Satu nama tetap dihati 16

Titisan mutiara jernih yang menitis dikelopak mata cepat-cepat diseka. “Jadi selama ni, bunga dan kad-kad tu? Fikrie yang…..” cuba mengawal suaranya yang sedikit bergetar.

“Ya, dia yang hantar…” syafika merenung ninie kehairanan. “Macam mana kau tahu?” ninie membalas pandangan syafika lembut. Tangan kanannya mengusap lembut belakang syafika, dan tangan kirinya di biarkan terlekap di jemari syafika. “Aku tahu semuanya fika.” ninie senyum lebar

“Aku tahu macam mana dia boleh sampai ke kuala lumpur? Macam mana dia boleh merancang memulakan detik perkenalan dengan kau… Ingat tak adegan dia langgar kereta kau dulu?! Macam mana dia boleh jadi bodyguard kau secara rahsia…? Siapa yang beli bunga dan hantarkan kad tu pada kau? Dan yang paling penting…” ninie tarik nafas panjang. “Penat jugak bercakap tak berhenti ni eh?” Syafika mengoncang tubuh ninie. “Dan paling penting apa ninie???” syafika bertanya tidak sabar. “Dan … yang paling penting, aku juga tahu siapa yang telah menjadi penyelamat kau fika. Orang yang menghantar kau ke hospital masa kau accident dulu?” syafika sudah berdiri. Gemuruh darahnya tiba-tiba. ‘Vibrate lagi’…!!! “dia ke?” perlahan sungguh suara syafika menampar gegendang telinga ninie. “Apa dia ? Aku tak dengarlah… Cakaplah kuat sikit?” ninie menyeringai. “Dia ke …?” syafika bersuara sekali lagi, kali ini lebih kuat dari tadi. Kali ni kalau kau tak dengar ninie, memang bakal jadi ‘badak air’ laa jawapnya. Gerutu hati syafika.

“Ya dia, masa tu dia…”

“Cukup… tak payah nak terangkan semua sekali” ninie terdiam belum habis dia menutur kata, syafika sudahpun menyampuk! syafika tersenyum bahagia. Entah kemana hilangnya ingatannya terhadap faizal, cincin di jemarinya pun dia tak perasan. Majlis pernikahannya yang hanya tinggal beberapa belas jam saja lagi turut dilupakan. “ni ape sengeh-sengeh macam landak aje gamaknya?” ninie jungkit kening. Pandangannya mati di situ. Surat di gengaman tangannya direnyuk, mengambarkan hatinya di saat ini. Senyumannya juga mati, tubuhnya dibiarkan mengelongsor di dinding. Akhirnya dia terduduk di lantai. Ninie sudah garu kepala. “Fika…? Kau ok ke ni?” tubuhnya sudah pun menghampiri syafika. “Kau janganlah diam macam ni fika? Tadi kau tersengih-sengih, ni kau diam macam kena rasuk mambang pulak? fika…” syafika merenung ke arah ninie. Tajam sungguh! namun masih cantik sepasang anak mata itu.

“Aikkk? Betul-betul ke kena rasuk mambang?” ninie sudah ke belakang sedikit.

“Ninie… aku sayang dia, kenapa dia pergi?” syafika meraut tubuh ninie. Tubuh kawannya itu dipeluk erat. Kepalanya terlentok kemas dibahu ninie, airmatanya juga sudah laju mengalir. Ninie cuba menenangkan syafika, namun semakin menjadi-jadi esak tangisnya. “Kenapa dia pergi…? Dia tak tahu ke aku sayang dia? Aku sayang dia ninie…” bersungguh-sungguh syafika meluah perasaan. “Ya… aku tahu. Kau tak payah cakap pun aku tahu, kau memang sayang dia. Sayang sangat-sangat…!!! Tapi fika dia tak tahu kau sayangkan dia…” Tubuhnya dijarakkan sedikit dari ninie. “ninie.. aku nak cari dia, please temankan” ninie ternganga. “Kau biar betul ni fika? Kau sedar tak ape kau cakap ni? Faizal macam mana?” ninie bersuara pura-pura terperanjat. Dia merenung wajah syafika yang sudah basah dek airmata. Lencun sungguh wajah itu. “Fika… fika… Macam ni sekali penangan si fikrie pada kau. Hurm… penangan si mat cipan? Hebat sungguh…” perlahan sungguh suara ninie, hampir berbisik.

“Kau cakap ape ninie?”

“Eh takdelah, mana ade aku cakap ape-ape…” ninie serba salah. Sesekali dia menarik nafasnya. Cuba mengumpul keberanian. Takut kalau penjelasannya nanti tak dapat diterima syafika. “Fika… aku sebenarnya ada sesuatu nak bagitahu kau, tapi sebelum tu. Aku nak kau tahu yang aku buat semua ni sebab…” ninie tarik nafas lagi. “sebab aku sayangkan kau. Aku tahu aku dah buat salah, sebab aku rahsiakan benda ni dari kau. Tapi kau percayalah dekat aku ni fika… tujuan aku baik, nak tolong kau” syafika mengesat airmatanya. Wajah ninie jadi sasarannya sekarang. “Nanti… nanti… apa yang kau merapu meraban ni ninie? Cakap jelaa terus terang, rahsia apa…? Janganlah tambah beban kat hati aku ni…”

“Sebenarnya aku ade rancang sesuatu tanpa pengetahuan kau…” ninie mengeluh. “Rancang apenye…? Cakaplah… cepat?” syafika menepuk peha ninie. “Kitaorang dah culik…” ninie teragak-agak untuk meneruskan kata. “Kau nak cakap ke tak ni? Aku nak pergi cari fikrie ni… Janganlah buang masa” ninie masih diam. Syafika sudah mula mengatur langkah untuk meninggalkan bilik. “Kitaorang dah culik fikrie…!!! Dan kau tak payah cari fikrie lagi. Sebab aku tahu dia ada dekat mana.” Ninie menunduk. Syafika antara terkejut dengan tidak, dia laju mendapatkan ninie. “Dia dekat mana sekarang…???”

“Eh kau tak marah aku ke…?” ninie mendongak mukanya sedikit, takut-takut memandang wajah syafika. “Itu nanti cerita… dia dekat mana sekarang ni?” syafika bertanya tidak sabar. Hari ini, biar apa pun yang berlaku, dia akan meluahkan perasaannya terhadap fikrie. Tiada siapa pun yang mampu menghalang.

“Dia dekat H.K.L… “

“What…??? Kenapa pulak dekat situ…?” tubuh ninie digoncang kuat. Bergegar tubuh ninie menerima asakan dari syafika. “Dia cedera sikit, sebab rina ketuk dia dengan payung dekat kepala. Hurm… sebab yang lelaki tak boleh nak kalahkan dia? Teruk kena belasah.” ninie menunduk. Syafika sudah tergelak besar. Airmatanya yang bersisa disapunya bersih dengan tisu. Dia masih terkekek di situ sambil menekan perutnya. Ninie tercengang-cengang. “Kenapa kau gelak ni?” Kau tak marah aku ke?” syafika masih tergelak. ”Macam mana aku tak gelak? Penculik kena belasah dengan mangsa culik? Kelakar laa tak pernah aku dengar…” ninie mengejek. “Kau sedaplah gelak…! yang kena belasah tu laki aku, adik ipar aku, kawan aku. Gelaklah puas-puas… kau tu bila dapat peluang nak gelakkan aku, hiduplah nyawa kau tu eh. Tadi menangis beria-ia… Sekarang ni ketawa tak ingat-ingat! EEE tak faham akulah kau ni”

“Eh fika!! kau nak pergi mana ni…?” spontan ninie bersuara, bila syafika berlalu meninggalkan dia membebel seorang diri. Dia cuba mengekor syafika tapi sayang, kereta kembara milik syafika sudahpun ghaib. “Apalah punya kawan… tinggalkan aku pulak, bawaklah aku sekali. Laki aku pun ade dekat sana tau” ninie mendengus geram.

…………………………………………………………………..

Syafika yang dari tadi terkial-kial memandang ruang legar hospital yang sudah semestinya besar, mengomel seorang diri. “Adoiii kenapa aku tak bawak ninie sekali tadi? Menyusahkan betul laa… Mana aku nak cari dia ni? H.K.L ni bukannya kecik? Huhhh!!!” Orang yang lalu lalang disitu, memerhatikan saja lagaknya. Mana taknya? Bercakap sorang-sorang, macam kena sawan. Sudahlah tu, siap berpakaian indah. Lagaknya macam pengantin. Pakaian nikah yang dicubanya tadi sampai lupa di tukarnya. Meriahlah H.K.L!!! “Apa pandang-pandang? Marilah sini tolong cari sama. Tolong pandang je nak buat apa?” sepanjang penjelajahannya di H.K.L dia asyik membebel aje. Pelik pun ya, kenapa semua orang asyik memandangnya begitu. Cantik sangat ke? Perasan!

Di satu sudut yang sedikit tersorok, kelihatan sesusuk tubuh seorang gadis sedang ketawa. “Itu tak salah aku… si rina, haa betul laa tu… abg man pun ada” syafika tersenyum. Memberanikan langkahnya menuju ke arah sekumpulan manusia itu. “Abang man….” Syafika membuka mulut. Semua di situ tercengang-cengang melihat kewujudannya di situ. “ninie yang bagitahu fika…” bagaikan mengerti persoalan di benak mereka. Pandangannya beralih ke arah seorang jejaka tampan yang sedang berdiri memeluk tubuh disebelah syukrie. Adik ipar kepada ninie. “Abang…. ? Macam mana abang ada kat sini?” tiba-tiba terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. “Kak fika… kenapa datang lambat? Penat kitaorang tunggu dekat sini.” Pipi syafika dicium lembut. Kiri dan kanan. Dia hanya membiarkan saja. “Saya baru tahu, maaf ya sebab lewat rina”

“Abang…Macam mana boleh ada dekat sini?” syafika mengulangi pertanyaannya. Rasa bersalah kian bersarang di hatinya. Saat inilah yang paling ditakutinya. Laju sungguh jantungnya berdegup kalah motor bot! “Kalau abang takde, tak lengkaplah cerita ni? Betul tak man?” syafika mengetap bibir. Aku cakap bebetul, dia memain. EEE geramnya! “Betul laa tu faizal, maklumlah kita ni kan watak tambahan!!!…” disusuli tawanya yang berdekah-dekah tiada tanda akan berhenti dalam waktu terdekat ini. “Kenapa lebam-lebam ni…? Haa abg man? Abang?” syafika pura-pura buat tak tahu. Berlakonlah sekejap ye dak?… Sekejap pandangannya hinggap ke muka azman, sekejap lagi ke muka faizal. “Hurm… fika punya buah hati pengarang jantung tu laa, habis kami di bedalnya.” faizal berseloroh. “Harapkan badan aje kak fika, tegap-tegap, mukapun macho-macho… pak busu sorang pun tak boleh nak uruskan. Nasib baiklah ada budak perempuan tu kan…” rina mencelah, saja tunjuk lagak. Azman mencebikkan bibirnya. “perasan la tu huh!!!” rina hanya mengelip-ngelipkan matanya.

“Fika… pergilah jumpa si fikrie tu, dia ada kat situ” azman menjuihkan bibirnya. Syafika tersenyum. Dia mula mengatur langkah. Laju sekali langkahan kakinya, tak sabar dia nak berjumpa insan kesayangannya itu. “Fika… “ namanya di glamourkan. Langkahnya terhenti. Dia kenal benar dengan suara itu. Faizal mencapai jemari runcingnya. Syafika sudah menunduk. Dia tidak mahu lama di situ. Hatinya berdebar-debar. Alunan nafasnya tak keruan. “Pandang abang fika…” faizal tercari-cari seraut wajah syafika yang nampak gayanya lebih suka memandang lantai dari memandang wajahnya. “Abang… fika, minta maaf. Fika…” jari telunjuk faizal hinggap di bibirnya, menghalang dari terus melafazkan kata. “Abang tahu, fika cintakan fikrie. Abang cuma, nak tanggalkan cincin ni.” Hati wanitanya tersentuh. Dia hanya memerhati saja gelagat faizal menanggalkan cincin emas putih bertahtakan berlian yang menghiasi jari manisnya. “Abang lepaskan fika hari ni… pergilah, destinasi fika di sana” air hangat sudah menitis di wajahnya. Dia tersenyum membalas pandangan faizal, perlahan dia mencapai jemari kasar faizal lalu dikucupnya perlahan. Sayu sungguh hatinya. Tiba-tiba bayangan arwah farhan bagaikan menjelma di benaknya kini. “Terima kasih abang…”

“Hoii… power puff girl? Takkan menangis kot?” azman menyakat rina yang sudah pun menangis menyaksikan drama hindustan versi melayu sebentar tadi. “Kecohlah abg man ni… wekk” rina mengejek.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: