Anak mak siti

Perlahan ku sedut Dunhill yang tinggal separuh. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut dan hidung.. Ah… Damai rasanya. Dari jauh aku renung wajah ayu setiausahaku.. cermin hitam. Dia bukannya tau.. aduuuhhh… manisnya anak Mak Siti nih. Tak jemu mata memandang. Kemanjaannya cukup membuat jiwa lelakiku bergelora… alamak! Dia datang!!

Sepantas kilat aku perbetulkan kedudukanku yang dari tadi dok merenungnya. Aku buat-buat sibuk mambaca laporan.

Tuk! Tuk! Tuk! Pintu di ketuk.

“Come in!!” jeritku dari dalam. Perlahan dia masuk bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya yang comel. Cute!!! Ish! Lisa nih aku cium jugak kau ni karang!! Jerit batin lelakiku.

“En Rizal, jangan lupa pukul 11.00 a.m En Rizal ada meeting dengan Mr Tan, regarding project yang dekat Pulau Indah tu..” katanya lembut.

“Ok,” aku jawab acuh tak acuh. Saje jee boslah katakan. “Ada apa-apa lagi?” tanya ku ringkas. Tak sanggup lagi rasanya menahan degup jantung ku yang semakin kuat bergetar.

“Erm.. tadi Cik Linda call, dia nak jumpa En Rizal. Katanya ada hal penting nak bincang.”

“Linda?? Kenapa awak tak cakap saya dah resign dari company nih?”

“Hah??!! Kenapa?” Lisa tercengang.

“Tak apalah.. lain kali kalau dia call cakap saja saya dah mati.” Kataku ringkas. Ish. si Linda ni pun satu.. aku kata BREAK OFF tu tak paham-paham lagi ke? Tak reti bahasa betullah dia nih. Aku tengok Lisa mencebik. ha!! Cantik sangat lah tu buat muka macam tuh!

“Ha! Apsal awak buat muka macam tu?”

“Tak apa-apa. Er… itu saja yang saya nak ingatkan. Saya keluar dulu ye..” kata Lisa minta diri.

Ha?!!! Nak keluar dah!? Jangan ler.. aku lom puas tengok muke ko lagi.. LISA..

“Em..” aku mnganguk selepas biarkan dia tercegat tunggu arahanku. Hehehehe..

Perlahan Lisa meninggalkan aku.. aduuh.. anak Mak Siti nih punya lenggok!!! Cair jantung aku dibuatnya.. ala biasa ar.. lelaki.. maner lagi nak pandang. Hehehehe…

Alahai. Apa nak jadilah dengan aku nih.. tiap kali nampak jer muka Lisa hatiku sejuuuk je.. nak marah pun tak jadi. Kalau dari dulu aku tahu Makcik Siti sebelah rumah aku ader anak dare cun cam Lisa ni, taklah aku ikut papa dok kat oversea sana, lebih baik aku lepak dengan mama kat sini. Terhibur jugak mata aku tengok anak dara Mak Siti. Hik hik hik

Kalaulah si Lisa tu jadik bini aku.. alangkah bestnye.. tak keluar rumah ler aku gamaknya.. Aku bersandar di kerusi empuk ku. Fikiran terbang melayang bersama bayang-bayang Lisa.. singgah ke sebuah mahligai yang indah. Seba putih dan kebiruan.. alangkah bahagianya.. Zzzzz aku tertido..Zzzzz

Tut.. tut.. intercom berbunyi. Aku terkejut! Dengan malas aku tekan butang merah yang dari tadi berkelip-kelip. Nasib baik sora Lisa. Kalu tak!!??

“En Rizal. Naper tak gi meeting lagi?? Kan dah pukul 10.45! Nanti lambat pulak!”

“Ops… saya terlupa. Okey saya nak pergilah ni.” Aku cover.. hehehehe

“En. Rizal ni.. entah apa yang dia ingat ntah! Jangan lupa proposal kat tepi meja tu..” Macam mak nenek pulak budak Lisa ni membebel.. aku senyum..

“Iye sayang. Thank you,” kata ku. Ala.. dia dah biasa dengan panggilan ‘sayang’ aku. Cuma dia tak dapat bezakan ‘sayang’ yang aku maksudkan tu dia tu.. alahai Lisa.

Aku bangun dan perbetulkan baju supaya nampak lebih segak.. ahaks! Keluar dari pejabat tanpa melihat gadis pujaanku.. ala.. tak leh la. nanti staff lain tau..

*******

Petang itu aku balik rumah mama.. hehehehe.. saje nak tengok Lisa, mana lah tau dia duduk-duduk kat luar ke.. boleh jugak tumpang sekaki.. bak kata orang tua.. kalau tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumahnya pun jadik laaa.

Aku sengaja duduk kat balkoni tingkat atas.. releks tengok bulan. Sekejap tu mama datang bawak air kopi segelas..

“Hai.. sejak bila pulak anak bujang mama ni pandai merenung bulan? Riz dah jatuh cinta ya.”

“Mana ada! Sapalah yang nak kan Riz ni ma.. dah lah rupa tak de.. “

“Eleh… ye lah tuuu.” Mama mencuit hidung ku.

“Betul ma.”

Aku ternampak sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah Mak Siti. Mesti Lisa dah balik! Eh!!! Seorang lelaki bersama Lisa, dan Lisa pula mendukung seorang budak! Hah!!! Lisa dah kahwin ke?? Ish! Tak boleh jadik nih!!

Tanpa segan silu aku bertanya pada mama. “Ma… tu Lisa kan? Anak siapa yang dia dukung tu?”

“Itu anak dialah! Kan dia dah kahwin! Kamu tak tahu ke?”

“Dah kahwin????!!! Bila dia kahwin??!” Aku terkejut beruk dengan jawapan mama.

“La.. dah 2 tahun dia kahwin Riz.. dah ada anak pun. Melepaslah kamu.. hehehehe..” mama ketawa.

“Ish ke situ pulak mama nih.. Riz tanya aja..” aku cover.. tapi. TIDAK!!!! Lisa pujaan hatiku sudah di miliki rupanya!! Waaaaaaaaaa!!!!! Aku menangis di dalam hati.

********
Malam itu jugak aku balik apartment ku. Tak sanggup lagi melihat bumbung rumah gadis ku yang telah pun dimiliki itu. Tersiksanya hati. Terasa duniaku kosong tiada berpenghuni. Alamak!!! Pedihnya hatiku ini!!!!! Penangan cinta Lisa terlalu kuat sehingga aku tak bisa lagi menanggung kepedihan yang maha hebat ini. Lisa, why??????!!!!!

Aku frust!! Aku kecewa!!! Aku seolah hilang suara untuk menyanyi di karaoke. Aku hilang gaya untuk menari. Aku sepi! Aku alone! Lisa!!!! Nama itu tak mampu lagi aku tolak ke tepi. Nama itu telah terukir indah di hati, tapi hakikat telah membuat aku kehilangan.

Buat pertama kali dalam hidupku, aku jatuh cinta dengan seorang gadis dari pandangan pertama. Pertama kali dalam hidupku, jiwa lelaki bergelora bila merenung ayu wajahnya dan pertama kali jua cintaku musnah sebelum ia berputik.

Selama ini cinta palsu datang dan pergi bagai pakaian yang menyaluti tubuhku. Linda.. Emma, Nita dan entah siapa lagi. Sewenangnya aku miliki dan lepaskan ia pergi. Mengapa tidak untuk kali ini? Aku buntu!!

******
Aku malas nak pergi pejabat! Dah tiada apa yang hendak ku lihat lagi… sudah tiada penyeri!! Kemalasan yang memuncak telah memaksa aku untuk terus berselimut dan tido.. hik hik hik…

Tut… tut… tut… handphone ku berbunyi.. ku lihat nama LISA berkelip-kelip di skrin handphone ku. Ah!!! Biarlah dia!!! Aku biarkan telefon itu berbunyi. Anggap sahajalah ia menyanyi untuk mendodoikan aku..

Aku tahu dia resah, aku tahu dia risau. Berulangkali Lisa call aku. Tak cukup call handphone dia call aku di rumah.. aku terus biarkan. Memang aku sengaja buat dia risau. Tapi bukan risau sebab tak hadiri mesyuarat dan beberapa discussion yang telah dia jadualkan untukku. Aku mahu dia risau tentang perasaan ku!!! Itu yang aku mahu! Cuma itu!! Tapi itu MUSTAHIL!!!!

Lisa!!!!!!!!!!!! Aku gila dibuat kau!

********
Seminggu aku tak ke pejabat. Entah dari mana datangnya kekuatan, aku pergi jua. Sengaja aku terus ke kitchen buat air sendiri.. air yang Lisa buat dah tak sedap.. hik hik hik kemudian aku masuk ke bilikku.. alahai mata. Mesti nak jeling tempat duduk Lisa.. Eh! Dia tak ada!!! Lantaklah!! None of my business!!!!

Aku jeling jam.. dah pukul 11.00!! Ke mana sahajalah si Lisa nih.. ish! Carik Lisa lagi!!! Tuk tuk tuk… pintu ku diketuk. Terpacul Nizam dari luar..

“Oit!! Mane ko pergi?? Ilang tanpa berita langsung!”

Aku senyum je. Aku tengok muka Nizam hairan.. lor aper lak nih!!??

“Ait! Sejak bila pulak ko pandai simpan janggut dan jambang ni?? Ko frust ke Riz??”

Alamak lupa nak tebas. “Huh!! Yelah tu. jangan nak memandai.. apa barang Rizal frust!!??” kata ku dengan angkuh! Nizam senyum tak ikhlas.. .. “Apa citer company nih tanpa aku?”

“Company under control.. cuma ko punya secretary je.. yang aku tak boleh nak control.”

“Ait!!? Naper dengan dia? Em.. mana dia? Aku tak nampak pun?”

“Banyak tanyalah dia!!! Sampai aku dah tak tau nak jawab cane dah!! Hari-hari tanya pasal ko!! Tapi ari ni dia MC demam! Rindu kan kau kot!”

“Lor.. dah berlaki! Wat pe nak rindu ngan aku?”

“Ait!! Bila masa pulak si Lisa tu kahwin?”

“La.. dah ada anak pon.. takkan kau pun tak tahu!!!” kata ku berang. Ish bengang nyeeee!!!!

“Oooooo… sebab itulah kau hilang niii. Rupanya kau dah jatuh hati dengan dia ye.”

“Kau jangan nak memandai Zam!!”

“Elleh!! Macam aku tak tahu kau tuuu!! Ingat aku tak nampak yang kau asyik daring dia..?” Hik.. hik.. hik… Nizam ketawa kecil. Alamak kantoi lak pulookk..

“Itu la.. ko! Dah jatuh cinta tak bagi tau akuu.. kan dah melepas..”

“Zam.. betullah Lisa tu dah kawen..?” aku tanye soalan bodo kat Nizam.

“BINGO!!! Memang sah ko dah jatuh hati kat dia!!! Ooooii!!! Orang-orang kampung!!! Sapa nak tahu!!!”

Cepat-cepat aku tekup mulut Nizam.. ish!! Buat iklan pulak dia. Aduuhh bodohnyee akuuu!!!

“Lepas ni kau kene belanja aku makan sebab aku nak bagi tau kau sesuatu.. hehehe..” kata Nizam dengan muka yang penuh dengan curiga.

“Apa bendanya?” tanya ku.

“Janji ko belanja aku makan..”

“Iye.. promise!”

“Sebenarnya Lisa tu memanglah dah kawin.. kakakakaka!!!!” Nizam ketawa!!

Ceh!! Baru aku nak hempuk kepala dia dengan file. “Nanti!!!! Tapi Lisa Amyra. Secretary kesayangan ko tu.. Lisa Amyza!!!”

“Hah!! Apa yang kau merepek nih!!???” Aku tak jadik hempuk kepala Nizam.

“Itulah kau!! Jiran sendiri pun tak tau!! Anak Mak Siti kat sebelah rumah kau tu.. kembar.. sorang Lisa Amyra, sorang lagi Lisa Amyza. Lain kali gi lah dok kat seberang laut lagi!!! “

“Betul ke ni Zam??!!! “

“Kenapa tak percaya ke?” Nizam buat muka cam iklan lak!!!

Hik hik yahoooooooo!!! Aku jerit dalam ati.. “Jom aku belanja ko makan!!!”

*****

“Awak. Lepas ni awak tak yah kerja lagilah ye. Jadi suri rumahtangga sepenuh masa.”

“Ala… ” Dia tak setuju..

“Awak.. saya tak mahu isteri saya buat keje berat. Nanti kasar pulak tangan isteri saya ni..”

“Yelah tu. Entah-entah awak nak tukar secretary yang lebih seksi tak??”

Aku senyum… hik… hik… hik… hik… pas tu… “ADOOIIIII!!!” Peha ku dicubit dek lisa.. Aduhhh bini ku sorang niii. Aku jeling Lisa dengan renungan yang tajam. Cepat-cepat dia larikan anak matanya. Oo… buat tak tau je yeeeee.. nantilah awak!!!!!

Aku ikut Lisa dari belakang pas tu aku dukung dia awak masuk bilik!!! Pas tu.. Sibuk ar korang!!!!!! Ni hal org tua-tua!!! Shuu… shuu… gi jejauh!!! Tutup mata jangan tengok!!!!! Shuuuu!!!!

5 Respons

  1. wawawaa..
    mantop! skidas2…
    lucu r cite nih.. nak lagi.. nak lagi.. hahahaha…

  2. huakakakakakaaaa..

  3. hmm best… tapikan kalau ceta sikit mcm mana riz boleh ngorat lisa mesti best lagi…..

  4. best plk crite ni….
    sronok je…

  5. bestlah..tp pendek sgt…tgh syok2 dah abis lak..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: