Alamak … Dia Lagi! 1

“Aduh… lenguhnya tangan aku ni Mila! Mau tertanggal dibuatnya kalau tiap-tiap hari macam ni. Lagi-lagi kalau ‘pakcik’ tu yang suruh! Tak pernahnya dia bagi assignment yang sikit-sikit, sekali bagi menimbun fail atas meja aku ni.
Sila rujuk kebawah untuk membaca keseluruhan cerpen

“Kalau disusunlah sekalian fail tu, maunya setinggi bangunan KLCC tau!” omelku terus-terusan sambil mataku melilau ke arah meja Mila, kawan sepejabatku yang selama ini seringkali menjadi mangsa bebelanku.

Nak buat macam mana, dah dapat kawan macam aku ni, kenalah ada tahap kesabaran yang tinggi! Aku ni pula jenis yang kuat memprotes. Ada je benda yang tak kena di mata aku ni. Semua benda aku nak komen. Kalau tak keluar kritikan aku tu, tak sedap badan pula jadinya!

“Eleh, kau ni cakap je lebih! At last siap juga,” balas Mila yang sedari tadi aku perhatikan dok tercongok depan monitor komputernya. Aku rasalah, Mila mesti tengah hantar e-mel kat boyfriend dia. Yelah, loving couplelah katakan! Aku ni juga yang still available (ala-ala tak laku pun ada juga)…

“Kau jangan sebarang cakap Mila, punya banyak fail ni, dia suruh aku update dalam seminggu je tau! Dah la hujung minggu ni aku kena balik kampung. Mak aku kata emergency. Entah apa kenanya mak aku tu, suruh cakap tak nak, katanya balik dulu. Ni yang buat aku bertambah tension,” kataku sebaik melihat Mila yang tersenyum kambing padaku.

“Apa senyum-senyum? Aku tahulah kau punya gigi tu putih, bersih dan berseri bagaikan mutiara. Boleh jadi model iklan Colgate lagi! So, janganlah tayang-tayang kat aku,” seringaiku sejurus selepas itu.

“Aku bukan apa, bos kita tu mesti dah naik syok kat kau. Tu pasal dia bagi kau kerja banyak-banyak, kononnya nak test tahap kesabaran kau! Alah, macam cerita Musang Berjanggut tu. Nak cari bakal isteri yang tahan sabar dengan cara yang paling unik dan belum ada lagi dalam dunia ni orang guna stail tu untuk mencari jodoh tau! So, kesnya samalah macam kes kau ni. Dia nak yang tahan sabar dan bijaksana serta bijaksini macam kau!” sambung Mila panjang lebar. Budak ni kalau diberi peluang bercakap, mengalahkan aku! Hisshh… tak boleh jadi ni!

“Ha, yang kisah mak kau ni pula. Aku fikir, mesti ada rombongan nak meminang kau, tu yang secret sangat!” ujarnya selepas menarik nafas panjang. Aiik budak ni, ada lagi dia nak cakap rupanya. Aku ingatkan dah habis idea tadi! Baru je aku nak buka mulut, dia dah buka awal-awal.

“Sudah-sudah la tu, Mila.Daripada aku dok melayan pendapat-pendapat kau yang tak berasas tu, baik aku call kawan lama aku ada juga faedahnya!” ujarku apabila melihatkan jari-jemari Mila masih setia menekan-menekan keyboard menaip sesuatu yang aku sendiri tak ketahui!

Apa la khabarnya si Farah, kawan sekolah aku dulu. Rasanya dah dekat lima tahun tak dengar khabar dia. Budak ni pun bukannya nak call aku! Eh lupa pula, aku yang tak pernah nak call dia dan selalunya dialah yang rajin call aku! Hah, asyik dok nak protes orang je, penghabisannya batang hidung sendiri yang terkena! Malu-malu, nasib baik orang lain tak tahu. Kalau tak, teruk aku kena kutuk!

“Hello, assalamualaikum. Boleh saya bantu?” sahut satu suara yang amat lembut di hujung talian. Hairan ada, pelik lagilah ada. Ya Allah, lembutnya suara minah ni. Dulu sikit punya rock! Takkan dalam masa yang sesingkat ni boleh berubah?

“Waalaikumsalam warahmatullah. Ini Farah Suwaibah kan? Cuba teka siapa ni?” soalku tanpa mahu memperkenalkan diriku yang sebenar.Mana la tahu, kot-kot nama lain yang terkeluar!

“Eleh, macam la aku tak kenal suara kau. Tak pernahnya nak berubah, still macam dulu juga. Kau tu yang dah tak cam suara aku,” jawab Farah. Dah sah budak ni cam suara aku, cehh… buang karan je aku buat bunga-bunga ayat tadi, dapat juga dia trace suara aku yang ‘merdu bak buluh perindu’ ni!

“Lama tenggelam, sekarang baru timbul balik? Busy lah katakan! Almaklumlah, dah jadi assistant manager sekarang ni! Mulalah nak lupakan aku yang serba kekurangan ni,” kata Fara tiba-tiba.

Mana pula dia tahu pasal kenaikan pangkatku ni. Setahu aku, aku tak cerita pada sesiapa selain daripada keluarga aku. Tak naklah heboh-heboh sangat nanti dia orang kata aku nak eksyen pula.

“Mana kau dapat berita ni? Janganlah percaya sangat khabar-khabar angin ni. Takkanlah aku nak buat macam tu pada kau. Seteruk- teruk aku ni, tak adalah sampai nak melupakan kawan-kawan lama aku,” getusku seakan-akan masih mahu menyembunyikan perkara yang sebenar.

“Tak payahlah kau nak sorok daripada aku! Ila dah bagi tau aku masa mula-mula kau naik pangkat lagi. Kata dia, mak kau yang cakap,” tambah Farah tak lama selepas itu.

Aduh! Mak aku pula yang bocorkan. Macam mana ni? Punya la aku perap cerita tu, kononnya tak nak bagi tahu kat orang lain, lastly mak aku yang tukang sebarkan! Tapi, kalau difikir-fikirkan balik, mak aku berhak nak berbangga dengan kejayaan anak dia ni. Berbaloi jugalah dia mengandungkan aku terlebih bulan, adik-beradik aku yang lain sembilan bulan sepuluh hari je, aku ni dah jadi sebelas bulan pula! Macamlah tak nak tengok dunia luar.

Borak punya borak sampai tak sedar dah dekat sejam lebih aku membazirkan bil telefon pejabat aku! Kalau tahu dek bos siapa punya angkara ni, sah merah la telinga aku dibuatnya. Yelah, bos aku tu dahlah kuat membebel, baran dia tak pernah berkurang! Aku pun naik pening kadang-kadang tu, sikit-sikit nak marah!

“Eh, kau ni apahal pula? Lepas je cakap dengan Farah tadi, terus kau dok termenung sorang-sorang! Kau jangan main-main, lain macam je aku tengok kau ni dah kena sampuk ke?” soal Mila seakan berseloroh.

“Aku bukannya kena sampuk! Cuma terkenangkan memori-memori lalu,” jawabku sejurus selepas itu.

“Memori lalu, memori lalu juga, kau tak nak balik ke? Dah pukul 5 ni, ke kau nak jadi pekerja contoh bos kesayangan kau tu?” soal Mila apabila melihat aku masih ligat mencari fail-fail untuk dibawa balik ke rumah.

“Kau ni pun asyik nak cepat je!” balasku. Bagi pandangan aku lah, Mila ni kalau masuk sukan Olimpik acara berlari pas baton, confirm boleh menang! Apa taknya, hari-hari sebelum datang kerja dah pergi jogging dengan boyfriend dia. Padahal badan dia dah cukup slim tapi masih nak kuruskan badan lagi. Kalau non-stop la dia buat kerja macam tu, mau tinggal tulang bila nak naik pelamin nanti!

“Cepatlah, nanti aku tinggal kau karang! Tak pasal-pasal kena tidur kat ofis dengan pak guard kat bawah tu,” kata cik minah tu.

“Ooo… time aku nak tumpang kereta kau mulalah nak buli aku. Tak apa, esok insya-Allah kereta aku siap, tak payah tumpang kau lagi! Kau bolehlah balik cepat-cepat! Nak tinggal aku pun suka hati kaulah. Kawan apa macam ni? Time senang ada, bila aku tengah desperate ni kau nak hilangkan diri pula. Ni yang rasa macam nak berhenti kerja ni,” jawabku pura-pura sedih.

“Alah, kau ni pun. Aku main-main je la, takkan ambil hati kot? Tak yahlah resign, nanti aku tak tahu nak kacau siapa pula lepas ni kalau kau tak ada! Udah le tu kemas barang-barang kau, aku tunggu ni,” sahut Mila dengan nada yang semakin rendah. Agaknya dia percaya aku sedih la kot!

“Oklah. Aku nak off dulu komputer ni, karang bos kau tu kata pekerja dia suka membazirkan harta pejabat. Elok-elok bulan ni gaji aku penuh, tengok-tengok bulan depan dah tinggal half sebab kena potong buat bayar bil elektrik.”

Dah ditakdirkan aku bekerja dengan bos yang ala-ala kedekut macam ‘Haji Bakhil’ kenalah anak buahnya pandai berjimat! Hisshh,ni ha. Nak tergelak pun ada aku tengok si Mila ni, macam mak nenek pula dok mencekak pinggang tepi pintu tu!

“Eh,sekejap yek. Kau tunggu aku kat bawahlah dengan ‘best friend’ kau tu, jap lagi aku turun. Aku nak pastikan dulu barang-barang yang aku kena selesaikan kat rumah. Nanti ada yang tertinggal pula. Kesian aku tengok kau dok tercacak depan pintu menunggu aku yang ala-ala ‘siput’ ni,” tuturku satu persatu.

“Oklah, aku tunggu kat bawah,” ucap minah blonde tu. Issy… mana pula perginya briefcase kesayangan aku ni? Masa masa yang tengah suntuk ni la dia nak ghaib! Mujur juga aku perasan, kalau tidak perit beb nak patah balik dari rumah aku ke Serdang ni. Bukannya dekat! Maunya si Mila tu mengamuk kat aku!

Bila direnung-renung balik, apasal aku cari kerja sejauh itu, macamlah tak ada kerja kosong yang sesuai dengan bidang aku ambil dekat rumah aku tu! Nak kata sebab bosnya baik hati, jauh sekali! Gaji mahal? Tak adalah pula, biasa aje. Entahlah aku pun tak tahu kenapa. Mungkin ada hikmah yang terselindung di sebalik semua ni…

Syok sungguh bila balik kerja tak payah drive sendiri! Boleh tengok pemandangan sekeliling dengan senang hati. Enjin turbo pacuan empat roda Mila dah pun memasuki Kelang, suasana di sini memang macam di kampung aku. Tenang, aman, damai dan komuniti kat sini pun hidup dalam keadaan harmoni.

Bila dah cerita pasal kampung ni, teringat pula zaman sekolah aku di kampung. Memang gamat kalau nak dibangkitkan semula semua memori-memori silam tu. Rumah mak aku lebih kurang dua tiga kilometer dari sekolah. Alkisah ceritanya, setiap hari aku jalan kaki pergi sekolah dengan seorang kawan baik aku Ila. Kononnya kami ni nak exercise! Akibatnya uniform sekolah kami pula yang basah dek peluh.

“Hazman, Hazman . . .” Nama yang satu inilah yang telah aku cuba lupakan bertahun-tahun yang lalu. Namun, apabila sahaja nama Ila ku sebut, nama itu sering hadir di sisinya. Kata Farah, dia sudah balik dari Belgium dan perkara yang paling menggerunkanku ialah dia masih cuba mencariku!

Setelah apa yang telah berlaku, adakah aku masih mampu berhadapan dengannya? Aku sendiri pun tidak dapat menjawab soalan itu, masakan dia mahu memaafkan aku sedangkan perkara itu jugalah yang membuatkan aku gelisah saban hari. Malam-malamku ditemani mimpi dan igauan berkaitan perkara yang satu itu! Aku tak mampu, aku tak mampu menerima bahawasanya suatu ketika dulu aku pernah melakukan perkara sebodoh itu?!

Satu Respons

  1. x sbr den nk bace part lain..-nur-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: