cerpen : Dia Yang Ku Sayang

liya @ erina

“Hai cik adik leh berkenalan???” sapa seorang pemuda padaku ketika aku sedang termenung sambil menunggu teksi untuk pulang ke rumah….ni yang aku malas…..

Harini dah 3hari keretaku di workshop….teruk kena langgar oleh orang yang tak berhati perut..dah la langgar kereta aku…..lari plak tu…kalau aku tau..siap la dia….

“Awak ni sapa? Saya tak kenal awakla….maaf ye!” aku terus beralih kedudukan ku…

Dia menghampiriku…..“Awak tak kenal saya lagike? Ala….mentang-mentangla cun..kita yang tak ensem ni mana la awak nak kenal kan?” sapa dia ni…kenal aku pulak tu..hatiku tertanya-tanya…

“Maaf ye saudara…saya rasa saya tak kenal awak pon dan saya rasa saya juga tak pernah mengenali orang ketika saya berada di sini..maaf ye” aku harap dia memahami ape yang telah aku cakapkan…

jujurla padaku jika kau tak lagi suka….tinggalkanla aku bila kau tak lagi cinta….. “Memekak betulla hp pompuan ni”….kata Nani bila kosentrasinya menonton tv di ganggu…

“Erina..ada call ni…pakwe kau kot..cepatla”…Nani menjerit memanggilku setelah handphone ku menyanyikan lagu jujur dari kumpulan radja….

“Dah tau hp aku berbunyi tu tak reti ke nak jawap sengal?” aku memarahi Nani…

“Ala…aku malas nak jawap la…nanti kalau aku jawap ada plak pakwe kau terpikat pada suara aku yg lemak merdu ni”…setiap kali aku menyuruh dia menjawap call bagi pihakku…itu jua yang diperkatakan…ala….sebenarnya nani tak nak jawab call pada hp aku kerana dia takut jika Azim…x-bf dia call aku dan nak bercakap dengannya….bukannya aku tak tau…

Nani adalah kawan yang aku kenali sedari kami berusia 10tahun lagi….keluarga kami juga mengenali antara lain lantaran kami jua mempunyai hubungan persaudaraan maka itu lagi menambahkan betapa eratnya perhubungan kami…di mana ada Nani…di situ jualah ada aku..begitu jua disebaliknya…jika salah seorang dari kami tiada…maka tak lengkaplah waktu itu…kerana jika kami outing bersama jika salah sorang takde kami pasti akan disindir…seumpama kami ni tak boleh nak dipisahkan lagi……

“Woi..yang kau tercegat lagi kenapa…hp kau tu memekak dari tadi….tak senang aku nak tengok tv le….”..terperanjat aku dengan sergahan Nani ….

“Ialah…aku jawap la ni…tp ni no sape ar..aku tak kenallah..ni yang aku malas nak jawap ni….”

“Nani, entah-entah bekas laki kau tak yg call?” aku bertanya pada Nani

“Kalau dia yang call…kau cakap la aku pergi dating ngan boyfriend baru aku..itu pon nak kena ajar ke?” ….sia-sia je aku kena marah ngan minah sewel ni

“Assalamualaikum..hello….” aku memulakan bicara

“Ye …nak cakap dengan sape?” aku meneruskan pertanyaanku

“Waalaikumsalam….kaklong…saya nak cakap dengan kaklong boleh tak?”….eh..sape ni..hatiku tertanya-tanya.

.“Eh awak ni sapa…nak cakap ngan kaklong mana pulak ni? kat sini takde nama kaklong la…..”budak ni betulke tak ni?aku bermonolog sendiri

“Mmgla awak bukan kaklong..tapi awak tu kakngah kan….saya nak cakap dengan awaklah..boleh tak? Jika tak boleh takpela….”..macam orang hampa je…

“Ok…awak nak bercakap dengan saya boleh…tapi awak kenalah bagitahu saya sape awk ni…mana awak dapat nombor saya dan mana awak kenal saya…ataupon awak ni tak kenal saya tapi awak sengaja buat-buat kenal?” dengan panjang lebar aku berhujah dengan mamat ni….

“Amboi panjangnya…ayat …macam nak kejar keretapi je?”

“Hehehehehe…ilek la…jangan la cuak…saya hanya nak berkenalan dengan awak…saya boleh bagitau sape saya tapi sebelum tu saya nak tau…” dia plak bercakap macam kena kejar keretapi…hahaha

“Nak tau ape pulak ni????” ni yang buat aku geram ni lau orang memain…

“Cubala bersabar skit boleh tak kaklong…saya ni bukan la orang jahat..saya ni orang baik-baik sahaja…rugi jika awak taknak kawan dan kenal dengan saya tau” Ek eleh….perasan tulla mamat ni…

“Hello sedara…saya hanya nak tau sapa awak dan mana awak dapat no saya ni…kalau awak taknak bagitau takpe…saya letak je phone ni..saya banyak lagi kerja yang saya nak buat tau tak????” bengang aku ngan orang yang tak faham bahasa melayu ni….

“Ok..ok….nama saya Tengku Izwan….so awak boleh panggil saya Iz je..itu lebih mesra….nama awak Fariqa Erina bt Zulfaqar kan?” …aik mana mamat ni tau nama aku lak ni…aduh ni yang aku malas…ni yang susah jadi orang glamour dan cun ni…ceh perasan plak aku ni….hehehe

“Hello cik kak..saya tau la awak tu pames…so takyah la nak berangan lak…bil tepon saya ni berjalan tau..bukan nak dengar nafas awak tu…mcm nafas kerbau je…hahahahah”

Ceh adake patut kata nafas aku macam kerbau…silap aku jugak..yela…tadikan aku baru siap kemas rumah…nak tunggu si Nani siapkan kerja rumah memang takdenye…..harap aku la orang yang paling rajin kat umah ni…untung sapa dapat aku sebagai isteri…chewah…ini la aku …suka berangan….itu yang selalu bila aku iron baju…baju aku banyak yang terbakar….hehehee

“Encik Izwan..boleh tak lain kali je awak tepon saya? Saya tengah buat kemas rumah la….so saya pon taknak la bil tepon awak tu melambung disebabkan awak tepon saya ni…lebih baik awak tepon makwe awak je…membazir awak call saya ni..tak tentu lagi saya ni nak berkawan dengan awak”….aku dah malas nak bercakap dengan orang yang aku tak kenali ini…

“Okla sedari yang cun lagi glamer…len kali saya call k….assalamualaikum”..dia menyudahi panggilan itu….

“Waalaikumsalam”

Setiap malam aku akan pastikan masa aku dipenuhi dengan benda yang berfaedah…hehehe…tentulah berchatting…

Zack_ensem: assalamualaikum

Zack_ensem:ada orang ke tak ni

Dia ni macam tau-tau je aku dah online

Kakngah_cun:waalaikumsalam…ada

Kakngah_cun:awak ni tau-tau je saya online kan….saya invisible tapi awak tetap nak pm saya kan?

Zack_ensem:mestila kita tau….. awakkan makwe saya…hehehehe JJJ

Ada juga umat yang perasan kan????

Zack_ensem:awak…dah lama kita ni asyik je berchatting…bila kita boleh berjumpa…

Zack_ensem:saya ni betul-betul dah jatuh cinta pada awak tau..

Zack_ensem:saya dah cerita pada keluarga saya tentang awak

Kakngah_cun:awak…nanti la…ada masa kita boleh la jumpa…

Kakngah_cun:lagipon saya ni belum ready nak jumpa dengan awak lagi la

Kakngah_cun:saya takutla…mana la tau…jika saya jumpa awak nanti…awak culik saya …………hehehehe..jangan marah arJJJJ

Zack_ensem:saya tau la muka saya ni macam perogol bersiri L

laa….dia dah mulakan balik habit dia yang suka merajuk tuL ini yang aku lemah…

Dia dah tau yang aku ni tak reti nak memujuk…..dia sajeje….

Kakngah_cun:en zack sayang…jangalah merajuk…kita tak reti nak pujuk la….

Kakngah_cun:lau anak sedara kita..kita retila nak pujuk..kita beli je lollipop…habis citerJ

Zack_ensem:ye la..sapela kita orang nak pujukkan..biarla kita ni mati ….bila kita mati nanti biar mata kita terbeliak..bila awak tengok..awak tau la bahawa hajat kita tak tercapai…itu sebab mata terbeliak

Hahahahah….ape la mamat ni…sensentap plak dia ni….setiap malam aku pasti akan berchatting dengannya….ialah…siang hari mana ada masa….dia pon macam tu jugak….dah berkali-kali dia mengajakku untuk berjumpa tapi aku taknak..aku bukannya apa….aku seganla..dia kata dia ni engineer…aku ni hanyala kerani cabuk je(itu yang aku bagitau padanya..hehehe )….manala sepadan nak keluar dengan dia…..

…daripada gambar yang dia send pada aku pon…ensem sangat..tak padan la dengan aku ni…aku nak kenal kan dia ngan Nani..tapi dia taknak..dia kata dia hanya terpikat pada aku sahaja..macam ni punya orang pon ada ….dia ada memberi no tepon dia pada aku…tapi aku tak pernah pon call dia…dia berkali-kali meminta nombor telepon aku…..takde maknanya aku nak bagi no tepon aku pada org yang aku tak kenali….setiap hari dia menyatakan entah bila lak agaknya aku akan call dia….kesian dia….

Zack_ensem:Buzz!!

Zack_ensem:ada orang ke tak ni…

Zack_ensem:ni mesti dok berkhayal ni…lain kerja takde agaknya…

Hahhahaa….macam tau-tau je aku tengah berangan….tapi bila depan bos….takde plak aku ni berangan..bila jawap tepon dan chatting je aku akan mengelamun..itu pun yang tertentu aje la…kadang-kadang…bila tengah bercakap dengan Nani pon aku sempat mengelamun sampaikan Nani selalu mencubit pehaku supaya tak mengelamun

Kakngah_cun:hehehehe…J

Kakngah_cun:ada ni…takdela….saya g buat air kejap tadi la….

Kakngah_cun:janganla marah k

Aku terpaksa tipu dia…tapi selalunya dia dpt tangkap bahawa aku tipu dia..J

Zack_ensem:ialah tu…..mana air awak tu?nak skit leh tak????

Kakngah_cun:boleh je kalau awak nak…

Kakngah_cun:bolehhhhhhhhhh

Kakngah_cun:boleh belah…hahahahahah

Seronok sangat bila dapat menyakat dia ni….masa berlalu…dah 2jam aku berchatting dengan Zack..mata aku pon dah mengantuk….Nani pon dah bising ialah…nanti aku ni kalau lambat tido…esok bangun pagi mula la kepala sakit…pastu merengek pada Nani suh anta pergi klinik tuk ambil mcJ

Kakngah_cun:awak….lain kali kita sembang lagi boleh tak?

Kakngah_cun:mata saya dah ngantuk la….

Zack_ensem:okla sayang..abang pon dah ngantuk ni…

Zack_ensem:lau sayang ada kat sini kan bagus..leh tido sesama

Kakngah_cun:manyak cantik awak, abang lah sangat..

Kakngah_cun:kalau dah merenyam sangat nak ada orang kat sebelah…cepat la kawin

Kakngah_cun:takde la awak tido seorang je setiap malam:-p

Kakngah_cun:awak….

Zack_ensem:ye sayang….

Dia dah mula dah….ni yang mcm malas je nak logout….

Kakngah_cun:okla awak..mata saya dah ngantuk ni…..

Kakngah_cun:esok kita sembang k

Aku berjanji untuk berchatting lagi dengannya….setiap malam kami akan berbual di ym…jika sehari tak berbual di situ..aku rasa hidupku tak lengkapL

Zack_ensem:yalah..yalah…..orang tak sudi nak berbual dengan kita…kita nak buat ape kan…kita tau la kita ni tak sepadan ngan dia…..L

Kakngah_cun:awak….janganla macam ni..esokkan kita perlu bekerja…so…esok malam kita sembang la lagi k…J

Zack_ensem:ok..awak janji k…kalau awak tak online..matila saya nanti

Zack_ensem:nak harap awak call…memang takde la… minta no tepon pon ssh nak dpt
Leeee….geramnya eku bila dia dah mulakan ayat sindiran dia tu….tp mmg betul pon apa yang dia kata tu…J

Kakngah_cun:k la awak…awak nak majukke nak apeke suka ati awak la…

Kakngah_cun:saya memang dah ngantuk sangat ni….

Kakngah_cun:babai..taking care….assalamualaikum

Zack_ensem:waalaikumsalamLLL

Ya Allah ya tuhan ku kau berikan la aku keberkatan dalam hidupku….kau limpahkan lah kurniamu pada ku ya Allah……jika dia yang kau tentukan jodoh untuk ku..aku redha ya Allah..jika bukan dia…kau hindari la ia dari ku Ya Allah……aku tak nak hidup dalam keksesatan pada dunia ya Allah..amin ra rabbul al-amin….moga tidurku ini aman..dan bahagia yang menantiku esok hari dan hari-hari mendatang…

Hari ini 9 Februari 2008…..hari ini adalah hari jadiku yang ke-27tahun…..

“Assalamualaikum…cik Erina…ni ada orang anta bungkusan cik Erina….”..pembantuku Iera memberiku bungkusan setibanya aku di pejabat…

“Sapa bagi ni Iera?”..aku pula menanyakan untuk kepastian….

“Saya pon tak tau cik Erina…saya tibe tadipon..bungkusan ini dah ada di atas meja saya…saya tengok…bungkusan ini ditujukan untuk cik Erina..so saya pon serahla pada cik Erina”….amboi….dedikasi sungguh PA aku ni memberi jawapan…

“Lagipon hari ni kan birthday cik Erina…mestila ramai pakwe-pakwe yang berminat cik Erina yang hantar….tadi masa saya kemas kan bilik cik Erina pon..saya lihat banyak bunga-bunga…dihantar oleh siapa..saya tak tahu jugak….ala…kalaupon bukan birthday cik Erina pon..hari-hari pasti ada bungakan….”….memang berdedikasi punya pembantu…

“Cik Erina nak tunggu sape lagi…yang datang untuk melamar cik Erina..saya tengok bukanlah yang tak senonoh..semuanya kerja elok-elok belaka…cik Erina pilih je..sure senang esok hidup cik Erina woi…..”…minah ni …lau selagi aku tak suruh dia stop nanti…sure sampai petang dia membebel….

“Oooi cik Iera sayang….yang awak dok membebel pagi-pagi ni kenapa?…ada orang sakitkan hati awake?” dia selalunya akan membebel pada aku bila ada saja yang dia rasa tak puas hati pada sape-sape…tapi yang aku bengang…tiap kali dia marah orang lain…aku ni yang kena…aku ni dah la orang atasan dia….suke ati mak ayah dia je..hehehe..tapi aku suke ngan Iera ni…kalau dia tak datang opis satu hari…sunyila opis ni….
Lagu radja jujur berkumandang dari handphone ku…012-3840474…sapa lah pulak ni…ni mesti Izwan yang call…

“hello..assalamualaikum….”

“Happy birthday to u…happy bithday to u…happy birthday to erina…happy birthday to u….may allah bless u”…..bukan jawapan salam yang aku dapat tapi lagu happy birthday…

“Awak ni saya Iz..ingat tak?…hari ni birthday awakkan?..tak salah saya wish tuk awak kan….”..oooo mamat ni lagi yang dok call aku rupanya…tapi macam mana dia tau arini birthday aku ye….ini yang musykil ni…

“So…boleh tak saya belanja awak lunch nanti?”….ape..dia nak ajak aku lunch dengan dia sempena birthday aku??????????????? Oooo..no way man….gila ape aku nak keluar dengan orang yang aku tak kenali….

“Takpe…nanti pukul 1.00ptg…saya datang jemput awak k..nak tunggu awak bagi persetujuan memang takde la..pukul satu saya sampai kat opis awak..so awak tunggu je la k ”….tergamam aku..telepon dah dimatikan…

aku cube mendail nombor tu kembali..yang keluar ialah suara operator…no yang anda dail tidak dapat dihubungi..sila dail sekali lagi…hampeh….

Banyak betul kerja aku harini…..biasalah hari Isnin..hari permulaan minggu….so banyakla kerja yang menanti untuk disiapkan…di periksa dan ditandatangani….sampai aku tak menyedari tiba dah waktu makan tengahhari sehinggalah Iera mengetuk pintu bilikku…..

“Cik Erina…orang lain kerja jugak..tapi takde la sampai tak ingat waktu makan…..ni hah…pakwe cik Erina dah tunggu untuk lunch…so…saya pergi lunch dengan Mala dan Nancy je la ye…”…kata Iera sambil mengeyitkan matanya padaku…

Ya Allah ….aku lupa mamat ni yang janji nak lunch dengan aku tadi…dia dah sampai opis aku sekarang ni…kelam kabut aku dibuatnya…

“Tak payah la nak kelam kabut….cool sayang….tak payah gopoh gapah…..I dah tempah tempat duduk dan makanan so…u be rileks k..”..ape aku silap dengar ke ni?..dia panggil aku sayang…..

Setibanya di hotel Istana…..amboi…kat Istana Hotel lagi dia nak belanja aku makan lunch…kalau aku tau…aku angkut sekali si Iera…Mala n Nancy tadi..biar dia kena..hahaha..niat jahatku dah mula….

“Ok sayang….jom kita ke sana!”…dia mempelawaku sambil tangannya menarik tangan ku….

“Awak..saya boleh jalan sendiri..so..tak perlula awak nak pegang tangan saya k..”..aku memprotes tindakkannya….tapi dia tetap tak melepaskan tanganku….

“Awak tunggu sebentar ye…saya ada hal sekejap”….eh mana plak mamat ni nak pergi ni…nak biar aku sesorang kat sini ke?…biar betul dia ni….

“Happy birthday to u…happy birthday to u….happy birthday to erina..happy birthday to u……” lagu happy birthday berkumandang di dalam café Istana Hotel ni…ya Allah apa pulak kejutan yang dia buat ni……terperanjat aku….

“Awak saya rasa amat gembira sekali kerana kali ini saya dapat jua menyambut hari jadi orang yang paling saya sayang dengan saya…saya dah lama menantikan hari ini….”.

“Awak…knp awak kata saya orang yang paling awak sayang..sedangkan saya kenal awak pon idak….inikan saya rasa macam terpaksa je ikut awak lunch..awak tau tak?”..aku memarahi dia….

“Erina….awak tau tak…saya ni dah lama menanti kehadiran awak dalam hidup saya…ialah saya sedar saya ni tak setanding untuk duduk bergandingan dengan awak..sape la saya”…ala…syahdunya ayat dia ni…nak menangis aku dibuatnya…

“Takpela…kita makan dulu…dan saya berjanji lepas ni saya takkan ganggu Cik Erina lagi selepas ini….”…..bagus..itu yang aku nak dengar..

“Saya bukan ape Iz….saya tak kisah tuk berkawan dengan sapa pon…saya bukannya jenis yang memilih…kalau awak nak berkawan dengan saya…ok..kita kawan..tapi…saya ada syarat”….hehehe..aku memulakan taktik ku…

“Ok..syarat?..cakap la syarat ape yang Erina letakkan..saya bersedia untuk mengikut segala syarat yang Erina letakkan”….bercahaya sungguh matanya…ada sinar gembira di matanya

“Ok..yang pertama…kita makan dulu…perut saya dah lapar ni…”……

“Ok…”….kami makan dalam situasi yang sangat romantik….

“Ok….sekarang kita dah sudah makan….Erina boleh bagitau tak apa syarat Erina pada Iz?”..tak sabar nampaknya dia ni..heheheJ

“Ok….1-saya nak kalau awak call saya..bila masuknya waktu azan….tak kirala subuhke…zohorke…asarke…dan selebihnya….”…..nampak dia macam tak kisah je…

“Ok..teruskan…Iz rasa macam boleh je..takde masalah”…dia memberitahu keputusan….

“Ke-2….tolong jangan panggil saya sayang..saya tak suka..nanti orang kata betulla awak ni pakwe saya..saya taknak la…nanti jatuh plak saham saya….”…dia ku lihat tersenyum…

“Ok…teruskan”…..betul tak sabar punya orang la…

“Ke-3…….nanti saya bagi tau ape syarat yang selebihnya…”….hehehe..langkah baru nak bermula…

“Ok….i’m always waiting only for u….”….fuuyo…cakap mat saleh mamat ni..

“Iz…saya lau boleh bila bercakap tolong bercakap guna bahasa melayu..saya bukan tak reti..saya memang tak berminat untuk guna bahasa tu sebagai bahasa komunikasi dengan kawan-kawan…sebab…kadang-kadang ada kawan-kawan yang tak reti cakap bahsa inggeris ni…so…plse don’t make it again…”….aku menyatakan ketidaksenangan ku waktu bercakap

Aku sememangnya tak suka bila bercakap untuk menggunakan BI..itu bukan la aku….walaupon keluargaku dididik dan dihantar ke sekolah dan universiti antarabangsa…kami tetap mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa no satu dalam keluarga…

“Ops…sory ye Erina,….dah biasa la…”….kesian dia

“Nop..its ok…”..aku tersenyum memandangnya….macam ada chemistry je dia ni…

Dia menghantar ku pulang ke pejabat..kerana katanya dia ada meeting petang ni di Shah Alam di INTEKMA….

Sepulangnya aku dari kerja aku lihat kereta BMW Nani dah ada di rumah ini menandakan minah ni dah balik….selalunya waktu macam gini dia tak balik lagi…ialah boskan..selagi orang bawahan tak balik …dia takkan balik….bekerja pulak di syarikat ayah nya…

Nani beruntung kerana dilahirkan di dalam keluarga yang berada…tapi satu yang aku suka pada Nani…dia tak pernah nak membangga dirinya anak orang kaya pada orang lain…Nani adalah seorang yang humble….itu yang membuatkan aku suka berkawan dengannya…..

Aku tidak terus masuk ke rumah..aku lihat keliling halaman rumah kami (rumah keluarga Nani…ayahnya hadiahkan sempena harijadinya yang ke 25tahun dan atas kenaikan pangkatnya di syarikat ayahnya)…..

Amboi……pokok bunga dah bersiram..halaman rumah dah bersapu…kemasnya…Nanike yang buat?….buang tebiatke ape perempuan ni….aku bermonolog sendiri….

“Woi cik kak…yang hang dok termenung kat luaq tu buat pa?…dah tak jumpa pintu ka?”…terperanjat aku….dah keluar dah loghat dia dah…itu yang buat aku tak kering gusi nanti…yelah minah ni mana reti cakap loghat utara..namanya ada kampung di sana tapi bila bercakap…berterabur macam ular kena kejar dengan buluh je…hahahhaahJ

“Takdela lagu tu cik Nani woi…ni..sape yang bersihkan halaman umah ni…kau ke?” …aku bertanya pada Nani….

“Woi…kau fikir aku ni tak boleh nak buat kerja rumah ke?…dah…jangan nak buat muka terperanjat kau kat luar ni…..kang hitam kulit aku ni…dok kat bawah panas mentari ni..kau tu pon bukannya boleh nak berjemur sangat kat bawah panas lama-lama…”…minah ni dah tak betul….panas petang pon dia tak reti ke?

Aku terus masuk rumah…..

Sekali lagi aku terperanjat bila mana aku tengok je atas meja…dah terhidang macam-macam jenis makanan…ini sape yang nak datang ni….ni mesti ada special guest nak datang….takpon..daddy dan mummy dia yang nak datang sportcheck…..sebab makanan yang di masaknya lebih dari 2orang makan ni..

“Kau masakke Nani? …atau kau beli kat restoran depan tu?”..aku ingin menduga Nani..sebab dia ni jarang untuk turun ke dapur…

“Kau jangan banyak soal….sekarang ni aku nak kau naik atas…mandi…solat….solek ala kadar…pakai cantik sikit…jangan pakai short lak….pastu turun..kita makan bersama..”…Nani mengarahkan aku seperti aku ni budak kecil sahaja….

Aku menuruti cakap Nani…lagipon badan aku letih sangat..hari ni banyak sangat kerja….

Selepas aku bersolat….aku pon baring di atas katil….dan terus terlelap….aku tersedar bila hanya Nani menjerit bila dia tengok aku di atas katil yang tengah sedap tido…

“Ya Allah, Erina…..kau ni memang saja nak kasi aku marah dengan engkau ye….aku suruh kau mandi ..solat pastu turun bawah..yang kau dok tido…..amboi sedap sungguh kau tido ye….cepat…aku nak sekarang juga kau bangun…siap dan turun ke bawah…”…macam mulut makcik-makcik panggil anak-anak makan je minah ni…tp itu la yang aku rindu bila Nani balik ke rumah family dia…

“Ialah….aku siap la…kau turun la….”…aku bangun dari tido pulasku tadi…dengan mata yang merah..Nani memandang aku…

“Takde..kau siap sekarang…tak percaya aku ngan kau ni…ada kejap lagi kau sambung tido kau tu..kau tu bukan boleh percaya….”…membebel lagi minah ni….

Hehehehe….macam tau je dia ni….memang la dia tau..dah lama kami berkawankan..so dah faham antara satu sama lain….

Aku turun ke bawah untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh Nani tu…sampai di pertengahan tangga aku dikejutkan lagi dengan kehadiran orang yang aku rasa macam aku kenal je……..

“Iz…apa awak buat kat sini?….sape jemput awak masuk?…..Nani…kau kenal dia ke?”….aku menyoal bertalu-talu pada mereka…

“Erina…duduk dulu..kita makan dulu…pastu kami akan ceritakan from A-Z pada kau k…”…Nani menenangkan aku..dia tersenyum memandang Iz…

Kami menikmati hidangan tadi dengan sungguh berselera sekali..ya la….sekali sekala dapat makan hidangan yang di masak oleh Nani…Nani memang amat cekap memasak..tapi malas nak mempraktikkannya…tak macam aku…hehehe

Seleseai makan aku membantu Nani membersihkan meja….

“Kau pergila duduk temankan Iz tu..kesian dia seorang diri kat depan tu…”…Nani seakan menghalau aku ke ruang depan je…

“Kenyang?…sedapkan Nani masak tadikan?…tak macam saya ni..tak pandai masak..malas…”…aku memulakan bicara dengan Izwan…

“Takpe..tak reti masak..kenala belajar masak….tentu pandai nanti…”…kata Izwan pada ku…

Kami berbual seperti kami takde ape-ape dan seperti kami dah kenal bertahun lamanya…

“Amboi..rancaknya berbual..sampai tak sedar aku ke depan ye”…Nani menghampiri kami….

“Ni kawan kau la Nani….kalau dapat berbual non stop”….malu aku bila Izwan cakap begitu..merah pipi aku bila dia kata macam tu…

“Alah…buat la malu kau tu Erina…..macam tak biasa….kau kan memang suka bercakap…ialah…kau kan lecturer…of course la suka bercakap..”…hampeh Nani….

“Ermmmmmmmmmm..”..aku tak tau nak cakap ape dengan mereka….

“Ok..tadi dia yang beria-ia nak tau tentang kau Iz…sekarang macam orang mati kutu je….”….Nani tak habis lagi menggiat aku….

“A’ah..hampir aku lupa la Nani..mana kau kenal Izwan ni..dia ni boyfriend baru kau ke?”….aku menyoal Nani…berhambur ketawa mereka berdua…lagi la aku terpinga-pinga….

“Woi makcik…kau tak kenal lagi ke Izwan ni? Takkan kau tak kenal….kau jangan la buat muka toya kau sambil memikir le…aku lempang kau nanti..”….Nani memandang Izwan sambil tersenyum…..ini yang membuatkan aku bertambah confius lagi ni….

“Erina…Izwan ni adalah abang sepupu aku yang kau minat masa kita sekolah menengah dulu…kau ingat tak…memang la kita sekolah kat sekolah perempuan dan dia di sekolah lelaki….kau ingat tak masa kita selalu buat study group kat umah aku atau umah kau…dia selalu ada….kau ingat tak?”….dengan panjang lebar Nani menerangkan pada aku…..

“Eh..betulke ape yang kau cakapkan pada aku ni Nani?..kau jangan memain….bukanke dia kat US lagi…kan kau baru cerita pada aku last month….kau cakap kau rindu pada sepupu kau…tapi tak tau bila la agaknya dia akan balik ke Malaysia …dia duduk kat US disebabkan kecewa dengan makwe dia yang memilih orang lain…bukanke Nani?”….

“Erina…memang betul …..memang betul Iz pergi US bawak diri ke sana….u nak tau I kecewa dengan siapa tak?….i kecewa dengan u…sebab sebelum I pergi dulu I tengok u dengan somebody…I fikir dia adalah boyfriend u….i memang dah lama menaruh hati pada u since pertama kali u ikut Nani lik ke rumah dia lagi…..dari situ I mula jatuh cinta pada u…”…betulke ape yang aku dengar ni….Ya Allah…tolongla hambamu ini…

Memang aku suka pada Izwan sepupu Nani …tapi itu dulu..bila aku tengok dia seperti tak menghiraukan kehadiranku…aku melupakan niatku..tapi aku telah memberitahu pada Nani..dan Nani dah berjanji untuk tidak memberitahu pada sesiapaun walaupon daddy dan mummy nya…’

“Erina….aku mintak maaf banyak-banyak…..”…itu saja yang aku dengar…

aku terus berlari naik ke bilikku….terus aku mengurungkan diri….nani berkali-kali mengetuk pintu bilikku …namun tidak aku endahkan pon….

Jam menunjukkan jam 10.30malam

Kakngah_cun:assalamualaikum

Kakngah_cun:awak..ada ke tak niLL

Zack_ensem:waalaikumsalam……

Zack_ensem:ada ni …nape sayang….jangan la buat muka macam tu…Iz tak sukala..

Kakngah_cun:awak…saya tak tau sekarang ni saya sedih atau gembira..saya keliru Saya tak tau perasaan saya sekarang ni…saya betul-betul keliru

Zack_ensem:kenapa ni….cube ceritakan pada Iz slow-slow k….be cool sayang

Kakngah_cun:awak….saya rasa sampaila waktu saya menyatakan hati saya pada k….saya suka awak….since kita chatting lagi..

Kakngah_cun:saya harap awak tak ambil hati ape yang saya kata ini..

Kakngah_cun:saya taknak tipu diri awak lagi..dan diri saya jua…Dia mendiamkan diri…..hampir 15minit berlalu barula dia membalas….

Zack_ensem:sayang….dah lama Iz bagitau pada sayang kan bahwa Iz sayang dan telah jatuh cinta pada sayang…sayang mungkin fikir itu hanya gurauan dari Iz…tak sayang..itu ikhlas dari hati Iz…

Zack_ensem:sayang…Iz taknak sayang luahkan perasaan di waktu sayang menghadapi masalah….Iz taknak nanti orang fikir Iz mengambil kesempatan pada sayang pulak…

Kakngah_cun:awak….saya nak jumpa awak boleh….

Kakngah_cun:esok…pukul 6petang di Taman Jaya…saya tunggu awak di sana

Di Taman Jaya……………………….

“Assalamualaikum…..…..”….ya Allah..apa yang aku lihat ni benarke?…apa dia buat kat sini plak ni…aduh….parah-parah…ada yang balik ke US lagi sekali ni nanti…

“Awak..ape yang awak buat kat sini?…”…aku terperanjat dengan kehadiran Izwan

“Awak pon ape buat kat sini…ada date ke?”…dia menyoalku…

“Saya nak jumpa kawan saya la….kami tak pernah berjumpa lagi..ini 1st time nak jumpa la ni”…entah mengapa aku perlu berterus terang pada Izwan aku pun taktau..

“Yeke 1st time nak jumpa ni…sebelum ni takkan tak pernah jumpa?”….dia tersenyum memandangku…

“Awak…awak nak jumpa Zack_ensem kan?”..alamak…mana dia tau ni…ni mesti minah kepoh kat umah yang bagitau pada dia ni….eeeee geramnya aku…

“A’ah…mana awak tau? Nani yang bagitau pada awakke?”…tak leh pakai betulla si Nani ni…siap dia…aku balik nanti kenala dia…

“Awak…sayala Zack_ensem tu lau awak nak tau”…ape????

“Awak…..awak perasan tak nama saya dan nama Zack_ensem tu sama?…nama saya Tengku Izwan Zakri…..dan nama Zack ialah Izwan Zakri?”….eh betul ke ni?

“Tengku Izwan Zakri dan Izwan zakri adalah orang yang sama….orang yang awak cintai dan juga orang yang menyintai awak sejah dari dulu lagi…”….ya Allah…betul ke ni….
“Awak….saya dapat id awak adalah berkat kerjasama Nani…Nani la yang banyak memberi galakkan pada saya untuk mendekati awak…”…. “saya sayangkan awak Erina..saya jua cintakan awak…”….

Ya Allah jika ini benar yang kau pilih untuk ku aku redha ya Allah….terima kasih Nani kerana memberi aku peluang yang ke dua untuk bersama Tengku Izwan Zakri…..

8 Respons

  1. best sgt novel ni..terbuai2 aku bca..mcm nk jd watak utama tu je,hehe..teruskasn usaha anda

  2. Cukup menghiburkan! Ada lagi?

  3. best giler novel nie.. mcm brader kat situasi tu lak… aduhh.. bahgianyer…..

  4. good..

  5. love it…mcm cinta yg aku impi2kn lak..hehehe..

  6. best sgt..tp x suspen sgt coz da ble agak iz ng zack tu oeg yg same..pape pun cite so sweet..=)

  7. BILA FIRST SY BC CITER SY DAH BOLEH TAU JLN CITER DIE….SWEET JGK LA…MCM SY PLAK WAT CITER NI…..

  8. well..
    so far so good…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: