cerpen : Takdirmu Ilahi

Juliana Abdullah

Andainya aku tahu sudah suratan cinta kita begitu…. akan ku hadiahkan gelak tawaku mengiringi setiap hela nafasmu, bang. Namun…. apakan daya, hanya tangisan santapan matamu yang terakhir tatkala ianya dipejam untuk selamanya…..

Sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku di sini. Menara berkembar dua ini tetap seperti dulu. Penghuninya bagaikan tidak pernah surut walaupun hari semakin lewat senja, bahkan semakin bertambah apabila hari mula mengesot malam. Bukannya aku tidak punyai masa, cuma aku sendiri tidak mahu mengulangi sejarah yang telah pun berlalu pergi.

Hari ini hadir kembali ke sini bagi menyambut ulang tahun kelahiran sahabat baikku, Zira. Kalau tak datang karang merajuk pula minah sorang tu. Mahu tak mahu, aku tabahkan juga hatiku mengunjungi mercu tanda cinta lama aku dulu.

“Sayang…” Panggilan itu membuatkan aku tersentak.

“Hah, abang..” Aku mengurut dadaku sendiri sambil cuba mendamaikan rasa terkejutku.

“Surprise!!” Satu jambangan ros merah dihulurkan kepadaku.

“Wah… cantiknya, thank you abang.” Aku menyambutnya girang.

“Sayang suka?” Fendi menarik tanganku lalu menciumnya mesra.

“Mestilah suka, tapi kalau bunga daisy kan lagi best….sayang suka bunga daisy,abang lupa ke?”tanyaku menduga.

“Tak… abang tak lupa sayang… tapi sekali-sekala apa salahnya abang bagi ros, kan?”

“Tak… tak salah… apa saja yang bagi sayang suka… tak kira apa pun. Abang bagi penumbuk aje sayang tak suka.” Fendi memandangku mesra.

“Jomlah.” Fendi menarikku ke keretanya.

“Ke mana?” tanyaku sekadar menduga.

“Mana lagi, KLCC lah…” Fendi membuka pintu kereta untukku.

“Asyik-asyik KLCC. Takde tempat lain ke?”Aku memandangnya sambil memakai tali keledar ke pinggangku.

“Alah sayang… malulah abang. Dah ke situ aje yang abang tahu, nak buat macam mana. Yelah…kita bukannya orang sini. Abang orang Pahang, study kat utara… hah, sayang tu … dah hampir 7 tahun kat sini…tunjukkanlah jalan ke tempat lain pulak.” Fendi memicit hidungku. Aku mengaduh manja.

“Alah…. sayang bukannya kaki jalan, manalah sayang tahu. Lagipun sayang tak mengaku sayang orang sini… sayang orang Kelantan.” Aku cuba membela diriku sendiri.

“Yelah tu sayang oi…. bangga sangat ngan negeri dia. Dahlah nama kampung tu nama buah,apa Ciku Satu? Kelakarlah….”Fendi ketawa besar.

“Ooo… gelakkan kampung sayang ye? Tak nak kawan ngan abang” Aku menarik muka empat belas.

“Sorry… sorry… sayang…” Fendi memohon maaf dalam ketawa yang masih bersisa.Aku mendengus marah.

“Tak nak kawan ngan abang lagi!” Aku masih berdegil.

“Tak pelah tak nak kawan ngan abang… kawin nak kan?”

“Kawin pun tak nak.”

“Kes berat ni. Okeylah sayang, intan payung, permaisuri, buah hati abang… ampunkanlah patik pacal yang hina ini, wahai tuanku puteri jelita.”

“Padan muka.” Ejekku sambil menahan rasa kembang di hati kerana sentiasa menang.

“Ha… kan manis kalau senyum.” Fendi mencubit pipiku.

Aku menghadiahkan satu ciuman ke pipinya. Hanya Tuhan yang tahu betapa sayangnya aku kepadanya, cinta pertamaku. Rizal Affendi Radzuan. Itulah namanya. Orangnya cukup sederhana, berkulit sawo matang, hidung mancung dan berambut ikal. Masih terbayang lagi di ruang ingatanku saat perkenalan kami. Ketika itu kami sama-sama menuntut di asrama penuh di Kuala Lumpur. Bibit cinta antara kami bukan lagi rahsia, ke mana saja pasti berdua. Bahkan warden dan pengurus asrama sudah mati akal untuk memisahkan kami. Akhirnya kami langsung tidak diendahkan lagi. Yang penting result mesti maintain… kalau tidak mesti cinta kami yang dijadikan aset utama punca kemerosotan pelajaran. Dan yang nyatanya… kami tetap digesa supaya ‘break’. Alah… warden ni macam tak faham pulak, mana boleh , hati dah sayang. Bak kata pujangga ‘lautan api sanggup direnangi’. Chewah… macam real je…

“Hah!! Suka sangat termenung!” sergahan Fendi mengejutkan aku dari lamunan tadi.

“Sibuklah abang ni… dah hilang dah mood sayang tadi…” marahku sambil menarik muka masam.

“Sorrylah sayang… apa yang sayang menungkan tadi? Syok nampaknya.”

“Saja teringat kisah silam… masa kat hostel dulu…” jawabku sambil cuba mengimbas kembali nostalgia silam.

“Ingat kat warden betina tu ke? Hei.. rindu ke sayang?” usik Fendi dalam nada perli. Dia bukan tak tahu aku cukup anti dengan warden tu. Busybody. Anti lelaki konon. Patutlah umur dah 45 pun tak kawin lagi. Kut ye pun janganlah aku pun nak dijadikan macam dia gak… hei… jauhkanlah…

“Ha… dah sampai…” Fendi memberhentikan keretanya di tempat parking.

“Sayang rasakan bang, KLCC pun dah bosan tengok muka kita tau!”

“Eleh… apa dia ingat kita tak boring tengok muka dia? Piirahhh!!! Bukannya cun pun!” Aku tergelak sakan melihat aksi Fendi. Bersungguh benar dia menggayakan aksinya.

“Abang dah lah tu…” Aku cuba menahan gelakku sendiri. Fendi memandangku penuh minat. Berair mataku menahan tawa.

“Sayang… abang harap abang dapat lihat sayang ketawa ceria macam ni selalu.Cepat aje muka tu naik merah. Tak payah pakai blusher… semulajadi merahnya…”

“Ha, mulalah tu nak berjiwang karat.” Ejekku sambil menjuihkan bibirku. Fendi menarikku rapat kepadanya.Tanganya melingkari pinggangku sambil memimpinku berjalan. Macam filem hindustanlah pulak…

“Sayang kalaulah ditakdirkan abang dah tak de kat dunia ni… sayang jangan menangis tau? Abang tak nak tengok sayang setitis airmata pun jatuh kerana abang… abang just nak tengok sayang ketawa aje… sebab sayang akan lebih cantik bila ketawa.”

“Abang ni,mulalah tu merepek. Masuk ni dah 3 kali abang cakap macam tu. Dari semalam tak habis-habis. Kenapa abang dah nak tinggalkan sayang ke? Dah cukup amal?” Aku cuba berseloroh sambil mententeramkan perasaanku sedihku sendiri. Tak pernah aku bayangkan betapa sepinya hidupku tanpanya. Mungkin aku akan gila ataupun turut sama mati bersamanya. Aku takut untuk hidup tanpanya bersamaku.

“Tak delah macam tu… tapi sayang… sayang kena janji dengan abang tau? Sayang kena capaikan cita-cita sayang nak jadi doktor dan satu lagi… permintaan abang, jangan lupakan abang walaupun sayang dah ada pengganti abang yang jauh lebih cocok untuk sayang. Abadikan nama abang pada anak lelaki pertama sayang nanti, ye?”

“Abang , jangan cakap macam tu…” Aku menutup mulutnya yang berkumis nipis itu dari terus berkata-kata. Airmataku jatuh berderai ke pipi.

“Sayang , sorry… jangan menangis… sorry sayang… sorry…” Fendi mengesat airmata yang mula membasahi pipiku.

“Abang janganlah cakap macam tu lagi… sayang sedih tau… sayang tak nak pisah ngan abang untuk selamanya. Abang kan nak kawin ngan sayang, abang tak nak ke?”

“Sayang, demi Allah abang ingin bersama sayang untuk selamanya. I love you so much, sayang” Fendi memujukku sambil membelai rambutku mesra.

“Tapi sayang… seandainya perkara tu benar-benar terjadi… sayang kena janji dengan abang… jangan menangis tau!! Hilang seri muka sayang… nanti tak de orang nak… padan muka.” Fendi masih cuba menyelitkan lawaknya di hujung bicaranya.

“Sayang… abang sayangkan sayang lebih dari segalanya.” Satu ciuman singgah di dahiku.

“Sayang pun sayang kat abang.” Aku melentokkan kepalaku ke bahunya. Aku rasa selamat bernaung dalam pelukannya.

Malam itu seperi biasa Fendi akan menghantarku balik ke kolej tepat jam 11:00 malam. Entah mengapa aku bagaikan berat untuk meninggalkanya. Mungkin kerana sudah hampir 5 bulan kami tidak bersua lantaran sibuk dengan study dan jarak yang menjadi penghalang utama cinta kami.

“Hati-hati drive.. Kalau mengantuk stop dulu, jangan berangan,” pesanku sambil tunduk mencium tangannya. Fendi membalas kucupanku dengan mencium dahiku.

“Sayang pun jaga diri baik-baik… cari pakwe tau lepas ni… sayang tu lawa… abang gerenti berdozen datang…” Fendi menolongku menanggalkan tali keledarku.

“Itu satu kewajipan.” Jawabku berseloroh.

“Oooo, gatal ye?” Fendi menarik hidungku. Aku hanya tertawa mengekek… bahagia diperlakukan begitu.

“Sayang, sayang cantik sangat bila ketawa, abang akan bawa bersama senyuman sayang walaupun roh abang sudah tiada di badan. I love you.”

“I love you too… bye abang…” Aku melambainya sambil memerhatikan Kancil merah CAA 5860 itu melepasi pintu pagar kolej ku. Dan tiba-tiba… BANG!!!

Satu dentuman di hujung selekoh di hadapan kolejku kedengaran sebaik sahaja kereta itu hilang dari pandanganku. Aku jadi hilang arah.

“Bunyi apa tu?” Hatiku semakin berdegup kencang. Dan…

“Abang!!!” Aku bagaikan terkena histeria. Kancil merah milik Fendi remuk dan bagaikan bangkai di bawah perut lori simen itu. Aku dapat menyaksikan sekujur tubuh lemah di tepi jalan sambil di kelilingi orang ramai.

“Abang!!” Aku berlari ke arah tubuh itu.

“Abang! Abang!!” Panggilku. Namun tiada sahutan. Cuma kulihat matanya memandang ke arah ku seolah-olah ingin menyatakan sesuatu. Aku tunduk memangkunya.

“Sayang… senyumlah… jangan menangis…” Dalam kepayahan Fendi cuba bersuara. Macam mana aku nak senyum? Macam mana? Sedangkan aku lihat dia begitu payah bertarung dengan maut.

“Abang… jangan tinggalkan sayang… abang… bangun bang… bangun..” Aku mengoncangnya. Dalam kepayahan Fendi cuba menyapu airmataku.

“Janji dengan abang, jangan menangis lagi…,” sambil itu tangannya terkulai dan dia sudah tidak bernyawa lagi.

“Abang!! Abang!! Bangun… abang!!” Hanya itu yang mampu aku lakukan. Apa yang aku tahu, aku hanya ingin Fendi bangun dan kembali kepadaku. Katakanlah ini hanyalah suatu mimpi ataupun cuma sebuah lakonan dalam drama di TV.

“Yana… sabar, bawa mengucap!” Tubuhku ditarik ke belakang.

“Abang! Abang!” Aku cuba mendapatkan kembali tubuh itu. Seandainya mampu aku ingin menyambung kembali nyawanya.

“Maya… lepaskan aku! Lepaskan aku!” Aku cuba melawan.

“Sabar Yana… Fendi dah tak de. Jangan jadi gila! Mengucap!” Maya cuba mententeramkanku.

“Tak Maya… Fendi tak mati! Fendi takkan mati! Dia dah janji dengan aku… dia nak kawin dengan aku. Kau tahu kan dia nak kawin dengan aku… kami dah 5 tahun bercinta! Dia takkan biarkan aku menangis, dia sayangkan aku! Dia pasti akan bangun kalau aku menangis!!! Abang!! Bangunlah!!” Aku semakin sasau. Raunganku bagaikan orang kerasukan. Dan aku tidak sedar bila aku pengsan. Yang nyata aku dapat saksikan sekujur tubuh Fendi diusung ke dalam ambulans sebelum mataku kabur dan aku tidak tahu apakah epilog seterusnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Hah… Yana… kenapa menangis?” Zira seakan pelik. Aku menoleh ke arahnya. Kulihat semua mata memandang ke arahku.

“Dr. Ira Iryana…kenapa muram?” Zira menepuk bahuku mesra.

“Sorry Zira, Happy Birthday.” Aku menarik tas tanganku lalu pantas meninggalkan majlis itu.Airmataku jatuh lagi…

“Abang, kau satu dalam sejuta, semoga aman di sisi-Nya.” Aku menyeka airmata sendiri sambil cuba mengukir senyum teristimewaku untukmu, Rizal Affendi Radzuan. I love you!! Dan menara berkembar dua itu tetap kaku seperti hari-hari yang dulu, sewaktu dia masih di sisiku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: