Satu nama tetap dihati 13

Laju kereta kembara milik syafika meninggalkan bangunan Jaksa MSM Enterprise Wajah itu sudah pun lencun dengan airhangat yang tak henti-henti mengalir.

“Sayang… please jangan macam nie. Abang cintakan sayang. Sungguh!!! Janganlah menangis…Abang minta maaf, please jangan menangis lagi”

“Kenapa aku perlu hadapi semua ini…” cincin belah rotan yang tersemat di jari manisnya direnung hiba, air hangat itu masih mengalir. Dadanya sesak. Sukar rasanya untuk bernafas. Sesekali kelihatan dia manarik nafas cuba mengumpul kembali semangatnya yang terbang melayang-layang, namun sendu di hatinya tidak juga mahu berhenti. Kata-kata dan perlakuan fikrie sebentar tadi tak mahu berhenti bermain di benaknya. Telinganya masih kedengaran ungkapan cinta yang dilafazkan fikrie, satu-satunya lelaki yang dicintai, yang dikasihi. Namun syafika sendiri tidak pasti, adakah ungkapan itu ikhlas meniti di bibir jejaka idamannya itu. Adakah sekadar untuk menguji? Atau untuk mengeji dan merendahkan maruahnya sekali lagi. Namun dibalik keraguan dan kebenciannya terhadap fikrie, jauh di sudut hati syafika, dia suka mendengar ungkapan cinta itu. Sudah lama dia menanti ungkapan itu, akhirnya kini dia miliki… Namun segalanya sudah terlewat, hatinya kini terpaksa diserahkan kepada faizal.

………………………………………………………….

“Doktor faizal, ada orang nak jumpa. Saya dah suruh dia tunggu di bilik doktor.” Harlina mencuit pinggang faizal. Faizal terkejut. Dia mengurut-urut dadanya berkali-kali. “Awak ni harlina, kalau cakap je tak boleh ke? tanggan tu mesti nak berjalan! Siapa yang nak jumpa saya tu?” harlina menjungkit bahu. “Tak tahu, tapi perempuan… lawa sangat”. Faizal menjungkitkan kedua-dua keningnya “perempuan?”

Harlina mengangguk. “Cantik?” faizal terkebil-kebil memandang wajah harlina. Dengan keluhan kecil, harlina sekali lagi mengangguk.“Siapa ye harlina? Perempuan cantik nak jumpa saya?” harlina mengeleng “tak tahu, doktor pergilah tengok sendiri.” Faizal tersenyum nakal. “Kenapa awak suruh dia tunggu dalam bilik saya?” harlina sudah mula hilang sabar. “Dah tu takkan saya nak suruh perempuan tu tunggu dalam tandas pulak!” “Aduh nak kata tak pandai… belajar sampai luar negeri, benda macam tu pun takkan tak boleh nak fikir.” Harlina menjungkit keningnya, hatinya meletus geram. Faizal tayang muka kebinggungan. Harlina mula mencekak pinggang, “dah laa malas saya melayan doktor ni, sia-sia saya kena darah tinggi nanti” harlina meninggalkan faizal yang sudah ketawa terbahak-bahak. Sesekali dia menekan perutnya yang terasa senak.

Langkahnya mati. Senyuman di bibirnya pun ikut sama. Bukan keinginannya melihat syafika dalam keadaan itu, wajahnya basah dengan airmata. Tumpah kasihannya di situ, menatap seraut wajah insan yang disayangi lencun dengan dengan air hangat yang melimpahi muka, dan bukannya senyuman bahagia. Perlahan-lahan faizal merapati syafika yang menangis teresak-esak, syafika mendongak. “Fika nak tanya abang sesuatu… fika nak abang jawap dengan jujur. Boleh?” faizal mengangguk perlahan. Dia mengambil tempat di sebelah syafika. Wajah gadis itu, ditatap sedalam mungkin. Syafika tunduk, selepas menyapu airmatanya. Dia kembali merenung wajah faizal, tubuhnya di iringkan sedikit. Mata faizal menjadi sasarannya kini. “Abang cintakan fika?” faizal tersenyum seraya jemari milik syafika dicapai lalu diletakkan ke dada kirinya. “Fika dapat rasa degupan jantung abang tak?” syafika mengangguk. Faizal menarik nafas. Dadanya sesak, sarat dengan kasihnya yang semakin mengebu untuk syafika! “Selagi jantung ni tak berhenti berdegup, cinta abang pada fika akan terus hidup. Tapi itu kalau ada jodoh kita.” Wajah faizal direnungnya mendalam, dapat dirasa keikhlasan dari kata-kata lelaki dihadapannya itu.

“Maksud abang…?” Tangan syafika diusap lembut, penuh kasih. Syafika hanya membiarkan saja tangan faizal mengusap jemarinya. “Jodoh ditangan ALLAH fika, andai tiada jodoh kita. Walaupun tangan abang dah bersalam dengan pak imam untuk lafazkan akad nikah sekalipun, jika ALLAH tak mengizinkan, maka matilah” syafika menangis lagi. “Jangan terlalu cintai fika abang, fika tak layak untuk menerima kasih yang sebanyak ini” faizal menyeka airmata yang masih mengalir di wajah syafika dengan kedua belah tangannya. “Jangan bersedih fika, abang taknak tengok lagi sepasang mata yang cantik ni, menitiskan airmata.” Faizal memujuk. Syafika melentokkan kepalanya ke bahu faizal. Hatinya lega…
………………………………………………………………..

Semua yang berada di banglo dua tingkat milik keluarga syafika tercengang-cengang memerhati gelagat syafika. Sekejap dia ke kiri, sekejap lagi dia ke kanan. “Fika… ape kenanya ni? Peninglah kepala aku. Ke hulu ke hilir, kenapa ni?” Ninie akhirnya bersuara. Syafika mengeluh. Kepalanya yang tak gatal digaru perlahan. “Semua yang ada kat sini… mama, papa, ninie dan abg man, fika dah ambil keputusan” syafika berdiri tegak memandang insan-insan yang amat dikasihinya. Ninie sanggap. “keputusan ape ni fika?”

“Ya, anak papa ni dah ambil keputusan apa? Nak menikah hujung minggu ni ke? Dah tak sabar sangat nak kahwin?”

“Aik… macam mana papa tahu? Sebenarnya fika nak cepatkan tarikh nikah tu. Sebab tu fika ajak ninie dan abg man sekali.” Ninie dah berdiri “What???!”

“Betul ke ni? 3 bulan aje lagi sabarlah dulu.” Ayah syafika menjungkit kening. “A’ah fika, mana mama dengan papa sempat nak buat persiapan secepat tu?” ibu syafika menyampuk.

“Yer betul tu makcik, pakcik. Kalau 1 bulan tu logiklah jugak, ini nak kahwin hujung minggu ni? Mana sempat ni fika.. oiiii…” abg man jadi pemerhati aje, sesekali dia mengangguk. Ada ketikanya pula dia tergeleng-geleng. “Fika, kau ni demam ke ape?” ninie meraba dahi syafika. “Biase aje pun, tak panas..”

“Tak boleh!! Fika kena kahwin jugak hujung minggu ni. Fika dah fikir masak-masak, dan fika dah bincang dah pun dengan abang faizal. Tak payah buat majlis besar-besaran, cuma akad nikah aje. Lepas tu kenduri sikit-sikit, jemput ahli keluarga kita aja. “ bersungguh-sungguh syafika menutur kata. Dia sudah mengatur rancangannya terlebih dahulu, dia takut nanti dia berubah fikiran dan menerima fikrie semula. Dia tak sanggup nak melukakan hati faizal, lelaki yang hanya mahukan senyuman di bibirnya. Lelaki yang mencintainya setulus hati…

“Ape yang fika cakap ni? Mama tak setuju!!!” tiba-tiba ibu syafika melenting. Syafika terkedu, itu kali pertama ibunya meninggi suara kepadanya. Airmatanya sudah mula nak menitik. Tapi ditahan. “Mama, tolonglah faham. Fika terpaksa buat semua ni.” Syafika memaut lengan ibunya. “Fika satu-satunya anak mama, mama kalau boleh nak buat majlis perkahwinan fika besar-besaran.” Ibu syafika bersuara tegas. Ayah syafika membisu. Wajah arwah farhan bermain di benaknya.

“Kenapa taknak faham penderitaan fika? Cuba bagi peluang fika pilih kehidupan fika sendiri.” Suaranya sudah bergetar. Airmata yang ditahan meletus jua… deras sungguh airhangat itu mengalir. Hatinya terluka, ibunya tidak pernah memaksa dia sebelum ini. Hari ini dia ditengking-tengking, dan di marah-marah. “Mama dah tak sayang fika lagi…” tersedu sedan syafika menangis, namun ibunya buat tidak tahu.

“Hei perempuan… mari sini kau” ninie yang dari tadi memerhati menarik lengan syafika menuju ke biliknya. “Sekarang!!! bagitahu aku ape sebenarnya yang dah jadi?” tubuh syafika di dudukkan di katil. Ninie merenung tajam anak mata syafika. “Aku hanya nak percepatkan tarikh perkahwinan aku tu…” syafika menunduk. “Look at me fika… and say it loudly, I can’t hear you” syafika mengeleng. “Fika pandang aku… bila bercakap!” ninie mula berang. Syafika masih mengeleng. “Kau masih nak mengeleng? Dan nak berahsia dari aku? Aku ni bukan kawan kau lagi ke? Sekarang ni kau dah ade si faizal…!!! Dan aku kau nak ketepikan macam tu ke fika?” ninie sudah pun menangis. Syafika memaut tubuh ninie, “Tak… bukan macam tu ninie. Kau laa segala-galanya untuk aku.” Tangisan syafika semakin menjadi-jadi. Mengalahkan anak kecil yang merengek nak susu. “Kalau macam tu … bagitahu aku, semuanya!” syafika mengangguk. “Ya aku cerita…”

“Yes taktik aku mana boleh gagal, ni ninie tau. Adeke nak berahsia dari aku? Memang tak patut!!!” ninie tersenyum dalam hati…

………………………………………………………

“Hasnah, jangan dipaksa fika tu. Biarlah dia buat keputusan dia sendiri. Kita restu sajalah” ayah syafika meraup mukanya perlahan. “Tapi bang… nah” ayah syafika menganggkat tangan, melarang isterinya bersuara lagi. “Abang dah kehilangan farhan, dan abang dah tanggung akibatnya.” Isterinya terdiam. “Kini, abang tak nak kehilangan syafika pula.” …isterinya mengangguk perlahan. “Nah pun sama bang… nah ikutkan perasaan sangat tadi. Fika tu satu-satunya anak kita bang, nah tak sanggup kehilangan dia juga” ibu syafika sudah menangis. Ayah syafika tepuk dahi…Menangis lagi…? Memang sampai bila-bila dia takkan faham perangai orang perempuan.

…………………………………………………………

Wajah suaminya dikerling, mata ninie terkebil-kebil.”nyenyaknya laki aku ni tido” ninie mengeluh. Ninie tak boleh melelapkan mata. “Fika.. fika… kau dah ganggu tidur aku nampak!” ninie merengus geram.

“Walaupun aku cintakan dia, tapi aku tak sanggup nak melukakan faizal. Dia betul-betul sayangkan aku”

“Dan fikrie..? ade kau fikir pasal dia? Kau ni lepas tanganlah fika! Aku tak suka cara kau ni tau tak? Secara tak langsung, kau dah lukakan hati si faizal tu. Kau tak jujur fika, kau terima dia sebab kau kesian…”

“Bukan kesian, tapi hormat…! Aku hormat faizal, aku akan bina rumah tangga aku berlandaskan hormat…” ninie tepuk kepala.

“Kau takkan bahagia fika…! Kau tak cintakan faizal tapi si fikrie…!!!! Tengok mulut aku nie… KAU CINTAKAN FIKRIE… bukannya faizal…:” dahi ninie berkerut. Geram sungguh dia.

“Biarlah aku korbankan cinta aku, biarlah ia jadi sejarah. Mungkin ini juga cara aku untuk menyedarkan si fikrie. Yang maruah seorang wanita bukannya di tapak kaki…!”

Luahan hati syafika semalam masih bergendang di telinganya. “Korbankan cinta konon, aku nak tengok pengorbanan kau tu sampai kemana…” ninie tersengih nakal. “Fika… fika… kau panggil si fikrie tu mat cipan, tak sangka pulak aku. Hari ni sah-sah kau dah jadi minah cipan! EGO takda diskaun langsung…”

“Takpe… takpe… kita tengok rancangan siape lagi meletup…!!!”

Tangan ninie laju menekan butang telefon bimbitnya… “Hello rina, ni aku ni ninie… !!!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: