Bahagiamu Bahagiaku Jua

“Fiq, kau kawan baik aku, aku ceritakan semua ni sebab kau kawan aku, terimalah dia Fiq,” kata Johan sayu sambil merenung terbenamnya matahari di tepi pantai Telok Batik.

“Tapi dia milik kau, takkan dia boleh terima aku,” Zaufiq mengingatkan Johan.

“Aku tak lama di dunia ni Fiq, aku pengidap HIV positif!” Lantang suara Johan. Matanya tepat memandang Zaufiq penuh pengharapan.

Zaufiq mengeluh dengan kenyataan rakan baiknya. Tidak disangka olehnya dengan nasib yang menimpa kawan baiknya itu. Seingat Zaufiq sejak Johan balik ke Malaysia kesihatannya kurang memuaskan. Rupa-rupanya Johan adalah salah seorang HIV positif.

“Kau nak tau puncanya kan” tanya Johan pada Zaufiq. “Aku tau mesti kau mesti fikir aku telah melakukan perkara yang tidak elok kan?” Johan dapat mengagak apa yang sedang bermain di minda Zaufiq. “Sebenarnya Fiq, masa tu aku gi bercuti di Perth, aku kemalangan serius, kehilangan banyak darah so suddenly there’s one guy who volunteered derma darah pada aku, aku tak tau macam mana aku boleh dapat HIV ni mungkin dari darah lelaki yang derma,” Johan menceritakan.

“Tapi Jo, mesti guy tu kena buat check-up dulu before nak donatekan?” Zaufiq kehairanan.

“Memang betul tapi ketika itu Fiq, aku telah hilang banyak darah. Di tempat kejadian tu juga aku dimasukkan darah, kau bayangkan, maybe cerita ni tidak masuk di akal tapi itulah hakikatnya,” kata Johan sambil menahan sebak di dadanya. Zaufiq hanya tunduk memandang pasir pantai. “Nak jadi penyebabnya Fiq… Aku tak minta jadi macam sekarang ni,” Johan bersuara lagi sambil tersenyum pahit. “Aku redha Fiq, mungkin itu bahagian aku.” Johan pasrah.

***
“Fiq, terima kasih kerana sudi menjaga aku walaupun kau tahu aku HIV,” kata Johan lemah semasa dia di masukkan ke wad tengah malam tadi. Ketika itu Johan baru sahaja menyelesaikan solat sunat, tiba-tiba Zaufiq terdengar bunyi benda jatuh ke lantai dilihatnya Johan terbaring lesu di lantai.

“Sabar Johan, bawa mengucap,” Zaufiq melegakan Johari sambil tangannya mengusap-usap dada Johan yang berombak-ombak.

“Fiq, katakan pada Nia aku amat menyayanginya dan minta maaf kerana tak dapat menunaikan hajat kami berdua untuk bersama membina keluarga bahagia,” kata Johan dengan nada perlahan dan tersekat-sekat. “Fiq, beri ini pada Nia,” pinta Johan. Zaufiq menyambut sepucuk surat dan sebuah kotak kecil masih lagi kemas diikat dengan riben. “Fiq, aku minta maaf dan halalkan makan minum aku selama ini,” sesak Johan semakin lama semakin ketara dan…

“Mengucap Johan, ingat ALLAH…” kata Zaufiq sambil membisikkan kalimah ALLAH ke telinga Johan dan kelihatan mulut Johan terkumat-kamit mengikut kalimah ALLAH dengan tenang dan akhirnya Johan lena dan terus lena seadanya. Zaufiq menangis hiba. Johan menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi Zaufiq. “Johan jangan pergi, kita seperti adik beradik. Mana aku nak mengadu Jo. Aku mengharapkan kau Jo, aku tiada siapa di dunia ni melainkan kau,” bisik Zaufiq sambil mencium dahi Johan.

Di kawasan tanah perkuburan yang tinggal hanya Zaufiq dan Nia. Kelihatan bengkak mata Nia menangis kesedihan yang amat sangat kerana pemergian Johan mengadap ILLAHI. “Nia, tabahlah Nia, arwah pergi dengan tenang, doakan arwah Nia, jangan menangis cam ni,” pujuk Zaufiq pada Nia. “Kita beredar dulu Nia, hari dah hampir petang, Fiq hantar Nia pulang ke rumah,” lembut kata-kata Zaufiq pada Nia. “Nia, arwah ada meninggalkan sepucuk surat dan sebuah kotak kecil. Kata arwah khas untuk Nia, tapi bila Nia dah sedia untuk mengambilnya barulah Fiq bagi pada Nia, buat masa ni Nia tenangkan diri Nia, okey,” kata Zaufiq sambil tersenyum sambil mereka melangkah longlai meninggalkan pusara Johan.

***
Kini telah setahun pemergian arwah Johan, Nia masih lagi mengingati arwah. Setiap kali teringat arwah Johan air matanya mengalir . Tiba-tiba ingatan Nia pada Zaufiq dan dengan segera Nia menghubungi Zaufiq di pejabatnya. Kebetulan Zaufiq baru selesai menghadiri kursus. Terkejut juga Zaufiq bila Nia menelefonnya. Sudah setahun tiada kedengaran suara Nia, tiba-tiba suara itu membuat Zaufiq teringat kembali semasa arwah Johari masih ada. Zaufiq sebak.

“Nia nak jumpa Fiq, lama tak jumpa?” tanya Nia pada Zaufiq.

“Okey, no problem, lepas Maghrib nanti Fiq jemput di rumah,” kata Zaufiq.

“Nia dah sedia sekarang untuk menerima barang peninggalan arwah,” suara Nia agak menggeletar kemungkinan menahan perasaan sebaknya.

Zaufiq memasukkan surat dan kotak kecil ke dalam keretanya dan diletakkannya di bahagian tempat duduk belakang kereta. Menyusur laju keretanya pergi ke rumah Nia. Dalam hatinya berkata bagaimanakah keadaan Nia sekarang dan apakah yang terkandung dalam surat dan kotak kecil itu?

“Assalamualaikum,” Zaufiq memberi salam di luar pagar rumah Nia.

“Wa’alaikumsalam, hah Zaufiq masuklah dulu, Nia bersiap lagi,” sambut bapa Nia sambil bersalam erat dan membawa Zaufiq masuk ke rumah.

“Terima kasih pak cik, apa khabar pak cik sekeluarga” tanya Zaufiq lagi.

“Alhamdulillah semuanya sihat. Syukur.” Jawab Pak Zainal sambil tersenyum.

“Macamana kerja sekarang Zaufiq?” tanya Pak Zainal bapa Nia. Kelihatan Mak Som ibu Nia membawa minuman untuk Zaufiq dan suaminya.

“Alhamdulillah pak cik. Dah lama rasanya saya tidak ke mari sejak arwah pergi,” kata Zaufiq sambil melemparkan senyuman pada Mak Som.

“Iye setahun lebih kurang,” sampuk Mak Som sambil menuang kopi.

“Err, emm, sebenarnya pak cik, mak cik saya nak minta izin membawa Nia keluar makan malam. Itupun kalau pak cik, mak cik izinkan,” tergagap-gagap suara Zaufiq. Kelihatan Nia turun dengan senyuman yang manis sekali tetapi tubuh badannya kurus dan cengkung dari dulu..

“Boleh, korang pun kawan baik dan lama dah berkawan. Pak cik izinkan,” Pak Zainal memberi keizinan. Mak Som hanya tersenyum.

Selepas makan malam Zaufiq membawa Nia ke tempat selalu mereka bertiga pergi merehatkan diri di hujung minggu. Suasana begitu nyaman dan dingin. Kelihatan ramai orang berehat sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur di waktu malam.

“Nia, Fiq nak beri Nia barang pemberian arwah dulu,” kata Fiq perlahan sambil memberikan surat dan kotak kecil itu pada Nia.

“Terima kasih Fiq” pendek sahaja luahan kata Nia. Nur Nia membuka surat itu dan membacanya dengan penuh kusyuk sambil diperhatikan oleh Zaufiq.

Kehadapan buah hati Jo, Nia. Sebelum itu Jo ucapkan terimakasih kerana selama ini Nia menyayangi Jo. Jo minta maaf kerana tidak dapat membalasnya tatkala Nia membaca surat ini Jo tidak ada lagi di sisi Nia. Jo pergi untuk selamanya menemui ILLAHI. Doakan Jo… sayang.

Nia, tidak perlu Jo katakan apa yang terjadi pada Jo, biarlah Jo bawa semuanya bersemadi bersama Jo. Jo tidak dapat menunaikan hasrat kita berdua untuk bersama membina mahligai yang kita impikan bersama. Percayalah Jo menyintai Nia sepenuh hati Jo. Cuma Jo harap satu sahaja supaya Nia dapat memenuhi permintaan Jo. ZAUFIQ, anggaplah Zaufiq sebagai pengganti dan penyambung kasih Jo pada Nia. Jo tidak memaksa tapi bagi Jo, Zaufiq adalah calon yang sesuai dan layak untuk diri Nia. Terimalah dia Nia… Jo yakin dia boleh membahagiakan Nia sebagaimana Nia bahagia bersama Jo dulu. Antara kita bertiga ada persamaan dan bersefahaman. Zaufiqlah bakal penyambung kasih Jo pada Nia. Kami senasib Nia, membesar tanpa belaian kasih sayang keluarga. Kami membesar bersama dan faham isi hati antara satu sama lain. Jo yakin Zaufiqlah yang layak untuk pengganti Jo.

Cincin yang Jo beli tidak dapat Jo sarungkan ke jari manis Nia. Maaf sekali lagi. Dan Zaufiqlah yang bakal menyarungkan cincin itu ke jari manis Nia… Terimalah Zaufiq dan beri padanya harapan dan peluang… Insya Allah Nia akan dapat menerimanya…… Jo redha dan ikhlas demi kebahagiaan Nia tersayang… terimalah dia di hatimu… sayang… Selamat tinggal kesayanganku… BAHAGIA MU BAHAGIA KU JUA… usah menangis untuk diri Jo …

Wassalam…

Johan

Nia menangis semahu-mahunya sambil tangannya membuka kotak kecil merupakan cincin yang tidak sempat disarungkan ke jari manisnya. Zaufiq serba salah dan menyalahkan dirinya kerana memberi surat dan kotak kecil itu pada Nia. Nia menangis dan memandang Zaufiq… Zaufiq amat malu pada dirinya sendiri dan hanya mendiamkan diri. Cincin bertatahkan batu permata yang dibeli oleh arwah Johan dihulurkan pada Zaufiq. Zaufiq menerima amanah kawan karibnya tapi dia tak mampu bila Nia memberikan cincin itu kepadanya. Seolah-olah dia menagih simpati dan kasih dari Nia. Tidak sanggup rasanya dia menghadapi situasi begini. “Maafkan aku Jo, aku susah untuk menghadapinya,” bisik hati Zaufiq.

“Fiq, sudikah Fiq menjadi penyambung kasih arwah terhadap Nia?” tanya Nia teresak-esak. “Nia tahu Fiq dah lama simpan amanah arwah, terpulang pada Fiq, bagi Nia tiada lagi lelaki yang sama seperti arwah,” kata Nia hiba.

Zaufiq seolah terpukul dengan kata-kata Nia dan kini dia menjadi serba salah samada menerima atau tidak… jika dia menerima takut pula Nia tidak sudi dan kalau dia menolak seolah-olah dia tidak amanah terhadap arwah yang benar-benar mengharap padanya. Nia memandang sayu pada Zaufiq dan mengharapkan jawapan darinya. Mereka berpandangan dan membisu tanpa sepatah suara. Hanya airmata kedua-duanya memberikan jawapannya.

***
“Bang, bang… mana abang ni,” rungut Nia mencari suaminya. “Abang, apa lagi berkhayal tu, Nia dah lama siap, nak pergi ke tak, penatlah Nia naik tangga dengan perut macam ni,” kata Nia lagi sambil duduk di sebelah suaminya di katil.

“Eh, sorry ye.. abang teringatkan awek baru abang la…” usik suami Nia sambil mencium pipi Nia.

“Eh, eh, eh… iyer la tu… ni dalam perut ni apa hal pulak?” cubit Nia manja pada suaminya. Mereka berdua ketawa. Keraguan menerima amanah akhirnya disusuri kebahagian dengan berkat doa mereka. Betullah apa yang dikata dan ditulis oleh arwah Jo, dialah pengganti yang layak untuk diri Nia.

“Jom kita pergi, nanti tinggi hari panas pulak,” kata suami Nia. “Hai mak buyung, mak buyung” usik suami Nia lagi sambil tersenyum. Nia hanya tersengih macam kerang busuk.

“Buyung pun buyung lah, nak buat camner,” Nia seakan merajuk sambil mencemek mukanya. Zaufiq ketawa terkekek-kekek. Zaufiq kini bahagia bersama Nia. Syukur alhamdulillah.

Setibanya di pusara, Nia dan Zaufiq bergegas menuju ke sebuah pusara yang kelihatan tenang di bawah sebuah pohon yang rendang. Di situ Zaufiq membentangkan tikar kecil untuk mereka membaca YASSIN unuk disedekahkan kepada arwah Johan. Airmata tidak henti mengalir tatkala meninggalkan pusara Johan. Begitulah rutin mereka setiap hujung minggu tidak pernah lupa menziarahi pusara Johan.

“Nia ada darah belakang Nia, kenapa?” tegur Zaufiq pada Nia apabila melihat setompok darah di belakang baju Nia.

“Ye ke bang, dari tadi lagi Nia rasa tak selesa, perut ni sekejap sakit, sekejap ok,” kata Nia pada Zaufiq.

“Kita ke hospital sekarang,” ajak Zaufiq kelam-kabut. Perjalanan ke hospital mengambil masa hampir setengah jam, dalam perjalanan Nia mula gelisah dan mula mengaduh kesakitan. Setibanya di hospital Nia terus dimasukkan ke wad.

“Encik Zaufiq boleh masuk ke labour room sekarang, isteri nak bersalin,” beritahu jururawat kepadanya. Zaufiq segera masuk ke bilik bersalin dan terus mendapatkan isterinya yang sedang mengharungi kesakitan. Doktor dan pembantu semuanya sudah sedia untuk menyambut kelahiran. Nia menarik nafas dan meneran… Zaufiq memegang tangan Nia dan mengusap-usap kepala Nia… tiba-tiba terdengar tangisan seorang bayi… dah bersalin rupanya. Zaufiq seakan terkejut dan mendiamkan dirinya selepas melihat Nia bersalin.

“Zaufiq, awak jadi ayah dah, baby boy…so cute,” kata doktor itu sambil menepuk bahu Zaufiq yang masih lagi dalam keadaan panik. Nia hanya tersenyum dan memegang tangan Zaufiq.

“Alhamdulillah, selamat semuanya bang,” kata Nia pada Zaufiq sambil tersenyum. “Abang, eh kenapa ni pucat je, abang?!” cemas Nia bila melihat Zaufiq tiba-tiba rebah. Suasana cemas di labour room. Doktor dan jururawat sibuk pula menguruskan Zaufiq yang pengsan. Setelah membuat pemeriksaan rupa-rupanya Zaufiq pengsan kerana tidak tahan melihat darah yang banyak semasa Nia melahirkan. Itulah puncanya. Cemas sungguh ketika itu, Nia ketawa tatkala Zaufiq sedar dari pengsan. Zaufiq terbaring di sebelah katil Nia sambil mengukirkan sebuah senyuman terpaksa… geli juga hatinya. Lain yang sakit lain pula yang terbaring.

“Bang apa kata kita nama baby kita Johan sempena nama arwah,” cadangan Nia diusul kepada Zaufiq sambi mengusap-usap ubun-ubun anaknya. “Memang abang dah lama nak cakap pada Nia, kalau boy abang namakan Johan,” sambil mencium kepala anaknya yang sedang menyusu di pangkuan ibunya.

“Oooo.. tapi kalau girl abang nak namakan apa pulak?” tanya Nia sambil senyum dan memandang ke Zaufiq.

“Baby girl ye…. aaaaa… ade nama tu.. aaaa…. Joyah!” Kata Zaufiq sambil ketawa.

“Apa abang ni… ade ke Joyah,” Nia juga ketawa sambil mecubit perut suaminya. Zaufiq mengaduh kesakitan.

“Jo, aku bahagia sekarang, terima kasih pada kau Jo, hanya doaku untukmu Jo, semoga kau dimasukkan bersama golongan soleh, BAHAGIA MU BAHAGIAKU JUA.” Bisik Zaufiq sambil menyeka air matanya.

2 Respons

  1. huhuuuuu….cedihnyer!!!!!fiq jge nia bbaik ye…..uwwahhhhhh

  2. tulusnya hati fiq… fiq 2 x de awex ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: