Satu Nama Tetap DiHati 1

Cinta zaman kanak-kanak yang diikat masih kekal sehingga usianya mencapai 27 tahun.

Nurul Syafika dan Muhammad Fikrie tidak dapat menolak kehadiran cinta itu.

Namun disebabkan cemburu yang menguasai fikrie, mengeruhkan hubungan itu… Berjayakah Syafika dan Fikrie bersatu???

“Fikrie..!! kau jangan cabar aku fikrie…kalau kau rasa kau anak jantan, marilah turun sini. Jangan duduk sembunyi belakang si aziz tu.!”

“Apa kau ingat aku takut ke pika!!?”

“Dah tu kalau berani sangat, turunlah… ke kau nak aku je yang naik?” syafika mengugut.

“Aziz tepi biar aku ajar perempuan mulut laser ni…”

“Wei fikrie, kau jangan jadi gila…! nanti cikgu azman nampak mati kau kena denda, perempuan tu murid kesayangan dia”

“Aku tak peduli, hari ni aku dah hilang sabar dengan dia. Apa nak jadi, jadilah….!”

“Auwww…sakitlah bodoh.!” syafika menjerit bila fikrie menarik kasar rambutnya.

“Apa kau tunggu lagi? Jalanlah cepat… ke mengaku kalah dah?” syafika tersenyum bangga melihat fikrie terkial-kial melihat buah congkak.

“Hai.. tadi kau kata hebatlah sangat-sangat? Takkan tu aje kehebatan ko fikrie”

“Diamlah kau pika… Aku tengah pasang strategi ni!”

“Isk.. isk.. isk tak boleh jadi ni, mana boleh aku kalah ngan perempuan mulut laser ni. Kena cari jalan ni…” Fikrie memang terkenal dengan sikap berlagaknya di sekolah, tapi itu tidak hairanlah kerana ayahnya pengerusi PIBG sekolah. Bahkan orang kampong sangat menghormati ayahnya Hj Rahman.

Hj rahman merupakan imam di Kampung Telok, cikgu-cikgu pening memikirkan sikap fikrie.. ayahnya punyalah baik, berbudi bahasa tapi anaknya?

“astaghfirullah al-azhim” macam penganas aje lagaknye.

“Uiks… cuaca punyalah redup, berangin… ade orang tu rasa panas pulak yer”

“Fikrie.. fikrie… ayah kau dah mengamuk tu, dia suruh kau balik sekarang jugak!” termengah-mengah aziz berlari.

“Yeker aziz… ?”

“Pika, ayah aku dah mengamuklah… lain kali jelah kita lawan!.. Perlawanan hari ni kira batal tau” selambe fikrie memberi persetujuan.

“Hei… mana aci macam ni..! aku dah nak menang dah…….”

“Aci takde accapan ade..!”

“Mat cipan poyo… !!! geramnye aku dengan mamat ni, tunggulah satu hari nanti kau tahu siape aku. Hei … ni Nurul Syafika Binti Amir laa”

… ………………………………………………………………….

“Muhammad Fikrie Bin Hj Rahman…”

“Kat mana agaknya kau sekarang ya…” Syafika tersenyum sendiri, mengenang zaman kanak-kanaknya yang telah berlalu.

Kini sudah hampir 15 tahun dia tak berjumpa kawan-kawannya di Kampung Telok. Selepas dia tamat peperiksaan UPSR, ayahnya telah dipindahkan ke kuala Lumpur. Dia rindu sangat dengan kampong itu, rindukan kawan-kawan dan yang paling dirindui

“Muhammad fikrie bin Hj Rahman”.

Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang ditanjung jati
Di dalam hati tidakku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

“Uikss radio ni perli aku ke”
“Fika, jom pergi makan. Aku laparlah”
“Kau belanje?”
“Alaa kau ni fika… asyik aku je belanja.! Tahun ni aku nak kahwin, kenalah berjimat sikit.”
“Tak kesian kat aku laa tu..”
“yela .. yela ninie oi… hari ni aku yang belanje, puas hati?”

“Macam tulah kawan..”

“Iyer kawan… aku punye report dah siap ke belum, kau jangan leka. Esok aku ada meeting ngan Dato Arief, jangan nanti report tak siap pulak.”

“Ala petang ni aku siapkanlah, risau sangatlah kau ni” ninie mencebik.

“Mahu tak risau, panas telinga ni tau kene bebel dengan dato”

“Aku ingatkan lelaki tak pandai membebel, sejak bila penyakit ni beralih arah ek”

“Haha … tau takpe..! kau nak makan ke tak nak ni, dr td membebel aje”

“Uikss aku pulak yang kena” Ninie dan syafika berkawan sejak dari sekolah menengah lagi, kemana-mana saja syafika pergi mesti ada ninie. Sampaikan bekerja di dalam satu opis dan satu department pulak tu. Perwatakan mereka jauh berbeza, syafika seorang gadis yang pemalu dan bersopan santun. Tapi ninie, orangnya gila-gila dan cepat naik angin! Ninie ibarat “bodyguard” kepada syafika kerana gadis cantik itu, selalu dibuli sejak dari sekolah menengah lagi kerana sikapnya baik hati dan tak pandai melawan.

Tangggggggggggg !!!

“Adoi… jahanam kereta aku”

“Kau tunggu sini biar aku pergi tengok” ninie bergegas keluar dari kereta.

“Hoiii…! Buta ke? Tak nampak kereta parking tepi tu, nasib baik kereta tu tak bergerak. Kalau bergerak lagilah di redahnya” kasar ninie bersuara.

“Wei minah, mulut u jangan celupar tau.! Kereta u parking tengah-tengah jalan, menghalang lalu lintas. Kalau i tahu mulut u laser macam ni, lagi i rodokkan kereta u ni”

“Rodoklah kalau berani… “

“EEE rie kau tengoklah minah ni, macam mak nenek mulut dia.!”

“Adoilah ninie… janganlah kau buat hal tengah-tengah jalan ni” syafika mula keluar dari kereta takut pergaduhan itu berpanjangan.

“Errr assalamualaikum encik.. saya mintak maaf bagi pihak kawan saya”

“dia memang macam ni, kasar tapi….”

“fika.. kau takyah masuk cam..” belum sempat ninie menghabiskan ayatnya syafika lebih dahulu menutup mulut ninie dengan jari.

“Please ninie, biar aku yang settle. Kau tunggu dalam kereta”

“Tapi fika… mamat nie.!”

“Ninie, pergilah… janganlah buat aku cakap 2-3 kali, aku tak suka”

“Hurmmm kau ni degil ar fika…” terjegil mata ninie memandang lelaki itu, ini kali pertama dia rasa tercabar dengan seorang lelaki.

“Berani dia panggil aku mak nenek, wehhh tunang aku pun tak panggil aku macam tu”

“kau secukup garam panggil aku mak nenek”

“Encik, nak settle kat sini ke atau balai ?”

“Apa settle-settle…” lelaki itu masih bersikap dingin.

“Settle di sini saja…” keluar seorang lagi lelaki dari seat pemandu mematikan kata-kata lelaki tadi.

“Tu salah saya, cik boleh pergi hantar kereta cik ke bengkel, bilnya serahkan kepada saya. Tapi macam mana saya nak menghubungi cik?”

“Ini kad saya” syafika menghulurkan kad peribadinya kepada lelaki itu,

“Boleh ke saya percaya kata-kata awak ni?” syafika masih curiga.

“Ya, percayalah. Cik simpan telefon bimbit saya ni sebagai jaminan”

“OK.. kalau macam tu saya balik dululah, terima kasih beri kerjasama”

Sebelum beredar, sempat syafika mengusik kawan lelaki itu “Jangan kuat sangat marah, nanti cepat tua” tersenyum.

“Ah..! manisnya senyuman dia, menyesal aku marah dia tadi”

………………………………………………………………

“Pada satu nama
Satu masa dulu
Pernah bawa dan beri bahagia
Namun percayalah tidak sedikitpun
Kasihku padamu surut dan berubah”

“Walau akhir ini seakan terpisah
Oleh masa dan suasana tak di pinta
Walau ku tak pasti bilakah agaknya
Kau dan aku akan bertemu
Untuk kita kembalikan Keindahan dulu…”

“Ya Allah, aku rindu… “

“Temukanlah aku dengan dia… “ Satu nama tetap di hati… lagu dari EYE, hari-hari menjadi peneman tidurnya.

Sejak terpisah, dia sendiri tidak sangka nama itu akan kekal dalam ingatannya, dan mula mekar dalam hatinya. Semakin hari, semakin ingatannya terhadap lelaki itu semakin segar, dan kini rindu pula yang datang menyapa.
Menebal dan menebal… sehingga menjemput sayang untuk bertamu. Satu keluhan berat keluar dari mulutnya

“Fikrie, di mana awak?”

“Kite rindu sangat dekat awak tau”

“Hurm….” Mengeluh lagi… Titttt tiiiittttt….. Titttt tiiiittttttt………..

“Uiks .. bukan lagu telefon bimbit aku tu” Tiba-tiba dia teringat telefon bimbit lelaki yang langgar kereta dia siang tadi

“alamak…!! “ Terkocoh-kocoh dia mencari telefon di dalam beg tangannya. “Hello assalamualaikum”

“Waalaikumussalam, boleh saya bercakap dengan cik nurul syafika?”

“ye saya syafika, awak ni?”

“Saya rie, ingat tak siang tadi kereta kita berlanggar”

“Oh… encik rie, saya belum hantar lagi kereta saya ke bengkel, banyak sangat kerja di pejabat tadi”

“Erm saya nak berborak dengan cik syafika, boleh ke?”

“Panggil fika je encik rie, kekok saya encik rie bercik-cik ni”

“Kalau macam tu, fika kena panggil saya rie sajalah. Kalau nak panggil abang rie pun apa salahnya” fikrie cuba memancing.

“ngader-ngader eh…” fika tersengih melayan kerenah lelaki yang baru dikenalinya siang tadi, bagaikan ada satu tarikan untuk berbual dengannya.

Seolah-olah dia telah lama mengenali lelaki itu. Masa berlalu dan berlalu, sedikit pun syafika tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Esok dia ada meeting dengan dato arief.

“Alamak.. ! rie, lain kali kita borak lagi boleh? Dah pukul 3 dah ni, fika esok ada meeting dengan dato, takut mengantuk pulak”

“Ok fika, rie faham. Terima kasih luangkan masa borak dengan rie”

“Sama-sama…”

“Assalamualaikum fika, sweet dreams”

“Waalaikumussalam, rie pun jaga diri yer, bye” Syafika tersenyum sendiri mengingati perbualannya dengan lelaki yang baru dia kenali tak sampai 24 jam!

“Vibrate, aku dah vibrate ke nie?” hehe…

“Rambut dia panjang, sampai nak cecah pingang, kulit dia putih, kening dia lebat. Uiksss hensemnye, macam awie masa belum kahwin dulu”

“Alaa orang hensem macam dia mesti dah ade awek kot?”

“Hurm… biarlah, malas nak fikir yang aku tahu satu nama ni je bila aku dengar hati aku mesti vibrate je tak berhenti-henti” senyum lagi.

“Fikrie, aku yakin satu hari nanti kita akan bertemu.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: