Cerpen: Raha

Asrul tergamam di situ. Telefon bimbitnya hampir terlepas dari tangan. Dia terdengar suara Ina memanggil-manggilnya dari corong telefon.

“Abang Asrul.. abang Asrul..! Abang dengar ke nih?”

“Alright, tunggu kejap.. abang datang sekarang jugak..” Klik! Tangannya terus menutup telefon tersebut. Kepala otaknya ligat berfikir, mencari kunci keretanya..

Sepanjang perjalanan, Asrul hanya membisu. Dia kurang pasti apakah perasaannya terhadap gadis campuran cina itu. Keayuan dan kelembutannya sudah mampu mengoncangkan perasaan walaupun gadis itu adalah adik sepupunya. Matanya tepat memandang jalanraya, namun fikirannya sudah melayang entah ke mana. Segalanya bercelaru. Tidak satupun dapat menjawab persoalan di hatinya sekarang. Dari kecil lagi dia sudah mengenali Raha. Bermain bersama, mandi di sungai.. Menyorok dari nenek kerana sepohon pokok pisang yang tumbang ditendang Asrul, namun Raha pula dipukul nenek demi menyelamatkan Asrul.

“Abang Asrul.. ~” suara Raha menerjah masuk ke dalam kotak mindanya. Gadis itu kelihatan begitu bertenaga dan riang. Raha juga seorang yang peramah dan mudah berkawan, ceria dan selamba. Tidak tersangka pula dia kini…

“Abang Asrul! Raha sakit ..” berita dari Ina tadi benar-benar merentap jantungnya. Sakit? Ya Allah, sejak bila? Kenapa boleh jadi macam ni.. Raha seorang yang aktif dan periang.. mana mungkin.

“Tak tahulah, abang Asrul.. tadi biasa saja. Sekarang sampai biru bibir dia. Kami pun risau, kami tak tahu nak mintak tolong kat siapa. Dia semput teruk ni..”

Ya Allah, benarkah apa yang aku dengar nih?

“Abang Asrul.. ~” wajah ceria Raha silih berganti.

“Abang Asrul sehat? Dah makan ..? Raha tak makan lagi.. marilah, temankan Raha..” suara comel Raha memujuknya.

“Buat apa, Raha.. Kawan Raha kan ada.. kenapa nak ajak abang?” suara Asrul kedengaran keras sedikit. Namun Raha..? Dia sedikitpun kecewa, malah terus tersenyum walaupun kelihatan tawar. Ya Tuhanku! Maafkan abang, Raha.. abang terpaksa.

“Ala abang Asrul ni, makin sombong dengan Raha ye.. Orang ajak dia temankan pun dah tak mahu.. Tak apalah kalau macam tu.”

Asrul hanya selamba duduk di meja yang lain, menanti kehadiran empat orang kawannya yang lain iaitu Faisal, Nasir, Azwan dan Azri. Raha yang seringkali diusiknya dulu kini dibiarkan sahaja.

“Apasal kau tinggal si Raha tu kat situ, Asrul.. single kat situ?” tegur Azri sambil tersenyum sinis.

“Suruh la Izal.. apa pulak aku? Izal, pegilah layan si Raha tuu.. Kan kau sukakan dia..” balas Asrul sambil mencuit tangan Faisal.

Ya, disebabkan Faisal sukakan Raha. Dan disebabkan oleh itulah Asrul kian menjauhkan diri dari Raha. Sebab nak bagi peluang pada Faisal, sahabat baiknya! Namun dia tidak pernah memikirkan perasaan Raha. Tidak sedikitpun dia tersedar bahawa gadis itu berperasaan sepertinya, terluka kerana hadir orang ketiga. Asrul langsung tidak mempedulikan Raha. Apatah lagi merenung dan mengusiknya seperti dulu. Asrul memang tahu, tindakannya terlalu melulu. Tak tentu pasal dan mencalarkan hati gadis yang dia sayangi!

“Abang Asrul apa khabar? Abang Asrul dah makan ke ..” Hari ini suara Raha seperti biasa menyapanya melalui corong telefon.

“Dah.” Sepatah saja yang keluar dari bibirnya.

“Kenapa diam ni.. cakaplah apa-apa.” Suara Raha yang lembut hampir saja memadamkan bara di hatinya.

“Nak cakap apa lagi, Raha.. nak cakap apa lagi.” Suara Asrul yang mendatar membuatkan Raha terdiam selepas itu. Asrul tahu Raha sedikit terasa.

“Marah pasal abang Izal?” soal Raha, cuba mendapatkan clue darinya.

Sepi. Tiada jawapan.

“Abang marah Raha pasal naik motor dengan abang Izal?”

Diam. Asrul membisu seribu bahasa. Dia tak mahu berkata apa-apa.

“Raha sakit hari tu, abang.. kebetulan abang Izal ada, dia hantar Raha balik.”

“Sudahlah tu, Raha.. dah malam. Pergilah masuk tidur..”

Esakan Raha amat perlahan. Kedengaran begitu sayu dan mengusik hati. Dia tahu Raha menangis. Namun egonya begitu kental untuk dia mengucapkan perkataan maaf. Raha! Raha! Abang Asrul minta maaf~ Suara hatinya menjerit, mengucapkan ayat itu dalam kepayahan. Kancil putih itu dipecut laju. Dia semakin hampir dengan kediaman Ina. Dia mahu bertemu dengan Raha. Kelihatan sebuah ambulan sedang menunggu di bawah setibanya dia di pangsapuri kediaman Raha.

“Raha!” Dia mendapatkan Raha yang sedang diusung masuk ke dalam ambulan.

“Kami dah panggil ambulan. Kami rasa keadaan dia dah teruk sangat. Ingatkan nak pinjam kereta abang Asrul..” Jelas Siti Nur yang menggigit sedikit bibirnya.

Tangan Raha digenggamnya. Ya Tuhan, sejuknya tanganmu Raha. Wajah Raha direnung lembut Raha. Pucat. Bibirnya sedikit biru. Namun dia kelihatan begitu cantik walaupun pudar tidak berseri. Raha diberi bantuan oksigen oleh paramedik yang bertugas.

“Dia tengah sembahyang tadi, lepas tu tiba-tiba jadi macam ni..” Sampuk Ina yang dari tadi merenung Asrul.

“Temankanlah dia.. Dia rindukan abang Asrul..”

Darah Asrul tersirap. Tengah sembahyang? Rindukan aku??

“Thanks, Ina.. sebab bagitahu abang..” Pantas Asrul menunjukkan keretanya. “Nak ikut, bawaklah kereta tu. Abang naik ambulan.”

Pintu ambulan ditutup rapat, membawa Asrul dan Raha di dalamnya. Di hati Ina, dia tidak putus-putus berdoa agar Raha dan Asrul kembali bersama. Sudah cukup tangisan dan luahan hati Raha yang didengarnya setiap malam. Cukuplah setakat itu.

“Sabarlah Raha.. sekejap lagi kita sampai.” Ucap Asrul perlahan. Dia kesal. Kesal dengan layanannya terhadap Raha yang begitu tulus menyayanginya. Persepsinya terhadap perempuan telah berubah sama sekali. Dia sudah tahu, tidak semua perempuan itu sama sikapnya. Tidak semua berpura-pura. Raha, bangunlah. Cepatlah sedar..

Raha sudah dirawat. Mereka sudah setengah jam di wad. Sudah beberapa kali Raha disuntik untuk menaikkan tekanan darahnya yang rendah, namun perubahannya tidak begitu baik. Asrul hanya memejam mata. Begini seriuskah sakit kau, Raha.. sampai tak kau ceritakan pada abang?

“Awak siapa? Waktu melawat dah lama habis.. Mana ibubapa dia?” tegur seorang doktor perempuan yang muda.

“Saya abangnya. Ibubapanya di Kuala Lumpur.” Balas Asrul dengan pantas.

“Abangnya? Boleh kita berbincang sekejap..” ucapnya, lembut. Asrul mengangguk lemah.

“Raha.. tunggu abang Asrul kejap ye..” bisiknya di tepi telinga Raha yang masih lena. Dahi Raha diusapnya perlahan dan kemudiannya Asrul terus ke sisi doktor muda tersebut. Mereka ke pejabat doktor muda itu tadi.

“Ujian kami mendapati, dia telah menyebabkan pendarahan di hujung kedua-dua belah paru-parunya dan ini sangat membimbangkan kami para doktor. Nampaknya dia perlu menjalani pembedahan untuk menyedut darah di kawasan ini ….”

Fikiran Asrul bercelaru. Pendarahan? Pembedahan? Doktor ini bergurau ke? Raha tuu..? Eish.. tak mungkin!

“Dia bukan sahaja menghidap asma malah dia menghidap anemia. Pendarahan yang berterusan akan menyulitkan dia dan boleh menyebabkan kematian. Awak sebagai abang boleh menandatangan persetujuan untuk membolehkan dia dibedah dengan segera.”

Asrul menggenggam erat tangan Raha dan diciumnya perlahan. Dia meminta pada doktor sedikit masa untuk berfikir. Dia telah menelefon Faisal. Dia memerlukan bantuan Faisal di kala ini. Dia tidak boleh menandatangani persetujuan itu dan menyelamatkan Raha. Dia bukan abang sebenar Raha pun. Dia hanyalah.. Hanyalah orang yang melukakan hati Raha!

Jemari Raha bergerak sedikit. Asrul membulatkan matanya memandang jemari Raha yang runcing. Matanya melirik memandang wajah Raha yang dilitupi topeng oksigen. Asrul berdiri dan merenung wajah Raha. Dia sudah tahu apakah perasaannya terhadap gadis itu. Raha, aku sudah mengerti.

“Abang Asrul.~” suara bisikan Raha hampir membuatkan Asrul hampir terjatuh. Raha menguntum senyum walaupun payah, dan Asrul dapat melihatnya dengan jelas sekali. Walaupun payah, kau masih mampu tersenyum untukku, Raha.. Topeng oksigen Raha ditanggalkan. Raha tersenyum tawar.

“Abang sehat..? Dah makan..”

“Sihat, Raha.. abang sehat. Raha apa khabar..”

“Raha okey saja..”

Raha melihat jemarinya yang digenggam Asrul. Dia menangis. Kenapa Raha, kau sakit ke..? Kau penat? Kau nak makan? Asrul tidak dapat menahan airmatanya lagi. Manik-manik mutiara itu gugur satu-persatu, bersama ego dihatinya. Dia mengetap bibir sekuat-kuat hati.

“Abang tak marahkan Raha lagi?”

Sesungguhnya Asrul terlalu hiba untuk berkata-kata lagi. Dia hanya menggeleng untuk menyuarakan jawapannya. Tidak, Raha.. aku dah tak marahkan kau lagi..

“Abang Asrul.. boleh abang Asrul tolong Raha sikit..” Asrul mengangguk. Ada seduan terlekat dihalkumnya. “Apa dia, cakaplah..”

“Boleh, boleh tak abang peluk Raha kejap.. Sekejap je…” pinta Raha, dalam keadaan yang lemah. Nafasnya kedengaran sempit dan lemah.

“Emm..” Asrul mengangguk laju. Airmatanya jatuh tanpa ditahan lagi. Dipangkunya Raha dan dipeluk sedikit, membiarkan Raha dekat dengan badannya. Dingin sekali tubuh Raha. Permintaan Raha benar-benar menakutkannya.

Asrul dapat rasa airmata Raha menitis ke baju kemejanya. Hangat. Tidak seperti jari-jemarinya yang membeku. Faisal yang baru sampai dan menguak pintu segera terhenti. Dia terlihat Raha dirangkul oleh sahabatnya. Baru dia faham kini, kenapa rakannya kian menjauhi Raha. Dan mengapa Raha tidak seceria dulu atau selalu bersedih dan menitiskan airmata bila bercakap mengenai Asrul. Dan mengapa Asrul menelefonnya di malam-malam hari begini! Semuanya sudah jelas. Raha sakit tenat, kan?

Biarlah Raha begitu. Asalkan dia bahagia, itu sudah cukup bagi Faisal walaupun keadaan Raha sekarang membuatkan dia bertanggapan bahawa dia takkan dapat bersama dengan Raha lagi. Mungkin untuk selamanya. Raha diletakkan kembali ke atas katil. Senyuman Raha yang manis membuatkan Asrul berasa lega. Raha memejam matanya dengan rapat.

“Abang Asrul sayangkan Raha?” bibirnya perlahan mengucapkan soalan itu. Soalan yang dia ingin tahu dari dulu.

“Sayang, Raha.. Masih sama macam dulu..”

“Macam kecik-kecik dulu?” Suaranya kian perlahan.

“Ya, macam kecik-kecik dulu.. Kenapa, Raha rasa macam tu jugak ke?”

Sepi. Tiada langsung suara yang keluar dari bibirnya yang pucat. Raha terus diam. Asrul panik.

“Raha.. Rahaaaa!!” Asrul menggoncang-goncangkan badan Raha.

Faisal terperanjat. Jeritan Asrul membuatkannya bimbang. Dia meluru masuk ke dalam bilik rawatan tersebut. Tangan Raha yang terkulai disisi Asrul membuatkan dia tidak percaya akan matanya. Tiada ombakan nafas yang kelihatan. Tiada juga senyuman dan suara mesra Raha.

“Raha..~”
Suara Asrul mendatar, sambil merenung wajah Raha yang lembut dan redup. Dia terlihat airmata Raha perlahan menitis, melewati pipinya yang gebu. Jemari Raha sejuk bagaikan air yang membeku. Asrul jatuh terduduk di atas kerusi. Dia bagaikan tidak percaya akan matanya. Dia teresak di situ juga. Cepat benar kau pergi, Raha.. tanpa sempat aku menyemai cintaku..

“Kenapa merajuk sampai macam ni, Raha.. bukalah mata.. Tengok abang kat sini.. Kenapa tinggalkan abang.. Kenapa, Raha.. ~ kau masih marahkan abang kan? Kan? Jawablah Raha.. Raha.~” Esakan Asrul terus-menerus.

Faisal datang ke sisinya dan menyentuh sedikit bahu Asrul. Asrul tersentak. Faisal?

“Raha dah tak de..” ucap Asrul sambil mengelap airmatanya dengan pantas.

“Raha betul-betul sayangkan kau, Asrul.. dia pernah kasi tau aku. Sayangnya, aku.. aku tak kasi tau kau. Maafkan aku! Sabarlah, Asrul..”

Asrul hanya mengetap bibir. Asrul merenung wajah Raha, lalu menyelimutinya dengan kain gebar berwarna biru itu sehingga ke paras dada. Saat-saat ini barulah aku mempercayaimu, Raha.. namun, aku dah terlewat! Maafkan abang, Raha.. abang bersalah padamu.. dan .. Sudah tiada lagi cinta lain di hatiku melainkan kau.

Semoga kau tenang di sana, Raha.

2 Respons

  1. klau la betol ade laki cam ni lam dunia kan best..

  2. tue lh die namanya lelaki. ego xsudah-sudah. aku nk nasihatkan kepada semua kaum lelaki supaya jgn tll ego. dan y ni msg utk smua, hargailah org disamping kt krn kt xtau pe y blaku dikemudian hari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: