Alamak … Dia Lagi! 3

Eh, eh budak ni! Sempat lagi dia berangan dalam kereta aku ni. Hoi, makcik! Dah tak nak balik ke? Atau kau nak terus ikut aku balik rumah aku tu?” Sergah Mila secara tiba-tiba.

Mau gugur jantung aku dibuatnya. Hishh, Mila ni kalau bercakap dengan boyfriend dia, bukan main lagi lemah-lembutnya! Tapi, bila dengan aku je terus jadi suara bagaikan petir yang mahu membelah bumi. Bukan sahaja bumi, bahkan seluruh alam semesta ni dia nak belah! Tak faham betullah aku dengan perangai sahabat aku yang seorang tu. Lain betullah dia ni berbanding pula dengan manusia yang pernah aku kenal sebelum ni. Risau juga kalau dibuatnya lepas kahwin ngan Shahril, perangainya pada aku tu diaplikasikan pula pada Shahril. Taufan la jadinya! Tak dapat dibayangkan betapa besarnya kemungkinan yang bakal terjadi.

“Engkau ni macamlah tak faham dengan perangai aku yang lain daripada lain ni. Ala-ala tajuk rancangan televisyen pun ada, ‘Lain Dari Yang Lain‘. Hehehe… Benda free tu lah akan menjadi hobi aku secara automatiknya, lagipun kalau nak berangan ke mimpi ke bukannya kena bayar!” selorohku sambil tertawa walaupun di dalam hati ini terselit suatu perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Fikiranku asyik sahaja menerawang mengingatkan insan yang satu itu. Satu-satu kenangan antara aku dan dia muncul bagai tayangan slide yang dipaparkan di hadapan penglihatan mataku ini…

Tit tit, tit tit… Deringan SMS (Short Message System) dari handsetku yang telah kuprogramkan dengan lagu Meteor Garden beserta getarannya mengejutkan isi perut pacuan empat roda itu. Manakan tidak terkejut, handset itu kuletakkan di atas dashboard kereta Mila!

“Biarkan jelah. Tak de mood pula aku nak baca mesej tu. Nanti-nantilah aku tengok. Bukannya hilang pun mesej tu. Oklah, thanks a lot coz sudi juga kau tumpangkan kawan kau yang dalam kesusahan ni. Kalau tak ada kau, tak baliklah aku jawabnya. Kaulah ratu hatiku, Mila ooi!” ujarku sejurus selepas itu.

“Hek eleh, nak termuntah pula aku dibuatnya. Daripada aku melayan kerenah kanak-kanak riang ribena macam kau ni, baik aku layan blues ngan boyfriend aku yang handsome seorang tu. Yelah, senyuman dia tu yang mahal. Tak denya dapat kat Kedai Emas Poh Kong tahu tak?!” Tersenyum sumbing pula nampaknya budak seorang ni.

“Sekarang ni nampaknya giliran aku yang nak termuntah, baiklah aku bawa diri aku masuk ke dalam dahulu. Sudah-sudahlah tu merepek. Banyak sangat merepek, hidung jadi kemek, tak pasal-pasal nanti tergolek!” Ambil kau sedas daripada aku.

“Bye. Assalamualaikum,” ucapku antara kedengaran dengan tidak. Lantas, tanganku segera mengambil telefon tanganku dari dalam tas tanganku untuk memeriksa siapakah yang menghantar SMS sebentar tadi. Mataku membulat. Eh, nombor siapa pula ni? Biasanya kalau nombor yang aku kenal, akan keluar namanya dan bukan nombornya sahaja. Tak pelah, baik aku baca je. Mana tahu kot-kot dia orang ni dah habis kredit, lepas tu guna telefon kawan-kawan dia orang hantar mesej pada aku.

Gumpalan awan di langit bagaikan mengaburi memori silam kita,
Hempasan ombak di laut bagaikan badai yang melanda hati kita,
Desiran angin bagaikan membisikkan rahsia hati kita,
Dan, redupnya matamu bagaikan menyembunyikan luka yang bisa…

Siapa pula yang nak buat lawak antarabangsa dengan aku petang-petang hari ni! Sahlah bukan member aku! Tapi siapa yek?! Ni dah kes parah. Better aku try hantar SMS pada nombor ni. Mungkin dia nak hantar pada makwe dia tapi tersilap send.

-Assalamualaikum. Awak baru hantar mesej pada nombor saya tapi mungkin awak tersilap hantar mesej ni.Cuba awak periksa semula nombor yang awak nak hantar tu-

Seminit, dua minit, tiga minit… Tit tit, tit tit.. Ada mesej lagi. Mungkin dia nak terima kasih pada aku sebab inform pada dia kot. Yelah, aku dah berjasa pada dia. Mestilah kena ucap terima kasih kan?!

Aku semakin hampir denganmu,
Namun kau sering menjauhiku,
Rinduku semakin mendalam terhadap dirimu,
Tetapi rindumu kau campak jauh-jauh dari bayangan hidupmu…

Aduss, semakin parah nampaknya! Dia tak periksa ke nombor makwe dia tu? Suka-suka hati je send kat nombor orang. Nak kena manusia seorang ni… Kalau dah SMS tak jalan, senang cerita aku telefon jelah!

Trut trut, trut trut.. deringan kedengaran. Ada harapan nampaknya! Huh, apa yang lama sangat tak angkat ni? Dah nak cair tahi telinga aku dengar deringan yang tak berjawab ni! Hah, pulak dah. Masuk voicemail pula! Geram pula aku dibuatnya!

Ah, biar ajelah orang macam ni. Orang nak bagitahu yang dia tersalah hantar mesej, dia tak nak layan pula. Buat bazir bil telefon aku je. Lagi baik aku pergi bersihkan diri, solat Maghrib, lepas tu siapkan makan malam. Perut ni kena isi juga lepas seharian tenaga ni diperah di pejabat walaupun office aku tu berhawa dingin dan tiada keringat yang mengalir tapi tenaga yang dialirkan dari otak kita juga boleh bakar kalori yang terkumpul dalam badan kita ni. Secara tidak langsung, apabila kita brainstorming, badan kita akan singkir lemak-lemak yang of course banyak dan kalau lemak-lemak tu disimpan lama-lama, akan terhasillah selulit yang amat merisaukan terutama bagi golongan wanita!

Fuhh.. lega bila memikirkan esok aku tak perlu menghadap muka boss aku yang handsome tu. Dia pergi outstationlah katakan! Mana taknya aku cakap macam tu, kalau dah hari-hari aku tenung muka dia mau stress aku dibuatnya. Mula dari bilik mesyuarat membawalah ke masa nak tutup pejabat muncung je, nak je aku ngan Mila ikat riben warna pink kat muncung dia yang panjang semacam tu! Tapi,niat tu tak pernah pula aku laksanakan memandangkan dia yang bagi gaji pada aku untuk isi perut ni. Nak dapat gaji halal beb! Kadangkala tu terbabas juga mulut ni. Seperti yang semua tahu, aku ni kalau tak memprotes seseorang dalam sehari tu, rasa macam nak demam pun ade! Hehehe…

Sedang aku mencapai remote control Astro untuk menonton bagi merehatkan badan dan secara automatik otak ni sekali, pintu hadapan rumahku diketuk. Lantas,alat kawalan jauh tadi kembali tersadai di atas meja.Niatku untuk menonton National Geographic terbantut. Hairan juga, kebiasaannya tiada sesiapa yang akan mengunjungiku malam-malam begini. Jikalau ada sekalipun, mereka akan menelefon terlebih dahulu untuk memastikan aku bersedia untuk menerima tetamu selepas sehari suntuk di pejabat. Atau… hissh seram pula jadinya! Dahlah kawan serumahku tiada kerana outstation, kepala ni pula suka betul fikir yang bukan-bukan! Tak kena masa betul kepala ni nak berimaginasi tinggi! Masa masa nilah dia nak merapu.

“Lailahaillallah, kau rupanya! Aku ingatkan siapalah tadi.” Datang balik semangat aku yang hilang tadi apabila melihatkan makhluk yang berada di balik pintu rumahku adalah seorang manusia dan bukannya seperti apa yang aku bayangkan sebentar tadi! Kecut perut dibuatnya, bukannya nak bagi salam! Perangai tak berubah-ubah dari dulu,suka terperanjatkan aku…

“Lama betul aku tak dengar khabar dari kau. Nasib baik dapat alamat kau daripada Farah. Aku terus buat keputusan datang rumah kau nak buat surprise pada kau. Rindu dalam dada ni macam volcano yang dah nak muntahkan magmanya tau tak?! Apa perkembangan paling terbaru kau. Banyaknya aku nak tahu pasal kau! Siapakah sang putera yang dah berjaya mencuri hati sang puteri istimewa ni?” soal tetamuku yang telah cuba untuk menggugurkan jantungku sebentar tadi.

Aku menghela nafas panjang sebelum menjawab soalan-soalannya itu. Bukan saja nak melambatkan masa, tapi cuma nak bagi dia suspense sikit! Kalau dah pekena aku, dapatlah balasannya. Tak banyak, sikit pun jadilah. Tanduk dah naik dua kat kepala ni!

“Oklah, first sekali sebelum tu aku nak mohon ampun dan maaf pada kau sebab aku dah lama tak menghubungi kau. Aku ni bukannya apa, yelah pagi-pagi buta dah keluar pergi pejabat, meredah traffic yang jarang benar surutnya. Dekat nak azan Maghrib baru sampai rumah. Tak lama terus masuk beradu. Penat campur mengantuk tau!” Ceritaku panjang lebar tanpa perludisoal-soal lagi sambil berpura-pura menguap di hadapannya.

“Aiik, aku baru sampai kau dah mengantuk? Kalau macam tu aku balik dululah. Lain kali aku datang balik jumpa kau,” autar tetamuku itu lalu bangun dan melangkah ke arah pintu masuk rumahku. Putar alam juga kawan aku ni?!

“Eh eh, apasal la pula tu? Tiba-tiba je merajuk ngan aku.Jauh kau datang, takkan dah nak balik?” soalku serentak apabila menyedari tetamuku itu sekadar berbasa-basi denganku sebentar tadi.

“Aku baru nak pergi dapur. Jawapan-jawapan kepada soalan-soalan kau tadi pun aku belum jawab lagi. Nak jawab kena ambil masa juga untuk fikir tu. Tersilap jawab karang, tak pasal-pasal kena jerat dengan kau,” sambungku sejurus kemudian.

“Tau tak pe! Kalau macam tu, aku tak jadi baliklah. Lagipun, tekak aku ni pun rasa kemarau semacam je. Rupa-rupanya, sayang juga kau pada aku yek?! Ingatkan dah lama tak jumpa aku, kau dah dapat pengganti aku sebagai bestfriend kau. Hehehe…” Tergelak aku dibuatnya dengan keletah dan telatah insan yang telah lama aku rindui.

“Oklah, aku ke dapur dulu. Jap lagi kita sambung conversation tadi yek? Kau nak minum apa? Milo, teh, nescafe atau sky juice?” Kaki aku atur ke dapur seraya tanganku lekas mencapai tin biskut yang dipenuhi dengan keropok dari Terengganu yang telah aku goreng ketika masa lapang untuk keadaan-keadaan emergency seperti ini.

“Suka hati kaulah air apa-apa pun, asalkan jangan air paip sudah. Buatnya kembung perut aku ni siapa nak jawab? Maunya merana Encik Izwan aku tu!” Sahutnya yang pada saat itu menyusulku ke dapur. Seperti kelakuannya yang biasa, lengannya dipautkan ke bahuku.

“Hah,Izwan? Eh, kau jadi ke dengan dia Ila? Bila lagi ni, kenapa aku tak tahu?” soalku agak terperanjat dengan berita yang baru sebentar tadi ku dengar dari mulut sahabat baikku yang satu itu, Ila.

“Tu lah engkau. Lama macam ni baru kau tahu. Aku dah pun bertunang dengan dia Disember tahun lepas. Insya-Allah kalau tak de apa-apa aral melintang, sebulan lagi aku akan bergelar isteri yang sah kepada Izwanshah b. Baharom,” luahnya gembira.

“Ya Allah, aku ni betul-betul teruk dan tak layak jadi bestfriend kau! Peristiwa yang terlalu penting dalam hidup kau pun aku tak tahu dan tak ambil berat. Kali ni aku betul-betul ikhlas minta maaf pada kau. Tapi, aku betul-betul tak terniat nak buat pada kau macam ni! Aku minta maaf pada kau sekali lagi, tak patut aku perlakukan kau macam ni,” bingkisku kesal. Nada suaraku semakin merendah dan sayu. Saat ni aku terlalu sesal dengan sikapku yang terlalu ingin melarikan diri daripada seseorang tetapi pada masa yang sama telah mengabaikan seorang lagi insan yang penting dalam hidupku!

“Kenapa ni Hana? Kau tak pernah bersalah dengan aku.Kau tak perlu meminta maaf kepada aku.Aku tak pernah meletakkan kesalahan itu di bahu kau. Kau ada di samping aku di saat aku perlukan kau pun dah cukup membuatkan aku gembira dan bahagia. Aku tak minta lebih daripada itu,” tutur Ila lembut, dialah gadis yang telah berjaya memenangi hati seorang jejaka yang bernama Hazman. Dan, kerana dia jugalah sebenarnya aku lari jauh meninggalkan suasana itu. Suasana yang telah memerangkapku antara rasa sayangku pada Hazman dan rasa sayang Hazman padanya, sahabat baikku sendiri!

Perbualan kami berkisarkan Izwan dan permulaan kisah cinta mereka sehinggalah kata sepakat diambil untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Juga tentang sesuatu yang aku risaukan selama ini, Ila telah mengetahui peristiwa yang menjadi igauan ngeriku yang berlaku lima tahun lalu. Igauan ngeriku mengenai pertemuanku dengan Hazman yang mana mulutku sendiri melafazkan ‘AKU SUKA PADA KAU‘ kepada Hazman sedangkan aku mengetahui yang Hazman teramat menyukai Ila! Pada masa yang sama, seorang pelajar yang brutal dan sering mempertahankan prinsipnya dengan mudahnya mencabuli prinsipnya sendiri. Tika mana aku mengenangkan peristiwa itu, dapat kurasakan betapa memalukan dan bodohnya tindakan aku waktu itu!

Dengan ungkapan keramatku yang satu itu telah memutuskan persahabatan yang telah dibina. Lantaran ungkapan keramat itu jugalah, persahabatan yang berlandaskan kepercayaan dan kejujuran itu musnah dan hancur berkecai sekelip mata. Sikapnya turut berubah terhadapku.Tiada lagi ucapan ‘Selamat pagi, Hana‘ seperti selalu mahupun ‘Suka la tengok kau senyum!‘. Segalanya hambar dan sepi…

Sungguhpun begitu,Ila telah menjelaskan segala-galanya padaku. Hal itu diketahui daripada mulut Hazman sendiri dan tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan aku, Hazman, dirinya sendiri dan juga Izwan. Perkara itu terkunci kemas umpama harta Qarun yang dikunci dengan tujuh lapisan binaan! Tiada sepicing kata pun yang dapat aku lahirkan saat berdepan dengan Ila. Hanya linangan airmata dan esak tangisku yang kedengaran. Waktu-waktu seperti inilah yang membuatkan aku begitu mensyukuri nikmat seorang teman yang bergelar sahabat seperti Ila!

Semuanya sudahpun berlalu, tiada apa lagi yang bisa aku lakukan untuk memutar semula waktu ke zaman itu. Apa yang perlu aku buat sekarang adalah menanti dan terus menanti untuk episod hidupku yang seterusnya. Bukan aku mahu menjadi makhluk Allah yang cuma tahu menanti dan berharap serta tidak mahu berusaha. Tetapi, biarlah Dia yang Maha Esa menentukan segala-galanya. Meskipun begitu,masih adakah sinar yang akan menerangi jalan-jalanku esok hari?

2 Respons

  1. lain kali ske ckp jela…-nur-

  2. tol kte nur 2..
    kite kne jujur ngan prasaan..;p
    err..tulisan kecik sgt arr..skit mate o0o nk abskn 1 pg..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: