masuk ke kamar peraduan.

“Ala.. aku pergi rumah kakak aku. Class pagi tadi kena cancel. Aku boring, so aku balik la rumah kakak aku.”

Shira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Rumah kakak?? Tadi kakak kau datang sini cari engkau. Kalau kau pergi rumah kakak kau takkan dia cari kau kat sini pulak.”

O.. O… la apsal kakak aku datang sini pulak. “Kakak aku datang? Bila?? Kenapa dia datang?” tambahku cuba mengubah tajuk perbualan.

“Tadi.. entah nak apa ntah, dia tak cakap pulak. Saje aje kut. Tapi kau pergi mana sebenarnya??”

Eish.. budak ni sudah la tu. Janganlah tanya lagi. Aku dah kekeringan idea ni. “Adalah.. tapi aku tak leh kasi tau kau. Aku ada tugas rahsia ni. Club punya pasal.”

Shira hanya mengangguk. “Yelah.. tapi lain kali kalau kau nak pergi mana-mana, tak kiralah ada tugas rahsia ke, nak jadik James Bond ke, call la aku dulu. Ini tak, main hilang gitu aje. Aku ingatkan kena culik tadi,” ngomelnya.

Aku tersenyum mendengar bebelan Shira. Terhibur juga aku di buatnya. Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalam diriku. Kala itu kurasakan bagai ingin saja ku sujud kakinya memohon maaf. Tanpa sedar ada titis-titis jernih menghiasi pipiku. Lantas segera kuseka dengan hujung baju. Mujur Shira tak perasan, kalau tidak lagi banyak soalnya.

“Kau ada jumpa Shafiq tak??” tiba-tiba soalan terpacul dari bibirnya. Aku bagaikan terkena kejutan elektrik. “Aku call dia tadi tapi asyik-asyik answering machine aje. Kau pun sama. Kut-kut korang memang janji tak?”

Aku tidak pasti sama ada wajah ku masih kekal seperti sediakala tika itu. Peluh dingin mula membasahi dahiku. “Aku peninglah.. melekit-lekit rasa badan ni. Aku mandi dulu lah yek.” Aku mencapai tuala dan segera mengorak langkah menuju ke pintu bila tiba-tiba… trut.. trut.. trut..

“Aina! Telefon kau. Eh…. Shafiq la. Kau pergilah mandi dulu, biar aku jawab yek.”

Aku tergamam seketika. Shira kelihatan begitu gembira sekali menyambut panggilan itu. Aku mengatur langkah lesu ke shower room. Tangan ku lincah memicit-micit kepala yang semakin galak berdenyut. Air dingin yang membasahi tubuh tidak dapat melegakan gelora perasaan yang sedang ku alami. Lama aku berkeadaan begitu. Setelah berjaya mengumpul segala kekuatan, aku melangkah longlai ke kamarku. Gelap. Shira dah tidur agaknya. Apa dah jadi. Takkan Shafiq tak cakap apa-apa kut. Aku menekan suis lampu. Hampir-hampir saja aku menjerit bila ku lihat Shira duduk di atas katil ku dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Ada kesan tangis di matanya.

Aku memberanikan diri merapatinya. “Shira.. are you okay??” Bahunya ku sentuh lembut. Tangisnya semakin menjadi dan aku diraihnya dalam pelukan.

“Shafiq mintak putus…..” Hanya itu yang mampu diucapkannya. Memang sudah ku jangka ini akan terjadi. Tapi mestikah secepat ini. Aku kehilangan kata-kata.

“Sabarlah Shira.. mungkin ada hikmah di sebaliknya.” ujarku dalam sebak. Kala itu aku malu dengan diriku sendiri. Aku rasakan seolah-olah aku lah manusia paling hipokrit di dunia ini. Ingin saja aku berterus-terang dengannya. Namun aku tak mampu berbuat demikian. Malam itu berlalu dengan begitu perlahan sekali. Aku tidak dapat melelapkan mataku walau sepicing. Shira apatah lagi. Sesekali terdengar esakannya. Rasa bersalah semakin menyelubungi diri. Akhirnya aku terlena jua dengan membawa seribu penyesalan yang bersarang di hatiku.

Tragedi

“Fique, aku tak sanggup biar Shira macam tu. Dia tak bersalah. Dia jadi mangsa keadaan. Aku tak sanggup Fique.” Shafiq melepaskan satu keluhan berat. “Kau tinggalkan dia tanpa sebarang alasan. Macamana dia nak terima semua ni.” Pandangannya dialihkan ke arahku.

“Habis..kau nak aku cakap apa? Aku cintakan kau. Dan biarkan dia salahkan kau atas semua ni.”

“Sekurang-kurangnya kita bagi tau dia perkara sebenar. Kita tak jadi hipokrit. Aku dah tak sanggup Fique. Tiap-tiap hari dia luahkan perasaan dia pada aku. Aku boleh jadi gila macam ni kau tau tak.” Air jernih menitis lagi entah untuk yang keberapa kali. Shafiq meraih aku dalam pelukannya.

“Aku faham beban yang kau tanggung lebih hebat daripada apa yang aku rasa. Tapi percayalah Aina, aku pun tak suka semua ni. Walau macamana sekalipun kita tetap kena hadapi semua ni.”

“Ohhh.. inilah alasan kau ye. Patutlah suruh aku bersabar. Ada hikmah di sebaliknya konon. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Aku tak sangka kau Aina. Sanggup kau buat aku macam ni.”

Duniaku bagaikan gelap seketika. Kehadiran Shira yang entah dari mana semakin mengusutkan keadaan. “Shira.. I can explain..”

Satu tamparan hinggap di pipiku. Aku terdiam seketika. “I don’t need your explanation. Go to hell!!” Shira bagaikan hilang punca.

“Shira.. jaga sikit mulut kau!! Semua ni bukan..” Belum sempat Shafiq menghabiskan kata-katanya.. “Shut up!! Kau pun sama aje. Sampai hati kau main-mainkan aku. Aku betul-betul percayakan kau. Dan kau , kenapa Aina, kau yang kenalkan aku dengan dia dan sekarang kau nak rampas dia dari aku pulak. Aku benci kau berdua.. aku benci!!!” Shira berpaling dan berlari meninggalkan mereka berdua. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya tangisan yang mampu meredakan perasaan ku kala itu.

Takdir penentu segalanya..

Malam itu Shira tidak pulang ke kolej. Puas aku menghubunginya , tapi semuanya menemui kegagalan. Aku hampir berputus asa. Panggilan dari Shafiq ku biarkan tanpa jawapan. Aku betul-betul memerlukan ketenangan kala ini. Aku ingin bersendirian. Segala kenangan bersama Shira menghiasi ruang ingatan ku bagaikan tayangan gambar yang ditayangkan di televisyen. Satu-persatu bermain di layar mata. Seketika kemudian memori indah bersama Shafiq pula menerjah ingatan. Aku benar-benar keliru. Aku cintakan Shafiq dan aku sayangkan Shira. Tapi aku tahu aku tak mampu memiliki kedua-duanya. Andai masa dapat ku ulangi, pastinya aku tidak akan melakukan kesilapan sebesar ini. Alangkah baiknya jika aku terus menerima lafaz cinta dari Shafiq ketika dia mula-mula melafazkannya dulu. Aku yang bersalah. Aku yang memulakan semuanya. Kini aku bertanggungjawab untuk mengakhiri segalanya. “Aaahhhhh!!!!!!!” Aku menjerit sekuat hatiku. Kini hanya airmata yang menjadi teman setia.

Tuk!! Tuk!! Tuk!!

Aku melepaskan satu keluhan yang cukup berat. Langkah ku atur ke pintu dan tabirnya ku buka. “Shira!!” Bermimpikah aku? Aku menggosok-gosok mataku. Aku pasti ini bukan mimpi. Ya.. Shira sedang berdiri di hadapan ku. Dia menangis lantas tubuhku dirangkulnya erat. Kami sama-sama menangis.

“Maafkan aku..” Hanya itu yang mampu ku lafazkan dalam sendu. Dia mengangguk perlahan. “Aku pun mintak maaf. Aku tak patut buat kau macam tu. Kau yang kenal dia dulu kan. Aku cuma orang ketiga yang hadir antara kau berdua. Aku…”

“Kau tak salah..memang aku patut terima semua tu. Aku cuba rampas kebahagiaan kawan baik aku sendiri. Aku bukan kawan yang baik.” Jelasku dalam esak yang masih berlarutan.

“Shafiq dah terangkan semuanya pada aku. Aku faham kenapa kau buat macam tu. Lagipun aku tak sanggup kehilangan seorang kawan hanya kerana seorang lelaki. Aku sayangkan kau Aina.”

Ketika itu aku dapat rasakan betapa kukuhnya persahabatan antara kami. Kala itu aku lebih rela mengorbankan cintaku pada Shafiq demi persahabatan kami. “Aku akan yakinkan Shafiq yang kau betul-betul cintakan dia. Aku pasti dia akan bahagia di samping kau.” Aku merenung wajahnya penuh makna. Kali ini aku bersungguh-sungguh. Aku nekad. Shafiq bukan milikku.

“Aina .. jangan! Shafiq bukan untuk ku. Dia milikmu dan tetap milikmu selamanya. Dia betul-betul cintakan kau. Jangan kecewakan aku Aina. Kalau kau korbankan cinta kau, kita bertiga akan kecewa. Tapi kalau kau terima Shafiq aku akan bahagia. Begitu juga kau dan Shafiq. Jangan ulangi kesilapan yang sama Aina. Dia tetap milik kau. Kembalilah padanya.”

Aku terharu dengan bicaranya. Begitu luhur hati seorang sahabat. Kala itu aku mengakui tiada apa yang lebih indah dari memiliki seorang teman sepertinya.

2 Respons

  1. boleh ler tahn…

  2. best giler lar citer ni..sy suka….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: