Satu nama tetap dihati 2

KEESOKAN HARINYA…

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh.! Mati aku dah pukul 8.00 pagi.”
“Habislah aku hari ni kalau lambat, sia-sia kene bebel dengan dato tu nanti. Nak mandi ke taknak ni?.. Uiksss kesabaran je la aku lagi 1 jam” , terkocoh-kocoh syafika meluru ke bilik mandi.

Tak sampai 5 minit dia sudah keluar…
“Hehe janji aku dah mandikan? Alaa cepat lambat sama je… semburlah minyak wangi banyak-banyak huhu “ syafika membebel sendiri.

Baju kurung warna merah jambu dikenakan kebadannya, “Cantik..! angkat bakul sendiri nampak, tapi takpelah… kalau bukan aku yang puji diri aku, siape lagi nak puji? Ye dak.. ”.

Gincu berwarna merah jambu, disapu nipis ke bibir basahnya, menyerlahkan lagi keayuannya.

“Ya Allah, lagi setengah jam…! Mati aku… mati aku kali ni”
“Eh fika… tak makan dulu ke?” jerit ibunya dari dapur.

“Tak sempatlah mama, fika dah lambat dah nie. Mama, nape hari ni tak kejutkan fika? Fika ada meeting pagi ni tau” tunjuk muke sedih.

“Selalunyakan kamu bangkit sendiri?, mimpi ke nak berkejut pulak?”
“Mama, papa dah pergi kerja ke?”
“Papa kamu pukul 7 tadi dia dah bergerak”
“Ma… fika pergi dulu yer, assalamualaikum. Sayang mama” dicium pipi mulus ibunya lembut dan terus dia berlari ke kereta.

“Ish budak ini… umur dah 27 tahun pun, tak puas berlari ke masa kecik dulu fika” Vrooommmmmmmmmmmmmm enjin kereta kembara milik syafika menderum, dan sepantas kilat meninggalkan persekitaran banglo dua tingkat milik keluarganya.

“Laa macam ribut, sekejap dah hilang”

Sejak kematian abangnya Farhan dalam nahas jalan raya 5 tahun lepas, sikap syafika yang suka bercakap, mula berubah. Kini dia menjadi seorang yang pendiam, dan lebih banyak mengurungkan diri dalam bilik. Ninie saja yang memahami penderitaan gadis itu, tiada rahsia antara mereka berdua.

Jauh di sudut hati syafika ada terpalit perasaan terkilan dengan sikap kedua ibu bapanya. Kalau tidak kerana ibu bapanya memaksa abangnya farhan mengahwini gadis pilihan mereka, abang farhan takkan lari dari rumah. Dan mungkin dia masih ada peluang nak bercoloteh, dan bergurau senda dengan abangnya.

Namun syafika tidak mudah lupa, segala jasa & pengorbanan ibu bapanya selama ini, membuatkan dia redha dengan kepergian abangnya. Dia tak mahu jadi anak derhaka!

DI PEJABAT …

Pukul 9.10 pagi, kelibat dato arief kelihatan di bilik mesyuarat. Muka seriusnya mengecutkan perut sesiapa yang memandang. “Adoilah…kenapa hati aku vibrate tak henti-henti ni ?”
“Ya Allah Ya tuhanku permudahkanlah tugas hambamu ini” Bismillahirahmanirahim… Daun pintu dipulasnya.

“Errr… selamat pagi semua, maafkan saya terlewat. “
“Nurul Syafika Binti Amir, sila ambil tempat duduk awak”
“Terima kasih dato” ……………………………………………. “Baiklah semua, hari ini saya nak memperkenalkan rakan kongsi saya yang baru. Encik Muhammad Fikrie Bin Hj Rahman”
“Mat cipannnnnn!!! “ syafika menjerit geram di dalam biliknya. Terngiang-ngiang ditelinga syafika nama lelaki itu

“Muhammad Fikrie Bin Hj Rahman” nama lelaki yang sering menganggu tidurnya. Lelaki yang selalu muncul dalam setiap mimpi indahnya, lelaki yang mampu membuatkan hatinya “vibrate” setiap kali menyebut namanya. Namun pertemuan syafika dan fikrie pagi tadi tidak sedikitpun menimbulkan perasaan suka dalam hatinya, rindu yang disimpan untuk lelaki itu mati secara tiba-tiba.

Hatinya sakit!!! Sebab fikrie berlagak seperti tidak mengenali dirinya semasa bercakap di telefon semalam. “Pika… hei tunggulah, kenapa laju sangat”
“Kau nak ape ni fikrie?”
“Alaa aku nak tanya, kau dah hantar ke kereta kau ke bengkel?”
“Belum lagi… petang ni aku hantarlah”

“Alaa kau ni, kitakan kawan takkan kau nak mintak duit dari aku?, kira settle jelah ek”
“Hamboi.. hamboi… hamboi, kau ni selambe kodok je eh?”
“aku tak peduli, aku nak kau bayar duit repair kereta aku tu, full stop!”
“OK, kalau macam tu.. kau bayarlah bil telefon aku, aku call kau semalam dari pukul 9 sampai pukul 3 pagi, nanti bil sampai aku bagi kau tengok ok!”
“Poyooo!!! kenapalah kau poyo sangat fikrie!!!” Tak disangka-sangka mutiara jernih itu menitis di pipinya, rindunya pada fikrie seakan tak berbaloi. “cinta pertama” itulah yang dialaminya, sehingga kini dia tak mampu membuang fikrie dari ingatannya. Dia sendiri hairan apa yang ada pada lelaki itu? sehingga dia tertaruh hati padanya. Dari zaman sekolah fikrie hanya pandai menyakitkan hatinya, dan menyakat sehingga dia menangis baru si fikrie puas hati.

Siapa sangka? setelah 15 tahun berlalu, sikap fikrie masih tidak berubah. Selambe, poyo dan toye.

“Aku takkan kalah, kali ni kau yang akan menangis! kita tengoklah nanti” ….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: