Satu nama tetap dihati 12

pertama aku datang secepat ni” Matanya melilau memandang keseluruhan pejabat. “Lengangnya…aku orang pertama ke? Opss pakcik kamil orang pertama, kalau tak masa kan lampu di pejabat sudah menyala” syafika tersengih sambil menepuk dahinya. Pandanganya jatuh di mejanya, sejambak bunga ros merah menyambut kedatangannya pagi itu. “Bunga lagi ke? Tapi bila pulak sampai..?” syafika duduk lemah di kerusinya. Kepalanya di picit berkali-kali. “Sakitnya… tak cukup tidurlah” Semenjak dia bertemu fikrie semula, tidurnya memang tak pernah cukup! Kalau tak duduk menangis, dia duduk berangan, sampaikan dalam tidur pun, fikrie tak mahu melepaskan syafika. Pendek kata, setiap kali syafika buka mata… hanya wajah fikrie saja yang tersembul.

Awal-awal pagi lagi syafika sudah ke pejabat. “7.00 pagi… kali pertama aku datang secepat ni” Matanya melilau memandang keseluruhan pejabat. “Lengangnya…aku orang pertama ke? Opss pakcik kamil orang pertama, kalau tak masa kan lampu di pejabat sudah menyala” syafika tersengih sambil menepuk dahinya. Pandanganya jatuh di mejanya, sejambak bunga ros merah menyambut kedatangannya pagi itu. “Bunga lagi ke? Tapi bila pulak sampai..?” syafika duduk lemah di kerusinya. Kepalanya di picit berkali-kali. “Sakitnya… tak cukup tidurlah” Semenjak dia bertemu fikrie semula, tidurnya memang tak pernah cukup! Kalau tak duduk menangis, dia duduk berangan, sampaikan dalam tidur pun, fikrie tak mahu melepaskan syafika. Pendek kata, setiap kali syafika buka mata… hanya wajah fikrie saja yang tersembul.

Syafika memandang jambangan bunga ros merah di atas meja. Lemah dia mencapai kad yang terlekat di atasnya. “Kad 4?… setahu aku ini bunga ke 5 yang aku terima.?” dia mengeluh kecil. Rambutnya yang panjang terurai menutupi matanya, di disepit kemas. Dia senyum, seraya membuka perlahan kad yang bersampul merah jambu itu.

KAD 4

Dalam gelak dan tawa
Hati terluka
Di dalam keriuhan
Engkau kesepian
~~ izinkan abang jadi peneman~~

Seperti engkau juga
Kukenal erti duka
Peritnya keyakinan
Dipersiakan…
~~Takkan abang persiakan… I swear~~

Seperti kau alami
Ku tahu erti sepi
Mengharung kepahitan ini
Oh sendiri…
~~Abang tak sanggup sendiri lagi, abang harap sayang sudi temani?~~

Will you marry me..?

I Love You ~~ Ikhlas dari : Abang

Membaca bait bicara yang tersusun di dalam kad itu. Airmata syafika mula merembes. Dibiarkan sahaja air hangat itu mengalir di pipinya. “Terima kasih abang… abang sorang aje yang hargai fika, yang ‘nampak’ fika ni wujud…” syafika menangis teresak-esak. “Seandainya dia perasan kewujudan fika seperti abang…” suaranya tersekat-sekat. “Fika tak mintak lebih pun, cukuplah sekadar layanan baik dari dia, tapi… yang fika dapat hanyalah herdikan dan kata-kata sinis yang memalu-malu kasar hati ini tanpa belas kasihan.” Bersungguh-sungguh syafika menutur kata, seakan dia mengadu nasibnya pada seseorang. Airmatanya dikesat laju, bila menyedari kewujudan tubuh-tubuh manusia yang mula memenuhi segenap ruang pejabat yang tadinya lengang. Syafika bingkas bangun, dan mula mengatur langkah untuk ke bilik air.

“Hai fika… mimpi ape ni, awalnya sampai?” kak salmah mengusik. “Fika ade kerja nak siapkanlah kak, ingat tak dokumen aritu?” syafika tersenyum. “kak, fika mintak diri dulu ye?” jari anaknya di tegakkan. Kak salmah gelak kecil. “Tak tahan sangatlah tu…” … syafika berlari anak meninggalkan kak salmah yang masih ketawa melihat gelagatnya. “buruknya perangai aku ni… berlari nak ke tandas”
…………………………………………………………….

Fikrie bersiul-siul kecil sebaik saja dia melangkahkan kaki ke pejabat, tangannya dimasukkan ke dalam saku. Perasaanya pagi itu sungguh luar biasa. Hatinya gembira tak terkata. Hari ini ayah dan ibunya akan melamar gadis kesayangannya Nurul syafika binti Amir, untuk dijadikan suri hidupnya. Tiada lagi halangan antara dia dan syafika. Dan yang paling penting tiada lagi faizal…! Fikrie tersenyum puas. Matanya tercari-cari kelibat syafika, namun tidak kelihatan. Staf-staf yang memandangnya tercengang. Tak pernah mereka melihat bos mereka sebegitu ceria. Selalunya wajah itu nampak tegang, dan penampilannya! Berubah sama sekali…fikrie kelihatan kemas dengan kemeja putih dan lengkap berkot hitam. Tali leher berwarna biru laut bercorak hati kemas menjerut batang lehernya. Dan rambutnya pula tidak lagi panjang seperti selalu. Lebih kemas dan rapi.

“Selamat pagi semua…” fikrie memecah kesunyian.

“Selamat pagi bos… ” fikrie tersenyum mesra. Seraya mendapatkan kak salmah.

“Syafika dah sampai?”

“Dah bos… dia awal-awal pagi lagi dah sampai. Tapi dia ke tandas tadi. Emergency case katanya” kak salmah tersenyum. Matanya terkebil-kebil memandang fikrie. Mulutnya sedikit ternganga. “Kenapa ni… ada ape-ape yang tak kena ke dengan muka saya kak salmah?” fikrie berpeluk tubuh. Keningnya yang lebat dijungkitkan sedikit. “Takde apelah bos, hari ni bos nampak hensem. Ade ape-ape ke?” kak salmah cuba cover malu. Tak sangka fikrie akan perasan tindak tanduknya itu. Fikrie tersengih. “Ada-ada aje kak salmah ni laa…kalau syafika dah selesai dengan emergancy case nya tu. Suruh dia masuk ke pejabat saya ya” kak salmah mengangguk. “Haa tu dia, panjang pun umur si fika ni” kelihatan sesusuk tubuh syafika yang leka membetulkan legan bajunya. “Lawanya sayang hari ni…” getus hati fikrie. “Kak salmah, jangan lupa pesan saya tadi” fikrie bergegas menuju ke biliknya. Meninggalkan kak salmah yang dari tadi dok membelek raut wajahnya. Sempat fikrie mengerling ke arah syafika, namun gadis itu tidak perasan kewujudannya di situ.

“Fika … STOP!!!” syafika tercengang. “Kenapa ni kak salmah?” kedua-dua tanggannya di angkat seperti pesalah menanti untuk di gari. Kak salmah menghampiri syafika sambil ditangannya memegang sebatang pembaris panjang. Pembaris itu diketuk-ketuk ke tanggannya. “Kak salmah ni nak main polis entry ke? Okay nak main ye, jom kita main betul-betul nak…” syafika tayang muke sedih. “Jangan tangkap saya! Tolong.. saya difitnah…” kak salmah terlopong. Terkejut dengan tindakan syafika. Syafika masih berlakon. “Tidak…!! Tidak!! Jangan…!! saya belum kahwin lagi. Jangan tangkap saya dulu, tangkaplah sekarang.” Syafika ketawa terkekek. Malah beberapa pekerja lain yang menyaksikan adegan itu turut ketawa. Kak salmah mengeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Pipinya di cubit. Dia bermimpi ke? “Si fika ni biar betul… sejak bila jadi pak lawak pulak ni?” tiba-tiba saja ketawa kak salmah meletus. Lambat..! Orang lain dah abis ketawa dah. “Kamu ni fika, melawak pulak pagi-pagi ni… tu bos nak jumpa, mungkin pasal dokumen aritu agaknya?” kak salmah menjuihkan bibirnya.

“Wow… seksinya bibir tu..” syafika mengelip-ngelipkan matanya. “Budak ini, kamu nampak pembaris ni?” kak salmah mula bergerak ke arah syafika. Mencecet syafika lari, menuju ke bilik fikrie. Nafasnya di tarik dalam-dalam, sekali lagi dia perlu berdepan dengan lelaki itu. Dia takut, dia akan menangis sekali lagi. “Kuatkan semangat syafika… kau boleh!!!” jemari runcingnya mengetuk pintu bilik.

“Masuk..”

“Tuan nak jumpa saya…?” Kepala syafika tersembul di balik pintu. Namun badannya masih diluar. Bila pandangan syafika tertumpu di seraut wajah jejaka itu. Syafika tersenyum lebar. Dia menutup mulutnya, takut-takut kalau ketawanya pecah di situ. Tentu fikrie sedang mencari-cari alasan untuk mengherdik-herdik dirinya sekali lagi. “Masuklah dulu… kenapa berselindung di balik pintu sayang?” fikrie bersuara lembut & romantis. “Aku yang silap dengar atau dia yang tersilap pandang? Ke dia ingatkan aku ni rina…? Dia panggil aku sayang?!” syafika terlongo. Namun langkahnya tetap di atur menuju ke dalam bilik itu. “Terima kasih…” syafika duduk mengadap fikrie. “Ada apa tuan nak jumpa saya? Pasal dokumen tu, saya dah letak atas meja tuan kelmarin. Tuan dah tandatangan ke be….”

“syhhh…” fikrie memberi isyarat supaya syafika tidak meneruskan kata. Pandangannya masih melekat di wajah syafika. 2 hari dia tidak memandang wajah gadis kesayangannya itu. Rindu rasa hatinya. Syafika rimas! “Tuan?” … fikrie menghembus nafas perlahan… fikrie bangun seraya berjalan menuju ke arah syafika. Jantung syafika berdegup kencang! Dup dap dup dap.. dia tahu fikrie kini berada di belakangnya. Lutut syafika mengigil “Pertama, rie taknak fika panggil rie tuan lagi” syafika memeluk tubuhnya. “Taknak panggil tuan? Dah tu nak panggil mat cipan ke? Mula nak mengarahlah tu…! Benci. ” syafika mencebikkan bibirnya. “Kedua rie…akan lebih suka, kalau fika panggil rie ‘abang” fikrie bersuara romantis, betul-betul di telingga syafika. Syafika ternganga. “Betul ke apa yang aku dengar ni? Sah mat cipan ni dah gila…!” syafika cuba mengawal degupan jantungnya yang kian laju berdegup. Dia terasa jemari fikrie melekap di belakang kerusinya. “Dan yang ketiga…abang nak mintak maaf dari sayang” serentak dengan kata-kata itu. Fikrie memusing kerusi yang diduduki syafika sambil kedua-dua tangganya melekap di jemari gadis itu. Syafika terpana! Lalu dia menolak tubuh sasa milik fikrie yang sudah pun melutut di depannya. “Aduh..” fikrie jatuh terduduk dek tindakan spontan syafika. “Apa semua ni…? Tuan melampau. Tuan cuba nak pijak maruah saya sekali lagi? Tuan tak berhak nak merendah-rendahkan maruah saya. Dulu tuan kata saya perempuan tak tahu malu. Pura-pura jadi baik, saya ni berlakon depan tuan. Saya takkan izinkan tuan hina saya sekali lagi…!!! Tuan kejam sangat… Tuan kejam!!! ” suara syafika sudah bergetar. Airmatanya sudah mula merembes menanti saat untuk keluar membasahi pipinya.

Fikrie sudah berdiri tegak di depan syafika. Tubuh syafika yang sudah terhincut-hincut menahan tangis dirangkul ke dalam pelukkannya. Syafika cuba meronta. Namun rangkulan fikrie semakin kemas di tubuhnya. Tanggannya menumbuk-menumbuk dada bidang milik fikrie. Fikrie mengeluh perlahan. “Lepaskan saya! Lepas…!!! saya benci tuan!” airmata syafika semakin laju menitik. “Sayang… please jangan macam nie. Abang cintakan sayang. Sungguh!!! Janganlah menangis…Abang minta maaf, please jangan menangis lagi” syafika mengeleng-gelengkan kepalanya. “Tak..! tuan bencikan saya. Sebab itulah tuan buat macam ni… saya tahu. Kenapa tuan buat macam ni? Tuan tak kesiankan saya ke?” Tangisan syafika semakin menjadi-jadi. Fikrie mengusap-usap tubuh syafika. Tak henti-henti dia memujuk. “Panggil abang sayang… janganlah degil sangat please?” pilu hatinya melihat syafika menangis begitu. Begitu sekali reaksi syafika terhadapnya. Tiba-tiba entah dari mana datang idea poyos di benak fikrie. Cupppp!!! Satu ciuman hinggap diumbun-umbun kepala syafika . Syafika terpana! Syafika memijak kuat kaki fikrie dengan kasut bertumit tinggi miliknya. “Aduhhh!!!” fikrie terkebelakang, mujur dia memakai kasut yang tebal. Kalau tidak nahas kakinya menjadi sasaran kasut tumit tinggi syafika. Syafika tidak melepaskan peluang itu untuk melarikan diri. Laju syafika berlari meninggalkan bilik fikrie, sempat pulak syafika menjerit. “I hate you… I really hate you!!! Setiap langkah lariannya di iringi juraian airmata yang tak tahu bila akan berhenti menitis.

Fikrie cuba mengejar. Tapi telefon bimbitnya berbunyi pula.

“Hello… assalamualaikum?” suaranya yang bergetar cuba di tahan…

“Ya ayah… kenapa? Dah pergi ke?” fikrie meraup mukanya perlahan. “Apa dia ayah?” fikrie terkaku. Lemah segala urat sarafnya. Degupan jantungnya seakan terhenti. Telefon bimbit ditangan berderai jatuh ke lantai. Air hangat mula terasa di birai matanya. Dan fikrie merelakan air hangat itu mengalir dan mengalir…

“Syafika sudah dipinang orang dan tiga bulan lagi akan bernikah, kata pakcik amir kamu nama lelaki tu faizal”

“Tapi rie tak dengar pun yang dia dah bertunang ayah…???”

“Pihak lelaki mintak tak payah buat majlis pertunangan, dan harap perkahwinan itu dilangsungkan secepat mungkin sebab si faizal tu dapat tawaran kerja di singapura. Jadi dia nak bawa fika sekali…”

Tubuh fikrie sudah terjelopok ke lantai… haruskah dia menerima kenyataan gadis yang digilainya sejak kecil itu akan dimiliki oleh orang lain…??? Haruskah dia berserah kepada takdir ilahi…? Mungkin bukan jodoh dia dengan syafika…”Ya ALLAH…” fikrie meraup mukanya yang sudah mula basah dengan airmata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: