Satu nama tetap dihati 8

“Opocot kau gelas… jatuh” gelas di tangan ibu syafika terjatuh dari tangannya. Kaca-kaca gelas yang bertaburan di lantai direnungnya. Dia memegang dadanya, “Ya ALLAH, anak aku ke…” hatinya rasa serba tak kena. Naluri seorang ibu selalunya tepat, tambahan pula syafika amat rapat dengan ibunya. “Bang… bang…!!” jerit ibu syafika dari dapur. Kuat.! Suara ibu syafika bergema. Suaminya terkejut! Sedang asyik menonton tv, tiba-tiba dikejutkan dengan teriakan isterinya dari dapur. “Kenapa ni hasnah, nampak hantu ke?”. Melihat isterinya berlari termengah-mengah, suaminya bingkas bangun mendapatkan isterinya itu. “Bang, hati hasnah rasa tak sedaplah bang. Syafika tu dah sampai ke belum ke rumah ninie.? Takut ada benda tak baik terjadilah bang” Suaminya mengucap. “Kamu ni hasnah, cuba fikir yang baik-baik sikit. Ntah-ntah si syafika tu dah sampai dah pun di rumah ninie.” Suaminya cuba menenangkan. “Alaa bang, janganlah bang. Cuba laa telefon si fika tu. Hati hasnah risau sangat ni bang.” mula menangis.

“Kamu ni… !” suaminya mengeluh. “Inilah orang perempuan, sikit-sikit menangis, risau sikit menangis tak faham saya.” Suaminya membebel. Tapi tangannya sudahpun mencapai telefon bimbit. Nombor syafika di dail. Tiada jawapan, hanya caller ringtone lagu jujur dari kumpulan radja yang kedengaran. “Tak berangkat laa hasnah, dia dah sampai agaknya ni… Mungkin majlis sedang berlangsung agaknya” jelas suaminya. “Bang… “ isterinya tersedu-sedu. Bagai memahami kehendak isterinya. Dia mencuba sekali lagi. Namun masih tiada jawapan. “Hurm.. budak ini buat orang risau, telefon tak di jawap” kali ni giliran ayah syafika pula yang risau. 5 panggilan di buat, satu pun tiada berjawap.

Kring… kring… kring…

“Hello…” suara ninie kedengaran di telefon. “Ninie, syafika dah sampai ke rumah kamu ke belum?” ninie terdiam. “Pakcik, ninie telefon ni pun sebab nak tanya. Fika taknak datang ke majlis nikah saya malam ni? Pengantin lelaki dah sampai dah ni.” Ayah syafika mengucap panjang. “Dah 2 jam dia keluar ninie… mustahil dia tak sampai lagi. Kalau sekejap lagi syafika sampai, kamu telefon pakcik balik ya” ninie menangis. “Yang kamu menangis ni kenapa?” ayah syafika pening. Yang di rumah isterinya teresak-esak menangis, di telefon ni pulak tambah lagi sorang. Memang dia tak akan faham dengan perangai orang perempuan…

……………………………………………………………

Sayup-sayup nama syafika dipanggil, “Fika…” terasa tangannya disentuh lembut. Umbun-umbun kepala syafika di kucup, penuh kasih. “Siapa tu…?” terasa titisan air hangat di lengannya. Namun dia masih tidak mampu untuk membuka mata. “Fikrie…? Awak…” gengaman tanggan syafika dilepaskannya. Perlahan-lahan dia berlalu. “Awak…” syafika cuba memanggil lagi, namun bayangan itu terus menghilangkan diri. “Awak, nanti… jangan tinggalkan fika.” Airmata mula menitis. “Awak…. !!! jangan pergi… jangan tinggalkan fika lagi…” Syafika menjerit sekuat hati. Namun hampa, jeritannya hanya menambah kesakitan di seluruh tubuhnya. Syafika masih menangis. Hinggalah dia terlena di situ.

“Auwww… “ Syafika mengaduh. Terasa tubuhnya di peluk. Kesan kemalangan semalam telah menunjukkan tanda-tanda kesakitan yang amat perit. “Fika… “ ninie menangis sambil memeluk tubuh syafika. Perlahan-lahan dia membuka mata, ternampak kelibat gadis yang cantik berpakaian indah. “Aku dah mati ke ni? ini syurgakah?” matanya di kerling ke kiri dan kanan. Dia di kelilingi oleh sekumpulan manusia. Sebahagiannya berbaju serba putih. “Mama…” terpacul keluar dari mulutnya. “Mama ada dekat sini sayang, syukur alhamdulillah fika dah selamat.” Sambil mengusap-ngusap rambut syafika lembut. Tiba-tiba dia teringatkan ninie, “Ninie…” Syafika cuba bangun tapi ninie memaut kembali tubuh syafika ke katil. “Fika kau masih lemah lagi, jangan banyak bergerak.” Syafika degil, dia bangun semula. Syafika tersenyum. Dia cuba mengangkat tangan kanannya, namun terhenti bila terasa berat dan begitu menyakitkan. Sudahnya, tangan kirinya menyentuh wajah ninie. “Kau cantik sangat ninie… macam bidadari, tapi sayang aku tak dapat saksikan detik indah korang berdua.” Syafika merenung abg man, sesekali kalih pula kepada ninie. Airmatanya menitik.

Ninie mengeleng. “Fika, aku hanya fikirkan keselamatan kau aja. Kau kehilangan banyak darah, jangan takutkan aku lagi macam ni lagi tau fika” tekan ninie seraya mencapai jemari syafika yang menyentuh lembut paras rupanya. “Tercapai hajat aku ninie, nak tengok kau dan abg man dalam pakaian pengantin.” Ninie menarik suaminya berdiri berdekatan dengan dirinya. “Padan sungguh…!!! Kan mama?” ibu syafika tersenyum. “Terima kasih fika, abg man harap fika cepat-cepat sembuh ok. Nanti abg man dan ninie nak menuntut hadiah dari fika” azman tersenyum. Bahu isteri yang baru dinikahinya semalam di rangkul mesra. “Abang ni, malulah ramai tengok.” Ninie tersipu-sipu. Pipinya sudah merona merah. “Ele malu la konon!” syafika ketawa. Yang lain pun turut ketawa melihat gelagat ninie yang tersipu-sipu di usik syafika. “Kau ni dalam sakit-sakit, sempat nak mengenakan orang ye” ninie mencebik.

“Apa yang meriah sangat ni? Eh, orang sakit dah baik dah ke?” doktor faizal menyempil. Sempat dia mengerling ke arah syafika. “Cantik!!” cetus hati kecilnya. “Mintak maaf semua, waktu melawat dah habis.” Jururawat memberi isyarat kepada mereka, bahawa sudah sampai masa untuk berpisah. “Fika jaga diri tau, esok mama datang lawat fika lagi.” Pipi gebu anaknya di cium berkali-kali. “Mama jangan risau, fika dah sihat dah… kan doktor?” syafika tersenyum memandang ke arah doktor faizal. “Ye makcik, ana makcik ni. Kalau rajin makan ubat, 2-3 hari lagi bolehlah dia keluar, tapi tak tahulah kalau dia nak jadi penghuni tetap dekat sini” … Faizal tersengih.

………………………………………………………………

SELEPAS 4 HARI DI HOSPITAL

Wajah syafika direnungnya dalam-dalam. Syafika menunduk. Segan bila wajahnya di renung begitu oleh faizal. Matanya masih disitu. Yang pasti di hati faizal, sesuatu telah berlaku (kuch kuch hota hai).

“Doktor…?” syafika tersenyum. “Agaknya bila saya boleh balik?” Faizal memandang syafika penuh makna. “Fika boleh balik hari ini kalau fika nak…?” syafika melompat suka. “Jadi saya boleh balik hari ini…? Alhamdulillah.” Lompat punya lompat, hingga tersilap landing, mujur faizal sempat memaut tubuhnya. Kalau tidak sudah lama dia tergelongsor mencium lantai … “Auchhh….” Muka syafika merona merah. Perasaan malu menerajang tiba-tiba. Saat ini dia berada di dalam pelukkan faizal. Syafika berdehem. Tiada tanda-tanda lelaki itu mahu meleraikan pelukannya.

Tukkk Tukkk…………

Fikrie muncul di sebalik pintu. Syafika terkejut. Lalu ditolaknya tubuh faizal jauh darinya. Dia menunduk. Seperti pesalah yang bersedia menerima hukuman. Wajah fikrie di kerling. “Saya menganggu ke?” fikrie bersuara tenang menyembunyikan perasaan cemburu yang kian bersarang. “Haruskah aku melihat semua ini? Inikah hadiah yang perlu aku dapat syafika… kerana mencintai kau sepenuh hati.” “Taklah… saya pun nak keluar dah ni, awak ni siapa…?” sapa faizal ramah. “Saya kawan lama dia” fikrie menyambut huluran tangan faizal. “Kawan je ke? Aku nak lebih dari tulah.. “ syafika mengomel di dalam hati.

Fikrie merapati katil syafika. Dup dap, dup dap!!! Hati syafika berdegup kencang. Dia memberanikan diri merenung wajah fikrie. “Tampannya!” syafika begitu leka membelek muka fikrie hingga tak perasan fikrie sudah duduk di hadapannya! “Hai.. aku ingatkan kau betul-betul tak sihat, rupa-rupanya berasmaradana dekat hospital ni rupanya” sinis fikrie melafaz kata. Syafika membuntangkan matanya. “Apa maksud kau…?” “Kau jeles ke? Atau kau yang nak peluk aku?” rindu hatinya dengan seraut wajah itu.

“Kau ni tak malu ke fika? Selama ni kau berlakonlah ye, kononnya perempuan baik-baik…? Perempuan macam manalah kau ni, aku pun tak tahu. “

“Kau tak boleh cakap macam tu pada aku fikrie” suara syafika sudah bergetar. Cuba menahan rasa geram serta sebak yang menyerbu sekali. Syafika menahan air hangat dari menyentuh birai matanya. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan fikrie.

Fikrie tersenyum sinis. “Memang betullah sangkaan aku. “ Syafika hanya menunduk sepi. Airmata laju menitik. “Kau ni memang pandai berlakon. Siap dengan airmata lagi. Tak ada rasa malu langsung!” fikrie sengaja mahu bermain dengan api.

Panggg!!!

Tiba-tiba tamparan syafika singgah ke pipi fikrie. Fikrie kaku. Terperanjat dengan tindakan berani syafika yang dari tadi menunduk. Pipinya yang terasa pijar, disentuh. “Kalau kau datang ke sini, semata-mata nak menyakitkan hati aku! Nak melukakan hati aku…lebih baik kau tak payah datang. Hadir kau dalam hidup aku ni hanya untuk melukakan aku saja ke? Aku pun punya maruah fikrie! Sekalipun aku adalah pekerja kau” syafika membentak geram. “Keluar… tolonglah pergi” syafika menangis tersedu sedan. Fikrie menurut. Dia tak mahu syafika menangis berterusan. Mungkin betul kata syafika tadi kehadirannya hanya membawa duka buat gadis itu. Tapi apakan daya, perasaan cemburu yang meluap-luap di hati fikrie telah mewujudkan lagi jurang antara fikrie dan syafika.

“Ya ALLAH.. apa yang telah aku katakan ini?” fikrie meraup mukanya. Dia menyesal…!!!!! sungguh…. segala-galanya dilakukan kerana dia terlalu cemburu. Kerana cemburu, sekali lagi dia melukakan hati gadis itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: