Satu nama tetap dihati 7

“Hampeh punye mat cipan! Kalau macam ni lebih baik aku berhenti kerja je, dari mengadap muka kau hari-hari…! Menyakitkan hati dan mata aku aje” gerutu syafika sebaik saja dia keluar dari bilik fikrie. Syafika geram! Makin dia ingin menjauhkan diri dari fikrie, makin fikrie dekat dengan dirinya. “Takdir mempermainkan akukah? astaghfirullah al azhim mulut ni, menyalahkan takdir pulak” bibirnya ditepuk-tepuk, menyesal dengan kata-katanya sebentar tadi.

“Cun…! “ fikrie menguntum senyuman. Jelingan syafika tadi masih terbayang-bayang di benaknya. “Cantik menarik tertarik, kau memang da bomb!” fikrie tersenyum nakal, lagu kumpulan ruffedge yang berkumandang di radio, dinyanyikanya. Hatinya berbunga-bunga! Wajah yang di rinduinya itu kini akan selalu berada di depan matanya. Bahagianya!!!

“Haa macam mana? Hensem tak bos baru kita?” kak salmah bersuara, sebaik saja nampak kelibat syafika keluar dari bilik fikrie. “Hensem? macam mat cipan je muka dia!” balas syafika di dalam hati. Syafika tersengih…! Malas nak bersoal jawap, nanti panjang pula ceritanya. Syafika termenung. Skrin komputer ditatapnya, “Maafkan saya dato, saya terpakse buat semua ini” tangannya ligat menaip sesuatu.

Kring… kring… “Hello selamat pagi, Jaksa MSM Enterprise boleh saya bantu?” kedengaran ketawa kecil di hujung talian. Mat cipan! “Marah aku nampak…!” soal fikrie. “Poyonya soalan tu, memanglah aku marah. Kalau boleh aku nak ketuk-ketuk kepala kau tu dengan pembaris panjang ni..!” marah syafika di dalam hati. “Marah? Kenapa saya perlu marah, tuan adalah bos saya. Tuan berhak lakukan apa saja” syafika cuba mengawal amarahnya. “Apa saja…? Are u sure…?” ada nada-nada nakal di situ.

“Ya, apa saje…” jawap syafika, malas. “Aku nak kau jadi milik aku, boleh?” fikrie bersuara perlahan. Terlalu perlahan sehingga sukar untuk syafika menangkap bait kata-katanya. “Apa dia tuan? Maaflah, tapi kurang jelas.” Jawap syafika endah tak endah. “Hurm nampak sangat tak beri perhatian bila cakap dengan aku” runggut fikrie di dalam hati. Merajuk..! “Aku kata, aku nak kau buatkan aku secawan nescaffe panas. Dah siap hantar ke bilik aku.” Syafika terpana! “tapi tuan, bukan ke aishah yang di tugaskan untuk buat semua tu?” syafika masih mengawal suaranya. “Aku tahu, sekarang ni aku suruh kau yang buat. Bukan hari ni aje, esok, lusa dan seterusnya. Pukul 9.00 pagi, aku nak air aku dah tersedia atas meja. Faham?” fikrie bersuara kasar, dia geram! “Kau ni melam…” syafika tidak menghabiskan ayatnya, satu keluhan keluar. “Baik tuan…” hatinya sakit, dia tak mahu bertekak lebih lama dengan mat cipan yang poyo teramat!

“Arghhhhhh… lagi lama aku kat sini, boleh jadi gila dibuatnya!” syafika geram. Langkahnya diatur menuju ke dapur dengan malas, selepas menghantar minuman fikrie dia kembali semula ke tempatnya. Masam mencuka wajah syafika.

“Ni air nescaffe ke ? Ini bukan air nescaffe, ini nama dia air longkang..! Kau ni reti buat air ke tak?” kasar suara fikrie menampar gegendang telinga syafika.

“Buat air bukan kepakaran saya tuan, selalunya yang buat air ni tugas aishah.” Syafika menunduk. Terasa hatinya dengan kata-kata fikrie. “Kalau ia pun kau dah ade orang yang nak buatkan kau air nescaffe yang sedap seumur hidup, janganlah kata air yang aku buat tu air longkang” kolam matanya mula berair, dia kalah lagi.

Nampak saja wajah syafika yang masam mencuka, yusri yang terkenal dengan gelaran ‘raja mengusik’ pun mula menjalankan tugasnya. “Alahai fika, ninie takde kat pejabat… mati kutu kau ek? Tak lari kemana teman wanita kau tu.” yusri mengusik. “Kau diamlah…! Aku sumbat mulut kau dengan mug ni baru kau tahu! ape? Kau ingat aku ni lesbian ke?! Hampeh betul, karang kutu tak mati, kau yang mati tertelan mug ni” syafika meninggalkan yusri yang tercengang-cengang. Selalunya syafika hanya akan berdiam diri, dan berlalu. Tapi hari ini? Yusri sengaja menjolok sarang tebuan, sejak bertemu dengan fikrie. Kemarahannya seringkali meletus, ibarat gunung berapi yang sekian lama tidur. Kini akan memuntahkan segala isi perutnya! Yusri garu kepala. “Kak salmah, ape kena si fika tu? Datang bulan ke?” yusri memuncungkan bibirnya ke arah syafika. “Padan dengan muka kau, tak habis-habis mengata dia dengan ninie. Agaknya dah hilang sabarlah tu, si ninie tu kan dah nak berumah tangga dah pun. Yang kau ni pun satu, sibuk jaga tepi kain si fika tu kenapa? Kau syok kat dia ke?” yusri tersengih. “saya gurau-gurau aje kak, bukan betul-betul pun… takkan gurau pun tak boleh, tak rocklah macam ni.”

“Rock hangguk kau!!! nah ni bertimbun lagi fail yang kau kena bereskan. Kau buat kerja kau lagi baik, dari kau menyakitkan hati si fika tu.” Kak salmah mengetuk bahu yusri dengan seikat fail. Yusri mengaduh sakit, “Apa ni kak main pukul-pukul… Dah laa malas saya melayan akak ni, orang perempuan ni memang leceh. Banyak nau kerenah.” Yusri berlalu dengan mulut terkumat kamit “Takkan semua perempuan dalam opis ni datang bulan kot?” . “Eh eh budak ni, kita pulak nak di salahkannya…!! Yusri… yusri…” kak salmah mengeleng kepalanya beberapa kali menyambung kembali kerjanya.

“Patut hantar sekarang atau elok beritahu dato dulu ye…? Arghhh bagi jelah kat mat cipan tu, lagipun, dia lagi suka aku berambus agaknya!” Sampul surat putih di atas mejanya direnung. Puas dia bertimbang tolak, akhirnya dia nekad!

“Surat perletakkan jawatan? Kau dah gila…? Siapa yang nak uruskan kerja-kerja kau nanti?” fikrie cuak. Kalau syafika berhenti kerja, takde maknenya dia berada di situ. “Tak… Surat perletakkan jawatan kau, aku tak terima. You can go now” syafika ternganga ada nada tak puas hati di situ. “Tapi tuan, saya…” belum sempat syafika memberikan alasannya, “Aku kata kau boleh keluar! NOW!!! Banyak lagi kerja aku nak kena bereskan.” Syafika merenung wajah fikrie tajam, diikutkan hatinya mahu fikrie ditelan hidup-hidup.

“Mat cipan ni memang gila!!!… “ syafika menangis. Kalau bukan dia yang gila, silap-silap hari bulan aku pulak yang gila nanti. Ninieeeeee….” Tiba-tiba dia teringatkan ninie. Fikirannya kusut…!
………………………………………………………………………

Sebaik sahaja siap berdandan, syafika terus memecut ke rumah ninie. Hari ni, hari yang penting dalam hidup ninie. Dia tidak mahu lewat menyaksikan detik bersejarah sahabat karibnya itu.

“Ini semua mat cipan tu punya pasal laa…! Aku bukan mintak cuti seminggu, 1 hari aje. Tu pun dia tak luluskan, sakitnya hati!” Syafika merengus geram. “Sampai bila aku nak tahan dengan perangai dia? Ni baru 4 hari, kalau bertahun-tahun? Makan hatilah hari-hari gamaknya! Bentak syafika. “Dia ingat aku ni ape hah? Ikut suka dia nak melenting. Mengarah pulak ikut sedap mulut saja. Syafika buat itu. Syafika buat ini..! Tangan aku ni dua aja tau, bukannya sepuluh! Kalau dia nak aku lakukan semua kerja, buat apa gatal pergi ambil staf lain?Muka tu pulak serius macam cipan!” syafika membebel lagi seorang diri. Geramnya sudah mencapai tahap maksima. “EEE dia tu memang mat cipan! Cipan merah, kuning, hijau dan segala cipan yang sama waktu dengannya!”

Dan entah dari mana, tiba-tiba sebuah van tiba-tiba melintas di hadapan kereta syafika. Belum pun sempat syafika menekan brek, sebuah dentuman yang kuat kedengaran dari setiap ruang, dalam kereta kembara miliknya. Kereta kembara milik syafika dan sebuah van sudah terdampar di tengah-tengah jalan raya. Baju kurung sutera berwarna putih berbelang pink yang menyaluti tubuhnya sudah bertukar merah! Kepalanya berat sekali. Pandangannya kabur, “Sakitnya…” syafika mengerang kesakitan. “Mamaaaaaaa…..!!!” syafika menjerit memanggil ibunya. Akhirnya dia pengsan di situ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: