Satu nama tetap dihati 10

“Hoiiii…!! Apa kau buat termenung panjang ni? Dah kena penyakit angau ke?” jerkah Doktor diana. Faizal terkejut. Hampir terjatuh kopi ditangannya. “Kau ni diana… memeranjatkan orang ajelah.!” Faizal mengurut dada. “Yang kau ni pulak diana, tak pergi meronda ke, tak habis-habis nak menyakat aku?” Diana menjuihkan bibirnya. “Kau tu dari tadi dok menung je, pandang kopi tersengih, ish tak ke berat masalah tu?” penutup botol mineral yang ada ditangan faizal, dibaling ke arah diana, betul-betul mengenai hidung diana yang leka membetul tudung. “Auchhh!!! Sakitlah faizal” sambil memegang hidungnya yang mancung. “Padan muka, dari pagi sampai ke malam. Asyik menyakat akukan? Rasakan ubat…” Faizal ketawa besar melihat diana teraba-raba hidungnya yang mula memerah.

“Diana, perempuan cantik ni semuanya sombong ke? Faizal mengeluh. “Tak jugak… Kenapa kau tanya? Aku ni kan cantik, tengok aku tak sombong pun…” diana mengembangkan tangannya. Lagaknya seperti model beg tangan! “Engkau tu nak buat ape!.. dah kene cap sirim dah. Tapikan diana… aku tengok kau ni, cantik tu memanglah cantik! Tapi sayang satu je kurang” faizal memandang wajah diana sambil mengaru-garu dagunya. Taktik nak menyakat! Diana bingkas bangun melihat wajahnya di cermin. “Apa yang kurang ni?” wajahnya yang macam karisma kapoor di belek-belek. “Tapi sayang…. Sebab kau tu kurang seposen!!!” faizal ketawa besar. Diana membuntangkan matanya, namun cepat-cepat dia cover ayu. “Siapa yang kurang seposen ni faizal? Kau ke aku? Dah seminggu sejak kau punya pesakit yang gempak! tu balik…! Aku tengok muka kau tu, tak ubah macam duit syiling seposen aku ni tau!” diana menunjukkan duit syiling 10 sen betul-betul depan mata faizal. Faizal menjeling diana tajam!!

“Cehhh melampau laa tu…Muka aku yang macam saif ali khan ni kau nak samakan dengan duit syiling 10 sen kau tu!! Dah laa berkarat. Sama macam tuan dia jugak!” Diana mencerun pada faizal. “Hahhh! Malas aku melayan pesakit mental ni. Bukan boleh dilayan. Menjadi-jadi pulak dia” Faizal ketawa geli hati, sambil memegang perutnya yang sudah mula terasa senak kerana ketawa yang berlebihan.

………………………………………………………

“Hurm… sms aku yang berpuluh-puluh… satu pun dia tak balas. Kalau call pulak, macam nak dengan taknak aje bercakap. Macamlah kecantikkan dia akan berkurang, dengan bercakap.” faizal mengeluh.

Di radio, rancak kedengaran lagu “RAJA SMS” dengan lagu berhantunya aduh saliha. Faizal tersenyum. “Boleh tahan jugak lagu ni…” kakinya dihentak-hentak ke lantai. Tangannya pula asyik mengetuk meja.

Mana rayuanku hendak kusampaikan
Rindu berakhir ku pada kasih yang jauh
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

“Wahhhh bila nak masuk chorus pulak ni?” faizal masih lagi mengetuk-ngetuk meja. Sehinggalah part chorus berkemundang.

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa racun hidupku, Saliha
Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidupku, Saliha
Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita, Saliha

‘Gasaklah kau saliha… “ faizal menyanyi suka. Namun liriknya diubah. Gadis idamannya bukanlah saliha tetapi syafika. “Aduhhhhh syafikaaaaaaaa!!!!” Faizal menjerit. Kuat! “Aduh duh duh duh… syafika” …

“Ehemmmmm!!!” tiga orang jururawat yang kebetulan masuk ke pantry tersenyum-senyum melihat gelagatnya. Faizal terkedu. Wajahnya sudah merona merah. Namun masih dikawal dengan selambenya. Tangannya di seluk ke dalam saku. “Sila-sila jangan malu-malu, saya nak keluar dah” faizal tersenyum kambing. “Senang hati hari ni doktor…?” salah seorang jururawat itu menegur. “Syhhhh” faizal membuat isyarat supaya jururawat itu diam. “Diam-diam…” faizal bercakap hampir berbisik. Lalu pergi meninggalkan perasaan malunya di pantry…

………………………………………………………

“Fika… tengok ni. 1 lagi bunga… Tapi kali ni lagi istimewa, sebab bunga ni datang bersama coklat…!” aishah tersengih sambil menghulurkan sejambak bunga ros merah & sekotak coklat forero rocher ke tangan syafika. Syafika tersenyum. “Terima kasih aishah” …

“Fika… kita tengok awak sejak akhir ni makin berseri-seri tau. Ape rahsia?” syafika melopong. “Sudah… kamu jangan nak mula mengusik kita pulak” syafika mengejek. “Ala bagitau laa… kita pun nak gak cantik macam awak?” tanya aishah beria-ia. “Laa kamu tu kan dah memang cantik dah pun? Nak cantik macam mana lagi tu aishah?” syafika menjungkit kening. “Taknak bagi tau ke fika? … “ aishah mencemikkan mukanya. “Ala.. la.. la.. merajuk ler pulak, meh sini busyuk-busyuk. Manja dia ni” syafika mencubit pipi aishah perlahan. Aishah tersenyum manja. “Ni, kamu cuba fair & lovely, dalam masa 4 minggu. Mesti kulit muka kamu lagi putih dari kulit kita” syafika menghulur 1 kotak fair & lovely yang masih belum di buka kepada aishah. “Betul ke ni fika… Terima kasih, sayang kat awak!” aishah memeluk erat tubuh syafika.

“Dah takde kerja nak buat ke?” syafika dan aishah terkejut! Tiba-tiba fikrie dan rina muncul di sebelah mereka. Syafika terpaku! Pandangannya mati di situ. Tangan rina melingkar kemas di pingang fikrie. “Gatainyer…. Perempuan ni, mat cipan tu pun sama! Suke laa tu, si rina kepit pingang dia.!!! “ gerutu syafika di dalam hati. Aishah sudah berlalu ke tempatnya. Tapi syafika masih membatu di situ. Seakan tak percaya apa yang baru dilihat sebentar tadi.

“Syafika…” fikrie memanggil. Tiada jawapan dari syafika.

“Nurul syafika…” sekali lagi fikrie memanggil. Namun masih tiada jawapan. Syafika masih kaku.

Tanggggggggggggg!!!! Fikrie menumbuk kuat kabinet bersebelahan syafika.

“Ya ALLAH…Ya Tuhanku!! apa gatal sangat ni, jual murah ke?” melatah! syafika terkejut besar! Hampir hilang semangatnya. Dia mengucap panjang. “Hampeh punya mat cipan!… Nasib baik aku takde penyakit lemah jantung! Kalau tidak aku saman kau tau tak…” dia menutup mulutnya. Fikrie tersenyum.

“Yang… you tengoklah, dia kata i gatal yang…!!!” rina merengek manja. Tangan fikrie, digoyang-goyangnya. “Alah mak ai… nak je aku bagi flying kick kat minah ni. Mengader-ngader… nak termuntah aku. ‘Yang’ konon, sekali aku tendang… melayang kau kang…!” syafika tayang gigi. “Sorry i tak sengaja, i ni memang kuat melatah. Lagipun siapa suruh ‘ayang’ you main ketuk-ketuk? You marahlaa dia” fikrie menjeling syafika. Dia nak ketawa namun di tahan. “Dia panggil aku ayang, sebab ayang aku sendiri taknak pulak panggil aku macam tu” perlahan suara fikrie meniti dibibirnya. “Ape dia?” syafika dan rina bersuara serentak. “Huhhh nasib baik tak dengar..” fikrie mengurut dada. “Oklah saya nak balik ke tempat saya, permisi dulu.” Syafika berlalu. Fikrie menghantar syafika dengan ekor matanya. Dadanya bergetar!

“Rina, u ada tempah ke bunga ros & coklat ke hari ni?” cuba mendapatkan kepastian. Pegangan tangan rina di lengannya dilepaskan. Dia rimas! Lainlah gadis itu adalah syafika. “Takde pun bos, orang lain bagi tu agaknya. Lagipun bos suruh saya belikan bunga saja, ni siap ade coklat pulak tu.” Hati fikrie terbakar. “Setahu aku dia takde teman lelaki.. siapa pulak yang bagi?” fikrie resah! “Rina… saya nak awak pergi siasat siapa yang bagi dia bunga tu.” Rina mengangguk. Fikrie memandang wajah rina. Bengis sungguh!!! Rina menjungkitkan kening. Tanda tak faham. “ i said NOW…..!!!”

“OK bos…!!!” rina lari terkedek-kedek… “ish.. dia yang nak bercinta, aku pulak yang jadi mangsa! Syafika… kau terima jelaa bos aku ni. Dah kemaruk sangat gamaknya!.” Rina membebel dalam hati.

………………………………………………………….

“Faizal……….!!!!” Fikrie menjerit geram. Kata-kata rina petang tadi masih ligat bermain dalam ingatannya. Dia tak boleh tidur!

“Bos… yang bagi bunga tu lelaki…!!! Faizal namanya… “ rina melaporkan. Fikrie bengang!

“Faizal???” fikrie mengenggam penumbuk. “Apa yang mamat tu cakap?”

“laa bos ni, dia tak cakap laaa dia tulis je dalam kad!” rina tayang gigi.

“Itu saya tahu laa bingai…! Apa yang tertulis dalam kad tu?”

“Oh… dia cakap, Syafika… I miss u, bila kita boleh berjumpa? Loves, faizal. “ rina menyeringai. Fikrie merenung tajam wajah rina. Di dalam matanya, hanya wajah faizal yang bermain di tika ini. Lutut rina mengeletar! “Bos janganlah pandang saya macam tu… saya bukan faizal tau.” Rina mengoyang-goyangkan tangannya. Mukanya di tutup. Gerun melihat wajah fikrie yang sudah mula menyinga.

“Arghhhhhh!!!!…… patutlah haritu masa dekat hospital. Berpeluk sakan! Rupa-rupanya…!” fikrie menumbuk-numbuk bantal. Sakit benar hatinya. Ulu hatinya bagai disentap-sentap. Kalau faizal berada di depan dia sekarang. Mau lumat muka mamat tu dibuat lodeh.

“Syafika… I miss u, bila kita boleh berjumpa? Loves, faizal…”

“Syafikaaaaaaaaaa!!!” jeritan fikrie memecah kesunyian malam. Puas dia berfikir malam itu, dia tahu dia sudah banyak membuang masa. Setiap langkah yang di ambil untuk memenangi hati syafika. Menemui jalan buntu… Dia nekad!

“Aku dah ambil keputusan…!!!” fikrie tersenyum.

…………………………………………………………………..

“Kak salmah, bos mana ye?” syafika mengaru kepala. “Dokumen ni penting nak suruh dia tandatangan, dia pulak hilang” syafika menopang dagu di meja. “Bos? Laaa dia cuti, nak balik kampung katanya. Fika tak tahu ke?” syafika mengeleng. “Tak tahu pun, abis tu siapa nak tandatangan dokumen ni kak?” dokumen yang terletak di atas meja, di belek-belek. “Takpe, fika letak aje atas meja dia. Nanti balik tahulah dia nanti.”

“Balik kampung… buat ape ek? Tiba-tiba aje. Si rina tu pun cuti jugak!.. pergi kahwin ke?” syafika melopong. “Oh tidakkk!!! …” tiba-tiba syafika menjerit. Kak salmah terkejut. Bahu syafika dicuitnya. “Heiii… ape ni, berangankan putera idaman ke?” syafika mencemikkan muka. “Putera idaman dah disambar oranglah kak salmah…” syafika mengeluh.

Tut… Tut..

“Hurm.. dia lagi…” syafika menarik nafas panjang. “Fika tak tahu laa macam mana nak larikan diri dari mamat ni lagi. Kadang-kadang kesian pun ada. Hari-hari dia sms, call… Dah tu hantar bunga, coklat.” Syafika memuncungkan bibirnya. “Siapa tu fika? Kak salmah garu dagu. “Doktor faizal, dia yang merawat fika masa fika di tahan wad dulu.”

“Wow…!!! Doktor… hensem tak?” kak salmah buat mata terkelip-kelip. “Hensem… macam artis bollywood” syafika menjawap lemah. “Laa dah tu…? Kenapa pulak muka monyok je? Macam ayam berak kapur je akak tengok?” syafika senyum kelat. “Hati fika ni dah terisi, fika dah jumpa cinta fika. Tapi… ape nak buat, kalau dia tak jumpa cinta dia dalam diri fika. Kita boleh pakse orang suke kita, tapi untuk pakse orang serahkan cinta. Itu mustahil” airmatanya hampir menitik semasa menuturkan kata.

“Sabarlah fika, dia sesat jalan tu. Tu yang tak jumpa cinta fika. Kalau ada jodoh kamu, insya’allah.. lama mana terpisah, jauh mana jaraknya… dia tetap milik kamu.” Kak salmah memeluk bahu syafika. Syafika terlentok di situ. Lama …! Meluahkan isi hati yang terbuku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: